asignment dr sabri s1
Post on 04-Jan-2016
258 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Isi kandungan
muka surat
1.0 Pendahuluan
1.1 Soalan tugasan 1- 10
1.2 Jadual pelaksanaan tugasan 11
1.3 Borang dan bukti kolaborasi 12
1.4 Penghargaan 13
2.0 Kemahiran –Sukatan Pelajaran 14- 20
3.0 Hasil pembelajaran –Huraian Sukatan 21 - 28
4.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 29 - 32
4.1 Rumusan 33
5.0 Lampiran 34 - 39
6.0 Refleksi penulisan dari semasa ke semasa 40
tentang pelaksanaan tugasan projek
7.0 Draf-draf tugasan 41 - 44
8.0 Bibliografi 45 - 46
PENDAHULUANPENDAHULUAN
SOALAN TUGASANSOALAN TUGASAN
JADUAL PELAKSANAAN
KERJA KURSUS
JADUAL PELAKSANAAN
KERJA KURSUS
1.2 JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : HASMAWATI BINTI MAHAMUD
NO MATRIK : PPG201119236044
KUMPULAN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN JUN 2011
KURSUS : BAHASA MELAYU
PENSYARAH : DR SABRI BIN CHE MAN
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN
20/07/2011 Mendapat tugasan dan meneliti kehendak
soalan
20/07/2011 Berbincang dengan pensyarah kursus
25/07/2011 Mencari bahan-bahan yang berkaitan dan
membuat draf jawapan
28/07/2011 Berbincang dengan rakan sekelas
10/08/2011 Menyiapkan tugasan
25/08/2011 Menyemak tugasan dan mecetak tugasan
30 /08/ 2011 Menghantar tugasan
BORANG DAN BUKTI
KOLABORASI
BORANG DAN BUKTI
KOLABORASI
1.3BORANG DAN BUKTI KOLABORASI
NAMA PELAJAR : HASMAWATI BINTI MAHAMUD
NO MATRIK : PPG201119236044
KUMPULAN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN JUN 2011
KURSUS : BAHASA MELAYU
PENSYARAH : DR SABRI BIN CHE MAN
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN TANDATANGAN CATATAN
20/07/2011 Mendapat tugasan dan meneliti
kehendak soalan
20/07/2011 Berbincang dengan pensyarah kursus
25/07/2011 Mencari bahan-bahan yang berkaitan
dan membuat draf jawapan
28/07/2011 Berbincang dengan rakan sekelas
10/08/2011 Menyiapkan tugasan
25/08/2011 Menyemak tugasan dan mecetak
tugasan
30 /08/ 2011 Menghantar tugasan
PENGHARGAANPENGHARGAAN
1.4 PENGHARGAAN
Bismillahhirahmanirahim
Dengan lafaz Bismillah dan pujian bagi Tuhan Ar-Rahman semoga dilimpahkan
rahmat dan payungan keberkatan serta keredhaan yang kekal berpanjangan. Selawat
dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan pembawa sinar
kegemerlapan , sahabat-sahabatnya dan seluruh pewaris pembawa kebenaran.
Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan ditujukan kepada Dr Sabri bin Che
Man selaku Pensyarah Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang
banyak membimbing dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini.
. Penghargaan yang tidak terhingga kepada suami dan anak-anak yang memberi
semangat untuk belajar dan membantu dalam mencari bahan dan mengakses internet.
Sekalung ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang sanggup
berkongsi idea dan membantu melaksanakan tugasan ini.
Tidak lupa penghargaan ini buat guru-guru SK (2) Simpang Lima, Klang yang
banyak memberi pandangan tentang tajuk ini dan semua Pensyarah di IPG Kampus
Bahasa Melayu yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung.
Terima kasih tidak terhingga dan semoga segala bantuan dan pertolongan yang
diberikan oleh kalian semua akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. yang Maha
Pemurah lagi Maha Pengasihani dengan rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat.
Akhir sekali, kemaafan jua dipohon atas segala kesilapan dan kekhilafan yang
dilakukan. Salam hormat dan ribuan terima kasih.
SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH
BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN BAHASA
2.1 PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan
1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa
bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga
berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi
bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidkan Bahasa Melayu di
peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan
tatabahasa secar betul dan tepat. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu
pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,
dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu
untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan social, perolehan ilmu serta bagi
tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai
gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti
Kokurikulum Bahasa melayu yang dijalankan di luar waktu persekolah adalah penting
sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa
Melayu. Sukatan Pelajaran mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan.
Organisasi Kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem
Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.
Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran
untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran
ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.
2.2 MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan
murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan
diri, memperoleh ilmu, perhubungan social, dan urusan harian.
2.3 OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:
i. Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti seta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai
situasi;
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan satera dan bahan bukan sastera dengan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh
ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran berterusan;
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, dan
sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis;
viii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang
sesuai dan betul;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya satera dan
karya bukan sastera;
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik,
dan semangat kewarganegaraan.
2.4 ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus
kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini
berteraskan kemahiran bahasa iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga
menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen
Pengisian Kurikulum.
2.5 KEMAHIRAN BAHASA
Kemahiran Bahasa meliputi kemhiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan keupayaan murid mendengar
dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan , serta idea yang
kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.
Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan
tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan
lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi
kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan
menggunakan ayat gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan
penulisan imaginatif.
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang
meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.
2.6 Pengajaran kemahiran bahasa
a. Mendengar dan bertutur.
Bertutur merupakan kemahiran asas dalam pengajaran bahasa. Kemahiran mendengar
merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan
kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan
maklumat.
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik serta berkesan penting dalam
kehidupan seharian. Seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses
maklumat yang didengarnya dalam sesuatu interaksi. Manakala seorang penutur yang
baik pula, dapat menyampai perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan.
Kebolehan untuk memahami dan memproses maklumat yang didengari serta kebolehan
untuk bertutur dengan lancar dapat mempengaruhi perkembangan pemikiran dan
pengertian seorang individu.
Selain itu, kebolehan tersebut juga dapat memperkembangkan kebolehan untuk
membaca. Kebolehan mendengar dianggap asas untuk perkembangan kemahiran
bahasa yang lain iaitu membaca dan menulis.
Untuk memastikan objektif pengajaran kemahiran lisan tercapai, sukatan pelajaran ini
telah mencadangkan beberapa kemahiran kecil dalam kemahiran lisan yang perlu
dikuasai terlebih dahulu. Kemahiran-kemahiran itu ialah
1. Mendengar dan menyebut bunyi.
2. Memberi dan menerima arahan serta permintaan
3. Menyampai ucapan bertatasusila
4. Bersoaljawab
5. Bercerita
6. Menyampaikan berita dan laporan
7. Menyampaikan ucapan dan syarahan
8. Berlakon dan melafazkan puisi
9. Berbincang dan berbahas
b. Kemahiran mendengar
Sesuatu komunikasi lisan melibatkan dua proses ; proses penghasilan dan penerimaan
mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan semasa proses yang kedua
berlaku melalui pendengaran. Dalam pengajaran bahasa aspek pendengaran amat
kurang diberi perhatian oleh guru. Pengabaian guru terhadap kemahiran mendengar
mungkin disebabkan oleh anggapan bahawa kemahiran mendengar merupakan proses
semula jadi dan mudah dikuasai jika dibandingkan dengan kemahiran bertutur ,
membaca dan menulis. Ini mungkin kerana bahan –bahan lisan sukar didapati untuk
kegunaan dalam bilik darjah.
Ketika mendengar seseorang menganggap gabungan bunyi-bunyi bahasa dan
berasaskan pengetahuan dan pengalamannya,individu tersebut akan menghubungkan
bunyi-bunyi itu dengan makna.proses menanggap bunyi sebutan serta mentafsirkan
makna yang ditanggap itu berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar
berlaku secara serentak.Bunyi yang bermakna yang ditanggap oleh seorang pendengar
itu akan digunakan untuk dijadikan asas bagi seseorangitu membuat tindakan,huraian
atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa
tersebut.Jadi proses mendengar memerlukan seseorang pendengar menggunakan alat
pendengaran dan juga otaknya.Justeru itu,anggapan bahawa mendengar merupakan
satu kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima kerana proses mendengar
merupakan proses yang kompleks.Ini termasuklah proses memaham,menghurai dan
menilai apa yang didengar sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dibuat
Prinsip pengajaran lisan bagi melatih kemahiran mendengar.
