al-quran dan sejarah pemeliharaannya

Post on 28-Nov-2014

2.226 Views

Category:

Spiritual

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

surat cinta dari Dia… ^__^

Al-quran dan sejarah pemeliharaannya.

Maksud Al-Quran?• Kalam Allah yang mu’jiz diturunkan dalam

bahasa arab kepada Muhammad yang tertulis dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir yang diibadatkan bacaannya.

• Kalam Allah yang mu’jiz yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan lafaz dalam bahasa arab dan maknanya dari Allah termaktub dalam mushaf dan dipindahkan secara mutawatir.

Nama Al-Quran?

Al-Furqan - (pembeda benar salah):

(Al-Furqaan:1)

Al-Zikr- (pemberi peringatan):

(Al-Hijr:9)

Asy-Syifa‘ - (ubat/penyembuh):

(Yunus:57)

Al-Huda - (petunjuk):

(Al Jin:13)

Al-Busyra - (khabar gembira):

(An-Nahl:102)

Sejarah turun Al-Quran

• Allah → Luhmahfuz

• Luhmahfuz → langit Dunia (baitul’izzah)

• Langit Dunia → Rasulullah (beransur-ansur selama 22/23 tahun)

Penerimaan wahyu. Cara?

• Malaikat Jibril memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah. Dalam hal ini nabi s.a.w tidak melihat sesuatu pun dan baginda merasa bahawa ia sudah berada dalam kabulnya.

• Malaikat merupakan dirinya sebagai seorang lelaki kepada nabi Muhammad s.a.w yang berkata kepadanya sehingga baginda tahu dan hafal kata-kata itu.

• Wahyu datang kepadanya seperti gemerincinya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh nabi. Kadang-kadang nabi berpeluh walaupun wahyu diturunkan dalam musim sejuk. Kadang-kadang unta baginda terpaksa berhenti dan duduk kerana mereka amat berat bila wahyu itu turun ketika baginda sedang mengendalikan unta.

• Malaikat menampakkan diri kepada nabi sebagaimana rupanya yang asli.

Beransur-ansur. Hikmah?

• Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan.• Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan

peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

• Memudahkan penghafalan.• Menjawab hujah-hujah

golongan musyrikin.

Pemeliharaan Al-Quran. Sejarahnya…

Zaman Nabi• Setiap kali turunnya ayat Al-Quran nabi

menyuruh para sahabat menghafal dan menulisnya di atas batu-bata, kulit-kulit binatang dan pelepah-pelepah tamar.

• Para sahabat dilarang menulis selain daripada Al-Quran semata-mata untuk melihat Al-Quran.

• Para sahabat dianjurkan menghafal dan membaca Al-Quran sebagai bacaan harian.

• Para sahabat yang yang pandai menulis dan membaca dianjurkan menjadikan Al-Quran sebagai bacaan harian.

• Para sahabat yang pandai menulis dan membaca diberi penghargaan oleh Allah dan RasulNya.

• Senarai nama penulis di zaman nabi:#Ali bin Abi Thalib, Uthman bin ‘Affan, Ubai bin Ka’bah, Zaid bin Thabit dan Muawiyah bin Abi Suffian.

• Yang paling banyak menulis adalah Zaid bin Thabit dan Muawiyah bin Abi Suffian.

Zaman Saidina Abu Bakar.

• Bermula setelah memerangi golongan yang murtad dengan mengaku menjadi nabi palsu dan enggan mengeluarkan zakat.

• Ramai para sahabat yang hafaz Al-Quran telah mati syahid di dalam peperangan ini.

• S. Abu Bakar telah memanggil Zaid bin Thabit untuk mengumpulkan Al-Quran.

• Proses pengumpulan Al-Quran dari dada para hafiz bermula dan disusun mengikut urutan dan diikatnya dengan benang.

• Lembaran ini disimpan di rumah Umar al-Khattab.

• Sesudah Saidina Abu Bakar, mushaf ini dipindahkan ke rumah Hafsah.

Saidina Uthman• Berlaku apabila berlakunya pertikaian bacaan Al-

Quran di kalangan umat Islam di mana empayar Islam telah meluas hingga ke Mesir, Iraq, Syria, Parsi, Itali dan Afrika.

• Khalifah membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada Zaid bin Thabit (ketua), Abdullah bin Zubir, Said bin Abbas dan Abdul Rahman bin Haris bin Hisham untuk membukukan Al-Quran berdasarkan kepada bacaan para hafiz Al-Quran dan ditulis mengikut dialek suku Quraisy.

• Al-Quran dibukukan sebanyak lima mashaf. 4 mashaf dihantar ke Mekah, Syria, Basrah dan Kufah dan satu ditinggalkan di Madinah untuk Khalifah Uthman. (Inilah yang dinamakan Mashaf Imam).

Fadhilat membaca Al-Quran…

1. Pemberi syafaat

“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an)

itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”

(Hadis riwayat Muslim) 

2. Dinaungi dengan payung rahmat.

“Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah

(masjid) yang membaca al-Qur’an dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan

Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya.” 

(Hadis riwayat Muslim) 

3. Dikurniakan hatinya dengan cahaya.

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta‘ala (al-Qur’an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya

pula, baginya cahaya di hari qiamat.”

(Hadis riwayat Ahmad)  

4. Memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya.

“Sesiapa yang membaca al-Qur’an dan beramal dengan isi

kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di

hari qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada

cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya),

maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini

(al-Qur’an).”(Hadis riwayat Abu Daud) 

5. Memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. 

“Dikatakan kepada pembaca al-Qur’an: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada

darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya

dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar

akhir ayat yang engkau baca.”(Hadis riwayat Ahmad) 

Adab-adab membaca Al-Quran.

• Hendaklah berwuduk.• Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah• Disunatkan membaca di tempat yang bersih

terutamanya di masjid.• Membaca Al Quran secara baik,

melagukannya serta memperelokkan suara.• Disunatkan bersiwak.• Berdoa selepas membaca al-Quran.• Disunatkan membaca dengan

tartil (perlahan dan terang).

• Disunatkan menghadap ke kiblat• Janganlah diputuskan bacaan kerana

hendak berbicara dengan orang lain. Pembacaan hendaklah diteruskan hingga batas yang telah ditetapkan.

• Membaca Bismillah pada permulaan surah kecuali Surah At Taubah.

• Nadasuara dan perasaan ketika membaca Al-Quran hendaklah mengikut ayat yang dibacanya.

Kesimpulannya…

Kita haruslah menghargai penurunan Al-Quran yang bertindak sebagai panduan bagi kita yang apabila diikuti dan dipatuhi akan memberikan jaminan keharmonian dan kebahgiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. insyaAllah…

Sekian…

top related