bahagian pendidikan guruxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/nota.docx · web viewsirih...
Post on 17-Mar-2018
248 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Hj. Zainal Abidin b. Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka (083) Fasa 2
KESANTUNAN BERBAHASA
1.0 Pengenalan 2
2.0 Takrif Kesantunan Berbahasa 2
3.0 Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu 4
4.0 Bahasa Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Lisan dan Tulisan
5
5.0 Bentuk Kata Ganti Nama Diri dan Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Masyarakat
6
6.0 Protokol Panggilan Hormat 14
7.0 Bahasa Tubuh 16
8.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo
18
9.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis
19
10.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Wawancara
19
11.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengucapan Awam
19
12.0 Perbengkelan, Amali, & Pembentangan 21
13.0 Penutupan 21
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Kandungan
1.0 Pengenalan
Orang Malaysia penuh dengan sopan santun sama ada dari segi perbuatan
atau amalan, atau sopan santun dari segi berbahasa. Untuk lalu di hadapan orang tua
ada cara berjalannya atau hormatnya. Misalannya berjalan perlahan-lahan. Badan
dibongkokkan. Lima jari tangan kanan dirapatkan dan diluruskan menghala ke bawah
sambil melafazkan frasa ‘tumpang lalu’. Untuk memasak di dapur ada kaedah yang
dikatakan sopan atau tidak sopan. Ada perkara-perkara yang dilarang oleh masyarakat
yang dianggap tidak sopan dilakukan. Misalannya, anak dara dilarang menyanyi-nyanyi
di dapur ketika memasak.
Untuk menyatakan hasrat kerana sakit perut ada pilihan kata yang
dikatakan sopan atau tidak sopan. Misalannya ‘membuang air besar’ untuk terberak dan
‘membuang air kecil’ untuk terkencing. Untuk menyatakan seseorang itu telah mati
digunakan perkataan ‘meninggal dunia’. Semua ini dikatakan kesantunan dan
kesantunan berbahasa. Mereka yang tidak mengikut norma ini dikatakan ‘biadab’ atau
‘kurang ajar’.
Mari kita renungi maksud hadis ini. “Sesungguhnya sebuah kalimah yang
diucapkan oleh seseorang dapat menyebabkannya masuk neraka, yang luasnya lebih
luas daripada penjuru bumi sebelah timur sampai penjuru bumi sebelah barat.”
2.0 Takrif Kesantunan Berbahasa
Menurut Kamus Dewan edisi empat, santun bermaksud halus budi
bahasa atau budi pekerti, beradab, dan sopan. Kesantunan pula bermaksud perihal
santun, kesopanan, dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Dalam konteks yang
lebih luas, Kesantunan tidak merujuk kesantunan berbahasa sahaja tetapi merujuk aspek
nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Lakoff (1975) pula
mendifinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam
sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan
hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Brown dan Levinson (1987) menerangkan
bahawa kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan tindakan ancam muka
dalam perbualan terhadap pendengar.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ia juga bermaksud
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
Oleh sebab itu Kesantunan Berbahasa bermaksud perbuatan atau
percakapan yang baik atau halus atau beradab sama ada secara lisan atau tulisan.
Asmah Hj. Omar (2000) menghuraikan kesantunan berbahasa dengan mengaitkannya
dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan,
dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.Keadaan yang demikian akan
menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Bahasa
halus menurut Asmah Hj. Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan
adab tata tertib. Bahasa halus juga sering dikaitkan dengan Bahasa Istana. Misalnya
ujaran patik, berangkat, bersiram, bersemayam, menjunjung kasih, mencemar duli dan
seumpamanya. Bahasa halus tidak menggunakan bahasa kesat, iaitu bahasa yang tidak
sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia serta tidak menggunakan slanga dan
kolokial. Dalam kesantunan berbahasa ia mempunyai sistem sapaan atau panggilan
yang tersendiri.
Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa ialah
kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada
melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan
santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.
Kesimpulannya kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan
dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.
Kesantunan berbahasa juga bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang
mendengar atau membaca. Oleh itu, bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil
kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang diguna
pakai. Kesantunan berbahasa merujuk sifat-sifat bahasa yang membolehkan kita
menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus
untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai;
“Yang korik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Ciri -ciri kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui ;
Gerak laku yang lemah lembut dan merendah diri,
Gaya dan Ragam Bahasa yang mengelakkan bentuk-bentuk sindiran,
menempelak, dan mempermainkan orang,
Pemilihan Kata yang sesuai dengan topik perbincangan dan hubungan penutur-
pendengar’,
Nada yang sesuai untuk penerima dan mengelakkan nada tinggi / marah
Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti
perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam
perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar
atau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya. Selain itu kesantunan
berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit
mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.
