baharun bin ismail - fp.utm.my pengesahan status tesis ... 2.2.1 kontrak pencapaian (bai’ah) bagi...
Post on 19-Jun-2018
225 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH DAN MASALAH YANG DIHADAPI DI SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR
BAHARUN BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH DAN MASALAH YANG DIHADAPI
DI SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya BAHARUN BIN ISMAIL No. Matriks MP 111455
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 134, Kampung Tetambah, Manir, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN 21200 Kuala Terengganu, Terengganu. Nama Penyelia
Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)”
Tandatangan : …………………………………..............
Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh : ………………………………….............
CABARAN ANUGERAH TAWARAN BARU BAI’AH DAN MASALAH
YANG DIHADAPI DI SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR
BAHARUN BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JANUARI 2014
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penuh : BAHARUN BIN ISMAIL
Tarikh : ……………………………….
iii
DEDIKASI
Ditujukan istimewa kepada:
Isteri tercinta WAN JUVITA BINTI WAN MANSOR
yang sentiasa mendoakan, mendorong dan sentiasa disampingku dengan
penuh kesabaran.
Buat anakku yang disayangi MUHAMMAD IRFAN AFIF BIN BAHARUNSemoga usaha ayahanda ini menjadi penyuntik
semangatmu untuk terus berjaya kelak
Buat ayahanda dan bonda yang sentiasa memberi dorongan dan mendoakan kejayaan buat anakmu
Hj Ismail Bin Hj Ali dan Hjh Kelsom Binti Hj Abdullah
Buat ayahanda dan bonda mentua yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan kejayaan buat anakmu
Wan Mansor Bin Hj Wan Omar dan Soom Binti Che Mat
Tidak lupa kepada semua ahli keluarga Semoga kita semua diberkati dan dirahmatiNya
Amin.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t diatas kurniaNya kerana
memberi ketabahan dan kesabaran kepada penulis untuk menyempurnakan kajian ini.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. M. Al-Muz-
Zammil Bin Yasin selaku penyelia kajian ini di atas nasihat, teguran, dorongan dan
bimbingan yang berterusan sepanjang projek ini. Kesabaran, komitmen dan
keikhlasan Dr amat penulis kagumi.
Ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua pensyarah dan rakan-
rakan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan secara langsung atau tidak
langsung sepanjang tempoh pengajian dan menyiapkan kajian ini. Penghargaan juga
diberikan kepada guru besar-guru besar sekolah rendah berkenaan serta semua guru
yang terlibat sebagai responden kajian.
Akhir sekali buat isteri, ibu bapa, anak serta keluarga, terima kasih diatas
dorongan dan sokongan kalian. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk
kecemerlangan kalian di masa depan. Semoga Allah melimpahi kesejahteraan,
kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua selamanya. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru besar-guru besar dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru
telah ditemu bual yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan,
masalah-masalah yang dihadapi dan strategi menyelesaikan masalah dalam
mengekalkan anugerah tersebut. Instrumen kajian telah diuji melalui kajian rintis
untuk menentukan nilai pekali kebolehpercayaan. Untuk data kuantitatif, seramai 161
responden terlibat dalam menjawab soalan soal selidik. Keputusan kajian rintis
menunjukkan kebolehpercayaan item soal selidik yang kuat. Dapatan kajian
mendedahkan beberapa langkah yang diambil oleh guru besar-guru besar dalam
mengekalkan anugerah tersebut. Disamping itu juga, masalah-masalah yang dihadapi
guru-guru juga dikenal pasti. Akhir sekali, beberapa cadangan juga dikenal pasti bagi
penambahbaikan mutu kajian akan datang yang berkaitan dengan bidang ini.
vi
ABSTRACT
The aim of this descriptive research was to find out the problems faced by the
headmasters in maintaining the New Deals awards at five primary school in Muar.