1. Guru perlu memahami cirri-ciri yang terangkum dalam kemahiran mendengar
sebelum menentukan tujuan-tujuan pengajarannya.
2. Guru perlu mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan mendengar
dalam kalangan murid-muridnya.
3. Kemahiran mendengar tidak diajar secara terpisah atau bersendirian.
4. Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah
dipelbagaikan.
5. Berbagai aktiviti mendengar perlu dirancang.
6. Guru perlu memandu dan melatih murid-murid mendengar dengan betuldan berjalan
secara berterusan.
c. Kemahiran membaca
Kemahiran membaca menekankan dua perkara; mengenal pasti simbol-simbol dan
hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol –simbol tersebut. Membaca
memerlukan pengenalpastian dan pemahaman serta interpretasi idea-idea yang
disimbolkan melalui penulisan atau simbol yang tertulis
a. Prabacaan
b. Bacaan mekanis
c. Bacaan dan pemahaman
a. Kemahiran menulis
Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat
dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan
bentuk grafik. Penulisan juga merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk
grafik.
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai
melalui pengajaran. Apabila menulis seseorang perlu mencatatkan simbol-simbol
grafik ; huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang mempunyai hubungan dengan
bunyi bahasa dalam pertuturan lisan.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
TAHUN 6
HASIL PEMBELAJARAN
3.0 HASIL PEMBELAJARAN
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum
bahasa.Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid.Oleh itu,murid perlu menguasai kemahiran
berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran.Justeru,Hasil Pembelajaran
dapat membantu guru memilih kandungan,kaedah,sumber,dan prosedur pengajaran
yang relevan dan berkesan.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah,Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat
kemahiran bahasa,sistem bahasa dan pengisian kurikulum.Pendekatan yang berfokus
kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil
Pembelajaran.Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat
pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
3.1 PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN
PELAJARAN
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Enam dipersembahkan dalam tiga lajur.Lajur pertama
ialah Hasil Pembelajaran.Lajur kedua Huraian Hasil Pembelajaran, dan lajur ketiga ialah
Cadangan Aktiviti / Nota.
a. Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran dalam lajur pertama mengandungi pernyataan hasil
pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah.Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan
tumpuan pada murid untuk menguasai hasil pembelajaran
Hasil Pembelajaran tahun enam adalah seperti berikut :
Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran Kemahiran Berbahasa
Mendengar & Bertutur 1.0 1.1,1.2,1.3,1.4,1.5,1.6
2.0 2.1,2.2
3.0 3.1,3.2,3.3
4.0 4.1,4.2,4.3,4.4
Membaca 5.0 5.1,5.2
6.0 6.1,6.2,6.3,6.4,6.5,6.6
7.0 7.1,7.2,7.3
Menulis 8.0 8.1,8.2,8.3,8.4,8.5,8.6
9.0 9.1,9.2,9.3
10.0 10.1,10.2,10.3
11.0 11.1,11.2,11.3,11.4
Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi kemahiran
berbual,bercerita,menyampaikan maklumat dan berbincang.Kemahiran membaca
pula memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat,membaca dan
memahami maklumat,serta membaca,menaakul,dan menghayati teks yang
dibaca.Bagi kemahiran menulis,tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakan
pelbagai jenis ayat,dalam menghasilkan penulisan.Penekanan juga diberikan pada
kemahiran mencatat dan menyusun maklumat serta menghasilkan penulisan kreatif
dan bukan kreatif.
b. Huraian Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas aras
kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan
mereka sama ada pada Aras 1,Aras 2, atau Aras 3.Aras 1 ialah aras paling asas
yang harus dicapai oleh semua murid.Kandungan kurikulum bagi aras ini adalah
yang paling minimum yang harus dikuasai oleh semua murid.Aras 2 ialah aras bagi
murid yang berpencapaian sederhana manakala Aras 3 ialah aras paling tinggi bagi
murid yang berpencapaian cemerlang.Pemeringkatan berdasarkan aras ini sejajar
dengan pembelajaran masteri dan membolehkan murid yang cemerlang terus maju
tanpa mengabaikan murid yang berpencapaian rendah.
