asia timur kumpulan new army siap edit
Post on 06-Apr-2018
259 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
1/30
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
2/30
2
2.0 Usaha-usaha Sun Yat-sen
Terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Sun Yat-sen dalam
mengerakkan Revolusi 1911 antaranya seperti gerakan anti-Machu, kempen-kempen
Sun Yat-sen mengumpul dana dan sokongan, strategi revolusi Sun Yat-sen,
mendapatkan sokongan luar dan penubuhan cawangan-cawangan revolusi.
2.1 Gerakan Anti-Manchu
Isu kepincangan pemerintahan dan pentadbiran sistem monarki Dinasti Ching
(Manchu) yang menguasai institusi kemaharajaan China sepanjang abad ke-19
menjadi penyebab utama kepada lahirnya idea gerakan revolusi oleh Sun Yat-sen.
Idea ini tercetus setelah beliau membuat perbandingan dan melihat perbezaan yang
ketara antara Hawaii dan Hong Kong dengan negara China. Perbezaan itu meliputi
sistem pentadbiran dan perkembangan sistem kesihatan yang moden. Pada pandangan
beliau, China haruslah diserahkan kembali dan diperintah oleh bangsa Han. 5
Pandangan Sun Yat-sen itu disokong oleh beberapa rakan beliau di Canton dan Hong
Kong seperti Chen Tze-liang, Chen Shao-wan, Yang Ho-lin dan Lu Hao-tung dan
abangnya hingga membawa kepada penubuhan Persatuan Pemulihan China (Hsing-
Chung hui) di Honolulu.6 Persatuan itu telah ditubuhkan pada 24 November 1894
berkeahlian 122 orang yang memperlihatkan semangat ke arah merevolusi sistem
pemerintahan monarki China kepada sistem demokrasi. Sun Yat-sen melihat punca
keadaan China dalam keadaan begini adalah disebabkan pemerintahan oleh orang
Manchu. Oleh itu, sentimen anti-Manchu yang diketengahkan oleh beliau mendapat
sokongan beberapa pemimpin Cina, golongan elit, golongan pertengahan dan
sokongan daripada pihak Jepun.
5 David Curtis Wrigh. (2001). The history of China. Canada:Greenwood Publishing Group. hlm. 119.6 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 101.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
3/30
3
Sentimen anti-Manchu dapat dikesan melalui tiga prinsip persatuan yang telah
disepakati para ahli iaitu untuk menyingkirkan orang Manchu (nasionalisme),
memulihkan pemerintahan orang Cina (sosialisme) dan menubuhkan republik rakyat
(demokrasi) telah menjadi slogan laungan para revolusioner kepada segenap orang
Cina.7 Sentimen anti-Manchu itu wujud akibat daripada perasaan ketidakpuasan hati
bangsa Han yang merupakan etnik peribumi Cina asal. Bangsa Han juga merupakan
golongan majoriti berbanding bangsa Manchu yang berasal daripada utara China.
Ketidakpuasan hati itu bertambah apabila pihak pemerintah bersikap diskriminasi dan
menyisihkan bangsa Han daripada terlibat dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran wilayah China sehinggakan Permaisuri Dowager cuba menyerap bangsa
Han dalam pemerintahan baginda walaupun tindakan tersebut telah lewat.
Selain itu, kepercayaan kepada ajaran Confusianisme tentang mandat dari
syurga kepada dinasti-dinasti kemaharajaan dan Middle Kingdom dalam ajaran
Taoisme dalam kalangan rakyat Cina menyebabkan sentimen anti-Manchu juga mulai
membara apabila terdapat pelbagai malapetaka melanda negara China ketika itu.8
Keganasan, kebuluran, serta penyakit kian meruncing di segenap wilayah pedalaman
China ditambah pula dengan bebanan sewaan tanah, cukai dan pertambahan
penduduk menyebabkan sentimen anti-Manchu mendapat sokongan rakyat khususnya
para petani.9
Manakala, wujud pula golongan baru dalam struktur hierarki sosial masyarakat
China ketika itu yang dikenali sebagai golongan pertengahan borjouis dan elit baru
yang mendapat pendidikan dari luar negara khususnya di Barat dan juga Jepun. Selain
itu, golongan ini juga terdiri daripada para usahawan dan peniaga yang telah melihat
gerakan revolusi Sun Yat-sen sebagai peluang kepada mereka untuk mengembangkan
7
David Curtis Wrigh. (2001). The history of China. hlm. 119.8 Marie-Claire Bergere & Janet Lyod. (1998). Sun Yat Sen. hlm. 98.9 William H. McNeil. (1994). Kebangkitan Barat: sejarah masyarakat manusia. hlm. 726.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
4/30
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
5/30
5
untuk membeli kelengkapan senjata. Di samping itu, kaedah penyeludupan dengan
berpakat bersama-sama para pengusaha kapal telah dilakukan oleh Sun Yat-sen bagi
mengangkut senjata-senjata tersebut ke negara China. 15
Ketika di Jepun, para pelajar di sana telah mengesyorkan agar beliau
menubuhkan sebuah parti yang menyatukan kumpulan-kumpulan revolusi yang telah
dibentuk sebelum itu. Tujuannya bagi mengelakkan pertindihan usaha dan perebutan
kuasa antara kumpulan-kumpulan terbabit. Sokongan moral yang diberikan kepada
Sun Yat-sen telah menunjukkan pengaruh beliau dalam gerakan revolusi semakin
mendapat perhatian. Oleh itu, beliau telah menubuhkan Chinese Union League
(Chung-kuo Tung Meng Hui) pada 20 Ogos 1905 dengan Sun Yat-sen sendiri sebagai
pengerusi. Kempen yang diadakan bagi mendapatkan sokongan Orang Cina Seberang
Laut itu memang telah berjaya menyatukan kumpulan-kumpulan Cina yang terdiri
daripada Revive China Society, China Revival Soceity, Restoration Society, Science
Study Group dan lain-lain ke dalam Chinese Union League.16
Sun Yat-sen juga telah menggunakan media massa sebagai agen propaganda
untuk menyebarkan idea revolusinya dengan menerbitkan sebuah akhbar berjudulMin
Pao melalui Chinese Union League.17 Sebelum itu, sekitar tahun 1897, apabila beliau
diculik oleh pihak kedutaan China di London, beliau telah memanipulasi isu
tangkapan tersebut sebagai satu lagi propaganda kempennya untuk menyebarkan idea
revolusinya di China bagi mendapatkan perhatian daripada pihak Barat dengan
menyebarkan kisah penculikannya kepada semua akhbar tempatan di London.
Akibatnya, pihak Pejabat Hubungan Luar Britain telah memberi tekanan terhadap
pihak kedutaan China di London untuk membebaskan Sun Yat-sen. Beliau bukan
sahaja dibebaskan tetapi juga telah menjadi selebriti yang terkenal di Britain. Pada
15
Linebarger & Paul Myron Wentworth. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. hlm. 212.16 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 102.17Ibid.,
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
6/30
6
ketika itu jugalah idea tentang Tiga Prinsip Rakyat tercetus iaitu nasionalisme,
sosialisme dan demokrasi menjadi agenda perjuangan gerakan revolusinya.18
Jelas sekali usaha Sun Yat-sen dengan membuat pengembaraan ke luar negara
untuk berkempen mengumpul dana dan mendapatkan sokongan moral orang Cina di
seberang laut telah dapat menjayakan gerakan Revolusi 1911.
