apresiasi hasil seni 2 dimensi kanak-kanak
Post on 02-Jan-2016
834 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
Jabatan Pendidikan Seni Visual
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
PENGALAMAN BERASAKAN SEKOLAH
(FASA 2)
TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK
(INDIVIDU)
TAHUN: 2013 SEMESTER: 2
DISEDIAKAN OLEH:
NOOR AFIFAH BINTI AZIZAN
(930823-06-5798)
PENSYARAH
PUAN AZIZAH BINTI SULEIMAN
TARIKH TERIMA TARIKH HANTAR
2 SEPTEMBER 2013
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN ......................................................................................................................... 3
TEORI PENGALAMAN PELBAGAI EDMUND BURKE FELDMAN .................................. 4
TUGASAN ..................................................................................................................................... 5
7 – 8 tahun ................................................................................................................................ 5
5 – 6 tahun ................................................................................................................................ 8
REFLEKSI KENDIRI ................................................................................................................. 11
RUJUKAN ................................................................................................................................... 12
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
PENGHARGAAN
Salam sejahtera. Bersyukur kami ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) bagi kali kedua bagi tahun 2013 dalam semester kedua kami. Dalam tugasan
pada kali ini, sayatelah ditugaskan untuk mengkaji lukisan kanak-kanak mengikut
tahap umur mengikut pandangan Lowenfeld.
Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul
maklumat serta rajin merujuk kepada guru-guru di sekolah untuk mencari maklumat
yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Puan Azizah,
pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing kami dalam
melaksanakan tugasan ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas
yang telah membantu kami dan yang sanggup bersama kami dalam mencari bahan
untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima
kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan
moral. Sepanjang melaksanakan projek ini kami berasa tenang. Ini kerana segala
aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya. Semoga tuan dapat
memaafkan kami jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan kami
Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat
mengetahui pengucapan awam dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tidak
akan kami lupakan.
Sekian terima kasih.
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
TEORI PENGALAMAN PELBAGAI EDMUND BURKE FELDMAN
Deskripsi
Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang
sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna ,
garisan ,bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.
Penekanan diberikan kepada asas seni reka
Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak
Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas
Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian
dan penggunaan unsur-unsur seni dinilai dengan mendalam
Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya.
Melihat pada gaya karya , contohnya gaya
realistik, surelistik dan lain-lain.
Analisis
Penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek
komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam
Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,
Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsip seni digunakan dan
dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan
perasaan mendalam sesebuah karya.
Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan
antaranya ruang dan warna
Kesesuaian objek dalam objek
Kontra dan imej
Interpretasi
Tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara.
Mengkaji kualiti ekspresif seniman
Mengkaji makna yang disampaikan melalui
karya
Merujuk kepada penyataan perasaan
Melibatkan mood dan idea dalaman
Penyataan perasaan digunakan untuk
menterjemahkan maksud dan makna karya seni
Pertimbangan
Renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi
sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.
Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya.
Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti
kajian yang lengkap dan terperinci.
Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi
Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.
Instrumentalisme bermaksud pertimbangan
berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat
dan negara,
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
TUGASAN
7 – 8 tahun
Fasha Atirah, Tahun2
Siti Sahara Bt. Johar, Tahun2
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
Berdasarkan kajian yang dilakukan, saya telah mengkaji lukisan kanak-kanak
dengan memberi tugasan kepada murid tahun dua yang bertajuk Rumahku,
Syurgaku. Saya dikhendaki untuk membuat apresiasi berdasarkan teori Feldman
kepada empat cabang.
Pada cabang yang pertama, iaitu deskripsi iaitu murid-murid banyak
menggunakan unsur seni seperti rupa. Terdapat banyak rupa geometri seperti segi
empat sama sisi, segi empat tepat, segi tiga dan bulatan. Manakala, murid
menggunakan warna-warna asas seperti warna primer, iaitu, merah biru dan kuning.