Apabila murid berupaya mencapai aras 1,maka mereka boleh meneruskan
pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3.Sekiranya seseorang murid masih
tidak berupaya mencapai Aras 1,maka guru hendaklah melatih dan membimbing
murid tersebut sehingga mereka menguasai aras tersebut sepenuhnya.Dalam hal
ini,penilaian terhadap pencapaian murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk
mengenal pasti sama ada murid perlu dibimbing lagi atau boleh beralih ke pelajaran
seterusnya.
c. Cadangan Aktiviti / Nota
Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah.Cadangan
tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira
elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum,contohnya kemahiran meramal
dan membuat pilihan menggunakan kajian masa depan atau mengaplikasikan jenis
kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid.Semua cadangan ini hanyalah
sebagai panduan untuk guru.Guru boleh mengubah suai atau memilih teknik atau
aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid.
Hasil Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
1. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang
pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
2. Hasil pembelajaran
a. Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu
b. Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
c. Membantu guru memilih kandungan, kaedah , sumber dan prosedur
pengajaran
d. Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem
bahasa, dan pengisian kurikulum
e. Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
3. Contoh hasil pembelajaran ialah:
a. Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
b. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
c. Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
d. Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
e. Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
f. Menerangkan kepentingan kebersihan
g. Melukis seekor kucing
h. Mengetam sekeping papan
i. Memukul bole hoki yang bergolek
j. Membuang sampah ke dalam tong sampah
4. Perkatian di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran
ditunjukkan dalam Rajah 2.
5. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk
mencapai hasil pembelajaran.
6. Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses
pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
7. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran
daripada isi kandungan, proses pengajaran dan pkroses pembelajaran.
Jenis Pernyataan dalam P&P
Pernyataan Jenis
a. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuli
Isi kandungan
b. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup
Proses pengajaran
c. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup
Proses pembelajaran
d. Memahami sifat benda hidup Hasil pembelajaran umum
e. Menghuraikan sifat benda hidup Hasil pembelajaran khusus
7. Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama
ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda
hidup.
8. Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan
menambahkanpengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini
merupakan proses pengajaran
9. Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini
merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.
10.Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah
hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda
hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti:
a. Menyatakan sifat benda hidup
b. Mengenal pasti sifat benda hidup
c. Menerangkan sifat benda hidup
d. Memberi contoh benda hidup
e. Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup
f. Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan
hidup
11.Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan
hasil pembelajaran khusus.
12.Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus
kerana mudah dinilai.
13.Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum
dengan berfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.
Pernyataan Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam
a. Bentuk:
i. Hasil Pembelajaran Umum
ii. Hasil Pembelajaran Khusus
b. Bidang:
i. Kognitif
ii. Afektif
iii. Psikomotor
c. Aras:
i. Satu
ii. Dua
iii. Tiga (lebih tinggi)
Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang kognitif
1. Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek
seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
2. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut
mengikut Taksonomi Bloom:
a. Pengetahuan:
Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah,
cara atau prosedur.
b. Kefahaman:
Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum,
kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.
c. Aplikasi:
Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum,
kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru
d. Analisis:
Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada
bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.
e. Sintesis:
Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya
mendapat satu corak atau struktur yang bermakna.
f. Penilaian:
Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur,
projek atau tindakan.
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TARIKH : 10 OGOS 2011
HARI : KHAMIS
MASA : 8.00-9.00 PAGI
TAHUN : 6 SETIA
BILANGAN MURID : 35 ORANG
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU
TEMA : SEKOLAHKU
TAJUK : Majlis Persaraan
FOKUS UTAMA:
10.1: Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah,menarik , dan bermakna.
Aras 2(ii): menulis karangan menggunakan bahasa yang kreatif
5.1 : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1(i) : Membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
FOKUS SAMPINGAN:
1.2 : Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 1 (ii) : Mengajukan soalan yang menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan huraian dan penerangan.