Respondents were interviewed to obtain information about the implementation, the
problems encountered and strategies to solve problems in maintaining the award. The
instrument was tested through a pilot test to determine the reliability coefficient
value. For the quantitative data, a total of 161 respondents were involved in
answering the questionnaires. The results of this pilot study showed that the
reliability of the questionnaire was strong. The findings revealed several steps which
had been taken by the headmasters to maintain the award. In addition, problems
faced by the teachers were also identified. Finally, several suggestions to improve
future research related to this area were also identified in this study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.7 Tujuan Kajian 14
1.8 Batasan Kajian 15
1.9 Definisi Istilah 15
1.9.1 Tawaran Baru (Bai’ah) 15
viii
1.9.2 Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 15
1.9.3 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pendidikan 16
1.9.4 Kepimpinan 16
1.10 Kesimpulan 16
2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 18
2.2 Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) 19
2.2.1 Kontrak Pencapaian (Bai’ah) Bagi Pemimpin
Sekolah 21
2.2.2 Ketelusan Dalam Penilaian 22
2.3 Ganjaran Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) 25
2.4 Peranan Individu Ke Arah Pengekalan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah) 26
2.4.1 Guru Besar 26
2.4.2 Guru 27
2.4.3 Ibu Bapa dan PIBG 28
2.5 Kajian Lepas 29
2.6 Teori/Model Berkaitan 31
2.7 Kesimpulan 32
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Lokasi Kajian 35
3.4 Populasi Dan Sampel 35
3.4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 38
3.5 Instrumentasi 39
3.6 Pengumpulan Data 44
3.7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen 45
3.7.1 Kesahan Instrumen 45
ix
3.7.2 Kebolehpercayaan Instrumen 46
3.8 Kajian Rintis 46
3.9 Analisis Data 49
3.10 Kesimpulan 52
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 53
4.2 Menganalisis Data Kualitatif 53
4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 54
4.2.1.1 Mengekalkan Prestasi Akademik 57
4.2.1.2 Mengekalkan Program Yang Baik 58
4.2.1.3 Memastikan Penglibatan Semua Pihak
Dalam Meningkatkan Prestasi Sekolah 59
4.2.1.4 Melaksanakan Pengurusan dan
Pembangunan Sumber Manusia 60
4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 61
4.2.2.1 Pencapaian Akademik Murid Yang Kurang
Baik 63
4.2.2.2 Kurang Kerjasama Ibu Bapa 63
4.2.2.3 Masalah Berkaitan Murid 64
4.2.2.4 Kurang Kerjasama Guru 65
4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 66
4.2.3.1 Pelaksanaan Program Yang Berkesan 69
4.2.3.2 Mengadakan Perjumpaan Dan
Perbincangan 70
4.2.3.3 Mengatasi Masalah Yang Dihadapi Murid 70
4.2.3.4 Memotivasi Guru 71
4.3 Analisis Data Kuantitatif (Soal Selidik) 72
4.3.1 Analisis Latar Belakang Responden 73
4.3.1.1 Jantina 73
4.3.1.2 Umur 73
4.3.1.3 Status 74
4.3.1.4 Tempoh Perkhidmatan Di Sekolah Sekarang 74
x
4.3.1.5 Pengalaman Mengajar Secara Keseluruhan 75
4.3.1.6 Bangsa 76
4.3.1.7 Kelayakan Akademik Tertinggi 77
4.3.1.8 Kelayakan Ikhtisas 77
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 4 78
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 5 82
4.4 Kesimpulan Dapatan Analisis Kajian 85
4.5 Kesimpulan 89
5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 90
5.2 Perbincangan 90
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 92
5.2.2 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 1 95
5.2.3 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 2 98
5.2.4 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 3 100
5.2.5 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 4 103
5.2.6 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 5 105
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 108
5.4 Kesimpulan 108
RUJUKAN 110
LAMPIRAN 117
xi
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
2.1 Bilangan Aspek dan Kewajaran Mengikut Standard 24
2.2 Pengagihan Bayaran Insentif Tawaran Baru (Bai’ah) 25
2.3 Penilaian Terhadap Peningkatan Kualiti Keberhasilan
Murid Menerusi Peningkatan Prestasi Pemimpin Sekolah 27
