aplikasi kerja amali elemen ekonomi rumah tangga dalam ... · dalam melakukan kerja-kerja rumah...
Post on 06-Mar-2019
248 Views
Preview:
TRANSCRIPT
APLIKASI KERJA AMALI ELEMEN EKONOMI RUMAH TANGGA
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DIKALANGAN PELAJAR LELAKI
TINGKATAN EMPAT DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DALAM DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN
SAIPULBAHRI BIN SAARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA
BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS
JJJUUUDDDUUULLL ::: APLIKASI KERJA AMALI ELEMEN EKONOMI RUMAH TANGGA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DIKALANGAN PELAJAR LELAKI TINGKATAN EMPAT DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN
SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2007/2008
Saya SAIPULBAHRI BIN SAARI
mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (√)
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
_________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:PT 8619,KAMPUNG KELEWEK, DR.YUSOF BIN BOON JALAN BECHAH LAUT, Nama Penyelia17500 TANAH MERAH,KELANTAN.
Tarikh:__________________ Tarikh :______________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa0organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) dari Universiti Teknologi Malaysia”
Tandatangan : ...........................................................
Nama Penyelia : Dr.Yusof bin Boon
Tarikh : .................................
APLIKASI KERJA AMALI ELEMEN EKONOMI RUMAH TANGGA
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DIKALANGAN PELAJAR LELAKI
TINGKATAN EMPAT DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DALAM DAERAH TANAH MERAH, KELANTAN
SAIPULBAHRI BIN SAARI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ...........................................................
Nama Penulis : Saipulbahri bin Saari
Tarikh : .................................
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji atas
limpah kurniaan Allah s.w.t Tuhan Semesta Alam, Selawat dan Salam ke atas
junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w
TERISTIMEWA BUAT
Ma dan Abah Tersayang
Siti Hawa binti Mamat & Saari bin Mat Said
Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat yang diberikan selama ini
semoga doa dan restu kalian menjadi pendorong buat anakmu meneruskan
perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia dan diakhirat insyaAllah…...
Isteri Tercinta
Noraini binti Abdullah
Yang terlalu memahami dan banyak berkorban. Pengorbananmu dan keikhlasanmu
tidak mampu diungkapkan,semoga Allah s.w.t membalas segalanya .
Terima kasih sayang….
Puteri Permata Hatiku
Iman Nur Batrisyia binti Saipulbahri
Setiap pengalaman yang yang dilalui tanpa papa akan menjadi kenangan dan
pengajaran buatmu dimasa hadapan. Jadikanya inspirasi untuk berjaya...
Buat rakan seperjuangan Rosli, Ibrahim, Ikram, Wan Kamal, Nazmizi, Rizal, Tuan
Suhaimi, Risdi, Nazaruddin, Zawawi dan semuanya teruskan usaha kalian dalam
mengejar cita-cita.
Pembimbing, pensyarah, dan sesiapa yang terlibat,
Terima kasih di atas segala bantuan, sokongan, moral dan khidmat nasihat,
Doa ku semoga kita semua dicucuri rahmat Ilahi dan sentiasa
mendapat keredhaan-Nya dan kejayaan ini adalah milik kita bersama… …
Terima kasih atas segala-galanya
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada Baginda Rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana
memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.
Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak
memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah penyelia,
Dr. Yusof Bin Boon atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak guru-guru sekolah
yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak
langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat mak, ayah, isteri, dan adik-adik yang tersayang, segala doa
restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah
SWT dan dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTARK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah pelajar-pelajar lelaki SMK
Tanah Merah 1 dan SMK Ipoh, Tanah Merah Kelantan mengaplikasikan elemen
ERT dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian berbentuk diskriptif
dijalankan ke atas 80 orang pelajar sekolah terbabit. Satu set soal selidik digunakan
sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan
maklumbalas. Analisis data diproses menggunakan perisian Statiscal Package for
The Social Sciences versi 14.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus
dan min. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pendapat pelajar, dorongan
ibu bapa, minat dan amalan langkah-langkah keselamatan tentang pengaplikasian
elemen ERT dalam kehidupan harian di kalangan pelajar lelaki. Hasil kajian juga
mendapati pelajar berpendapat mereka memperoleh ilmu pengetahuan apabila
mengaplikasikan elemen ERT di rumah. Ibu bapa juga merupakan pendorong mereka
dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit, memasak dan mengemas
rumah. Pelajar juga berminat untuk mengaplikasikan elemen ERT pada tahap yang
sederhana. Pelajar mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa mereka
mengaplikasikan elemen ERT di rumah. Antara cadangan yang dikemukakan ialah
pelajar perlu diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka, pihak sekolah
boleh mengadakan pertandingan seperti pertandingan memasak, menjahit,
mengemas, dan lain-lain untuk meningkatkan minat serta menggalakkan pelajar
lelaki mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi, guru perlu melaksanakan satu
proses pengajaran pembelajaran yang lebih menarik supaya dapat menarik minat
pelajar untuk mengaplikasikan elemen ERT dan ibu bapa perlu memberi dorongan
kepada anak lelaki mereka untuk mengaplikasikan elemen ERT di rumah.
vi
ABSTRACT
This study purpose to identify whether SMK Tanah Merah's 1 and SMK Ipoh,
Tanah Merah, Kelantan male students apply ERT element in subject Kemahiran
Hidup Bersepadu. Descriptive shaped study carried out up 80 school student
involves. A set of questionnaires use as the instrument study and was discribute to
the respondent to get respond. Analysis of data processed use the software Statiscal
Package for The Social Sciences version 14.0 (SPSS) to get frequency value, percent
and mean. Objective of this study is to identify student’s opinion, parent’s impetus,
security measures interest and practice of application ERT element in daily life
among male students. Outcome of the study also found students thinks design
acquire knowledge when apply ERT element at home. Parents also are motivator
design deep doing home jobs as sewing, cooking and tidy up house. Students also
interested to apply ERT element at the level that the moderate. Students practise
measures current security design apply ERT element at home. Among the proposals
proposed is student must give the opportunity to show their ability, school side can
make competition as competition cooking, sewing, tidy up, and others to increase
interest as well as encourage male student apply skill acquired, teacher must
implement an interesting teaching and learning process to attract student interest to
apply ERT element and parents should to gave impetus their son to apply ERT
element at home.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
viii
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.7.1 Tempat Kajian 8
1.7.2 Sampel Kajian 9
1.7.3 Aspek Kajian 9
1.7.4 Bilangan Sampel Kajian 9
1.7.5 Instrumen Kajian 10
1.8 Definasi Istilah 10
1.8.1 Aplikasi 10
1.8.2 Kerja Amali 10
1.8.3 Elemen 11
1.8.4 Ekonomi Rumah Tangga 11
1.8.5 Mata Pelajaran KHB 12
1.8.6 Kehidupan Seharian 12
1.8.7 Pelajar Lelaki 12
1.8.8 Persepsi 13
1.9 Kesimpulan 13
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Latar belakang Mata Pelajaran KHB 14
2.3 Elemen Ekonomi Rumah Tangga 16
2.3.1 Elemen ERT KHB Tingkatan Satu 16
2.3.2 Elemen ERT KHB Tingkatan Dua 17
2.3.3 Elemen ERT KHB Tingkatan Tiga 18
2.4 Kerja Amali Yang dilakukan Pelajar Di Sekolah 18
ix
2.5 Aplikasi Elemen ERT Di Rumah 20
2.6 Minat Terhadap Pengaplikasian Elemen ERT 20
2.7 Kajian Lepas 23
2.8 Kesimpulan 28
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 29
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Sampel dan Populasi Kajian 30
3.4 Tempat Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Prosedur Kajian 33
3.7 Kaedah Analisis Data 33
3.8 Analisis Data 35
3.9 Kajian Rintis 36
3.10 Kesimpulan 37
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BABA 4 ANALISIS DATA 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Latar Belakang Responden 39
4.2.1 Bangsa 39
4.2.2 Agama 40
4.2.3 Tempat Tinggal Responden 40
x
4.2.4 Keputusan Mata Pelajaran KHB Dalam
PMR 41
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 42
4.3.1 Persoalan Kajian 1 42
4.3.2 Persoalan Kajian 2 44
4.3.3 Persoalan Kajian 3 46
4.3.4 Persoalan Kajian 4 48
4.4 Penutup 50
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 52
5.1 Pengenalan 52
5.2 Rumusan 52
5.3 Perbincangan 54
5.3.1 Persoalan Kajian 1 54
5.3.2 Persoalan Kajian 2 56
5.3.3 Persoalan Kajian 3 57
5.3.4 Persoalan Kajian 4 58
5.4 Cadangan 59
5.4.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 60
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 60
5.5 Penutup 61
RUJUKAN 63
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek
Kajian 32
3.2 Maklum Balas Responden Mengikut Skala Likert 32
3.3 Tahap Skor Min 34
3.4 Pemeringkatan Skala Lima Mata Kepada Skala
Tiga Mata 34
3.5 Hasil Keputusan Kajian Rintis Mengikut Persoalan
Kajian 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 39
4.2 Taburan Responden Mengikut Agama 40
4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 41
4.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam PMR 42
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengaplikasian
Elemen Ekonomi Rumah Tangga Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu Yang Dipelajari
Di Dalam Kehidupan Seharian 44
4.6 Taburan Responden Mengikut Minat Untuk
Melakukan Kerja-Kerja Rumah 45
4.7 Taburan Responden Dorongan Atau Suruhan
Ibu bapa Pelajar Untuk Melakukan Kerja-Kerja Rumah 47
4.8 Taburan Responden Mengikut Amalan Keselamatan
Semasa Melakukan Kerja-Kerja Rumah 49
4.9 Analisis Persoalan Kajian 50
xii
SENARAI SINGKATAN
BPPP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan
KT - Kemahiran Teknikal
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PMR - Penilaian Menengah Rendah
RMK-9 - Rancangan Malaysia ke-9
S - Setuju
SARS - Sindrom Wabak Pernafasan Yang Teruk
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKI - Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh
SMK SETA - Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun
Aminah
SMKTM1 - Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Satu
SPSS - Statiscal Package For The Social Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
SS - Sangat Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Akuan Pelajar Dari Universiti Teknologi Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Jabatan Pelajaran Kelantan
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari BPPP
E Surat Pengesahan Kehadiran
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Negara kita sudah menetapkan untuk mencapai wawasan 2020 iaitu menjadi
negara maju berdasarkan acuan sendiri menjelang tahun berkenaan. Kita sudah pun
mengharungi fasa 16 tahun yang pertama wawasan 2020 sejak ia dilancarkan pada
tahun 1991. Pelbagai rintangan telah pun kita harungi, krisis mata wang, wabak
Sindrom Wabak Pernafasan Yang Teruk (SARS), selsema burung, dan Tsunami.
