91774790 imej dalam lukisan kanak kanak
Post on 12-Aug-2015
822 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
Bab 2:Literatur
7 April 2007
SARJANA PENDIDIKAN
BIDANG PENDIDIKAN SENI,
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
MALAYA
MARHANIM BT ABDUL RAZAK Pensyarah: Ghazie Ahmad
[ Bab 2: KAJIAN LITERATUR
IMEJ DALAM LUKISAN KANAK-
KANAK PRASEKOLAH DI HULU
LANGAT]
2
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
2.1 Literatur Berkaitan
2.1.1 Kanak-Kanak Dan Lukisan
2.1.1.1 Tujuan kanak-Kanak Melukis
2.1.1.2 Jenis Lukisan kanak-Kanak
2.1.2 Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Prasekolah
2.1.3 Sejarah Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak
2.1.3.1 Teori Yang Berkaitan
2.2 Kerangka Konsepsual
2.2.1 Konsep Imej Dalam Lukisan Kanak-Kanak Prasekolah
2.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Imej Dalam
Lukisan Kanak-Kanak.
2.2.2.1 Faktor Dalaman
Minat
Pengalaman
Emosi
Kreativiti
2.2.2.2 Faktor Luaran
Persekitaran
2.3 Kesimpulan
3
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah lazimnya mempunyai kecenderungan dan minat
semulajadi terhadap aktiviti melukis. Menerusi aktiviti melukis, kanak-kanak berpeluang
menghasilkan pelbagai imej dalam lukisan menerusi pengamatan pada persekitaran di
sekeliling mereka. Kajian berkaitan lukisan kanak-kanak telah banyak dijalankan. Malah
hasil daripada kajian yang telah dijalankan telah menemui pelbagai teori yang diboleh
dijadikan panduan dan rujukan kepada penyelidik, guru, ibu bapa dan masyarakat.
Antara pekara yang akan dibincangkan dalam bab ini merangkumi kajian literatur
yang berkaitan dengan kanak-kanak dan lukisan, perkembangan lukisan kanak-kanak
prasekolah dan sejarah perkembangan lukisan kanak-kanak. Bab ini juga akan
membincangkan tentang kerangka konsepsual berdasarkan kajian lepas yang berkaitan
dengan faktor yang mempengaruhi kanak-kanak enam tahun dalam menggambarkan
pelbagai imej dalam lukisan yang dihasilkan.
4
2.1 Literatur Berkaitan
Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dalam mengkaji tahap perkembangan kanak-
kanak mengikut umur. Antara kajian yang dilakukan adalah kajian terhadap lukisan
kanak-kanak. Menerusi lukisan yang dihasilkan, pelbagai persoalan kajian dapat
dirungkai serta pelbagai teori dapat dijadikan sebagai bukti untuk menjelaskan sesuatu
fakta yang telah diperolehi.
Menurut Iberahim Hassan (2000), penyelidikan mengenai lukisan kanak-kanak
telah bermula sejak tahun 1800 lagi. Antaranya adalah Hebert Spencer (1859) dan John
Ruskin (1857). Terdapat juga jurnal dan artikel yang ditulis oleh penulis terkenal seperti
Ebenzer Cook antara 1885 hinga 1886, James Sully sekitar tahun 1890an, Stern pada
tahun 1924, Koffka pada tahun 1928, Piaget pada tahun 1929 dan Cizek sekitar tahun
1930an. Sehingga kini, kajian terhadap lukisan kanak-kanak masih lagi diterus oleh ramai
penyelidik dari luar dan di dalam negara.
2.1.1 Kanak-Kanak Dan Lukisan
Melukis merupakan salah satu cabang kreativiti ( Mohd. Azhar, 2006). Dengan melukis,
kanak-kanak dapat meluahkan emosi dan memberi interpretasi terhadap sesuatu perkara.
Menerusi penghasilan lukisan, kanak-kanak dapat menyatakan pengalaman yang
diperolehinya secara teratur dan tersusun. Menerusi jurnal yang diterbitkan dalam
Academic Press yang ditulis telah ditulis oleh Laura (2001), mendapati imej yang
dirakamkan oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun dalam lukisan yang dihasilkan
adalah hasil dari pengamatan mereka terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran.
5
Kanak-kanak menggunakan mental untuk menterjemahkan sesuatu yang mereka
lihat, hidu dan rasa kepada sesuatu imej visual. Cathy (2001) telah melakukan kajian
terhadap kanak-kanak prasekolah yang mempunyai masalah emosi. Menurut beliau
kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun lebih gemar untuk menyatakan
ingatan lampau melalui imej dalam lukisan. Gambaran yang dihasilkan adalah
transformasi daripada pengalaman dan emosi yang ada dalam diri mereka dan
diterjemahkan dalam bentuk imej visual dua dimensi.
Lazimnya kanak-kanak prasekolah yang berumur enam tahun banyak
mengadaptasikan objek yang ada di sekeliling dalam penghasilan lukisan. Imej yang
digambarkan dalam lukisan dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak. Kepuasan
yang tercipta ini boleh membantu kepada perkembangan kognitif dan psikomotor
seseorang kanak-kanak itu. Main Rindam (2005), menyatakan bahawa dengan
menghasilkan lukisan , kanak-kanak akan merasa puas apabila dapat menampilkan imej
yang berada di pemikiran dan diluahkan pada permukaan kertas. Secara tidak langsung
kanak-kanak akan dapat berkongsi pengalaman yang pernah dilalui bersama golongan
dewasa.
2.1.1.1 Tujuan kanak-kanak melukis
Kanak-kanak mempunyai sebab tertentu apabila melukis. Mengikut kajian oleh Jamilah
Omar (2004) dan Fotini (2005), imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah berbeza
mengikut tahap umur. Kanak-kanak pada awal usia seringkali menghasilkan lukisan yang
berupa contengan. Antara tujuan lukisan tersebut dihasilkan adalah untuk
6
mengaplikasikan kebolehan pergerakan tangan. Mengikut Piaget (1970), menyatakan
kanak-kanak pada umur lapan belas bulan hingga dua setengah tahun menghasilkan
lukisan berupa imej contengan yang tidak membawa kepada maksud atau representasi
yang khusus.
Tujuan gambaran pelbagai imej dalam lukisan yang dihasilkan juga adalah untuk
menghilangkan rasa bosan atau perasaan jemu, Cathy (2001). Penghasilan lukisan juga
dapat membantu menghilangkan tekanan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak. Jullien
(1994) dan Claire (2003) telah menjalankan kajian kepada sekumpulan kanak-kanak
yang berada di pusat jagaan sementara kerana masalah penderaan. Berdasarkan kajian
mereka, kanak-kanak yang berusia enam tahun lebih gemar mengisi masa lapang dengan
melukis pelbagai-bagai imej pada kertas yang disediakan. Imej yang dilukis adalah imej
yang berkaitan dengan peristiwa yang pernah mereka alami. Secara tidak langsung proses
menggambarkan imej dapat mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi oleh kanak-
kanak tersebut.
Kanak-kanak menggambarkan pelbagai imej pada penghasilan lukisan juga
bertujuan untuk mendapatkan perhatian daripada golongan dewasa. Tujuan imej yang
digambarkan adalah bertujuan untuk mendapatkan pujian daripada guru atau ibu bapa.
Hasil penulisan Nancy (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak akan merasa bangga
apabila dipuji. Ia akan meningkatkan lagi respon mereka terhadap kerja yang dihasilkan.
Pendapat ini turut diperkuatkan dengan pendapat Kamaruddin (1996) dan Azizi Yahya
(2004) bahawa kanak-kanak gemar mendapatkan pujian dari golongan dewasa terhadap
7
sesuatu aktiviti yang dilakukan. Kata-kata pujian daripada guru atau ibu bapa adalah
salah satu proses motivasi yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam kerja yang akan
dihasilkan seterusnya.
Penghasilan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan dapat meningkatkan idea
dan persepsi kanak-kanak terhadap sesuatu yang digemari. Kanak-kanak cuba meniru
sesuatu objek yang berada di persekitaran untuk mendapatkan ilmu. Melalui imej yang
dilukis oleh kanak-kanak, kita dapat menilai tahap pemahaman mereka terhadap sesuatu
konsep. Contohnya bagi kanak-kanak yang berusia enam tahun cuba melukis imej
kenderaan dengan menunjukkan perbezaan bilangan tayar pada kenderaan. Dengan
melihat perbezaan bilangan tayar secara tidak langsung mereka dapat membezakan jenis
imej kenderaan yang digambarkan (Fotini, 2005).
