assgment edu 3183 terbaru
Post on 05-Dec-2015
227 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0PENGENALAN
Profesion perguruan merupakan satu bidang serta tugas yang sangat mulia.Tugas
sebagai seorang guru bukan sahaja sebagai pendidik, bahkan juga sebagai murabbi,
muaddib,mudarris,mua’lim dan mursyid.setiap tingkah laku serta perlakuan guru
menjadi contoh serta tauladan buat semua anak didiknya kerana guru merupakan ‘Role
Model’ kepada anak didiknya disekolah dan juga diluar sekolah.
Istilah profesion hanya dikhaskan buat mereka yang mempunyai kemahiran teknikal
serta pengetahuan khusus dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak mampu
dibuat oleh mereka yang berkelayakan.selain itu, istilah profesion ini juga boleh
diertikan sebagai satu pekerjaan,kerier berstatus tinggi yang melibatkan pengetahuan
akademik,kelayakan formal dan keahlian badan professional atau badan
kawalan.Profesional ini juga melibatkan aspek kecekapan,kemahiran serta
pengetahuan yang sistematik.
Selain daripada itu,status profesion ini juga merupakan suatu penghormatan serta
penghargaan yang paling utama di dalam organisasi kemasyarakatan kerana ia
merupakan nilai yang sangat penting serta memberikan tenaga yang dinamik kepada
masyarakat. Di dalam bidang profesion ini juga terdapat ciri-ciri khusus bagi menjaga
kredibiliti sesuatu profesion. Antara ciri-ciri sesuatu profesion yang mesti ada adalah:
1) Tanggungjawab yang besar.
2) Akauntabiliti.
3) Pengetahuan teori serta kepakaran yang khusus.
4) Persediaan kelayakan.
5) Autonomi kerja.
6) Klien dan bukan pelanggan.
7) Hubungan kerja secara langsung.
8) Kekangan kerja.
2.0 KONSEP.
Kerjaya sebagai seorang guru dalam mendidik anak bangsa merupakan satu
tugasan mulia. tanpa mengira erti penat jemu, masa dan tenaga, guru terus mendidik
anak bangsa bagi melahirkan bangsa yang mempunyai pengetahuan seimbang dari
Segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah (JERIS). Bahkan, kerjaya
sebagai seorang guru disanjung tinggi oleh semua pihak kerana dari didikan seorang
guru lahirkan beribu anak bangsa yang bergelar doctor, engineer, polis dan sebagainya.
Kesemua mereka yang berjaya bermula dari didikan yang diterima di sekolah hasil dari
didikan mereka yang bergelar guru.
Kerjaya seorang guru juga tidak boleh lari dari konsep profesionalisme.
Profesionalisme bermaksud etika peradaban serta melaksanakan hak-hak
tanggungjawab dalam situasi pada setiap masa tanpa gagal. Bahkan, bertitik tolak dari
konsep profesion ini juga dapat membentuk keyakinan serta terbina kepercayaan
dalam setiap aspek kerja yang dilakukan. Selain daripada itu, konsep profesion ini juga
boleh diertikan melaksanakan tanggungjawab secara rela hati dalam setiap keadaan
dan bukan cuba mengelakkan diri daripada tanggungjawab tersebut. Oleh sebab itu,
seorang guru mestilah menunjukkan kecekapan dan profesionalisme kepada murid-
murid dan ibu bapa. Di samping itu juga menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
menguasai teori pembelajaran, aspek-aspek serta elemen pengajaran pedagogi,
perancangan pengajaran, inspirasi negara dan sebagainya bagi memastikan seorang
guru itu dapat melaksanakan amanah dengan baik dan bertanggungjawab. Sebagai
seorang guru yang berkredibiliti dalam profesion perguruan, ciri-ciri sebagai seorang
guru profesional mestilah dalam wujud setiap individu bergelar guru. Di antara ciri-ciri
yang mesti ada dalam diri seorang guru professional adalah tegas dan bermatlamat,
jujur, tulen dan berintegriti, dedikasi dan komitmen, adil dan saksama serta berbelas
kasihan dan penyayang.