Kini tinggal 14 tahun lagi sebelum 2020. Ianya memerlukan sesuatu yang mantap
dan proaktif dari seluruh rakyat Malaysia bagi mencapai cita-cita tersebut.
Menyedari hakikat yang perlu dihadapi, kerajaan telah memperkenalkan Misi
Nasional menerusi Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) yang dilancarkan pada 31
Mac 2006. Antara lain yang digariskan dalam Misi Nasional ialah pembangunan
modal insan sebagai salah satu daripada lima teras utamanya. Pembangunan modal
insan juga di tekankan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010. (Majalah Pendidik, keluaran Mei 2007)
Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya yang
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Kepakaran dan
kemahiran yang bernilai akan membawa negara ke mercu kejayaan, setaraf dengan
2
negara maju yang lain. Justeru untuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang tertentu
memerlukan sistem pendidikan yang mantap. Sehubungan itu, kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan mata pelajaran yang bercorak Aneka
Jurusan pada tahun 1964 dengan 4 mata pelajaran elektif, Seni Perusahaan, Sains
Rumah Tangga, Perdagangan, dan Sains Pertanian. Tujuan mengadakan mata
pelajaran elektif ini adalah untuk memberikan pendidikan yang bercorak pra-
vokasional mengikut kecenderungan, bakat dan minat pelajar agar pendidikan di
peringkat sekolah menengah menjadi lebih komprehensif. Walau bagaimana pun
terdapat kelemahan pada mata pelajaran tersebut terutamanya dalam aspek
pelaksanaan. Kenyataan tersebut dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979).
Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang bersidang
pada 29 September 1988, telah memutuskan bahawa mata pelajaran Kemahiran
Hidup hendaklah dilaksanakan di semua sekolah menengah rendah pada tahun 1989
bagi menggantikan keempat-empat mata pelajaran aneka jurusan tersebut.Pada tahun
1989, mata pelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan telah diperkenalkan di
semua sekolah menengah rendah bagi menggantikan program aneka jurusan, akan
tetapi program ini hanya dilaksanakan dua tahun sahaja. Pada 1991, program
tersebut telah digantikan pula dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(KHB) sehingga sekarang. Walau bagaimana pun banyak perubahan telah dibuat
bagi memantapkan lagi pelaksanaan mata pelajaran tersebut.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan kepada pelajar-
pelajar sekolah adalah bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas
bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan seharian secara produktif
dalam dunia tekonologi. ( Pusat Perkembangan Kurikulum,1989 ). Jika dilihat
kepada matlamat mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu, ianya begitu mudah
untuk meneruskan misi dalam pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang.
Yahya (1993), mengatakan, pengalaman yang diperolehi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu akan memberi peluang
kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dengan menggunakan pengentahuan
3
dan kemahiran mata pelajaran ini dalam urusan kehidupan seharian mereka.
Pengalaman ini juga memberi pelajar peluang bagi mendapatkan peluang bagi
mendapatkan kemahiran belajar untuk meningkatkan daya pemikiran dan kemahiran
manipulatif, perdagangan dan keusahawanan, kekeluargaan dan bahagian elektif
amat penting bagi membolehkan pelajar mengurus diri, tempat kediaman dan
komuniti secara berkesan.
Mengaplikasikan elemen Ekonimi Rumah Tangga Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu dalam kehidupan seharian diharap sedikit sebanyak dapat
membantu usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang serta dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan juga
keharmonian masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Mata pelajaran
Kemahiran Hidup di laksanakan di sekolah bertujuan untuk memperkembangkan lagi
kemahiran manipulatif dikalangan pelajar dalam proses pembangunan modal insan
yang lebih mantap. Kajian yang telah dijalankan oleh pelajar universiti mengenai
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) didapati bahawa pelajar-pelajar
yang mengikuti mata pelajaran ini telah menunjukkan minat kecenderungan yang
agak tinggi terhadap mata pelajaran tersebut (Sharifah Nor, 1990). Sebagai satu
rumusan awal daripada berbagai fenomena yang berkaitan dengan pelaksanaan mata
4
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) ini pelajar-pelajar akan memperolehi
berbagai kemahiran asas melalui kerja-kerja amali yang mereka lakukan di sekolah.
Di samping itu juga mereka akan mendapat ilmu pengentahuan secara teori dan
berkeupayaan mengapliksikan ilmu pengentahuan dan kemahiran amali dalam
kehidupan seharian mereka di rumah (Widad dan Syed Hadzir, (1996).
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran
amali yang berunsur teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan
Satu hingga Tingkatan Tiga. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk
mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui
penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran
Kemahiran Hidup digubal ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran dan
mempunyai kemahiran dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama
sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu (KHB) terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan
bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka
Bentuk dan Teknologi yang wajib diambil oleh pelajar. Bahagian pilihan pula
terdapat empat pilihan iaitu Pilihan Satu - Kemahiran Teknikal, Pilihan Dua -
Ekonomi Rumah Tangga, Pilihan Tiga - Pertanian dan Pilihan Empat - Perdagangan
dan Keusahawanan. (Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002).
Di dalam bahagian teras pelajar-pelajar tingkatan satu, dua, dan tiga akan diajar
pelbagai kemahiran termasuklah elemen Ekonomi Rumah Tangga. Ekonomi Rumah
Tangga adalah satu bidang yang menumpukan hal-hal yang berkaitan dengan
keselesaan dan kesejahteraan keluarga. Mata pelajaran ini mengembangkan
kemahiran dan penggunaan sumber bagi meningkatkan kualiti hidup individu,
keluarga dan komuniti menerusi penerokaan makanan, pakaian, tempat kediaman,
keluarga dan hidup berkominiti. Mata pelajaran ini boleh diikuti oleh pelajar
perempuan dan pelajar lelaki yang berminat. Mata pelajaran ini meliputi aspek-
aspek berikut :
Makanan dan Pemakanan :
i. Peranan pemakanan
ii. Makanan dan budaya
iii. Makanan dan Teknologi Pakaian
5
iv. Peranan Pakaian
v. Pakaian dan budaya
vi. Pakaian dan Teknologi Keluarga dan Tempat Kediaman:
vii. Kekeluargaan
viii. Tempat kediaman
Mata pelajaran ini boleh dikaitkan dengan beberapa disiplin sains, sains
sosial, ekonomi, perdagangan dan lain-lain. Mata pelajaran ini juga boleh membuka
peluang kerjaya di bidang yang berkaitan dengan Ekonomi Rumah Tangga.
