adalah perpustakaan sebagai bahan pengaj r:l t:] ti · wanita negeri selangor dan staf-stafnya,...
Post on 22-Jun-2019
220 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind.l/9)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jenis tesis ini SULff dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berlcuasa/organisasi
berkenaan dengan meiryatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSIJLIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanatau disertasi bagi pe,ngajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Prcjek SarjanaMuda @SM).
UNTYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Saya
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS O
JUDUL: PENGHARAPAN IBU TT}NGGAL TERHADAP LATIHAN
KEMAEIRAN YANTG DIPELAJARI MELALTII PERSATUAI\I IBU
TT]NGGAL DI I\TEGERI SELAI{GOR
SESI PENGAJIAN: 20l0?0ll
AZMAN BIN DATJI)
mengaku membenarkan tesis @SIW@)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan s€p€rti berikut:
l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuktujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pgrhrkaran antara
institusi pengaj ian tingg.4. **Sila tandalaln ( / )
r:lt:]tI
TERHAI)
TIDAK TERHAD
Alarnat Tetap:
No.310 Jln l{aji Nor,Kampung Bukit Badongr45600 Bestrri Jaya, Selangor.
Tarikh: (Il MEL201l
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSTA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Tarikh: {Xf MEL 2011
SIJLIT
(TANDATANGAN PEN{.JLIS)
"Saya akui bahawa sayatelahmembacakarya ini danpdapandangan saya, karya
ini adatahmemadai dad segi skop dmknliti untuktqiuanpenganug€rahan
IjazahSajana Mda Teknologi S€rta Pendidikan (Kemahiran Hidup)"
Tandatangan
NamaPenyelia
Tarikh
BIN RA.IT]DDIN
: MEI,2011
PENGHARAPAN IBU TUNGGAL TERHADAP LATIHAN KEMAHIRAN YANG
DIPELAJARI MELALUI PERSATUAN IBU TUNGGAL DI NEGERI SELANGOR
AZMAN BIN DAUD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
'ii
"Saya akui bahaua karya ini adalahhasil kefa saya sndiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiaptiap mtrmya telah saya jela*m rumbernya"
Tadatans;an : ..... AF.P&Nana Penulis i AZIIIAN BS{ DAttD
Tarikh : MEI"2011
iii
Diabadikan untuk insan-insan tersayang
Buat yang dikasihi ayah dan bonda
Daud Bin Yaacb
Fatimah Binti Oto
Pengorbanan ayahanda dan bonda
tidak akan anakanda lupa hingga ke akhir hayat
Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan kesabaran
Sepanjang anakanda mencari segulung ijazah
Buat inspirasi kalian semua
Jutaan terima kasih buat
Rakan-rakan seperjuangan Izran, Azrol, Amir, Shahrizad, Hafiz dan Syarifah
Yang sentiasa memberi tunjuk ajar
Memberi bimbingan dan nasihat
Memberi kata-kata semangat
Dan mencurahkan ilmu untuk dikongsi bersama
YA ALLAH
Berkatilah usahaku sepanjang pengajian ini
Dan aku bersyukur atas segala kemudahan
Dan rahmat yang Kau limpahkan
Berilah hambamu ini kejayaan di dunia dan di akhirat
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya serta
taufik dan hidayah dari-Nya, saya dapat menyiapkan kajian untuk Projek Sarjana Muda
yang telah diberikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih
yang tidak terhingga khususnya kepada pensyarah pembimbing iaitu Prof. Dr. Muhd
Rashid Bin Rajuddin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang
pengkaji menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada Cik Norazila Bt Basarang dari Jabatan Pembangunan
Wanita Negeri Selangor dan staf-stafnya, Pegawai Jabatan Pembangunan Wanita Negeri
Johor dan staf-stafnya, seterusnya ibu-ibu tunggal didalam Persatuan Ibu Tunggal di
Negeri Selangor yang memberikan kerjasama disepanjang tempoh saya menyiapkan
kajian ini.
Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam usaha untuk menyiapkan kajian untuk Projek Sarjana Muda
ini.
Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang membalas budi baik anda sekalian dan jasa
anda semua sentiasa dalam ingatan.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengharapan ibu tunggal terhadap
latihan kemahiran yang dipelajari melalui Persatuan Ibu Tunggal di Negeri Selangor.
Adalah menjadi keutamaan seseorang individu itu memilih bidang latihan kemahiran
untuk keperluan dirinya sendiri demi masa depan yang cerah dan terjamin. Terdapat
empat pengharapan yang dikaji iaitu untuk membentuk semula keyakinan diri, memberi
peluang pekerjaan, membuka perniagaan sendiri dan untuk lebih dihargai. Seramai 200
orang ibu tunggal yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Borang soal
selidik adalah merupakan instrumen kajian ini yang mengandungi 40 item mengikut skala
Likert 5 peringkat. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah α = 0.938.
