bab 6 pengurusan masalah disiplin bilik darjah
Post on 10-Aug-2015
138 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bab 6 Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah
6.1 Konsep Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah
1. Menangani masalah disiplin = tindakan ke atas masalah tingkah laku
yang
ditunjukan oleh murid.
= peringkat pertama dalam sistem
pengurusan disiplin di sekolah.
2. Sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan
manfaat kepada murid.
3. Kesalahan-kesalahan spt tidak memberi perhatian semasa aktiviti p&p,
berkelakuan tidak sopan atau tingkah laku yang mengganggu rakan boleh
dikawal dengan menggunakan:
a) teguran nonverbal
senang digunakan dan tidak mengganggu perjalanan p&p
contoh:
i. Guru membuat kontak mata dengan murid yang
menunjukan kelakuan yang mengganggu supaya murid
tersebut faham guru mahu kelakuan yang ditunjukkan
dihentikan.
ii. Guru mendekati murid dan menepuk bahunya untuk
mendapatkan perhatian atau dengan pelahan memberitahu
mereka untuk membetulkan tingkah laku.
b) mengalihkan tingkah laku / menukar rentak aktiviti p&p
guru boleh menukar strategi/kaedah pengajaran yang digunakan
contoh:
i. menukarkan strategi berpusatkan guru ( pengajaran
langsung) kpd strategi berpusatkan murid
ii. menukarkan tempat duduk murid yang suka berbual atau
suka mengganggu rakan lain.
iii. menukar aktiviti di dalam kelas (Guru boleh memberi kerja
tambahan akibat drpd kelakuan off-task murid )
4. Kesalahan-kesalahan melibatkan perawakan murid spt selekeh, pengotor,
atau bersikap kasar serta ponteng kelas perlu ditangani secara individu
dengan murid.
a) berbincang dan cuba mencari penyelesaian bersama dengan
murid
mengadakan perbincangan sebelum atau selepas kelas
guru boleh minta bantuan guru lain yang lebih rapat dengan murid
atua kaunselor sekolah
b) mendapatkan sokongan drpd ibu bapa
berkerjasama dengan ibu bapa untuk memastikan nasihat atau
tindakan yang diberikan oleh guru diteruskan oleh ibu bapa di
rumah.
c) menggunakan 6 langkah dalam Model Asertif oleh Canter
i. bertindak dengan tenang
ii. konsisten
iii. berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
iv. berikan peluang kepada murid meluahkan perasaan
v. teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
vi. tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
5. Dalam pengurusan disiplin, guru perlu faham dan menggunakan Model
Akibat Logikal Dreikurs yang menekankan kepentingan guru memberi
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-
sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Murid perlu belajar drpd
akibat yang diterima dan perlu faham dendaan yang diberi adalah akibat
drpd salah laku yang ditunjukkan.
6. Peranan pihak sekolah dlm mengawal masalah disiplin bilik darjah
a) Mengimplementasikan program-program proaktif yang bertujuan
membangunkan tingkah laku positif
sikap bertanggungjawab
kemahiran menyelesaikan masalah
mengembangkan disiplin kendiri
b) Menggunakan pendekatan yang menyeluruh dalam pengurusan
disiplin
penglibatan guru-guru dalam merancang, melaksanakan dan
mengawasi disiplin murid
contoh:
Semua guru perlu terlibat dan mengambil tahu serta memainkan
peranan dalam membantu jawatankuasa memantapkan pengurusan
disiplin sekolah.
Pendekatan pengurusan disiplin boleh berpandukan kitaran:
Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
Khidmat Bantu Pelajar
Guru Penyelaras Disiplin
-- Guru-guru disiplin -- Penyelaras Kelas -- Guru-guru Kelas
Bimbingan dan Kaunseling
-- Guru kaunseling
Merancang corak pengurusan disiplin
Menyediakan pelan pengurusan, struktur organisasi dan pendekatan yg akan digunakan
Melaksanakan dan mengurus
Mengawasi dan membuat refleksi
Contoh pendekatan/sistem: i) merit dan demerit
ii) peringkat kesalahan
Jawatankuasa disiplin akan dibantu oleh Badan Pengawasan
Sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya
dan guru-guru lain.