Kanak-kanak prasekolah gemar melukis pelbagai imej bertujuan untuk menguji
sesuatu perkara positif dan negatif. Menurut Wilson dan Wilson (1992), antara tujuan
kanak-kanak enam tahun melukis adalah bertujuan untuk menggambarkan sesuatu situasi
yang berlawanan. Contohnya gambaran imej perompak dan polis. Pandangan yang sama
pernah dikemukakan oleh Abu Talib Putih Putih (2005) yang menyatakan bahawa tujuan
kanak-kanak enam tahun melukis adalah untuk menganalisis dan menilai sesuatu yang
baik dan buruk. Penganalisaan ini disampaikan melalui pelbagai imej dalam penghasilan
lukisan. Imej yang digambarkan oleh kanak-kanak juga bertujuan untuk menggambarkan
masa depan yang diimaginasikan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan literasi
visual serta dapat memberi bentuk kepada imej abstrak yang berada di minda.
8
Oleh itu jelaslah bahawa kanak-kanak menghasilkan lukisan dengan mempunyai
pelbagai tujuan dan maksud yang ingin disampaikan. Mengikut Nancy (2001)
menyatakan bahawa penghasilan lukisan dapat memberikan unsur motivasi kepada
kanak-kanak dalam melahirkan idea melalui imej yang digambarkan. Fotoni (2005) dan
Abu Talib Putih Putih (2005) juga mempunyai pendapat yang sama dengan Nancy (2001)
bahawa disamping memberi motivasi, penghasilan lukisan juga turut memberi kesan
positif dalam memberikan ilmu kepada kanak-kanak khususnya kanak-kanak prasekolah
yang berumur enam tahun.
2.1.12 Jenis lukisan kanak-kanak.
Terdapat pelbagai jenis lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Jenis lukisan yang
dihasilkan oleh kanak-kanak adalah berbeza. Silver (2001) ada menyebut pandangan
yang dikemukakan oleh Lark Horovitz et al., (1973) dalam jurnal yang bertajuk
Understanding Children’s Art For Better Teaching. Beliau menyatakan bahawa lukisan
kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat jenis penghasilan iaitu: 1)Lukisan spontan
yang dihasilkan tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Imej yang dihasilkan dalam
lukisan spontan adalah imej yang dihasilkan tanpa paksaan dari guru atau golongan
dewasa. Lukisan dihasilkan atas inisiatif sendiri mengikut kehendak kanak-kanak. 2)
Lukisan bebas iaitu lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak atas permintaan guru atau
dari sesuatu pihak. Kanak-kanak bebas memilih imej yang ingin dilukis dalam lukisan
bebas. 3) Lukisan permintaan adalah lukisan yang dihasilkan mengikut topik atau tajuk
yang diarahkan oleh guru. Kanak-kanak hanya menghasilkan imej mengikut arahan dan
tidak bebas memilih imej yang hendak dilukis. 4) Lukisan peniruan atau melengkapkan.
9
Ia adalah lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dengan melengkapkan sebahagian
imej yang telah disediakan terlebih dulu.
Berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan oleh pengkaji terdahulu, jelaslah
menunjukkan bahawa imej yang dilukis oleh kanak-kanak adalah berkait rapat dengan
jenis lukisan yang dihasilkan. Imej yang digemari dalam lukisan yang dihasilkan boleh
diperolehi daripada lukisan bebas. Ini adalah kerana tidak terdapat unsur paksaan dan
kanak-kanak bebas memilih apa saja imej yang digemari untuk digambarkan dalam
lukisannya. Mengikut Mohd. Sharani (2003) percaya bahawa kita tidak akan memahami
perkembangan sebenar kanak-kanak jika wujud sebarang unsur paksaan dalam tingkah
laku atau aktiviti yang dilakukannya.
2.1.2 Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Prasekolah
Tahap perkembangan lukisan oleh kanak-kanak prasekolah bermula di peringkat
skema. Teori skema adalah teori yang pernah dikemukakan oleh ahli psikologi yang
terkenal iaitu Piaget (2001). Mengikut teori yang dikemukakan oleh beliau, skema
bermaksud satu struktur kognitif dan skemata bermaksud lebih dari satu struktur kognitif.
Skemata terbahagi kepada tiga iaitu skemata tingkah laku, skemata simbolik dan skemata
operasi.
Skemata tingkah laku digunakan oleh kanak-kanak untuk bertindak balas kepada
objek yang berada di persekitarannya. Kanak-kanak mengamati objek-objek yang berada
di persekitarannya dan memindahkan imej yang lihat dalam penghasilan lukisan.
10
Skemata simbolik pula diperolehi sejak kanak-kanak berumur dua tahun atau sejak
kanak-kanak tersebut boleh bercakap dan berfikir tentang sesuatu pengalaman yang
dilaluinya. Manakala skemata operasi diperolehi oleh kanak-kanak yang berumur enam
tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logik berkaitan dengan sesuatu
peristiwa. Mengikut Ramlah Jantan Jantan (2004) menyatakan bahawa kanak-kanak
mengadaptasikan imej yang berada di persekitaran mengikut tahap perkembangan umur
mereka. Berpandukan skemata ini guru atau ibu bapa boleh melihat perkembangan
penghasilan imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak dalam penghasilan lukisan. Ianya
boleh digunakan sebagai kayu pengukur untuk membimbing kanak-kanak prasekolah
dalam penghasilan seni lukis.
Pendekatan daripada teori perkembangan oleh Piaget (1970) mengatakan bahawa
perkembangan lukisan kanak-kanak dapat dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu
peringkat manipulatif dan peringkat membuat simbol. Mengikut Piaget (1970), kanak-
kanak yang berumur dua tahun, menghasilkan imej secara tidak sengaja. Penghasilan
imej yang digemari adalah pada peringkat pergerakan motor kasar. Kanak-kanak pada
usia ini menghasilkan contengan. Imej yang dihasilkan tidak mengkhusus pada
representasi tertentu. Proses ini berterusan hingga kanak-kanak mencapai umur tiga
tahun. Apabila kanak-kanak mencapai umur tiga tahun mereka mula menyusun imej
yang dihasilkan dalam susunan yang semakin teratur. Walau bagaimana pun pada
peringkat ini imej yang dihasilkan adalah imej ringkas seperti bulat, tiga segi dan
pangkah (Pamela, 1998; Iberahim Hassan Hassan, 2000; La Voy et al.,2001; Bailey et
al.,2003).
11
Pada usia kanak-kanak mencapai empat hingga lima tahun, imej contengan telah
berubah dan semakin meyakinkan. Sistem mental kanak-kanak pada usia ini telah
berkembang. Pada usia ini imej yang dihasilkan dalam penghasilan lukisan telah berubah
dan semakin dikenali. Imej yang dilukis telah berbeza dengan latar belakang. Secara
beransur-ansur imej yang dilukis tidak lagi membentuk contengan, malah ia telah
berkembang dan memiliki ciri-ciri seperti bulatan, bujur, segi empat dan segi tiga. Imej
yang digambarkan telah membentuk sesuatu objek seperti matahari dan figura manusia
dengan rupa mudah. Susunan imej yang dilukis sudah mula berubah dan semakin rumit.
Pada peringkat ini imej yang dihasilkan berada di peringkat simbolik (Hebert Read, 1958;
Martyn, 1983; Iberahim Hassan, 2000; Eisner, 2001; Rohani Abdullah et al., 2004;
Ramlah Jantan Jantan, 2004; Cox, 2006).
Kanak-kanak yang mencapai lima hingga enam tahun mampu melukis imej
manusia dan haiwan dengan olahan yang lebih baik. Menurut pendekatan kognitif yang
dikemukakan oleh Piaget (1971) dan disokong dalam kajian oleh Silver (2001) dan Laura
(2001) mengatakan bahawa pada peringkat ini kanak-kanak sudah berkebolehan
menggunakan simbol yang mewakili objek di sekeliling. Pada peringkat ini kanak-kanak
sering menggambarkan imej garisan, rupa dan jalinan untuk membentuk sesuatu imej
yang digemari seperti rumah, pokok, haiwan dan kenderaan.
Keupayaan membayangkan sesuatu diaplikasikan pada imej yang boleh dilihat
dalam lukisan yang dihasilkan. Kanak-kanak pada usia ini mula membina pengetahuan
melalui penerokaan dan pengalaman berinteraksi dengan persekitaran mereka. Eisner
12
(1966) juga mengakui bahawa pemahaman yang diperolehi dari persekitaran telah mula
diolah dalam gambaran imej yang dilukis. Imej yang dihasilkan adalah berdasarkan
persepsi dan pengalaman yang diperolehi dari persekitaran kanak-kanak tersebut.
2.1.3 Sejarah Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak
Masyarakat mula berminat untuk mengkaji lukisan kanak-kanak apabila menyedari
bahawa kanak-kanak adalah golongan yang perlu diberi perhatian. Mohd. Johari, (2004)
menyingkap sejarah perkembangan lukisan kanak-kanak. Dalam penulisan beliau
menyatakan bahawa kanak-kanak di Eropah pada zaman Medieval atau zaman
pertengahan kira-kira 1100-1400 masehi yang lalu dianggap sebagai golongan yang tidak
perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Pada zaman itu kanak-kanak seawal usia enam
tahun dianggap sebagai pembantu pekerja dan tidak perlu diambil berat.
