adat istiadat perkahwinan melayu
Post on 03-Jun-2018
375 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
1/16
ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN MELAYU
TOKOH
o Biodata & Kejayaano Iktibar
RUMUSAN Appendix PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN LAPORAN KAJIAN
o Lokasi dan Latarbelakang Tempat Kajiano Tradisi Yang Dikajio Sebab Tradisi Diamalkano Cara Diamalkano Kesan Daripada Tradisi Yang Dikajio Pengajaran
PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan Kajian Tradisi Setempat ini dalam
jangkamasa yang telah ditetapkan. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru sejarah kelas 3 Harmoni di atas penerangan beliau yang jelas dan terang, yang
sedikit sebanyak telah membantu dalam pembikinan buku skrap ini. Tidak lupa juga kepada
kedua ibubapa saya selaku penyumbang modal bagi projek sejarah ini. Kepada rakan-rakansaya yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan sentiasa membantu saya serta
memberi idea-idea bernas kepada saya, terima kasih saya ucapkan. Bagi mengakhiri ucapan
saya ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.
Kucing tidur di atas batu
Mengidamkan katil bersama alas
Kepada semua yang membantu
http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section5.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section5.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section5.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section5.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#appendixhttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#appendixhttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#appendixhttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#appendixhttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section1http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section1http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section1http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section1http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.5http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.5http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.5http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.5http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.5http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.5http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section4http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section3http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section1http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section1http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#appendixhttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#appendixhttp://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section6http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section5.2http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=171&xslFile=orange#section5.2 -
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
2/16
Pengorbanan anda tak dapat ku balas
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif saya dalam proses penyiapan kerja kursus ini ialah untuk mengetahui adat istiadat
dan tradisi tempatan negara kita dengan lebih mendalam, di samping cuba mengekalkan
tradisi tersebut dari terhapus begitu sahaja, memandangkan zaman ini sedang menuju ke arah
kemodenan. Selain itu, Penilaian Kerja Khusus juga berupaya untuk seseorang pelajar
mengenali tokoh-tokoh yang telah banyak berkorban untuk negara serta menjadikan
pengalaman mereka sebagai iktibar.
KAEDAH KAJIAN
Dalam proses pembikinan Penilaian Kerja Khusus Sejarah ini, saya mengunakan kaedah
rujukan untuk mengkaji tradisi perkahwinan orang Melayu yang diperolehi daripada majalah
RIAS keluaran bulan April dan September 2001. Manakala maklumat mengenai tokoh
sejarah telah saya perolehi dengan mengadakan lawatan ke Muzium Shah Alam pada 6 April
2002 yang lalu.
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
3/16
LAPORAN KAJIAN
Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
Lokasi dan Latarbelakang Tempat Kajian
Saya menjalankan kajian mengenai adat istiadat perkahwinan Melayu di Shah Alam. Antara
wadah-wadah yang telah saya lawati untuk mendapatkan maklumat mengenai adat-adat
perkahwinan ini ialah Perpustakaan Negeri dan Muzium Shah Alam. Hasil daripada statistik
yang telah saya perolehi, penduduk Melayu di sekitar Shah Alam ialah sebanyak 60%. Di
sini, terdapat pelbagai kemudahan asas seperti perpustakaan awam dan muzium.
Perpustakaan memudahkan pelajar untuk mencari maklumat di samping menelaah pelajaran.
Di sini terdapatnya sistem pinjaman buku yang disediakan bagi menjadi rujukan oleh pelajar.
Cyber Cafe juga disediakan untuk mereka mendapatkan maklumat daripada laman web-
laman web yang berkaitan dengan aspek yang dikaji. Pihak perpustakaan awam menyediakanjuga mesin fotostat yang dapat digunakan oleh pelajar jika tidak mempunyai kad pinjaman.
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
4/16
Tradisi Yang Dikaji
Tradisi yang saya kaji ialah Tradisi Perkahwinan Melayu. Tradisi ini diamalkan hampir
seluruh Malaysia. Masa diamalkan tidak dapat ditentukan kerana ia terpulang kepada
individu yang ingin berkahwin itu sendiri. Dalam tradisi ini, pihak yang terlibat. di antaranya
ialah pihak perempuan, pihak lelaki, mak andam, tok imam dan sebagainya yang terdapat
dalam tajuk 'cara diamalkan'. untuk tradisi ini, tepak sirih, sirih junjung, tepung tawar,
merupakan antara peralatan penting yang diperlukan. Jika tidak, anda dianggap kurang sopan.
Terdapat banyak lagi maklumat yang boleh diketahui di dalam. Teruskan membaca
sehinggalah ke lampiran.
