asaimen pas yg boleh hantar
Post on 26-Jun-2015
347 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 1: KONSEP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
1.1 Definisi Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam
sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977.
Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang
berkaitan dengan alam sekitar (Moroye, 2005) Pendidikan (berkaitan) alam sekitar
penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan
Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka
dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Satu cara untuk menjalankan
pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam
pengajaran di bilik darjah1.
Penerapan pendidikan alam sekitar kepada murid sekolah pada peringkat awal
dapat mendidik golongon muda supaya lebih peka dan memahami keperluan
pemuliharaan alam sekitar supaya lebih bertanggungjawab sebagai individu yang
sayangkan alam sekitar pada masa hadapan. Secara amnya, kepentingan pendidikan
alam sekitar adalah berikut:
• Membantu masyarakat sejagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar.
• Menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam membantu mengatasi isu alam
sekitar.
• Membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar .
• Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar.
• Meningkatkan kesedaran, kepekaan dan keprihatinan terhadap alam dan
masalahnya.
• Memperolehi nilai, memupuk sikap positif, cintai alam sekitar dan bermotivasi
untuk terlibat secara aktif.
1 Mohammad Zohir Ahmad dan Nordin Abdul Razak (2007) Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru, DP. Jilid 7, Bil. 2/2007
1
• Memahami pembangunan negara perlu diterusksn dengan menggunakan
sumber semulajadi yang ada dengan terancang
• Menguasai kemahiran bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan
penyelesaiannya
• Memberi peluang penglibatan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam
sekitar
1.2 Konsep Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi
beberapa komponen utama iaitu:
1. Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan
manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta
fenomena semula jadi yang berlaku.
2. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai
batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik,
dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
Alam sekitar dalam istilah sains ialah “the surroundings of an individual organism
or a community of organisms ranging on up to the entire biosphere, the zone of
earth that is able to sustain life. By surroundings is meant all the nonliving and living
materials that play any role in an organism’s existance...” [Grolier Encyclopedia of
Knowledge].
1.3 Kepentingan Alam Sekitar
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam
sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit
sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
2
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Antara kepentingan alam sekitar adalah:-
Menjamin kesihatan manusia dan ekologi.
Tarikan pelancong asing
Pembekalan udara yang segar
Ekosistem yang stabil
Habitat hidupan darat dan air terpelihara
Mengelakkan kepupusan
BAB 2: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS EKOLOGI
2.1 Definisi
Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup
dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut
Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti " rumah" dan
logos beerti "sains")2.
Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian
saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di
kalangan kumpulan organisma itu sendiri.
Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik -- benda bukan hidup seperti
cuaca dan geologi -- dan persekitaran biotik -- benda hidup seperti tumbuhan dan
haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah
organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh
organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma
tersebut.
2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi
3
Manakala mengikut kamus ekologi, istilah ekologi merupakan satu kajian tentang
hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya. Ia termasuk faktor fizikal
dan biotik. Cabang-cabang ekologi terbahagi kepada ekologi ekosistem, ekologi
fisiologi, ekologi gunaan, ekologi haiwan, ekologi polistik, ekologi komuniti, ekologi
pengeluar, ekologi populasi, ekologi ruang dan ekologi sinaran. (Kamus ekologi,1993).
Ilmu ekologi pada dasarnya menjejaskan hubungan antara organisma, tumbuhan
dan haiwan di dalam habitat semula jadinya. Mengikut Ernst Haekel (1869), ia
merupakan satu kajian tentang interaksi antara hidupan-hidupan dan alam sekitarnya.
Di samping itu, menurut Odum (1953), ekologi merupakan satu kajian mengenai
struktur dan fungsi alam semula jadi. (Eugene P.Odum,1996).
Untuk memahami konsep ekologi, ia dapat diringkaskan berdasarkan hieraki atau
susun atur hidupan dalam biologi. Ahli-ahli biotik telah menfokuskan hieraki ekologi
kepada tujuh peringkat iaitu organisma, carrying capacity (kebolehmuatan), populasi,
niche (ceruk), komuniti, ekosistem dan biosfera.
BAB3: ISU-ISU ALAM SEKITAR DAN PERKAITANYA DALAM PEMBANGUNAN
NEGARA.
3.0 Pendahuluan
Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan
banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-
dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan
'memerlukan penelitian bersama' .
Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian
bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini
perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama domestik dan peringkat
4
antarabangsa . Terdapat pelbagai isu alam sekitar yang perlu kita ketahui secara
umum iaitu pencemaran, pemanasan global, pembakaran terbuka dan sebagainya.
ISU-ISU ALAM SEKITAR SEMASA
3.1Isu Pertambahan penduduk
Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang
masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah
populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Walaupun boleh
digunakan untuk mana-mana spesis, namun istilah pertumbuhan penduduk
sentiasa melibatkan kaum manusia. Istilah ini juga selalu digunakan untuk
memaksudkan istilah demografi khusus berbunyi kadar pertumbuhan penduduk
(lihat di bawah), yang merujuk kepada kadar pertumbuhan penduduk dunia3.
3.1.1 Kadar pertumbuhan penduduk
Dalam bidang demografi dan ekologi, kadar pertumbuhan penduduk ialah kadar
pecahan pertumbuhan bilangan penduduk sesebuah kawasan. Secara
terperincinya, kadar pertumbuhan penduduk biasanya bermaksud perubahan
bilangan penduduk sepanjang suatu tempoh, yang dinyatakan secara peratusan
bilangan penduduk in the populasi pada awal tempoh tersebut
3.1.2 Pertumbuhan berlebihan dan penurunan
Bilangan penduduk yang melebihi keupayaan tampung sesebuah
kawasan atau persekitaran menimbulkan masalah penduduk berlebihan. Ini
mungkin disebabkan oleh pertumbuhan penduduk atau penurunan muatan
kawasan tersebut. Pertambahan penduduk manusia secara mendadak boleh
menimbulkan masalah seperti pencemaran dan kesesakan lalu lintas, yang
boleh diburukkan lagi ataupun dipulihkan oleh perubahan teknologi dan ekonomi.
Begitu juga, sesebuah kawasan mengalami kekurangan penduduk jika bilangan
penduduknya tidak cukup untuk menampung sistem ekonominya 3 http://ms.wikipedia.org/wiki/PertumbuhanPenduduk
5
3.2Pelupusan Spesis Flora dan Fauna
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus
daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora
dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh –
tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies
pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies
katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi
sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi
seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air4.
Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini, kita lihat
bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir pupus .Faktor ini
mungkin disebebkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia yang kian
menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu di lautan juga kian terancam.
Menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui
kajian mereka,menunjukan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu
Mentarut mendarat di pesisir pantai tetapi pada tahun 1994 hanya tinggal 2247
ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu Mentarut ini jika
tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali
spesis penyu ini.
3.3Penebangan hutan
3.3.1 Takrifan
4 http://bobezani.tripod.com/flora.htm
6
Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang khatulistiwa yang suhunya
panas dan lembab sepanjang tahun. Ia memerlukan suhu 18-30 °C dan hujan
antara 200-300 sentimeter setahun. Hutan ini terletak di Afrika Tengah, Amerika
Selatan, Amerika Tengah dan Asia Kepulauan Pasifik.
Antara sumber hutan yang terpenting ialah jenis hutan dipterokarp.
Keluarga dipterokarp ada lebih 16 jenis dan 550 species. Pusat utamanya ialah
di Borneo. Lain-lain ialah di Sumatera, Semenanjung Malaysia, Jawa, Nusa
Tenggara, Filipina, Sulawesi, Maluku, New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Dalam hal ini hutan dipterokarp di Filipina telah habis ditebang.5
3.3.2 Kepupusan hutan tropika
Penebangan pokok-pokok secara berleluasa diakui boleh mengubah
keseimbangan oksigen dan karbon dioksida. Selain itu albedo akan berubah di
sesuatu kawasan.
Pemusnahan hutan untuk tujuan apapun adalah merugikan. Pembinaan
jalan raya, projek pembangunan hanya memberikan pulangan sementara sahaja.
Dalam jangka panjang ia tetap merugikan walaupun diganti dengan tanaman
getah, kelapa sawit, kopi dan lain-lain.
Menurut satu kajian hutan pernah meliputi 60 peratus daripada kawasan
daratan bumi. Kini hanya tinggal setengah sahaja. Dalam pada itu Hutan Hujan
Tropika telah ditebang pada kadar 41 hektar seminit. Sejak 1940-an, setengah
daripada hutan hujan tropika dunia telah dimusnahkan.
Setiap seminit, 100 ekar hutan hujan telah hilang. Keluasan ini sama
dengan 60 padang bola sepak. Bagi menggambarkan keadan ini, setiap tahun,
hutan bersaiz England, Scotland dan Wales akan dimusnahkan.
Namun begitu ketidakseimbangan ini bukan disebabkan oleh hutan
tropika sahaja. Pemanasan suhu dan perubahan iklim bumi sekarang juga 5 http://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_tropika
7
disebabkan kegiatan perindustrian, peperangan konvensional, pembuangan
sisa-sisa industri, jumlah kenderaan yang terlalu banyak dan sebagainya.
3.4Penghapusan Paya Bakau
3.4.1 Lokasi
Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung.
3.4.2 Keluasan
Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;
57 % di Sabah
26 % di Sarawak
17% di Semenanjung Malaysia.
Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6
buah pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor.
Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di
Malaysia.
Hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan
untuk pengeluaran kayu secara mapan.
Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling
mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.
3.4.3 Hutan Bakau Simpan Matang
Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah
kawasan bakau yang mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan
8
membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan
seperti tiang.
3.4.4 Nilai ekologi
Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :
Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis
pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.
Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan
semula jadi terhadap ebut taufan.
Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna
yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan
mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak
penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir
pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak
3.4.5 Masalah hutan bakau
Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif
terhadap :
penukaran tanah
penebangan hutan
penebusgunaan
pencemaran.
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :
akuakultur
ternakan ikan dalam sangkar
kolam ternakan udang dan ikan air masin
9
Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.
Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.
Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan
alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk
meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri
kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian
daripada flora dan fauna dunia yang terancam.
3.5Hakisan Tanah
Hakisan ialah proses pemechan ketulan-ketulan tanah dieprmukaan bumi dan
pemindahannya ke tempat lain ole air atau angin yang bergerak.
Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan
ahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan
menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah
yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian.
Tanah di kawasan yang berhutan ternyata masih kekal kesuburannya
disebabkan oleh kurangnya kejadian hakisan. Lindungan yang diberikan oleh
daun-daun pokok dapat mengelakkan tanah daripada ditimpa terus oleh air
hujan. Daun yang gugur atau tumbuhan yang mati dapay menambahkan bahan
organan di dalam tanah dan memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur
dapat menyerap air dan mengurangkan larian permukaan serta hakisan.
3.5.1 Bentuk Hakisan
10
Terdapat dua bentuk hakisan, iaitu hakisan geologi dan hakisan tercepat.
Haksian geologi terjadi dengan sendiri yang disebabkan oleh keadaan
semulajadi, prosesnya perlahan dan tanah terhakis adalah sedikit. Manakala
hakisan tercepat berlaku daripada aktiviti pembangunan tanah terutama jika
dibuat dikawasan curam. Walaubagaimana pun pengawalan hakisan adalah
sangat perlu.
3.5.2 Jenis Hakisan Tanah
1. Hakian Serata
2. Hakisan Alur
3. Hakisan Gaung
4. Hakisan Tebing Sungai
5. Tanah Runtuh
3.5.3 Tanah runtuh
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan
kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar
pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah
cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan
punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah
runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
11
letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran
sampah.
gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan
keruntuhan cerun lemah.
berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu
atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang
memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat
colluvium kepada batu asas.
Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah
atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan
pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai
menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan
air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu
menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.
Runtuhan salji menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah runtuh dan
membabitkan sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh dengan pantas dari
sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubir (cornices) atau di atas lapisan salji
lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.
Aliran piroklastik (pyroclastic) berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas
beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan
pantas daripada gunung berapi yang meletus.
12
3.6Pencemaran Air, Tanah dan Udara
3.6.1 Pengenalan
Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,
hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan
kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia,
mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan
kenggunaan halal alam sekitar.6
3.6.2 Bentuk Pencemaran
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:
Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam
atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur
dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh
kenderaan dan kilang industri.
Pencemaran air, seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber
air atau fenomenon eutrofikasi.
Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat,
hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih7.
3.6.2 Pencemaran air
Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi
berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama
daripada aktiviti manusia8.
6 http://www.ecoconsult.ch/uploads/1144-IEL_Slide4_Pollution-hazwastes.pdf Definisi pencemaran7 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran8 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air
13
Pencemaran air di Malaysia
Punca utama utama ialah pembuangan sampah dari perumahan yang tinggal di
sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan
najis ternakan ayam, ladang babi, ladang lembu dan lain-lain ke dalam sungai.
Contohnya Sungai Semenyih pernah dicemari puluhan ladang babi pada 1980-
an.
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit menyumbang kepada
pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik mengalir ke longkang,
parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Contohnya Sungai Juru di
Seberang Perai, Pulau Pinang satu ketika dahulu. Pemandangan dari udara
menunjukkan kualiti air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di
laut.
Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun
serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan
rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna
sehingga najis manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini didedahkan oleh
wartawan Karam Singh Walia di TV3 pada 8 Mei 2009. Selepas itu barulah Majlis
Daerah Cameron Highland turun padang mengambil tindakan membetulkan
keadaan.
Pengilang dari negara Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke
Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negera
maju membuang sisa radioaktif dalam tong-tong dram ke dalam laut. Tindakan
ini boleh merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya dijadikan
tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China Selatan. Sesetengah
pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu wujud 'pulau
sampah' secara terancang atau tidak dirancang.
14
3.6.3 Pencemaran Tanih
Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang
berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,
kesuburan dan hakisan tanah. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk
air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau
fizik9. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah.
Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang.
Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di
kawasan tersebut akan menjadi layu.
Punca pencemaran tanih
Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang (dibiarkan begitu
sahaja atau ditanam dalam tanah.
Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang
tidak sistematik.
Kesan terhadap tanah
Kesuburan tanah menjadi tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.
3.6.4 Pencemaran Udara
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh
menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma
hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh
pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan
sisa radioaktif10.
9 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_tanih10 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
15
Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh
industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan
raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah
penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran
udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan
keselesaan manusia ataupun harta benda.
3.6.4.1 Klasifikasi pencemaran udara.
Pencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu
pencemaran primer dan pencemaran sekunder
Pencemaran primer
Pencemaran primer adalah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida
dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan
zarah-zarah halus terampai di udara.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos
kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan
penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal.
Pencemaran sekunder
Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur
dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.
3.6.4.2 Kesan pencemaran udara
Kesan terhadap manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan.
Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen
16
dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya
menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan
kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk,
asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan
juga menjejaskan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga
juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah
tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan
kenderaan.
Kesan terhadap tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis
(keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian daripada penduduk juga terganggu.
Kesan terhadap haiwan.
Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan
dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber
tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.
3.7 Pemanasan global
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah
meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan
tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding
kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun
17
tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya
2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim
panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan
"permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya
di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair
pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan
mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak11.
3.7.1 Faktor pemanasan global
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988
oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan
menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam
sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan
ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini
amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan
kesan jangka pendek dan panjang.
Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak
ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan
menjejaskan manusia atau tamadunnya daripadanya.
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon
dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak
abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus
pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia
akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
11 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global
18
Pelepasan karbon dioksida
Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut
tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah
meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-
18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup
sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya
kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah
karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi
seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan
tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu
450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam
atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun
tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil
daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita
tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu
bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara sedang membangun seperti
India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar
fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil
secara keterlaluan.
Kesan pemanasan global di Malaysia.
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan
penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam
bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan
19
dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan
tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan
rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air.
Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima
lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak
kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar
ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam
sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran
terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta
mereka bertindak secara betul dan tepat12.
3.8 Penipisan ozon
Ozon terdiri daripada tiga molekul oksigen dan amat merbahaya kepada
kesihatan manusia. Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya
ultra-lembayung dengan atmospera bumi dan membentuk satu lapisan ozon
pada ketinggian 50 kilometer13.
Sifat ozon
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan
bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai
tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam
atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada
matahari.
Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak
gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari
12 Melati Mohd Ariff - Pemanasan Global: Menangani "Amarah Alam" : Bernama.com13 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ozon
20
sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan
penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-
proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam
lapisan dan penyerapan 90% sinaran UV.
Kegunaan Ozon
Ozon digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubati pesakit dengan cara
terkawal dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Antaranya
ialah untuk rawatan kulit terbakar.
Manakala dalam perindustrian, ozon digunakan untuk:
menyah-kuman sebelum dibotolkan (antispetik)
menghapuskan pencemaran dalam air (besi, arsenik, hidrogen sulfida,
nitrite, dan bahan organik kompleks yang dikenali sebagai warna)
membantu kepada proses flocculation (proses pengabungan molekul
membantu penapis menghilangkan besi dan arsenik)
mencuci, dan memutihkan
membantu mewarnakan plastik
menentukan ketahanan.
Ancaman dari Kloroflorokarbon (CFC)
Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan
kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran
ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global.
CFC digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira
banyak, dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan
bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.
Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke
dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat
21
ketinggian 20 – 25 km, kurang sinar uv diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai
setelah bertindakbalas dengan uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin
ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.
Kesan akibat penipisan ozon
Lubang Ozon
Lubang ozon di Antartik disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud
tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap
tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan ‘lubang’ tersebut berlaku setiap
bulan September dan pulih ke keadaan normal pada lewat musin bunga atau
awal musim panas.
Dalam bulan Oktober 1987,1989,1990 dan 1991, lubang ozon yang luas
telah dikesan di keseluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon
berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah
atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartika.
Kemerosotan Ozon Global.
Pengukuran latar dan satelit menunjukkan pengurangan signifikan terhadap
jumlah kolum ozon pada musin sejuk dan panas bagi kedua-dua hemisfera utara
dan selatan pada garis lintang tengah dan tinggi. Di dapati aliran ke bawah ini
pada tahun1980 agak besar bila berbanding tahun 1970. Tiada statistik aliran
signifikan dapat ditentukan bagi kawasan tropika semasa tahun 1980. Dengan
kemajuan komputer model bagi pemusnahan stratosfera ozon dapat
menjelaskan pemerhatian aliran jumlah ozon di latitud pertengahan pada musim
panas, tetapi hanya sebahagian daripadanya pada musin sejuk. Ini bermakna
bahawa pada masa hadapan perubahan global ozon belum boleh diramalkan
lagi14
3.9 Hujan asid14 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ozon
22
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang
turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang
terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan
tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam
jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang
batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton
sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan
oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan
lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan
cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH
kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7
adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih
seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air
hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid.
Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu
pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati,
bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-
lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga
merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan
tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
3.10 Krisis Air
Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia
sejak tahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh
dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi
23
sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber
air yang boleh digunakan dan pencemaran air15.
Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah,
permukaan bumi dan atmosfera. Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap
bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami
jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih
lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit
sahaja bekalan air bersih yang diambil dari proses penyahmasinan.
Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air
Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1
bilion
Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil
pertanian
Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu
kepelbagaian bio
Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh
menyebabkan perang.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca
utama kematian di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun,
penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari
pesakit di hospital adalah disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air. Mengikut
Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak
bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan.
Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap
populasi manusia yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan
kuantiti air bersih. Ini diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu
keseimbangan bekalan air bersih.
