aaaaagp - copy final
Post on 15-Jan-2016
269 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
960118145650
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon NUR ATIQAH BINTI ABDULLAH
No. Kad Pengenalan Calon 960118 14 5650
Angka Giliran Calon SWS1101/1025
Nama Pusat Kerja Kursus Calon SMK VICTORIA
Makluman kepada Calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon
boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan
kerja kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4): tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali
penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Am di
sekolah.
Tandatangan Calon
Tarikh 14 APRIL 2015
960118145650
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran: No. Kad Pengenalan:
Tarikh
Aktiviti dalam Penghasilan
Kerja Kursus
(diisi oleh calon)
Ulasan Guru Tandatangan
Guru
Tandatangan
Calon
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Pengajian Am
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am Tahun 2015 mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru:
Nama Guru:
Tarikh:
960118145650
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: Angka Giliran:
No. Kad Pengenalan:
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Kriteria Penilaian Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
Penyelaras
A. Penulisan
1. Abstrak 2
2. Kandungan (butiran & muka surat) -
3. Penghargaan -
4. Pengenalan 4
5. Objektif Kajian 3
6. Lokasi Kajian 2
7. Metodologi Kajian 5
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 18
9. Rumusan/Kesimpulan 4
10. Rujukan 2
11. Lampiran (jika perlu) -
B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab
1. Pembentangan 2
2. Kreativiti Persembahan 2
3. Keterampilan 1
4. Soal Jawab 5
C. Impak Keseluruhan 5
Jumlah Markah 55
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar.
Tandatangan Penyelaras:
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
960118145650
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2015
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
TAJUK
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI
BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR
NAMA CALON
NUR ATIQAH BINTI ABDULLAH
NOMBOR KAD PENGENALAN
960118 14 5650
ALAMAT SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VICTORIA
NAMA GURU/PEMERIKSA
ENCIK SALAHUDDIN
TANDATANGAN GURU/ PEMERIKSA
…………………………………………….
TARIKH
960118145650
1
ABSTRAK
Objektif kajian ialah untuk mengetahui kefahaman masyarakat Melayu di sekitar Bandar
Tasik Selatan terhadap adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia. Seramai 30
orang responden terdiri daripada masyarakat Melayu yang tinggal di sekitar Bandar Tasik
Selatan dipilih secara random untuk dikaji berdasarkan borang kaji selidik. Hasil daripada
analisis kajian, dapat dirumuskan bahawa ramai daripada masyarakat Melayu di sekitar
Bandar Tasik Selatan tidak mengetahui dan memahami tentang adat resam perkahwinan
masyarakat Cina di Malaysia. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah
pola penempatan yang berbeza, kekurangan pendedahan, kekurangan interaksi secara
fizikal dan sikap sendiri. Keseluruhannya, ia telah dapat menepati objektif yang ditetapkan
di mana pengkaji/penulis telah berjaya mencungkil isu dan pemahaman mengenai adat
resam setempat serta mengenal pasti sebab musababnya. Sebagai rumusan, walaupun
banyak perubahan teknologi yang memberi kesan kepada masyarakat namun adat-adat
perkahwinan dikekalkan sehingga kini.
960118145650
2
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Abstrak 1
2 Kandungan (butiran dan muka surat) 2
3 Penghargaan 3
4 Pengenalan 4-5
5 Objektif kajian 6
6 Lokasi kajian 7-8
7 Metodologi kajian 9-12
8 Dapatan kajian dan Perbincangan 13-37
9 Rumusan/Kesimpulan 38
10 Lampiran 36-38
11 Rujukan 39-50
960118145650
3
PENGHARGAAN
Kerja kursus ini tidak dapat disiapkan tanpa kerjasama pelbagai organisasi, khususnya
Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Perpustakaan INTAN. Bagi
mendapat gambaran jelas tentang adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia,
pengkaji/penulis telah menemubual beberapa orang rakan kaum Cina di Sekolah
Menengah Kebangsaan Victoria. Bagi melengkap kaji selidik ini, pengkaji/penulis juga
telah mendapat kerjasama daripada 30 orang pelajar sekolah (yang mewakili masyarakat
Melayu) yang tinggal di sekitar Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Dalam menyiapkan
kerja kursus ini juga, pengkaji/penulis banyak mendapat tunjuk ajar dan bimbingan
daripada kedua ibu bapa dan guru Pengajian Am Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria.