Cara perolehan data adalah dengan mencari peratusan dengan menganalisis data
menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package of Social Science) versi 16.0.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu tunggal ini
mengharapkan kejayaan melalui bidang latihan kemahiran yang dipelajari melalui
persatuan ibu tunggal di Negeri Selangor. Ianya didahului dengan pengharapan untuk
lebih dihargai, membuka perniagaan persendirian, membentuk semula keyakinan diri dan
untuk memberi peluang pekerjaan. Disamping itu, dikemukakan beberapa cadangan
kajian untuk beberapa pihak seperti Kementerian Pembangunan Sumber Manusia,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Pembangunan
Wanita Negeri, Pertubuhan-pertubuhan dan Persatuan Ibu Tunggal bagi menjadikan
harapan yang disandarkan oleh ibu tunggal ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the expectations of single mothers on the
skills training learned through Association of Single Mothers in Selangor. It is the
preference of the individual to choose the field of training for a better. There are four
variables studied; to re-establish the self-confidence, provide job opportunities, built their
own business and for appreciation. Two hundred mothers were taken as sample for this
study. Questionnaire research’s instrument containing 40 items based Likert Scale items
5 levels. The value of the reliability of this instrument was α = 0.938. Data were analyzed
using SPSS (Statistical Package of Social Science) version 16.0 and the statistics used
were frequencies and percentage. The study shows that single mothers has high
expectations rate through the skill training programmed organized by the Association of
Single Mothers in Selangor. The expectations in rank respectively is chances for better
appreciation, make their own business, re-establish confidence and to provide job
opportunities. Some recommendations for were given to Ministry of Human Resource
Development, Ministry of Women, Family and Community Development, Department of
Women Affairs, Organizations and the Single Mother Association to meet expectations a
single mothers to help in their economy and a better life.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop Kajian 13
viii
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Ibu Tunggal 13
1.8.2 Pengharapan 14
1.8.3 Latihan 14
1.8.4 Persatuan 14
1.8.5 Dihargai 15
1.8.6 Keyakinan Diri 15
1.8.7 Pekerjaan 15
1.8.8 Perniagaan 15
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Teori dan Konsep 16
2.2.1 Teori Motivasi 16
2.2.1.1 Pendekatan Behaviourisme 17
2.2.1.2 Motivasi atau Pendekatan Humanistik 17
2.2.1.3 Motivasi dan Teori Kognitivisme 18
2.2.1.4 Motivasi dan Pendekatan Pembelajaran
Sosial 19
2.2.1.5 Matlamat, Keperluan dan Motivasi 19
2.2.2 Teori Pengharapan 21
2.2.3 Teori Pencapaian McClelland 22
2.2.4 Teori Ekuiti 22
2.3 Aspirasi Pekerjaan 23
2.4 Aplikasi 24
2.5 Peluang Pekerjaan 25
2.6 Kemahiran 26
2.6.1 Bidang latihan kemahiran 27
ix
2.6.2 Peranan dan Latihan Kearah Kejayaan 28
2.6.3 Faktor-Faktor Keberkesanan Latihan dan
Pendidikan 28
2.6.3.1 Pelatih 29
2.6.3.2 Jurulatih 30
2.6.3.3 Modul/Program Latihan 30
2.6.3.4 Persekitaran 31
2.6.3.5 Sokongan Selepas Latihan 31
2.7.4 Ibu Tunggal dan Bidang Latihan 31
2.7.4.1 Membentuk Semula Keyakinan Diri 33
2.7.4.2 Peluang Pekerjaan 34
2.7.4.3 Membuka Perniagaan Persendirian 35
2.7.4.4 Keperluan Dihargai 36
2.8 Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor 37
2.9 Kajian-Kajian Lepas 39
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 42
3.2.1 Carta Aliran Kajian 43
3.3 Kerangka Operasi 44
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 48
3.5 Instrumen Kajian 48
3.6 Kesahan dan Kajian Rintis 51
3.7 Kaedah Penganalisisan Data 52
3.8 Andaian 54
3.9 Batasan Kajian 54
x
BAB IV PENGANALISISAN DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis Bahagian A 58
4.2.1 Umur 58
4.2.2 Bangsa 59
4.2.3 Tahap Pendidikan 59
4.2.4 Bilangan Anak 60
4.2.5 Bidang Kemahiran 61
4.2.6 Tempoh Latihan Kemahiran 62
4.3 Analisis Bahagian B 62
4.3.1 Pengharapan Membentuk Semula Keyakinan Diri 64
4.3.2 Pengharapan Memberi Peluang Pekerjaan 67
4.3.3 Pengharapan Membuka Perniagaan Persendirian 70
4.3.4 Pengharapan Lebih Dihargai 73
4.3.5 Pengharapan Terhadap Latihan Yang Dipelajari 76
Melalui Persatuan Ibu Tunggal Di Negeri Selangor
Mengikut Bidang
4.4 Analisis Keseluruhan 80
