bab 2-kod-etika-dan-akauntabiliti-guru-ppt
Post on 06-Aug-2015
104 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 2KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI
KEGURUAN.
Disediakan OlehWan Muhammad Fauzan Bin Wan Zain
Mohd Syafiq Wafiuddin Bin Ahmad ZainiMohamad Nur Hafizzudin Bin Mohd
Zainudin
KOD ETIKA KEGURUAN.
KONSEP ETIKA
• Ahli Falsafah–Merujuk kepada peraturan perilaku, adat
kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain.
• Etika / ETHOS (yunani)–Bererti norma-norma, nilai-nilai, kaedah-
kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.
KONSEP ETIKA
• American College Dictionary, 1964–Prinsip-prinsip moral yang merangkumi ilmu
tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.
• Nikki (2009) –Dianggap sebagai pedoman perilaku yang
dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu .
FUNGSI UTAMA KOD ETIKA PROFESION.
1) Memberikan pedoman kepada setiap ahli.2) Merupakan kawalan sosial untuk
masyarakat atas profesion yang berkaitan.3) Membantu para profesional mencegah
campur tangan pihak luar tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
1) Tanggungjawab terhadap pelajar2) Tanggungjawab terhadap ibu bapa3) Tanggungjawab terhadap masyarakat4) Tanggungjawab terhadap rakan sejawat
dan profesion keguruan.
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
Tanggungjawab Terhadap Pelajar
• Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar.
• Bersikap adil • Merahsiakan maklumat sulit mengenai pelajar.• Menunjukkan suatu cara pakaian,pertuturan dan
tingkah laku yang baik.• Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas
melalui pengkajian,lawatan, kursus dll.
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
• Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa.• Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama.• Merahsiakan maklumat sulit yang diberikan oleh ibu
bapa.• Memberikan maklumat demi kepentingan anak
mereka.• Menggelakkan diri daripada dipengaruhi oleh
kedudukan dan ekonomi ibu bapa.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara.
• Menggelakkan diri daripada menyebarkan ajaran yang merosakan.
• Memupuk nilai murni dalam diri pelajar.• Menghormati masyarakat di sekeliling.• Berpegang pada tingkah laku yang sopan.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Keguruan.
• Mengelakkan diri daripada menjatuhkan maruah seseorang guru.
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru.
• Berusaha dengan rajin dalam menjalankan tanggungjawab.
• Sentiasa bersedia dalam membantu rakan sejawat.
Akauntabiliti Keguruan
•Akauntabiliti terhadap pelajar•Akauntabiliti terhadap diri sendiri•Akauntabiliti terhadap ibu bapa•Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara•Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
Konsep Akauntabiliti Keguruan
Sikap bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan,2007).
Tanggungjawab seorang guru terhadap profesion keguruan yang berkaitan dengan akauntabiliti kerja seperti melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum, patuhi prosedur kerja, hayati etika kerja dan laksana tugas dengan penuh komitmen dan dedikadi.
Konsep akauntabilit
i
Konsep akauntabiliti keguruan
Akauntabiliti KeguruanGuru berperanan dalam: Mendidik pelajar ke tahap
cemerlang pencapaian akademik.
Membentuk potensi pelajar secara menyeluruh.
Membentuk sahsiah pelajar.
Membentuk pelbagai kemahiran terhadap pelajar merangkumi kemahiran belajar, bersosial, menguruskan emosi dan sebagainya.
Akauntabiliti terhadap
pelajar
Guru berperanan dalam: Mempersiapkan diri dengan
pengetahuan yang luas dan berketerampilan dalam mata pelajaran yang diajar.
Meneroka dan mencari ilmu baharu serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam bidangnya.
Melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran penyampaian maklumat secara berkesan, kemahiran interpersonal, pengurusan bilik darjah dan pengurusan disiplin.
Akauntabiliti terhadap diri sendiri
Guru berperanan dalam: Melaksanakan tugas yang
diamanahkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka menjadi insan berguna.
Memastikan perkembangan dan kemajuan pelajar di sekolah.
Mewujudkan perhubungan erat dengan ibu bapa.
Akauntabiliti terhadap ibu bapa
Guru berperanan dalam: Melaksanakan tugas demi
mencapai cita-cita dan aspirasi dalam FPK.
Peka terhadap persekitaran komuniti dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif.
Sentiasa mengemaskini diri demi membawa perubahan kepada pelajar.
Menghormarti masyarakat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat.
Akauntabiliti terhadap
masyarakat dan negara
Guru berperanan dalam: Bekerjasama sesama rakan
sejawat demi menjaga imej profesion.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion.
Melakukan peningkatan dalam profesionalisme diri melalui pelbagai strategi seperti menghadiri kursus, diskusi intelektual, penyelidikan tindakan dan pembacaan online.
Akauntabiliti terhadap
rakan sejawat dan
profesion keguruan
Integriti Guru
Definisi integriti
Nillsen(2004) :Integriti bermaksud
wholeness/ completeness, iaitu kesempurnaan atau
integriti sebagai soundness of moral principle yang
merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran.
Definisi Integriti Guru
Integriti guru merujuk kepada kualiti
unggul yang wujud secara keseluruhan
dan padu kepada individu anggota
perkhidmatan pendidikan dan
organisasi pendidikan berlandaskan
etika dan piagam pelanggan organisasi.
Sekian, terima kasih..
top related