9 rumusan peta minda
Post on 02-Jan-2016
210 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
RUMUSAN PETA MINDA
2.1 RUMUSAN PETA MINDA
Peta minda yang telah dihasilkan merupakan peta minda berkaitan dengan jenis-jenis
kepimpinan. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa terdapat empat jenis
kepimpinan iaitu kepimpinan semulajadi, kepimpinan berkarisma, kepimpinan
birokratik dan juga kepimpinan teragih. Peta minda yang telah dihasilkan telah
menujukkan beberapa perkara di dalam setiap jenis kepimpinan iaitu berdasarkan
kepada definisi, ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan dan juga kesan jenis kepimpinan
tersebut terhadap sistem persekolah di Malaysia pada hari ini.
Peta minda yang pertama adalah berdasarkan jenis kepimpinan semulajadi.
Kepimpinan semulajadi boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang individu
yang bertindak secara semulajadi untuk muncul sebagai seorang yang berpengaruh
dan mengetuai sesuatu perkara walaupun tidak dilantik. Definisi ini menunjukkan
bahawa individu yang mempunyai jenis kepimpinan semulajadi ini sememangnya
telah dilahirkan dengan ciri-ciri seorang pemimpin. Terdapat beberapa ciri yang dapat
dilihat di dalam jenis kepimpinan semulajadi ini iaitu jenis kepimpinan ini
kebiasaannya terdiri daripada anggota kumpulan yang lebih tua dimana mereka
merupakan ahli yang berpengalaman terhadap sesuatu perkara yang dipimpin.
Dalam konteks yang sama, ciri-ciri kepimpinan semulajari ini adalah apabila
seseorang individu itu mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dimana
mereka mudah untuk disenangi dan diterima oleh individu sekeliling. Ciri-ciri yang
ditunjukkan di dalam jenis kepimpinan semulajadi ini menjelaskan individu yang telah
dilahirkan dengan jenis kepimpinan ini pasti akan dapat memimpin sesebuah
organisasi dengan baik. Kelebihan jenis kepimpinan semulajadi ini adalah apabila
terdapat pihak yang sentiasa bersedia untuk memimpin di dalam sesebuah
organisasi dan setiap perkara yang dilakukan dengan wujudnya kepimpinan
semulajadi ini akan bertambah lancar kerana mereka sentiasa bersedia untuk
memimpin dan memberikan pandangan walau apa jua keadaan. Namun begitu,
kepimpinan semulajadi ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri iaitu mungkin
terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan yang dilakukan
kerana kebiasaannya individu yang mempunyai kepimpinan semulajadi ini akan
secara sukarela memimpin sesuatu perkara. Kesan kepimpinan semulajadi kepada
sistem pendidikan pada hari ini adalah aktiviti yang dilaksanakan di sekolah pasti
akan berjalan dengan lancar kerana terdapat guru berpengalaman dalam
melaksanakan aktiviti melibatkan murid. Selain itu, guru novis juga dapat menimba
pengalaman daripada guru yang mempunyai bakat kepimpinan semulahadi ini.
4 | P a g e
RUMUSAN PETA MINDA
Gambar 1 : Jenis Kepimpinan Semulajadi
Peta minda yang seterusnya adalah peta minda berdasarkan jenis kepimpinan
berkarisma. Berdasarkan kepimpinan berkarisma ini, dapat dinyatakan bahawa
definisi kepimpinan berkarisma ini adalah seseorang ketua yang dianggap oleh
pengikutnya mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yang mampu menyelesaikan
segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yang sepenuhnya (Max Weber
1947). Ciri-ciri yang terdapat di dalam jenis kepimpinan ini telah dinyatakan oleh
House & Howell yang menyatakan tret-tret yang ditunjukkan oleh pemimpin
berkarisma ini adalah berorientasikan pencapaian, berorientasikan kraetiviti dan
inovasi, seseorang yang amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi, mempunyai
keyakinan yang tinggi, keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang
lain, sanggup menanggung rasiko dan membina serta bertimbang rasa dan sensitif.
Ciri-ciri umum yang terdapat di dalam diri individu jenis kepimpinan berkarisma ini
adalah mereka merupakan seorang yang tajam pemikiran, pandangan helang, kreatif
dan inovatif, berani mengambil risiko, mengetahui keutamaan, mempunyai
5 | P a g e
RUMUSAN PETA MINDA
keperibadian yang tinggi, kemahiran interaksi yang baik, keimanan yang teguh serta
bersedia untuk melebarkan kepimpinan. Kepimpinan berkarisma ini juga mempunyai
kelebihan dan kekurangan dimana kelebihan kepimpinan berkarisma ini adalah
pemimpin berkarisma dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan berkesan dan
mereka mudah untuk diterima masyarakat kerana secara dasarnya mereka
merupakan seorang individu yang berpengaruh. Pemilihan yang dibuat ke atas
pemimpin jenis berkarisma ini adalah berdasarkan kepada kelebihan yang dimiliki.