Terdapat juga penggunaan warna skunder iaitu menggunakan asas campuran
warna kuning dan biru untuk menhasilkan daun-daun pada pokok. Rumah dijadikan
subjek utama bagi kedua-dua murid ini, subjek utama diletakkan di tengah-tengah
kerana ingin ditunjulkan dengan latar belakang yang terdiri daripada awan, pokok,
jalan-raya, burung-burung berterbangan dan juga rumput. Manakala, latar belakang
kedua-dua karya ini berwarna putih.
` Manakala dari segi analis pula, objek rumah dipilih sebagai subjek utama
oleh kedua-dua murid bertepatan dengan soalan yang diberikan oleh saya kepada
mereka.kedua-dua lukisan ini menggunakan media pensil serta pensil warna untuk
menaikkan seri karya ini walaupun hanya warna sekata dan tiada ton warna.
Penerapan warna yang terang dan kontra ini menjadikan karya ini menunjukkan
unsur harmoni. Dalam penataan komposisi, objek utama, iaitu rumah dilukis dengan
baik walaupun komposisi kedudukan pintu dan tingkap berbeza. Manakala dari segi
penggunaan ruang pula, Fasha dan Sahara hampir menggunakan keseluruhan
ruang yang menunjukkan bahawa mereka sudah bijak untuk memanfaatkan ruang
yang ada dengan menyelitkan alam semulajadi dan alam benda.
Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah bersifat spontan, bebas dan
berskala besar. Lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan berbanding
dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Pada peringkat ini juga
penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada
imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.. Oleh itu, pada
keseluruhannya peringkat ini kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka tahu
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
melalui pengalaman. Sebagai contoh, kanak-kanak pada usia ini jika mereka
melukis lukisan sebuah kotak dan mereka juga akan melukis isi di dalam kotak itu.
Kanak-kanak ini akan melukis objek yang jauh dengan saiz yang kecil dan objek
yang dekat dengan saiz yang lebih besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman
konsep perspektif.
Seterusnya ialah interpretasi, reka bentuk rumah mengandungi konsep asas
yang nyata bagi ciri sebuah rumah akan kehidupan yang nyata. Kedua -dua murid ini
cuba menyampaikan apa yang difahami dan dilihat melalui lukisan yang dihasilkan.
Bagi mereka, sebuah rumah mempunyai dua tingkap dan sebuah pintu. Struktur
bumbung yang menggunakan rupa segi empat tepat dan segi tiga juga menunjukkan
rupa bentuk bumbung di Malaysia. Yang berbentuk sederhana berbanding di luar
negarayang lebih berbentuk tirus. Terdapat juga ni lai yang ingin disampaikan
melalui kedua-dua karya ini merupakan kehidupan yang berlaku di sekeliling murid-
murid ini. Paling jelas yang ingin ditonjolkan ialah burung -burung berkicauan di
udara di atas awan yang biru, pokok-pokok tumbuh subur dengan daun yang
kehijauan. Justeru, sebagai kanak-kanak,kesedaran perlu dipupuk dari awal lagi
supaya alam kita terjaga oleh generasi yang akan datang. Bahkan, struktur kereta
juga menunjukan perkembangan teknologi yang menjadi simbol kepada
kecanggihan teknologi.
Namun kebanyakan lukisan pada peringkat ini dihasilkan mengikut skema
atau konsep tertentu. Berdasarkan lukisan yang dilukis oleh kedua-dua murid ini
didapati fokus yang diberi tumpuan ialah pada bahagian rumah. Lukisan yang
dihasilkan lebih bersifat hiasan atau dekoratif. Ini menunjukkan bahawa mereka
sukakan kecantikan dan baginya untuk nampak cantik hiasan di kawasan rumah
adalah sangat penting. Pada peringkat ini sebenarnya kanak-kanak telah mula
mengaitkan imej yang dilukis dengan warna.
Walaupun karya ini sederhana, iaitu hanya menggunakan objek-objek asas
tetapi dengan komposisi dan pemilihan objek yang tepat memberikan kesan yang
menarik untuk kanak-kanak seusia ini. Oleh itu, sebagai generasi muda yang bakal
memipin negara kita kelak, kesedaran daripada peringkat awal perlu diambil.