Pengkaji/penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak terima
kasih kepada semua organisasi dan individu yang terbabit sehingga kerja kursus ini dapat
dihasilkan dengan jayanya.
960118145650
4
PENGENALAN
Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak
dahulu kala) di dalam kalangan masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan
yang harus dipatuhi. Perkahwinan bermaksud hubungan terikat antara pasangan lelaki dan
perempuan yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil atau diikat oleh kepercayaan agama
masing – masing.
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan
institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu
generasi kepada ang lain.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-
baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut
aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh
mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan
perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pengantin zaman
kini kurang mengamalkan perkahwinan eksplisit kerana minda masyarakat moden telah
menjadi lebih terbuka.
Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan yang memainkan peranan yang
amat penting dalam perkahwinan kaum Cina.
960118145650
5
Persoalannya sekarang, ada tanggapan yang menyatakan sebahagian besar daripada
masyarakat Malaysia khususnya tidak memahami adat resam perkahwinan masyarakat
Cina yang diwarisi sejak turun-menurun. Adakah tanggapan ini benar?.
Oleh sebab itulah, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui
pemahaman masyarakat Melayu di sekitar Bandar Tasik selatan terhadap adat
perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia.
960118145650
6
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti adat perkahwinan masyarakat Cina di Bandar Tasik Selatan, Kuala
Lumpur.
2. Mengenal pasti kepentingan adat perkahwinan yang masih diamalkan oleh
masyarakat Cina di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
960118145650
7
LOKASI KAJIAN
Keseluruhan kajian ini dibuat di sekitar Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Peta kunci
Bandar Tasik Selatan (dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan peta lokasi Bandar
Tasik Selatan dapat di lihat seperti di bawah. Lokasi ini dipilih kerana kepadatan
penduduknya serta terdapat banyak sekolah rendah dan menengah kebangsaan di
sekitarnya. Terdapat juga beberapa buah sekolah Cina dan Tamil di kawasan tersebut.
Peta 1 : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sumber : Laman Web Google Maps
960118145650
8
Peta 2 : Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Sumber : Laman Web Google Maps
960118145650
9
METADOLOGI KAJIAN
Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian,
cara pengumpulan data cara menganalisis data.
Reka bentuk kajian
Kajianini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini mengguna kaedah
maklumat atau data dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel indivindu
yang diperoleh daripada populasi yang hendak dikaji, Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti kefahaman masyarakat Melayu tentang adat perkahwinan Cina dalam
kalangan penduduk Bandar Tasik Selatan.
Sampel Kajian
Pemiliham sampel kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30
orang masyarakat di Bandar Tasik Selatan. Bilangan ini sesuai untuk kajian kuantitatif ini
yang memerlukansampel bilangan yang banyak untuk mewakili populasi yang dikajikan.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrument borang soal selidik.
960118145650
10
Soal Selidik
Instrumen soal selidik ini menggunakan prinsip KISS (Keep It Short ans Simple)
iaitu mengemukakan soalan yang ringkas, singkat, dan mudah difahami.
Borang soal selidik merangkumi beberapa peringkat terbahagi kepada Bahagian A,
B, C, D. Bahagian A
960118145650
11
Penyelidikan ini menyediakan soalan – soalan dengan menggunakan skala tiga
mata untuk mendapatkan jawapan dari repondan.Skala tiga mata terdiri daripada setuju,
kurang setuju, tidak setuju. Skala tiga mata telah diringkaskan seperti yang ditunjukkan
dalam jadual di bawah.