2.3 Strategi Revolusi Sun Yat-sen
Usaha Sun Yat-sen yang seterusnya ialah merangka strategi revolusi bagi
memastikan perjuangan revolusi yang digerakkannya dapat berjalan dengan baik.
Strategi revolusi Sun Yat-sen dapat dilihat melalui penukaran identiti dan peranan
setiap kelas masyarakat.
2.3.1 Penukaran identiti
Sun Yat-sen telah melaksanakan suatu strategi yang sangat berkesan untuk
perjuangan revolusinya iaitu dengan menukar identiti. Penukaran identiti ini telah
dilakukan oleh Sun Yat-sen ketika berkunjung ke Jepun pada tahun 1897.19 Tujuan
beliau pergi ke Jepun adalah untuk mencari sokongan bagi membantu dalam
perjuangan revolusinya. Sun Yat-sen telah menukar namanya kepada Dr. Nakayama
dan memiliki sedikit misai supaya beliau kelihatan seperti orang Jepun sebenar. 20
Tujuan Sun Yat-sen menukarkan identitinya adalah untuk memudahkan beliau
menggerakkan kegiatan politik dan membentuk perhubungan yang akrab dengan
masyarakat di Jepun. Sun Yat-sen juga kagum dengan pemodenan Meiji sehingga
18 David Curtis Wrigh. (2001). The history of China. hlm. 119.19
John King Fairbank. (1986). The great Chinese Revolution: 1800-1985. New York:Harper & Row,Publishers. hlm. 149.20 John King Fairbank. (1986). The great Chinese Revolution: 1800-1985. hlm. 149.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
7/30
7
menyebabkan beliau mendapat idea dalam menggerakkan aktiviti revolusinya.21 Oleh
itu, strategi Sun Yat-sen untuk menukarkan identitinya adalah tepat kerana beliau
mendapat sokongan daripada pelbagai kelas masyarakat di negara Jepun.
2.3.2 Peranan setiap kelas masyarakat
Strategi Sun Yat-sen yang seterusnya ialah dengan meraih sokongan setiap
kelas masyarakat. Setiap kelas masyarakat tersebut memiliki peranan yang tersendiri
dalam membantu perjuangan Revolusi 1911. Terdapat empat kumpulan masyarakat
yang membantu Sun Yat-sen iaitu golongan yang menyebarkan ideologi revolusi,
golongan tentera, pelajar dan individu yang memberikan dana.
Revolusi 1911 tidak akan berjaya sekiranya Sun Yat-sen tidak mempunyai
satu golongan dalam membantu beliau untuk menyebarkan ideologi. Lantaran itu, Sun
Yat-sen telah berusaha dengan mewujudkan satu kumpulan yang membantu beliau
untuk menyebarkan ideologi revolusinya. Antara individu yang terlibat di dalam
menyebarkan ideologi ini ialah Huang Hsing. Huang Hsing merupakan individu yang
rapat dengan Sun Yat-sen sepanjang berlakunya perjuangan revolusi di China. Malah,
Huang Hsing turut berperanan penting dalam membantu Sun Yat-sen menggerakkan
revolusi memandangkan beliau ketika itu berada di luar China ketika tercetusnya
revolusi.22 Sun Yat-sen dan Huang Hsing merupakan orang yang berperanan penting
dalam mengasaskan perjuangan revolusi.23 Selain daripada Huang Hsing, terdapat dua
individu lain yang juga berperanan dalam menyebarkan ideologi revolusi ini iaitu
Hsing Chung Hui dan Chung Ho Tang. Kedua-dua individu ini bertanggungjawab
menyebarkan idea dan mesej perjuangan revolusi di China kepada Orang Cina
21 Marie-Claire Bergere. (1994). Sun Yat-sen. California:Stanford Universiti Press. hlm. 69.22
Chun-tu Hsueh. (1961).Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. Stanford:Stanford UniversityPress. hlm. 57.23 Chun-tu Hsueh. (1961).Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. hlm. 57.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
8/30
8
Seberang Laut seperti di Singapura dan Tanah Melayu. 24 Setelah dianalisis, dapat
dilihat Sun Yat-sen telah menggunakan beberapa individu bagi membantu beliau
dalam menyebarkan ideologi perjuangan revolusi supaya perjuangan Revolusi 1911
dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat Cina di dalam dan di luar negara.
Selain itu, golongan pelajar merupakan antara kumpulan masyarakat yang
begitu penting bagi Sun Yat-sen dalam menggerakkan perjuangan Revolusi 1911.
Malah, para pelajar Cina yang belajar di Eropah dan Jepun turut memberikan
sokongan kepada Sun Yat-sen apabila kedatangan Sun Yat-sen ke negara tersebut
pada tahun 1905.25 Sun Yat-sen telah berusaha meraih sokongan golongan pelajar
terutamanya para pelajar Cina yang berada di Jepun dengan mengadakan perjumpaan
Fuji Restaurant di Kojimachi, Tokyo pada 13 Ogos 1905.26 Perjumpaan tersebut telah
dihadiri seramai tidak kurang daripada 700 orang pelajar.27
Semasa perjumpaan tersebut, Sun Yat-sen telah menyatakan penghargaannya
terhadap sokongan para pelajar Cina di Jepun terhadap perjuangan tersebut. Hal ini
kerana, Sun Yat-sen berpendapat bahawa sokongan terhadap revolusi ini tidak
terbatas kepada kelas masyarakat tertentu sehingga beliau berusaha mendapatkan
sokongan para pelajar tersebut.28 Kesan daripada perkara ini telah menyebabkan Sun
Yat-sen mendapat sokongan yang hebat daripada ramai pelajar dalam membantu
perjuangan revolusinya. Usaha yang dilakukan oleh Sun Yat-sen dilihat memberikan
impak yang positif kepada perjuangannya apabila kepulangan para pelajar Cina dari
Jepun dan negara-negara lain telah membantu beliau melalui sokongan mereka
terhadap revolusi yang diperjuangkan.
24 Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture andpolitics. Singapore:Times Academic Press. hlm. 355.25 John King Fairbank. (1986). The great Chinese Revolution: 1800-1985. hlm. 153.26
Ibid., hlm. 43.27Ibid.,28Ibid.,
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
9/30
9
Seterusnya, Sun Yat-sen turut mewujudkan pasukan tentera bagi menjadikan
perjuangan revolusinya lebih berkesan. Bagi memastikan tentera yang ditubuhkan
berfungsi dengan baik, Sun Yat-sen dan Huang Hsing telah bersepakat melantik bekas
komander tentera Dinasti Ching iaitu Li Yuan-hung untuk menjadi Gabenor Tentera
Hupeh.29 Malah, Sun Yat-sen sendiri turut melibatkan diri dalam operasi ketenteraan
tentera revolusi dalam pergerakkan revolusi di sempadan Vietnam dan China. 30
Penubuhan unit ketenteraan ini banyak dipengaruhi oleh Huang Hsing yang
merasakan sokongan masyarakat semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin
kejayaan revolusi. 31 Oleh itu, satu pasukan tentera yang terlatih serta dilengkapi
dengan kelengkapan senjata perlu diwujudkan. Terdapat lapan operasi ketenteraan
telah dijalankan di bawah pimpinan Huang Hsing. Selain itu, tentera revolusi yang
ditubuhkan turut disertai oleh tentera dan polis kerajaan Ching. 32 Keadaan itu
menyebabkan pasukan tentera yang ditubuhkan oleh Sun Yat-sen begitu memahami
kelemahan dan kekuatan tentera Dinasti Ching. Lantaran itu, usaha Sun Yat-sen telah
membawa impak yang positif dalam menjayakan revolusi ini kerana tanpa bantuan
ketenteraan, Revolusi 1911 tidak dapat digerakkan dengan berkesan.