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
5 – 6 tahun
Muhammad Yusran Rafiqi, 6 Tahun
Muhd Zhahin Nabhkhan, 6 Tahun
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
Berdasarkan kajian yang dilakukan, saya telah mengkaji lukisan kanak-kanak
dengan memberi tugasan kepada murid prasekolah yang bertajuk keluargaku. Saya
dikhendaki untuk membuat apresiasi berdasarkan teori Feldman kepada empat
cabang.
Pada cabang yang pertama, iaitu deskripsi iaitu kedua-dua murid banyak
menggunakan unsur seni seperti rupa. Terdapat banyak rupa geometri seperti segi
empat sama sisi, dan bulatan. Manakala, murid menggunakan warna-warna asas
seperti warna primer, iaitu, merah biru dan kuning. Latar belakang kedua-dua karya
ini berwarna putih. Walaupun mempunyai masalah, Zhahin Nabhkhan yang
mempunyai penyakit autism juga mampu melakukan lukisan seperti kanak-kanak
normal. Unsur garisan juga banyak diaplikasikan dalam karya ini dan rupa yang
terkawal.
Manakala dari segi analis pula, objek rumah dipilih sebagai subjek utama
oleh kedua-dua murid bertepatan dengan soalan yang diberikan oleh saya kepada
mereka.kedua-dua lukisan ini menggunakan media pensil serta pensil warna untuk
menaikkan seri karya ini walaupun hanya warna sekata dan tiada ton warna. Warna-
warna terang seperi merah, kuning digunakan untuk menggambarkan kecerian.
tahun kanak-kanak telah dapat melukis gambar manusia dengan rupa bentuk yang
boleh difahami terutama oleh orang dewasa yang melihatnya. Merujuk kepada
gambar ini bentuk kepala masih lagi tidak dapat dalam bentuk yang sepatutnya
kerana mereka masih dalam kategori menghasilkan contengan secara tidak
terkawal. Walau bagaimanapun , kanak-kanak ini dapat melukis tangan dan kaki
dalam kedudukan yang betul walau hanya sekadar bentuk garisan tetapi tetap masih
difahami oleh sesiapa yang melihatnya
Kanak-kanak ini telah mula melukis rambut pada figura manusia mereka. Ini
menunjukkan satu perkembangan artistik kanak-kanak telah berlaku. Terdapat juga
penambahbaikan dalam lukisan leher, kaki dan tangan figura jika dibuat
perbandingan dengan figura kanak-kanak yang sebelumnya. Lukisan pada kanak-
kanak berusia 6 tahun selalunya telah kawalan yang seimbang dan teratur dari segi
pergerakan tangan. Oleh itu, kita dapati gambar yang dilukis oleh murid-murid ini
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
menampakkan gambaran bahagian kepala dengan rambutnya dan pakaian.
Walaupun demikian mereka masih tidak dapat membuat keseimbangan antara
bahagian kepala dan badan
Seterusnya ialah interpretasi, wajah-wajah ahli keluarga yang gembira
dapat dilihat melalui gambaran lukisan yang dihasilkan. Selain itu juga, komposisi
lukisan ini dilukis mengikut ketinggian bertujuan untuk memaparkan setiap ahli
keluarga mengikut umur masing-masing. Dapat dilihat bahawa kedua, dua murid ini
menggambarkan ibu bapa mereka lebih tinggi daripada mereka. Mereka
menghasilkan lukisan dengan jujur apa yang dilihat oleh mereka sendri. Terdapat
juga nilai kasih sayang yang ingin disampaikan melalui kedua-dua karya ini
merupakan kehidupan yang dialami bagi insan yang begelar anak. Mereka sering
melukis imej orang, kerana ia merupakan imej terpenting bagi mereka. Malah kaki
dan tangan juga merupakan imej yang penting kerana bagi mereka kaki penting
untuk berjalan dan tangan penting untuk mereka makan.Pada peringkat ini lukisan
mereka berciri simbolik di mana simbol –simbol tersebut mewakili sesuatu objek
Walaupun karya ini sederhana, namun, lukisan ini merupakan hasil seni yang
paling jujur dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendri. Oleh itu, kasih sayang dan
kebahagian sesebuah keluarga juga dapat dilihat daripada lukisan kanak-kanak.
