alatan bajak utama
Post on 27-Jun-2015
542 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Alatan bajak utama
• Alatan digunakan untuk
memotong dan membalik
tanah yang juga boleh
membenamkan rumpai,
mencampurnya atau dibuang
ke bahagian tepi. Aktiviti ini
lebih keras, lebih dalam dan
menyebabkan permukaan
kawasan jadi kasar. Alatan
yang banyak digunakan ialah
bajak piring (disc plough),
bajak sub-tanah lazim (subsoiler),
rotary tillers dan bajak
pahat.
Bajak pahatmemcahkan sub-tanah, memperbaiki
pengairan, mengudarakan tanah, memcahkan lapisankeras tanah dan memunggah keluar rumpai berakardalam.
Bajak piring berfungsi:
• Untuk membajak di kawasan tanah keras dan
mempunyai halangan seperti akar dan berbatu
yang tidak sesuai untuk bajak sepak. Sesuai di
negara-negara tropika.
BAJAK SEPAK
Digunakan untuk memotong,mengangkat dan membalikkan tanah. Proses
pembajakan tanah menggunakan bajak sepak adalah lebih sempurna jika
dibandingkan dengan bajak piring. Penggunaan bajak sepak sesuai bagi
kawasan bertanah lembut, berpasir, tidak berumpai tebal dan kurang akar
atau batu
BAJAK PUTAR
Bajak putar sesuai bagi kawasan yang masih gembur seperti tapak tanaman
sayuran atau sawah padi. Ia berupaya memotong dan menghancurkan tanah
dengan tindakan putaran matanya. Bekalan kuasa diperoleh daripada aci sadap
kuasa pada traktor digunakan. Bajak putar digunakan untuk menggemburkan
tanah dengan cepat, menggaul sisa tanaman dengan baja di dalam tanah,
mengawal rumpai dan ia jug berupaya membajak di antara batas.
BAJAK SIKAT
Bajak sikat merupakan alat pemugaran sekunder dan terdiri daripada set
piring cekung yang disusun secara berbaris. Ia berupaya memecahkan
tanah yang kasar menjadi lebih halus. Selain memecahkan butiran tanah,
bajak sikat juga boleh digunakan untuk aktivitimengawal rumpai. Bajak sikat
akan memotong rumpai dan menarik keluar akarnya.
Woodchipper
Woodchipper ialah sejenis mesin jentera yang digun akan untuk mengecil atau menghancurkan bahagian kayu seperti batang atau dahan pokok menjadi debu kayu. Model seperti ini selalunya mempunyai kren yang dipasang di belakang trak atau van untuk mudah digerakkan ke mana-mana.
Disc plough
- Digunakan selalunya untuk membajak kawasan yang berakar, berbatu dan tanah keras dengan dalam. Pusingan darjah pada mata boleh diubah mengikut kesesuaian
Penabur benih (seed drill)
Digunakan untuk menabur benih yangberukuran kecil. Sekarang ini seed drilljuga sudah dilengkapi dengan alatanuntuk pembajaan yang dipasangdisebelah kotak biji benih.
Rotary slasher
- Memotong rumpu liar yang tinggi dan semak-samun, tetapi juga boleh memotong rumput turf dengan kemas tanpa merosakkan tanah.
Backhoe loader
- Salah satu daripada peralatan jentera berat yang terdiri daripada traktor yang dipasang dengan penggali di hadapan dan penggali kecil di belakang. Disebabkan saiznya yang kecil, jentera ini kerap digunakan di kawasan bandar dan kawasan pembinaan.
top related