Strategi Sun Yat-sen seterusnya adalah mendapatkan sokongan dalam bentuk
dana daripada golongan pertengahan, kelas pekerja dan orang perseorangan.
Golongan pertengahan di sini bermaksud peniaga kecil-kecilan, jurujual, tukang jahit,
pelayan dan tukang gunting. Hal itu dapat dilihat apabila Sun Yat-sen telah
menggunakan kepetahannya bertutur untuk memujuk rakan-rakan rapat yang berada
di luar China untuk mengambil bahagian dalam revolusi sebagai penyumbang dana.
29 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 103.30 Gottfried-Karl Kindermann. (1982). Sun Yat-sen: founder and symbol of Chinas Revolutionarynation-building. Munchen:Gunter Olzog Verlag Munchen. hlm. 51.31
Chun-tu Hsueh. (1961).Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. hlm. 56.32 Chin-Tung Liang. (1962). The Chinese Revolution of 1911.New York:St. Johns University Press.hlm. 12.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
10/30
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
11/30
11
Oleh itu, beliau telah melawat beberapa buah negara sepanjang tahun 1902 hingga
1905 bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang berada di luar China.
Masyarakat Cina tersebut dikenali sebagai Orang Cina Seberang Laut. Bentuk
sokongan yang diperolehi oleh Sun Yat-sen daripada Orang Cina Seberang Laut
adalah seperti sokongan kewangan dan moral.37 Sebagai usaha mendapatkan bantuan
tersebut, Sun Yat-sen telah mengembara ke beberapa buah negara bagi mendapatkan
sumber dana dan sokongan seperti di Eropah, Vietnam, Singapura, Tanah Melayu,
Honolulu, Amerika Syarikat dan Jepun. 38 Hal ini dapat dibuktikan apabila
kepulangannya dari negara Jepun pada tahun 1897 adalah untuk memperjuangkan
revolusi China dengan mendapatkan sokongan daripada Orang Cina Seberang Laut. 39
Sun Yat-sen telah menggunakan kepetahannya dalam bertutur dan berhujah untuk
mempengaruhi minda Orang Cina Seberang Laut dalam membebaskan negara China
daripada kuasa monarki. Walaupun usaha Sun Yat-sen pada permulaannya
menghadapi kegagalan akibat daripada persaingan daripada kumpulan reformasi,
beliau tetap memperolehi sokongan daripada masyarakat Cina yang berada di luar
negara.
Situasi itu dapat dilihat melalui sokongan orang Cina di luar negara yang
memberikan sokongan dan galakkan kepada pembaharuan radikal di tanah air mereka
sendiri yang dibuat oleh Sun Yat-sen bagi mendapatkan perlindungan selain daripada
kerajaan Peking.40 Secara tidak langsung, sokongan yang diberikan oleh orang Cina di
luar negara telah menaikkan semangat Sun Yat-sen serta pengikut-pengikutnya ke
arah melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik di China. Sun Yat-sen
37 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 102.38 W. Scott Morton & Charlton M. Lewis. (2005). China: its history and culture fourth edition. NewYork:McGraw-Hill, Inc. hlm. 177.39
Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 102.40 James B. Crowley. (1970).Modern East Asia: essay in interpretation. United States ofAmerika:Harcourt Brace & World. hlm. 169.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
12/30
12
juga telah membuat lawatan ke Hawaii dan Amerika Syarikat untuk mendapatkan
sumber dana bagi melancarkan revolusi pertamanya.41
Semasa mendapatkan bantuan kewangan daripada luar, Sun Yat-sen turut
menggunakan pendekatan mengutuskan surat kepada para pemimpin orang Cina yang
berada di seberang laut. Hal itu dapat dibuktikan apabila sepanjang Ogos 1905
sehingga Disember 1911, Sun Yat-sen telah mengutuskan sebanyak 96 pucuk surat
kepada para pemimpin Orang Cina Seberang Laut berkenaan dengan hal ehwal parti
atau untuk mendapatkan dana. Melalui 96 pucuk surat tersebut, 63 pucuk surat telah
diutuskan kepada pemimpin Cina di Singapura serta Tanah Melayu seperti Teo Eng-
hock, Tan Chor-nam dan Teng Tse-ju.42
Sementara itu, Sun Yat-sen turut mengembara ke Eropah dan meminta kuasa-
kuasa Barat seperti Britain untuk bersikap berkecuali. Langkah itu dilakukan oleh Sun
Yat-sen bagi mengelakkan campur tangan kuasa Barat yang boleh menggagalkan
perjuangan revolusi yang digerakkan oleh beliau. 43 Sikap berkecuali kuasa Barat
menjadikan perjuangan revolusi Sun Yat-sen dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu,
jelas menunjukkan usaha Sun Yat-sen dalam mendapatkan sumber dana untuk
merealisasikan Revolusi China. Usaha tersebut dilihat sangat membantu Sun Yat-sen
dalam perjuangan revolusinya menjatuhkan Dinasti Ching.
2.5 Penubuhan cawangan-cawangan revolusi
Usaha Sun Yat-sen dalam menggerakkan revolusinya adalah dengan
menubuhkan cawangan-cawangan revolusi bagi memudahkan penyampaian segala
maklumat berkaitan revolusi kepada masyarakat Cina di dalam dan luar negara. Hal
41 Paul Linebarger. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. New York:Ams Press. hlm. 211.42
Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture andpolitics. hlm. 341.43 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 104.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
13/30
13
itu dapat dilihat melalui penubuhan pertubuhan Chung-hua, Ke-ming, Tung Meng Hui
dan The Chinese Revolutionary League yang berperanan sebagai cabang kepada
masyarakat orang Cina di dalam dan luar negara. 44 Pertubuhan Tung Meng Hui
merupakan organisasi yang utama kepada pihak revolusi apabila mempunyai keahlian
sebanyak 10 000 orang. 45 Pertubuhan Tung Meng Hui telah merancang untuk
menubuhkan empat cawangan iaitu di Eropah, Amerika Syarikat dan Honolulu.
Manakala, lima cawangan Tung Meng Hui akan ditubuhkan di China namun hanya di
Selatan China dan Tengah China sahaja yang berjaya diwujudkan cawangan itu.46
Setiap pertubuhan Tung Meng Hui mempunyai ketua dalam merencanakan pelbagai
aktiviti tersebut. Buktinya dapat dilihat melalui cawangan Tung Meng Hui yang
terdapat di Kuala Pilah dan dipimpin oleh Teng Tse-ju.47 Melalui kesemua cawangan
Tung Meng Hui yang ditubuhkan, cawangan di Hong Kong merupakan yang paling
aktif dalam menggerakkan perjuangan revolusi termasuk dalam merancang operasi
ketenteraan terutamanya di Kwangtung.48 Analisis daripada perkara ini dapat dilihat
bahawa penubuhan cawangan-cawangan revolusi terutamanya Tung Meng Hui sangat
membantu Sun Yat-sen dalam mengerakkan Revolusi 1911.
3.0 Faktor-faktor Kemenangan
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemenangan pihak revolusi
semasa Revolusi 1911. Faktor-faktor kemenangan ini akan dilihat melalui kelemahan
Dinasti Ching, Tiga Prinsip Rakyat, pengaruh Jepun, bantuan kewangan yang
mencukupi, sokongan tanpa kelas masyarakat dan peranan Yuan Shih-Kai.
