aturcara - utama - portal rasmi jabatan pendidikan...
Post on 13-Jun-2018
219 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Disediakan olehSektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan IslamKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
APRIL 2014
PANDUAN
PELAKSANAAN
AKTIVITI IHYA’
RAMADHAN
SEKOLAH
Kata-Kata Aluan
PengarahBahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, pemilik dan penguasa alam seluruhnya. Selawat dan salam kesejahteraan ke atas Baginda Muhammad SAW, penghulu para anbiya’ wal mursalin, pemberi syafaat kepada insan dan penterjemah akhlak Qurani yang hakiki dan sejati.
Ramadhan al-Mubarak merupakan institusi pendidikan rabbani khusus untuk ummah akhir zaman. Kerahmatan dan keberkatannya amat ditunggu-tunggu oleh semua yang bergelar makhluk ciptaan Allah Azza wa Jalla. Hadis-hadis Nabi SAW telah banyak menceritakan bagaimana ummah awwalin dalam kalangan sahabat amat merindui kehadirannya dan sedih pilu apabila tiba saat perpisahan dengannya
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, berhasrat menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan tarbiah untuk mendidik jiwa. Melalui kepelbagaian pengisian rohani, diharapkan seluruh warga SMKA dan SABK dapat menjejaki kembali kegemilangan generasi al-awwalin. Panduan Program Ihya Ramadhan SMKA dan SABK yang disusun adalah merupakan satu panduan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan di semua sekolah berkenaan.
Semoga dengan satu acuan, visi dan misi ke arah kecemerlangan SMKA dan SABK akan dapat disatu dan direalisasikan. Kunci kecemerlangan SMKA dan SABK hanya ada pada kecemerlangan sahsiah diri warganya. Maka rebutlah peluang kehadiran Ramadahan untuk menjana kecemerlangan dan keunggulan sahsiah diri.
Akhir kata, saya doakan seluruh warga SMKA dan SABK cemerlang dunia dan akhirat. “ Labbaika Ya Ramadhan ”.
Sekian, wassalam.
(HJ ABDULLAH BIN MD. DIN )
2
PANDUAN
PELAKSANAAN
AKTIVITI IHYA’
RAMADHAN
SEKOLAH
PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADHANSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) 1435H/2014M
1. PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengkukuhan sahsiah pelajar dan warga SMKA/SABK.
2. MATLAMATMenjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua SMKA/SABK agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga SMKA/SABK supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.
3. OBJEKTIF3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia,
berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga SMKA/SABK serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga SMKA/SABK dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.
4. SASARAN
4.1 Pelajar-pelajar 4.2 Guru dan staf sokongan4.3 Ibu Bapa Pelajar4.4 Sekolah-sekolah Sekitar4.5 Pegawai–Pegawai BPI KPM, JPN dan PPD4.6 Pimpinan Masyarakat Setempat
5. TEMPAT
Premis sekolah dan kawasan sekitar
3
6. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
6.1. Aktiviti Utamaa. Program Di Ambang Ramadhanb. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan
( Sepanjang Bulan Ramadhan)c. Ceramah Perdana / Forum Perdanad. Majlis Khatam Al-Qurane. Solat Tarawihf. Qiamullailg. Sumbangan Fakir Miskinh. Iftar Jamaiei. Banner ( Labbaika Ya Ramadhan )j. Majlis Perutusan Aidil Fitrik. Risalah Ramadhanl. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, buku
skrap, teka silangkata, gubahan bunga coklat, menulis khutbah aidil fitri, anyaman ketupat dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri
6.2. Aktiviti Elektifa. Kuliah Zohorb. Kuliah Subuhc. Tazkirah Muridd. Usrahe. Bacaan Ma’thuratf. Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubrag. Gotong Royong / Keceriaan Surauh. Majlis Tahlili. Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagij. Kelas tafaqquh stafk. Forum pelajarl. Tayangan DVD m. Penghayatan Dhuhan. Cenderamata petugas Ihya Ramadhan ( Pelajar )
7. PROGRAM PERDANA IHYA’ RAMADHAN SMKA/SABK
7.1 Pengisian program ini sekurang-kurangnya seperti berikut :a. Forum Perdana / Ceramah Perdanab. Iftar Jamaiec. Tadarus al-Quran / Khatam al-Qurand. Penyediaan Juadah Berbuka secara gotong-royong ( nasi, lauk
pauk, BBQ dll jika sesuai )e. Penyediaan Bubur Lambuk secara gotong-royong ( jika sesuai )f. Solat Tarawihg. Qiamullailh. Kuliah subuhi. Penyampaian hadiah pertandingan
7.2 Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut :
4
a. Pegawai BPI / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerahb. Pimpinan masyarakat setempatc. Pengetua atau wakil sekolah yang berhampirand. PIBG sekolahe. Warga SMKA / SABK seluruhnya
7.3 Sumber Kewangan : Bahagian Pendidikan Islam KPM melalui Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam menyediakan peruntukan khas untuk program ini.