PENERAPAN NILAI: kebanggaan, mengenang budi, bersopan santun
SISTEM BAHASA : Ayat penyata dan ayat tanya
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH : Kemahiran berfikir
PENYERAPAN ILMU : Pendidikan Moral
PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid pernah menghadiri majlis persaraan guru, pertukaran guru , Sambutan hari Kanak- Kanak, Hari Kecemerlangan dan menonton di televisyen.
OBJEKTIF: Pada akhir pengajaran ini murid dapat
1. Menulis karangan berpandu dengan kreatif .2. Membaca hasil perbincangan dengan sebutan, gaya dan intonasi yang betul3. Menyampaikan sesuatu maklumat yang didengar dengan mengemukakan isi
yang diperoleh dengan jelas.4. Mengemukakan soalan dengan tepat dan jelas tentang topik yang
diperbincangkan.
BAHAN PENGAJARAN : Laptop, LCD , lembaran kerja, Senikata lagu “Bertemu dan berpisah”, Rakaman lagu, Video ucapan wakil murid, Video Syarahan.
Isi pelajaran Aktiviti Catatan
Soalan:1. Apakah tajuk lagu yang
kamu nyanyikan tadi?2. Bila kita biasa nyanyikan
lagu ini.?3. Apakah mesej yang
terdapat dalam lagu ini?
Set Induksi ( 5 minit)
Guru memperdengarkan rakaman lagu”Bertemu dan berpisah”
Guru meminta murid menyanyi bersama-sama mengikut alunan muzik dan melihat paparan senikata lagu
Guru mengemukakan beberapa soalan mengenai lagu tersebut.
BBBRakaman lagu (laptop)
KBTTMK
Soalan:1. Bilakah puan mula
berkhidmat sebagai pendidik?
2. Apakah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh seorang guru?
3. Apakah sumbangan puan dalam mempertingkatkan prestasi akademik sekolah ini?
4. Apakah kejayaan –kejayaan yang dikecapi dalam aktiviti ko-kurikulum?
5. Bagaimana puan menangani masalah disiplin murid di sekolah ini?
6. Apakah kenangan manis dan pahit yang pernah puan lalui sejak melibatkan diri sebagai seorang pendidik?
7. Apakah aktiviti yang akan puan lakukan setelah bersara pada penghujung tahun ini?
Langkah 1 (13 minit)
Guru mengadakan sesi soaljawab dengan menjemput Puan Guru Besar sebagai tetamu dan tajuknya ialah kerjaya sebagai pendidik
Murid bersoaljawab dengan tetamu jemputan dan mengemukakan soalan-soalan berkaitan.
Murid-murid mencatat maklumat yang diperolehi melalui soaljawab
Guru meminta murid merumus hasil sesi soaljawab tadi.
BBMGuru Besar (maujud)
NILAIKeberanian
KBKKBanding beza
KBTTMK
Nilai murni; hormat-menghormati,
Kemahiran berfikir-pemikiran proaktif
Isi-isi penting dalam ucapan(Format ucapan)
1. Pengenalan- ucapan alu-aluan
2. Isi-tujuan ucapan3. Kata-kata penghadapan4. Penutup
Langkah 2( 10 minit )
Guru menayangkan video ucapan wakil pelajar dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan
Murid dikehendaki mendengar dengan teliti dan mencatat maklumat berkaitan format ucapan dalam lembaran kerja yang disediakan.
Murid merumus format karangan ucapan.
BBBVideo Ucapan
KBTKemahiran belajarKemahiran berfikir
KPInterpersonal
Soalan:Sediakan satu teks ucapan oleh ketua murid sempena Majlis Persaraan Guru Besar.
1. Pendahuluan (disediakan)
2. Isi-isi penting (hasil perbincangan kumpulan)
3. Penutup (disediakan)
Lembaran kerja (Sila lihat lampiran)
Langkah 3 (14 minit)
Secara berkumpulan , setiap kumpulan mempunyai 5 orang, murid ditugaskan berbincang mengenai soalan yang disediakan.
Pendahuluan dan penutup disediakan, murid hanya perlu memasukkan isi-isi pentingWakil kumpulan membacakan hasil perbincangan dengan sebutan , gaya dan intonasi yang betul.