15 http://ms.wikipedia.org/wiki/Krisis_air
24
Hutan dan Air
Hutan merupakan salah satu ekosistem penting kerana ia mengandungi
lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi
ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada "Peparu
Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses
fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan
tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa sekarang
bukan sahaja membinasakan alam semula jadi tetapi juga memusnahkan "hutan
awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang
berharga Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air
yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan
kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. Dan tanpa kawasan hutan
yang tebal, apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada
sistem angin yang akan membawa lembapan itu ke tempat lain dan
melepaskannya ke laut.
Krisis Air di Malaysia.
Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di
garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari
2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak
5,000 mm. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang
merupakan sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun terdapat beberapa
krisis air juga pernah berlaku di Malaysia seperti:
Krisis air di Lembah Kelang 1998
Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
Siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai yang menyebabkan bekalan air
terganggu.
25
3.11 Peningkatan Gurun
Mengikut skim pengelasan iklim Koppen, iklim gurun (BWh, BWk, BWn), juga
dipanggik iklim gersang, ialah sejenis iklim yang bersuhu sederhana dan
mengalami curahan hujan yang terlalu sedikit untuk menampun gtumbuh-
tumbuhan, jika ada pun cuma pokok renek yang jarang. Kawasan-kawasan yang
mengalami iklim ini memang selalunya merupakan gurun. Kawasan yang
beriklim gurun biasanya mengalami kurang daripada 250 mm (10 inci) curahan
hujan setahun, apatah lagi ada tahun-tahun yang setitis kerpasan pun tidak
turun16.
Sekali-sekala, kawasan beriklim gurun boleh menerima kerpasan
melebihi 250 mm setahun; tetapi masih dikira sebagai beriklim gurun kerana air
lebih cepat terlesap kesan penyejatpeluhan berbanding turun sebagai kerpasan.
Umumnya terdapat tiga variasi iklim gurun, iaitu iklim gurun panas (BWh), iklim
gurun sejuk (BWk) dan iklim gurun sederhana (adakalanya berlabel BWn)
Untuk menentukan sama ada sesebuah kawasan memang mengalami iklim
gersang, pertama sekali ambang kerpasannya (dalam ukuran milimeter) mesti
ditentukan dengan langkah-langkah berikut:
o Darabkan purata suhu tahunan (dalam °C) dengan 20.
o Tambahkan nilai-nilai berikut berdasarkan peratusan jumlah kerpasan
dalam separuh tahun yang bermatahari tinggi (April hingga September di
Hemisfera Utara, atau Oktober hingga Mac di Hemisfera selatan)
>70% jumlah kerpasan: 280
30–70% jumlah kerpasan: 140
<30% jumlah kerpasan: 0
Iklim gurun panas
16 http://ms.wikipedia.org/wiki/Iklim_gurun
26
Iklim gurun panas lazimnya dijumpai di kawasan subtropika yang
menerima cahaya matahari tanpa henti sepanjang tahun dek udara turun yang
stabil dan tekanan tinggi. Antara kawasan beriklim sedemikian termasuk Sahara,
Arab Saudi, kebanyakan kawasan Iran dan Iraq, kawasan barat laut India,
kawasan barat daya Amerika Syarikat, Mexico Utara, Afrika Selatan dan
kebanyakan tanah Australia. Di bandar-bandar yang beriklim gurun, tidak jarang
dialaminya suhu maksimum sekitar 40°C hingga 45°C, khususnya pada bulan-
bulan yang lebih panas dalam setahun.
Pada masa yang lebih sejuk, suhu malam mampu menjunam ke bawah
takat lebur kerana kehilangan sinaran yang ketara sekali di bawah langit cerah;
itupun jarang sekali suhunya turun terlalu ke bawah takat lebur.
Contoh Bandaraya Iklim Gurun Panas.
Karachi, Pakistan
Jodhpur, India
Ashgabat, Turkmenistan
Alice Springs, Australia
Ciudad Juárez, Mexico
Mexicali, Mexico
Phoenix, Amerika Syarikat
Las Vegas, Amerika Syarikat
BAB4: PEMBANGUNAN MAPAN DAN KEPENTINGANYA DALAM
PEMBANGUNAN NEGARA.
4.0 Pengenalan
Pembangunan mampan atau pembangunan lestari merupakan pembangunan
yang dijalankan secara terancang dan berterusan serta tidak menjejaskan
27
keadaan alam sekitar, bukan sahaja untuk generasi semasa malah untuk
generasi akan datang.17
4.1 Pendidikan untuk pembangunan mapan
Pendidikan untuk Pembangunan Mapan (Bahasa Inggeris:Education for
Sustainable Development (ESD)) merupakan satu wawasan pendidikan yang
memberikan kuasa kepada orang ramai untuk memegang tanggungjawab dalam
mencipta masa depan yang mapan. Pusat kepada ESD adalah konsep buadaya
sebagai tema asas18.
Telah diketahui bahawa tiada "jalan tunggal" untuk pembangunan mapan.
Malah, amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adala
berbeza bagi setiap orang dan kita perlu bekerjasama untuk berunding tentang
proses mencapai kemapanan itu. Ramai yang terlibat secara tidak langsung
dalam pembangunan mapan (seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan,
media, remaja, dll). Setiap satu sektor ini mempunyai pandangan yang berbeza
tentang pembangunan mapan dan bagaimana untuk menyumbang.
Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar,
sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain
berminat dengan pembangunan sosial. Sebagai tambahan, bagaimana setiap
negara, kumpulan masyarakat dan individu melihat pembangunan mapan adalah
bergantung kepada nilai. Nilai bagi sesuatu masyarakat membantu dalam
bagaimana keputusan seseorang dibuat dan bagaimana perundangan negara
ditulis.
Cabarannya ialah bagaimana untuk membawa mereka ini bersama untuk
bekerjasama dalam mencari keseimbangan dalam kepentingan dan keutamaan
mereka. Pelbagai pendekatan bagi ESD untuk menggalakkan orang ramai
memahami dan menilai nilai mereka dan masyarakat yang mereka tinggal dalam
konteks kemapanan.
17 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembangunan_mampan18 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_untuk_Pembangunan_Mapan
28
Pembangunan mapan dan kepentinganya dalam pembangunan negara.
Pembangunan berterusan adalah amat penting dalam memajukan sesebuah
negara. Walaubagaimanapun, pembangunan yang tidak terancang dan teratur
akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar sesebuah negara. Oleh itu,
sesebuah negara perlu mengaplikasikan konsep pembangunan mapan dalam
pembangunan negara itu agar dapat mengimbangi pembambunan dan
keseimbangan alam pada satu masa.
