assignment bm1
Post on 29-Jan-2016
247 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MEMPERSEMBAHKAN
DISEDIAKAN OLEH :-
NUR FARAH NAJIHA BINTI AZIZIFARAH NABILAH IZZATI BINTI ROZAIEEDNUR FATIN IZZATI BINTI ABDULLAHZAFRAN BIN ZAKARIA
SINOPSISKapten Mamat menghadapi konflik dalam dirinya setelah Baharom, iaitu seorang kelasinya meninggal dunia selepas terjatuh dari tiang geladak kapal yang dikemudi oleh Kapten Mamat. Masnah, janda kepada arwah Baharom ialah saudara jauh sebelah bapanya. Masnah datang menuntut haknya sebagai seorang janda. Kapten Mamat sangat bersimpati dengan Masnah namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Isteri Kapten Mamat cuba menenteramkan Masnah namun gagal. Masnah meluahkan kekecewaannya kerana nasibnya tidak terbela selepas kematian Baharom. Kapten Mamat berjanji untuk membela nasib Masnah. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Masnah tiba-tiba pengsan. Isteri Kapten Mamat menyuruhnya memanggil bomoh. Namun Kapten Mamat tidak percaya akan khidmat bomoh. Dia menyuruh isterinya memercikkan air ke muka Masnah. Akhirnya, Masnah sedar semula. Kapten Mamat menyuruh Masnah balik ke kampung untuk menenangkan jiwanya. Dia juga menyuruh Masnah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui penyakit yang dialaminya. Masnah akhirnya akur dengan nasihat Kapten Mamat. Sehebat mana penanggungan masalah yang dihadapinya, Masnah akur dengan ketentuan Tuhan bahawa setiap makhluk yang bernyawa akan mati.
TEMATanggungjawab pada amanat kehidupan yang
terpaksa dilalui atas ketentuan Ilahi.
Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap
kematian Baharum, suami Masnah. Baharum
yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh
Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana
terjatuh dari atas tiang agung ke atas
geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab
terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya
setelah kematian Baharum. Masnah pula
bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan
dua orang anaknya setelah kematian suaminya.
PERSOALAN
i. Kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami.
Contohnya : Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa
seorang suami.
Perasaan bersalah yang menghantui jiwa.
Contohnya : Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami
Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.
Perasaan simpati atas penderitaan hidup orang lain.
Contohnya : Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan
yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
Sikap reda menghadapi ketentuan Allah.
Contohnya : Masnah akhirnya reda akan ketentuan Allah, iaitu
setiap makhluk yang hidup pasti akan mati.
LATAR
LATAR MASA
LATAR TEMPAT
LATAR MASYARAKAT
KAPTEN MAMAT
•Bekerja sebagai kapten
kapal.
•Seorang pesara.
•Prihatin terhadap masalah
anak buahnya. Kapten
Mamat prihatin terhadap
nasib yang menimpa
Masnah sekeluarga setelah
kematian suaminya
Baharum..
•Berasa bertanggungjawab
atas kematian Baharum.
Kapten Mamat berjanji
kepada Masnah bahawa
selagi dia masih hidup,
keluarga Masnah akan
dibantu.
WATAK DAN PERWATAKKAN MASNAH
•Janda Baharum.
•Mempunyai dua orang
anak.
•Setia dan penyayang
terhadap suami dan anak-
anaknya. Masnah amat
menyayangi suaminya
meskipun Baharum sudah
meninggal dunia.
•Mengalami kesusahan
hidup selepas kematian
suami.
Masnah merasa keperitan
hidup setelah dia
kehilangan suami yang
menjadi tempat bergantung
selama ini.
LATAR MASA
Tengah hari yang
panas terik dan
berangin sehingga
langsir rumah Kapten
Mamat
berterbangan dan dia
membuka bajunya.
LATAR TEMPAT
Rumah Kapten Mamat.
Dia membuka baju dan membiarkan
tubuhnya dihembus angin.
Anjung rumah Kapten Mamat.
Masnah memimpin tangan anaknya
naik ke anjung.
Kapal.
Tempat Baharum terjatuh kerana
memanjat geladak ketika laut
bergelora.
LATAR MASYARAKATMasyarakat yang cekap menghadapi cabaran.
Kapten Mamat berusaha mengurangkan bebanan yang ditanggung
oleh isteri dan anak-anak arwah Baharum.
Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.
Setelah kematian Baharum, kesatuan sekerja akan membayar
pampasan.
Masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain.
Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah
dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung.
Masyarakat yang menghormati tetamu.
Isteri Kapten mamat menghidangkan minuman kepada Masnah.
NILAI MURNI
Bersimpati
Contohnya, Kapten Mamat bersimpati atas nasib yang
menimpa Masnah dan anak-anaknya.
Kasih sayang
Contohnya, Masnah amat mengasihi suaminya dan
amat sukar menerima realiti bahawa suaminya sudah
meninggal dunia.
Keberanian
Contohnya, Kapten Mamat berani menghadapi
cabaran bekerja di laut.
PENGAJARANKita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa
ahli keluarga dan juga sahabat
handai.
Contohnya, Kapten Mamat bersimpati dengan nasib Masnah
dan anak-anaknya setelah
kematian Baharum.
Suami isteri hendaklah saling menyayangi antara satu sama
lain.
Contohnya, Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun
suaminya telah pergi buat selama-
lamanya.
Kita mestilah menjadi pemimpin yang berani terutama dalam
menghadapi situasi yang
genting.
Contohnya, Kapten Mamat bijak mengemudi kapal di lautan
terutama ketika laut bergelora.
TAMAT
top related