3.1 Jumlah Guru Yang Terlibat 37
3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie Dan Morgan (1970) 38
3.3 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 39
3.4 Soalan Temu Bual 39
3.5 Pembinaan Item Melalui Temubual Dalam Bidang
Pengurusan Pentadbiran 40
3.6 Pembinaan Item Melalui Temu Bual Dalam Bidang
Pengurusan Akademik 42
3.7 Taburan Item Bagi Soal Selidik 44
3.8 Pengkelasan Skala Likert (Mohd Najib, 2003) 44
3.9 Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan Nilai
Alpha Cronbach 47
3.10 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
Mengikut Item Soal Selidik Bagi Kajian Rintis
(Alpha if Item Deleted) 48
3.11 Penambahbaikan Item Soalan Berdasarkan ‘Alpha
Cronbach if Item Deleted’. 48
3.12 Proses Penganalisisan Data Kualitatif (Analisis Tema) 50
3.13 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 51
3.14 Tahap Pemeringkatan Min 51
4.1 Analisis Temu Bual Dalam Menentukan Tema Bagi
Persoalan Kajian 1 54
xii
4.2 Penentuan Tema Dan Dapatan Analisis Persoalan Kajian 1 56
4.3 Analisis Temu Bual Dalam Menentukan Tema Bagi
Persoalan Kajian 2 61
4.4 Penentuan Tema Dan Dapatan Analisis Persoalan Kajian 2 62
4.5 Analisis Temu Bual Dalam Menentukan Tema Bagi
Persoalan Kajian 3 66
4.6 Penentuan Tema Dan Dapatan Analisis Persoalan Kajian 3 68
4.7 Taburan Responden Mengikut Jantina 73
4.8 Taburan Responden Mengikut Umur 73
4.9 Taburan Responden Mengikut Status 74
4.10 Taburan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan Di
Sekolah Sekarang 75
4.11 Taburan Responden Mengikut pengalaman mengajar
secara Keseluruhan 76
4.12 Bangsa 76
4.13 Kelayakan Akademik Tertinggi 77
4.14 Kelayakan Ikhtisas 78
4.15 Taburan Min Masalah-Masalah Yang Dihadapi Guru-
Guru Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Akademik
Bagi Mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)
Bagi Bidang Pengurusan Pentadbiran 81
4.16 Taburan Min Masalah-Masalah Yang Dihadapi Guru-
Guru Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Akademik
Bagi Mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)
Bagi Bidang Pengurusan Akademik 85
4.17 Rumusan dapatan kajian kualitatif berdasarkan
Persoalan kajian. 86
xiii
SENARAI RAJAH
Rajah Halaman
2.1 Carta Alir Pelaksanaan Tawaran Baru Untuk
Pemimpin Sekolah 20
xiv
SENARAI SINGKATAN
BITB - Bayaran Insentif Tawaran Baru
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
GPS - Gred Purata Sekolah
ITNM - Institut Terjemahan Negara Malaysia
JNJK - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan
LINUS - Literasi dan Numerasi
LNPT - Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara
PEMANDU - Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SBT - Sekolah Berprestasi Tinggi
SK - Sekolah Kebangsaan
SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SJKT - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
SPM - Sijil Persekolahan Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
xv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Halaman
A Instrumen Kajian 118
B Surat kelulusan untuk menjalankan kajian daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (EPRD), KPM 123
C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Daripada
Universiti Teknologi Malaysia. 124
D Surat kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah
daripada Pejabat Pelajaran Daerah Muar. 125
E Surat Permohonan Menjalankan Kajian 126
F Transkrip Temu bual 127
G Analisis Data Kuantitatif 149
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) merupakan pengiktirafan atau anugerah
yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam kenyataan oleh Muhyidin Yassin
menyatakan Tawaran Baru atau Bai’ah adalah satu antara inisiatif yang berkait
dengan Program Transformasi Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) (Zinitulniza, 2012). Matlamat utama anugerah ini adalah untuk
mengiktiraf segala usaha yang telah dilaksanakan di sekolah dalam menaiktaraf
pendidikan di Malaysia. Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) terbuka kepada semua
sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi ke tahap yang cemerlang tanpa
mengira status sekolah tersebut sama ada sekolah bandar atau sekolah luar bandar.