Jika dilihat kepada sukatan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di
atas, banyak kemahiran asas yang akan dipelajari oleh pelajar. Tidak ketinggalan
juga elemen Ekonomi Rumah Tangga seperti menjahit, memasak dan juga
pengurusan tempat kediaman. Elemen Ekonomi Rumah Tangga adalah merupakan
aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar di sekolah dan juga dalam kehidupan
seharian mereka. Walau bagaimana pun terdapat juga pelajar lelaki yang kurang
mengaplikasikan kerja amali elemen ekonomi rumah tangga yang dipelajari
disebabkan mereka beranggapan bahawa tugas ini hanya sesuai untuk pelajar
perempuan sahaja. Menurut Shertzer dan Stone (1971), pelajar lelaki lebih berminat
kepada aktiviti-aktiviti yang berbentuk fizikal, mekanikal dan hal-hal lain yang
berkaitan dengan sains, politik dan perniagaan, disamping itu pelajar perempuan pula
meminati kesenian, kesusasteraan, pengkeranian dan bidang personal sosial seperti
pengurusan. Pendapat ini memang ada kebenaranya kerana kebanyakan pelajar-
pelajar lelaki lebih berminat kepada kerja-kerja yang kasar seperti bertukang,
membaiki motosikal, bersukan dan lain-lain lagi. Semasa mereka berada di rumah,
ibu bapa mereka jarang menyuruh mereka menjahit sendiri seluar atau baju yang
terkoyak, membasuh kasut sendiri dan juga membancuh air sendiri. Ibu bapa lebih
suka menyuruh mereka memotong rumput di halaman rumah, mencuci longkang,
mengangkat benda berat dan sebagainya. Kerja-kerja rumah seperti memasak,
menjahit dan mengemas rumah hanya dikhaskan kepada anak-anak perempuan
sahaja. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar lelaki kurang berminat untuk melakukan
kerja-kerja tersebut kerana pada mereka ianya sesuai kepada kaum wanita dan
mereka akan ditertawakan oleh rakan-rakan mereka, bahkan ada yang menggelarkan
mereka lembut dan sebagainya jika mereka melakukan kerja-kerja tersebut.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pengaplikasian kerja amali elemen
Ekonomi Rumah Tangga Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dikalangan
pelajar-pelajar lelaki tingkatan Empat dalam kehidupan seharian mereka. Aspek
yang ingin dikaji ialah tahap pengaplikasian pelajar dalam melakukan kerja-kerja
rumah seperti menjahit, memasak dan juga mengemas rumah. Selain itu juga, kajian
ini dijalankan untuk mengkaji tahap dorongan ibu bapa kepada pelajar untuk
melakukan kerja-kerja tersebut. Kajian ini juga bertujuan mengkaji tahap
pengamalan langkah-langkah keselamatan yang dipelajari ketika kerja amali di
sekolah semasa mereka melakukan kerja-kerja rumah. Seterusnya tujuan kajian ini
dijalankan untuk mengkaji tahap minat pelajar-pelajar untuk melakukan kerja-kerja
rumah seperti menjahit, memasak dan juga mengemas rumah.
1.4 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik mengemukakan persoalan kajian seperti
berikut:-
i. Apakah tahap pengaplikasian elemen Ekonomi Rumah Tangga Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang dipelajari oleh pelajar dalam
kehidupan seharian?
ii. Apakah tahap minat pelajar untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti
menjahit, memasak dan juga mengemas rumah?
iii. Apakah tahap dorongan ibu bapa kepada pelajar untuk melakukan kerja-kerja
rumah seperti menjahit, memasak serta mengemas rumah ?
7
iv. Apakah tahap pengamalan langkah-langkah keselamatan semasa pelajar
melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit, memasak serta mengemas
rumah?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti tahap pengaplikasian elemen Ekonomi Rumah Tangga Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang dipelajari di tingkatan satu, dua
dan tiga di dalam kehidupan seharian dikalangan pelajar.
ii. Mengenalpasti tahap dorongan ibu bapa kepada pelajar untuk melakukan
kerja-kerja rumah seperti menjahit, memasak serta mengemas rumah.
iii. Mengenalpasti tahap pengamalan langkah-langkah keselamatan oleh pelajar
semasa mereka melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit, memasak dan
mengemas rumah.
iv. Mengenalpasti tahap minat pelajar lelaki terhadap elemen Ekonomi Rumah
Tangga Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu, dua, dan
tiga.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting untuk mengentahui sejauh manakah elemen Ekonomi
Rumah Tangga Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan 1, 2, dan 3
8
diaplikasikan oleh pelajar-pelajar lelaki dalam kehidupan seharian mereka. Hasil
kajian ini diharapkan dapat:
i. Membantu pihak-pihak yang berkenaan khususnya warga pendidik dalam
meningkatkan ilmu pengentahuan mereka dalam bidang elemen Ekonomi
Rumah Tangga supaya lebih berkesan lagi untuk generasi akan datang.
ii. Menimbulkan minat pelajar lelaki dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga
supaya dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan lebih berfaedah lagi.
iii. Memberi kesedaran kepada pelajar lelaki supaya dapat memainkan peranan
yang sewajarnya agar dapat membantu menigkatkan ekonomi keluarga
mereka.
iv. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya dorongan mereka
dalam memastikan pelajar dapat mengaplikasikan elemen Ekonomi Rumah
Tangga dalam kehidupan seharian anak-anak mereka.
1.7 Batasan Kajian
Walaupun skop dan bidang kajian ini agak luas dan menyeluruh, kajian ini
dijalankan mengikut batasan-batasan tertentu berdasarkan kepada tempat kajian,
sampel kajian, aspek kajian yang dipilih dan masa kajian yang terlibat.
1.7.1 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah dalam Jajahan Tanah Merah iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Satu dan Sekolah Menengah
9
Kebangsaan Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.Ke dua-dua buah sekolah ini berada dalam
pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah-Jeli.
1.7.2 Sampel Kajian
Sampel Kajian yang dipilih adalah terbatas kepada pelajar-pelajar lalaki
tingkatan empat di dua buah sekolah dalam Jajahan Tanah Merah iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanah Merah Satu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh.
Mereka telah mempelajari Elemen Ekonomi Rumah Tangga Mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu semasa berada di tingkatan satu, dua dan tiga.
1.7.3 Aspek Kajian
Aspek kajian adalah berdasarkan kepada tahap pengaplikasian kemahiran
yang telah mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka, apakah tahap dorongan
ibu bapa kepada anak-anak mereka untuk melakukan kerja rumah, apakah tahap
pengamalan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja rumah dan
tahap minat mereka terhadap elemen Ekonomi Rumah Tangga Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.7.4 Bilangan Sampel Kajian
Bilangan sampel kajian ini adalah 80 orang sahaja, iaitu 43 orang pelajar dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Satu dan 37 orang pelajar dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Ipoh, Tanah Merah, Kelantan yang belajar di tingkatan
empat.
10
1.7.5 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang
mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B digunakan bagi
mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan tepat. Bahagian A mempunyai 5 item
soalan latar belakang responden dan bahagian B mempunyai 40 item soalan.
1.8 Definasi Istilah
1.8.1 Aplikasi
- Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-tiga (2002), aplikasi membawa maksud
kegunaan (pada aplikasinya). Ianya juga bermaksud melakukan atau mempraktikkan
sesuatu yang dipelajari sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan.
1.8.2 Kerja Amali
- Kamus Dewan mendefinasikan amali sebagai sesuatu yang berkaitan dengan
pelaksanaan prinsip atau teori yang dipelajari. Amali didefinasikan sebagai sesuatu
yang berasaskan pengalaman atau pelaksanaan sebenar ilmu pengetahuan.
Sementara kerja amali ditakrifkan sebagai mempraktikkan atau melakukan apa yang
tersebut dalam teori.
11
1.8.3 Elemen
- Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-tiga (2002), elemen membawa maksud sesuatu
yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur.
1.8.4 Ekonomi Rumah Tangga
- Ekonomi Rumah Tangga adalah satu bidang yang menumpukan hal-hal yang
berkaitan dengan keselesaan dan kesejahteraan keluarga. Mata pelajaran ini
mengembangkan kemahiran dan penggunaan sumber bagi meningkatkan kualiti
hidup individu, keluarga dan komuniti menerusi penerokaan makanan, pakaian,
tempat kediaman, keluarga dan hidup berkominiti. Mata pelajaran ini boleh diikuti
oleh pelajar perempuan dan pelajar lelaki yang berminat. Mata pelajaran ini meliputi
aspek-aspek berikut :
Makanan dan Pemakanan :
i. Peranan pemakanan
ii. Makanan dan budaya
iii. Makanan dan Teknologi Pakaian
iv. Peranan pakaian
v. Pakaian dan budaya
vi. Pakaian dan Teknologi Keluarga dan Tempat Kediaman:
ix. Kekeluargaan
x. Tempat kediaman
Mata pelajaran ini boleh dikaitkan dengan beberapa disiplin sains, sains
sosial, ekonomi, perdagangan dan lain-lain. Mata pelajaran ini juga boleh membuka
peluang kerjaya di bidang yang berkaitan dengan Ekonomi Rumah Tangga.
12
1.8.5 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
- Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah salah satu mata
pelajaran teras di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah diperkenalkan pada tahun 1991. Program ini di laksanakan di semua sekolah
menengah yang dikhaskan kepada pelajar lelaki dan perempuan. Mata pelajaran ini
diperkenalkan untuk membekalkan pelajar-pelajar dengan kemahiran asas bagi
membolehkan mereka mengendalikan kehidupan seharian mereka dengan lebih
produktif. (Pusat Pembangunan Kurikulum,1992)
1.8.6 Kehidupan Seharian
- Ia bermaksud hal atau keadaan di mana seseorang itu menjalankan aktiviti setiap
hari bermula dari bangun tidur sehingga ia masuk tidur semula.