Murid –murid mencatat isi-isi penting
KBTKemahiran berfikir-memilih maklumat mengikut keutamaan
KPVerbal linguisitik
KBKKMeramal
BBB
Lembaran kerja
Kemahiran belajar-mengumpul maklumat
Soalan:Sediakan satu teks ucapan oleh ketua murid sempena Majlis Persaraan Guru Besar.
Langkah 4 ( 10 minit)
Secara individu , murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang telah diperbincangkan..
Karangan berpandu bertujuan membimbing murid dalam penulisan
BBB
Karangan berpandu
Kemahiran berfikir-mengumpul-memproses-menyusun maklumat
Video syarahan Nyanyian lagu “Bertemu dan berpisah”
Penutup ( 8 minit)
Murid melihat video johan syarahan dan menyanyi sekali lagi beramai-ramai.
Penutup sosial
BBBVideo syarahanRakaman lagu
Nilai
Kebanggaan
4.1 Rumusan
Rancangan pelajaran harian ini menggabungkan keempat-empat kemahiran iaitu
membaca, mendengar, bertutur dan menulis. Kemahiran ini saya gabungjalinkan
dan menyerapkan unsur- unsur Pendidikan Moral. .
Bahan-bahan bantu belajar saya mengaksesnya di internet melalui “You tube”
supaya menggunakan bahan- bahan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum ini , guru-guru lebih menggunakan papan tulis , kad manila, dan lain-lain.
Melalui bahan ini, murid dapat melihat gambar dan ucapan yang realiti.
Di samping itu juga , saya telah menjemput seorang tetamu untuk murid-murid
bersoaljawab. Kemahiran bertutur dalam bersoaljawab amat penting untuk menguji
keberanian dan kefasihan semasa bertutur. Semasa bersoaljawab murid dapat
mencatat isi- isi penting yang didengari dalam soaljawab itu. .Ini menarik minat
murid untuk belajar bahasa Melayu yang dipelbagaikan teknik mengajar.
Selain itu, dalam set induksi murid- murid menyanyikan lagu “Bertemu dan
berpisah” rakaman dari “You tube” juga yang mengandungi muzik dan lirik lagu.
Murid juga diberi senikata lagu tersebut supaya semua murid dapat menyanyi
memandangkan dalam satu kelas kadangkala ada juga murid tidak dapat melihat
papan layar dengan jelas.
Saya juga inginkan murid mengakses internet untuk mencari maklumat tetapi
sekolah saya tidak mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi. Jadi saya
tukarkan teknik mengakses internet dengan aktiviti bersoaljawab.
Saya rasa masa yang digunakan satu jam tidak membosankan murid-murid, malah
menarik minak mereka untuk belajar lebih tekun lagi.
BIBLIOGRAFIBIBLIOGRAFI
8.0 BIBLIOGRAFI
Dayang Mahani, (2007), Nota dan Sampel Lanjutan Karangan UPSR, Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.:75-90
Juriah Long, (1990), Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu, Petaling Jaya : Fajar
Bakti Sdn. Bhd.:113-228
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1992),Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah
Rendah:Teknik Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2003), Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah: Bahasa Melayu,Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Mohamad bin Musip, (2007) Buku Teks Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun
6, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, (2003), Teori Bahasa : Impikasinya terhadap
Pengajaran Tatabahasa, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan IIdris.
Salleh Mohd Akib, (1975), Prinsip dan kaedah pengajaran bahasa, Kelantan : Pustaka
Aman Press
Tuan Jah Tuan Yusof, (2011) , Siri Pengajian Bahasa Melayu: Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.:112-153
http://www.youtube.com/watch?v=ssOidkFJDNI
http://www.youtube.com/watch?v=RDj0O0kWw3s
http://www.youtube.com/watch?v=_fr4lewtPj8
PENULISAN REFLEKSI DARI SEMASA KE SEMASA TENTANG
PELAKSANAAN TUGASAN PROJEK
PENULISAN REFLEKSI DARI SEMASA KE SEMASA TENTANG
PELAKSANAAN TUGASAN PROJEK
6.0 Refleksi
Tugasan yang diberi oleh Dr Sabri amat mencabar kerana telah terlalu lama
saya tidak membuatnya. Ini kerana di sekolah hanya membuat kertas kerja yang
ringkas dan menaip soalan sahaja. Tetapi tugas ini memerlukan masa yang panjang
untuk menyiapkannya.