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah anugerah yang dilaksanakan pada
setiap tahun yang bermula dari tahun 2010 dan penilaian prestasi sekolah adalah
berdasarkan kepada tahun semasa. Penilaian kecemerlangan sekolah dijalankan
dalam pelbagai cara yang mana pemilihan sekolah adalah berdasarkan kepada
Gred Purata Sekolah dan Skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
yang dinilai secara kendiri oleh pihak sekolah, pencapaian sekolah dalam
kurikulum dan kokurikulum serta kemenjadian murid dan kejayaan bekas-bekas
murid dalam kedua-dua bidang, kurikulum dan kokurikulum. Bagi memastikan
jaminan kualiti dan kesahihan Skor SKPM, pasukan Jemaah Nazir Sekolah akan
memantau dan melaksanakan verifikasi ke atas maklumat-maklumat yang telah
diberikan oleh pihak sekolah. Dalam kenyataan oleh Muhyidin Yassin, penilaian
2
yang terperinci ini dilaksanakan melalui kaedah Standard Kualiti Pendidikan yang
dikendalikan oleh Jemaah Nazir Sekolah (Zinitulniza, 2012). Perkara ini amat
penting bagi memastikan bahawa sekolah-sekolah yang menerima Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah) ini benar-benar layak dan disahkan oleh Jemaah Nazir.
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) merupakan anugerah yang disampaikan
terhadap pemimpin sekolah, guru-guru dan staf sokongan. Insentif yang diberikan
oleh pihak kerajaan ini adalah dalam bentuk kewangan yang mana pengetua atau
guru besar mendapat bayaran tertinggi iaitu RM7500, manakala 5% guru mendapat
RM1800 dan RM900 bagi setiap orang guru (Bahagian Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2011a). Atas sokongan semua pihak, kakitangan sokongan
juga diberikan imbuhan berupa wang sebanyak RM500 setiap orang (Bahagian
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011b). Kejayaan sekolah-sekolah yang
menerima anugerah ini dinilai dari pelbagai sudut. Antara watak yang memainkan
peranan yang penting dalam mengemudi sekolah ke arah kecemerlangan adalah
pengetua dan guru besar yang bertindak selaku pemimpin utama di organisasi
pendidikan selain dibantu oleh guru-guru dan juga staf-staf sokongan. Kejayaan
memimpin sekolah dengan berkesan serta membawa sekolah ke arah
kecemerlangan juga merupakan kriteria utama yang menyebabkan sekolah di
bawah pimpinan seseorang pengetua dan guru besar dipilih untuk dianugerahkan
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah). Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah satu
inisiatif yang diperkenalkan kerajaan di bawah NKRA pendidikan bagi memberi
ganjaran dan pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar dalam usaha mereka
melonjakkan kecemerlangan sekolah (Habsah, 2011). Pengiktirafan ini mampu
merangsang pengetua dan guru besar, guru-guru dan kakitangan sokongan yang
lain untuk bekerja dengan lebih tekun dan berkesan bagi memastikan taraf
pendidikan di Malaysia bertambah baik.
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang dianugerahkan kepada sekolah-
sekolah yang pemimpinnya dapat memimpin sekolah dengan berkesan dan
menunjukkan peningkatan prestasi serta melepasi sasaran yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Menurut Robiah (2003), seorang
pemimpin yang berkesan dan berjaya itu adalah seorang yang mampu menjadikan
organisasinya produktif, inovatif dan mengalami perubahan ke arah meningkatkan
3
kuantiti dan kualiti hasilan atau produk organisasi. Pengetua dan guru besar yang
dapat memimpin sesebuah organisasi dengan berkesan adalah pemimpin yang
sebenar yang berjaya memenuhi aspirasi negara bagi melahirkan modal insan yang
berguna dan bakal pemimpin negara di masa hadapan. Perancangan, pelaksanaan
dan pemantauan terhadap sistem yang sedia ada di sekolah secara teratur amat
membantu sekolah dalam pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid.