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 81
5.2 Rumusan 82
5.3 Perbincangan 84
5.3.1 Bahagian A : Demografi Responden 85
5.3.2 Bahagian B : Soal Selidik 87
5.3.2.1 Membentuk Semula Keyakinan Diri 87
5.3.2.2 Peluang Pekerjaan 89
5.3.2.3 Membuka Perniagaan Persendirian 92
xi
5.3.2.4 Lebih Dihargai 94
5.3.2.5 Terhadap Latihan Yang Dipelajari 96
Melalui Persatuan Ibu Tunggal
Di Negeri Selangor Mengikut Bidang
5.4 Model Pengharapan Latihan Kemahiran 99
5.5 Cadangan 101
5.5.1 Kementerian Pembangunan Sumber Manusia 101
5.5.1.1 Memberi Latihan dan Kursus 101
5.5.1.2 Melonggarkan Syarat Permohonan 102
Pekerjaan Kepada Ibu Tunggal
5.5.1.3 Menghentikan Ekploitasi Upah Yang 102
Rendah
5.5.2 Pertubuhan dan Persatuan 103
5.5.2.1 Memperkemas Modul Latihan Kemahiran 103
5.5.2.2 Sokongan Padu Persatuan 104
5.5.3 Ibu Tunggal 104
5.5.3.1 Menganggotai Persatuan Peniaga 104
5.5.3.2 Meningkatkan Motivasi dan Keyakinan 105
Diri
5.5.4 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan 106
Masyarakat
5.5.4.1 Melonggarkan Syarat Mendapatkan Modal 106
5.5.4.2 Menyediakan Skim Bantuan Perniagaan 106
5.5.4.3 Mempergiat Ibu Tunggal Menceburi Bidang 107
Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
5.5.5 Jabatan Pembangunan Wanita dan Masyarakat 108
5.5.5.1 Pendedahan Aktiviti Keusahawanan 108
5.5.5.2 Analisa Keperluan Latihan 108
5.5.6 Masyarakat 109
xii
5.5.6.1 Mengubah Persepsi Buruk Terhadap 109
Ibu Tunggal
5.5.6.2 Membantu Menaikkan Taraf Hidup 109
5.5.6.3 Menghargai Kemahiran Yang Dimiliki 110
Ibu Tunggal
5.5.7 Pihak Majikan Sektor Industri 110
5.5.7.1 Memberi Peluang Pekerjaan 110
5.5.7.2 Memberi Sokongan dan Bimbingan 111
5.5.7.3 Memberi Bonus dan Kenaikan Pangkat 111
5.5.7.4 Menjaga Kebajikan Pekerja 112
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 112
5.7 Penutup 113
BIBLIOGRAFI 115
LAMPIRAN 123
xiii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Faktor 49
Demografi Responden
Jadual 3.2 Taburan Item Soal Selidik 50
Jadual 3.3 Nilai Kebolehpercayaan 52
Jadual 3.4 Kaedah Skala 5 Peringkat Kepada 3 Peringkat 53
Jadual 3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 54
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 58
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 59
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 60
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Bidang Kemahiran 61
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Tempoh Latihan 62
xiv
Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan Bagi 64
Pengharapan Untuk Membentuk Semula
Keyakinan Diri
Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan Bagi 67
Pengharapan Untuk Memberi Peluang
Pekerjaan
Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan Bagi 70
Pengharapan Untuk Membuka Perniagaan
Persendirian
Jadual 4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan Bagi 73
Pengharapan Untuk Lebih Dihargai
Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan Bagi 76
Pengharapan Ibu Tunggal Terhadap Latihan
Kemahiran Yang Dipelajari Melalui Persatuan Ibu
Tunggal Di Negeri Selangor Mengikut Bidang
Jadual 4.12 Taburan Purata Peratusan Keseluruhan Bagi 80
Pengharapan Ibu Tunggal Terhadap Latihan
Kemahiran Yang Dipelajari Melalui Persatuan Ibu
Tunggal Di Negeri Selangor
xv
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 2.1 Faktor-Faktor Keberkesanan Latihan Dan 29
Pendidikan [Dipetik dari Model Faktor
Keberkesanan Latihan Ahmad Raji Yaakub
(2001: ms.12)]
Rajah 3.1 Carta Aliran Kajian 43
Rajah 3.2 Carta Kerangka Operasi 47
Rajah 5.1 Model Pengharapan Latihan Kemahiran 100
xvi
SENARAI SINGKATAN AIM - Amanah Ikhtiar Malaysia
BMI - British-Malaysia Institute
HRDC - Majlis Pembangunan Sumber Manusia
IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
IKM - Institut Kemahiran Malaysia
IKS - Industri Kecil Dan Sederhana
ILP - Institut Latihan Perindustrian
KIR - Ketua Isi Rumah
MDC - Multimedia Development Corporation
MPWK - Majlis Perwakilan Wanita dan Keluarga
NGO - Badan Bukan Kerajaan
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
SOHO - Small Office Home Office
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
xvii
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 123
B Surat Kebenaran Fakulti 130
C Surat Permohonan Individu 132
D Kesahan Borang Soal Selidik 134
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wanita terdiri daripada separuh penduduk Malaysia (Nor Aini, 2008).
Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di
dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja
memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah
merupakan aset ekonomi yang penting kepada negara. Sejak negara mencapai
kemerdekaan, kerajaan telah membuka peluang pendidikan kepada seluruh lapisan
masyarakat. Wanita telah diberi peluang yang sama dengan lelaki untuk memasuki
persekolahan dan institusi pengajian tinggi. Dengan berbekalkan pendidikan dan
pengetahuan yang diperolehi, wanita kini dikatakan lebih berkeyakinan dan mempunyai
potensi diri dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik dan sosial. Wanita juga
sudah mula menunjukkan kebolehan dengan memikul tanggungjawab yang pelbagai
demi menentukan masa depan mereka.
Maka dalam melayari kehidupan di dunia ini, golongan lelaki dan wanita saling
memerlukan di antara satu sama lain. Mereka akan memulakan hidup bersama dengan
ikatan perkahwinan sebagai memenuhi tuntutan agama. Hidup berumahtangga
memerlukan kesabaran dan kesefahaman didalam kehidupan seharian. Namun tidak
2
semua perkahwinan mampu bertahan lama. Cabaran hidup sebagai suami isteri begitu
mencabar dan harus ditangani dengan baik oleh setiap pasangan suami isteri.
Menurut Thuaibah (2004), sejak dua dekad lalu, institusi keluarga di negara ini
mengalami perubahan dan peralihan kesan pembangunan industri serta urbanisasi yang
pesat. Struktur keluarga dan nilai-nilainya turut mengalami perubahan ketara akibat cara
perubahan dalam hidup berkeluarga yang amat berbeza dengan gaya hidup keluarga
tradisi. Kesan sampingan daripada kepesatan pembangunan yang tidak seimbang telah
menimbulkan pelbagai cabaran kepada wanita dari dalam mahupun luar sistem institusi
keluarga sehingga meruntuhkan institusi kekeluargaan sehingga berlakunya perceraian.
Selain itu bahtera perkahwinan mungkin runtuh dengan berlakunya kematian sama ada
suami atau isteri. Dalam masyarakat Malaysia, golongan wanita yang telah berpisah atau
kematian suami dikenali sebagai janda, balu atau pun ibu tunggal (Thuaibah, 2004).
Melalui kajian ini, istilah yang akan digunakan adalah ibu tunggal.
Ibu tunggal adalah wanita yang berseorangan tanpa suami dan bertanggungjawab
mendidik anak-anak dengan menjalankan dwifungsi iaitu sebagai penyara dan pengurus
keluarganya. Ia meliputi mereka yang mendapat anak tanpa pernikahan yang sah dan
mendidiknya bersendirian, isteri yang telah berpisah dengan suami dan menjaga anak-
anak setelah ditinggalkan dan isteri yang bercerai hidup atau mati dan tinggal dengan
anak-anaknya bersendirian (Thuaibah, 2004).
Menurut Rohaty, kebanyakan wanita yang ditinggalkan atau kematian suami dan
masih mempunyai anak kecil, memilih untuk tinggal dengan keluarga mereka kerana
yakin anak-anaknya akan terpelihara dengan selamat (Utusan Malaysia, 7 Ogos 2000).
Kesukaran yang dialami oleh golongan ibu tunggal ini mendapat simpati dari
pelbagai pihak, baik pihak kerajaan, mahupun swasta. Mereka telah memberi berbagai
bantuan, baik dari segi kewangan mahupun sosial, bagi meringankan beban yang
ditanggung oleh golongan ibu tunggal dan keluarga mereka.
3
Bantuan kewangan mungkin berbentuk wang atau barangan secara bulanan untuk
memenuhi keperluan keluarga tersebut. Ia mungkin juga dalam bentuk modal bagi
memulakan sesuatu perniagaan. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) misalnya, membantu
ramai ibu tunggal dari keluarga miskin dengan meminjamkan wang untuk dijadikan
modal asas perniagaan (Thuaibah, 2004).