Pendapat Respondan Mata
Tidak Setuju 1
Kurang Pasti 2
Setuju 3
Jadual 1 : Skala tiga mata
960118145650
12
PROSEDUR MENGUMPUL DATA
960118145650
13
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
1. Peringkat Umur
f
13-17 tahun 20
18-19 tahun 10
Jumlah 30
Rujuk kepada carta di atas, sebanyak 65 peratus peringkat umur masyarakat
Melayu adalah lingkungan 13-17 tahun. Manakala, sebanyak 35 peratus adalah
lingkungan 18 – 19 tahun. Daripada kajian, kita dapati keseluruhan responden
adalah pelajar sekolah yang tinggal di sekitar kawasan Bandar Tasik Selatan,
Kuala Lumpur.
66.67%
33.33%
0.00%
10.00%
20.00%
30.00%
40.00%
50.00%
60.00%
70.00%
13-17 Tahun 18-19 Tahun
960118145650
14
2. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang adat resam
perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia
f
Ya 18
Tidak 12
Jumlah 30
Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 90 peratus masyarakat Melayu
menyatakan mereka tahu dan faham tentang adat resam perkahwinan masyarakat
Cina di Malaysia. Manakala sebanyak 10 peratus lagi menyatakan mereka tidak
tahu dan mememahaminya.
70%
30%
ya
tidak
960118145650
15
3. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang adanya
Peringkat-peringkat perkahwinan dalam masyarakat Cina di Malaysi
f
Ya 18
Tidak 12
Jumlah 30
Mengikut analisis di atas, seramai 60 peratus masyarakat Melayu tidak tahu dan
faham adanya peringkat-peringkat perkahwinan dalam adat resam perkahwinan
masyarakat Cina. Seramai 40 peratus lagi tahu tentang peringkat-peringkat
40%
60% ya
tidak
960118145650
16
tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh pergaulan atau persahabatan mereka yang
rapat dengan masyarakat Cina.
4. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang
kepentingan pemilihan tarikh dalam adat resam perkahwinan masyarakat
Cina di Malaysia
f
Ya 27
Tidak 3
Jumlah 30
Mengikut analisis di atas, seramai 90 peratus masyarakat Melayu tidak tahu dan
faham tentang kepentingan tarikh dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina
di Malaysia. Manakala hanya 10 peratus yang mengetahui dan memahaminya.
10%
90%
ya
tidak
960118145650
17
Analisis ini banyak bertentangan dengan jawapan kepada soalan 3 di atas. Jawapan
seperti ini mungkin disebabkan perbezaan kalender yang digunakan dan
kerumitan dalam pemilihan tarikh.
5. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang adanya upacara-
upacara tertentu dalam adat resam perkahwinan Cina di Malaysi
f
Ya 18
Tidak 12
Jumlah 30
Mengikut analisis di atas, seramai 60 peratus masyarakat Melayu tidak tahu dan
faham adanya upacara-upacara tertentu dalam adat resam perkahwinan
masyarakat Cina. Seramai 40 peratus lagi tahu tentang upacara-upacara tersebut.
40%
60% ya
tidak
960118145650
18
Ini mungkin disebabkan oleh pengalaman mereka pernah menghadiri majlis
perkahwinan masyarakat Cina
6. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang kepentingan
upacara minuman teh dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina di
Malaysia
f
Ya 27
Tidak 3
Jumlah 30
Mengikut kajian yang dilakukan, hampir 90 peratus Generasi Y masyarakat
Melayu menyatakan mereka mengetahui dan memahami tentang kepentingan
upacara minum teh dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina. Ini mungkin
90%
10%
ya
tidak
960118145650
19
kerana minuman teh sudah menjadi lambing budaya masyarakat Cina di Malaysia.
Seramai 10 peratus lagi mungkin Melayu yang langsung tidak mengambil peduli
tentang adat resam perkahwinan sesuaru kaum.
7. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang kepentingan
upacara permainan pintu dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina
di Malaysia
f
Ya 27
Tidak 3
Jumlah 30
Mengikut analisis di atas, seramai 90 peratus masyarakat Melayu tidak tahu dan
faham tentang kepentingan upacara permainan pintu dalam adat resam
10%
90%
ya
tidak
960118145650
20
perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia. Manakala hanya 10 peratus yang
mengetahui dan memahaminya. Analisis ini banyak bertentangan dengan jawapan
kepada soalan 3 di atas. Ini mungkin disebabkan kawasan ini kebanyakan terdiri
daripada masyarakat Melayu.
8. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang kepentingan
upacara menyikat rambut dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina
di Malaysia
„
f
Ya 27
Tidak 3
Jumlah 30
10%
90%
ya
tidak
960118145650
21
Mengikut analisis di atas, seramai 90 peratus masyarakat Melayu tidak tahu dan
faham tentang kepentingan upacara menyikat rambut dalam adat resam
perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia. Manakala hanya 10 peratus yang
mengetahui dan memahaminya. Analisis ini banyak bertentangan dengan jawapan
kepada soalan 3 di atas. Ini mungkin disebabkan upacara ini dibuat di dalam rumah
dan tidak di pertontonkan kepada tetamu yang hadir.
9. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang kepentingan
upacara jamuan makan dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina di
Malaysia
60%
40%
ya
tidak
960118145650
22
f
Ya 18
Tidak 12
Jumlah 30
Mengikut kajian yang dilakukan, sebanyak 65 peratus masyarakat Melayu tahu
dan faham tentang kepentingan upacara jamuan makan dalam adat resam
perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia. Manakala sebanyak 35 peratus lagi
memberi jawapan sebaliknya. Keadaan ini mungkin di sebabkan upacara ini di
buat secara terbuka dan melibatkan kehadiran masyarakat Melayu setempat.
10. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang kepentingan
“lambang baik” dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina di
Malaysia
960118145650
23
f
Ya 18
Tidak 12
Jumlah 30
Mengikut kajian yang dilakukan, sebanyak 65 peratus masyarakat Melayu
bersetuju dengan penyataan bahawa masyarakat Cina amat mengutamakan
lambang baik dalam perkahwinan sementara 35 peratus selebihnya tidak bersetuju.
Bagi yang bersetuju, mereka mungkin berpendapat bahawa masyarakat Cina
adalah sama dengan masyarakat Melayu yang juga mementingkan lambang
baik dalam perkahwinan. Ini bermakna, mereka mungkin memberikan pandangan
60%
40%
ya
tidak
960118145650
24
mereka berdasarkan kepada kefahaman mereka terhadap kepercayaan adat resam
perkahwinan dalam masyarakat Melayu.
Bagi mereka yang tidak setuju, mereka mungkin merupakan golongan yang
berfikiran moden dan berpendapat bahawa perlambangan tidak
memberikan sebarang kesan dan tidak percaya terhadapnya.
11. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang kepentingan
“lambang baik” dalam kelengkapan barangan yang disediakan dalam
adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia
f
Ya 18
Tidak 12
Jumlah 30
40%
60% ya
tidak
960118145650
25
Berdasarkan analisis, sebanyak 60 peratus tidak tahu dan faham tentang
kepentingan “lambang baik” dalam kelengkapan barangan adat resam
perkahwinan Cina di Malaysia. Keadaan ini mungkin kerana mereka tidak
memahami adat resam perkahwinan masyaraka Cina di Malaysia. Sebanyak 40
peratus lagi memberikan jawapan sebaliknya. Mungkin mereka ini mengetahui
melalui pendidikan dan pembacaan sebelum ini.
12. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang kepentingan
“lambang baik” dalam penyediaan makanan dalam adat resam
perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia
f
Ya 18
Tidak 12
Jumlah 30
30%
70%
ya
tidak
960118145650
26
Majoriti masyarakat Melayu iaitu sebanyak 75 peratus tidak mengetahui
tentang kepentingan “lambang baik” dalam penyediaan makanan dalam adat
resam perkahwinan masyarakat Cina. Keadaan ini mungkin kerana mereka tidak
memahami adat resam perkahwinan masyarakat Cina. Sebanyak 25 peratus
memberikan jawapan sebaliknya. Jawapan ini mungkin di pengaruhi oleh latar
belakang pendidikan dan pembacaan mereka sebelum ini.
13. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang makna dan
kepentingan warna merah dalam adat resam perkahwinan
masyarakat Cina di Malaysia
f
Ya 27
Tidak 3
90%
10%
ya
tidak
960118145650
27
Jumlah 30
Kajian menunjukan sebanyak 90 peratus Generasi Y masyarakat Melayu faham
tentang makna dan kepentingan warna merah dalam adat resam
perkahwinan masyarakat Cina. Ini disebabkan warna merah sudah
menjadi satu lambang untuk masyarakat Cina dan inilah lambang yang
paling asas bagi masyarakat Cina. Jadi, maknanya sudah diketahui oleh
kebanyakan masyarakat Melayu. Walaupun begitu, terdapat 10 peratus
daripada responden tidak mengetahui makna dan kepentingan warna
merah itu. Ini mungkin disebabkan oleh sikap mereka yang kurang
mengambil tahu terhadap adat resam sesuatu kaum di Malaysia.
960118145650
28
14. Pengetahuan dan kefahaman masyarakat Melayu tentang
pantang- larang dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina
di Malaysia
f
Ya 6
Tidak 24
Jumlah 30
20%
80%
ya
tidak
960118145650
29
Berdasarkan analisis kajian ini, 75 peratus daripada responden tidak memahami
pantang larang dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina. Ini mungkin
kerana kawasan tempat tinggal mereka kebanyakan terdiri daripada masyarakat
Melayu. Akan tetapi, terdapat 25% daripada responden memahami pantang larang
dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina. Pada mereka, pantang larang
adalah perkara sensitif perkauman. Jadi, ini menyebabkan mereka lebih
mengambil berat terhadap pantang larang kaum lain.
15. Minat masyarakat Melayu untuk mengetahui dan memahami adat
resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia
70%
30%
ya
tidak
960118145650
30
f
Ya 21
Tidak 9
Jumlah 30
Berdasarkan kajian yang dilakukan, peratusan masyarakat Melayu yang berminat
untuk mengetahui adat resam perkahwinan masyarakat Cina ialah sebanyak 65
peratus berbanding dengan peratusan masyarakat Melayu yang tidak berminat
hanyalah sebanyak 25 peratus. Ini menunjukan bahawa Generasi Y masyarakat
Melayu masih berminat untuk mengetahui adat resam perkahwinan masyarakat
Cina. Bilangan minoriti yang tidak berminat untuk mengetahui mungkin
disebabkan mereka jarang mengambil tahu tentang adat resam kaum lain.
960118145650
31
16. Bagaimanakah masyarakat Melayu mengetahui dan memahami adat
resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia
f
Kawan Sesama Kaum 6
Kawan Kaum Cina 9
Pelajaran Sekolah 9
Ibu Bapa 3
Lain Lain 3
Jumlah 30
Kajian di atas menunjukan sumber pengetahuan masyarakat Melayu terhadap adat
resam perkahwinan masyarakat Cina. Sebanyak 55 peratus masyarakat Melayu
mendapat maklumat daripada kawan mereka yang berbangsa Cina, manakala 20
20%
30% 30%
10%
10%
kawan sesama kaum
kawan kaum cina
pelajaran sekolah
ibu bapa
lain-lain
960118145650
32
peratus masyarakat Melayu mendapat maklumat daripada kawan sesama kaum,
15 peratus masyarakat Melayu mendapat maklumat daripada pembelajaran di
sekolah dan 10 peratus masyarakat Melayu mendapat maklumat daripada sumber-
sumber lain iaitu dari internet, televisyen, majalah dan media massa lain. Ibu bapa
nampaknya tidak banyak membantu dalam memberikan maklumat
17. Pandangan masyarakat Melayu terhadap hubungan antara kaum dapat
dieratkan melalui pengetahuan dan kefahaman melalui adat resam
perkahwinan masing-masing?
f
Setuju 24
Tidak Setuju 0
Tidak Pasti 6
80%
0%
20%
setuju tidak setuju tidak pasti
960118145650
33
Carta pai di atas menunjukan 80 peratus masyarakat Melayu setuju bahawa
hubungan antara kaum Melayu dan kaum Cina dapat dieratkan melalui kefahaman
terhadap adat resam perkahwinan masing-masing, 20 peratus yang tidak pasti dan
0% yang tidak setuju.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu percaya dan berharap melalui
kesefahaman terhadap adat resam perkahwinan masyarakat Cina dapat
memesrakan hubungan antara kaum Cina dengan Melayu. Oleh itu, pelbagai usaha
seperti pameran, pembelajaran, dan taklimat perlu dijalankan untuk membentuk
satu bangsa yang bersatu padu dan hidup bersama secara harmoni.