44 Wang Gungwu. (1959). Sun Yat-sen and Singapore. South Seas Society Journal, 15[2], hlm. 59.45 Gottfried-Karl Kindermann. (1982). Sun Yat-sen: founder and symbol of Chinas Revolutionarynation-building. hlm. 49.46 Chun-tu Hsueh. (1961).Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. hlm. 47.47
Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture andpolitics. hlm. 341.48 Chun-tu Hsueh. (1961).Huang Hsing and the Chinese Revolutionary. hlm. 47.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
14/30
14
3.1 Kelemahan Dinasti Ching
Selain itu, kelemahan Dinasti Ching juga merupakan antara faktor
penyumbang kepada kejayaan revolusi yang dipelopori oleh Sun Yat-sen. Dinasti
Ching yang telah diasaskan oleh orang-orang Manchu merupakan bangsa minoriti
yang terdapat di China. Oleh itu, untuk mengekalkan tampuk pemerintahan agar tidak
terjejas, mereka berusaha untuk mengekalkan kestabilan negara China dengan
menjalankan dasar pecah dan perintah. Namun begitu, pemerintahan Manchu tidak
mendapat sokongan daripada rakyat China. Tambahan lagi, bangsa Han yang
merupakan bangsa majoriti di China tidak yakin akan pemerintahan yang dijalankan
oleh orang-orang Manchu. Mereka merasakan perlu untuk memperbetulkan
kesilapan-kesilapan yang dilakukan semasa pemerintahan Dinasti Ching.49
Tambahan lagi, abad ke-19 memperlihatkan banyak peristiwa yang berlaku ke
atas Dinasti Ching disebabkan oleh kelemahan pemerintahan Manchu. Justeru itu,
peristiwa-peristiwa yang berlaku menyebabkan orang-orang China bertekad untuk
menjatuhkan pemerintahan Manchu. Ketika era pemerintahan Manchu banyak
masalah yang timbul dalam bidang pentadbiran contohnya seperti gejala rasuah ketika
pemilihan pegawai kerajaan, penyelewengan kewangan yang dilakukan oleh golongan
atasan dan sikap mementingkan diri dalam kalangan pegawai-pegawai atasan.50 Selain
itu, terdapat juga masalah-masalah lain yang timbul seperti bencana alam iaitu banjir
dan kemarau yang telah mengakibatkan kemusnahan kepada hasil tanaman para
petani. Pencerobohan kuasa Barat juga dikatakan telah mencabar institusi tradisional
China iaitu konsep Anak Syurga danMiddle Kingdom.51
49
Wang Gungwu. (1977). China and the world since 1949. New York:St. Martines Press. hlm. 11.50 Sufian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 4151 Sufian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 176.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
15/30
15
Peristiwa-peristiwa dan tanda-tanda negatif yang berlaku menyebabkan rakyat
berpendapat bahawa pemerintahan Manchu telah kehilangan mandat dari syurga.
Tambahan lagi, pembaharuan-pembaharuan yang dibuat oleh beberapa orang
pemimpin China juga menemui kegagalan menyebabkan rakyat berhak bangkit untuk
menentang dan seterusnya menyingkirkan kerajaan yang sedia ada. Selain itu,
kemasukan kuasa Barat juga telah meninggalkan kesan negatif dan membuatkan
penduduk China memandang rendah kepada Dinasti Ching kerana gagal untuk
menjaga kedaulatan negara daripada dicerobohi oleh pihak asing. Oleh itu, rakyat
mengatakan bahawa kuasa kerajaan Ching semakin merosot.52
Kelemahan yang terjadi menyebabkan rakyat semakin marah dan kecewa serta
bangkit untuk menentang Dinasti Ching. Pimpinan Manchu dianggap tidak boleh
diharapkan lagi oleh rakyat. 53 Pada ketika itu, muncul seorang tokoh yang
memperjuangkan nasib rakyat iaitu Sun Yat-sen bersama idea revolusinya dan beliau
merupakan tokoh nasionalis penting di China. Pada tahun 1911, rakyat telah
menyertai Sun Yat-sen untuk menggulingkan pemerintahan Manchu. Beliau juga
mendapat sokongan daripada pegawai tentera bagi menggulingkan Dinasti Ching dan
menubuhkan sebuah republik. Penubuhan sebuah republik merupakan sebahagian
daripada platform untuk menggantikan pemerintahan Manchu dengan golongan elit
yang lebih moden.54 Oleh itu, kejatuhan Dinasti Ching dan penubuhan Republik
China 1912 telah memperlihatkan bahawa rakyat mula menyedari tentang
kemerdekaan China dan perlu menyingkirkan sistem monarki yang diamalkan di
52Ibid., hlm. 176-177.53 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali. Azhar Hj. Mad Aros & Sufian Mansor. (2003).
Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 298.54 Wang Gungwu. (1977). China and the world since 1949. hlm. 10.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
16/30
16
China serta digantikan dengan sistem demokrasi yang akan memberi banyak
kelebihan kepada rakyat.55
3.2 Tiga Prinsip Rakyat
Di samping itu, pengenalan Tiga Prinsip Rakyat atau juga dikenali sebagai
San Min Chu Iturut menyumbang kepada kejayaan Revolusi 1911 yang telah berjaya
menggulingkan Dinasti Ching. Tiga Prinsip Rakyat yang diperkenalkan oleh Sun
Yat-sen merangkumi Min-tsu, Min-chuan dan Min-sheng iaitu Prinsip Nasionalisme,
Prinsip Demokrasi atau Kedaulatan dan Prinsip Kebajikan Sosial Rakyat.56 Sebelum
menggubal prinsip ini, telah berlaku satu kes penculikan ke atas Sun Yat-sen oleh
wakil kerajaan Manchu di London iaitu pada tahun 1896. Akibat pertolongan Dr
Cantlie, beliau berjaya dibebaskan dan telah menetap di Eropah selama dua tahun.57
Justeru itu, selama berada di Eropah beliau telah melihat sendiri adat resam dan juga
politik yang akhirnya dapat membantu dalam melahirkan idea-idea bagi menggubal
Tiga Prinsip Rakyat yang juga menjadi asas kepada ideologi politik dalam
membantu perjuangan revolusinya.58
Prinsip yang pertama iaitu Prinsip Nasionalisme yang secara semula jadinya
telah digubal sebagai satu ideologi kepada orang-orang China untuk menentang
pemerintahan Manchu. Melalui kesedaran nasionalisme, golongan-golongan terpelajar
dan masyarakat China secara tidak langsung mula berfikir bahawa pemerintahan
monarki telah menyekat kepada kemodenan China. Pemerintahan Manchu banyak
melakukan penindasan ke atas rakyat. Tambahan lagi, Sun Yat-sen juga mengatakan
55Ibid.,56 Stephen Chen & Robert Payne. (1946). Sun Yat Sen: a portrait. New York:The John Day Company.hlm. 177.57 Joginder Singh Jessy. (disunting oleh Ghazali Bin Basri). (1978). Sejarah China Jepun. Kuala
Lumpur:Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 85.58 J.y. Wong. (1986). The origins of an heroic image: Sun Yat sen in London, 1896-1897. NewYork:Oxford University Press. hlm. 16-17.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
17/30
17
