analisis bezaan dan kesilapan
Post on 07-Apr-2018
291 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
1/13
Analisis Bezaan dan Kesilapan Dua Dialek Melayu Dalam Aspek
Semantik (Dialek Negeri Sembilan dan Dialek Sarawak)
Oleh: Ramli Osman (GS 26595)
Pensyarah : PM Dr Zaitul Azma Zainon Hamzah
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
2/13
Sudah menjadi kelaziman,apabila disebut dialek atau loghat fikiran akan terarah kepada
pertuturan yang diucapkan oleh masyarakat penutur dari beberapa buah negeri.Sebagai contoh
dialek Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perak.Dialek ialah istilah teknikal dalam bidang ilmulinguistik, manakala loghat ialah kosa kata umum.Bagi masyarakat umum, loghat ialah dialek,
iaitu sifat sebutan yang istimewa yang dikaitkan dengan ragam bahasa.
Dialek wujud dalam semua bahasa.Hal ini kerana semua bahasa itu wujud daripada
beberapa dialek.Dialek ialah fitrah bahasa.(Teo Kok Seong) Bahasa Melayu standard yang
wujud di negara kita ini adalah diambil daripada dialek Johor-Riau. Selain sebagai ragam
bahasa, dialek melambangkan keunikan sesuatu kelompok yang menuturkannya sebagai bahasa
ibunda. Hal ini kerana keunikan bahasa merangkumi budaya dan cara hidup yang diamalkanoleh kelompok yang menuturkannya.
Analisis yang dibuat dalam kajian ini adalah untuk menunjukkan persamaan dan
perbezaan yang terdapat dalam dialek-dialek yang dipilih iaitu dialek Melayu Negeri Sembilan
dan dialek Melayu Sarawak.Kata-kata yang dipilih daripada kedua-dua dialek tersebut akan
diberi makna dalam bahasa Melayu baku.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan teori Semantik Kontekstual yang
dipelopori oleh John Rupert Firth dalam bukunya yang terkenal iaitu The Tongue of Man and
Speech (1984). Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapatdalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir makna akan dikaitkan dengan budaya
masyarakat pengguna bahasa itu sendiri .
Rumusan daripada kajian ini adalah diharapkan masyarakat dapat membudayakan
penggunaan dialek dan bahasa serumpun agar usaha untuk memperkaya kosa kata bahasa
Melayu di samping usaha untuk memelihara dan memulihara bahasa sebagai warisan yang
ternilai. Selain itu usaha untuk memasyarakatkan dialek sebagai khazanah yang diwarisi
seharusnya bermula dari dalam diri kita sebagai pewarisnya. Berbanggalah kita sebagai penuturdialek bahasa Melayu.
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
3/13
Pengertian Dialek
Menurut Chambers dan Trudgill dalam buku mereka, Dialectology, dialek ialah
cabang kecil sesuatu bahasa. Semua penutur bahasa adalah juga penutur bagisekurang-kurangnya satu dialek.
Kepelbagaian dan bahasa yang wujud di dunia sudah tentu mempunyai kelainanatau perbezaanbunyi, leksikal ataupun makna (semantik)
Dialek wujud disebabkan oleh faktor geografi - keadaan muka bumi seperti lautan,sungai, gunung-ganang, hutan belentara, gurun dan sebagainya yang menyebabkanpenempatan manusia terpisah-pisah.
Pengertian Semantik
Berhubung rapat dengan kajian tentang makna-berasal daripada bahasa Yunanisema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud menunjukkan, bererti,atau bermakna.
Istilah semantik mula diperkenalkan oleh M. Breal (1883) dalam bukunya
Semantics : Studies in the Science of Meaning. Secara umum,semantik mengkaji sesuatu bahasa pada peringkat perkataan dan
peringkat ayat ,kerana perkataan dan ayat bukan sahaja mempunyai makna, tetapimakna tersebut berkait dengan makna perkataan dan ayat yanglain.(Kempson,1991:4).
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
4/13
memetik kata-kata oleh Prof.Dr. Teo Kok Seong
Dalam dialek terangkum sejarah sosial,budaya
dan sistem nilai sesuatu masyarakat.
Kajian ini juga akan dapat menunjukkan kelainan-kelainan yang terdapat dalam semantik sesuatu
dialek berdasarkan perbezaan faktor geografinya.
Melalui kajian ini dapat dilihat sejauh mana
perbezaan dan persamaan daripada aspek semantikterhadap dialek-dialek yang dikaji.
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
5/13
Masyarakat masih beranggapan dialek itu sebagai
satu bentuk bahasa yang substandard,berstatus
rendah dan bersifat kedesaan.
Dialek dianggap sebagai satu bentuk yangmenyimpang daripada bentuk yang dianggap
normal.
Kelainan bahasa yang disebabkan pelbagai faktor
dianggap pelik sehingga ada yang malu untukmenggunakannya di luar lingkungan penuturnya.