Bantuan sosial juga berlaku dalam berbagai bentuk. Satu daripadanya ialah
pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal
memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan tentang selok-belok
perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka. Kemahiran kerja tangan,
memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka
memulakan perniagaan. Bagi mengatasi masalah penjagaan anak apabila ibu keluar
bekerja, ibu tunggal boleh diberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam
menggunakan komputer agar mereka boleh memulakan perniagaan atau bekerja sendiri
dengan konsep Small Office Home Office (SOHO). Konsep perniagaan yang semakin
terkenal ini membolehkan wanita mengendalikan perniagaan dari rumah dengan
memberikan khidmat seperti menaip, penyajian makanan, mengedar kuih-muih dan
seumpamanya.
Menurut Datuk Dr S Subramaniam, Kementerian Sumber Manusia akan
memberikan tumpuan kepada ibu tunggal di seluruh negara bagi mengikuti program
disediakan di bawah kementerian itu berbanding lepasan universiti dan mereka yang
kehilangan pekerjaan akibat kegawatan ekonomi dunia (Berita Harian, 17 Mei 2009).
Justeru itu, peranan Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab dalam
merangka dasar, merancang dan menyelaras semua pembangunan dan program latihan
kemahiran di negara ini menjadi semakin mencabar. Ini kerana sejajar dengan tuntutan
di atas dan ke arah merealisasikan Wawasan 2020, sistem pembangunan dan program
latihan kemahiran sedia ada perlu dinilai semula dan dimantapkan bagi memastikan
bekalan pekerja mahir yang dikeluarkan oleh semua agensi latihan kemahiran di negara
ini adalah mencukupi dan benar-benar memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
4
Oleh itu kerajaan telah menyediakan latihan kemahiran kepada ibu tunggal untuk
memastikan mereka boleh hidup berdikari setelah bercerai atau kematian suami. Antara
latihan yang diberikan adalah melalui Persatuan Ibu Tunggal yang ditubuhkan mengikut
negeri. Kesemuanya bertujuan untuk menyediakan golongan ibu tunggal bersemangat
dan berdikari serta mampu meningkatkan tahap ekonomi mereka dimasa hadapan
(Utusan Malaysia, 8 Mac 2000).
Pelbagai latihan dan kemahiran yang telah disediakan oleh Persatuan Ibu
Tunggal. Ini adalah untuk memberikan semangat dan kekuatan dalaman kepada mereka
untuk meneruskan kehidupan. Apa yang maksudkan dengan kekuatan dalaman ialah
keyakinan diri serta semangat yang kental dan tabah dalam menghadapi cabaran sebagai
ibu tunggal. Harapan ibu tunggal bersandarkan kepada kekuatan diri melalui persatuan
amatlah diperlukan untuk menjadi seorang yang cekal. Menjadi seorang ibu tunggal
dalam abad ke 21 ini bukanlah semudah yang dijangkakan. Suasana masa kini dengan
segala cabarannya memerlukan ibu tunggal mempersiapkan diri bukan sahaja dari segi
fizikal yakni kemahiran-kemahiran tertentu tetapi juga dari segi mental iaitu bersedia
untuk menerima tanggungjawab yang lebih berat tanpa kehadiran insan yang bernama
suami. Lebih mengkagumkan, bebanan hebat yang bakal dan terpaksa dipikul ibu
tunggal dalam meniti ranjau kehidupan memberi pengajaran kepada setiap orang yang
hidup di dunia ini.
Menurut Salmah Bibi (2003), keyakinan diri untuk menjadi ibu tunggal amatlah
penting untuk meneruskan kehidupan. Melalui persatuan, ibu tunggal dapat berkongsi
masalah dan nasihat bersama rakan-rakan senasib bagi menelusuri kehidupan. Persatuan
Ibu Tunggal dapat memberikan khidmat nasihat untuk mereka yang memerlukan
sekiranya mereka menghadapi sebarang kesulitan hidup.
Menurut Syed Al-Mashoor, Pakar Psikologi Universiti Malaysia Sarawak pula,
kelainan emosi yang terdapat pada golongan ibu tunggal terutama yang baru bercerai
atau diceraikan ialah sentiasa merasa tertekan dan kehidupan harian mereka dibelenggu
resah, gelisah, murung, pilu, kecewa, sugul dan fikiran terganggu (Sufean Hussin dan
5
Che Zainon Omar, 2002). Oleh yang demikian, semua pihak termasuk kerajaan dan
swasta perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam membela nasib golongan ini
terutama mereka yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan kelulusan serta hidup
dalam kemiskinan.
Kementerian juga turut bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan dalam
melaksanakan program peningkatan kemahiran wanita khususnya bidang latihan
kemahiran agar mereka mampu berdikari dan mampu berdaya saing pada masa hadapan.
