24 03 17_slide minggu 6- syi34102

Post on 05-Apr-2017

208 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SYI34102Pentadbiran Harta Pusaka

di Malaysia

Mohd Ali Mohd Yusuf

1. Objektif

1.1 Mendedahkan secara umum isu sejarah perundangan Islam di Malaysia.

1.2 Menjelaskan kaitan sejarah perundangan Islam di Malaysia dengan Akta2 pembahagian pusaka orang Islam pada hari ini.

PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA

2.1 Sebelum Kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, perundangan banyak dipengaruhi oleh adat Hindu. Tidak terkecuali undang-undang pusaka yg berdasarkan kepada undang-undang adat setempat seperti Adat Temenggung di Melaka dan Adat Perpatih di negeri Sembilan.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.2 Setelah Kedatangan Islam

Kedatangan Islam telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah, Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Johor (Majallah Al-Ahkam ) dan Terengganu (Batu Bersurat).

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.2 Setelah Kedatangan Islam (samb.)

Sebagai contoh Undang-undang Melaka atau Kanun Melaka adalah undang bertulis yang menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar, pantang larang anggota masyarakat, hukuman jenayah, Undang-undang keluarga, dan permasalahan ibadah (agama).

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.2 Setelah Kedatangan Islam (samb.)

Sebenarnya Undang-undang Melaka atau Kanun Melaka ini merupakan hasil rujukan daripada teks dalam Matn al-Taqrib oleh al-Qadi Abu Shuja’ al-Ashbahani (500H) dan Syarah kepada teks tersebut iaitu Fath al-Qarib oleh Ibn Qasim al-Ghazzi iaitu Abu Abdullah Syamsuddin Muhammad bin Qasim bin Muhammad al-Ghazzi al-Syafi’e (918H).

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.2 Setelah Kedatangan Islam (samb.)

Bagi negeri Terengganu pula, undang-undang Islam telah ditadbir dengan berkesan di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918).

Baginda juga telah membuat Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dinamakan Itqaan al-Muluk bit Ta'dil as-Suluk pada 1329H bersamaan 1911M.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3 Semasa Penjajahan Inggeris

Sebelum penjajahan Inggeris, kuasa Sultan atau Raja adalah meliputi semua perkara termasuklah adat istiadat Melayu dan persoalan agama Islam.

Ini terbukti dalam kes Sheikh Abdul Latif & Others lwn Shaikh Elias Bux, (mahkamah memutuskan undang-undang yang terpakai kepada orang Islam pada masa itu adalah undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat tempatan).

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3 Semasa Penjajahan Inggeris (samb.)

Penjajahan Inggeris bermula setelah perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani pada 1824M. Sebelum itu pihak Inggeris telah mula bertapak di Tanah Melayu melalui Francis Light di Pulau Pinang, dan Stamford Raffle di Singapura.

Setelah itu beberapa perjanjian lain turut dibuat seperti perjanjian Burney, perjanjian Low dll.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3 Semasa Penjajahan Inggeris (samb.)

Sejarah telah membuktikan Perjanjian Pangkor 1874 menjadi titik bermulanya penasihat British di Tanah Melayu secara rasmi. Pengaruh undang-undang Inggeris mula menular selepas pihak Inggeris memperkenalkan sistem penasihat British atau Residen melalui perjanjian dengan Sultan atau Raja di negeri Tanah Melayu.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3 Semasa Penjajahan Inggeris (samb.)

Penasihat Inggeris telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran kecuali dalam urusan agama Islam dan adat Melayu.

Ini menyebabkan skop undang-undang Islam disempitkan sehingga agama Islam hanya diterima pakai dan tertumpu dalam hal-hal berkaitan kekeluargaan yang melibatkan persoalan prosedur dan pentadbiran sahaja.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3 Semasa Penjajahan Inggeris (samb.)

kemasukan undang-undang Inggeris ke Tanah Melayu berdasarkan kepada 2 cara utama:

2.3.1 Statut atau Undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di Tanah Melayu.

2.3.2 Melalui keputusan hakim (Mahkamah Sivil) atau secara lebih tepat melalui Konsep Duluan Mengikat.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3 Semasa Penjajahan Inggeris (samb.)

