asas kawalan motor

Post on 13-Dec-2015

61 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pendidikan Jasmani

TRANSCRIPT

UNIT 4: ASAS KAWALAN MOTOR 1.4 FUNGSI SISTEM BIOLOGI DALAM LAKUAN

MOTORKeupayaan manusia menghasilkan pergerakan,

sama ada secara voluntari dan involuntari adalah dipengaruhi oleh interaksi yang berlaku di antara sistem biologi dengan persekitarannya.Persekitaran berperanan menyediakan rangsangan yang releven utk. Penghasilan respon dan sistem biologi berperanan menerima dan memproses rangsangan tersebut bagi membolehkan penghasilan pergerakan.

Tiga sistem yang bertanggungjawab mengawal postur ialah:

i. Sistem visual:

- merupakan sistem yg. mengandungi reseptor yg. paling dominan berbanding reseptor sensori yg.lain.

Cth: Sekiranya rangsangan diperolehi drp. semua reseptor pada masa yg.sama,sistem biologi lazimnya akan “mendahulukan” rangsangan yg. diperolehi drp. sistem visual. Sistem ini menerima maklumat penglihatan.

Terdapat dua jenis sistem visual: a. sistem ambient

- merupakan sistem visual peringkat rendah.

- fungsi utama utk. mengekalkan keseimbangan serta mengujudkan kesedaran terhadap persekitaran.

-membolehkan pemain melihat arah pergerakan bola serta membuat anggaran posisi akhir bola berdasarkan kelajuan, kedudukan dan arah bola tersebut.

b. Sistem fokal Sistem ini merupakan sistem visual peringkat

tinggi Fungsi utama sistem ini adalah utk. pemfokuskan

dan diskriminasi imej. Boleh membezakan cth. dlm permainan ragbi

seseorang pemain dpt.membezakan warna jersi pasukannya tidak sama dgn.pasukan lawan.”mengandaikan pemain” tidak buta warna.

ii. Sistem vestibular

Merupakan sistem yang berperanan dalam pengawalan equilibrium jasad.

Terletak dibahagian dalam telinga. Kawalan postur bagi penghasilan pergerakan amat

bergantung kpd. Sistem vestibular. Sekiranya maklumat visual tidak dapat diperolehi,

kawalan postur yg. baik masih boleh dicapai menerusi fungsi sistem vestibular.

Sekiranya sistem vestibular mengalami kerosakan,kawalan postur tetap akan terjejas walaupun maklumat visual wujud.

iii. Sistem kinestetik atau somatosensori

Sistem ini merupakan sistem yang berperanan memproses maklumat mengenai orientasi jasad.

Maklumat kinestetik membekalkan butir-butir mengenai posisi anggota dlm. persekitaran.

Maklumat kinestetik diperolehi melalui reseptor-reseptor sendi, otot, kulit dan tendon.

Reseptor-reseptor yg. menyampaikan maklumat kinestetik dikenali sebagai proprioseptor.

Fungsi proprioseptor sgt. dominan dlm. pergerakan sukan.

Peranan persekitaran dalam lakuan kawalan motor

Sebagai pembekal maklumat ekstrinsik kepada sistem biologi.Segala maklumat yg. diperlukan bagi menghasilkan sesuatu lakuan motor wujud dalam persekitaran dan sistem biologi hanya menentukan maklumat-maklumat yang relevan utk. diproses selanjutnya.

Dua sumber maklumat yg.mempengaruhi proses

penghasilan pergerakan ialah: a.rangsangan

Rangsangan merujuk kepada semua jenis maklumat persekitaran yg. Diterima melalui reseptor sensori.Selepas reseptor sensori menerima rangsangan tadi berbagai proses akan berlaku dalam sistem biologi sebelum pergerakan boleh dihasilkan.

b. Daya fizikal

Daya fizikal merujuk daya yg.wujud secara semula jadi dlm.persekitaran. Cth. Daya geseran,rintangan udara dan velositi.

Daya fizikal amat mempengaruhi penghasilan sesuatu pergerakan kerana kualiti pergerakan yg. Mampu dihasilkan oleh seseorang atlit adalah bergantung kpd. teknik dan kecekapan atlit tersebut memanipulasikan daya-daya fizikal.

Interaksi sistem biologi dan persekitaran dalam kawalan

motor

Persekitaran menyediakan rangsangan,manakala sistem biologi pula menerima dan memproses rangsangan tersebut.

Keupayaan manusia melakukan pergerakan adalah hasil daripada interaksi antara sistem biologi dgn.persekitarannya.

Peranan sistem persepsi Sistem persepsi berfungsi memberi “makna”

kepada perkara-perkara yang berlaku di dalam persekitaran masing-masing.

Sistem persepsi berperanan mentafsir rangsangan yg.wujud dlm.persekitaran.

Keupayaan persepsi adalah dipengaruhi oleh setiap tahap pengetahuan, pengalaman serta kemahiran motor.

Peranan sistem aksi

Sistem aksi mempunyai pertalian yang bersepadu dgn. sistem persepsi.

Sistem ini berperanan merealisasikan tafsiran sistem persepsi tadi kepada bentuk pergerakan yang relevan dgn. tafsiran tersebut.

Proses merealisasikan tafsiran persepsi kepada aksi menerusi tiga

proses iaitu: a. Organisasi lakuan

b.Pelaksanaan lakuan

c.Pemantauan lakuan

top related