7.4 Tarikh Ia ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.
8. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM IHYA RAMADHAN
8.1 Semua SMKA/SABK diminta melaksanakan Program Perdana Ihya Ramadhan dengan peruntukan yang diberi.
8.2 Semua SMKA/SABK diminta memberi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti utama Program Ihya’ Ramadhan.
8.3 Semua SMKA/SABK disarankan melaksanakan aktiviti elektif program Ramadhan mengikut kesesuaian dan kemampuan sekolah.
9. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM PERDANA IHYA RAMADHAN
9.1 Jawatankuasa Induk
9.1.1 Pengerusi Pengetua SMKA/SABK
9.1.2 Timbalan PengerusiPenolong Kanan Pentadbiran
9.1.3 Naib Pengerusi 1Penolong Kanan HEM
9.1.4 Naib Pengerusi 11Penolong Kanan Ko-Kurikulum
9.1.5 SetiausahaKetua Bidang
9.1.6 Penolong SetiausahaKetua Panitia Pendidikan Islam
9.2 Ahli Jawatankuasa9.2.1 JK Urusetia 9.2.2 JK Protokol dan Sambutan9.2.3 JK Tadarus al-Quran9.2.4 JK Majlis Khatam al-Quran9.2.5 JK Majlis Qiamulail9.2.6 JK Solat Tarawih9.2.7 JK Ceramah Perdana9.2.8 JK Rakaman & Dokumentasi 9.2.9 JK Pengacaraan dan Bacaan Doa9.2.10JK Persiapan Dewan dan Khemah 9.2.11JK Hiasan Pentas9.2.12JK Keselamatan dan Kebajikan
5
9.2.13JK Seranta dan Siaraya 9.2.14JK Jamuan9.2.15JK Hadiah dan Cenderamata 9.2.16JK Cenderahati9.2.17JK Risalah dan Broucher 9.2.18JK Pertandingan9.2.19JK Penyambut Tetamu 9.2.20JK Tugas-Tugas Khas
10. FAEDAH-FAEDAH YANG DIJANGKA DIPEROLEHI
10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga SMKA/SABK.
10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan.
10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga SMKA/SABK kepada orang yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.
10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam slot rawdhtul ilmi seketika bersama ilmuan.
10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara warga SMKA/SABK.
10.6 Dapat melahirkan ukhuwah dan kerjasama yang erat antara warga Kementerian Pendidikan dengan warga pendidik dan pelajar di SMKA/SABK.
11. PENILAIAN
Dokumentasi dan laporan lengkap pelaksanaan program hendaklah disediakan dan dihantar ke:Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras Bawah & Aras 2, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor D.Eu.p (Ustaz Abd Rahman bin Che Soh) @ Emel: abdrahman.soh@moe.gov.my / ustazrahman@ymail.com Tel. : 03-8321 7275 /019-9390400Faks: 03-8321 7293 / 7201 / 7337(Sila rujuk kepada Lampiran 2)
12. PERKARA YANG DIPOHON
Bahagian ini memohon semua Pengetua dan warga SMKA/SABK mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya Ramadhan SMKA/SABK 1435H/2014M.
Disediakan oleh:
Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar IslamPengurusan Dakwah dan Syiar IslamBahagian Pendidikan IslamKementerian Pendidikan Malaysia
6
Lampiran 1
KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN1. Program Di Ambang Ramadhan
Tarikh : Ditentukan oleh sekolah
Tempat :Dewan Besar Sekolah
Tempoh Masa :30 minit
Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat
dan menambat jiwa raga warga SMKA/SABK rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadhan.