Ini kerana mengusahakan perniagaan sendiri boleh dianggap ‘jalan selamat’ bagi ibu
tunggal untuk menampung kehidupan keluarga terutama bagi mereka yang tidak bekerja.
Malah sudah terbukti ramai ibu tunggal yang mencari rezeki dengan berniaga berjaya
mengharungi kehidupan biarpun banyak halangan dan cabaran yang dihadapi.
Menurut Wan Halim (1995), sebuah Panel Sokongan Ekonomi di bawah
Program Ibu Tunggal telah ditubuhkan untuk memastikan ibu-ibu tunggal mendapat
latihan, khidmat nasihat dan bantuan untuk menjalankan perniagaan atau pun untuk
mendapatkan pekerjaan. Untuk melatih wanita mendapatkan kemahiran dalam bidang
perniagaan, usaha akan dijalankan oleh Jawatankuasa Perunding Hal Ehwal Wanita di
peringkat negara dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan wanita.
Usaha kerajaan yang semakin rancak untuk memajukan ibu tunggal mendorong
pengkaji menjalankan kajian yang menjurus kepada bidang latihan kemahiran.
Memandangkan golongan ibu tunggal yang menceburi bidang kemahiran di dalam
persatuan ibu tunggal juga semakin meningkat, maka pengkaji cuba mengkhususkan
kajian ini terhadap pengharapan ibu tunggal terhadap latihan kemahiran melalui
persatuan ibu tunggal apabila tamat latihan kelak.
6
1.2 Latarbelakang Masalah
Dalam mengekalkan status Selangor Maju, kerajaan negeri tidak menolak
peranan dan kepentingan wanita. Bagi Kerajaan Negeri Selangor, golongan wanita
merupakan teras kepada kemajuan sesebuah negeri. Prinsip kesamarataan sesebuah
negeri perlu mengambil kira kepentingan, fungsi dan tanggungjawab yang mesti
dilaksanakan oleh kaum wanita. Usaha untuk memartabatkan golongan wanita
khususnya ibu tunggal terus dipertingkatkan dalam agenda pembangunan dengan
memberi penekanan kepada golongan ibu tunggal pada masa akan datang. Ini adalah
penting kerana melalui pembangunan modal insan mereka boleh membina jati diri dan
disiplin untuk mencapai kejayaan di masa akan datang. Oleh itu melalui kerajaan Negeri
Selangor yang memandang golongan wanita sebagai “aset” nya akan terus
meningkatkan dan menambah pelbagai program dan memenuhi keperluan golongan ini.
Di Negeri Selangor terdapat kira-kira 25 000 ibu tunggal yang berdaftar di
bawah Persatuan Ibu Tunggal Selangor yang dikenali sebagai Anggerik Murni.
Kebanyakan mereka adalah mereka yang memerlukan bantuan dan memerlukan kursus-
kursus kemahiran untuk mereka berdikari selepas tamat mengikuti kursus didalam
latihan. (http://wirdaselangor.wordpress.com/2010/03/09)
Pada masa kini, telah banyak skim latihan, bantuan dan saluran yang disediakan
oleh pihak kerajaan kepada golongan ibu tunggal. Namun begitu, masih ramai lagi
golongan ini tidak berjaya menjadi seorang usahawan dan masih bergantung kepada
bantuan kerajaan semata-mata. Disebabkan oleh masalah ini, masih ramai golongan ibu
tunggal luar bandar berada di bawah garis kemiskinan. Oleh itu, program-program
latihan disediakan kepada ibu tunggal supaya mereka dapat berdikari dan memberi
harapan baru kepada mereka dalam memberi peluang pekerjaan dan sebagai sumber
pendapatan untuk meneruskan kehidupan.
Menurut Datuk Dr. Subramaniam, Kementerian Sumber Manusia akan
memperhebat program latihan jangka pendek kepada ibu tunggal untuk mengikuti
7
kursus pilihan mereka antara dua hingga tiga bulan di semua 27 Institusi Latihan
Perindustrian (ILP) dan Persatuan Ibu Tunggal di seluruh negara. Kerajaan mahu
golongan ini memperoleh kemahiran bagi membolehkan mereka berdikari selain
menyediakan bantuan modal dalam usaha memastikan mereka menjadi usahawan
berjaya (Berita Harian, 17 Mei 2009).
Menurut Abd Hair (2004), pelaburan terhadap latihan kemahiran terus meningkat
pesat berbanding beberapa dekad lalu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan ekonomi
berasaskan pengetahuan. Kerajaan menyarankan agar institusi latihan kemahiran awam
dinilai selalu untuk mempastikan kecekapan dan keberkesanan program latihannya
tercapai. Walau bagaimana pun, kajian hanya menfokuskan keberkesanan program
latihan sahaja tanpa memikirkan implikasi pelatih yang telah tamat latihan sama ada
mampu memperolehi pekerjaan. Penelitian tempatan terhadap perbandingan
keberkesanan program di antara institusi latihan kemahiran awam juga masih terhad.