Semua sekolah di negara ini telah disediakan dengan keperluan asas yang
mencukupi seperti kemudahan infrastruktur, bilangan guru terlatih, staf sokongan,
keperluan kewangan dan peralatan sekolah untuk kegunaan pengajaran (Utusan
Malaysia, 18 Februari 2011). Berdasarkan penyataan ini, adalah tidak mustahil
bagi setiap sekolah dalam negara ini mencapai prestasi yang cemerlang dan
melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh KPM. Justeru itu, semua sekolah
sebenarnya dicabar oleh KPM supaya menunjukkan prestasi yang cemerlang
selaras dengan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan. Adalah tidak mustahil,
semua sekolah di negara ini mampu meningkatkan prestasi dan keupayaan masing-
masing. Dengan lonjakan tersebut, sekolah-sekolah ini mampu dianugerahkan
dengan anugerah kecemerlangan atau lebih dikenali sebagai Anugerah Tawaran
Baru (Bai’ah). Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan
peningkatan bilangan sekolah yang dianugerahkan Anugerah Tawaran Baru
(Bai’ah) setiap tahun.
1.2 Latar Belakang Masalah
Cabaran sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)
yang diterima merupakan satu cabaran yang amat sukar dan memerlukan
komitmen dari semua pihak dalam memastikan kecemerlangan dan prestasi
sekolah senantiasa berada di tahap yang terbaik. Namun begitu, mampukah
sekolah-sekolah yang telah menerima Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) ini
mengekalkan prestasi yang cemerlang dan mengekalkan Anugerah Tawaran Baru
(Bai’ah) untuk tahun-tahun berikutnya. Sehubungan dengan itu, pemimpin sekolah
khususnya pengetua dan guru besar perlu mempunyai perancangan yang teratur
4
serta berterusan dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) serta
prestasi sekolah dengan melonjakkan lagi potensi murid-murid ke tahap yang
tertinggi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pihak sekolah perlu
mengekalkan momentum kecemerlangan prestasi semasa dan membuat tambahan
lonjakan bagi mengukuhkan dan membuktikan yang sekolah benar-benar layak
menerima Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) untuk tahun-tahun berikutnya.
Dalam usaha menentukan kesinambungan penganugerahan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah), teknik atau tindakan yang dipraktiskan oleh pengetua dan
guru besar memainkan peranan yang penting dalam memastikan guru-guru serta
staf sokongan terus mengekalkan kecemerlangan prestasi masing-masing dan
seterusnya akan melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang kurikulum
dan kokurikulum. Namun, timbul isu bahawa dalam mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah), sejauh mana tindakan yang diambil pengetua dan guru
besar mempengaruhi pencapaian sekolah. Menurut Mohd Najib (2010), organisasi
yang berkesan memerlukan pemimpin yang berkesan boleh dibantu melalui
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka yang baik dalam perkara
tersebut. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu keperluan bagi sesebuah
organisasi mempunyai pemimpin yang berkesan bagi mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah) dan memastikan organisasi berada di landasan yang tepat
dengan pencapaian yang cemerlang.