Selain daripada itu, profesion sebagai seorang guru juga tidak boleh lari dari kod
etika kerja keguruan. Kod etika bermaksud satu koleksi peraturan dan prosedur
bertingkah laku bagi mengendalikan tingkah laku mengikut nilai-nilai utama serta
piawaian yang telah ditetapkan. Bahkan, dalam bidang kerja perguruan ini mempunyai
kod etika kerjanya yang tersendiri. Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, kod etika kerja keguruan terletak pada lima prinsip:
1) Niat yang betul.
2) Perlakuan yang baik.
3) Penggerak ke arah kebaikan.
4) Memperkotakan apa yang dikatakan.
5) Berdisiplin dan beradab.
Selain daripada itu juga, nilai dan etika kerja juga merupakan prinsip yang dapat
membantu seseorang guru untuk menentukan tindakan serta perlakuannya dalam
profesion perguruan. Terdapat 3 standard yang digariskan oleh Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam etika perguruan.
1) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan.
2) Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman.
3) Standard 3:Kemahiran Pengajaran dan pembelajaran
Dalam Standard 1 amalan nilai profesionalisme keguruan, seseorang guru itu
mestilah amanah, ikhlas, berilmu, sabar, adil ,benar, dedikasi, berketerampilan serta
kreatif dan inovatif. Dalam Standard 2,pengetahuan dan kefahaman seseorang guru itu
mestilah mantap serta mampu meningkatkan profesionalisme keguruan. Terdapat
beberapa bidang yang mesti diketahui oleh seorang guru. Antaranya ialah kandungan
mata pelajaran yang diajarkan, kandungan ilmu pendidikan, strategi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif serta mengetahui potensi murid dan cara
mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Selain terikat dengan konsep profesion serta kod etika, seorang guru itu juga tidak
terlepas dari konsep integriti. Integriti bermaksud sifat jati diri yang merangkumi
keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak
mudah dipengaruhi, boleh dipercayai seta boleh dipercayai percakapannya. Integriti ini
adalah sangat penting serta mesti ada dalam diri setiap seorang guru kerana melalui
konsep integriti ini mampu menjadikan seorang guru itu sebagai contoh teladan buat
anak didiknya.Tugasan guru juga bukan sebagai seorang guru serta contoh teladan
buat anak didiknya, sebaliknya, mampu serta dapat memberikan impak yang lebih
besar dalam kehidupan seorang murid apabila seorang guru itu mampu menjadi
seorang muallim, muaddib,mudarris,mursyid serta murabbi kepada anak didiknya.
Di samping itu juga, terdapat lima faktor yang mempengaruhi integriti seorang guru
itu. Antaranya ialah:
1) Individu.
2) Kepimpinan.
3) Sistem dan prosedur.
4) Budaya.
5) Struktur dan institusi.
Bagi faktor pertama individu,seorang guru itu mestilah mempunyai penghayatan nila
keagamaan serta nilai sejagat agar tidak mudah terjebak dengan punca kemerosotan
integriti. Selain daripada itu, kehidupan seseorang inidividu yang seimbang serta stabil
mampu mengelakkan seseorang individu itu terjebak ke lembah punca kemerosotan
integrity.Bagi factor kedua,kepimpinan,pihak pentadbir serta pengurusan mestilah
menunjukkan sikap kepimpianan agar menjadi teladan serta contoh masyarakat
sekolah.Bahkan, pihak pentadbir serta pengurusan mestilah mampu mencegah sikap
berkelompok dikalangan guru agar dapat mengelakk sifat hasad dengki serta wujudkan
kumpulan guru.Dalam integrity sistem dan prosedur,pihak pentadbir mestilah telus dalm
menjankan tugas tanpa pilih kasih,mewujudkan garis panduan yang jelas serta
mengelakkan kecelaruan,mengadakan pemantauan serta semakan dalam setiap sistem
yang dijalankan. Ini kerana bagi mengelakkan integriti keguruan itu dipandang serang
serta menjatuhkan martabat keguruan itu sendiri.