Pembangunan mampan atau pembangunan lestari merupakan
pembangunan yang dijalankan secara terancang dan berterusan serta tidak
menjejaskan keadaan alam sekitar, bukan sahaja untuk generasi semasa malah
untuk generasi akan datang. Terdapat deklarasi yang telah dianjurkan oleh
Negara-negara di seluruh dunia yang boleh membantu memulihara dan
memelihara alam sekitar di samping sesebuah negara itu membangun iaitu
dinamakan Deklarasi 21.
Agenda 21
Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan
Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED)
sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada
1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh
negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya
mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat
negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD).
Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang
memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu
alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan19.
Profil Negara
19 http://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21
29
Hasilnya, pada tahun 1993, beberapa buah negara mula menghantar laporan
Agenda 21 kepada CSD. Selepas dua tahun pelaksanaannya, pihak CSD sangat
berpuas hati dengan sambutan dan mutu laporan yang dipersembahkan, lalu
telah menerbitkan Profil Negara pada 1997 sebagai rujukan paling lengkap
selepas 5 tahun pelaksanaan Agenda 21. Profil tersebut menghimpunkan
laporan negara-negara antara tahun 1994 hingga 1996.
Profil Negara ini bertujuan:
Membantu negara-negara memantau pelaksanaan inti pati Agenda 21.
Berkongsi pengalaman dan maklumat dengan negara-negara lain.
Merekodkan usaha-usaha dan pencapaian negara-negara untuk
merealisasikan idea Agenda
Siri kedua Profil Negara telah dibentangkan semasa Sidang Kemuncak Bumi
tentang Pembangunan Mapan yang diadakan di Johannesburg pada 26 Ogos
hingga 4 September 2002. Setiap profail mengandungi 40 hasrat Agenda 21,
termasuklah isu-isu yang menjadi keutamaan CSD sejak 1997, termasuklah
perdagangan, tenaga, pengangkutan, perindustrian mapan, dan pelancongan
mapan.
Profil Negara 2002 ini menjadi rujukan paling berguna sekarang tentang
pelaksanaan Agenda 21 pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menyediakan laporan Agenda 21 bukanlah satu tugas yang mudah kerana
menuntut kerjasama yang menyeluruh dan berterusan.Tetapi menerusi
pemahaman, hubungan dan koordinasi yang baik antara agensi kerajaan,
institusi, dan pertubuhan berkenaan, usaha-usaha untuk mencapai hasrat
pembangunan mapan tentunya akan lebih mudah dan berkesan, pada peringkat
negara dan seterusnya di peringkat antarabangsa.
Struktur dan Kandungan:
30
Terdapat 40 bab dalam Agenda 21, yang dibahagikan kepada empat bahagian.
Semuanya tercatat dalam dokumen melebih 900 muka surat:
Bahagian I: Simensi Sosial dan Ekonomi.
Termasuklah memerangi kemiskinan, mengubah corak penggunaan, perubahan
demografi dan penduduk, memperbaiki kesihatan, memperbaiki corak
penempatan mapan dan mengintergrasikan alam sekitar dan pembangunan di
dalam membuat keputusan.
Bahagian II: Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber untuk pembangunan.
Termasuklah melindungi atmosfera, memerangi ketandusan hutan, melindungi
alam sekitar yang rapuh, pemeliharaan kepelbagaian hidupan, dan mengawal
pencemaran.
Bahagian III: Memperkasakan Peranan Kumpulan Besar
Termasuklah peranan kanak-kanak dan remaja, wanita, badan bukan kerajaan,
pihak berkuasa tempatan dan pekerja.
Bahagian IV: Menekankan Perlaksanaan
Termasuklah sains, perpindahan teknologi, pendidikan, institusi dan mekanisme
antarabangsa dan mekanisme kewangan.
BAB 5: ISU KEPUPUSAN PAYA BAKAU (Satu kajian kes di Teluk Senangin,
Perak)
5.1 Pengenalan
Hutan Paya Bakau merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat di persisiran laut
yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies
utama Hutan Paya Laut ialah pokok Bakau.
31
Kawasan hutan paya laut telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling
produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Ini disebabkan
kawasan paya laut atau hutan paya bakau merupakan kawasan yang menjadi tempat
tumpuan anak-anak ikan berlindung diri dari ikan pemangsa lain. Kawasan paya laut
atau paya bakau juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan yang gugur
dari pokok-pokok sekitar dan menjadi habitat seperti ketam yang menjadi makanan
istimewa dan sumber pendapatan kepada penduduk tempatan.
Selain itu, ia juga menjadi kawasan penternakan ikan atau udang di dalam
sangkar yang penting. Akar dari pokok-pokok bakau mengheningkan air yang
berkelodak, menjadikan air di kawasan itu jernih. Bagaimanapun, terdapat pendapat
yang menyatakan aktiviti penternakan ikan dan udang telah mencemar kawasan
sekeliling.
Selain itu kawasan paya bakau juga sering diancam oleh aktiviti pembalakan kayu
bakau. Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam dalam air sering digunakan
dalam pembinaan seperti tiang jeti. Selain itu, kayu bakau juga amat sesuai untuk
dibakar untuk menghasilkan arang.
Berikut marupakan kajian kes yang telah dijalankan oleh guru pelatih KPLI-SR Ambilan
Januari 2010 semasa perkhemahan BINA INSAN GURU, SIRI 104 Teluk Senangin
Perak Darul Ridzuan pada 29Mac-1April 2010.
1. Lokasi
Kem Tok Sakah,Teluk Senangin Perak Darul Ridzuan.
2. Keluasan
32
Keluasan dianggarkan seluar 10 hektar meliputi kawasan paya bakau antara pesisir
pantai dan sungai.
Hutan Bakau Kem Tok Sakah, Teluk Senangin Perak Darul Ridzuan
Gambar 5.1 Keadaan dalam hutan paya bakau di Teluk Senangin
3. Nilai ekologi
Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai. Selain itu, ia juga
melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir
pantai dan angin pantai yang kencang.
Hutan bakau juga menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan
semula jadi terhadap ribut taufan dan menjadi tempat perlindungan beberapa
spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies
udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak
penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang.Hutan
bakau ini mampu mengurangkan kesan ombak besar di sepanjang pinggir pantai di
kawasan Pangkor dan Teluk.
33
4. Masalah hutan bakau
Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif
terhadap:
Penukaran tanah
Penebangan hutan
Penebusgunaan
Pencemaran
Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan:
Akuakultur
Ternakan ikan dalam sangkar
Kolam ternakan udang dan ikan air masin
Zon perindustrian yang berdekatan.
Pembinaan struktur bangunan kediaman.
Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan
alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan
kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk
memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan
fauna dunia yang terancam.
Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan
bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif.
Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah,
keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar
adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.
34
Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan
bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk
beberapa ciri penyesuaian yang istemewa.
Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan
akar udara khas yang dikenali sebagai ‘pneumatofor’ iaitu akar yang tumbuh secara
menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.
Gambar 5.2: Ciri akar pokok bakau yang tumbuh menegak.
Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan
tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir
dan akar sokong.
Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai
bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-
tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yangdikenali
sebagai ‘vivipariti’.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh
membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada
bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan
tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah
dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.
35
Pneumatofor:
Akar yang tumbuh menegak
Pneumatofor:
Akar yang tumbuh menegak
Gambar 5.3 : Struktur benih dan akar pokok bakau
5. Kepelbagaian biologi
Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-
tumbuhan.
Tiga jenis tumbuhan utama yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah:
i. Avicennia (Api-api)
ii. Rhizophora (Bakau)
iii. Sonneratia(Perepat
i. Avicennia (Api-api)
Pokok Api-api Bulu
36
Benih berbentuk ‘bom torpedo’ yang menggunakkan graviti untuk membenam ke dalam lumpur.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Lamiales
Famili: [[]]
Genus: Avicennia
Spesies: A. lanata
Pokok Api-api Bulu adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan
Malaysia. Nama sainsnya Avicennia lanata Ridl.
Pokok ini boleh dikenal pasti melalui buahnya yang berbulu dan bahagia
bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan
memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air
melalui penyejatan.
Disesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual
sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan
didebungakan oleh serangga.. Avicennia menghasilkan antara madu yang
terbaik.
Pokok bakau ini merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang
digunakan dalam penanaman semula hutan bakau bagi melindungi persisiran
pantai (yang lain adalah Sonneratia dan Rhizophora). Ia jarang dijadikan
arang dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah.
ii. Rhizophora (Bakau)
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
37
Gambar 5.4: Pokok bakau jenis AVicennia atau nama tempatan (Api-Api)
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: [[]]
Genus: Rhizophora
Spesies: R. mucronata
Gambar 5.5 : Bentuk pokok bakau Rhizophora
Bakau adalah nama kumpulan tumbuhan daripada jenis marga Rhizophora, suku
Rhizophoraceae. Tumbuhan ini memiliki ciri-ciri yang unik seperti mempunyai akar
tunjang yang besar dan berkayu, pucuk yang tertutup ,daun penumpu yang meruncing,
serta buah yang berkecambah serta berakar ketika masih di pokok(vivipar)
Pokok Bakau Kurap adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia.
Nama saintifik ialah Rhizophora mucronata (Lam) Merr.
Kayu bakau memiliki kegunaan yang baik sebagai bahan bangunan, kayu bakar,
dan terutama sebagai bahan pembuat arang. Kulit kayu menghasilkan tanin yang
digunakan sebagai bahan penyamak.
Sebagai kayu bakar, secara tradisional masyarakat biasa memakai jenis
Xylocarpus (Nirih atau Nyirih). Batang kayu digunakkan untuk bahan bakar pembuat
arang biasa yang dikenali Rhizophora manakala penggunaan kulit kayu bakau untuk
diambil tanninnya,.Satu lagi kegunaan kayu bakau, adalah untuk bahan kertas. Kayu
bakau biasa dicincang dengan mesin potong menghasilkan serpihan kayu / wood chips.
Jenis kertas yang dibuat dari kayu bakau adalah termasuk kertas yang berkualiti tinggi.
Kegunaan dari hutan bakau yang paling besar adalah sebagai penyeimbang ekologi
dan sumber (langsung atau tidak langsung) pendapatan masyarakat pesisir pantai.
iii. Sonneratia(Perepat)
38
Pokok Perepat
260px
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Myrtales
Famili: [[]]
Genus: Sonneratia
Spesies: S. alba
Perepat merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan bakau Malaysia. Pokok ini
juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Ia juga mudah didapati di
timur Afrika. Nama botaninya Sonneratia alba J. Smith.
Pokok Perepat mempunyai bunga yang berkembang pada waktu petang, dengan lebar
2 - 4 cm. Ini membolehkannya didebungakan oleh kelawar.
6.1 Habitat bakau
Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus
(zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar :
Buaya Muara.
Ketam Rebab
Ketam Lumpur
Ikan Belacak
Udang Kara
39
Gambar 5.6 : Pokok Perepat atau dikenali juga ‘pokok azan’ oleh penduduk tempatan kerana waktu berbunga yang mengikut waktu solat.
Ular Bakau
Lotong Kelabu
Memerang Licin
Berok
Kelawar.
6.2 Hidupan hutan bakau
Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air
pasang untuk mencari makan. Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan
atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok bakau. Contohnya ;
Siput
Tiram
Teritip
6.3 Burung
Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau dan dataran lumpur berhampirannya
ialah spesies burung air dan burung pantai. Burung-burung ini memakan pelbagai jenis
makanan, termasuklah plankton , tumbuh- tumbuhan air, cacing, krustasia, moluska
dan ikan. Burung-burung ini mempunyai ciri-ciri penyesuaian khas yang merangkumi
saiz dan bentuk paruh, leher, kaki dan kibaran sayap yang disesuaikan dengan tabiat
pemakanan yang tertentu.
Antara burung yang berterbangan di hutan bakau ialah :
Burung Bangau (Burung Bangau Kecil dan Burung Bangau Putih Besar)
Burung Pucung (Burung Pucung Keladi dan Burung Pucung Seriap)
Burung Botak Upeh
Burung Helang Merah
Burung Helang Siput
Burung Pacat Bakau
40
Burung Murai Bakau
Burung Sambar Biru Bakau
Burung Pekaka Sungai
Kesemua burung ini lazim dijumpai di kawasan hutan bakau
7. Kegunaan Hutan Bakau
Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan
bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di
kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun.
Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau
sebagai sumber kayu balak.
Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina
rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang)
.Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan
Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api
Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot).
Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan
jaring ,kain layar dan pelekat plastik.
Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya
dijadikan makanan oleh penduduk setempat
Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya).
Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan
rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.
Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua
persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus
pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai,
tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus pasang
surut, ombak dan ribut. Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah
akibat kehilangan kawasan paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
41
Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi
mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila
ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan
sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan
fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan.
Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa
spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan
tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut.
Jika hilangnya hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi
juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan
pendapatan dari industri perikanan.
Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau
dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan
arang. Pengalaman menunjukkan bahawa jika aktiviti ini diurus dengan
sempurna, ianya dapat menghasilkan barangan tanpa merosakkan hutan ini
dengan teruk dan sementara itu ianya boleh mengekalkan sebagai nursery bagi
hidupan laut.
Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau
masih lagi dijalankan. Tanin ini digunakan dalam industri kulit.
Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan
pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan
sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk
pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial.
42
BAB 6 : KAJIAN KEPENTINGAN HUTAN PAYA BAKAU, KINI DAN PADA
MASA AKAN DATANG.
6.0 Pengenalan
Paya bakau merupakan ekosistem yang biasanya terdapat di antara kawasan pasang
surut dan biasanya kawasan paya bakau ini merupakan kawasan yang berlumpur.
Kawasan paya bakau ini merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam
menjaga habitat yang terdapat di kawasan tersebut. Habitat yang banyak tinggal di
kawasan paya bakau adalah seperti ikan, ketam, udang dan banyak lagi spesis yang
lain kerana kawasan paya terdapat banyak makanan dan sesuai dijadikan sebagai
tempat pembiakan spesis tersebut. Kawasan paya bakau yang tidak diterokai
43
mempunyai keseimbangan ekosistem yang baik manakala apabila kawasan paya
bakau ini mula terokai maka keseimbangan ekosistem di paya bakau ini akan
terganggu dan banyak spesis seperti akan akan berkurangan.
Hutan paya bakau adalah salah satu sumber alam yang semakin terancam. Isu
penerokaan hutan ini dan kemusnahannya merupakan antara topik alam sekitar yang
hangat dan sering diperbincangkan di negara ini. Di Malaysia, hutan paya bakau
diteroka untuk pelbagai tujuan antaranya melalui aktiviti penebangan bagi tujuan
industri perkayuan bahan bakar, pembangunan kawasan pertanian dan penempatan,
pembangunan infrastruktur dan aktiviti pertanian pindah. Konflik kegunaan hutan timbul
hasil daripada aras permintaan yang tinggi terhadap kayu kayan, komitmen sosial untuk
mengekalkan penawaran daripada punca yang ada dan batasan terhadap piawaian
pengurusan yang dikenakan. Di satu pihak khususnya Jabatan Perhutanan dan
Jabatan Alam Sekitar kelihatan bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab
mereka melindungi dan memulihara hutan ini tetapi di pihak yang lain mereka juga
kelihatan bersungguh-sungguh meneroka dan memusnahkan hutan bagi tujuan
pembangunan. Kesemua ini menuntut usaha bersungguh-sungguh dan berterusan
dilakukan bagi mengekal dan melindungi sumber hutan negara yang semakin
terancam. Justeru, timbul persoalan sama ada wujudkah perhutanan mampan di
Malaysia? Bagi menjawab persoalan tersebut kita perlu menyorot dan membincangkan
beberapa faktor utama yang terlibat dalam perkara ini.
6.1 Hutan Paya Bakau pada masa kini
Hutan paya bakau yang terdapat di seluruh negara kini terdedah kepada penerokaan
yang berleluasa dan tidak terkawal mengakibatkan kemusnahan hutan ini dan alam di
sekitarnya. Projek-projek pembangunan telah dijalankan secara rakus dengan alasan
untuk pembangunan ekonomi negara.
Berikut ialah salatuh sbukti kerakusan individu dan kumpulan berpandangan
kapitalisme yang sedang berlaku di Malaysia kini.
Kajian ini telah dijalankan oleh Persatuan Kebajikan Nelayan Lekir Daerah Manjung,
Perak.
44
1. Pembinaan kolam untuk tujuan akuakultur ternakan udang telah membawa kemusnahan beratus hektar hutan paya bakau dan tanah lembab pesisiran pantai Daerah Manjung, Perak.
Gambar 6.1 Pandangan satelit pembinaan kolam penternakan udang di perkampungan Lekir,
Daerah Manjung, Perak
Seluruh kawasan paya bakau pesisir laut perkampungan Pasir Pandak sudah
dimajukan dengan projek ternakan udang harimau. Rimbunan pohon bakau yang
tinggal beberapa baris bagaikan sengaja dibiarkan bagi melindungi pandangan dari laut
supaya projek mega yang meratah khazanah alam ini tidak kelihatan terlalu ketara.
Buruh asing dikerah tenaganya tanpa rasa bimbang kerana operasi mereka tidak jelas
kelihatan di sebalik barisan sisa pohon bakau yang ditinggalkan. Tetapi apabila dilihat
dari imej satelit, muka bumi Pasir Pandak mengunjur hingga ke Sungai Tiram Lekir jelas
telah musnah.
45
Gambar 6.2: Keluasan penerokaan hutan paya bakau untuk tujuan komersial.
Apa yang menjadi persoalannya, siapakah yang mendapat manfaat dari projek
mega ini dan siapa pula yang harus menanggung akibat dari kesan sampingannya ?
Tiada sesen pun hasil dari projek mega ini tumpah kepada penduduk tempatan
melainkan beberapa kerat golongan yang berkepentingan diri yang telah mengaut
keuntungan hasil daripada menjadi balaci bagi menjayakan agenda komersil orang
lain . Demi kepentingan diri, segelintir dari mereka yang bertopengkan jawatan
kepimpinan telah berjaya melaksanakan peranan meluluskan projek-projek ini.
Masakan tidak, kawasan paya bakau yang sebelum ini telah berdekad mengimbangi
ekologi pinggir laut di sini musnah sama sekali. Tanah dalam perkampungan orang
Melayu dieksploitasi bangsa lain sewenang-wenangnya. Siapakah dalang di sebalik
semua ini? Mana mungkin projek-projek ini boleh diluluskan tanpa kerjasama
kepimpinan Melayu sendiri?
Kini, setiap akibat dari projek mega ini dalam sedar atau tidak terpaksa
ditanggung penduduk kampung terutamanya golongan nelayan kecil malah anak cucu
mereka di masa depan. Sudah sekian kali bumbung rumah terbang diterjah angin
kencang dari laut akibat tiada lagi pohon bakau yang menampannya. Tanjung Kepah
tinggal namanya sahaja Tanjung Kepah, di manakah kepahnya kini ?
Saban hari, kaum nelayan tempatan menyusur sungai kecil di celah gagasan
kolam ternakan udang dengan hati penuh risau mengejar rezeki yang kurang pasti
sambil menjeling buruh negara asing (entah ada permit ke tidak) gigih menjalankan
tugas menjayakan projek kolam udang. Ekologi paya bakau yang punah telah
menghambat segala rezeki pinggir laut. Kepah, ketam, siput dan seumpamanya yang
46
selama ini menghuni ekologi paya bakau sudah lama berhijrah . Pepohon bakau yang
tinggal gerigis pun makin lupus. Apakah derita ini akan menjadi anugerah buat
penduduk tempatan atas kejayaan projek mega ternakan udang harimau di sini ?