Selain itu, penubuhan sistem Majlis Negeri oleh pihak Inggeris yang berperanan untuk membuat Statut-statut bertulis dan bertindak sebagai satu badan eksekutif juga merancakkan lagi perkembangan undang-undang Inggeris di negeri-negeri Tanah Melayu.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3.1 Statut Inggeris di Tanah Melayu.

Diantara undang-undang yang diterima pakai ialah Kanun Jenayah(Penal Code), Enakmen Keterangan(Evidence Enactment), Enakmen Kontrak(Contract Enactment), Kanun Acara Sivil(Civil Prosedure Code), Kanun Acara Jenayah(Criminal Prosedur Code) dan Enakmen Tanah (Land Enactment).

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3.1 Statut Inggeris di Tanah Melayu.

Melalui perundangan ini, Undang-undang Islam yang berkaitan dengan bidang-bidang ini telah diketepikan pemakaiannya.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3.1 Statut Inggeris di Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun,terdapat juga kes yang mempunyai “double provision” atau dualisme iaitu yang mempunyai peruntukkan yang sama atau bertindan di Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Harta pencarian sebagai contohnya.. (Sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A) pada tahun 1988)

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3.1 Statut Inggeris di Tanah Melayu.

Harta pencarian dulunya (Sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A) pada tahun 1988) boleh diputuskan oleh Mahkamah Sivil dan di Mahkamah Syariah. Di Mahkamah Sivil, perkara harta sepencarian dianggap sebagai soal adat Melayu (kes Roberts lwn Umi Kalthom, Mohamad lwn Commissioner of Lands dan Boto lwn Jaafar). Mahkamah Syariah pula memutuskan kes harta sepencarian, sebagai hukum fiqh.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3.2 Konsep duluan mengikat.

Cara kedua ialah melalui keputusan hakim atau secara lebih tepat melalui konsep duluan mengikat. Umum mengetahui bahawa dalam amalan Common Law, keputusan mahkamah yang lebih tinggi mengikat mahkamah bawahan dan keputusan sebelum mengikat keputusan mahkamah selepasnya.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3.2 Konsep duluan mengikat.

Namun apa yang lebih penting, hakim yang mendengar kes di Mahkamah Sivil berkelulusan England, dan lazimnya akan merujuk kepada perundangan Inggeris sekiranya wujudnya masalah yang tidak boleh diselesaikan mengikut undang-undang bertulis.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

2.3.2 Konsep duluan mengikat.

Namun apa yang lebih penting, hakim yang mendengar kes di Mahkamah Sivil berkelulusan England, dan lazimnya akan merujuk kepada perundangan Inggeris sekiranya wujudnya masalah yang tidak boleh diselesaikan mengikut undang-undang bertulis.

2. Sejarah Perundangan Islam di Msia

3.1 Latarbelakang.

Seperti yang telah dijelaskan, sebelum kedatangan Islam perundangan pusaka berdasarkan kepada undang-undang adat, setelah kedatangan Islam ia menggunakan hukum faraid, setelah kedatangan British hal-hal pentadbiran diletakkan si bawah undang2 sivil (mengikut status negeri) manakala perkara agama dan adat di bawah kuasa raja-raja.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

SEBELUM KEDATANGAN ISLAM Hukum adat (bertulis atau tidak bertulis) dgn pengaruh adat hindu dan amalan setempat.

SELEPAS MERDEKAPemecahan kuasa di mana probet dan surat kuasa di bawah persekutuan, manakala hak diri org Islam di bawah negeri.

SEBELUM PERANG DUNIA KE-2Negeri Melayu tidak Besekutu masih menggunakan hukum Islam dan diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

CAMPUR TANGAN BRITISHProbet dan pentadbiran dilaksanakan mengikut undang2 British terutama di negeri Selat.