Bagi faktor keempat,budaya,guru-guru mestilah memupuk budaya sekolah yang
menitikberatkan nilai integriti. Ini kerana apabila seorang guru itu tidak menitikneratkan
nilai budaya berintegriti, secaar tidak langsung memberikan gamgaran kepada ibu
bapa bahawa giri tersebut melaksakan amanah dengan sambil lewa.Bagi faktor
kelimanstruktur dan institusi,onganisasi sekolah mestilah dibentuk dengan baik dan
sempurna.Ini bagi mengelakkan sikap tidak jujur serta tidak amanah dengan tugas serta
mengelakkan sikap iri hati sesetengah pihak yang lain dalam struktur
berorganisasi.secara tidak langsung memberikan imej kepada pihak pentadbir serta
pengurusan tidak mampu membentuk struktur organisasi yang baik serta mampu
memberi impak dalam sekolah.
3.0CABARAN KEPIMPINAN GURU DI SEKOLAH.
Dewasa kini, tugas seorang guru semakin hari semakin mencabar sama ada dari
segi tugasan kerja, pengelolaan sesuatu organisasi, kepimpinan dan sebagainya.
Tambahan pula, faktor perkembangan arus pendidikan menjelang wawasan 2020
membuat seorang guru itu mesti berkemahiran dari pelbagai bidang sama ada dari segi
pedagogi pengajaran, teknologi, kemahiran teknikal dan sebagainya. Faktor utama
adalah desakan arus pendidikan yang semakin canggih menyebabkan seseorang guru
itu mesti berubah agar selari dengan arus pendidikan semasa.
Di antara cabaran utama dalam kepimpinan guru adalah masalah penyelewengan
dalam pembangunan infrastruktur sekolah seperti keretakan bangunan sekolah,
keretakan bangunan makmal computer dan sebagainya (Khairul Faizi Bin Ahmad
Kamil, 2005; Fikrah Imayu, 2008; Musa Hj. Aman, 2001).Tidak dinafikan bahawa
peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk
menambah baik infrastruktur serta kemudahan sekolah bagi memastikan semua murid
mendapat kemudahan sama rata seperti murid di sekolah lain. Namun, begitu malang
sekali sebagai penjawat awam bergelar guru yang cuba mengambil kesempatan
dengan memberikan projek pembinaan infrastruktur kepada individu berkepentingan
peribadi bagi mengaut sama keuntungan yang diperoleh. Natijahnya, kualiti
pembinaan infrastruktur tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan
mengakibatkan kekukuhan bangunan tidak bertahan lama. Secara tidak langsung boleh
mengancam nyawa para pelajar serta guru-guru yang menggunakan bangunan
tersebut. Ini bertentangan dengan Teori Tret yang menyatakan bahawa seorang guru
itu mestilah jujur dan berintegriti dalam melaksanakan tugas serta boleh dipercayai dan
boleh diharap oleh semua pihak.
Selain daripada itu, cabaran masalah kepimpinan di sekolah adalah apabila
berlakunya perselisihan faham antara sesama guru menyebabkan sesuatu organisasi
itu tidak dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Ini dikukuhkan lagi
dengan kajian yang dijalankan oleh Noordin Yahya, Shariffudin Ismail, 2004; Maimunah
Binti Muda, 2004 Kepimpinan Dalam Menghadapi Isu-Isu Semasa Pendidikan yang
menyatakan bahawa perselisihan faham antara guru dalam melaksanakan aktiviti
sering berlaku dan saling menuding jari apabila wujudnya sesuatu masalah. Tidak
dinafikan bahawa perselisihan faham antara sesama guru akan berlaku kerana
wujudnya percambahan idea dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan, namun tidak
seharusnya sikap menuding jari berlaku di kalangan guru kerana setiap program atau
aktiviti yang dijalankan adalah berkepentingan untuk mendidik murid – murid di sekolah.