18. Pandangan dan rumusan umum masyarakat Melayu
terhadap adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia
A. Mereka masih mengamalkan adat dan kepercayaan kaum mereka sejak
turun temurun kerana mereka percaya bahawa setiap satu daripadanya
membawa kesan positif kepada mereka dari generasi ke generasi.
B. Agak unik, istimewa dan mempunyai banyak rahsia tersirat.
C. Penyediaan majlis perkahwinan masyarakat Cina terlalu kompleks
D. Penyediaan majlis perkahwinan masyarakat Cina mengambil masa yang
panjang.
E. Dilangsungkan dalam suasana yang mewah, meriah dan membazir.
960118145650
34
F. Banyak mempunyai pantang larang dan sangat mementingkan “feng shui‟
G . Menjadi platform pertemuan dan persahabatan sesama keluarga dan
rakan-rakan.
H. Adat resam perkahwinan masyarakat Cina banyak berbeza
dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu.
I. Terdapat adat-adat dalam perkahwinan masyarakat Cina boleh
aplikasikan kepada kaum-kaum lain di Malaysia
J. Keinginan untuk mengetahui lebih mendalam tentang adat resam
masyarakat Cina.
.
960118145650
35
ADAT RESAM PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA
PERINGKAT-PERINGKAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DI
MALAYSIA
Perkahwinan orang Cina terbahagii kepada 4 peringkat:
a. Merisik
Orang Cina amat mementingkan nama, keturunan, peribadi serta tingkah laku
perempuan yang dikahwinkan. Jadi, merisik penting untuk mewujudkan
perkahwinan yang berkekalan. .Merisik bermaksud pihak lelaki menjalankan
perisikan untuk mengetahui latar belakang perempuan yang disukai. Ibu bapa akan
menentukan cara merisik kerana ibu bapa akan merisik terhadap kenalan atau
kawan kepada keluarga perempuan itu. Akan tetapi, pada zaman moden ini,
merisik jarang diamalkan di kalangan orang Cina di Malaysia disebabkan generasi
muda diberi kebebasan dalam memilih teman hidup mereka.
b. Meminang
Meminang akan dijalankan selepas kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar
belakang keluarga masing-masing. Meminang dijalankan dengan menghantar
seorang wakil berkunjung ke rumah pihak perempuan untuk membincangkan
perkara-perkara mengenai perkahwinan. Dalam perbincangan, jumlah mas kahwin,
peruntukan meja dalam jamuan makan dan pemilihan tarikh yang sesuai
dibincangkan oleh pihak peremuan dengan wakil tersebut. Selepas itu, pihak lelaki
960118145650
36
akan cuba memenuhi apa yang di hajati oleh pihak perempuan. Meminangmasih
lagi di amalkan oleh orang Cina di Malaysia. Ini kerana meminang i merupakan
satu adat resam yang diwariskan sejak lama lagi.
c. Bertunang
Pemilihan hari bertunang dijalankan dengan nasihat tukang tilik berdasarkan buku
yang bernama “Toong-Su”. Orang Cina amat mementingkan tarikh pertunangan
dan perkahwinan kerana dipercayai bahawa pemilihan tarikh yang tidak sesuai
boleh menyebabkan mereka mungkin ditimpa kecelakaan dan perkahwinan ini
akan mengalami kegagalan. Dengan itu, pihak perempuan yang berkenaan akan
menyerahkan ekeping kertas merah yang bertulis namanya, umur serta tarikh
lahirnya kepada pihak lelaki. Setelah menerima kertas merah tersebut, pihak lelaki
akan membawa kertas itu dan maklumat bakal pengantin lelaki kepada tukang tilik
untuk menghitungkan hari yang paling sesuai untuk bertunang. Selain itu, tukang
tilik juga akan menulis peraturan-peraturan serta adat-adat yang perlu diikuti
kepada kedua-dua bakal pengantin. Dalam hari pertunangan, upacara bertukar
cincin dijalankan, cincin akan disarungkan pada jari manis kiri masing-masing
sehingga hari perkahwinan. Mas kahwin biasanya akan dihantar semasa upacara
tersebut.