Jenis kepimpinan berkarisma ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri di mana
mereka akan memimpin bukan hanya berasakan kepada pencapaian dan perubahan
secara positif kepada pihak sekolah dan akan memberikan impak yang negatif
terhadap kepimpinan di sekolah. Jenis kepimpinan berkarisma ini juga memberi
kesan kepada pendidikan dimana pemimpin jenis ini akan menjadi seorang yang
sangat berpengaruh di dalam sesebuah sekolah. Kesan yang diberikan kepada
pendidikan yang dibawa adalah berdasarkan pencapaian dan perubahan yang
dilakukan kerana jika perubahan yang dilakukan adalah positif maka hasilnya juga
positif begitu juga sebaliknya.
Gambar 2 : Jenis
Kepimpinan Berkarisma
Peta minda yang seterusnya adalah berkaitan dengan jenis kepimpinan
birokratik. Kepimpinan birokratik ini boleh didefinisikan sebagai seseorang individu
yang dilantik ke jawatan yang disandang secara rasmi dalam sesebuah organisasi
dan bertindak menggunakan kuasa yang ada bertujuan memaksimakan kecekapan
6 | P a g e
RUMUSAN PETA MINDA
serta mengurus organisasi menggunakan pendekatan rasional (Max Weber 1989).
Max weber juga telah memberikan ciri-ciri kepimpinan birokratik ini iaitu organisasi
berasaskan matlamat, pembahagian bidang pengkhususan, struktur berhierarki,
mementingkan peraturan dan tertib, mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal
dan perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang. Ciri-ciri
kepemimpinan biokratik dalam organisasi sekolah ialah adalah struktur organisasi
yang berhierarki dengan guru besar berada di pucuk kepemimpinan, guru –guru
mempunyai bidang kepakaran masing-masing, mempunyai satu peraturan sekolah
dan jadual waktu akademik yang patut dipatuhi, ketua bidang atau panitia mata
pelajaran akan bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan
mengikut garis panduan atau sukatan yang telah ditetapkan. Kelebihan jenis
kepimpinan birokratik ini adalah individu yang mengamalkan jenis kepimpinan ini
akan melaksanakan kualiti kerja yang dihasilkan berada pada tahap yang
memuaskan. Selain itu, gaya kepimpinan birokratik ini juga mempunyai kelemahan
yang tertentu dimana pemimpin birokratik ini akan jarang mencuba perkara baru
dalam menyelsaikan masalah kerana penyelesaian masalah dilakukan secara
individu. Selain itu, individu ini juga berorientasikan tugas dan bersifat autokratik
dimana mereka kurang mengambil berat aspek keperluan seseorang individu. Kesan
kepimpinan birokratik kepada sekolah ini adalah akan wujud konflik antara
kepimpinan birokrasi dengan profesionalisme di sesebuah sekolah. Dalam konteks
yang sama autoriti kepakaran mungkin berkonflik dengan autoriti jawatan contohnya
guru besar yang mengajar matapelajaran Sains mungkin kurang arif terhadap
perkara yang diajar.
7 | P a g e
RUMUSAN PETA MINDA
Gambar 3 : Jenis Kepimpinan Birokratik
Peta minda yang terakhir adalah berkaitan dengan kepimpinan teragih.
Kepimpinan teragih ini boleh didefinisikan sebagai kepemimpinan diagihkan dalam
suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan semua ahli dan dapat menimbulkan
semangat kerjasama serta keakraban sesama rakan setugas. Ciri-ciri yang
ditunjukkan di dalam kepimpinan teragih ini adalah dimana kesemua tugas yang
dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi akan diagihkan sama rata antara
pemimpin dan juga ahli-ahli. Kelebihan kepimpinan teragih ini adalah semua ahli
organisasi sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Kepimpinan teragih ini akan dapat menimbulkan semangat kerjasama dan keakraban
antara rakan sekerja keran setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan
keputusan bersama. Kelemahan jenis kepimpinan ini adalah mungkin terjadinya
situasi apabila sebilangan pihak yang hendak mengikut pendapat sendiri dan
terdapat individu kurang mahir terpaksa melakukan perkara di luar kepakaran
mereka. Kesan jenis kepimpinan teragih ini kepada pendidikan di sekolah ini adalah
dapat mewujudkan suasana persekitaran kerja yang positif kerana ahli organisasi
dapat bekerja di dalam satu pasukan dan secara tidak langsung mengurangkan
tekanan di tempat kerja.
Gambar 4 : Jenis Kepimpinan Teragih
8 | P a g e
RUMUSAN PETA MINDA
9 | P a g e
top related