Soalan yang diberi memerlukan kreativiti untuk membuat Rancangan Pelajaran
Harian walaupun lebih 23 tahun mengajar. Untuk merancang RPH, saya telah
mengambil masa lebih kurang satu malam untuk mengakses internet dalam “Youtube”
untuk mencari bahan pengajaran yang lebih menarik. Saya mencari lagu kanak-kanak,
mencari ucapan, perbahasan, syarahan dan lakonan. Akhir sekali, saya terfikir untuk
mengajar penulisan yang temanya Sekolahku dan tajuknya, Majlis Persaraan.RPH ini
sesuai untuk murid Tahun Enam di kelas yang pintar.
Saya mula menaip sedikit-sedikit perkara yang perlu ada dalam tugasan seperti
muka depan, pendahuluan, refleksi, Bibliografi dan lain-lain.Selepas itu, saya mencari
bahan-bahan rujukan seperti contoh-contoh penulisan RPH, berkaitan kaedah
pengajaran, sukatan pelajaran huraiaan sukatan tahun 4,5, dan 6.Buku-buku rujukan ini
saya perolehi dari kawan-kawan , saudara mara, meminjam dari Perbadanan
Perpustakaan Klang, membeli di Toko Buku Klang dan mengakses internet.
Saya juga berbincang dengan kawan-kawan kelas seperti Puan Julia dan Puan
Juliyanti melalui telefon , “facebook” dan email di samping membuat draf-draf supaya
tugasan saya tidak menyimpang daripada tajuk. . Tugasan ini dibuat sedikit-sedikit
memandangkan tanggungjawab di sekolah mesti diselesaikan. Selain itu , saya juga
menjalankan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di samping
Memangku Tugas Guru Besar.
Saya cuba menyiapkan tugasan ini peringkat demi peringkat dengan teliti
supaya tiada kesilapan berlaku dan menepati soalan. Selain itu, saya telah
memasukkan semua item yang didapati dari “Youtube” dimasukkan ke dalam CD
termasuk rakaman pengajaran. Syukur kerana semuanya telah siap.
DRAF-DRAF
TUGASANDRAF-DRAF
TUGASAN
LAMPIRANLAMPIRAN
5.1 Set induksi ( Senikata lagu)
Bertemu dan berpisah
Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata
Tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar
Aman dan sentosa
Semoga kelak kita akan
Bertemu suatu masa
5.2 Lembaran kerja (langkah 2- menonton video Ucapan)
Pendahuluan
(kata-kata aluan)
Isi-isi penting
Kata-kata penghadapan
Penutup
5.3 Lembaran Kerja berkumpulan (langkah 3)
Pendahuluan
(kata-kata aluan)
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang diraikan, Puan Hajah Jumaiyah binti Hamzah, Guru Besar SK (2) Simpang Lima ,Yang dihormati Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang disayangi.
Isi-isi penting 1.
2.
3.
Kata-kata penghadapan
Penutup Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang yang telah dilakukan sama ada secara sengaja atau tanpa disedari.
Dengarkan pantun saya,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di atas peti,
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Selamat bersara
Sekian, terima kasih
5.4 Lembaran kerja (Langkah 4)
Soalan:Sediakan satu teks ucapan oleh ketua murid sempena Majlis Persaraan Guru Besar.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang diraikan, Puan Hajah Jumaiyah binti Hamzah, Guru Besar SK (2) Simpang Lima ,Yang dihormati Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang disayangi.
______________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Hadirin sekalian,
______________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
______________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang yang telah dilakukan,
Dengarkan pantun saya,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di atas peti,
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Selamat bersara
Sekian, terima kasih
5.5 CD
i. Lagu Bertemu dan berpisah
ii. Ucapan wakil murid
iii. Ucapan Syarahan
iv. Video pengajaran dan pembelajaran
i
top related