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
5/16
Sebab Tradisi Diamalkan
Salah satu sebab tradisi ini diamalkan adalah adat. Sejak zaman pemerintahan Parameswara
lagi adat istiadat perkahwinan melayu diamalkan. Jadi, tidak mustahillah jika adat ini
diteruskan lagi oleh generasi kini dan akan datang. Suatu perkahwinan, tidak kira bangsa apa
pun, sememangnya penuh dengan adat istiadatnya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan
adat perkahwinan Melayu yang merupakan suatu upacara yang panjang lebar dan
memerlukan belanja yang besar. Namun begitu, banyak istiadat dianggap sangat rumit dan
sukar diikuti. Pandangan ini membuatkan adat yang tidak mustahak ditinggalkan.
Aspek agama juga merupakan di antara sebab tradisi diamalkan. Adat perkahwinan Melayu
amata berkait rapat dengan agama Islam. Ini dapat dibuktikan apabila orang Melayu dilarang
berkahwin dengan orang bukan Islam kecuali jika orang bukan Islam itu memeluk agama
Islam. Selain itu, bakal pengantin juga perlu menjalani kursus perkahwinan yang berdasarkan
Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) bagi menyemai tanggungjawab bakal pengantin sebagai
seorang suami dan isteri yang soleh.
Cara Diamalkan
:: Persediaan Sebelum Diamalkan ::
Adat Merisik
Sebelum pihak lelaki meminang gadis yang dipilihnya, mereka akan merisik terlebih dahulu
untuk mengetahui sama ada gadis tersebut sudah berpunya ataupun belum.Biasanya orang
tengah akan dijadikan medium bagi mewakili pihak lelaki yang selalunya terdiri daripadakaum keluarga terdekat, jiran tetangga dan kadang-kala digunakan juga khidmat mak andam.
Dengan merisik, pihak lelaki akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang
keluarga, pendidikan, serta pengetahuan gadis tersebut dalam menguruskan rumahtangga.
Hasil daripada perisikan akan disampaikan kepada pihak lelaki.
Adat Meminang
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
6/16
Jika hati sudah berkenan, kedua-dua pihak juga bersetuju, umpama bulan jatuh ke riba. Pihak
lelaki kemudiannya menghantar rombongan untuk meminang si gadis. Terpulang kepada
mereka sama ada ingin menghantar wakil ataupun ibu pengantin lelaki untuk hadir
meminang. Majlis ini adakalanya dihadiri kaum keluarga terdekat sahaja. Bersama
rombongan, di bawa bersama tepak sirih sebagai pembuka adat dan beberapa hantaran untuk
diberikan kepada pihak perempuan. Ada juga yang memberi cincin belah rotan sebagai tanda
janji.
Adat Bertunang
Selepas perbincangan diadakan majlis pertunangan akan diadakan. Pihak lelaki akan diwakili
oleh ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat untuk upacara pertunangan tersebut dirumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung
sebagai bingkasan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-
buahan, kuih muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pengantin
perempuan.
Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin, hantaran untuknya juga akan diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul.
Bilangan hantaran juga agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima, sembilan,
tujuh, sebelas atau tiga belas. Ini kerana jumlah genap dikatakan memberikan implikasi yang
tidak baik.
Jumlah hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran
pihak lelaki. Adat menghantar belanja juga turut diadakan semasa adat pertunangan ini
dijalankan. Namun begitu ada yang menjalankannya secara berasingan daripada adat
pertunangan iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan diadakan.
Upacara itu akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada wakil
pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan
dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara
rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh
pertunangan dan lain-lain hal berkaitan.
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
7/16
Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah
pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak
lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi
kepada pihak perempuan dikira hangus.
Sekiranya pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan
sebanyak dua kali ganda. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin
di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan
menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah
pertunangan tersebut.
Adat Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-
ratanya beragama Islam. Ia bukan satu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan
kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanijian
yang dilakanakan seperti wang belanja, mas perkahwinan dan barangan lain sepertimana
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin
perempuan akan dijalankan oleh tok kadi atau tok imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa
pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun,
dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam,
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari
sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan
baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya
sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan
kompang diadakan.
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran diperiksa oleh
tok kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.
Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar ataupun di atas sebidang tikar
ataupun di atas bantal di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
8/16
pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak
dengan pernikahan itu.
Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan
tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari sudut agama.
Selepas itu tok Kadi atau imam akan melafazkan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan
pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok Imam
menggoncangkan tangannya.
Lafaz nikah berbunyi 'Aku nikahkan dikau dengan....(nama pengantin perempuan) dengan
mas kahwin sebanyak.....(mengikut negeri) tunai' dan disambut oleh pengantin lelaki dengan
lafaz berbunyi 'Aku terima nikahnya...(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi).'
Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak. Sekiranya tidak
jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa
selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua
mempelai telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang.
Si suami akan menarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di
dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu
simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
Adat Berinai
Bagi orang selatan terutamanya Melaka dan Johor, sangat kukuh dengan adat berinai.