6.2 Peranan dan Tindakan Guru Semasa Mengurus Masalah Disiplin Bilik
Darjah
1. Guru = orang pertama menangani masalah disiplin
= bertindak sbg pembimbing murid bermasalah
2. Guru perlu mengetahui langkah-langkah dalam menangani masalah
disiplin di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun ada kes-kes disiplin
yang serius yang tidak boleh ditangani oleh guru biasa. Kes-kes sebegini
perlu dirujuk terus kpd JK Disiplin sekolah.
3. Langkah-langkah Menangani Disiplin Bilik Darjah (Myint Swee Khine, et
al.,2005)
Murid yg bermasalah
Ditangani oleh guru
GURU KAUNSELING
Kes ditutup – direkod & disimpan oleh guru
Kes ditutup/ Selesai
Tindakan lanjutan oleh pihak luar(polis)
BERJAYA ?
TIDAK YA
BERJAYA ?
YATIDAK
JK DISIPLIN
GURU BESAR/ PENOLONG KANAN
BERJAYA ?YA
TIDAKBERJAYA
GAGAL
4. Kes yang perlu ditangani segera spt memukul, membuli, mencuri,
mengugut dan kes dadah akan dirujuk kepada jk disiplin (Guru Disiplin)
yang akan berkerjasama dengan guru PK. HEM dan Guru Besar.
5. Cadangan yang boleh digunakan oleh guru untuk menangani disiplin
Tidak panic dan jangan bertindak berlulu.
Elakkan daripada mencabar murid.
Semak semula cara pengajaran.
Jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawal sendirian.
Berbincang dengan guru lain yang lebih mahir.
Ikuti budaya disiplin sekolah.
6.3 Halangan kepada Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah
6.3.1 Hubungan Ibu Bapa
1. Guru tidak mendapat kerjasama ibu bapa, contoh:
i/b tidak dapat menghadiri perbincangan dengan guru (terlalu sibuk)
i/b memandang ringan tentang masalah yang dihadapi oleh anak
i/b tidak percaya anak-anak menimbulkan masalah
i/b melenting dan menyalahkan guru atas tindakan yang dikenakan ke
atas anak mereka.
2. Apabila berhubung dengan ibu bapa untuk memberitahu masalah disiplin
anak mereka, guru perlu mengetahui prosedur tindakan disiplin dan
mempunyai bukti yang kukuh. Guru boleh:
merekod setiap salah laku murid, contohnya merekod tarikh dan
masa kesilapan dilakukan
membuat kontrak tingkah laku yang merekod kesalahan dan
ditandatangani oleh murid
3. Guru perlulah membina perhubungan daripada awal dengan ibu bapa
murid. Apabila perhubungan sudah terjalin, maka hal ini akan
memudahkan guru untuk berkongsi masalah murid dengan ibu bapa.
4. Guru boleh melibatkan ibu bapa dalam pengurusan bilik darjah dan
mendapatkan kerjasama ibu bapa untuk memantau kelakuan murid yang
ingin diubah.
6.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya
1. Kesan pengaruh rakan sebaya yang mendatangkan impak kepada
pengurusan disiplin bilik darjah.
Dinamik Kumpulan---
Kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang
terdiri drpd beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan
kecenderungan yang sama
2. Guru boleh melakukan kajian sosiometri untuk mengenali, menentu dan
mengawal dinamik kumpulan. Guru boleh mengemukakan soalan:
i. Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?
ii. Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti di dalam
kelas?
iii. Siapakah rakan sekelas yang awak tidak sukai?
3. Melalui jawapan murid, guru boleh mengenal pasti pola persahabatan di
dalam bilik darjah, contohnya:
i. Bintang --- Murid popular yang menerima banyak pencalonan
ii. Dyad --- Pola persahabatan, 2 orang murid saling bersahabat,
saling memilih sbg sahabat baik
iii. Klik --- Pola persahabatan, 2 atau lebih murid memilih antara
satu sama lain sbg sahabat baik
iv. Pencilan --- Murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan
orang lain juga tidak memilih dia sbg sahabat baik
v. Singkiran --- Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat
tetapi murid lain mengatakan dia sebagai murid yang
tidak disukai.
