alatan menukul
Post on 25-Jun-2015
366 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ALATAN MENUKUL
Jenis-Jenis Alat MenukulTukul Kuku Kambing / Tukul Besi Berkuku
Tukul Besi WarringtonTukul Besi Kepala atau Bonggol Bulat
GandinPembenam Paku
Jenis-Jenis Alat Menukul1.Tukul Kuku Kambing / Tukul Besi Berkuku
2.Tukul Besi Warrington3.Tukul Besi Kepala atau Bonggol Bulat
4.Gandin5.Pembenam Paku
FUNGSI ALATAN
Tukul Kuku Kambing• Mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu atau besi dan
bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah.• Saiznya ditentukan mengikut berat kepala yang biasanya adalah
antara 260 gram hingga 1.2 kg.• Saiz lazim antara .5 kg hingga 0.6 kg.• Digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku
Tukul Besi Warrington
• Mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.• Bongkol berbentuk baji ini dapat digunakan untuk mengetuk paku
halus yang dipegang di celah jari.• Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya. Saiznya
ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya ialah 0.4 kg adalah merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja-kerja am.
• Bongkol ini berfungsi untuk menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke tempatnya semasa di gam dan bahagian untuk mengetuk paku pada bahagian tepi perabot yang sempit.
Gandin
• Digunakan untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.
• Kepala gandin berbentuk kayu silinder atau segi empat.• Gandin diperbuat daripada kayu keras.
Pembenam Paku
• Digunakan untuk mengetuk / membenam paku pada permukaan.• Caranya ialah dengan meletakkan mata pembenam paku pada kepala
paku dan benamlah sehingga tidak meninggalkan kesan.
CARA PENGGUNAAN ALATAN MENUKUL• Download video
ALAT MEMUTAR
Jenis-Jenis Alat Memutar• Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip• Gerudi Tangan, Gerudi Engkol, Gerudi Elektrik• Senggerek
FUNGSI ALATAN
Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip• Digunakan untuk memasang / menanggalkan skru.• Matanya diperbuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung sama
ada kepala / Philip.• Panjang mata ialah antara 75 mm-30 mm.• Pemegangnya pula diperbuat daripada kayu / plastik
Gerudi
• Terdiri dariapda gerudi tangan, gerudi engkol serta gerudi elektrik.• Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan skru. • Terdapat beberapa jenis mata gerudi iaitu :Mata tengahMata terlarasMata pakuMata pulasMata FroesterMata pelubang benam
Gerudi Tangan
• Digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter kurang daripada 8 mm.
• Bahagian utama gerudi ini ialah hulu pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang.
• Gerudi tangan ini digunakan bersama mata gerudi pintal.• Saiz mata gerudi pintal ialah .4 mm - 12.5 mm.• Ia boleh membuat lubang pada kayu dan logam.• Semasa menggerudi, mata gerudi hendaklah diletakkan minyak
supaya ia tidak haus
Gerudi Engkol
• Digunakan untuk menebuk lubang pada kayu.• Saiznya ditentukan oleh ayunan pemegangnya.• Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol,
gear sehala, bindu, dan rahang.• Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit.• Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan saiz
mata gerudi pintal.• Gerudi engkol tidak boleh digunakan untuk membuat lubang logam.
Gerudi Elektrik
• Memudahkan kerja-kerja membuat lubang atau pemasangan skru.• Mempunyai 2 kaedah iaitu menggerudi secara menegak atau
mendatar.
• Bahagian dan Fungsi Gerudi• Penutup• Melindungi tali sawat dan takal.• Suis• Menghidupkan dan mematikan motor.• Bindu• Memutar mata gerudi.• Mata gerudi• Membuat lubang pada kayu dan logam.• Tuas pemasuk• Menurunkan dan menaikkan bindu.• Motor• Untuk memutar bindu.• Ragum gerudi• Memegang objek ketika menggerudi.
Senggerek
• Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu.• Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke
kiri sambil menekan.
top related