2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.
3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman semua warga SMKA/SABK
Kaedah Pelaksanaan :1. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi
Sekolah2. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SABK3. Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.
2. Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf SMKA/SABK
Tarikh :Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan
Tempat :Ditetapkan oleh pihak urusetia
Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia
Objektif :1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara
berkumpulan.2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf
dengan dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.
7
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan dalam kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan :1. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan
oleh urusetia.2. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan3. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator4. Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat
berjemaah bersama pelajar di Surau.
3. Tadarrus Al-Quran Pelajar
Tarikh :Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadhan
Tempat :Ditetapkan oleh pihak urusetia
Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersama keluarga.
Sasaran:Pelajar yang tinggal di asrama dan yang tinggal bersama keluarga.
Objektif :1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara
berkumpulan.2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing
oleh seorang fasilitator atau guru3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca
untuk diamalkan dalam kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan :1. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh
urusetia.3. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.4. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.5. Selesai tadarrus semua pelajar dikehendaki solat berjemaah di Surau.
4. Ceramah Perdana / Forum Perdana
Tarikh:Ditetapkan oleh pihak sekolah
Masa :2 jam
Sasaran :Seluruh warga SMKA/SABK
8
Objektif :
Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
Kaedah Pelaksanaan :1. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadhan.2. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.3. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana
Ihya Ramadhan atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian.
4. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. ( ikut kesesuaian pihak sekolah )
5. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang.6. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut :
a. Ramadhan Menjana Kecemerlangan Hidupb. Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadhanc. Mencontohi Kehidupan Generasi Qurani d. Lain-lain tajuk yang sesuai.
5. Majlis Khatam Al-Quran
Tarikh/Masa/Tempat :Ditetapkan oleh pihak sekolah
Sasaran :Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran
khususnya di bulan mubarak.2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang
disarankan al-Quran.3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan
Rasulullah saw.
Kaedah Pelaksanaan :1. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan
atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.
2. Pilih pelajar mengikut kelas atau dorm asrama sebagai peserta Khatam al-Quran.
3. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih dikalangan pelajar Tingkatan 1 yang belum pernah Khatam al-Quran.
4. Semua warga SMKA/SABK dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah.
5. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telor dan paluan kumpulan kompang.
9
6. Majlis dipimpin oleh guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-quran sehingga selesai.
7. Bacaan doa khatam dipimpin oleh guru pembimbing.8. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai dan bunga telor
dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.9. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.
6. Qiamullail
Tarikh :Sekali setiap cuti hujung minggu
Tempat :Ditetapkan oleh pihak urusetia
Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersama keluarga.
Sasaran:Keutamaan Pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal bersama keluarga digalakkan terlibat.
Objektif :
1. Memberi kesedaran dan melatih pelajar untuk menghayati kelebihan ibadat qiamullail.
2. Membentuk jati diri di kalangan pelajar dengan bermunajat dan berqiamullail.
3. Melahirkan kesedaran, keinsafan dan berusaha mencari kelebihan malam Lailatui Qadr.
Kaedah Pelaksanaan :1. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk2. Pilih imam di kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin
qiamullail.3. Solat sunnat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih
dan witir.4. Qiamullail diakhiri dengan doa.5. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.
7. Tabung Sumbangan Fakir Miskin
Tarikh :Sepanjang Ramadhan
Tempat/Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia
Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK
10
Objektif :Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga Kementerian Pendidikan serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
Kaedah Pelaksanaan :1. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Tuan Pengetua pada hari pertama
persekolahan di bulan Ramadhan2. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di
perhimpunan pagi atau selepas solat.3. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau
syarikat.4. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas5. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri
oleh Pengetua.
8. Iftar Jamaie
Tarikh :Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan
Tempat/Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia
Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK.
Objektif :1. Melahirkan warga Kementerian Pendidikan yang memiliki sahsiah diri
yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Kaedah Pelaksanaan :Pelaksanaannya sempena Program Perdana Ihya Ramadhan.
9. Banner / Seranta
Tarikh : Akhir Syaaban
Tempat:Ditetapkan oleh urusetia
11
Masa :Sepanjang Ramadhan.
Objektif :Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik.
Kaedah Pelaksanaan :1. JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak
dalam kain banner.2. Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua
warga SMKA/SABK.3. Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan
suasana Ramadhan.
10. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua
Tarikh : Ditentukan oleh sekolah
Tempat :Dewan Besar Sekolah
Tempoh Masa :1 jam
Sasaran:Seluruh warga SMKA/SMKA
Objektif :1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan
ibadat sepanjang Ramadhan.2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari
bulan syawal.
Kaedah Pelaksanaan :1. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi
Sekolah.2. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SMKA.3. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib
baik.4. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.
11. Masak Bubur Lambuk dan Bakar Lauk Pauk (BBQ )
Tarikh/Masa/Tempat :Ditetapkan oleh pihak sekolah
Sasaran:
12
Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Kaedah Pelaksanaan :1. Ia diurusetiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik2. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik
pengalaman dalam bidang tersebut.3. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.
12. Pelaksanaan Aktiviti Elektif Ihya’ Ramadhan
Tarikh/Masa/Tempat :Ditetapkan oleh pihak sekolah
Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :1. Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang
bermanafaat.
2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Kaedah Pelaksanaan :1. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif
mengikut kesesuaian pihak sekolah.2. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah.3. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya
kepimpinan melalui slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat
4. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktif untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.
13
Lampiran 2
Contoh Format LaporanProgram Ihya Ramdahan
SMKA/SABK ___________________Tahun _______
1. Pengenalan
Bulan Ramadhan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.
2. Carta Organisasi
3. Objektif
3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
3.2 Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadhan dll
4. Aktiviti
a. Aktiviti Utama Program Ihya Ramadhan
(i ) Kelas Tadarrus al-Quran(ii) Mengadakan Majlis Khatam al-Quran
(iii) Solat berjemaah; sesi pagi solat zohor dan sesi petang solat asar manakala sekolah berasrama solat berjemaah lima waktu dll
b. Aktiviti Elektif
(i ) Pertandingan hafaz al-Quran(ii) Pertandingan Hias Bunga Coklat dll
c. Program Perdana
5. Data
( i ) Tadarrus al-Qurana. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut tingkatanb. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator dll
( ii ) Majlis Khatam al-Qurana. Telah diadakan pada 10 Ramadhan 1429Hb. Tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Ahli Parlimen
Kawasan dll.
15
6. Gambar/ photografi
Borang Maklum BalasProgram Ihya Ramadhan SMKA/SABK 2014M/1435H
Nama Sekolah : ……………………………………………………
Alamat Sekolah : ……………………………………………………
No. Telefon : ……………………………………………………
E-mail Sekolah : …………………………………………………
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
Kumpulan Sasaran
Jumlah Terlibat
Cadangan / Komentar
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Tandatangan Pengetua Cop Sekolah
……………………………………( )
Tarikh : ………………………………..
Nota : Sila isi dan kembalikan sebelum atau pada 30 Ogos 2014 ke alamat:Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras Bawah & Aras 2, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor D.Eu.p (Ustaz Abd Rahman bin Che Soh)
16
@ Emel: abdrahman.soh@moe.gov.my / ustazrahman@ymail.com Tel. : 03-8321 7275 /019-9390400Faks: 03-8321 7293 / 7201 / 7337
PANDUAN TUGAS JAWATANKUASAProgram Ihya Ramadhan SMKA/SABK
1. Setiausaha dan UrusetiaTugas - Melantik JK Pengelola / JK Pelaksana
- Mengurus surat menyurat- Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa- Mengadakan raptai
2. Protokol dan SambutanTugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan pasukan kompang dan silat.- Menguruskan penyediaan bunga manggar, telur, pulut kuning, Roset dan lain-lain yang diperlukan.- Memastikan protokol majlis berjalan lancar.
3. Tadarrus al- QuranTugas - Melantik AJK Kecil
- Menguruskan pembahagian kumpulan tadarrus.- Menentukan pengagihan atau sukatan kumpulan tadarrus- Memberi taklimat kepada pelajar, guru dan staf- Memastikan perjalanan tadarrus berjalan lancar.
4. Majlis Khatam al-QuranTugas - Mengurus dan membimbing pelajar khatam Alquran
- Mengetuai Majlis Khatam al-Quran- Memimpin bacaan doa khatam al-Quran.