Kemahiran kawalan garisan dapat ditingkatkan lagi dengan usaha dan latihan yang
sering dilakukan.
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
REFLEKSI KENDIRI
Pada 19 hingga 23 Ogos 2013, saya telah menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut Pahang. Pada
hari pertama berada di sekolah merupakan hari yang paling mendebarkan diri saya
kerana ini merupakan kali kedua saya menjalani PBS.
Seawal jam 7.10 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar SK
Temin. Beliau begitu mengalu-alukan kehadiran saya disana dan bersedia untuk
memberi tunjuk ajar kepada saya dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah. Setelah melaporkan diri, saya dikehendaki mengikuti
majlis perhimpunan mingguan sekolah bersama-sama para pelajar dan guru yang
lain.
Saya begitu bersemangat untuk meneruskan tugasan saya dan pada hari ini
saya dikejutkan dengan begitu banyak perkara. Saya telah diberikan tugas oleh
penolong kanan untuk menggantikan kelas guru yang tidak dapat hadir ke sekolah
kerana ada program diluar sekolah. Saya begitu terkejut, berdebar dan seronok
kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan memudahkan saya dalam
menyiapkan tugasan saya iaitu untuk melihat sendiri suasana pelajar belajar dalam
kelas.
Saya begitu lega sekali kerana berjaya mengawal kelas dengan begitu baik
sekali dan segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang sempat saya temui
sebelum memasuki kelas telah saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Para
pelajar juga saya lihat begitu senang dan mudah untuk saya dekati dan mereka
selesa untuk bersama saya dan ini memang memberikan saya satu tanggapan
positif terhadap suasana belajar di sekolah ini.
Hari ketiga juga penuh dengan aktiviti dan perkara-perkara yang menarik
minat saya. Selain menggantikan kelas saya juga diminta untuk membantu guru
perpustakaan untuk menghiasi kawasan sekolah sempena sambutan kemerdekaan
yang bakal berlangsung. Pada hari ini, saya lebih banyak fokus kepada persekitaran
PSV 3103 (KREATIVITI SENI DAN KANAK-KANAK) Apresiasi Hasil Seni 2 Dimensi Kanak-kanak
Noor Afifah Azizan
sekolah seperti kantin, taman sains,. Antara tempat yang paling menarik minat saya
ialah kantin dan taman sains. Ini selaras dengan pendekatan untuk mewujudkan
pembelajaran berterusan, menarik, bila-bila masa dan dimana juga.
Hari-hari berada di Sekolah Temin begitu bemakna dalam hidup saya kerana
begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk
menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap, pada PBS yang seterusnya
saya akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion
keguruan ini bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.
Saya sangat teruja kerana dapat melihat karya yang dihasilkan oleh murid di
hadapan mata saya. Kerana semasa proses melakukan lukisan pelbagai karenah
dan tingkah laku dapat saya perhatikan.
RUJUKAN
Akmal, A. (2011). Pergerakan Kreatif Kanak-Kanak. Afnan Akmal.
Cahyono, F. (2008, Disember 3). IDEMCORP. Didapatkan August 28, 2013,
daripada Analisis Karya Seni Rupa “November Art” Anjungan Ken Arok
Perpustakaan Kota Malang:
http://idemcorp.wordpress.com/2008/12/03/analisis-karya-seni-rupa-
%E2%80%9Cnovember-art%E2%80%9D-anjungan-ken-arok-perpustakaan-
kota-malang/
Ilah. (2010, Januari 28). Analisis Karya Cat Minyak. Didapatkan August 29, 2013,
daripada Wonderfull: http://ilah-wonderful.blogspot.com/2010/01/analisis-
karya-1-cat-minyak.html?zx=b337e26efe32ffe2
Mohamad Johari. (2008). Apresiasi dan Kritikan Seni Visual. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Yusoff, S. H. (15, August 2011). Laman Apresiasi Seni. Didapatkan August 2013, 30,
daripada ”Pengalaman Pendidikan Seni Membantu Meningkat Kreativiti
Dalam Kehidupan Sosial Masyarakat” By-Siti Hayati:
http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2011/08/pengalaman-pendidikan-
seni-membantu.html
top related