1.8.7 Pelajar Lelaki
- Pelajar lelaki ialah pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian yang sedang
mengikuti Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di tingkatan empat
SMK Tanah Merah Satu dan SMK Ipoh. Mereka berumur 16 tahun dan pernah
mengikuti Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di tingkatan satu,
dua, dan tiga.
13
1.8.8 Persepsi
- Menurut Kamus Dewan (2002), persepsi adalah gambaran atau bayangan dalam
hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan
atau kekuatan imaginasi, kepekaan terhadap alam kehidupan, gaya dan pengucapan
yang khusus kepada karya-karyanya.
1.9 Kesimpulan
Bab ini telah membincangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah,
pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan
kajian, skop kajian, batasan kajian dan juga definisi perkataan-perkataan penting
yang sering digunakan dalam kajian ini. Dalam bab ini juga, ada menghuraikan
dengan teliti tentang hal-hal yang berkaitan dengan tujuan dan mengapa kajian ini
dilakukan. Bab seterusnya akan membincangkan tentang sorotan penulisan secara
terperinci tentang kajian ini.
14
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
Di dalam bab ini adalah berkisar kepada topik mengenai Latar Belakang Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dari segi sukatan pelajaran terbaru, matlamat
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan juga Objektif Mata Pelajaran
Kemahiran Bersepadu. Perbincangan juga berkisar kepada salah satu daripada
elemen yang terdapat dalam sukatan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
iaitu Elemen Ekonomi Rumah Tangga. Ianya juga membincangkan tentang kerja
amali yang dilakukan pelajar di sekolah dan juga pengaplikasiannya di rumah. Bab
ini juga mengupas tentang minat pelajar dalam mengaplikasi elemen Ekonomi
Rumah Tangga di rumah dan akhir sekali mengemukakan kesimpulan kajian-kajian
yang lepas mengenai pengaplikasian kerja amali Mata Pelajaran Kemahiran
Bersepadu di kalangan pelajar dalam kehidupan seharian di rumah.
2.2 Latar Belakang Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan mata pelajaran yang bercorak
Aneka Jurusan pada tahun 1964 dengan empat mata pelajaran elektif, Seni
15
Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Perdagangan, dan Sains Pertanian. Tujuan
mengadakan mata pelajaran elektif ini adalah untuk memberikan pendidikan yang
bercorak pra-vokasional mengikut kecenderungan, bakat dan minat pelajar agar
pendidikan di peringkat sekolah menengah menjadi lebih komprehensif. Walau
bagaimana pun terdapat kelemahan pada mata pelajaran tersebut terutamanya dalam
aspek pelaksanaan. Kenyataan tersebut dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. (1979).
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang bersidang pada 29 September
1988, telah memutuskan bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup hendaklah
dilaksanakan di semua sekolah menengah rendah pada tahun 1989 bagi
menggantikan keempat-empat mata pelajaran aneka jurusan tersebut. Pada tahun
1989, mata pelajaran Kemahiran Hidup Program Peralihan telah diperkenalkan di
semua sekolah menengah rendah bagi menggantikan program aneka jurusan, akan
tetapi program ini hanya dilaksanakan dua tahun sahaja. Pada 1991, program
tersebut telah digantikan pula dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(KHB) sehingga sekarang. Walau bagaimana pun banyak perubahan telah dibuat
bagi memantapkan lagi pelaksanaan mata pelajaran tersebut. Mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah adalah
bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan
mereka mengendalikan kehidupan seharian secara produktif dalam dunia tekonologi.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989 ). Mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian
pilihan (Rosnah A.Razak, 1999).
Bahagian Teras - Mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka
Bentuk dan Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua murid.
Bahagian Pilihan - Murid memilih salah satu daripada empat bidang
pembelajaran. Pilihan murid kekal dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan
Tiga. Bahagian pilihan terdapat empat pilihan iaitu ;
i. Pilihan Satu - Kemahiran Teknikal
ii. Pilihan Dua - Ekonomi Rumah Tangga
iii. Pilihan Tiga -Pertanian
iv. Pilihan Empat - Perdagangan dan Keusahawanan.
16
(Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002)
2.3 Elemen Ekonomi Rumah Tangga
Rosnah (1999), menyatakan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) adalah disiplin
profesional untuk mempertingkatkan kualiti hidup individu ke arah membentuk
keluarga sejahtera. Elemen ERT adalah berdasarkan kepada beberapa disiplin utama
seperti falsafah, kemanusiaan, ekonomi dan psikologi. Bidang yang luas meliputi
pelbagai aspek dan matlamat jelas. Elemen Ekonomi Rumah Tangga dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah salah satu daripada elemen yang
terdapat dalam bahagian teras Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Bahagian teras ini wajid dipelajari oleh pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tiga.
Berikut adalah perkara yang perlu dipelajari oleh pelajar dalam elemen Ekonomi
Rumah Tangga :
2.3.1- Elemen ERT KHB Tingkatan Satu
Jahitan
i. Mesin jahit
Mengenal pasti jenis mesin jahit
Menerangkan fungsi bahagian mesin jahit.
Memasang benang atas dan benang bawah
Menggunakan mesin jahit
Menjahit kertas tanpa benang
Menjahit fabrik menggunakan benang
Membaiki kesilapan memesin
Menyenggara mesin jahit
17
ii. Penghasilan artikel
Menjahit artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit
Menghias artikel dengan jahitan insang pari, suji bilang, silang pangkah dan
renda
Menetapkan bahan hiasan pada artikel dengan menggunakan mesin jahit.
Mereka bentuk dan menghasilkan artikel dengan menggunakan mesin jahit.
Menghias artikel dengan kun
Menilai hasil kerja.
2.3.2 –Elemen ERT KHB Tingkatan Dua
Masakan
i. Perancangan Menu
Menyenaraikan faktor penting dalam merancang menu
ii. Penyediaan dan penyajian hidangan
Menerangkan maksud hidangan sepinggan lengkap
Mengenal pasti hidangan sepinggan lengkap
Mengenal pasti alatan dan kelengkapan dapur
Menyedia, memasak, menghias, menyaji dan membuat pengiraan kos
hidangan sepinggan lengkap cara timur
Menyedia, memasak, menghias, menyaji dan membuat pengiraan kos
minuman berkhasiat
Menyedia, memasak, menghias, menyaji dan membuat pengiraan kos
hidangan sepinggan lengkap cara barat
Menyedia, memasak, menghias,menyaji dan membuat pengiraan kos
minuman menyegarkan
Menyedia, memasak, menghias,menyaji dan membuat pengiraan kos
hidangan sepinggan lengkap mengikut budaya setempat
Etika makan
Menerangkan pengertian etika makan
Mengenal pasti adab dan sopan semasa makan
18
Mengamalkan etika makan yang sopan
2.3.3 – Elemen ERT KHB Tingkatan Tiga
Tempat kediaman
i. Ruang tempat kediaman
Menerangkan pengertian tempat kediaman
Menyenaraikan jenis ruang tempat Kediaman
Mengenal pasti fungsi ruang
ii. Keselesaan tempat kediaman
Mengenal pasti faktor keselesaan tempat kediaman
iii. Penjagaan tempat kediaman
Mengenal pasti pembersihan tempat Kediaman
Mengenal pasti alat dan agen pencuci
Memilih dan menggunakan agen pencuci yang sesuai
Membersih, mengemas, dan menghias ruang tempat kediaman
iv. Susun atur alatan dan kelengkapan
Menyenarai faktor yang perlu diambil kira semasa menyusun atur alatan dan
kelengkapan
Menyusun atur alatan dan kelengkapan di ruang dapur
( Sumber : Hurian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan
I – III, 2002)
2.4 Kerja Amali Yang Dilakukan Pelajar Di Sekolah
Menurut Ee (1996), “Pembelajaran adalah satu proses yang menghasilkan
perubahan tingkah laku seseorang individu sebagai satu reaksi terhadap satu-satu
keadaan yang dihadapi”. Pembelajaran akan memberikan seseorang individu
19
memperolehi sesuatu pengalaman yang boleh digunakan apabila ada keperluan di
masa akan datang dan peneguhan perlu dibuat supaya ianya berkekalan.
Berdasarkan kepada matlamat yang telah ditetapkan dalam sukatan Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, satu daripada aspek yang perlu diberi
perhatian yang lebih mendalam ialah pelaksanaan kerja amali dalam mata pelajaran
ini. Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu menyediakan pelajar yang tahu
tentang teknologi yang meliputi teknologi pembuatan, pemasangan, merekacipta,
menjalankan kerja amali yang mudah, merancang dan mencuba idea, mengurus dan
mengendalikan maklumat dengan cara yang sistematik. Perkara ini akan
memberikan peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan kebolehan
mengaitkan pelajaran kemahiran hidup dengan aplikasi dan amalan-amalan dalam
kehidupan seharian mereka.