Berdasarkan kajian oleh Rohani Abdullah et al. (2004) dan Cox (2006) ada
menyatakan bahawa pada awal abad ke 17 dan 18 seni kanak-kanak mula di pandang
serius. Kepentingan terhadap kanak-kanak mula diberi perhatian. Kanak-kanak mula
diberikan pendidikan. Perhatian terhadap kanak-kanak mula disedari bahawa golongan
ini merupakan golongan yang perlu diberi perhatian agar mencapai perkembangan usia
dengan pemikiran yang sempurna. Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), Johann
Pestalozzi (1746-1827) dan Freiedrich Froebel (1782-1852) adalah di antara tokoh-tokoh
kurikulum yang memberi perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kanak-
kanak. Mereka juga telah menjadikan seni lukis sebagai salah satu bahagian yang
13
dimasukkan dalam kandungan kurikulum pendidikan yang dijalankan pada masa itu
(Ahmad Rashidi, 2000; Azizah Lebai Nordin, 2002).
Idea terawal untuk menjadikan pendidikan seni lukis ini sebagai aktiviti pendidikan
telah dibawa oleh orang Inggeris ke Amerika. Pada waktu itu pendidikan berkaitan
lukisan sekadar melahirkan seniman-seniman professional. Pendedahan pendidikan seni
lukis lebih tertumpu kepada anak-anak bangsawan (Cox, 2006). Pada awal abad ke 19
terdapat pelbagai teori awal mengenai lukisan kanak-kanak. Antaranya ialah teori
behaviorisme, konstruktivisme dan teori pembelajaran sosial. Pada masa itu kajian
secara meluas dijalankan tentang hubungan lukisan dan kanak-kanak. Kajian yang
dijalankan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kajian berkaitan psikologi dan kajian
yang berkaitan estetik.
Kajian berkaitan psikologi adalah perbincangan ke atas keseluruhan tingkah laku
kanak-kanak secara saintifik yang dikaitkan dengan imej yang dilukis manakala kajian
yang berkaitan dengan estetik pula adalah kajian terhadap aspek keindahan dan kesenian
yang wujud pada imej yang dilukis oleh kanak-kanak. Konsep seni lukis ini telah
berkembang dari masa ke semasa sehingga mewujudkan pelbagai teori dan model
pendidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak (Ramlah Jantan Jantan,
2004; Suhaimi Abdullah, 2006).
14
Pada tahun 1930an telah muncul konsep seni untuk penyataan diri. Para pendidik
telah mengakui bahawa kanak-kanak yang berumur enam tahun mempunyai keupayaan
untuk memberi penyataan diri menerusi lukisan yang dihasilkan. Para pendidik juga
mengakui bahawa kanak-kanak pada usia ini mampu melahirkan ekspresi diri melalui
imej yang digemari dalam lukisan yang dihasilkan. Menjelang tahun 1940an satu lagi
konsep mustahak yang diperjelaskan kepada umum iaitu lukisan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak mampu mencungkil psikologi seseorang kanak- kanak itu (Khalijah Ahmad,
2006). Psikologi adalah kajian yang berkaitan faktor dalaman atau faktor diri yang
mendorong kanak-kanak dalam menggambarkan imej dalam lukisan yang dihasilkan.
Dalam kajian ini, Viktor Lowenfield (1987) telah memberi sumbangan yang besar
dalam menerbitkan bukunya yang bertajuk ‘ Creative and Mental Growth’. Konsep-
konsep terbaru tentang lukisan kanak-kanak wujud pada tahun-tahun 1970an yang
mengaitkan seni sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan kanak-kanak
prasekolah. Kesedaran terhadap imej yang dihasilkan dalam penghasilan lukisan mula
disedari oleh golongan pendidik bahawa ia merupakan hubungan kepekaan antara
manusia dan persekitaran. Pada tahun-tahun seterusnya para pendidik telah mula
membuat pelbagai kajian imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak dalam perhubungan
persekitaran fizikal dan persekitaran sosial (Cathy, 2001; La Voy et al., 2001).
Kini kepekaan para pendidik terhadap pengajaran seni di peringkat prasekolah tidak
dapat dinafikan lagi. Walau bagaimanapun bidang pengajaran seni dalam pendidikan
prasekolah di Malaysia hanyalah sebagai salah satu cabang kurikulum yang dimasukkan
15
dalam sukatan pelajaran. Masih banyak ruang kajian-kajian terhadap hubungan lukisan
dan kanak-kanak yang masih belum dikaji secara terperinci (PPK, Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2006).
2.1.3.1 Teori yang berkaitan
Beberapa kajian telah dijalankan adalah berlandaskan beberapa teori. Antara teori yang
telah digunakan oleh ahli falsafah dalam membuat kajian tentang imej lukisan kanak-
kanak ialah teori behavioris atau environmentalisma, teori pembelajaran sosial, teori
maturationisma dan teori konstruktivisma.
Teori behavioris atau environmentalisma menekankan kepada persekitaran yang
ada di sekeliling kanak-kanak. Teori ini menekankan bagaimana persekitaran
mempengaruhi sesetengah tingkah laku kanak-kanak. Teori ini juga membantu kanak-
kanak mempelajari tingkah laku dalam masyarakat. Beberapa kajian yang dijalankan
lebih kepada pemerhatian terhadap aspek motivasi yang dianggap sebagai pujian atau
ganjaran yang boleh menaikkan semangat kanak-kanak dalam melakukan sebarang
aktiviti. Teori ini lebih kepada pemerhatian terhadap pembelajaran yang berlaku oleh
kanak-kanak akibat atau kesan dari faktor luaran. Faktor luaran membantu kanak-kanak
untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti penghasilan imej dalam penghasilan lukisan
(Azizah Lebai Nordin, 2002).
Teori maturationisma atau naturalisma lebih tertumpu kepada faktor dalaman
16
kanak-kanak. Faktor dalaman sangat penting sebagai pendorong untuk melakukan
sesuatu perkara. Mengikut ahli falsafah terkenal seperti Jean Jacques Rousseau (1712-
1778) dan Sigmund Freud (1856-1939) menyatakan bahawa faktor dalaman yang
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak enam tahun dalam aktiviti melukis ialah faktor
minat dan kreativiti yang wujud dalam diri seseorang kanak-kanak itu. Faktor dalaman
yang wujud dalam diri seseorang kanak-kanak itu dapat meningkatkan tahap kematangan
kanak-kanak dalam memperoleh ilmu pengetahuan (Ramlah Jantan Jantan, 2004; Nor
Hashimah Hashim,2004).
Teori pembelajaran sosial menekankan tentang aktiviti yang dilakukan oleh
kanak-kanak adalah disebabkan oleh pengaruh faktor luaran. Ia melibatkan peniruan
kanak-kanak pada aktiviti manusia yang berada di sekeliling mereka. Azizah Lebai
Nordin (2002) berpendapat bahawa perlakuan kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti adalah
hasil dari peniruan mereka terhadap perkara yang pernah dilakukan oleh manusia di
sekeliling mereka seperti keluarga, guru, rakan sebaya dan masyarakat terdekat. Ia juga
dikenali sebagai pengaruh dari persekitaran sosial.
Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget (2001) seperti yang dilaporkan oleh
Abu Talib Putih (2005) menekankan tentang faktor luaran dari persekitaran fizikal dan
persekitaran sosial. Persekitaran membantu kanak-kanak yang berumur enam tahun
membentuk perkembangan dalam pembelajaran. John Dewey (1859-1952) salah seorang
ahli kontruktivisme mengatakan bahawa pemahaman kanak-kanak terhadap persekitaran
adalah bergantung kepada tahap penerokaan mereka terhadap pelbagai-bagai objek di
sekeliling. Persekitaran yang dimaksudkan ialah persekitaran fizikal yang melibatkan
17
tumbuhan semulajadi dan benda buatan manusia, manakala persekitaran sosial
melibatkan interaksi kanak-kanak dengan masyarakat sekeliling. Palianiapan (2005) pula
menambah bahawa interaksi kanak-kanak dengan persekitaran merupakan satu proses
kognitif yang melibatkan persepsi kanak-kanak itu untuk memperoleh ilmu yang lebih
kompleks.
Kesimpulan yang boleh diperolehi ialah teori maturationisme mengkaji faktor
dalaman seseorang kanak-kanak itu manakala teori environmentalisma, teori
pembelajaran sosial dan teori konstruktivisma lebih menekankan faktor luaran yang
mempengaruhi kanak-kanak untuk melakukan sesuatu aktiviti. Gabungan teori ini dapat
memberikan gambaran kepada kita bahawa pentingnya pengaruh dalaman dan pengaruh
luaran dalam mendorong seseorang kanak-kanak untuk melahirkan aktiviti yang
digemari khususnya dalam penghasilan lukisan.
2.2 Kerangka Konsepsual
Bahagian ini akan menghuraikan kerangka konsepsual yang berkaitan dengan dua faktor
utama yang mempengaruhi imej yang digemari oleh kanak-kanak prasekolah dalam
lukisan yang dihasilkan.Bahagian yang akan dihuraikan adalah berkait dengan kajian-
kajian literatur yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
18
Rajah 1 menunjukkan kerangka konsepsual kajian.