Sebaliknya sebagai seorang guru baik, sikap saling bantu membantu serta memastikan
sesuatu program itu dapat dijalankan dengan sempurna mestilah wujud kerana untuk
kesejahteraan bersama serta mencapai objektif yang ingin dicapai. Ini bertepatan
mengikut Teori Tret yang menyatakan bahawa dorongan pencapaian, kesungguhan
usaha, bercita-cita tinggi, bertenaga dan inisiatif mesti wujud dalam kepimpinan di
sekolah.
Cabaran seterusnya adalah Cabaran Baru Kepimpinan Sekolah Melaui Bai’ah
(Utusan online bertarikh 18.2.2011). Tidak dinafikan bahawa inisiatif pihak kerajaan di
bawah Bidang Utama Keberhasilan Negara ( NKRA ) yang memberikan ganjaran serta
insentif kepada sekolah yang mencapai pencapaian prestasi yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memberikan penambahan dari sudut
penambahan gaji bermula dari pengetua sehingga kepada semua guru di sekolah
tersebut. Dalam ulasan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyidin Yasin ketika berucap dalam
Majlis perutusan Khas di Putrajaya, Pengetua dan guru besar bukan setakat menduduki
kerusi teratas dalam hierarki organisasi sekolah, tetapi kualiti mereka akan menentukan
sama ada sekolah yang mereka terajui berada di tahap cemerlang. Ini bertepatan
dengan Teori Lorong Matlamat yang dikemukan oleh Robert House bahawa
keberkesanan pemimpin bergantung kepada sokongan pekerja dan factor persekitaran
serta gaya kepimpinan. Semestinya pihak pentadbir mestilah memberikan sokongan
dan dorongan kepada semua guru bagi meningkatkan lagi pencapaian serta mutu
pendidikan sekolah.
4.0 R UMUSAN
Hasil daripada pembacaan ilmiah serta perbincangan yang dipaparkan,
sesungguhnya cabaran seorang guru semakin hari kian mencabar. Bahkan, tidak
dinafikan lagi bahawa hampir kehidupan seharian sebagai seorang cikgu
menghabiskan masa untuk berada di sekolah bagi menyelesaikan tugasan sampingan.
berpandukan daripada tiga konsep yang dibincangkan di atas, saya mendapati bahawa
tugasan seorang guru bukannya mudah. Melalui konsep profesion seorang guru
mestilah mempunyai sikap tegas, bermatlamat, jujur, tulen, integriti, dedikasi, komitmen,
adil, saksama, berbelas kasihan penyayang. Dalam konsep etika pula, seorang guru itu
mestilah mempunyai niat yang betul, perlakuan baik, penggerak ke arah kebaikan,
memperkotakan ayang yang dikatakan serta berdisiplin dan beradab. Bahkan, dalam
konsep etika ini juga, seorang guru mestilah mempunyai amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Dalam konsep integriti pula, seorang guru mestilah amanah,
berkepimpinan, mengetahui prosedur dan sistem, budaya serta struktur dan institusi.
Dalam perkembangan cabaran kepimpinan di sekolah pula, cabaran utama adalah
dari segi kejujuran serta dalam memberikan amanah kepada individu bagi menambah
baik infrastruktur bangunan sekolah mestilah diberikan kepada orang selayaknya bukan
kepada individu-individu berkepentingan peribadi. Selain itu, cabaran kepimpinan
adalah dalam menghadapi situasi perselisihan faham antara sesame guru serta
cabaran apabila sekolah menerima baiah dari pihak kementerian Pendidikan Malaysia.
Bukan mudah untuk menjadi pemimpin, bahkan kematangan serta tindakan
professional mestilah wujud dalam diri seorang pemimpin agar sekolah terus dapat
dimajukan lebih ke hadapan serta menjadikan semua guru dan murid lebih Berjaya dan
berdaya saing.
5.0: RUJUKAN
Akhiar Pardi, S. S. (20012). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: BS Print ( M ) Sdn. Bhd.
http://eprints.uthm.edu.my/2712/1/21._PKPGB_2008_1.pdf
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
top related