960118145650
37
d. Perkahwinan
Selepas setahun bertunang atau mengikuti tempoh yang dijanjikan oleh kedua-dua
pihak, majlis perkahwinan akan dilangsungkan. Pada hari perkahwinan, pengantin
lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan. Mereka akan diiringi oleh
pengiring masing-masing dan biasanya pengiring tersebut adalah saudara-mara dan
kawan-kawan mereka masing-masing. Selepas mereka bersanding, kedua-dua
pengantin akan dibawa untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing.
Kedua-dua pengantin akan saling memperkenalkan ahli keluarga dan saudara-mara
masing-masing. Upacara minum teh akan dijalankan selepas ini. Pada hari
perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki akan berpakaian cantik.
Pada masa dahulu, kedua-dua pengantin akan memakai pakaian pengantin yang
diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas dan pakaian mereka
dihias dengan pelbagai aksesori. Akan tetapi, generasi moden kini jarang memakai
pakaian tersebut, malahan mereka lebih gemar memakai pakaian barat, iaitu gaun
pengantin dan “tuxedo”. Baju pengantin mestilah bewarna putih, merah atau
kuning.Baju hitam, biru dan kelabu adalah dilaranguntuk di pakaii kerana
dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.Jika
terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin sebelum tiba hari
perkahwinan, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari. Ini kerana mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain
sedang berkabung kesedihan adalah tidak manis.
960118145650
38
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan dengan menggunakan soal selidik, didapati
bahawa kebanyakan masyarakat Melayu di Bandar Tasik Selatan tidak mengetahui dan
memahami terhadap adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia. Tambahan
lagi sekiranya adat resam ini melibatkan upacara-upacara yang kompleks dan tertutup
seperti upacara menyikat rambut.
Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh banyak faktur diantaranya pola
penempatan yang berbeza, kelemahan tunjuk ajar ibu apa, kelemahan sistem
pendidikan, kekurangan interaksi secara fizikal dan sikap sendiri. Keadaan ini bertambah
parah akibat daripada kejutan budaya penggunaan teknologi maklumat yang menjadikan
Genaerasi Y lebih suka bersendirian (seperti robot) dengan gajet mereka masing-masing.
Kajian ini walaupun menggunakan sampel responden dan lokasi yang kecil, tetapi
sudah boleh menjadi satu indikator kepada pihak kerajaan amnya dan Jabatan Perpaduan
Negara khususnya untuk memberi perhatian serious serta mengambil langkah-langkah
awal bagi membetulkan kembali landasan perpaduan supaya terus lurus dan terpelihara.
Perkara ini cukup penting kerana perpaduan kaum adalah asas kepada kejayaan
pembentukan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan
memupuk semangat bersatu di negara ini. Usaha-usaha boleh dijalankan melalui media
komunikasi, pameran, pembelajaran dan kempen kesedaran. “Gagasan 1 Malaysia -
Rakyat Di Dahulukan - Pencapaian Di Utamakan” amat membantu dalam mengeratkan
hubungan dan perpaduan kaum di Malaysia.
960118145650
39
Kajian secara mendalam seharusnya dilakukan oleh semua pihak agar adat resam
majlis perkahwinan masyarakat Cina dan semua masyarakat di Malaysia dapat di jadikan
elemen penyatupaduan keluarga, masyarakat dan negara serta menjadi produk
pelancongan hebat di peringkat antarabangsa.
Keseluruhan kerja kursus ini telah dapat menepati objektif yang ditetapkan di mana
pengkaji/penulis telah berjaya mencungkil isu dan permasaalahan pengetahuan dan
pemahaman mengenai adat resam setempat serta mengenal pasti sebab musababnya
melalui kaji selidik yang di buat. Disamping itu pengkaji/penulis telah dapat memberikan
cadangan penambahbaikan kearah pengukuhan perpaduan kaum di Malaysia melalui
rujukan buku-buku, internet serta temubual dengan orang-orang tertentu.