Pengalaman merupakan satu persediaan asas untuk membolehkan pelajar
mengembangkan kemahiran dalam menghadapi dan mengatasi cabaran hidup serta
mengembangkan potensi diri supaya menjadi modal insan yang produktif.
Pengalaman ini juga memberi peluang kepada pelajar memperolehi kemahiran
belajar untuk meningkatkan daya pemikiran dan kebolehan mengurus pembelajaran
sendiri . (Pusat Perkembangan Kurikulm, 1992). Ini disebabkan kerja amali dan
praktikal adalah komponen yang penting dalam pembelajaran mata pelajaran yang
berasaskan sains dan kemahiran. Kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap
pembelajaran kerja amali adalah penting kerana persepsi seseorang individu
mengenai sesuatu akan menentukan fahaman tingkah laku mereka dalam situasi
tersebut. (Sharifah Alawiah, 1993)
Kerja amali dan praktikal seharusnya dapat menarik minat pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran. Sharifah (2000), pelajar sering ponteng kelas
kerana mengelak daripada melakukan kerja akademik yang serius, berterusan dan
mencabar. Pelajar juga menjadikan alasan tidak menyiapkan kerja sekolah sebagai
alasan mengapa mereka ponteng kelas. Senario ini menunjukkan penglibatan mereka
yang rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
20
2.5 Aplikasi Elemen ERT Di Rumah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-tiga (2002), aplikasi membawa maksud
kegunaan (pada aplikasinya). Ianya juga bermaksud melakukan atau mempraktikkan
sesuatu yang dipelajari sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan. Aplikasi adalah
kebolehan menggunakan prinsip-prinsip dalam situasi sebenar. Misalnya
menggunakan prinsip-prinsip yang dipelajari dalam Sains Rumah Tangga semasa
menolong emak membuat kek dan mengemas dapur di rumah (Ee, 1993). Pelajar
yang dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari menunjukkan apa yang
telah diajar oleh guru mencapai matlamatnya. Menurut Jean Piaget di dalam buku
Syarifah Alawiah (1993), melalui teori Kognitif dan tingkahlaku, aplikasi merupakan
tahap pembelajaran teratas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi
menunjukkan bahawa tingkahlaku yang dipelajari dalam pembelajaran dapat
diperluaskan dari luar persekitaran ke sekolah.
Kamaruddin (2003) pula menyatakan aplikasi adalah bentuk kegiatan mental
yang melibatkan kebolehan menggunakan pengentahuan sedia ada atau pengalaman
lalu kepada sesuatu fenomena atau situasi baru. Elemen Ekonomi Rumah Tangga
Mata pelajaran Kemahiran Hidup boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
Mengaplkasikannya adalah sangat penting kerana ia akan melibatkan penghasilan
perkara-perkara baru.
2.6 Minat Terhadap Pengaplikasian Elemen ERT
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, minat merupakan satu faktor
yang boleh menentukan pencapaian seseorang pelajar. Sharifah Alawiah (1993)
mendefinasikan minat sebagai daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu
memberikan perhatian terhadap seseorang, benda atau kegiatan. Penumpuan
terhadap perkara yang menarik minatnya akan timbul secara spontan dan mengambil
berat terhadapnya. Sufean (1989) menyatakan, minat merupakan keghairahan
21
ataupun kegemaran untuk melakukan sesuatu perkara atau aktiviti, akan
menumpukan daya usaha, masa, pemikiran dan sumber-sumber bagi memenuhi
keinginan minatnya.
Menurut Crow dan Crow (1983), faktor minat boleh mempengaruhi sikap
individu dan menjelaskan pengalaman seseorang individu itu. Minat boleh menjadi
punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil daripada pengetahuan dalam kegiatan
tersebut. Minat yang sedia ada disertakan dengan motivasi dan meningkatkan daya
usaha individu untuk memperbaiki dan mempergiatkan minatnya dalam sesuatu
perkara.
Menurut Noraini (1993), proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih mudah dilupakan disebabkan kurangnya tumpuan diberikan terhadap sesuatu
perkara itu dengan lebih terpeinci serta tidak beusaha untuk melihat perkaitan antara
maklumat yang telah dipelajari. Dalam proses pembelajaran, minat merupakan
faktor penting yang boleh menentukan pencapaian seseorang itu lebih aktif dalam
bidang yang tertentu. Minat dan kecenderungan memainkan peranan untuk
mempengaruhi pencapaian seseorang itu dalam apa jua kegiatan termasuklah dalam
pembelajaran. ( Abu Zahari , 1998)
Mohd Salleh (1999) mengatakan minat serta kesedaran dalam diri adalah
penting bagi membolehkan seseorang itu memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa
menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Minat menjadi daya penggerak
utama yang menjamin kejayaan dalam sesuatu bidang. Seseorang yang ingin
mengetahui dan membuktikan sesuatu perkara dengan didorong oleh minat dan
perasaan ingin tahu mengenai hal tersebut akan melakukan usaha mencuba-cuba
sehingga menghasilkan kejayaan kepada usaha-usaha yang dilakukan. ( Abdul
Rahim, 1999).
Atan (1988) menerangkan minat tidak boleh dipaksa. Kanak-kanak yang
dipaksa akan hilang minat mereka menyebabkan mereka benci dan jemu akan
menghilangkan minat untuk menumpukan perhatian kepada kesukaan lain. Ee
(1996) di dalam bukunya Psikologi Pendidikan II menyatakan bahawa motivasi
intristik ini wujud dari dalaman diri seseorang. Misalnya membaca buku cerita
22
bukan kerana hendak mendapatkan hadiah tetapi kerana minat mereka sendiri.
Sesetengah individu yang suka menolong rakan yang lemah dalam pelajaran bukan
kerana untuk mendapatkan upah tetapi keseronokan diri.
Menurut Abdul Rahim (1999), guru perlu menggunakan pelbagai cara, teknik
dan pendekatan yang bersifat kreatif dan inovatif untuk merangsang minat dan
kecenderungan pelajar terhadap sesuatu yang dipelajari. Peningkatan keseronokkan
dalam pembelajaran akan memberikan kepuasan dan dalam masa yang sama
meningkatkan minat pelajar. Pelajar akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pembelajaran disamping boleh membuat interpretasi sesuatu kerja yang
diarahkan supaya lebih bermakna. Menurut Ainon (2002), guru-guru perlu
mendorong pelajar mengetahui perkara-perkara yang sememangnya mereka minati
dan membantu mereka berkembang di dalam bidang itu. Banyak bidang yang tidak
termasuk dalam peperiksaan tetapi memberi pulangan yang baik bagi mereka yang
melibatkan diri dalam mata pelajaran tersebut. Kamaruddin (1990) pula menyatakan
bahawa matlamat besar dalam proses pendidikan ialah untuk memperoleh minat,
sikap dan motif yang berguna dan diterima masyarakat.
Secara kesimpulannya, minat dan kecenderungan memainkan peranan yang
penting untuk mempengaruhi pencapaian yang baik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seseorang pelajar yang sudah mempunyai minat akan mendorong
pelajar tersebut untuk berusaha sehingga berjaya. Minat dalam diri seseorang itu
boleh di bentuk melalui pengalaman sendiri atau melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang teknologi
dan kemahiran memainkan peranan yang penting terhadap prestasi dalam bidang
teori teknologi. Oleh yang demikian, sekiranya pelajar itu mempelajari sesuatu mata
pelajaran tanpa rasa minat, sudah tentu penumpuan tidak dapat diberikan dengan
baik terhadap kerja-kerja amali yang ditunjuk ajar guru. Namun sebaliknya akan
berlaku sekiranya pelajar berminat terhadap kerja-kerja amali yang dipelajari.
Tumpuan sepenuhnya akan diberikan, belajar bersungguh-sungguh, membuat latihan
dan ini akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam akademik.
23
2.7 Kajian Lepas
Hamidah (1998), iaitu Ketua Jabatan ERT Maktab Perguruan Teknik Kuala
Lumpur, (Berita Harian 16 Feb 1998) menyatakan bahawa ilmu ERT bukan setakat
dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran asas individu, tetapi dapat
melahirkan insan yang boleh menyesuaikan diri dalam perubahan dunia yang pesat.
Kandungan sukatan ERT diharap dapat membina dan melahirkan generasi muda
yang dituntut agama, masyarakat dan negara. Untuk membentuk rumahku syurgaku
bukan satu projek yang boleh dilakukan sekelip mata. Ia adalah satu proses yang
panjang dan berkaitan ilmu kekeluargaan dalam Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
berpotensi menyumbang ke arah pembentukan keluarga bahagia dalam era mencabar
ini.
Siti Dahliah (2006), telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk
mengenalpasti adakah pelajar-pelajar mengaplikasikan komponen Ekonomi Rumah
Tangga (ERT) dan komponen Kemahiran Teknikal (KT) dalam kehidupan harian.