Sumber: Kajian adalah dijalankan oleh Persatuan Kebajikan Nelayan (PEKENAL), Lekir, Daerah Manjung
Perak.
.
KAJIAN KES PENEROKAAN HUTAN PAYA BAKAU
MASA KESAN ALAM SEKITAR KESAN EKONOMI KESAN SOSIAL
DULU Alam sekitar dalam keadaan asal
Ekosistem masih dalam keadaan semulajadi dan seimbang.
Paya masih menjadi habitat kepada hidupan akuatik dan bukan akuatik.
Masih menjadi kawasan orang setempat untuk menjadi rezeki yang banyak terutama ikan, ketam dan udang
Masih menjadi kawasan riadah penduduk setempat seperti aktiviti memancing dan berkelah.
KINI Kawasan hutan paya bakau diteroka untuk tujuan komersial. Berlaku kemusnahan fizikal hutan bakau.
Kawasan dibersihkan untuk membina kolam ternakan secara besar-besaran.
Berlaku pengangguran golongan nelayan kerana kekurangan sumber tangkapan.
47
Kayu bakau ditebang untuk tujuan pengkayuan,tanah dikorek untuk membuat kolam udang, ikan dan sebagainya.
Peneroka memusnahkan kawasan mencari rezeki kaum nelayan yang lain.
Peneroka pula lebih suka mengupah pekerja asing kerana kos buruh yang murah.
MASA DEPAN
Berlaku kepupusan flora dan fauna. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan mati apabila berlaku gangguan rantaian makanan.
Berlaku jurang ekonomi antara penoraka dan penduduk nelayan setempat.
Peneroka menjadi lebih kaya manakala kaum nelayan yang tidak mempunyai modal besar akan terpinggir.
Kemiskinan akan memaksa penduduk mencari jalan untuk keluar daripada belengu kemiskinan.
Maka akan berlaku gejala sosial seperti merompak dan sebagainya.
Kajian Masa kini dan pada masa akan datang.
Pada masa sekarang, hutan bakau merupakan habitat di dunia yang paling
terancam. Hutan ini lenyap pada kadar yang tinggi tetapi tidak diketahui umum.
Thailand telah hilang lebih daripada setengah hutan bakaunya semenjak 1960. Di
Filipina pula, keluasan hutan bakau telah menurun daripada 448,000 hektar pada
tahun 1920 ke 110,000 hektar pada tahun 1990. Di Ecuador, dianggarkan 20% ke
50% bakau telah lenyap dari muka bumi disebabkan oleh kegiatan manusia. Kawasan
Muisne di Ecuador telah hilang hampir 90% hutan bakaunya. Secara sejagat, lebih
kurang 50% kemusnahan bakau sejak kebelakangan ini diakibatkan oleh pembersihan
hutan bakau untuk tujuan menternak udang. Kemusnahan hutan bakau boleh
dibahagikan secara umum kepada dua (2) perkara iaitu akibat kemusnahan akibat
kegiatan manusia dan kemusnahan akibat bencana dan kejadian semulajadi.
48
Hampir keseluruhan kemusnahan ini adalah disebabkan oleh kerakusan
manusia mengeksploitasi sumber yang ada tanpa ada kawalan yang benar-benar
berkesan. Walaubagaimanapun, kita boleh mengaut keuntungan daripada penerokaan
hutan paya bakau ini jika adanya sistem pengurusan hutan bakau yang sistematik.
Penglibatan individu, penduduk setempat, kumpulan peneroka, badan alam sekitar
mahupun kerajaan perlu duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh
menguntungkan semua pihak dari segi ekonomi di samping dapat memulihara dan
memelihara hutan paya bakau ini sepanjang masa.
Cadangan untuk penglibatan dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar
mengikut kumpulan adalah seperti berikut:
Penglibatan Individu.
Individu boleh menyumbang dengan memberikan kerjasama dengan tidak
mencemarkan kawasan hutan paya bakau. Selain itu, mereka juga boleh menanam
semula kayu bakau yang telah dituai.
Penglibatan pengusaha.
Pengusaha boleh mereka semula kawasan yang telah diteroka dengan menanam
semula tumbuhan bakau dengan lebih sistematik dan menarik. Ini akan sedikit
sebanyak membantu mencantikkan alam sekitar dan seterusnya menjadi daya tarikan
pengunjung ke kawasan yang diterokai.
Pengusaha juga perlu merancang penerokaan agar dapat mengurangkan
kemusnahan yang tidak diperlukan. Mereka juga perlu sentiasa mengambil berat
tentang aktiviti yang mereka lakukan agar tidak menganggu ekosistem itu semula.
Penglibatan badan bukan kerajaan.
49
Badan bukan kerajaan juga perlu sentiasa peka terhadap aktiviti penerokaan ini pada
peringkat awal agar tidak terlewat mengambil tindakan. Badan seperti WWF, Jabatan
Alam Sekitar dan penduduk setempat perlu lebih bekerjasama. Aktiviti yang dijalankan
mestilah telus dan boleh dipercayai agar setiap individu dapat memberikan sumbangan
yang terbaik tanpa rasa was-was.
Penglibatan kerajaan
Kerajaan perlu mencari langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan dan di
buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan hutan paya yang
ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan .
Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai
langkah pemeliharan semula hutan bakau ini bagi tujuan pembalakan di masa hadapan
.Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak
mematuhi peraturan undang-undang .
Kerajaan perlu membuat satu garis panduan yang disediakan yang menitikberatkan
beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan paya bakau di
termasuklah :
Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan kayu bakau secara sistematik
dari tahun ke setahun .
Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi
pemeliharaan hutan dan pengeluaran kayu yang berkekalan .
Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan yang lain dengan
meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan
lainnya .
Menghadkan penerokaan hutan bakau .
Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang
mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan
masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat
kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri .
50
Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada
kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah
bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan
dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .
KESIMPULAN
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan
penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada
semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala
tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan
hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga
kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan
kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah kemusnahan paya bakau merupakan di antara agenda
terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Kerjasama ini bukan
hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh
51
berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian penerokaan hutan paya
bakau yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang
padu di antara agensi-agensi alam sekitar dengan pihak-pihak swasta bagi menaja
operasi memulihara dan memelihara kawasan hutan bakau amatlah dialu-alukan.
Masalah kemusnahan paya bakau tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada
kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada
manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan
bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai
dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya
penjagaan alam sekitar. Kawasan paya bakau dan alam sekitar yang bersih serta
terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui
pembangunan sains dan teknologi negara yang mapan demi kepentingan pada masa
akan datang.
52
top related