Berdasarkan rajah 1, penyelidik akan menghuraikan faktor dalaman dan faktor
luaran yang mempengaruhi seseorang kanak-kanak prasekolah untuk menghasilkan
pelbagai imej yang digemari dalam lukisan. Faktor dalaman melibatkan minat,
pengalaman, emosi dan kreativiti yang ada dalam dalam diri seseorang kanak-kanak itu.
Faktor luaran terdiri daripada persekitaran fizikal dan persekitaran sosial. Persekitaran
fizikal terdiri daripada objek-objek dari persekitaran alam semulajadi dan alam benda,
manakala persekitaran sosial melibatkan pengaruh sosial yang wujud di persekitaran
kehidupan kanak-kanak. Dua faktor ini dikenal pasti oleh penyelidik sebagai pengaruh
utama yang mempengaruhi gambaran imej yang digemari dalam lukisan yang dihasilkan
oleh kanak-kanak prasekolah yang berumur enam tahun.
Faktor dalaman Faktor luaran
Kanak-kanak
enam tahun
Imej kegemaran
Lukisan
Rajah 1: Kerangka konsepsual
19
2.2.1 Konsep Imej Dalam Lukisan Kanak-Kanak Prasekolah
Terdapat pelbagai definisi yang digunakan oleh beberapa pengkaji untuk mentakrif
tentang imej dalam lukisan kanak-kanak. Cox (2006) menyatakan bahawa imej yang
digemari oleh kanak-kanak merupakan gambaran daripada pelbagai objek di persekitaran
mereka. Manakala kajian terdahulu oleh Cizek (1920) seperti yang dilaporkan oleh Cathy
(2001) menyatakan bahawa imej dalam lukisan merupakan olahan dari pengalaman
kanak-kanak yang digambarkan secara tampak.
Imej dalam lukisan kanak-kanak merupakan penyataan emosi dari seorang
pelukis. Luahan emosi diekspres dalam penghasilan visual untuk meluahkan pelbagai-
bagai perasaan yang wujud dalam diri kanak-kanak khususnya yang berumur enam tahun
(Raja Shamsul Bukhari, 2006). Efland (1990) mengatakan bahawa imej yang dihasilkan
dalam lukisan kanak-kanak merupakan ekspresi mereka hasil daripada tiga tahap
perkembangan proses artistik iaitu a) mengumpul idea, b) mengolahkan idea tersebut ke
dalam minda, dan c) menggunakan media kering seperti pensil untuk memberi bentuk
kepada idea-idea ke dalam penghasilan lukisan.
2.2.2 Faktor yang mempengaruhi penghasilan imej yang digemari dalam lukisan
kanak-kanak prasekolah.
Kanak-kanak menyatakan perasaan dan berkongsi pengalaman dengan golongan dewasa
melalui imej yang digambarkan dalam penghasilan lukisan. Julien (1994), Jamilah Omar
(2002) dan Khalijah Ahmad (2006) menegaskan bahawa imej yang gemar dilukis oleh
oleh kanak-kanak melibatkan faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman
20
melibatkan perasaan kanak-kanak, pengalaman dan kreativiti yang dimiliki. Manakala
penghasilan imej akibat faktor luaran melibatkan persekitaran fizikal dan persekitaran
sosial. Faktor persekitaran fizikal adalah melibatkan pengaruh dari objek-objek
persekitaran semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan alam benda seperti rumah dan
kenderaan. Persekitaran sosial pula melibatkan pengaruh yang diamalkan oleh
masyarakat sekitar seperti budaya (Marhanim Abdul Razak, 2007).
Mengikut petikan dari buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiyah (1992) menyatakan
bahawa “Faktor diri memainkan peranan untuk menghasilkan seseorang individu. Faktor
diri ialah perasaan dan konsepsi kanak-kanak tentang dirinya sendiri dan tentang orang
lain, masyarakat serta keseluruhan pengalamannya termasuk kepercayaannya, nilainya,
matlamatnya dan sikapnya.” (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1992:80). Penyataan ini
menyentuh mengenai faktor dalaman dan faktor luaran dalam penghasilan seni kanak-
kanak. Berdasarkan penyataan di atas menunjukkan bahawa faktor dalaman kanak-kanak
melibatkan minat, ekspresi emosi dan pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak itu
sendiri. Faktor dalaman yang dimiliki juga saling berkait dengan faktor persekitaran
fizikal dan sosial.
Gabungan faktor dalaman dan luaran dalam penghasilan seni lukis akan
meningkatkan potensi kanak-kanak dalam pertumbuhannya ke alam dewasa. Suhaimi
Abdullah, (2006), Laura (2001), Ramlah Jantan Jantan, (2004) juga menyentuh perkara
yang sama yang melibatkan faktor individu dan faktor persekitaran mempengaruhi dalam
penghasilan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan kanak-kanak yang berumur enam
21
tahun. Palaniappan (2005) menambah bahawa penghasilan imej dalam penghasilan
lukisan berkait rapat dengan faktor emosi, pengalaman dan kreativiti. Semua komponen
ini akan mempengaruhi seseorang kanak-kanak untuk menggambarkan imej yang
digemari dari objek-objek yang berada di persekitarannya.
Berdasarkan teori perkembangan yang telah dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah
serta model-model pengajaran yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu,
pengkaji telah mengenal pasti beberapa faktor yang dianggap mendorong kepada
pembentukan pelbagai imej yang digemari oleh kanak-kanak dalam penghasilan lukisan.
Faktor dalaman terdiri daripada faktor emosi, minat, pengalaman dan kreativiti manakala
faktor luaran adalah terdiri daripada persekitaran yang wujud dalam kehidupan
seseorang kanak-kanak itu.
Ini bermakna faktor emosi, minat, pengalaman dan kreativiti seseorang kanak-
kanak itu merupakan aspek penting dalam mempengaruhi penghasilan lukisan yang
dihasilkan oleh kanak-kanak yang berumur enam tahun. Pendapat yang dikemukakan
oleh Laura (2001), Ramlah Jantan Jantan (2004) dan Suhaimi Abdullah (2006)
mempunyai persamaan dengan pendapat oleh Syarifah Alwiyah Alsagoff (1992) yang
menyentuh faktor dalaman dan faktor luaran yang sangat mempengaruhi penghasilan
imej yang dilukis oleh kanak-kanak. Bagi mengukuhkan kajian literatur ini, penyelidik
akan menghuraikan faktor ini berdasarkan konsep atau pendapat yang telah digunakan
oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.
22
2.2.2.1 Faktor dalaman
Minat
Minat merupakan salah satu faktor kecenderungan kanak-kanak untuk menghasilkan
pelbagai imej dalam penghasilan lukisan. Atas dorongan minat kanak-kanak terhadap
sesuatu objek, membuatkan mereka cuba menggambarkan pelbagai-bagai imej dalam
penghasilan lukisan mereka. Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh Mohd.
Sharani (2003) dan Mohd Azhar Abd. Hamid Abd. Hamid , (2006) menyatakan bahawa
faktor minat mendorong seseorang kanak-kanak untuk melakukan pelbagai-bagai aktiviti
dalam kehidupan mereka. Contohnya menghasilkan aktiviti seni seperti melukis. Apabila
kanak-kanak minat pada sesuatu objek di persekitaran, mereka akan cuba merekodkan ke
dalam minda dan diterjemahkan semula dalam penghasilan lukisan.
Apabila memasuki alam persekolahan kanak-kanak yang berumur enam tahun
mula membina perhubungan sosial dengan manusia di sekeliling. Pada usia ini mereka
sentiasa ingin berkongsi minat dan ingin memberitahu kepada rakan terdekat tentang
seseorang yang mereka sayangi atau minati. Kanak-kanak pada usia enam tahun juga
gemar melakar imej orang yang disayangi sebagai tanda penghargaan mereka pada
seseorang (Cox, 2006).
Minat kanak-kanak yang berusia enam tahun tidak saja terhad pada ibu bapa,
guru atau rakan-rakan, malah mereka juga berminat dengan sesuatu watak yang dilihat
menerusi media elektronik seperti telivisyen, video dan mutimedia. Minat kanak-kanak
prasekolah yang berumur enam tahun lazimnya berkait rapat dengan apresiasi mereka
23
terhadap filem yang diminati. Contohnya watak-watak tertentu dari filem, animasi dan
kartun (Nancy, 2003). Minat mereka pada sesuatu watak dalam filem yang di tonton
mendorong mereka untuk melukis semula dalam bentuk imej yang hampir sama dengan
watak asal. Menurut Raja Shamsul Bukhari (2006) menyatakan bahawa minat kanak-
kanak dalam watak hero mendorong kanak-kanak yang berusia enam tahun
menggambarkan semula imej dalam bentuk naratif.