Istiqomah dalam pelaksanaan kepimpinan di sekolah juga merupakan satu
isu yang timbul dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah
diperolehi berdasarkan kepada kecemerlangan dan pencapaian sekolah. Daya usaha
kepimpinan yang berterusan oleh pengetua dan guru besar merupakan satu contoh
yang diperlihatkan kepada guru-guru dan staf sokongan atas komitmen pengetua
dan guru besar dalam memastikan pencapaian dan prestasi sekolah bertambah baik
berbanding dengan sebelumnya. Menurut Lokman (2012), selaku pentadbir,
pemimpin pendidikan juga perlu memberikan sokongan dan bantuan yang
berterusan kepada pihak guru supaya mereka tidak bermotivasi rendah dan mampu
menjadi warga pendidik yang cekap, berkemahiran dan berhemah tinggi dalam
membimbing pelajar. Hal ini kerana, komitmen pemimpin dalam mengekalkan
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dapat membantu guru-guru dalam meningkatkan
5
motivasi dan semangat terhadap pelaksanaan kerja. Dapatan kajian yang dijalankan
oleh Suhana (2012) yang mendapati isu kesediaan guru dalam mencapai tawaran
baru (bai’ah) seperti isu beban kerja pendokumentasian, tugas-tugas perkeranian,
proses pengajaran dan pembelajaran terabai dan kepimpinan instruksional. Isu-isu
yang dinyatakan akan menyebabkan komitmen dan motivasi guru-guru menurun
walaupun imbuhan yang diterima berupa sejumlah wang tetapi ketidakpuasan tidak
dapat diredakan dengan imbuhan yang diberikan. Berdasarkan kenyataan dapatan
kajian yang telah dilaksanakan, isu ini berada di tahap sederhana dan menjadi salah
satu permasalahan yang membelenggu guru-guru.
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dapat dikekalkan dengan sikap dan
tingkahlaku guru-guru yang berada di dalam organisasi tersebut yang memberikan
kerjasama yang baik dan sumbangan yang ikhlas dalam menjalankan amanah yang
diberikan. Penerimaan tugasan dengan hati terbuka memberikan gambaran yang
jelas terhadap komitmen guru-guru di sekolah dan merupakan punca utama
sesebuah sekolah itu boleh maju ke hadapan atau kekal statik dengan pencapaian
sedia ada. Oleh yang demikian, usaha-usaha untuk mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah) adalah usaha bersama oleh semua warga sekolah yang
mana setiap warga sekolah memainkan peranan masing-masing di samping
peringatan yang berterusan dan tunjuk ajar daripada pihak pentadbir dalam
memastikan hasil yang diperolehi adalah yang terbaik. Menurut Lokman (2011)
yang menyatakan bahawa untuk mencapai matlamat itu, pengetua dan guru besar
perlu sentiasa mengingatkan guru-guru agar sentiasa menjadikan matlamat dan
budaya sekolah sebagai panduan kepada merealisasikan kecemerlangan akademik.
Pernyataan ini menggambarkan bahawa peringatan terhadap visi dan misi sekolah
amat penting sebagai panduan dalam mencapai kejayaan sekolah seperti
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) serta memastikan semua warga
sekolah tahu dan faham tentang hala tuju sekolah.
Dalam memastikan sekolah mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)
yang diterima, kecekapan guru melaksanakan tugas diambil kira. Kecekapan guru
dalam bidang ini bergantung pada pengalaman yang telah ditimba yang mana
kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran dan menilai keperluan-keperluan murid
menjadi asas kepada keberkesanan tindakan guru. Oleh yang demikian, terdapat
6
isu yang timbul berkaitan kecekapan guru melaksanakan pengajaran yang
berkesan, pelaksanaan program atau aktiviti dan penilaian terhadap murid. Guru-
guru yang berpengalaman hanya menghadapi sedikit masalah jika dibandingkan
dengan guru-guru baharu. Program yang boleh memantapkan guru boleh
dilaksanakan seperti yang diterangkan oleh Mohd Najib (2010), pekerja itu dapat
menambahkan pengalaman dan keupayaan mereka melalui latihan yang disediakan
oleh pihak pengurusan dan pengalaman yang dimiliki, pekerja akan dapat
memajukan diri dan kerjaya mereka. Tetapi pada realiti sebenar, sejauh mana
latihan yang diberikan dapat meningkatkan kecekapan guru.
