bab 1 momentum

Post on 28-Jul-2015

73 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 1

SITUASI YANG MELIBATKAN MOMENTUM

DEFINISI MOMENTUM

Kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah.

MOMENTUM, p ditakrifkan sebagai hasil darab jisim objek, m dan halaju objek, v.

Arah momentum sama dengan arah halaju.

Momentum = jisim x halajup = m x v

Unit S.I : kg ms-1 atau N s.

Yang manakah mempunyai momentum yang lebih besar? Kenapa ?

Momentum boleh diubah dengan mengenakan daya sesuai.

Semakin besar momentum suatu objek, semakin besar daya yang diperlukan untuk menghalang atau menghentikan pergerakannya.

Contoh :Treler dan kereta. Yang mana mempunyai momentum yang besar? Yang mana memerlukan daya brek yang besar untuk berhenti ?

PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM

Prinsip keabadian momentum menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran jika tiada daya luar yang bertindak terhadap sistem tersebut.

Tiada daya luar yang bertindak terhadap sistem itu bermaksud sistem itu ialah sistem tertutup.

PERLANGGARAN KENYAL DAN PERLANGGARAN TAK KENYAL

Perlanggaran objek dibahagikan kepada dua iaitu: Perlanggaran kenyal Perlanggaran tak kenyal

PERLANGGARAN KENYAL

Berlaku apabila objek-objek tidak bercantum setelah perlanggaran dan akan bergerak dengan halaju masing-masing, atau salah satu objek akan kekal pegun.

Untuk perlanggaran kenyal, jumlah momentum adalah terabadi dalam sistem sebelum dan selepas perlanggaran

PERLANGGARAN TAK KENYAL

Objek-objek yang berlanggar akan bercantum dan bergerak dengan halaju yang sama.

Jika jumlah tenaga kinetik objek-objek sebelum perlanggaran tidak sama dengan jumlah tenaga kinetik objek-objek selepas perlanggaran, perlanggaran tersebut dikatakan perlanggaran tidak kenyal.

Tenaga kinetik dalam perlanggaran kenyal tidak diabadikan. Maknanya tenaga kinetik telah hilang ketika berlaku perlanggaran. Ke manakah hilangnya tenaga kinetik ni?

Semasa perlanggaran, tenaga telah diubah menjadi tenaga cahaya, tenaga haba dan tenaga bunyi.

Jumlah tenaga kinetik selepas perlanggaran akan lebih kecil daripada jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran

PENYELESAIAN MASALAH

LATIHAN

LATIHAN

top related