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
6/13
Mengetahui persamaan dan perbezaan
yang terdapat dalam dialek-dialek yang dikaji.
Mengenal pasti faktor-faktor yang membawa
kepada perubahan dalam aspek semantik
dialek-dialek yang dikaji.
Mencari jalan untuk mengatasi masalah
ketidakfahaman dan kekeliruan yang timbulakibat perubahan makna dalam perkataan yang
dikaji dalam sesuatu dialek.
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
7/13
Model penerangan mudah
Kajian ini juga dibuat dengan kaedah kepustakaan.Pengkajimerujuk buku-buku berkaitan kajian dialek dan kajiansemantik.Selain itu pengkaji juga menggunakan internet sebagaiwahana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Perbualan dengan penutur dialek yang dikaji.
. Teori Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Teori SemantikKontekstual oleh John Rupert Firth dalam bukunya yang terkenalThe Tongue of Man and Speech (1984) .Teori ini sangat
bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapatdalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsiran makna akandikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri.Firth menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatansesuatu masyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaandan diterima oleh masyarakat tersebut.
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
8/13
Data yang diperoleh daripada sumber-sumber
bacaan dan maklumat daripada penutur dialek
Negeri Sembilan dan dialek Sarawak telah
diasingkan kepada tiga kategori iaitu kata kerja,kata adjektif dan kata nama.
Pembahagian yang dibuat dapat memperlihatkan
persamaan dan perbezaan di antara dialek yang
dikaji.
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
9/13
DNS Makna dalam BMB DS Makna dalam BMB
baeh/locut baling ngajak mengajak
balun pukul mutus memutuskan
cemat sebat nyoba mencuba
ginco gaul Meli membeli
menebeng duduk tanpa tujuan nyiser menyiser
menghonggang mencungap/penat meleok meliuk
menyeleme mencari sesuatu ngusok menggosok
gaha gosok gusok gosok
nonggok duduk ngusuk menggosok
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
10/13
DNS Makna BMB D.Sarawak Makna BMB
banap bodoh paloy bodoh
dengkek cetek pande pandai
dompot pendek lelah lelah
gahai sudah reput indah cantik
hokap tamak lawa Cantik/bergaya/indahpelaso pemalas alus halus
senereh baik/betul kacak Segak/tampan
tonggong besar gago sibuk
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
11/13
DNS Makna BMB D.Sarawak Makna BMB
bonda anak sungai gerek kekasih
gantam kongsi kamek saya
pengolan galah kitak awak
toboh arah tempat di sinun di sana
kobaw kerbau di sitok di sini
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
12/13
Faktor geografi yang memisahkan penutur-penutur yang pada asalnya menuturkan bahasayang sama telah terbukti mewujudkan dialek-dialek atau subdialek yang tersendiri.
Terdapat kosa kata yang mempunyai makna yang sama walaupun daripada aspek fonologinyaagak berbeza.Contohnya kata banap dalam DNS dan paloy dalam DS bermaksud bodoh dalamBMB.
Terdapat juga kosa kata yang mempunyai makna yang sangat berbeza dengan BMB.Contohnya kata bonda bermasud anak sungai dalam DNS sedangkan dalam BMB bermaksudibu atau emak. Dalam DS terdapat kata gerek yang bermaksud kekasih sedangkan dalam
dialek utara bermaksud basikal. Dalam dialek Sarawak terdapat keunikannya sendiri. Kata lawa dalam BMB bermaksud
cantik, indah dan bergaya sedangkan dalam DS mempunyai maksud sombong,bongkak dantakbur. Kata kacak yang bermaksud segak dan tampan dalam BMB mempunyai makna yangmerujuk kepada setiap perkara yang melambangkan kecantikan dan keindahan sama adamerujuk kepada lelaki atau pun perempuan. Jelas kata kacak tidak membezakan gender.
Kelainan dan keunikan itu menjadikan komunikasi dalam kalangan masyarakat di negara kitaamat unik. Dapatan kajian ini dapat membuktikan pengaruh budaya sesuatu masyarakat
terhadap bahasa yang mereka tuturkan setiap hari.Hal ini bersesuaian dengan kesimpulan yangdibuat oleh Firth bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatu masyarakat yang dipengaruhioleh keperihalan keadaan dan diterima oleh masyarakat tersebut. Oleh yang demikian kitaperlulah berbangga dengan kepelbagaian dialek yang ada di negara kita.
-
8/4/2019 Analisis Bezaan Dan Kesilapan
13/13
Asmah Haji Omar,(1985).Susur Galur Bahasa
Melayu(Edisi Kedua), Kuala Lumpur :Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asmah Haji Omar,(1995).Rekonsruksi Fonologi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar, (2005).Alam dan Penyebaran
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn,Hashim Haji
Musa,(1991). Tatabahasa Dewan Jilid2:Perkataan,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
top related