Kajian berbentuk diskriptif ke atas 140 orang pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Medan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan telah
diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas. Hasil analisis
menunjukkan bahawa kemahiran di bawah komponen Ekonomi Rumah Tangga
(ERT) yang hanya diambil oleh pelajar perempuan iaitu pakaian, makanan dan
pemakanan serta perniagaan dan keusahawanan diaplikasikan oleh responden dalam
kehidupan harian mereka pada tahap sederhana. Analisis komponen Kemahiran
Teknikal (KT) iaitu lukisan teknik, elektrik, perniagaan dan keusahawanan
menunjukkan responden telah mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dipelajari. Pelajar juga mengamalkan pembelajaran Ekonomi Rumah Tangga
(ERT) dan Kemahiran Teknikal KT dengan betul serta mengaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pihak sekolah boleh
mengadakan pertandingan yang berkonsepkan kemahiran serta menggalakkan pelajar
mengaplikasikan kemahiran di rumah.
Zulhisam (2007), telah menjalankan kajian tentang kurangnya pengaplikasian
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dalam pengurusan hidup seharian seseorang
24
pelajar itu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan dari pernyataan
masalah berkaitan dengan kemahiran yang diperolehi pelajar samada mereka dapat
mengaplikasikan kemahiran yang didapati daripada proses pembelajaran di sekolah.
Pengaplikasian kemahiran dikhususkan pada pada empat bidang utama iaitu
Pengurusan Diri, Aspek-aspek kemahiran yang lain, Aspek Keselamatan dan
kesinambungan mata pelajaran. Sampel yang digunakan ialah sebanyak 180 orang
daripada 340 orang yang dipilih secara rawak mudah daripada dua buah sekolah di
negeri Pahang. Tahap kajian mendapati berlaku pemindahan pelajaran pengurusan
diri, kemahiran-kemahiran lain, aspek keselamatan dan serta kesinambungan dengan
mata pelajaran yang lain. Pelajar menpunyai persepsi yang positif terhadap
pengaplikasian Kemahiran Hidup dalam kehidupan mereka. Kebanyakan daripada
mereka mampu dan dapat mengaplikasikan kemahiran ini adalah penting untuk
kerjaya mereka di masa hadapan. Diharapkan pengisian kemahiran dalam Kemahiran
Hidup dapat dipertingkatkan supaya ia dapat merelisasikan hasrat kerajaan untuk
melahirkan banyak tenaga mahir di masa akan datang.
A’Denar (1999) pula telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk
mendapatkan jawapan daripada penyataan masalah berkaitan kemahiran yang
diperolehi pelajar samada mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang didapati
daripada proses pembelajaran di sekolah. Pengaplikasian kemahiran dikhususkan
kepada tiga bahagian utama iaitu pengurusan diri, pengurusan perbelanjaan dan
aspek keselamatan. Sampel yeng digunakan ialah sebanyak 250 responden daripada
738 populasi yang dipilih secara rawak mudah daripada dua buah sekolah di negeri
Selangor. Tahap kajian mendapati bahawa berlaku pemindahan pelajaran pengurusan
diri, pengurusan perbelanjaan serta aspek keselamatan dan pelajar mempunyai
persepsi positif terhadap pengaplikasian Kemahiran Hidup dalam kehidupan mereka.
Kebanyakannya mampu untuk mengaplikasikan kemahiran dengan baik kerana
mengetahui bahawa kemahiran ini adalah penting untuk kerjaya mereka di masa
hadapan.
Roshidah (2001), telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti adakah
pelajar-pelajar mengaplikasikan kompenen Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan
kompenen Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) dalam kehidupan harian.
Sebanyak 244 orang pelajar dari Tingkatan Dua di tiga buah sekolah menengah di
25
Johor Bahru dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Soal selidik digunakan
sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan
maklumbalas. Hasil analisis menunjukkan bahawa kemahiran di bawah kompenen
Ekonomi Rumah Tangga (ERT) yang hanya diambil oleh pelajar perempuan iaitu
pakaian, makanan dan pemakanan dan pengurusan tempat kediaman diaplikasikan
oleh responden dalam kehiduopan harian mereka. Aplikasi yang mempunyai
peratusan responden paling ramai ialah aplikasi makanan dan pemakanan diikuti
dengan pengurusan tempat kediaman dan pakaian. Manakala, hasil analisis
kompenen Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) iaitu elektrik dan lukisan
teknik menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
diaplikasikan di rumah tetapi pada tahap yang sederhana. Antara cadangan yang
dikemukakan ialah pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan yang
berkonsepkan kemahiran serta menggalakkan pelajar mengaplikasikan kemahiran di
rumah.
Hanis Hazwani (2006), telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar Tingkatan Empat Sekolah-
sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kerian mengaplikasikan pengetahuan mata
pelajaran Kemahiran Hidup (Elektif ERT) dalam kehidupan seharian mereka. Skop
yang dikaji adalah amalan, pengetahuan, dorongan ibu bapa, sikap dan minat dalam
mempengaruhi pelajar mengaplikasikan kemahiran ini. Sebanyak 83 orang pelajar
Tingkatan Empat di dua buah sekolah Daerah Kerian, Perak terlibat dalam kajian ini.
Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Bagan
Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Bagan Serai. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar mampu untuk mengaplikasikan kemahiran Elektif ERT dalam
kehidupan seharian mereka tetapi tidak berminat untuk menjadikannya sebagai satu
kerjaya. Guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan aktif sebagai pendorong
kepada mereka untuk mengamalkan kemahiran Elektif ERT bagi melahirkan insan
yang kreatif, inovatif dan produktif di masa akan datang.
Norhadizah (2001), menjalankan kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor
yang mempengaruhi minat pelajar kompenen ERT dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah,
Johor Darul Takzim. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor
26
diri sendiri (pelajar), guru, ibu bapa serta rakan sebaya dapat mempengaruhi minat
pelajar terhadap kompenen ERT dan mengetahui bagaimanakah pelajar-pelajar
mengapliaksi kompenen ERT dalam kehidupan seharian. Sebanyak 120 orang
pelajar dari kalangan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah kebangsaan SETA
dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa
faktor-faktor seperti diri sendiri, guru, ibu bapa serta rakan sebaya mempengaruhi
minat pelajar terhadap kompenen ERT dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu dan pengaplikasian kemahiran dan pengetahuan kompenen ERT dalam
kehidupan harian. Hasil kajian juga mendapati pengetahuan dan kamahiran jahitan,
masakan dan pengurusan tempat kediaman diaplikasikan oleh responden dalam
kehidupan seharian mereka. Apliksi yang mempunyai peratusan responden paling
ramai ialah aplikasi masakan diikuti oleh pengurusan tempat kediaman dan jahitan.
Antara cadangan yang dikemukakan ialah pihak sekolah boleh mengadakan
pertandingan seperti pertandingan memasak, menjahit, mengemas, gubahan dan lain-
lain untuk meningkatkan minat serta menggalakkan pelajar mengapliaksikan
kemahiran yang diperolehi, dan guru perlu melaksanakan satru proses pengajaran
pembelajaran yang lebih menarik supaya dapat menarik minat pelajar dalam
mempelajari kompenen ERT.
Faizah (2006), telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk mengetahui
persepsi pelajar mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar mengaplikasikan
pengetahuan mata pelajaran Kemahiran Hidup (Teras) di kalangan pelajar Tingkatan
Empat dalam kehidupan seharian mereka. Mereka telah mengalami proses
pembelajaran kemahiran ini selama tiga tahun semasa berada dalam kelas menengah
rendah. Kajian ini dikhususkan berdasarkan persepsi pelajar mengenai tiga faktor
yang utama iaitu faktor minat pelajar, peranan guru dan dorongan ibu bapa dalam
mempengaruhi pelajar mengaplikasikan kemahiran ini. Sebanyak 120 orang pelajar
Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yasin,
Tampoi, Johor menjadi responden dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan
pelajar mampu untuk mengaplikasikan kemahiran ini dengan baik dengan pengajaran
guru yang berkesan dan sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran serta bahan
bantu mengajar yang mana dapat menarik minat pelajar mempelajarinya. Selain itu,
kajian mendapati kurangnya dorongan dan sokongan yang berterusan daripada ibu
bapa untuk mereka mengaplikasikan kemahiran yang di pelajarinya di rumah.
27
Didapati juga pelajar yang kurang berminat dalam mempelajari kemahiran ini di
sekolah, tidak bersedia melakukan atau mengaplikasikan perkara tersebut di rumah.
Walau bagaimanapun, pelajar ini masih mampu mengaplikasikan kemahiran ini di
rumah kerana mengetahui bahawa kemahiran ini adalah penting untuk kehidupan
mereka seharian dan di masa akan datang.