bahawa orang-orang China hanya mempunyai keluarga dan puak-puak tertentu,
namun semangat kebangsaan masih berkurangan. 59 Akibatnya, walaupun 400 juta
orang-orang China berkumpul sebagai satu komuniti, namun mereka masih dianggap
lemah. Oleh itu, untuk menyatukan rakyat Cina yang pelbagai kaum, satu semangat
kebangsaan diperlukan untuk menentang pemerintahan Manchu iaitu pemerintahan
monarki yang boleh dianggap melemahkan negara China. Beliau turut menyeru
orang-orang Cina untuk bangkit menentang pemerintahan Manchu dan menubuhkan
sebuah negara yang merdeka. Justeru itu, beliau telah menggerakkan satu revolusi dan
mencadangkan kerajaan republik serta percaya bahawa sistem tersebut akan dapat
mengatasi kelemahan-kelemahan sistem pemerintahan sebelum ini.60
Prinsip Demokrasi pula lebih menjurus ke arah menyediakan China dengan
pemerintahan republik. Sun Yat-sen berpendapat bahawa untuk menghasilkan
pemerintahan yang terbaik dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa iaitu tiga kuasa
pemerintahan meliputi badan eksekutif, perundangan dan kehakiman haruslah
dibentuk bagi mengelakkan pertindihan kuasa. Pembentukan ini membolehkan rakyat
dapat menyuarakan pandangan mereka sekiranya ditimpa sebarang masalah dalam
bidang ekonomi, politik dan sosial.61
Prinsip seterusnya iaitu Prinsip Kebajikan Sosial Rakyat atau sosialisme
rakyat. Prinsip ini telah dipengaruhi oleh pemikiran Henry Geoges seorang pemikir
di Amerika Syarikat. Selain itu, prinsip ini lebih menjurus untuk memperbaiki
kehidupan masyarakat dengan melihat kepada ekonomi masyarakat. Kemiskinan
merupakan salah satu masalah dalam kalangan masyarakat China. Oleh itu, Sun Yat-
sen berpendapat bahawa pembaikan dalam sistem ekonomi dapat menyumbang
59
W.Scott Morton & Charlton. (2005). China:its history and culture fourth edition. hlm. 177.60Ibid.,61 W.Scott Morton & Charlton. (2005). China:its history and culture fourth edition. hlm. 178.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
18/30
18
kepada sebuah negara yang dapat menjamin kehidupan rakyat. Beliau juga tidak mahu
membiarkan kaum kapitalis membolot semua kekayaan di dalam negeri.62
Tiga Prinsip Rakyat ini menjadi dasar dan tujuan untuk menggambarkan
tentang fahaman politik Sun Yat-sen dan berkembang mengikut situasi semasa kerana
tiap-tiap prinsip memerlukan pandangan yang berlainan. Tiga prinsip ini merupakan
ideologi politik pembentukan revolusi dalam melawan pemerintahan Manchu dan
dapat membimbing rakyat ke arah kemerdekaan nasional, politik dan sosial.63
Oleh itu, dapat dilihat bahawa tiga prinsip yang diperkenalkan oleh Sun Yat-
sen telah menyampaikan pemikiran politik dan sosial serta boleh dijadikan sebagai
garis panduan yang lengkap. Hal ini kerana, kebaikan yang terkandung dalam prinsip-
prinsip tersebut merupakan idea-idea yang boleh diterima oleh masyarakat Cina
secara keseluruhannya. Hal ini telah membantu kepada kejayaan Revolusi 1911 yang
digerakkan oleh Sun Yat-sen.64
3.3 Pengaruh Jepun
Pengaruh kuasa Jepun merupakan antara faktor kejayaan yang menyumbang
kepada gerakan revolusi yang dipelopori oleh Sun Yat-sen sehingga berjaya
menggulingkan pemerintahan Manchu. Jepun merupakan satu tapak asas yang penting
dalam menjayakan gerakan revolusi yang dilakukan oleh Sun Yat-sen. Jepun
merupakan tempat yang sesuai kerana memudahkan beliau berhubung dan bertindak
dalam merancang aktiviti-aktiviti revolusinya. Oleh itu, antara tahun 1895 dan 1924,
Sun Yat-sen telah melawat Jepun selama 15 kali. Setelah itu, beliau tinggal di sana
selama lapan hingga sembilan tahun yang mewakili lebih 1/4 daripada masa hayatnya
62 Audrey Wells. (2001). The politican thought of Sun Yat-sen:development and impact. NewYork:Palgrave Publisher. hlm. 26-27.63
Y.C. Wu. (1950). Sun Yat Sen:bapak republic Tiongkok. Djakarta:Penerbit Djambatan. hlm. 53.64 Aul Myron Anthony Linebarger. (1937). The political doctrines of Sun Yat-Sen:an exposition of theSan Min Chu I. Baltimore:The Johns Hopkins Press. hlm. 7.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
19/30
19
ditumpukan untuk kegiatan revolusi. Ketika berada di Jepun, Sun Yat-sen berhasrat
untuk menggulingkan Manchu serta mengembalikan China kepada orang Cina dan
menstabilkan kerajaan Republik.65
Ketika berada di Jepun, Sun Yat-sen telah menjalinkan persahabatan dengan
Miyazaki Torazo atau Toten. Beliau berharap persahabatan tersebut dapat membantu
dalam mendapatkan sokongan politik bagi meneruskan perjuangan revolusinya.
Tambahan lagi, Jepun membantu Sun Yat-sen disebabkan oleh mereka mahu meminta
bantuan China untuk memperkenalkan Pan-asian supaya dapat membantu Jepun
melawan kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat. Selain itu, Jepun aktif bekerjasama
dengan Sun Yat-sen ekoran rasa takut kuasa Barat yang boleh mengancam kedudukan
dan kedaulatan Jepun. Selain itu, China dan Jepun mempunyai kebudayaan yang
hampir sama dan memudahkan komunikasi antara kedua-dua belah pihak serta
membantu kepada kejayaan revolusi Sun Yat-sen.66
Di samping itu, Sun Yat-sen turut menjalinkan hubungan persahabatan dengan
Inukai Ki yang juga merupakan seorang wartawan dan negarawan yang berfikiran
terbuka dan beliau juga memainkan peranan dalam perjuangan revolusi Sun Yat-sen.
Inukai Ki telah merekrut semula bekas-bekas samurai yang pernah disingkirkan ketika
era Meiji bagi membantu Sun Yat-sen. 67 Selain itu, Inukai juga turut membantu
dengan memberi perlindungan tempat tinggal, sebagai penyiasat bagi menyalurkan
maklumat-maklumat penting dan bertindak menyampaikannya kepada Sun Yat-sen.68
Hubungan persahabatan serta bantuan yang diberikan oleh pihak Jepun telah
memberikan peluang kepada Sun Yat-sen untuk menstabilkan hubungannya dengan
65 Ng Lun Ngai-ha, Cheng Shenglin, Guo Jingrcong & LuoLixi. (1986).Historical traces of Sun Yat-Sens activities in Hong Kong, Macao and overseas. United College:The Chinese University of HongKong. hlm. 105.66 Marie-Claire Bergere. (1994). Sun Yat-sen. hlm. 69.67
Marie-Claire Bergere. (1994). Sun Yat-sen. hlm. 73.68 Marius B. Jansen. (1954). The Japanese and Sun Yat-Sen. Cambridge:Harvard University Press. hlm.5.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
20/30
20
Jepun. Keadaan itu seterusnya membantu kejayaan revolusi dan akhirnya berjaya
menyingkirkan pemerintahan Dinasti Ching.