4. Pola persahabatan dapat menolong guru untuk:
menentukan kumpulan-kumpulan dinamik
melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil
menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau
semasa aktiviti kumpulan dijalankan
mengenal pasti faktor-faktor yang membentuk dinamik kumpulan
5. Penularan
Nilai dan kepercayaan yang diamalkan oleh sesuatu dinamik kumpulan
akan ditiru dan diikuti oleh ahli kumpulan.
Biasanya dimulakan oleh murid yang paling berpengaruh.
Penerimaan
Ahli yang dapat menyesuaikan diri dan bertindak selaras dengan nilai
kumpulan akan diterima.
Penyingkiran
Ahli yang tidak dapat menerima atau tidak dapat mengikuti nilai tersebut
akan disingkir.
6. Guru harus mengetahui cara menangani penularan:
i. Mengesan kumpulan dinamik (pola persahabatan) melalui kajian
sosiometri
ii. Mengesan murid yang paling berpengaruh dan membina hubungan
baik antara guru dengan murid
iii. Murid yang berpengaruh perlu dibentuk supaya sikap mereka dapat
mempengaruhi rakan lain secara positif.
7. Guru juga perlu
mempunyai sikap dan nilai yang boleh diterima oleh mana-mana ahli
kumpulan dinamik supaya arahan dan peraturan guru diikuti oleh
murid.
adil dan berikan pertimbangan yang wajar kepada semua murid.
mendengar pandangan, idea dan masalah murid.
6.3.3 Keadaan Persekitaran Bilik Darjah
1. Bilik darjah yang tidak kondusif juga boleh menimbulkan halangan kepada
pengurusan masalah disiplin bilik darjah.
2. Susun atur tempat perlulah mengambil kira faktor pola persahabatan dan
dinamik bilik darjah.
3. Guru perlulah peka dengan susun atur murid di dalam bilik darjah supaya
dapat mengekalkan keharmonian di dalam bilik darjah. Guru boleh
menggunakan kajian sosiometri untuk menentukan kedudukan pelajar
dalam bilik darjah.
4. Murid yang mempunyai masalah penglihatan dan agak rendah
ketinggiannya perlu diletakkan pada kedudukan yang sesuai supaya
mereka dapat mengikuti p&p di dalam bilik darjah.
5. Murid yang bermasalah perlu diletakkan pada kedudukan yang senang
dipantau oleh guru.
6. Peraturan dan rutin bilik darjah yang jelas perlu ditampal di dalam kelas
dan perlu sentiasa dipantau oleh guru untuk memastikan kelancaran
aktiviti bilik darjah.
7. Keadaan fizikal bilik darjah spt : sistem pengudaraan dan pencahayaan
yang tidak baik juga akan menyebabkan murid melakukan salah laku
seperti ponteng kelas, mengacau kawan dan sbg.
6.3.4 Masalah Perkembangan Murid
1. Guru perlu mengetahui latar belakang keluarga dan akademik murid.
2. Murid-murid yang mempunyai masalah perkembangan fizikal, kognitif,
emosi, sosial dan kendiri akan menimbulkan masalah. Contohnya:
Murid-murid yang mengalami masalah perkembangan fizikal (kurang
tinggi) akan dipinggirkan oleh rakan-rakan.
Mereka akan melanggar peraturan untuk mendapatkan perhatian
sebagai alternative menutup kekurangan diri.
3. Cara menangani:
i. Mengenali dan mengenalpasti masalah murid dengan selidik latar
belakang dan kaji sejarah akademik murid.
ii. Dekati murid dan bantu murid untuk menyeimbang kekurangan diri
mereka.
iii. Beri peluang kepada murid untuk meraih kejayaan.
6.3.5 Salah Laku yang Tidak Dijangka
1. Kelakuan yang disruptif perlu ditangani dengan segerah.
2. Guru boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan
(seperti yang dicadangkan oleh Hierarki Tindakan Pembetulan Canter).
3. Guru juga boleh memisahkan tempat duduk murid yang melakukan
kesalahan dengan rakan-rakannya atau mengadakan perbincangan
selepas kelas bertamat.
top related