Kanak-kanak prasekolah seringkali memelihara haiwan peliharaan seperti kucing,
arnab atau kura-kura. Pada kebiasaannya kanak-kanak pada usia enam tahun yang
mempunyai binatang peliharaan di rumah sangat sukakan pelbagai jenis haiwan lain.
Penyataan oleh Azizah Lebai Nordin (2002), Jamilah Omar (2004) dan Martha (2005)
mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai binatang peliharaan di rumah
seringkali menggambarkan imej haiwan peliharaan mereka dalam lukisan spontan atau
lukisan bebas. Kanak-kanak ini juga sentiasa berusaha untuk memberi imej visual kepada
apa yang sering tergambar di minda. Mengikut kajian oleh Nancy (2001) dan Jolly (2004)
mendapati bahawa kanak-kanak yang berumur enam tahun sering memberi imej visual
dalam penghasilan lukisan bertujuan untuk memberitahu kepada guru atau ibu bapa
mengenai haiwan kesayangan mereka.
Kanak-kanak gemar melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian.
Antara aktiviti yang diminati adalah bermain. Bermain merupakan salah satu aktiviti
yang paling digemari oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2006). Kanak-kanak yang berusia enam tahun sering berkongsi aktiviti, idea
24
atau pendapat tentang pelbagai aktiviti harian yang dilakukan. Kadang kala untuk
menjelaskan penceritaan lisan agar lebih jelas, mereka sering menggambarkan imej yang
berkaitan dalam penghasilan lukisan (Mohd , 2000).
Faktor minat juga berkaitan dengan faktor jantina. Silver (2001) mendapati
bahawa kanak-kanak perempuan lebih berminat menggambarkan imej yang berkaitan
dengan aktiviti harian bersama rakan-rakan dan dihiasi dengan imej dekoratif. Bagi
kanak-kanak lelaki yang berumur enam tahun lebih berminat untuk menggambarkan imej
aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti memanjat gunung, bermain bola dan menaiki
kenderaan bermotor.
Minat kanak-kanak pada warna tertentu juga antara faktor penyumbang kepada
kanak-kanak enam tahun untuk melukis sesuatu imej pada kertas lukisan. Berdasarkan
kajian oleh Lisa (1999) menunjukkan bahawa kanak-kanak enam tahun lebih berminat
menghasilkan imej yang bewarna daripada menggunakan imej yang dilukis
menggunakan pensil. Bentuk imej yang digambarkan semata-mata dilukis untuk
diletakkan warna yang digemari di dalamnya.
Minat kanak-kanak pada penggunaan media lukisan seperti pensil warna atau ‘oil
Pastel’ juga adalah faktor pendorong kanak-kanak yang berumur enam tahun
menghasilkan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan mereka. Penyataan oleh Suhaimi
Abdullah (2005) dan Khalijah Ahmad (2006) menyatakan bahawa minat kanak-kanak
untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis media seperti pensil warna, arang atau ‘oil
25
pastel’ mendorong kepada kanak-kanak untuk bereksperimen dengan media yang
diminati.
Pengalaman
Pengalaman diertikan sebagai ingatan tentang peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak.
Pengalaman diperolehi melalui perkara-perkara yang pernah dilalui oleh seseorang
kanak-kanak itu. Ia juga diertikan sebagai proses pengamatan dari pelbagai deria untuk
memperoleh sesuatu ilmu. Pengalaman yang diperolehi oleh seseorang kanak-kanak itu
mewujudkan pelbagai penyusunan idea untuk menghasilkan sesuatu karya. Pengalaman
mematangkan kanak-kanak dalam proses membentuk pelbagai-bagai imej dalam
penghasilan lukisan mereka. (Mohd Azhar Abd. Hamid., 2005).
Pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak membawa kesan pada perlakuan dan
pemikiran mereka. Penyataan oleh Nancy (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak yang
berumur enam tahun seringkali menggambarkan pelbagai-bagai imej dalam lukisan
mereka. Imej yang gemar digambarkan biasanya adalah berdasarkan peristiwa-peristiwa
yang pernah dilalui atau pernah dilihat sebelum ini. Mereka sentiasa cuba untuk memberi
gambaran visual terhadap apa yang tergambar di pemikiran mereka. Kanak-kanak enam
tahun juga sering melukis imej tempat yang pernah dilawati dan sesuatu peristiwa yang
pernah dialami. Ia juga adalah bertujuan untuk memberi bentuk imej pada ingatan masa
lampau.
Faktor pengalaman mendorong kanak-kanak untuk melukis imej yang lebih baik
dari segi pengolahan dan penyusunan rupa dan bentuknya. Susan (2000) telah
26
menjalankan kajian terhadap sebilangan kanak-kanak. Kajian yang dijalankan adalah
bertujuan untuk mengkaji perbezaan kanak-kanak yang memperolehi pengalaman dengan
melihat objek sebenar berbanding dengan pengalaman yang diberitahu secara verbal.
Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman langsung dengan
melihat objek sebenar dapat mengolah imej dengan lebih baik daripada kanak-kanak
yang melukis berdasarkan penceritaan verbal. Representasi imej yang dilakar adalah
lebih baik dari segi komposisi dan bentuk. Hal ini menunjukkan bahawa pengalaman
langsung membantu kanak-kanak dari segi perkembangan intelektual.
Kanak-kanak yang berusia enam tahun dapat mengingat semula fakta-fakta
dengan baik apabila melukis berdasarkan pengalaman sebenar. Kajian oleh Laura (2001)
pada sekumpulan kanak-kanak yang mengikuti rombongan ke kilang coklat. Kajian
beliau menggunakan dua kaedah untuk menentukan tahap mengingat semula oleh kanak-
kanak enam tahun. Beliau mendapati imej daripada lukisan yang dihasilkan dapat
menyatakan maklumat yang lebih terpeinci daripada kajian secara ditemu bual.
Berdasarkan pengalaman melukis juga kanak-kanak dapat menguatkan proses mengingat
semula sesuatu fakta.
Pengalaman yang diperolehi oleh kanak-kanak yang berumur enam tahun dapat
meningkatkan pemahaman sesuatu konsep terhadap apa yang dilihat di persekitarannya.
Penyataan ini disokong oleh kajian Mohd (2000) yang menyatakan bahawa kanak-kanak
gemar melukis sesuatu imej berdasarkan kepada apa yang dilihat dan cuba membentuk
sesuatu konsep pengekalan. Sebagai contoh Claire (2003) telah menguji sekumpulan
27
kanak-kanak yang berusia enam tahun. Kanak-kanak tersebut diarahkan untuk melukis
orang berkepala dua dan rumah yang mempunyai sayap. Keputusan yang diperolehi
menunjukkan kebanyakan kanak-kanak yang berusia enam tahun melukis imej kepala
kedua yang berasingan dengan imej badan dan imej sayap yang berasingan dengan imej
rumah. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berumur enam tahun memahami
bentuk objek yang dilukis berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Ia berkait rapat
dengan pengalaman yang pernah dilalui berhubung bentuk asas manusia dan rumah yang
sudah pun diketahui. Mereka juga sukar mengubah imej yang diarahkan disebabkan
tahap pemahaman konsep imej asas yang telah sedia ada dalam pemikiran mereka.
Faktor pengalaman yang diperolehi oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun
mempengaruhi struktur representasi imej yang dilukis. Mengikut kajian oleh Susan
(2000) dan Silver (2000) mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman
menggunakan sesuatu peralatan seperti gunting dapat melukis imej benda tersebut
dengan lebih baik. Kanak-kanak yang berusia enam tahun lebih mudah menggambarkan
imej objek yang pernah digunakan dengan olahan yang lebih teratur.
Pengalaman kanak-kanak tentang teknik melukis dapat meningkatkan tahap
gambaran imej yang lebih berkualiti. Fotini (2005) menjalankan kajian ke atas dua
kumpulan kanak-kanak. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai
pengalaman asas tentang teknik melukis dapat melukis imej objek dengan lebih baik
daripada kanak-kanak yang kurang pengalaman melukis.
28
Kajian yang dilakukan oleh Golomb (1992) dalam Cox (2006) pada kanak-kanak
yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kanak-kanak. Kanak-kanak
tersebut berada di wad kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan yang serius di
bahagian badan. Berdasarkan lukisan yang dilukis, kebanyakan kanak-kanak di situ
gemar melukis imej manusia yang tidak mempunyai badan. Hasil dari temu bual yang
dilakukan mendapati bahawa kanak-kanak tersebut sengaja mengelakkan daripada
melukis imej badan. Pada pendapat mereka dengan menghilangkan imej badan dalam
lukisan yang dihasilkan mereka merasakan seolah-olah dapat menghindari kesakitan yang
sedang dihadapi.