Kelembapan ekonomi dan diikuti pula peningkatan pengangguran mengukuhkan lagi
justifikasi untuk keberkesanan program latihan kemahiran pra-pekerjaan yang dijalankan
oleh institusi latihan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanannya.
Jika sebelum ini golongan ibu tunggal banyak bergantung kepada Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi sebenarnya kemudahan yang
sama turut disediakan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Program latihan
digerakkan termasuk melalui kerjasama dengan kementerian dan agensi bukan kerajaan
secara intensif bagi membantu mereka dari pelbagai aspek.
Menurut isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, kerajaan negeri dan
pihak berkuasa perlu memberi pertimbangan dan peluang kepada ibu tunggal seperti
kemudahan rumah kos rendah, perolehan saham kerajaan serta pelbagai insentif lain.
Selain itu beliau berkata:
8
“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu terus meningkatkan kapasiti jentera pelaksanaan bagi membolehkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan ibu tunggal lebih meluas termasuk di peringkat akar umbi luar bandar”.
(Utusan Malaysia: 27 Mac 2010)
Sistem penyampaian berkesan ini dapat membantu ibu tunggal merebut peluang
menjana ilmu serta pendapatan melalui program-program yang disediakan oleh kerajaan.
Masalah ekonomi adalah cabaran utama kepada ibu tunggal terutama bagi mereka yang
hanya menjadi suri rumah sebelum ini. Mencari peluang pekerjaan di luar bukan perkara
mudah bagi mereka dan keadaan menjadi bertambah sukar apabila tidak mempunyai
pendidikan tinggi. Keadaan ini akan menjejaskan sumber pendapatan ibu tunggal dan
seterusnya memberi kesan terhadap kualiti hidup golongan berkenaan.
Kini, melalui hasil daripada kemajuan yang telah dicapai, peluang perniagaan
dalam pelbagai bidang telah wujud bagai cendawan selepas hujan. Justeru, peranan
kerajaan untuk membantu ibu-ibu tunggal ini seharusnya diberi pujian supaya ibu-ibu
tunggal ini dapat memajukan diri mereka untuk membela nasib keluarga.
Penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Negeri Selangor juga dilihat
sebagai pemangkin dalam meniup semangat dan kesefahaman dalam kalangan wanita.
Penubuhan badan ini yang diwakili oleh ahli-ahli profesional seperti Profesor, Doktor,
Peguam, Arkitek dan sebagainya diwujudkan adalah untuk memberikan ruang dan
peluang kepada seluruh ibu tunggal di Negeri Selangor untuk memberi sumbangan dan
buah fikiran bagi membantu dan memartabatkan golongan wanita di Negeri Selangor.
Dengan wujudnya Badan Bukan Kerajaan ini seperti Majlis Perwakilan Wanita dan
Keluarga (MPWK) diharapkan dapat memberikan sinar kepada golongan ibu tunggal di
Negeri Selangor pada masa akan datang dalam proses menjana kemakmuran dan
kemajuan di Negeri Selangor. Melalui Badan Bukan Kerajaan ini juga, Pengkalan Data
(IT) tentang wanita dan ibu tunggal dapat dikumpulkan. Secara tidak langsung jumlah
mereka yang amat memerlukan bantuan dapat dikenalpasti dan diberikan bantuan
dengan segera.
9
Menurut Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil pula dianggarkan 3.2 juta orang ketika ini bergantung nasib kepada lebih
700,000 isi rumah yang diketuai oleh ibu tunggal (Kementerian Pembangunan Wanita
dan Keluarga, 2002)
Oleh itu sebahagian besar daripada mereka memperolehi latihan melalui
Persatuan Ibu Tunggal seperti jahitan, masakan andaman dan sebagainya. Namun
persoalan ini masih menghantui pelbagai pihak kerana sehingga kini latihan kemahiran
yang diberikan kepada ibu tunggal sukar diaplikasikan oleh ibu tunggal. Bagaimanakah
melalui latihan yang dipelajari mampu memberi peluang pekerjaan? Adakah melalui
latihan yang diperolehi boleh membawa kejayaan? Adakah melalui kemahiran yang
diperolehi mampu menjana pendapatan? Adakah keberkesanan program latihan
kemahiran berkesan untuk membantu ibu tunggal? Adakah kerana ketidakselarian
kurikulum persatuan tidak menepati kehendak majikan masa kini? Sehubungan itu,
kajian ini bertujuan mengkaji pengharapan ibu tunggal terhadap latihan yang dipelajari
melalui Persatuan Ibu Tunggal di Negeri Selangor.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah ibu tunggal merupakan salah satu isu yang sering dipertikaikan dalam
masyarakat kita. Fenomena ini didapati meningkat secara berterusan sejak kebelakangan
tahun ini. Memang tidak dinafikan bahawa sebagai seorang ibu perlu memainkan
peranan bapa pada masa yang sama sesuatu yang agak susah. Tambahan pula, cabaran
masa kini yang begitu kuat menyebabkan masalah mereka menjadi semakin meruncing.