3.4 Bantuan Kewangan Yang Mencukupi
Bantuan kewangan yang mencukupi turut menyumbang kepada faktor
kemenangan pihak revolusi yang digerakkan oleh Sun Yat-sen dalam Revolusi 1911.
Hal itu kerana, bantuan kewangan yang banyak diperolehi oleh Sun Yat-sen telah
digunakan untuk menggerakkan perjuangan pihak revolusi termasuk membeli bekalan
makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan peperangan. 69 Melalui dana dan sumber
kewangan yang dikumpul, Sun Yat-sen telah membeli sejumlah besar senjata yang
canggih termasuk sejumlah senapang kecil dan 600 laras revolver.70 Kelengkapan
perang yang dibeli tersebut digunakan oleh pihak revolusi bagi melancarkan
pemberontakan untuk menentang kerajaan Ching dan menawan kawasan seperti di
Wuchang pada Oktober 1911.71 Tanpa bantuan kewangan yang mencukupi, sudah
tentu perjuangan pihak revolusi ini menemui jalan yang sukar.
Bantuan kewangan yang banyak diperolehi oleh pihak revolusi merupakan
impak daripada usaha Sun Yat-sen yang tidak berputus asa mendapatkan bantuan
kewangan daripada luar China terutamanya daripada Orang-Orang Cina Seberang
Laut yang begitu menyokong perjuangan revolusi Sun Yat-sen bagi menentang
kerajaan Ching. 72 Orang-Orang Cina Seberang Laut terdiri daripada komuniti
berketurunan Cina yang berada di luar China sepert di Jepun, Hong Kong serta
negara-negara Asia Tenggara seperti Tanah Melayu dan Singapura.73 Sumber-sumber
69 Paul Linebarger. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. hlm. 212.70Ibid.,71 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 103.72
C. Martin Wilbur. (1976). Sun Yat-Sen: frustrated patriot. New York:Columbia University Press.hlm. 17-18.73Ibid., hlm. 18.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
21/30
21
kewangan yang diperolehi oleh pihak revolusi seperti hasil sumbangan dana daripada
Orang Cina Seberang Laut telah digunakan sebaiknya oleh pihak revolusi bagi
memastikan kejayaan Revolusi 1911. Sebagai contoh, Sun Yat-sen telah membuat
rayuan kutipan derma di Persidangan Pulau Pinang pada tahun 1910 dan secara tidak
langsung keadaan itu telah membantu pihak revolusi memperolehi sumber kewangan
daripada Tanah Melayu.74 Sumber kewangan yang diperolehi tersebut telah digunakan
bagi membiayai Pemberontakan Canton kedua (juga dikenali sebagai Pemberontakan
Timbunan Bunga Kuning) pada tahun 1911 yang merupakan salah satu daripada
gerakan pemberontakan yang penting dalam Revolusi 1911.75
Selain itu, terdapat juga sebahagian masyarakat Cina yang taat setia kepada
Sun Yat-sen di Melaka telah melakukan beberapa rompakan sekitar tahun 1909
hingga 1910. Hasil rompakan tersebut telah dihantar ke China untuk membiayai
perjuangan pihak revolusi. 76 Hasil bantuan kewangan yang banyak diperolehi
menjadikan pergerakan pihak revolusi menjadi lancar dan digeruni oleh pihak
kerajaan Dinasti Ching. Keadaan itu memperlihatkan bahawa bantuan kewangan
yang mencukupi telah menjadi salah satu faktor kemenangan pihak revolusi semasa
gerakan Revolusi 1911 berlangsung.
3.5 Sokongan tanpa kelas masyarakat
Salah satu faktor kemenangan Revolusi 1911 di China yang digerakkan oleh
Sun Yat-sen adalah disebabkan wujudnya sokongan tanpa kelas masyarakat di China.
Sokongan yang diterima oleh Sun Yat-sen semasa menggerakkan revolusi diperolehi
daripada pelbagai kelas masyarakat seperti golongan pelajar, tentera, golongan
74 Salma Nasution Khoo. (2008). Sun Yat Sen in Penang. Penang:Areca Books. hlm. 122.75
Paul Linebarger. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. hlm. 212.76 Victor Purcell. (Terjemah. Nik Hasnaa Nik Mahmood). (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu.Johor Bahru:Universiti Teknologi Malaysia. hlm. 228.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
22/30
22
pedagang dan Orang Cina Seberang Laut. Bentuk sokongan yang diterima pula adalah
seperti sokongan kewangan dan moral. Sokongan daripada golongan pelajar
terutamanya yang berada di Jepun sangat menggalakkan apabila seramai 863 orang
pelajar telah menyertai pertubuhan Tung Meng Hui.77 Selain itu, golongan pedagang
juga turut memberikan bantuan dari segi sokongan kewangan bagi membantu
perjuangan puak revolusi. Begitu juga dengan Orang Cina Seberang Laut yang aktif
dalam menyertai pertubuhan revolusi seperti Tung Meng Hui untuk memastikan
agenda perjuangan revolusi dapat diikuti dan diperjuangkan.78
Sementara itu, kelas tentera juga memainkan peranan dalam menyokong
perjuangan revolusi Sun Yat-sen. Hal itu dapat diperhatikan apabila terdapat segelintir
tentera kerajaan Ching menyertai tentera yang dibentuk oleh pihak revolusi bagi
membuktikan sokongan mereka terhadap perjuangan pihak revolusi. 79 Sokongan
daripada kesemua kelas masyarakat ini telah memberikan kekuatan kepada pihak
revolusi untuk terus berjuang. Sokongan yang diterima daripada pelbagai kelas
masyarakat ini juga begitu dipengaruhi oleh ideologi Tiga Prinsip Rakyat yang
diperjuangankan oleh Sun Yat-sen dan pihak revolusi.80Idea Tiga Prinsip Rakyat
tersebut dilihat sangat releven serta memperjuangkan nasib rakyat dan boleh diterima
oleh setiap lapisan masyarakat di China. Secara keseluruhannya, sememangnya faktor
sokongan daripada pelbagai kelas masyarakat telah membantu dalam kejayaan pihak
revolusi dalam perjuangan mereka di China ketika berlangsungnya Revolusi 1911.
77 Chun-tu Hsueh. (1961).Huang Hsing and the Chinese Revolution . hlm. 44.78 Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business, culture and
politics. hlm. 351.79 Chin-Tung Liang. (1962). The Chinese Revolution of 1911. hlm. 12.80 Chun-tu Hsueh. (1961).Huang Hsing and the Chinese Revolution . hlm. 49.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
23/30
23
3.6 New Army
Faktor kemenangan pihak Revolusi 1911 juga berkait rapat dengan kekuatan
ketenteraan pihak revolusi. Hal itu dapat dilihat apabila kewujudan New Army telah
memberikan kekuatan kepada tentera revolusi. Pada peringkat awal, New Army telah
dilatih oleh Yuan Shih-Kai sebagai tentera kerajaan Ching bermula pada tahun
1904. 81 New Army yang ditubuhkan itu dilengkapi dengan pelbagai kaedah dan
strategi serta pensenjataan moden dibanding dengan divisyen-divisyen lain dalam
angkatan tentera Manchu yang lama.
Terdapat beberapa faktor yang menarik tentang New Army setelah pemecatan
Yuan Shih-Kai yang menyebabkan divisyen ini terlibat dalam Revolusi 1911.