Walaupun berada di alaf baru, mereka masih berpegang kuat kepada adat berinai terutamanya
masyarakat kampung. Majlis berinai diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu berinai
curi, berinai kecil dan berinai besar. Berinai curi diadakan tiga malam sebelum persandingan
dan dihadiri oleh saudara-mara serta rakan terdekat sahaja. Pihak lelaki tidak dijemput. Majlis
berinai kecil pula diadakan keesokan harinya. Ketika ini pihak lelaki juga tidak dijemput.
Adat berinai diteruskan lagi dengan majlis berinai besar, satu malam sebelum hari
persandingan. Pada masa ini para jemputan khas seperti penghulu dan tok imam serta saudara
mara si teruna dan si gadis. Bagi memastikan pihak lelaki mengambil bahagian dalam
upacara ini, sengaja diadakan akad nikah sebelum majlis berinai. Untuk adat berinai besar,
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
9/16
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
10/16
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
11/16
terdekat pihak lelaki. Bacaan doa selamat diadakan untuk memohon agar kedua-dua
mempelai sentiasa selamat daripada malapetaka dan kekal bersama hingga ke anak cucu,
Usik mengusik dan gelak ketawa memeriahkan lagi suasana. Biasanya, waktu makan
beradab, pengantin telah makan. Namun, kedua-dua pengantin akan saling melayan atas
panduan mak andam dan pengiring pengantin lelaki. Jika adapun, ia sekadar membuat syarat.
Menu hidangan untuk makan beradab pengantin ialah berbeza dengan hidangan buat para
jemputan. Ia dimasak khas dan digubah cantik bagi membezakan meja makan beradab
dengan meja para jemputan.
Adat Bersiram
Dalam upacara adat bersiram ini, pengantin akan dimandikan secara langsung. Ia diadakan
selepas upacara persandingan dan makan beradab sebagai upacara penamat. Ketika ini,
pengantin akan disiramkan dengan 4 biji air kelapa muda yang telah dijampi serta satu baldi
air yang sudah dibacakan doa selamat. Adat-adat atau bahan yang diperlukan ialah beluru,
mayang kelapa, daun pudina emas dan perak, serta tepung tawar yang dicampurkan dengan
sedikit minyak. Mereka dimandikan oleh mak andam.Upacara dimulakan dengan menyapu
tepung tawar bercampur minyak ke tubuh kedua-dua pengantin. Diikuti pula dengan curahan
air beluru ke atas tubuh mereka. Daun pudina emas dan perak pula dimasukkan dalam satu
bekas berisi air. Campuran ini dijampi dan kemudiannya barulah ia disiramkan ke atas tubuh
pengantin.Setelah air pudina kehabisan, pengantin disiram dengan air biasa. Acara akhir
dalam istiadat ini ialah pelepas, kononnya dapat melepaskan kedua-dua pengantin dari segala
mara bahaya. Dalam istiadat pelepas, benang kasar atau benang mentah iaitu benang yang
digunakan untuk membuat sumbu pelita diperlukan. Adat ini biasanya dilakukan di atas balai
yang dibuat khas ataupun di depan tangga dan di tempat lapang. Upacara ini diakhiri dengan
bacaan doa. Air lebihan pengantin akan disiram kepada orang ramai yang menyaksikan adat
bersiram ini bagi mendapat berkat atau sekadar suka-suka.
:: Upacara Selepas Diamalkan ::
Adat Bertandang
Dalam istiadat bertandang, pengantin lelaki terpaksa menunggu tiga malam di rumah
pengantin perempuan sebelum upacara menjemput. Tetapi, lantaran tuntutan masa dan
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
12/16
tanggungjawab, adat ini dicepatkan.Biasanya, selepas sehari persandingan berlangsung, pihak
lelaki akan menjemput pihak perempuan pergi bersama-sama dengan mereka ke rumah
pengantin lelaki. Kenduri ini dipanggil 'mengambil makan'. Ketika ini, kedua mempelai akan
menjalani aturcara majlis sebagai mana majlis dijalankan di rumah pengantin perempuan.
Walaubagaimanapun, sebelum bertolak ke rumah pengantin lelaki, istiadat menyembah akan
diadakan iaitu kedua mempelai akan menyembah ibu bapa dan kaum keluarga. Rombongan
ke rumah pihak lelaki akan disertai oleh beberapa pengiring sebelah pihak perempuan. Di
rumah pengantin lelaki, pihak perempuan akan ditemani dua orang perempuan separuh umur
yang dipanggil peneman agar pengantin perempuan tidak keseorangan bersama orang yang
belum dikenalinya.
Kesan Daripada Tradisi Yang Dikaji
Antara kesan daripada tradisi perkahwinan Melayu ialah ke atas individu dan keluarga.