3.0 Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu
Kluckhon dan Strodbeck (1961) menjelaskan bahawa nilai merujuk
sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan
menjadi petunjuk kepada pelakuan dan pemikiran manusia dalam mengatasi masalah.
Wan Abdul Kadir (2000) menerangkan bahawa nilai menjadi ukuran dan pegangan
tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu pelakuan berasaskan kelaziman atau
kebiasaan dalam sesuatu masyarakat. Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar
suami isteri mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” atau “kau” dalam
perbualan mereka. Pelakuan ini dianggap kurang santun.
Oleh itu, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang erat. Seseorang
itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap
menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu
majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai pelakuan dapat di gambarkan dalam
ungkapan yang berikut;
Ketika orang diam aku bersorak,
Ketika orang duduk aku berdiri,
Ketika orang memberi aku meminta,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Ket ika orang bekerja aku lena,
Ketika orang di puncak aku merangkak.
Nilai berbahasa sangat dititik beratkan oleh orang Melayu. Oleh itu
wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa
kasar, bahasa biadap, dan seumpamanya.Oleh itu seseorang itu perlu memahami
dengan siapa dia berkata, sebab apa dia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata.
Sesungguhnya orang yang santun ialah orang yang tahu meletak dirinya dalam keadaan
tertentu.
4.0 Bahasa Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Lisan dan Tulisan
Kesantunan berbahasa atau bahasa yang bersantun banyak bergantung
pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat. Semasa seseorang
individu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang
digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antaranya dengan
orang yang dilawan bercakap serta statusnya.
Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan
perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang
lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun
tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan
air muka kawan yang dilawan bercakap.
Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang
dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa
berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri.
Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya,
bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang
dilawan bercakap.
Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan
mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh
menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini
disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam
situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan
seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya
mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.
5.0 Bentuk Kata Ganti Nama Diri dan Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Masyarakat
Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk
diri seseorang. Secara umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti
nama diri orang pertama (tunggal dan jamak), kata ganti nama diri orang kedua (tunggal
dan jamak) dan kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal dan jamak).
Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila
menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri
dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat
atau status dalam masyarakat.
5.1 Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti Nama Diri dengan Bahasa Santun dan Bahasa Kasar
b. Kata Ganti Nama Diri Diraja dan Kata Ganti Nama Diri Orang Kebanyakan
Kata Ganti Nama Diri
Diraja
Kata Ganti Nama Diri
Orang Kebanyakan
Beta Pak Cik
Patik Mak Cik
Tuanku Angah
Baginda Pak Long
Ayahanda Kak Long
Bonda Busu
Hamba Pak Uda
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Kata Ganti Nama Diri Bahasa Santun Bahasa Kasar
Pertama Saya, kami Aku
Kedua Anda, awak Engkau, kamu
Ketiga Dia, beliau, mereka Keparat itu
c. Kata Ganti Nama Diri berdasarkan umur dan pergaulan
HUBUNGAN UMUR KATA GANTI DIRI
Erat Lebih tua daripada penutur / separuh umur
Pak, pak cik, mak, mak cik
Lebih erat Lebih tua daripada penutur / separuh umur
Pak cik + namaPak + namaContoh : Pak Li
Mak cik + namaMak + namaContoh : Mak Limah
Kurang rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + namaContoh : Tok Man
Rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + gelaran pangkat dalam keluargaContoh : Tok Cik
Nek + gelaran pangkat dalam keluargaContoh : Nek Ngah
Rapat Lebih tua daripada penutur Abang + namaContoh : Abang Zaki
Kak + namaContoh : Kak Tijah
Rapat Lebih muda daripada penutur Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja.
Rapat Sebaya Nama sahaja
Kurang rapat Sebaya Saudara ( lelaki )Saudari ( perempuan)
5.2 Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang dalam Masyarakat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------7 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan.
Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli
masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan
sosial.
Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status
seseorang itu, pembahagian dibuat seperti yang berikut;
a. Gelaran pergaulan tak sengaja
b. Gelaran warisan
c. Gelaran kurniaan kerajaan
d. Gelaran kurniaan ikhtisas
e. Gelaran keagamaan
( Asmah Hj. Omar, 1982)
a. Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal)
Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang
menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam
pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa
tidak begitu kenal antara satu sama lain.
Kata ganti diri sapaan Orang yang ditujukan
TuanOrang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan)
Orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis
Digunakan bersama nama / jenis jawatanContoh : Tuan Pengetua
Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor.Contoh : Tuan Hakim
Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi.Contoh : Tuan-tuan sekalian
Pemilik harta.Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Orang yang bergelar seperti Haji, ProfesorContoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor
EncikOrang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur
Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.
Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin
Orang perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan PengetuaPengerusi sesuatu upacara atau majlisContoh : Puan Pengerusi
Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmiContoh : Puan-puan sekalian
Cik Orang perempuan yang belum berkahwin
Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur
Saudara ( lelaki)Saudari(perempuan)
Orang yang baru dikenali
Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur
Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis
Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan
b. Gelaran Warisan / Keturunan
Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak
kelahirannya seperti:
Raja : Tengku, Tunku, Engku, Tuanku,
Bangsawan : En. Megat, Tn. Syed, En. Wan, En. Nik, Abang,
Dayang.
c. Gelaran Kurniaan Kerajaan
Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari
semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------9 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
d.
Gelaran Kurniaan Ikhtisas
Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang
akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.
GELARAN BAHASA SAPAAN
ProfesorDoktorIrsenioJeneralCikguUstaz
Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka.Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz
Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor.Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn. Irsenio,
e. Gelaran Keagamaan
Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran
bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.
GELARAN BAHASA SAPAAN
Sihibol SamahahHajiHajahImamLebai
Tuan Haji / Pak Haji Osman
Puan Hajah / Mak Hajah Esah
Tuan Imam Dollah
Pak Lebai Kadut
5.3 Gelaran Kekeluargaan
Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan
kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------10 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
GELARAN BAHASA SAPAAN
TunToh PuanTan SriPuan SriDatin Paduka
Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan , Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji.
Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad
masyarakat amnya. Manakala sapaan dalam keluarga pula biasanya berbeza mengikut
darah.
a. Gelaran Keluarga Sedarah
Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah
dalam beberapa generasi. Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga sedarah
ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga
turun-temurun.
i. Keluarga asas
PANGGILAN KEDUDUKAN DLM KELUARGA CARA MENYEBUT
Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid
Ketua keluarga lelaki Yah, bah, …
Emak, mak, ibu, bu, umi, wan Ketua keluarga perempuan Mak, ibu, ...
Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak longNgah Anak kedua Bang Ngah, Kak NgahLang Anak ketiga Bang Lang, Kak LangUda Anak keempat Bang Uda, Kak UdaAndak Anak kelima Bang Andak, Kak AndakTeh Anak keenam Bang Teh, Kak TehBusu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su Abang Ahli lelaki yang tua dalam
keluargaAbang serta namaContoh : Abang Ali atau Bang Li
Kakak Ahli perempuan yang tua dalam keluarga
Kakak serta namaContoh : Kakak Fatimah atauKak Timah
Adik Ahli lelaki / perempuan yang muda dalamkeluargu
Adik serta namaContoh : Adik Rozita atau Adik ItaAdik Azlan atau Adik Lan
ii. Keluarga Suku / Perut
Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu
atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahli-
ahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan
dalam keluarga asas juga.