SELEPAS KEDATANGAN ISLAMHukum Islam merujuk kepada teks fekah spr. Matn al-Taqrib bagi Kanun Melaka.

PERUNDANGAN PUSAKA

Jadual kedudukan undang-undang Pusaka

3.1 Latarbelakang (samb.).

Sebelum Perang Dunia Kedua, pentadbiran pusaka orang-orang Islam di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, dan Perlis diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam atau Mahkamah Syariah negeri masing-masing.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.1 Latarbelakang (samb.).

Tetepi selepas itu pentadbiran pusaka adalah dikendalikan di peringkat Persekutuan dan di Mahkamah Tinggi Sivil, kerana urusan pembahagian pusaka atau perwarisan berwasiat dan tidak berwasiat serta urusan mengeluarkan surat kuasa tadbir diletakan di bawah Butiran 4 (e) Jadual ke-9 Senarai 1, Senarai Persekutuan.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.1 Latarbelakang (samb.).

Sebagai sebuah negara persekutuan, pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri telah ditentukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa kerajaan persekutuan mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding dengan kuasa kerajaan negeri-negeri.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.1 Latarbelakang (samb.).

Tujuan pembahagian kuasa ini dibuat adalah penting bagi menyelesaikan beberapa pertelingkahan yang mungkin atau telah berlaku di antara negeri-negeri.

Inilah bentuk negara persekutuan yang diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berasaskan kepada Laporan Suruhanjaya Reid, tahun 1957.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.2 Kaedah Pembahagian Kuasa.

Bidang Kuasa Persekutuan;Perkara berkaitan dengan probet dan surat mentadbir pusaka sama ada perwarisan berwasiat dan tidak berwasiat termasuk dalam butiran (4)(e) Jadual 9 Senarai 1 iaitu Senarai Persekutuan.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.2 Kaedah Pembahagian Kuasa.

Bidang Kuasa Persekutuan;(e) Tertakluk kpd perenggan (ii), perkara2 berikut-(i) Kontrek; perkongsian… perwarisan berwasiat dan

tidak berwasiat; probet dan surat mentadbir pesaka;…

(ii) Perkara2 yg tersebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang2 diri orang Islam berhubung dgn perkahwinan, perceraian, penjagaan anak.. perwarisan berwasiat dan tidak berwasiat

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.2 Kaedah Pembahagian Kuasa.

Bidang Kuasa Persekutuan;Ini menyebabkan terdapat statut-statut Persekutuan yang telah diluluskan oleh parlimen berhubung dengan perwarisan berwasiat dan tidak berwasiat iaitu:

3.2.1 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

3.2.2 Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.2 Kaedah Pembahagian Kuasa (samb.).

Bidang Kuasa Kerajaan Negeri;Perkara-perkara yang berkaitan dengan hak diri orang Islam termasuk hukum faraid (pusaka) bagi orang-orang Islam adalah termasuk dalam bidang kuasa kerajaan negeri sepertimana yang diperuntukkan di dalam Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan iaitu Senarai 2(1) melibatkan Senarai Negeri.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.2 Kaedah Pembahagian Kuasa (samb.).

Bidang Kuasa Kerajaan Negeri;Justeru itu, dalam pentadbiran dan penyelesaian kes-kes pusaka orang Islam, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa memperaku dan mengesahkan bahagian-bahagian yang akan diperolehi oleh waris-waris dalam bentuk Sijil Farid atau Perakuan Ahli Waris dan pengesahan harta pusaka si mati sahaja.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

3.3 Pembahagian Pentadbiran Pusaka.

Berdasarkan kedua-dua statut tersebut iaitu Akta 97 (Akta Probet) dan Akta 98 (Akta Pusaka Kecil), harta pusaka dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu harta pusaka besar (biasa), harta pusaka ringkas, dan harta pusaka kecil.

3. Pentadbiran Pusaka Org Islam di Msia

top related