Pelbagai masalah ibu tunggal bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.
Sejak kebelakangan ini, ianya menjadi satu topik perbualan pelbagai pihak apabila kita
bercakap tentang wanita dan keluarga. Mungkin kerana Persatuan Ibu Tunggal yang kini
tumbuh seperti cendawan menyebabkan kesukaran yang dialami oleh golongan ini dapat
diketengahkan dengan cara yang lebih berkesan.
10
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor yang sedar akan kepentingan
penglibatan ibu tunggal dalam pembangunan Negeri Selangor terus melaksanakan
pelbagai aktiviti yang telah disusun bagi mengimbangi aspek rohani dan sosial terhadap
golongan ini. Kursus-kursus yang dianjurkan melalui persatuan sebelum ini antaranya
adalah, Kursus Keusahawanan, Pembungkusan, Jati Diri, Motivasi, Kraf Tangan dan
sebagainya. Ekspo Usahawan Wanita yang dianjurkan dipusat-pusat membeli belah
terkenal dianjurkan bagi menggalakkan dan memberi ruang kepada pengusaha ibu
tunggal untuk berniaga dan meningkatkan jaringan perniagaan mereka. Persoalannya,
adakah latihan yang dipelajari oleh ibu tunggal memberi pelbagai kebaikan kepada ibu
tunggal sedangkan dengan hanya memberi program kepada mereka, kerajaan sudah
berpuas hati dalam usaha membantu mereka? Kesinambungan terhadap latihan yang
telah dipelajari tiada jalan penyelesaiannya sehinggakan ramai ibu tunggal diluar sana,
hanya mampu bermimpi untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik setelah tamat
mengikuti kursus latihan kemahiran didalam Persatuan Ibu Tunggal.
Namun, ramaikah yang terfikir akan harapan ibu tunggal setelah menjalani
latihan yang dipelajari melalui Persatuan Ibu Tunggal di alam pekerjaan yang diimpikan
mereka itu sendiri? Bukankah semua manusia mempunyai keinginan yang tinggi demi
menjamin kepuasan didalam diri sendiri? Maka jika ditanya pada diri kita sendiri pun,
tentu jawapannya “Ya!”.
Lantaran itu, pengkaji berpendapat adalah wajar untuk mengkaji harapan ibu
tunggal terhadap latihan kemahiran yang dijalankan didalam Persatuan Ibu Tunggal di
Negeri Selangor. Dapatan daripada soal selidik yang dibuat diharap dapat memberi
gambaran sebenar terhadap fenomena yang dikaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti beberapa persoalan yang akan dinyatakan di dalam persoalan kajian.
11
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan seperti berikut:
i. Untuk mengenalpasti pengharapan ibu tunggal untuk membentuk semula
keyakinan diri melalui latihan kemahiran dipelajari.
ii. Untuk mengenalpasti pengharapan ibu tunggal untuk memberi peluang pekerjaan
melalui latihan kemahiran yang dipelajari.
iii. Untuk mengenalpasti pengharapan ibu tunggal untuk membuka perniagaan
persendirian melalui latihan kemahiran yang dipelajari.
iv. Untuk mengenalpasti pengharapan ibu tunggal untuk lebih dihargai setelah
selesai menjalani latihan kemahiran.
v. Untuk mengenalpasti pengharapan ibu tunggal terhadap latihan kemahiran yang
dipelajari melalui Persatuan Ibu Tunggal di Negeri Selangor mengikut bidang.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini adalah:-
i. Apakah wujud pengharapan ibu tunggal untuk membentuk semula keyakinan diri
melalui latihan kemahiran dipelajari?
ii. Apakah wujud pengharapan ibu tunggal untuk memberi peluang pekerjaan
melalui latihan kemahiran yang dipelajari?
iii. Apakah wujud pengharapan ibu tunggal untuk membuka perniagaan persendirian
melalui latihan kemahiran yang dipelajari?
iv. Apakah wujud pengharapan ibu tunggal untuk lebih dihargai setelah selesai
menjalani latihan kemahiran?
v. Apakah wujud pengharapan ibu tunggal terhadap latihan kemahiran yang
dipelajari melalui Persatuan Ibu Tunggal di Negeri Selangor mengikut bidang?
top related