Pengambilan kadet-kadet baru lepasan daripada akademik tentera Jepun seperti Chang
Shao-tseng, Wu Lu-cheng dan Lan Tien-wei telah menjadi faktor utama penglibatan
New Army dalam gerakan revolusi. Hal ini jelas sekali dapat dilihat apabila Wu-Lu-
cheng turut menyertai aktiviti revolusi Tang Tsai-chang di Ta-tung. 82 Bahkan
apabila diselidiki turut didapati ketiga-tiga mereka telah membuat pakatan bersubahat
dengan pihak revolusioner bersama-sama dengan unit-unti divisyen New Army yang
diketuai oleh mereka. Hal ini jelas dalam peristiwa yang berlaku di Luan-chao yang
menjadikanx-factorgerakan Revolusi 1911 amat berjaya.83
Penularan sentimen anti-Manchu dalam angkatan New Army mulai berputik
daripada perasaan tidak puas hati kepada kerajaan Manchu apabila pihak pemerintah
telah menubuhkan divisyen patrol dan tentera laut. Unit-unit itu, teutama daripada
unit patrol telah ditugaskan untuk mengintip setiap pergerakan New Army.
Pengintipan inilah yang menyebabkan New Army berasa tidak puas hati dan
membawa kepada sentimen anti-Manchu. Bahkan, pihak pemerintah juga seringkali
81
Ching-tung Liang. (1962). The Chinese revolution of 1911. hlm.16.82Ibid. hlm. 45.83Ibid. hlm. 46
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
24/30
24
meminjamkan peralatan senjataNew Army kepada unit-unit ini.84 Walaupun sentimen
anti-Manchu telah menular dalam kalangan para pegawai dan anggota divisyen New
Army, hal itu tidak disedari langsung oleh kerajaan Manchu. Kerajaan Manchu yang
masih tetap memperuntukkan belajanwan yang besar setiap tahun untukNew Army.85
Pemecahan penempatan-penempatan unit-unit daripada divisyen ini di
wilayah-wilayah lain di China terutama 3 unit dividsyen di Wuchang telah turut
menjadi x-factor kejayaan Revolusi 1911. Hal itu jelas dapat dilihat dengan
bermulanya simpati pihakNew Army kepada gerakan revolusi di wilayah Jung-hsien
(15 September), kemudian bantuan secara langsung daripada New Army di
Chungking (22 September) sehinggalah kepada pengisytiharaan kemerdekaan
Shantung (12 Disember) yang melibatkan pegambilalihan armada laut oleh Tung
Meng Hui.86
Kejayaan pihak revolusi dengan sokongan dan bantuan daripada New Army
telah menyebabkan beberapa wilayah lain melihat bahawa tentera revolusi memiliki
kekuatan yang lebih untuk menjatuhkan Dinasti Manchu. Oleh itu, wilayah-wilayah
tersebut telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kerajaan Ching seperti Hunan
(22 Oktober), Kiangsi (2 November), Kiangsu (3 November) dan Chekiang (4
November). Kemudian, dalam tempoh sebulan setengah, 15 wilayah lain turut
mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Ching. 87 Jelaslah sekali bahawa
New Army adalahx-factorbagi kejayaan Revolusi 1911 yang dipelopori oleh Sun Yat
Sen sebagaimana yang telah pun dibincangkan.
84Ibid. hlm. 17.85
Ibid.86Ibid. 21-22.87S uffian Mansor.(2009). Sejarah China meoden. hlm. 103
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
25/30
25
3.7 Peranan Yuan Shih-Kai
Faktor kemenangan pihak revolusi ketika Revolusi 1911 berlaku di China
ialah berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh Yuan Shih-Kai. Hal itu
kerana, pihak revolusi pada waktu itu telah mendirikan kerajaan Republik China
dengan melantik Sun Yat-sen sebagai Presiden sementara. Sun Yat-sen pada waktu itu
baru sahaja pulang ke Shanghai setelah sekian lama berada di luar negara.88 Lantaran
itu, kerajaan Ching yang merasakan kedudukan mereka semakin goyah di China
telah melantik dan memberikan kuasa penuh kepada Yuan Shih-Kai untuk mengetuai
pasukan tentera laut dan darat bagi menghapuskan perjuangan Revolusi 1911. 89
Ketika melaksanakan tanggungjawab tersebut, Yuan Shih-Kai telah dibantu oleh dua
orang pembantunya iaitu Feng Kuo-chang dan Tuan Chi-jui.90
Kempen ketenteraan yang diketuai oleh Yuan Shih-Kai ini telah mencapai
kemajuan dan beliau berhasil memimpin Tentera Maharaja untuk menawan beberapa
kawasan seperti Hankow dan Hanyang.91 Kejayaan itu telah memberikan tamparan
yang hebat kepada pihak revolusi yang akhirnya bersedia bertolak ansur untuk
membuat rundingan dengan Yuan Shih-Kai. Pihak revolusi yang dipimpin oleh Li
Yuan-hung dan Huang Hsing telah bersetuju berunding dengan Yuan Shih-Kai dan
hasil rundingan mereka bersepakat melantik Yuan Shih-Kai sebagai Presiden
sementara Republik China.92 Manakala, atas persetujuan rundingan tersebut, Sun Yat-
sen telah meletak jawatan sebagai Presiden sementara dan Dewan Perhimpunan di
88 Tsui Chi. (1942).A short history of Chinese civilisation. London:Victor Gollancz. hlm. 25189 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 104.90Ibid.,91
Su Kaiming. (1985).Modern China: a topical history . Beijing:New World Press. hlm. 91.92 Edwin J. Dingle. (1912). Chinas Revolution 1911-1912: a historical and political record of the civilwar. London:Fisher Unwin. hlm. 212-213.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
26/30
26
Nanking juga telah sepakat melantik Yuan Shih-Kai sebagai Presiden sementara
Republik China.93
Sebagai balasan atas perlantikan beliau sebagai Presiden sementara Republik
China, Yuan Shih-Kai telah bersetuju kepada pihak revolusi untuk mendesak
kerajaan Dinasti Ching menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pihak revolusi.94
Akibat tuntutan daripada Yuan Shih-Kai, maka kerajaan Dinasti Ching akur dan
Maharaja telah turun daripada takhta pada 13 Januari 1912. 95 Kesan daripada itu,
maka berakhirlah pemerintahan Maharaja di China dan digantikan dengan
pemerintahan Republik China hasil daripada perjuangan Revolusi 1911.96
Rentetan daripada perkara tersebut, timbul persoalan sama ada perjuangan
pihak revolusi mencapai kemenangan yang mutlak atau sebaliknya. Berdasarkan
analisis yang dilakukan, kami melihat bahawa pihak revolusi tidak mencapai
kemenangan yang sepenuhnya. Sememangnya perjuangan revolusi yang digerakkan
oleh Sun Yat-sen dilihat sudah berjaya menjatuhkan kerajaan Dinasti Ching dan
mendirikan sebuah negara Republik China.97 Namun, daripada sudut yang lain pula,
pihak revolusi dilihat sukar menjatuhkan kerajaan Dinasti Ching sekiranya tanpa
bantuan daripada Yuan Shih-Kai yang memainkan peranan penting dalam mendesak
kerajaan Dinasti Ching menyerahkan kuasa pemerintahan kepada pihak revolusi.98
Malah, kempen ketenteraan tentera kerajaan Dinasti Ching yang diketuai oleh Yuan
Shih-Kai juga mudah menewaskan tentera pihak revolusi hingga berjaya menguasai
93 Jung Chang. (2005).Mao: kisah-kisah yang tak diketahui . Jakarta:Penerbit PT Gramedia PustakaUtama. hlm. 14.94 Mariano Ponce. (1965). Sun Yat-Sen: the founder of the Republic of China. Manila:Filipino-ChineseCultural Foundation Inc. hlm. 30.95 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. hlm. 105.96 Lucien Bianco. (1971). Origins of the Chinese Revolution. London:Oxford University Press. hlm.223.97
Jarome Chen. (1961). Yuan Shih-Kai 1859-1916: brutus assumes the purple. London:George Allen& Unwin Ltd. hlm. 135.98 Mariano Ponce. (1965). Sun Yat-Sen: the founder of the Republic of China. hlm. 30.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
27/30
27
beberapa kawasan seperti Hankow dan Hanyang. 99 Oleh itu, jelas dapat dilihat
bahawa Yuan Shih-Kai telah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
kemenangan pihak revolusi menjatuhkan kerajaan Dinasti Ching. Meskipun
kemenangan yang diperolehi bukan bersifat mutlak, namun ianya cukup untuk
mendirikan Republik China hasil daripada perjuangan Revolusi 1911.