KELUARGA ASAS KELUARGA SUKU / PERUT
Bang Long / Kak Long Pak Long / Mak LongBang Ngah / Kak Ngah Pak Ngah / Mak NgahBang Lang / Kak Lang Pak Lang / Mak LangBang Uda / Kak Uda Pak Uda / Mak UdaBang / Kak Andak Pak Andak / Mak AndakBang Teh / Kak Teh Pak Teh / Mak Teh Bang Busu / Kak Su Pak Busu / Mak Busu
PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT
Abang sepupu Sepupu selari lelaki Abang + namaContoh : Abang Ali
Kakak sepupu Sepupu selari perempuan Kakak + namaContoh : Kak Lili
Bapa saudara sepupu
Sepupu lelaki kepada ibu atau bapa Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa.Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim
Emak saudara sepupu
Sepupu perempuan kepada ibu dan bapa
Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak.Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah
Anak sepupu Anak saudara sepupu ( lelaki / perempuan)
Bahasa sapaan nama (tidak mengira umur )
Contoh : Milah, AhmadCucu saudara Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama
(tidak mengira umur)Contoh : Amin , Hasnah
iii. Keluarga Turun-temurun
Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi
kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat ( Teuku Iskandar,
1970: 1304 )
PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT
Onyang, moyang Generasi yang lebih tua sama ada lelaki/ perempuan
Moyang , onyang
Datuk, tok, tok wan Generasi lelaki sebelum keluarga Datuk, tok , tok wan-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
asas
Mak tok, nenek, opah, wan
Generasi perempuan sebelum keluarga asas
Mak tok, nenek, opah, wan
Datuk saudara Saudara kandung lelakisebelah datuk dan nenek
Datuk, tok
Nenek saudara Saudara kandung perempuan sebelah datuk dan nenek
Nenek, nek, datuk, tok
Cucu Cucu lelaki / perempuan Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu.Contoh : Bang Long Bang Ngah
b. Gelaran Keluarga Semenda
Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk
menerusi perkahwinan.
PANGGILANGELARAN CARA MENYEBUT
Ayah/ emak mertua
Ibu bapa kepada suami atau isteri
Ayah, bapak/ ibu, emak
Anak menantu Suami atau isteri kepada anak sendiri
Memanggil nama anak menantu tersebut
Ipar Abang/ adik suami atau isteri Abang + nama Contoh: Abang AliPanggilan KeluargaContoh : Bang LongPanggilan keluarga + nama : Alang Ali Untuk adik dipanggil nama sahajaContoh : Salleh
Ipar-duai / ipar-lamai
Sepupu suami atau sepupu isteri
Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar.
Biras Suami / isteri kepada abang / kakak / adik ipar
Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar
Suami / isteri Pasangan suami isteri Memanggil nama ( panggilan untuk isteri)SayangYangAbang ( panggilan untuk suami )
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------13 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Mengikut panggilan dalam keluargaContoh: Along, AndakAyah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak.Contoh : Ayah Lizanya, Mak Lizanya
c. Keluarga Angkat
Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. Anak angkat
boleh dibahagikan kepada tiga:
i) Anak angkat benarAnak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung
dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi dipelihara seperti anak kandung
sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam
keluarga sedarah.
ii) Anak angkat panggilanAnak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan
keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Contohnya,
seseorang yang merantau. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah
keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil
ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik.
iii) Anak angkat sementaraSeseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga
angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak
angkat sementara. Contohnya, projek anak angkat.
Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga
sedarah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------14 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
6.0 Protokol Panggilan Hormat
Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab berbual, penggunaan
bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan
penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah
berdasarkan ;
Gelaran Diraja
Gelaran Turun –temurun
Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran
Gelaran Kurniaan Ikhtisas
Gelaran Keagamaan
Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Tuanku …….( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku …….( nama ) Duli Yang Maha Mulia Sultan …….( nama ) Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah ……( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ….. ( nama )
Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi
Tuan Yang Terutama
Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ……( nama ) Duli Yang Amat Mulia Tuanku …… ( nama ) Yang Amat Mulia Undang ……( nama ) Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku …..( nama )
Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan
Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Mulia Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Berhormat Senator
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------15 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Yang Berhormat Mulia Senator
Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah
Yang Amat Berbahagia Yang Amat Mulia Yang Mulia
Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim
Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tengku….. Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim
Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka
Yang Berbahagia Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )
Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah
Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti …..( nama ) Yang Mulia ( kerabat diraja ) Yang Mulia Tuan Haji Yang Mulia Puan Hajah
Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus
Yang Berbahagia
Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang
Yang Berbahagia
Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua
Yang Berbahagia
Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis
Yang Mulia Tuan Syed Yang Berbahagia Tuan….. Yang Mulia Cik…… Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------16 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
7.0 Bahasa Tubuh
Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat
tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat
menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.
Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti,
tujuan dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang
disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat
menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.
Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada
apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia bercakap
terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat.
Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui….
Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan
Bila patut berhenti
Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali
Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan bercakap, kita
akan gagal menyakinkan mereka.
i. Gerakan Anggota Badan
Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai
makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam
komunikasi yang dihasilkan. Biasanya pergerakan anggota badan membawa
makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti;
Isyarat gerakan tangan
Isyarat air muka
Bahasa tubuh
Komunikasi tanpa lisan boleh menyampaikan sesuatu utusan yang sukar untuk
dilahirkan melalui perutusan atau tulisan. Isyarat tanpa lisan menggambarkan
emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang dan boleh digunakan untuk;
mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------17 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang
tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang ditunjukkan oleh
penerima mesej.
ii. Gerakan Mata
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak
tenteram perasaannya.
iii. Gerakan Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan
orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan. Gerakan tangan yang
digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan
komunikasi yang berlaku. Contohnya:
Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk
menyampaikan maksudnya.
Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi
oleh budaya
Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di
depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap
Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan
dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan
ucapan lisan seseorang.
Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia
akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang
ingin disampaikannya itu.
iv. Mimik Muka
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------18 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan
maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi,
kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati
seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya:
Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan
kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan
tersirat.
Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor
biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui
keperibadianseseorang
Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar
seseorang dengan mengamati air mukanya.
Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan
komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi
yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.
8.0 Conton Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.
Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ...
Yang Berbahagia Dato’ diundang ...
Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji .........
“Saya bersetuju untuk meluluskan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Saya tiada
halangan meluluskan ...”
“Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini
disertakan ...”
9.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis
Anak haruan si anak lokan,
Berenang-renang di sungai Bera;
Kehadiran tuan dialu-alukan,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------19 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Disambut dengan hati gembira.
Yang Berhormat Dato’ Sang Nila Utama,
Yang Berbahagia Datuk Nik Nab,
Yang dihormati Tuan Haji Isnin …,
10.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Kata Sapaan dalam Wawancara
Yang Berbahagia Dato’, boleh saya tahu di mana …
Saya difahamkan bahawa … adakah Tuan Yang Terutama …
Saya mohon maaf Tuan Haji, soalan ini agak sensitif sedikit, bolehkah …
11.0 Kesantunan Berbahasa dalam Pengucapan Awam
Saya yakin bahawa …
Pada pandangan saya, idea untuk …
Saya tidak berani mengatakan bahawa …
Penggunaan Pantun
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Penggunaan simpulan bahasa
Anak emas,
Mohon diri,
Bertemu bahu,
Penggunaan Perumpamaan
Bagai melukut di tepi gantang,
Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang,
Laksana pungguk rindukan bulan,
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------20 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Penggunaan Bidalan
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras,
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,
Alah membeli menang memakai,
Penggunaan Perbilangan
Bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor,
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah,
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak,
Penggunaan Pepatah
Hilang isteri boleh dicari, hilang budi badan celaka.
Bawalah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.
Bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus tali,
Bagai belut digetil ekor, bagai kilat pantasnya.
Penggunaan Kiasan
Mencuba bagai nak gila
Bebas bagaikan burung di angkasa
Sambutan raksasa
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.
Hitam-hitam sitampuk manggis,
Walaupun hitam dipandang manis.
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan merana.
Penggunaan Tamsil
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------21 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
Bekerjalah seperti akan hidup selama-lamanya,
Beribadahlah seperti akan mati esoknya.
Ikutlah resmi penyu bertelur seribu tak siapapun yang tahu,
Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.
12.0 Bengkel, Amali, dan Pembentangan
13.0 Penutupan
Kesantunan perlu dipupuk dan disemai dari semasa ke semasa. Prosesnya
sangat panjang dan tiada jalan pintas. Oleh itu kita perlu meneruskan perjuangan
kita memantapkan kesantunan kita. Sebagai renungan telitilah kalimah-kalimah
yang berikut;
Santunkah aku,
Apabila berbicara mendabik dada,
Apabila bercakap bohong belaka,
Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna,
Apabila mengajar kepalang ajar,
Apabila berjanji dimungkiri,
Ada akal tidak berfikir,
Ada ilmu tidak diamal.
Santunkah aku,
Aku mencintai yang dicipta melupai Pencipta,
Aku mencintai kehidupan melupai kematian,
Aku mencintai kekayaan melupai perhitungan.
Ingat, kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan
Hubungan baik antara manusia dengan manusia
Hubungan baik antara manusia dengan Pencipta
Memelihara hubungan baik antara manusia dengan manusia sahaja
Tidak bermakna telah mengamalkan kesantunan
Jika hubungan baik dengan Pencipta tidak dimeterai.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------22 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2
top related