Abd Kahar (2004), telah melihat senario penglibatan murid dalam Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan II Ekonomi Rumah Tangga lebih cenderung
kepada golongan murid perempuan berbanding murid lelaki telah menarik perhatian
penyelidik untuk melihat persepsi minat murid lelaki terhadap Mata Pelajaran Pilihan
II Ekonomi Rumah Tangga. Kajian ini dilakukan berdasarkan lima faktor yang
mempengaruhi minat murid lelaki iaitu input pengajaran guru, pengaruh ibu bapa,
rakan sebaya, kemudahan fizikal Makmal Ekonomi Rumah Tangga dan kesedaran
minat murid lelaki itu sendiri. Sebanyak 84 orang murid lelaki dari dua buah sekolah
akademik harian biasa di daerah Pontian yang terlibat sebagai responden dalam
kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap minat murid lelaki setelah mengikuti
Elemen Ekonomi Rumah Tangga selama dua tahun berada pada kedudukan
sederhana. Namun begitu, usaha perlu dilakukan dengan memberi penekanan
kepada kesungguhan guru dalam memperkayakan metadologi pengajaran yang
variasi serta kepekaan institusi keluarga terhadap pemupukan minat murid lelaki.
Seterusnya beberapa cadangan dikemukakan dengan harapan untuk meningkatkan
minat murid lelaki terhadap Elemen Ekonomi Rumah Tangga.
Asmah (2004), telah menjalakan kajian yang bertujuan untuk mengetahui
tentang faktor-faktor pengaplikasian kemahiran elektif ERT di kalangan pelajar-
pelajar tingkatan empat dalam kehidupan seharian. Mereka telah mengalami proses
pembelajaran kemahiran ini selama tiga tahun semasa berada dalam kelas menengah
rendah. Kajian dikhususkan kepada lima aspek yang utama iaitu dari segi amalan,
pengetahuan, dorongan ibu bapa, sikap dan minat. Sebanyak 132 orang pelajar
tingkatan empat daripada dua buah sekolah dalam Zon Pudu, Kuala Lumpur menjadi
responden dalam kajian ini. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah
Perempuan Pudu dan Sekolah Menengah Cheras. Dapatan kajian menunjukkan
kebanyakan daripada pelajar mampu untuk mengaplikasikan kemahiran elektif ERT
tetapi tidak berminat untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya. Guru dan ibu bapa
28
perlu memainkan peranan aktif sebagai pendorong kepada mereka untuk
mengamalkan kemahiran elektif ERT bagi melahirkan insan yang kreatif, inovatif
dan produktif di masa akan datang.
Mohd Shariff (1999), telah menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk
mengetahui aplikasi bidang pengurusan makanan dalam Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu oleh pelajar lelaki dalam kehidupan seharian. Kajian ini
berdasarkan kepada empat faktor, pengetahuan, dorongan ibu bapa, minat dan sikap
pelajar lelaki terhadap bidang pengurusan makanan. Hasil kajian ini mendapati
bahawa pelajar lelaki mengaplikasi pengurusan makanan secara sederhana di dalam
kehidupan seharian mereka. Di samping itu juga, pelajar-pelajar tidak berminat
untuk menjadikan bidang pengurusan makanan sebagai profesyen mereka di masa
hadapan. Pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat seharusnya memainkan peranan
penting dalam memberi galakkan kepada pelajar supaya menceburi kerjaya yang
berkaitan dengan pengurusan makanan untuk merialisasikan hasrat negara dalam
melahirkan rakyat yang kreatif, inovatif dan produktif di masa akan datang.
2.8 Kesimpulan
Dalam bab ini, beberapa pendapat daripada penyelidik terdahulu mengenai
pengaplikasian kerja amali oleh pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu dikemukan. Dalam kajian ini, perbincangan berkisar berkenaan latar
belakang Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, elemen Ekonomi Rumah
Tangga, minat pelajar terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, aplikasi
elemen ERT dan kajian-kajian lepas tentang pengaplikasian elemen ERT. Daripada
kajian-kajian terdahulu didapati pelajar dapat mengaplikasi elemen ERT dalam
kehidupan mereka tetapi tidak suka menjadikan elemen ERT ini sebagai satu kerjaya
di masa hadapan.
29
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan satu perkara yang penting di dalam menjalankan
sesuatu penyelidikan. Ia menerangkan bentuk rangka kerja yang akan dijalankan,
aliran kerja dan bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Menurut Mohd Majid
(1994), kaedah penyelidikan dalam pendidikan adalah merujuk bagaimana untuk
mendapatkan maklumat yang mencapai sesuatu matlamat penyelidikan pendidikan.
Dalam perkara ini pengkaji cuba menggunakan perkara yang paling berkesan dengan
kos yang minimum. Aspek-aspek yang dibincangkan ini akan menjadi asas kepada
kajian yang akan dijalankan.
Bab ini membincangkan tentang rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen
kajian, kesahan dan kebolehpercayaan kajian, prosedur kajian serta analisis data.
Kejayaan sesuatu kajian bergantung kepada pemilihan metodologi kajian yang sesuai
dan tepat yang dapat menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan
kemahiran seseorang individu itu. Aspek-aspek yang dibincangkan ini akan menjadi
asas kepada kajian yang akan dijalankan. Sulaiman (1996) mengatakan, terdapat
beberapa alat untuk mengumpul data dan antaranya adalah borang soal selidik,
pemerhatian, temuduga dan ujian psikologi.
30
3.2 Reka Bentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan ialah rekabentuk deskriptif atau
keperihalan. Deskriptif merujuk kepada kaedah statistik untuk menerangkan ciri-ciri
satu kumpulan sampel (Mohd. Najib, 1999). Vockel (1983) pula menyatakan
bahawa penyelesaian secara deskriptif memberikan gambaran tentang keadaan yang
sedia ada. Reka bentuk ini sesuai digunakan kerana ia dapat menerangkan fenomena
yang sedang berlaku. Deskriptif atau keperihalan di bawah kajian jenis tinjauan.
Kajian tinjauan merupakan kajian yang digunakan untuk meninjau situasi pada suatu
masa ( Mohd. Najib, 1998). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu set
borang soal selidik, iaitu pengaplikasian komponen Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
dalam kehidupan seharian pelajar. Set soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu
bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merangkumi enam soalan yang berkaitan
dengan latar belakang responden. Bahagian B mengandungi 40 item yang akan
dikemukakan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai pengaplikasian komponen
Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dalam kehidupan seharian pelajar.
3.3 Sampel dan Populasi Kajian
Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa sampel adalah sumber untuk
mendapatkan data kelompok individu yang diselidiki dan perlu dikenalpasti. Majid
(1994) pula menyatakan sampel adalah sekumpulan kecil unsur yang diambil
daripada satu rangka persampelan. Sampel mewakili sesuatu populasi di dalam
sebarang tinjauan. Tinjauan bertujuan untuk membuat kesimpulan mengenai
populasi berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam sampel.
Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar lelaki menengah rendah dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 (SMKTM 1) dan Sekolah Menengah
Ipoh, Tanah Merah, Kelantan yang mengambil komponen Ekonomi Rumah Tangga
31
( ERT ) semasa tingkatan satu, dua, dan tiga. Kajian tertumpu kepada semua pelajar
lelaki tingkatan empat iaitu sebanyak 47 orang pelajar di SMK Tanah Merah Satu
dan 37 orang pelajar di SMK Ipoh, Tanah Merah. Kajian berbentuk deskriptif ini
dipilih kerana ia bersesuaian dengan matlamat kajian yang ingin mengumpul
maklumat yang berkaitan mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman oleh
responden. Bentuk kajian ini merupakan kaedah yang paling sesuai untuk membuat
tinjauan ke atas responden. Soalan soal selidik yang disediakan adalah jenis tertutup
di mana ia menggunakan skala lima mata dan responden dikehendaki memilih
jawapan berdasarkan kepada skala yang telah disediakan (Mohd. Majid, 2001)
3.4 Tempat Kajian
Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah
Merah, (SMKTM1.) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh, Tanah Merah,
(SMKI) Sekolah ini dipilih kerana para pelajarnya telah mempelajari dan didedahkan
kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup (KHB) sejak dari tingkatan satu. Pemilihan
sekolah ini kerana objektif kajian untuk mengenalpasti tahap pengaplikasian elemen
Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dalam kehidupan seharian pelajar terbabit dengan
lebih jelas. Walaupun secara umumnya pemilihan tidak mewakili keseluruhan
pelajar lelaki tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu diseluruh negara tetapi ianya dapat memberikan gambaran kepada
pengkaji tentang pengaplikasian elemen ERT dalam kehidupan pelajar.
3.5 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik
digunakan kerana ia mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang
diproses untuk analisis (Mohd Najib, 1999). Selain dari itu ia amat menjimatkan
32
masa bagi mendapatkan maklumat kajian. Satu set borang soal selidik akan
diedarkan kepada sampel bagi mendapatkan maklum balas.
Soal selidik ini akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang
pertama akan meninjau tentang latar belakang dan maklumat peribadi serta
kehidupan responden. Manakala pada bahagian yang kedua pula akan menjawab
empat persoalan tentang kajian yang dilakukan. Pecahan dan bilangan soalan adalah
sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian
Perkara Nombor Item Jumlah
Bahagian A
Bibliografi pelajar 1, 2, 3, 4, 5 5
Bahagian B
Pendapat pelajar 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ,10 10
Minat pelajar 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17,18,19,20 10
Dorongan Ibu bapa 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 10
Amalan Keselamatan 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40 10
Jumlah 45
Bahagian B soal selidik akan menggunakan skala Likert. Ianya akan
memudahkan responden untuk menjawab dengan lebih tepat tentang persoalan yang
dikemukakan. Set skala Likert adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di
sebelah.
