bahagian penyelidikan dan dasar kepenggunaan
Post on 16-Oct-2021
5 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR
KEPENGGUNAAN
Terdapat pelbagai akta/peraturan berkenaan pengiklanan, tetapi
iklan-iklan palsu dan mengelirukan pengguna masih disiarkan.
Penubuhan Jawatankuasa Pengiklanan di bawah APP 1999 –
satu mekanisma pemantauan iklan palsu dan mengelirukan.
Jawatankuasa Pengiklanan mengenalpasti keperluan
menyediakan Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu atau
Mengelirukan sebagai rujukan bagi penerbitan iklan.
KEMENTERIAN
•Kementerian Dalam Negeri (KDN)
•Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
•Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK)
•Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
•Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
•Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)
•Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia(CMCF)
•Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
•Lembaga Penapisan Filem (LPF)
AGENSI
PERSATUAN
•Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna- Pengguna Malaysia (FOMCA)
•Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
•Advertising Standard Authority (ASA) •Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) •Malaysian Advertisers Association (MAA)
• UNITED KINGDOM- ASA UK
1. The UK Code of Broadcast Advertising 2. The UK Code of Non-broadcast Advertising, Sales Promotions and Direct Marketing.
• AMERIKA SYARIKAT
Federal Trade Commission Guidelines on Internet Advertising
• MALAYSIA
1. Akta Perlindungan Pengguna 1999
2. Akta Perihal Dagangan 2011
3. Kod Amalan Periklanan Malaysia- ASA
• KANADA
The Canadian Code of Advertising Standards
Rujukan kepada pengiklan agar :
• bertanggunjawab terhadap sebarang iklan yang
dikeluarkan.
• memastikan iklan berkenaan mendapat kelulusan daripada
pihak-pihak yang berkaitan.
• tidak mengeluarkan iklan palsu atau mengelirukan
pengguna.
Rujukan kepada pihak berkuasa yang mengawalselia
pengiklanan.
Rujukan kepada pengguna dalam mengenal pasti kandungan
iklan palsu atau mengelirukan.
Garis panduan ini terpakai kepada iklan yang memberi
implikasi kepada pengguna.
TUJUAN
PEMAKAIAN GARIS PANDUAN
KANDUNGAN GARIS PANDUAN
IKLAN-IKLAN PALSU ATAU MENGELIRUKAN (MISLEADING
OR FALSE ADVERTISEMENTS)
DAKWAAN YANG DILARANG
PENGGUNAAN LOGO HALAL
TERMA DAN SYARAT
KETIDAKPATUHAN
PERATURAN UMUM
PENGESAHAN
(SUBSTATIATION)
KENYATAAN YANG
KETERLALUAN
(EXAGGERATION/ PUFFERY)
HARGA
PERCUMA
KEBOLEHDAPATAN
(AVAILABILITY)
PERBANDINGAN
PENGENDORSAN DAN
TESTIMONI
GERENTI DAN
PERKHIDMATAN
SELEPAS JUALAN
IKLAN-IKLAN PALSU ATAU
MENGELIRUKAN
• Pengiklan tidak boleh :
> membuat kenyataan palsu tentang tempat dikilangkan, pengeluar, jenis,
standard, kualiti, gred, kualiti, komposisi, gaya atau model tertentu.
>membuat gambaran palsu - tentang sejarah tertentu atau kegunaan
terdahulu. • Elakkan penggunaan perkataan “satu-satunya” atau dakwaan eksklusif. Hanya
boleh digunakan bagi mereka yang mendapat hak tersebut.
• Iklan pembekalan perkhidmatan oleh orang yang ada kemahiran dan kelayakan
tertentu – hendaklah jelas dan tidak mengelirukan.
• Iklan di atas talian- Nyatakan dengan jelas nama, alamat dan nombor telefon
pengiklan tersebut.
• Pengiklan hendaklah memastikan sebarang dakwaan yang dibuat mampu
dibuktikan dengan sewajarnya.
PERATURAN UMUM
PENGESAHAN (SUBSTANTIATION)
• Pengiklan tidak boleh membuat gambaran yang diperbesar-besarkan atau
melampau (exaggeration/puffery).
• Bagi iklan yang menyatakan harga, paparkan :-
a) harga termasuk cukai (sekiranya diketahui), kos penghantaran atau caj-
caj sampingan lain.
b) ciri-ciri utama barang/ perkhidmatan.
c) identiti syarikat atau pengedar.
• Nyatakan dengan jelas jika jumlah cukai, duti, fi dan caj-caj lain belum
diketahui.
• Penggunaan “sehingga… (up to)” atau “daripada… (from)” tidak dibenarkan.
Potongan/ diskaun perlu dinyatakan dengan tepat.
• Gambaran/ ilustrasi yang tidak sepadan dengan harga tidak dibenarkan.
KENYATAAN YANG KETERLALUAN (EXAGGERATION/ PUFFERY)
HARGA
• Pengiklan tidak boleh menyatakan sesuatu barang atau perkhidmatan sebagai
“percuma” jika wujud apa-apa kos yang perlu ditanggung oleh pengguna selain
kos sebenar bagi apa-apa penghantaran, tambang atau bayaran pos.
• Pernyataan “pakej percuma” – tidak boleh jika elemen yang di
maksudkan telah dimasukkan ke dalam pakej sebenar yang ditawarkan.