Emosi
Emosi berkaitan dengan bidang psikologi. Emosi dalam lukisan kanak-kanak merupakan
penyataan perasaan mereka terhadap perasaan marah, sedih, takut atau gembira. Emosi
wujud dalam perkembangan manusia sejak dari kanak-kanak hingga dewasa. Hasil seni
yang dijelmakan melalui emosi dapat diluahkan melalui pelbagai media untuk
menghasilkan lukisan. Faktor emosi merupakan salah satu faktor yang mendorong kanak-
kanak menghasilkan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan (La Voy, 2001).
Kanak-kanak menghasilkan sesuatu imej berdasarkan perasaan mereka.
Berdasarkan kajian oleh Silver (2001) menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih gemar
menyatakan perasaan gembira melalui imej yang menceriakan seperti imej manusia
dengan wajah ketawa atau wajah tersenyum. Kanak-kanak perempuan pula gemar imej
figura manusia yang sedang bersedih dan bersimpati. Silver (2001) juga menjalankan
29
beberapa kajian emosi di sebuah sekolah antarabangsa. Kajian beliau mendapati kanak-
kanak yang berusia enam tahun majoritinya menggambarkan penyataan emosi yang
menggembirakan dan menghiburkan. Keputusan diperolehi dari imej riak muka manusia
yang dilukis.
Wendy (2006) mengkaji penyataan emosi dalam lukisan oleh sekumpulan kanak-
kanak berusia enam tahun yang menghadapi trauma akibat ribut taufan Kathrina. Beliau
mendapati bahawa kanak-kanak yang terlibat lebih gemar menyatakan perasaan
ketakutan mereka pada imej yang dilukis. Imej manusia yang sedih, kesejukan dan
kebimbangan menjadi imej utama dalam penghasilan lukisan yang dihasilkan.
Martha (2005) juga menyokong penyataan Wendy (2006) bahawa faktor emosi
merupakan perkara utama yang sering dipaparkan pada imej yang dihasilkan oleh kanak-
kanak yang bermasalah. Artikel yang ditulis oleh Cathy (2001) dalam jurnal yang
bertajuk ‘Trauma and Loss’ menunjukkan faktor emosi merupakan faktor utama yang
mendorong mereka untuk menghasilkan lukisan. Imej yang dipaparkan boleh meredakan
tekanan yang dihadapi. Berdasarkan imej yang dilukis oleh kanak-kanak ini akan
memudahkan pakar psikologi dan ahli terapi untuk mengetahui dan menyelidik perasaan
sebenar mereka. Imej yang dilukis oleh kanak-kanak yang bermasalah ini merupakan
saluran komunikasi yang terbaik untuk menyatakan perasaan sebenar mereka terhadap
pelbagai perkara yang pernah dialami.
30
Penyataan emosi dapat disimbolkan pada imej yang digemari oleh kanak-kanak.
Imej tersebut biasanya adalah daripada objek yang berada di persekitaran. Jolley, (2004)
dalam kajiannya memberi tafsiran bahawa imej tumbuhan segar yang dilukis oleh kanak-
kanak adalah simbol kepada penyataan emosi yang menggembirakan manakala imej
tumbuhan yang tiada daun adalah penyataan emosi yang menyedihkan. Zentner (2001)
juga mengaitkan imej objek yang dilukis sebagai simbol kepada penyataan emosi.
Menurut Zentner, kebanyakan kanak-kanak enam tahun menyatakan emosi ceria dan
gembira apabila menghasilkan imej bewarna kuning atau merah. Manakala bagi imej
yang bewarna gelap seperti hitam atau kelabu adalah refleksi kepada emosi yang
menakutkan atau menyeramkan. Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan
bahawa warna pada imej yang dilukis dapat memberi ekspresi emosi kepada seseorang
kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat memindahkan perasaan menerusi imej yang dilukis.
Gambaran imej yang digambar merupakan cerminan perasaannya untuk mengenal
dirinya secara lebih objektif. Imej digambarkan melalui lukisan kanak-kanak enam tahun
dapat berfungsi sebagai alat terapi untuk memulihkan perasaan dan menstabilkan
pemikiran. Secara tidak langsung imej yang dihasilkan dapat meningkatkan kreativiti
yang ada dalam diri seseorang kanak-kanak itu (Silver, 2001).
31
Kreativiti
Kreativiti adalah kebolehan asasi yang dimiliki oleh seseorang kanak-kanak.
Kecenderungan seseorang kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatifbanyak bergantung
kepada faktor diri dan persekitaran. Kreativiti yang wujud dari seseorang kanak-kanak
adalah lahir daripada diri seseorang kanak-kanak itu apabila meneroka objek-objek yang
berada di sekelilingnya (Mohd Azhar Abd. Hamid., 2005)
Imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun dalam lukisan
memperlihatkan kesinambungan antara kreativiti dan pengalaman yang diperolehi.
Pengalaman yang diperolehi akan meningkatkan kreativiti seseorang kanak-kanak untuk
melahirkan pelbagai-bagai imej yang digemari dalam penghasilan lukisan. Kanak-kanak
enam tahun mempunyai kreativiti yang tinggi apabila mereka mampu mengolah idea
kepada bentuk imej yang pelbagai dalam lukisan yang dihasilkan (Iberahim Hassan,
2000).
Azizi Yahya (2004) berpendapat bahawa sesebuah karya yang mempunyai tahap
kreativiti yang tinggi mempunyai empat elemen iaitu keaslian, kelancaran, fleksibiliti dan
penghuraian. Keaslian adalah merujuk kepada keupayaan kanak-kanak melahirkan idea
sendiri dalam aktiviti berdasarkan tugasan yang diberikan. Kelancaran adalah merujuk
kepada penjelasan idea menerusi lukisan. Fleksibiliti pula berperanan dalam memberi
makna kepada hasil kerja, manakala penghuraian merujuk kepada hasil yang
memperlihatkan keupayaan membuat interpretasi pada imej yang dihasilkan dalam
lukisan.
32
Kreativiti merupakan kebolehan seseorang kanak-kanak mengolah objek-objek di
persekitarannya dalam pelbagai olahan dengan menggunakan elemen dan prinsip rekaan.
Ia juga dilihat sebagai kemampuan kanak-kanak untuk melahirkan imej abstrak yang
berada di minda kepada imej visual yang bersifat konkrit (Palaniappan, 2005). Kreativiti
yang dilahirkan oleh seseorang kanak-kanak yang berusia enam tahun adalah manipulasi
segala pengalamannya kepada olahan bahasa visual. Tahap kreativiti kanak-kanak adalah
berbeza. Oleh yang demikian setiap kanak-kanak yang berusia enam tahun akan
menghasilkan karya yang berbeza sama ada dari segi bentuk, makna dan simbol yang
digunakan (Main Rindam, 2005).
Perkembangan kreativiti seseorang kanak-kanak adalah melalui latihan dan
pengalaman dari persekitaran hidupnya. Bagaimana pun mengikut Howard Gardner
(1943) dalam buku yang ditulis oleh Jamilah Omar (2004) menyatakan bahawa kreativiti
kanak-kanak dalam penghasilan lukisan akan semakin menurun apabila kanak-kanak
mula ke sekolah rendah. Ia berlaku apabila mereka sudah pandai membaca dan
berkemahiran untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan. Pada peringkat ini mereka
tidak lagi bergantung kepada imej visual untuk menyampaikan mesej tertentu.
2.2.2.2 Faktor Luaran
Persekitaran
Persekitaran mempengaruhi perkembangan hidup seseorang kanak-kanak itu. Mengikut
Nor Hashimah Hashim (2004) menyatakan bahawa persekitaran yang diperolehi oleh
33
seseorang kanak-kanak yang berumur enam tahun dapat meningkatkan potensi mereka
untuk menghasilkan sesuatu aktiviti yang digemari seperti melukis. Mengikut Nor
Hashimah Hashim lagi persekitaran merangkumi faktor geografi seperti alam semulajadi
contohnya tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ia juga melibatkan alam benda termasuk
bangunan, kenderaan dan peralatan. Faktor budaya juga memberi pengaruh yang besar
dalam kehidupan mereka sebagai kanak-kanak. Semua elemen yang wujud di
persekitaran akan mempengaruhi imej yang gemar digambarkan dalam penghasilan
lukisan.
Kajian terdahulu oleh Piaget (1971) menyatakan bahawa perkembangan kanak-
kanak adalah berdasarkan interaksinya dengan persekitaran alam semulajadi dan alam
benda. Namun demikian interaksi sosial juga memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan mereka. Interaksi kanak-kanak yang berumur enam tahun dapat meningkatkan
perkembangan kognitif dan menggalakkan penerokaan idea untuk menggambarkan imej
yang digemari dalam penghasilan lukisan (Raja Shamsul Bukhari, 2006).
Bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun, mereka melihat dunia di
persekitarannya mempunyai sebab musabab yang tersendiri. Perkembangan diri kanak-
kanak pada usia ini mula berkembang serentak dengan kelancaran penggunaan bahasa.