Jadual 3.2: Maklum Balas Responden Mengikut Skala Likert
Jawapan Skor
Sangat tidak setuju (STS) 1
Tidak setuju (TS) 2
Tidak pasti (TP) 3
Setuju (S) 4
Sangat setuju (SS) 5
33
3.5 Prosedur Kajian
Berikut adalah turutan yang dilaksanakan oleh penyelidik untuk mendapatkan
maklumat dan data-data kajian:
i. Memohon kelulusan dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan (BPPP atau EPRD) dan surat kebenaran untuk menjalankan
kajian di sekolah.
ii. Mendapatkan surat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk
menjalankan kajian di sekolah-sekolah di Negeri Kelantan.
iii. Memohon kerjasama dan kebenaran daripada pengetua sekolah yang terlibat
sebelum menjalankan kajian.
iv. Menjalankan kajian dengan mengedarkan soal selidik kepada pelajar-pelajar
lelaki tingkatan empat sekolah yang terlibat.
3.7 Kaedah Analisa Data
Menurut Majid (1994), pemprosesan data merupakan teknik untuk
pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data.
Data-data yang diperolehi daripada soalan merupakan data mentah dan seterusnya
dianalisa untuk mendapatkan ilmu serta maklumat yang berguna. Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan Statiscal Package For The Social Sciences versi
14.0 (SPSS). Kaedah yang digunakan memproses data-data yang diperolehi adalah
berdasarkan kepada kekerapan dan peratusan serta mendapatkan nilai min.
Menurut Majid ( 1994 ) menyatakan bahawa meskipun fakta adalah hak
semua orang, namun tafsiran terhadap fakta adalah hak individu penyelidik. Untuk
membuat penilaian, penyelidik telah mengkategorikan penilaian responden dalam
setiap pembolehubah pada tahap tertentu.
34
Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan terhadap soalan-
soalan yang diedarkan. Mereka hanya perlu membulatkan jawapan yang terdapat di
hujung setiap pernyataan. Tanggapan responden diukur dengan menggunakan skala
Likert. Skala ini mengandungi lima peringkat yang perlu dipilih oleh responden.
Bagi memudahkan proses menganalisa data, penyelidik telah membuat
pembahagian dari skala Likert lima mata kepada skala tiga mata sahaja. Kaedah ini
sering digunakan oleh penyelidik bagi memudahkan penyelidik membuat
pemberatan bagi setiap kategori yang diukur atau membandingkannya dengan data
lain (Abu Hassan, 1997). Ia bertujuan untuk memudahkan pentafsiran terhadap
dapatan yang diperolehi. Berikutan itu penyelidik telah mengkelaskan skala Likert
lima mata kepada tiga mata. Ianya adalah seperti yang berikut:
Jadual 3.3 : Tahap Skor Min
Skor min Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Sumber : Mohd. Najib, 1998)
Berdasarkan kepada kaedah ini, skor min telah dikelaskan skor kepada tiga
kategori jawapan iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Min jawapan setuju
diambil kira dengan menjumlahkan peratus jawapan ‘sangat setuju’ dan ‘setuju’.
Min jawapan tidak setuju pula dikira dengan mengambil kira jawapan ‘sangat tidak
setuju’ dan ‘tidak setuju’. Nilai min bagi jawapan ‘tidak pasti’ adalah dianggap
berkecuali (sederhana). Ianya seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.4.
Jadual 3.4 : Pemeringkatan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata
Skala Lima Mata Skala Tiga Mata
Sangat tidak setuju (1)
Tidak setuju (2)
Tidak setuju(1 & 2)
Tidak pasti (3) Tidak pasti (3)
Setuju (4)
Sangat setuju (5)
Setuju(4 & 5)
35
Seterusnya, penyelidik telah mencari nilai peratusan dan nilai min bagi setiap
item dan juga min keseluruhan bagi sesuatu persoalan kajian. Rumus yang
digunakan untuk mengira peratusan dan min di dalam kajian ini adalah seperti
berikut:
i. Kaedah Mencari Peratusan (%)
Jumlah Kekerapan Responden (F) x 100
Jumlah Sampel Kajian
ii. Kaedah Mencari Min (X)
(SS x 5) + (S x 4) + (TP x 3) + (TS x 2) + (STS x 1)
Jumlah Responden
3.8 Analisis Data
Penganalisisan data melibatkan aktiviti manipulasi seperti mengatur,
memilih, menggabung dan menjadualkan data yang telah dikumpulkan (Mohd Majid,
2000). Pemprosesan data yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang berguna daripada data yang diperolehi.
Data yang diperolehi dari hasil soal selidik yang dilakukan akan disemak agar
segala arahan yang diberikan diikuti dengan betul. Analisis data bagi kajian rintis
akan dilakukan dengan menggunakan perisian Statiscal Package For The Social
Sciences versi 14.0 (SPSS). Manakala analisis data bagi kajian yang sebenar akan
dilakukan secara manual bagi mendapatkan peratusan. Bagi memudahkan analisis
dilakukan, setiap item akan dikelaskan mengikut objektif kajian.
Pilihan jawapan yang dibuat oleh responden akan dikodkan semula daripada
lima pilihan kepada hanya tiga pilihan sahaja. Jawapan bagi skor 1 dan 2 sebagai
tidak bersetuju, skor 3 tidak pasti dan skor 4 dan 5 sebagai bersetuju. Jawapan-
jawapan dikodkan semula supaya senang untuk diproses. Peratusan yang akan
36
didapati kelak hanya akan menunjukkan peratusan setuju, tidak setuju dan tidak pasti
sahaja. Jawapan yang telah dikodkan semula ini akan dibuat analisis terhadap
datanya. Tahap pengaruh setiap faktor adalah dikelaskan mengikut peratusan yang
didapati. Tahapnya telah dibahagi kepada tiga bahagian iaitu tinggi, sederhana dan
rendah. Tahap pengaruh setiap faktor yang digunakan ini adalah diambil daripada
jadual pekali Alpha Cronbach (Mohd Najib, 1998). Walau bagaimanapun,
pengkelasan ini digunakan hanya untuk kajian ini sahaja dan tidak tertakluk kepada
kajian yang lain. Ini adalah bertujuan untuk membezakan tahap pengaruh dari hasil
kajian yang dijalankan.
3.9 Kajian Rintis
Satu kajian telah dijalankan sebelum borang soal selidik diedarkan kepada
responden. Tujuan dijalankan kajian rintis adalah untuk menentukan keesahan soal
selidik kepada responden serta untuk menentukan keesahan soal selidik yang telah
dibina oleh pengkaji. Borang soal selidik berkenaan telah diproses untuk
mendapatkan indeks kebolehpercayaan bagi memantapkan soal selidik. Kajian rintis
dilaksanakan terlebih dahulu kepada 10 orang pelajar lelaki tingkatan empat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. Data yang telah
diperolehi telah diproses dengan menggunakan program Statistiscal Package for
Sosial Sciences (SPSS) versi 14.0 untuk mencari kebolehpercayaan item-item soal
selidik tersebut. Jadual menunjukkan hasil keputusan kajian rintis keseluruhan nilai
indeks kebolehpercayaan ialah 0.898.
Menurut Mohd Najib (1997), nilai alpha 0.5 – 0.6 adalah memadai bagi
instrumen yang dibina sendiri. Keputusan ini menunjukkan item-item atau alat ukur
yang dibina sendiri mempunyai ketekalan dan sesuai diguna dalam kajian.
37
Jadual 3.5 : Hasil Keputusan Kajian Rintis Mengikut Persoalan Kajian
Bil Persoalan Kajian Nombor Item Nilai Alpha
Cronbach
1.
Apakah tahap pengaplikasian elemen Ekonomi
Rumah Tangga Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu yang dipelajari oleh pelajar dalam
kehidupan seharian?
1 hingga 10 0.865
2.
Apakah tahap minat pelajar untuk melakukan
kerja-kerja rumah seperti menjahit, memasak
dan juga mengemas rumah?11 hingga 20 0.830
3.
Apakah tahap dorongan ibu bapa kepada pelajar
untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti
menjahit, memasak serta mengemas rumah ?21 hingga 30 0.755
4.
Apakah tahap pengamalan langkah-langkah
keselamatan semasa pelajar melakukan kerja-
kerja rumah seperti menjahit, memasak serta
mengemas rumah?
31 hingga 40 0.855
3.10 Kesimpulan
Di dalam bab ini, tiada banyak masalah yang dihadapi kerana ianya berkisar
kepada bagaimana untuk mentadbir kajian ini. Bab ini berkisar kepada tatacara
untuk membuat kajian. Ianya meliputi rekabentuk kajian, sampel kajian, tempat
kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, analisis data dan kajian rintis. Diharap
agar kajian ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar bagi mendapatkan hasil
kajian yang memuaskan.
top related