5. Majlis Qiamullail Tugas - Melantik AJK Kecil
- Memilih imam Qiamullail- Mengurus dan menyediakan bahan edaran- Menguruskan persiapan majlis
6. Ceramah Perdana / Forum PerdanaTugas - Melantik AJK Kecil
- Memberi cadangan senarai nama ahli forum dan tajuk forum- Menyediakan Pengerusi Forum- Menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada ahli
panel- Menyediakan tempat forum- Memastikan peralatan yang diperlukan
7. Rakaman & DokumentasiTugas - Melantik AJK Keci;
- Menguruskan rakaman video sepanjang majlis berjalan- Menguruskan petugas photografi
- Mengurus dan menyimpan bahan dokumentasi yang berkaitan majlis.
17
8. Pengacaraan dan Bacaan DoaTugas - Menyediakan teks doa yang sesuai dengan majlis
-Memimpin bacaan doa-Menyediakan Aturcara Pentadbiran setelah berbincang dengan
Setiausaha-Menyediakan skrip pengacaraan majlis-Melantik juru acara majlis-Memastikan majlis berjalan lancar.
9. Persiapan Tempat dan KhemahTugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan tempat duduk VIP, tetamu dan jemputan- Menyusun atur kedudukan mengikut keutamaan- Memastikan kekemasan dewan semasa dan selepas majlis- Memastikan alat siaran berfungsi dengan baik ketika majlis
berjalan dan mencukupi- Menyediakan alternatif lain sekiranya berlaku gangguan elektrik
10. Hiasan Pentas Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan hiasan pentas - Menguruskan penyediaan latar pentas ( backdrop )- Hias meja dan tempat duduk VVIP
11. Keselamatan dan Kebajikan Tugas
- Melantik AJK Kecil- Menyediakan tempat parking kenderaan yang sesuai.- Mengurus taklimat kepada petugas- Menyediakan peralatan kecemasan jika perlu.
12. Seranta dan Siaraya Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan sepanduk dan memasangnya di tempat-tempat tertentu- Menghubungi pihak media untuk membuat liputan jika perlu
13. Jamuan Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta- Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan- Menentukan tempat dan bentuk jamuan- Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu- Memastikan bekalan jamuan mencukupi- Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ.- Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak
bertangunggjawab.
14. Hadiah dan Cendermata Tugas - Melantikk AJK Kecil
- Menyediakan cenderamata kepada VVIP- Mengurus ‘ door gift ’ kepada tetamu jika disediakan.
18
- Mengurus penyerahan cenderahati kepada petugas di kalangan pelajar sepanjang Ramadhan.- Menyediakan hadiah / cenderamata untuk penceramah / panel
forum- Mengurus hadiah/ cenderamata ketika penyampaian hadiah
15. Bubur Lambuk dan BBQ Tugas - Melantik AJK Kecil
- Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan bubur lambuk dan BBQ
- Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk dan BBQ
16. Jemputan dan Sambutan Tugas - Melantik AJK Kecil
- Mengurus jemputan Tetamu Kehormat- Menyediakan kad jemputan- Menyenaraikan nama para jemputan untuk diberikan kepada JK
Urusetia- Membuat jemputan kepada para tetamu- Mengurus sambutan Tetamu Kehormat- Menyedia tempat rehat Tetamu Kehormat- Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat untuk menentukan
tempat duduk mengikut susun atur keutamaan- Membuat penyelarasan dengan urusetia- Mengiringi dan menunjuk arah Tetamu Kehormat- Mengedar Buku Program kepada para jemputan
17. Risalah dan Brosur Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz - Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kerja- Berbincang dengan pengerusi dan setiausaha kontens broucher- Mengurus layout broucher yang sesuai dengan majlis.
18. Pertandingan Tugas - Melantik AJK Kecil
- Membuat promosi kategori pertandingan- Menyediakan borang penyertaan pertandingan- Melantik hakim setiap pertandingan- Mengurus pemenang setiap pertandingan- Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk
setiap pemenang
19. Penyambut tetamu Tugas - Menyambut Tetamu semasa majlis diadakan. - Mengiringi tetamu dan memandu arah tetamu untuk ke tempat
duduk yang disediakan- Mengiringi tetamu atau jemputan khas sehingga selesai majlis.
20. Tugas-Tugas Khas Tugas - Membantu Urusetia dalam melancarkan lagi persiapan dan
penyediaan majlis.
19
top related