Apabila pertuturannya semakin berkembang, mereka mula mengenal pasti dan
melabelkan objek-objek yang berada di persekitarannya. Imej yang dilihat telah mula
dikalsifikasi dan menterjemahkan kepada imej dalam penghasilan lukisan (Martha,
2005). Wendy (2006) cuba mengenalpasti ciri-ciri imej visual yang dilukis oleh kanak-
34
kanak yang berlainan usia. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang berusia enam
tahun mampu menggambarkan imej di persekitaran mereka lebih baik daripada kanak-
kanak yang berumur empat dan lima tahun.
Kanak-kanak pada usia enam tahun sentiasa meneroka alam semulajadi yang
berada di sekeliling mereka. Penyataan ini adalah berdasarkan penyataan dari penulisan
oleh Lark Horovitz et al. (1971) pada imej yang digemari oleh kanak-kanak dalam
penghasilan lukisan. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang tinggal di kawasan
penempatan yang dipenuhi oleh alam semulajadi lebih terdorong untuk menggambarkan
imej alam tumbuh-tumbuhan sebagai imej dominan dalam lukisan yang dihasilkan.
Kajian sama turut dilakukan oleh Anastasi dan Foley (1973) yang telah menjalankan
kajian pada kanak-kanak ‘American Red Indian’ di sebuah kawasan perkampungan di
Amerika. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa kanak-kanak ‘American Red
Indian’ lebih gemar menggambarkan imej tumbuhan semulajadi seperti tasik dan hutan.
Hal ini disebabkan oleh persekitaran mereka yang berada di kawasan yang kaya dengan
persekitaran semulajadi.
Berdasarkan kajian lalu, Silver (2001) menyatakan bahawa faktor persekitaran
penting dalam mempengaruhi imej dalam lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada
usia enam tahun. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa kanak-kanak yang
berusia enam tahun yang tinggal di pinggir bandar lebih gemar menggambarkan
kombinasi imej alam semulajadi dan alam benda dalam lukisan mereka.
35
Jika ditinjau kajian oleh Andersson (2003) terhadap lukisan kanak-kanak dari
Namibia dan Zimbabwe. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang dikaji lebih
menggemari imej rumah sebagai subjek utama dalam lukisan yang dihasilkan dan diikuti
oleh imej manusia. Cox (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak dari Timur Hindia pula
lebih gemar untuk melukis imej tumbuhan diikuti dengan imej haiwan dan tempat
tinggal. Penyataan beliau juga dikaitkan dengan faktor jantina. Bagi kanak-kanak lelaki
yang berusia enam tahun lebih menggemari imej bangunan sebagai imej utama dalam
lukisan yang dihasilkan, manakala kanak-kanak perempuan pula lebih gemar untuk
melukis imej tumbuh-tumbuhan seperti bunga dan daun serta imej alam benda seperti
perkakas dapur atau sesuatu alatan.
Interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa atau penjaga memberikan interpretasi
awal mereka berhubung dengan perkembangan sosial. Apabila kanak-kanak mencapai
usia empat hingga enam tahun, guru dan rakan-rakan menjadi semakin penting dalam
hidup mereka. Kanak-kanak pada usia enam tahun menjadikan guru dan rakan sebaya
sebagai objek yang paling berpengaruh dalam hidup mereka (Ramlah Jantan 2004).
Mereka mula membina perhubungan sosial dengan lebih luas. Kajian oleh Andersson
(2003) mendapati bahawa imej yang digambarkan dalam lukisan kanak-kanak enam
tahun sering terpengaruh dengan persekitaran yang ada di sekolah. Beliau mendapati
kanak-kanak dari sebuah kawasan di Afrika lebih gemar menjadikan imej guru dan murid
sebagai imej utama dalam lukisan yang dihasilkan. Imej guru yang dilukis adalah jauh
lebih besar dari imej murid. Ia dikaitkan dengan sistem persekolahan di kawasan tersebut
36
yang menjadikan guru sebagai golongan yang paling diutamakan di sekolah dan
masyarakat setempat.
Penekanan atau pembesaran imej yang dilakukan dalam lukisan kanak-kanak
adalah untuk menunjukkan perihal pentingnya guru dalam persekitaran hidup mereka.
Kajian yang hampir sama juga dilakukan oleh Andersson (2003) pada sekumpulan
kanak-kanak di Sweden. Beliau membandingkan imej guru dan murid yang dilukis oleh
responden. Kajian mendapati imej murid dan guru adalah hampir sama besar. Ia
mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran pendidikan yang diamalkan di Sweden yang
menumpukan pembelajaran kepada murid atau dikenali sebagai ‘Child Centric’. Imej
yang diperbesarkan dalam penghasilan lukisan merupakan ekpresi kanak-kanak terhadap
sesuatu yang dianggap penting untuk ditonjolkan kepada audiens.
Ini jelas menunjukkan pendapat Andersson (2003) dan Ramlah Jantan (2004)
mempunyai persamaan iaitu kanak-kanak akan memberi penegasan imej terhadap
sesuatu yang dianggap penting dalam kehidupan mereka. Imej yang dianggap penting
adalah berkaitan dengan minat dan pengaruh daripada persekitaran seperti teori kognitif
yang telah dikemukakan oleh Piaget (1970).
Kanak-kanak memerlukan persekitaran tempat tinggal yang selamat, tenteram dan
menggembirakan. Kajian oleh Lisa (1999) mengkaji hubungan psikologi dengan imej
yang dihasilkan dalam lukisan kanak-kanak yang berusia enam tahun. Kajian beliau
mendapati bahawa kanak-kanak gemar menggambarkan imej rumah, manusia dan
37
tumbuhan dalam lukisan mereka. Dari perspektif psikologi, imej rumah dilihat sebagai
tempat utama bagi kanak-kanak mendapatkan kasih sayang dari ibu bapa atau penjaga.
Rumah juga merupakan habitat hidup mereka sejak kecil. Imej manusia pula adalah
representasi guru atau rakan sebaya. Ia mempunyai kaitan dengan persekitaran sekolah di
mana sebahagian besar dari masa mereka di habiskan di sekolah atau di pusat asuhan.
Bagi kanak-kanak prasekolah mereka mula mengganggap guru atau rakan sebaya adalah
penting dalam kehidupan mereka selepas ibu bapa di rumah. Kajian Lisa (1999) juga
mendapati bahawa imej tumbuh-tumbuhan adalah refleksi kanak-kanak tentang konsep
diri sendiri. Konsep diri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan dan pegangan
seseorang individu tentang dirinya.
Selain faktor persekitaran fizikal, faktor persekitaran sosial juga mempengaruhi
imej yang gemar digambarkan oleh kanak-kanak enam tahun. Kajian oleh Magwaza
(1993) dalam Cox (2005) pada kanak-kanak yang tinggal di sebuah kawasan bandar di
Afrika Selatan yang sering terdapat pelbagai konflik kaum dan aktiviti jenayah mendapati
kebanyakan imej yang dilukis menggambarkan imej pelbagai aktiviti jenayah seperti
merompak dan pembunuhan dalam lukisan mereka serta objek yang terlibat seperti imej
rumah terbakar, polis dan ambulan. Hal ini menunjukkan bahawa peristiwa yang berlaku
kesan daripada aktiviti masyarakat setempat mempengaruhi imej yang digambarkan oleh
kanak-kanak dalam lukisan mereka.
Walau bagaimana pun tidak semua kajian menunjukkan keputusan yang sama.
Kajian Jolley (2001) pula agak bertentangan dengan keputusan telah dinyatakan dalam
38
kajian ini. Kajian Jolley dilakukan pada sekumpulan kanak-kanak mangsa perang di
Bosnia. Keputusan yang diperolehi mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak di pusat
pelarian itu gemar menggambarkan imej yang bertentangan dengan persekitaran asal
mereka yang sudah musnah. Kanak-kanak yang dikaji lebih gemar menggambarkan imej
rumah yang sempurna dan di kelilingi oleh lanskap tumbuh-tumbuhan yang segar dalam
lukisan bebas mereka. Berdasarkan temuduga yang dilakukan menunjukkan bahawa imej
persekitaran fizikal yang indah adalah harapan mereka terhadap masa depan yang
diimpikan.
Pengaruh persekitaran sosial yang ada di persekitaran seseorang kanak-kanak
mempunyai pertalian dengan imej yang dilukis. Berdasarkan kajian oleh Cox (2006)
mendapati kanak-kanak dari masyarakat asli yang tinggal di kawasan pendalaman
Australia melukis imej figura manusia dengan pakaian tradisional. Kajian yang hampir
sama ini juga pernah dilakukan kepada kanak-kanak dari Nigeria. Kajian yang
dijalankan mendapati kanak-kanak enam tahun dari Nigeria juga menggambarkan imej
manusia yang berpakaian tradisional dengan ciri-ciri wajah masyarakat negro. Ini
menunjukkan kanak-kanak yang berumur enam tahun sentiasa berusaha menyesuaikan
diri dengan masyarakat di persekitarannya dengan cuba mencari persamaan yang ada.
Persamaan yang cuba dilakukan oleh kanak-kanak termasuklah dalam aktiviti harian
atau imitasi objek pada imej yang digambarkan.