Setelah adat perkahwinan dijalankan, pengantin diijabkabulkan. Maka terhubunglah dua
keluarga iaitu keluarga pihak lelaki dan perempuan menjadi satu keluarga yang besar. Namun
begitu, selepas perkahwinan, berkemungkinan besar pengantin akan meninggalkan rumah
serta keluarganya dan berpindah ke rumah baru. Ini terpulang kepada pengantin sama ada
mahu menetap di rumah ibu bapa atau berpindah ke rumah baru. Tetapi, biasanya pengantin
akan berpindah ke rumah baru bagi meringankan beban orang tua mereka.
Dalam adat-istiadat perkahwinan Melayu, adat seperti bersanding, bersiram dan lain-
lain semakin dilupakan oleh generasi kini. Ini berlaku kerana zaman ini menuju ke arah
kemodenan. Selain itu, ramai yang berpendapat adat bertandang dan bersiram hanya
membuang masa mereka setelah banyak mengeluarkan wang yang banyak untuk upacara
tersebut.
Pengajaran
Saya bersyukur kerana telah mengetahui pelbagai adatdan istiadat perkahwinan Melayu
dalam usia yang muda. Ini membolehkan saya mengekalkan tradisi tersebut untuk
pengetahuan generasi yang akan datang. Tradisi ini patut dijadikan teladan kepada
masyarakat kerana daripada adat-adat perkahwinan Melayu ini, tersemai sikap bekerjasama
antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama.
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
13/16
TOKOH
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
14/16
Rajah: 1 ADIBAH AMIN
Biodata & Kejayaan
Untuk bahagian tokoh ini, saya memilih Adibah Amin atau nama sebenarnya Khalidah
Adibah bt Amin, seorang penulis wanita yang terkenal di Malaysia sebagai tokoh. Beliau
dilahirkan di Johor Bahru pada 19 Februari 1936. Wanita yang berumur 66 tahun ini
mendapat pendidikan dalam aliran Melayu, Inggeris dan Arab. Pada tahun 1957, Adibah
telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya, Singapura. Beliau
seterusnya memilih untuk menjadi pensyarah selama beberapa tahun dan menerima Diploma
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
15/16
Pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Setelah menerima diploma tersebut, Adibah
dilantik menjadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan di Jalan Kolam Air.
Adibah Amin telah mula menceburkan diri dalam bidang penulisan novel sejak di bangku
sekolah lagi. Beliau boleh dikatakan seorang yang berbakat besar kerana berupaya
menghasilkan novel 'Puteri Asli' pada umur 13 tahun. Novel ini mendapat sambutan
terutamanya dari kalangan kanak-kanak sekolah. Pada tahun 1949 juga beliau telah
menghasilkan sebuah novel yang berjudul 'Gadis Sipu' diikuti dengan novel 'Bangsawan
Tulen' pada tahun 1950. Kesemua novelnya ini berkisarkan kehidupan gadis kecil yang
menuntut. Setelah menghasilkan ketiga-tiga novel itu, Adibah menghilangkan diri daripada
bidang penulisan novel.
18 tahun kemudian, Adibah muncul semula dengan novel 'Seroja Masih Di Kolam.' Beliau
juga bergiat aktif dalam penghasilan drama radio. Kedua-dua skrip ciptaannya iaitu 'Bukan
Patung Bernyawa' dan 'Padamu Jua' telah mendapat hadiah skrip radio terbaik dalam tahun
1976 dan 1977 berturut-turut.
Adibah banyak menterjemahkan karya kreatif penulis Melayu ke dalam bahasa Inggeris
seperti novel Shahnon Ahmad yang berjudul 'Ranjau Sepanjang Jalan' diterjemahkan olehnya
dengan judul 'No Harvest but A Thorn'. Hasil penterjemahannya disiarkan dalam jurnal
tenggara. Beliau adalah seorang penterjemah yang baik. Kebolehan beliau berbahasa Inggeris
dengan baikdan lancar serta bakat dan pemerhatiannya yang sensitif tentang kehidupan
manusia menjadikan beliau seorang penulis wanita terkenal. Kini, Adibah tidak terlalu aktif
dalam penulisan novel, sebaliknya bergiat aktif dalam penulisan media massa setelah
mendapat pengiktirafan antarabangsa di Bangkok, Thailand pada tahun 1983 dengan
anugerah S.E.A. Write Award.
Iktibar
Kecekalan Adibah Amin dalam menulis novel haruslah diambil iktibar oleh masyarakat jika
meninginkan sesuatu. Pengiktirafan yang diterima beliau merupakan hasil daripada kecekalan
hati beliau setelah berusaha keras. Sikap ini perlu ada pada setiap orang bagi mencapai
matlamat dan cita-cita yang ditentukan oleh setiap individu itu sendiri.
-
8/12/2019 Adat Istiadat Perkahwinan Melayu
16/16
top related