4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Revolusi 1911 yang tercetus awal beberapa hari tidak
seperti yang dirancang merupakan satu titik perubahan drastik bukan sahaja ke atas
sistem pemerintahan dan pentadbiran negara China tetapi juga meliputi aspek-aspek
lain seperti sosiobudaya dan ekonomi. Kejayaan yang dicapai ini terbukti oleh usaha-
usaha yang telah dilakukan oleh Sun Yat-sen sebagai pelopor gerakan ini sehingga
beliau digelar sebagai Father of the Republic. 100 Usaha-usaha tersebut meliputi
gerakan anti-Machu, kempen-kempen Sun Yat-sen mengumpul dana dan sokongan,
strategi revolusi Sun Yat-sen, mendapatkan sokongan luar dan penubuhan cawangan-
cawangan revolusi.
Selain itu, kami turut menganalisa faktor-faktor yang membawa kepada
kemenangan Revolusi 1911 iaitu kelemahan Dinasti Ching, Tiga Prinsip Rakyat,
pengaruh Jepun, bantuan kewangan yang mencukupi, sokongan tanpa kelas
masyarakat dan peranan Yuan Shih-Kai. Kesemua usaha yang digerakkan oleh Sun
Yat-sen telah menjadi faktor kepada kemenangan pihak revolusi. Meskipun
kemenangan yang diperolehi bukanlah sepenuhnya atas usaha pihak revolusi, namun,
ianya sudah cukup untuk menjatuhkan pemerintahan Dinasti Ching di China dan
mengembalikan pemerintahan China di tangan bangsa Han.
99 Jack Gray. (1990).Rebellions and revolutions: China from the 1800s to the 1980s. New
York:Oxford University Press. hlm. 144-145.100 Wolfram Eberhard. (1977).A history of China. United States:University of California Press. hlm.317.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
28/30
28
Bibliografi
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali. Azhar Hj. Mad Aros & SufianMansor. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-
1963. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bergere , M.C. & Lyod, J. (1998). Sun Yat Sen. California:StanfordUniversity Press.
Bergere, M.C. (1994). Sun Yat-sen. California: Stanford Universiti Press.
Bianco, L. (1971). Origins of the Chinese Revolution. London:OxfordUniversity Press.
Chen, S. & Payne, R. (1946). Sun Yat Sen: a portrait. New York:The John Day
Company.
Chin-Tung Liang. (1962). The Chinese Revolution of 1911.New York:St. JohnsUniversity Press.
Chun-tu Hsueh. (1961).Huang Hsing and the Chinese Revolutionary.Stanford:Stanford University Press.
Crowley, J.B. (1970).Modern East Asia: essay in interpretation. United States ofAmerika:Harcourt Brace & World.
Dingle, E.J. (1912). Chinas Revolution 1911-1912: a historical and politicalrecord of the civil war. London:Fisher Unwin.
Eberhard , W. (1977).A history of China. United States:University of California Press.
Fairbank, J.K. (1986). The great Chinese Revolution: 1800-1985. NewYork:Harper & Row, Publishers.
Gray, J. (1990).Rebellions and revolutions: China from the 1800s to the 1980s. NewYork:Oxford University Press.
Isaacs, H.R. (1938). The tragedy of the Chinese revolution. California:StanfordUniversity Press.
J.y. Wong. (1986). The origins of an heroic image: Sun Yat sen in London, 1896-1897.New York:Oxford University Press.
Jansen, M.B. (1954). The Japanese and Sun Yat-Sen. Cambridge:HarvardUniversity Press.
Jarome Chen. (1961). Yuan Shih-Kai 1859-1916: brutus assumes the purple.London:George Allen & Unwin Ltd.
Joginder Singh Jessy. (disunting oleh Ghazali Bin Basri). (1978). Sejarah ChinaJepun. Kuala Lumpur:Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 85.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
29/30
29
Jung Chang. (2005).Mao: kisah-kisah yang tak diketahui. Jakarta:Penerbit PTGramedia Pustaka Utama.
Kindermann, G. (1982). Sun Yat-sen: founder and symbol of Chinas Revolutionary nation-building. Munchen:Gunter Olzog Verlag Munchen.
Linebarger & Wentworth, P.M. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. NewYork:AMS Press.
Linebarger, A.M.A. (1937). The political doctrines of Sun Yat-Sen:an exposition ofthe San Min Chu I. Baltimore:The Johns Hopkins Press.
Linebarger, P. (1969). Sun Yat Sen and the Chinese Republic. New York:Ams Press.
McNeil, W.H. (1994). Kebangkitan Barat: sejarah masyarakat manusia. KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Morton, W.S. & Lewis, C.M. (2005). China: its history and culture fourthedition. New York:McGraw-Hill, Inc.
Ng Lun Ngai-ha, Cheng Shenglin, Guo Jingrcong & LuoLixi. (1986).Historicaltraces of Sun Yat-Sens activities in Hong Kong, Macao and overseas. UnitedCollege:The Chinese University of Hong Kong.
Philips, R.T. (1996). China since 1911. London:McMillan Press Ltd.
Ponce, M. (1965). Sun Yat-Sen: the founder of the Republic of China .Manila:Filipino-Chinese Cultural Foundation Inc.
Purcell, V. (Terjemah. Nik Hasnaa Nik Mahmood). (1997). Orang-orang Cina diTanah Melayu. Johor Bahru:Universiti Teknologi Malaysia.
Salma Nasution Khoo. (2008). Sun Yat Sen in Penang. Penang:Areca Books.
Su Kaiming. (1985).Modern China: a topical history. Beijing:New World Press.Suffian Mansor. (2009). Sejarah China moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.
Sufian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tsui Chi. (1942).A short history of Chinese civilisation. London:Victor Gollancz.
Wang Gungwu. (1959). Sun Yat-sen and Singapore. South Seas Society Journal,15[2].
Wang Gungwu. (1977). China and the world since 1949. New York:St. MartinesPress.
Wells, A. (2001). The politican thought of Sun Yat-sen:development and impact.New York:Palgrave Publisher.
-
8/2/2019 Asia Timur Kumpulan New Army Siap Edit
30/30
Wilbur, C.M. (1976). Sun Yat-Sen: frustrated patriot. New York:ColumbiaUniversity Press.
Wrigh, D.C. (2001). The history of China. Canada:Greenwood Publishing
Group.
Y.C. Wu. (1950). Sun Yat Sen:bapak republic Tiongkok. Djakarta:Penerbit Djambatan.
Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia: business,culture and politics. Singapore:Times Academic Press.
top related