Mengikut pendidik terkenal iaitu Robert Owen (1771-1858) percaya bahawa
persekitaran fizikal dan persekitaran sosial adalah penyumbang utama kepada
39
kepercayaan, tingkah laku dan pencapaian seseorang kanak-kanak itu. Persekitaran yang
melibatkan masyarakat secara langsung akan membentuk peribadi seseorang kanak-
kanak dalam setiap aktiviti yang dilakukan termasuklah dalam penghasilan lukisan (Nor
Hashimah Hashim, 2004).
2.3 Kesimpulan
Imej yang digambarkan dalam penghasilan lukisan kanak-kanak yang berumur enam
tahun adalah berkait rapat dengan faktor dalaman yang wujud dalam diri kanak-kanak
tersebut. Fakor luaran juga memainkan peranan yang sangat penting dalam
mempengaruhi imej yang digambarkan dalam penghasilan lukisan.
Persekitaran yang pelbagai dapat meningkatkan proses pengamatan kanak-kanak
dalam pembelajaran. Imej yang digambarkan juga mempunyai pengaruh daripada
persekitaran sosial mereka yang melibatkan keluarga, guru, rakan-rakan dan masyarakat
sekeliling. Imej yang digambarkan adalah proses yang perlu dilalui oleh kanak-kanak
yang berusia enam tahun untuk mengembalikan semula ingatan lampau dan memberi
bentuk daripada imej abstrak di minda kepada imej visual yang konkrit.
40
Rujukan:
Abu Talib Putih Putih. (2005). Leterasi dalam pendidikan Seni Visual: Potensi skop dan
pendekatan pengajaran dalam era globalisasi. Pedagogi merentas kurikulum: 95-106.
Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Ahmad Rashidi, H. (2001). Sejarah seni lukis: Sepintas lalu. Shah Alam: Karisma
Publications.
Ahmad Suhaimi Abdullah, M.N.(2000). Keberkesanan pengajaran dalam konteks
pendidikan seni: Esei pilihan Seni Visual & Muzik, Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Andersson, S. (2003). Local conventions in childrens drawings in the Namibian region.
Unpublished manuscript, University of Linkoping.
Azizah Lebai Nordin, L.N. (2002). Pendidikan awal kanak-kanak:teori dan amali, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Azizi Yahya (2004). Psikologi sosial. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Bailey, E. j et al., (2003). Art Foundations program design, study proposal: North
Central High School: School of education, Stanford University.
Cath, R.M. (2001). Using drawing as intervention with traumatized children: Journal of
trauma and loss. Vol.1. Number 1.
Claire, M.B. et al. (2003). Rigidity in children’s drawing and relation with
representational change. Journal Of Experimental Child Psychology: 124-152.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan, kaedah dan statistic penyelidikan. Kuala
Lumpur: Mc Graw Hill.
Cox,, M.V. (2006). The pictorial world of child. University of United Kingdom:
Cambridge, University Press.
Efland, (1977). Planning art education in middle / secondary schools of Ohio. Ohio.
Efland, A.D (1990). Art and cognitive: Intergrating the visual art in the curriculum. New
York : Teachers College Press.
Eisner, E.W. (2001). Should we create new aihal for art education. ‘Art Education’ 54
(5), hal.6-10.
Feldman, Edmund Burke. (1970). Becoming human through art. NJ: Prentice Hall.
41
Fraenkel, J.R, Wallen, N.E. (2006). How to design and evaluate research in education.
New York: Mc Graw Hill.
Fotini, B. (2005). Writing and drawing performance of school age drawing: Is there any
relationship?.Faculty of Human Science, Deparment of pre school Education, Greece:
Argonafton and Filellinon St. Volos.
Jamilah Omar, O. (2004). Kreativiti: Pengaruh dan peranan lukisan di kalangan kanak-
kanak. Kertas kerja Konvensyen Pendidikan Seni Visual. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Jolley. (2004). ‘Croation childrens experience of war is not reflected in the size and
placement of emotive topic in their drawing’. British Journal of Clinical Psychology 40-
107.
Jullien, G. (1994). Drawing helps children talk about emosional experiences.
www.selfhelpmagazine.com/artical/child behavior/drawing. Muat turun pada 19
september 2006.
Kamarudin Husin. (1996). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
Kellogg, R. (1970). Analyzing childrens art. Palo Alto: Mayfield Publishing Com.
Khalijah Ahmad. (2006). Ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak prasekolah. Kajian
ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
La Voy et.al, (2001). Children’s drawing. A cross-cultural analysis from Japan and the
United States. School Psychology International. Vol 22 (1): 53-63.
Lark-Horovitz. (1973). Understanding children’s art for better teaching. 35-45.
Laura, E. D. (2001). Effect of drawing on children’s item recall. Journal of experimental
child psychology 78.155-177.
Lihanna Borhan. (2005). Siri panduan guru: Pentadbiran dalam pembangunan
pendidikan: Ke arah pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, ms 31-32, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Lisa, C.M (1999). Colour in children’s drawing: the influence of age and gander. The art
in psychoteraphy, Vol 26, No 4 pp 261-263.
Main Rindam. (2005). Analisis personality. www.science direct.com. Muat turun pada
Disember 15 2006.
Marhanim Abdul Razak, Mohd. Shahrizal Dolah. (2007). Ace ahead: Teks STPM seni
42
visual. Shah Alam: Oxford Fajar.
Martha, D. (2005). Children’s drawing as facilitator of communication: A meta analysis.
Journal of pedriatic nursing, Vol 20, No.6.
Martyn, D. 1983. The study of children’s drawing: Piagetian and experimental
approaches. Early child Development and care. Vol.12.p.p.19-28: Gordon and Breach
Science Publisher. Inc.
Marvin, B. (2001). Nine classroom creativity killers. Art Education Links.
Mohd. Azhar, A.H, Mohd N.M,Othman A.K.(2006). Permainan kreatif untuk guru dan
jurulatih, Kula Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Mohd, H.A.D. (2000). Tugas dan masalah guru dalam mengendalikan kurikulum
prasekolah, Thesis Master yang belum diterbitkan, Universiti Malaya
Mohd. Johari.(2004). Falsafah dan kritikan seni. Tanjong Malim: Universiti Sultan Idris.
Mohd. Sharani. (2003). Psikologi pembangunan manusia. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
Education.
Nancy, B, Gloria, B.M. (2001). Rahasia mengajar seni pada anak. (Fretty H.P ,
terjemahan). Yogyakarta : Penerbitan Pripoenbooks.
Nor Hashimah Hashim, & Yahya C.L.(2004). Panduan pendidikan prasekolah, Bentong:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Palaniappan, A.K.(2005). Pembangunan kreativiti di Malaysia: Satu pendekatan.
Pedagogi merentas kurikulum: 127-140. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.
Pamela, J.S, David, H.R (1998). The role of strategic visual attention in children’s
Drawing development. Academic Press. 87-106.
Piaget, J. (1970). Science of education and psychology of the child, translated from the
French by Derek. New York: Orion Press.
Piaget, J .(2001). The psychology of intelligence. London: Routledge.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Huraian
kurikulum prasekolah kebangsaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Raja Shamsul Bukhari Bukhari, R.M. (2006). Kematangan pemikiran kanak-kanak
berumur 5 dan 6 tahun dalam aktiviti menggambar. Thesis Master yang belum
43
diterbitkan, Universiti Malaya.
Ramlah Jantan Jantan, Mahani R. (2004). Psikologi pendidikan, pendekatan
kontemporari, Kuala Lumpur: McGraw Hill Companies (Malaysia), Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Mohamad, Mohd Sani. (2004). Panduan kurikulum prasekolah,
Shah Alam: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Sharifah Awiah Alsagoff. (1992). Psikologi pendidikan 1: konsep asas psikologi
pendidikan, psikologi perkembangan. Petaling Jaya: Longman.
Silver, R. (2001). Art as language, Lillington: NC. Edward Rrothers.
Suhaimi Abdullah. (2006). Suatu Kajian perbandingan antara Taski dengan Pasti di
Shah Alam: Selangor, Thesis Master yang belum diterbitkan, Universiti Malaya.
Suhaimi Zakaria. (2005). Pelaksanaan pengajaran pendidikan seni di kalangan guru-
guru prasekolah zon Bangsar dan zon Pudu, Wilayah Persekutuan. Thesis Master yang
belum diterbitkan, Universiti Malaya.
Susan, A.G and Paul, B. (2000). Young children are sensitive to how an object was
created when deciding what to name it. Cognition 76:91-103. Elsevier Science.
Wilson, B.E. & Wilson,M. (1982). Why Children draw. Teaching. 19-37.
Zahari Ismail. (2005). Siri Panduan guru : pedagogi merentas kurikulum: Perkembangan
kognitif awal kanak-kanak : satu penilaian semula, ms 263-284, Universiti Malaya, PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Zentner, M.R. (2001). Preferences for colours and colour-emotion combinations in early
childhood, Developmental Science 4. 389-398.
top related