960118145650
40
RUJUKAN (BIBLIOGRAPHY)
SUMBER KEDUA (SECONDARY SOURCES)
PERPUSTAKAAN (BUKU)
1. Amiran Kasimin , Perkahwinan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL
2. Kate Williams (2013), Planning Your Dissertation, Palgrave Macmillan, UK
3. Kate Williams & Jude Carroll; (2009), Referencing& Understanding
Plagiarism, Palgrave Macmillan, UK
4. Norhalim Ibrahim & Asmawati Baharuddin.(1996). Adat istiadat perkahwinan
Melayu, Cina dan India
5. Su Shu Costa.(1997).Wild Geese and Tea: Asian-American Wedding Planner.
NY: Riverhead Books
6. Syed Alwi Sheikh Al-Hadi (1960), Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu,
Dewan Bahasa dan Pustaka, KL
960118145650
41
INTERNET
1. www.motac.gov.my (Ministry of Tourism and Culture)
2. http://perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/
3. http://www.perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/
960118145650
42
BORANG KAJI SELIDIK MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN DAN
KEFAHAMAN GENERASI Y MASYARAKAT MELAYU DI SEKITAR
BANDAR TASIK SELATAN TERHADAP ADAT RESAM PERKAHWINAN
MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA
1. Umur anda?
A. 13-17 tahun B. 18 – 19 tahun
2. Adakah anda tahu dan faham tentang adat resam perkahwinan masyarakat
Cina di Malaysia?
A. Ya B. Tidak
3. Adakah anda tahu dan faham tentang adanya peringkat-peringkat
perkahwinan dalam masyarakat Cina di Malaysia?
A . Ya B. Tidak
4. Adakah anda tahu dan faham tentang kepentingan pemilihan tarikh dalam
adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
960118145650
43
A . Ya B. Tidak
5. Adakah anda tahu dan faham tentang adanya upacara- upacara tertentu
dalam adat resam perkahwinan Cina di Malaysia?
A . Ya B. Tidak
6. Adakah anda tahu dan faham tentang kepentingan upacara minuman teh
dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
A, Ya B. Tidak
7. Adakah anda tahu dan faham tentang kepentingan upacara permainan pintu
dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
A . Ya B. Tidak
8. Adakah anda tahu dan faham tentang kepentingan upacara menyikat
rambut dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
960118145650
44
A . Ya B. Tidak
9. Adakah anda tahu dan faham tentang kepentingan upacara jamuan makan
dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
A . Ya B. Tidak
10. Adakah anda tahu dan faham tentang kepentingan “lambang baik” dalam
adat resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
A.Ya B. Tidak
11. Adakah anda tahu dan faham tentang kepentingan “lambang baik” dalam
kelengkapan barangan yang disediakan dalam adat resam perkahwinan
masyarakat Cina di Malaysia?
A . Ya B. Tidak
960118145650
45
12. Adakah anda tahu dan faham tentang kepentingan “lambang baik”
dalam penyediaan makanan dalam adat resam perkahwinan masyarakat
Cina di Malaysia?
A . Ya B. Tidak
13. Adakah anda tahu dan faham tentang makna dan kepentingan warna merah
dalam adat resam perkahwinan masyarakat Cina?
A. Ya B. Tidak
14. Adakah anda tahu dan faham tentang pantang-larang dalam adat
resam perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
A . Ya B.Tidak
15. Adakah anda berminat untuk mengetahui dan memahami adat resam
perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
960118145650
46
A. Ya B. Tidak
16. Bagaimanakah anda mengetahui dan memahami adat resam
perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia?
A. Kawan Melayu B. Kawan
C. Pelajaran Sekolah D. Ibu bapa
17. Adakah anda bersetuju bahawa hubungan antara kaum dapat dieratkan
melalui pengetahuan dan kefahaman melalui adat resam perkahwinan
masing-masing?
A. Setuju B. Tidak setuju
top related