• Jika pengiklan mengenakan syarat tambahan :
a) Iklan di media cetak:
- nyatakan dengan jelas
- letakkan berhampiran ungkapan percuma dan mudah dibaca, dan
- saiz cetakan tidak kurang daripada separuh saiz perkataan percuma.
b) Iklan di media elektronik:
- nyatakan “tertakluk kepada terma dan syarat”
- nyatakan sumber rujukan terma dan syarat.
• Tawaran “kepuasan atau wang anda dikembalikan” (satisfaction or money back guarantee) – tidak dibenarkan jika pembeliannya tidak boleh dikembalikan (non- refundable)
PERCUMA
• Sekiranya pengiklan tidak berupaya untuk menyediakan atau membekalkan
barang atau perkhidmatan pada harga, jangka masa dan kuantiti yang
munasabah sepertimana yang diiklankan - Nyatakan dengan jelas stok terhad,
kuantiti maksimum untuk jualan dan tempoh masa jualan.
• Jika barang/perkhidmatan tiada lagi di pasaran, kandungan iklan hendaklah
ditarik atau diubah.
• Nyatakan dengan jelas jika terdapat sebarang sekatan had umur atau geografi
untuk mendapatkan barang/perkhidmatan itu.
• Teknik jualan pertukaran atau “switch selling” tidak dibenarkan.
• Tidak boleh membuat kenyataan palsu contohnya “premis akan berpindah”
sedangkan tidak berlaku - semata-mata untuk menghabiskan jualan.
• Tidak boleh mengiklankan barang/perkhidmatan dengan niat untuk tidak
membekalkannya.
KEBOLEHDAPATAN (AVAILABILITY)
• Perbandingan berbentuk superlatif hendaklah disokong dengan bukti
yang sahih.
• Iklan perbandingan tidak boleh mengelirukan pengguna sama ada
terhadap barang atau perkhidmatan milik pengiklan atau milik
pesaing.
• Asas perbandingan hendaklah sama dan dinyatakan dengan jelas
• Tidak boleh menyatakan harga lebih rendah berbanding harga jualan
yang disyorkan (recommended retail price) sedangkan harga yang
ditawarkan adalah harga jualan biasa di pasaran.
PERBANDINGAN
• Pembuktian testimoni - perlu dokumentasi dan pengendorsan yang
benar(genuine).
• Fakta yang dinyatakan di dalam testimoni tidak boleh mengelirukan.
• Testimoni dan pengendorsan daripada mana-mana bahan terbitan, ujian atau
jurnal – perlu kebenaran daripada pihak berkenaan. • Pemaparan “trust mark”, “quality mark” atau apa-apa tanda pentauliahan perlu
kebenaran atau pentauliahan daripada pihak yang berkenaan.
• Dakwaan “sebelum” dan “selepas” hendaklah dinyatakan dengan jelas, adil
dan tidak mengelirukan.
• Perkataan “gerenti” –tidak boleh digunakan dengan apa jua cara yang boleh
mengelirukan pengguna berkaitan hak pengguna.
• Iklan yang menyatakan “Janji Wang Dikembalikan” - nyatakan tempoh masa
ganti rugi diberikan.
PENGENDORSAN DAN TESTIMONI
GERENTI DAN PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
Apa-apa bentuk iklan atau promosi berkaitan apa-
apa barang/perkhidmatan, perlakuan atau perkara
yang dilarang oleh mana-mana akta atau peraturan
walaupun disokong dengan bukti adalah tidak
dibenarkan.
• Logo halal – mesti mendapat kelulusan JAKIM dan badan pensijilan yang
diiktiraf.
• Paparkan logo halal di tempat yang jelas dan sesuai
• Logo halal yang sah :
- pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM); atau
- sijil daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM;;
dan
- masih sah tempoh
• Tidak boleh menggunakan logo halal atau ungkapan halal dengan tujuan untuk
mengelirukan
• Logo halal Malaysia – perlu dicetak dan digunakan menepati reka bentuk dan
spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri.
• Perlu memberhentikan penggunaan logo halal, jika:
- SPHM/pensijilan halal luar negara telah ditarik/dibatalkan.
- sijil tamat tempoh
• Kriteria meletakkan terma dan syarat :
i) Kedudukan adalah jelas dan mudah dilihat/dibaca
ii) Saiz dan font yang jelas
iii) Nyatakan sumber rujukan terma dan syarat sekiranya tidak dapat
dinyatakan dalam iklan
iv) Penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah difahami
• Penggunaan kriteria ini juga terpakai untuk penggunaan penafian
disclaimers). Pastikan penafian yang digunakan tidak bercanggah dengan
penyataan iklan serta sah dan tidak menyalahi undang-undang.
• Bagi iklan atas talian, penafian diletakkan di dalam (site) yang sama dengan
pernyataan iklan, bukan di laman yang berbeza.
• Tindakan boleh diambil ke atas pengiklan yang didapati telah
menyebabkan pengguna terpedaya kerana didorong oleh iklan
yang palsu dan mengelirukan.
• Tindakan boleh diambil mengikut jenis kesalahan di bawah
mana–mana perundangan berkaitan iklan yang berkenaan.
Sila layari laman yang berikut untuk mendapatkan Garis
Panduan Mengelakkan Iklan Palsu atau Mengelirukan
http://www.kpdnkk.gov.my/pengumuman/garis_panduan_iklan
TERIMA KASIH
top related