Sebagai sebuah sekolah yang telah menerima Anugerah Tawaran Baru
(Bai’ah) beberapa kali dan berada berada di puncak kecemerlangan, pihak sekolah
tidak boleh mengambil ringan soal peningkatan dan pembangunan sumber
manusia. Ini akan menjadi asas kepada peningkatan daya kerja dan motivasi guru
dalam memastikan sekolah terus kekal cemerlang. Oleh yang demikian, guru juga
seperti insan yang lain yang memerlukan peningkatan ilmu pengetahuan selari
dengan perkembangan dunia semasa. Menurut Mohd Najib (2010), kepentingan
program pembangunan tenaga pekerja dapat diringkaskan kepada tiga aspek, iaitu
memperoleh maklumat, menguasai kemahiran, dan membawa perubahan tingkah
laku. Usaha-usaha ini dapat dicapai melalui pelaksanaan kursus dan Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP). Isu yang timbul ialah penyertaan yang menyeluruh dan
penglibatan sepenuhnya dari kalangan guru terhadap kursus atau Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Keberkesan kursus
sering kali dipertikaikan dan perkongsian ilmu dalam kursus hanya berlaku secara
tidak langsung atau tidak sengaja. Perkara ini kerana, pelaksanaan kursus dan isi
kandungan dilihat kurang menarik penyertaan dan minat guru di samping
penerangan yang disampaikan kurang jelas akan membantutkan proses
pemindahan maklumat dikalangan guru-guru.
Untuk mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang diterima,
kerjasama dari ibu bapa dalam peningkatan pencapaian murid tidak dapat
disangkal lagi terutama dalam pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam
iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah rendah dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
7
Pelajaran Malaysia (STPM) bagi sekolah menengah. Namun begitu, terdapat
kekangan dalam membantu pihak sekolah mengekalkan Anugerah Tawaran Baru
(Bai’ah) dan kecemerlangan yang telah dicapai, di mana peranan ibu bapa dalam
membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran selain menghantar anak-anak ke
pusat-pusat tuisyen bagi yang mampu. Kerjasama erat antara ibu bapa dan guru
sangat penting bagi warga sekolah dalam meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan (Utusan Malaysia, 30 Mac 2010). Isu yang timbul di sini ialah
sejauh mana keberkesanan kerjasama dari pihak ibu bapa dalam mengekalkan
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah). Adakah ibu bapa yang prihatin ini menyumbang
kepada pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah dicapai sebelum
ini?
Isu ini juga ditimbulkan dalam kajian lepas yang bertajuk ‘Pelaksanaan
Tawaran Baru (Bai’ah) Di Sekolah Rendah Daerah Muar’ oleh Suhana (2012), di
mana penyelidik telah mendapati bahawa komitmen dari pihak ibu bapa adalah
sangat lemah. Pihak sekolah amat memerlukan kerjasama ikhlas daripada ibu bapa
atau Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG). Ibu bapa yang mempunyai kepakaran
dalam bidang tertentu diminta menyumbangkan tenaga dan buah fikiran yang
mereka untuk membantu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) meningkatkan
kecemerlangan pelajar dan sekolah (Utusan Malaysia, 14 Januari 2013). Yang
menjadi isu di sini ialah sejauh mana kesediaan ibu bapa yang mempunyai
pengetahuan menghulurkan bantuan kepada sekolah dalam membantu pihak
sekolah mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diterima
sebelum ini. Seperti yang telah diketahui umum, zaman yang serba maju ini
memerlukan komitmen yang lebih bagi menjamin kehidupan yang selesa dan
sejahtera. Oleh yang demikian, merupakan perkara yang mustahil bagi ibu bapa
yang mempunyai kerjaya meluangkan masa di sekolah dalam membantu guru-guru
dan sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah
dikecapi. Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa para ibu bapa masih boleh
membantu pihak sekolah iaitu dengan memberikan tunjuk ajar sewaktu anak
melakukan ulangkaji di rumah.
Selain dari kerjasama yang diberikan, pihak ibu bapa perlu mengetahui hala
tuju dan matlamat sekolah yang ingin dicapai. Hal ini kerana komitmen dari ibu
8
bapa khususnya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) amat penting dalam
menyokong pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dan mengekalkan
prestasi cemerlang sekolah. Pihak sekolah amat memerlukan sokongan ini agar
pencapaian prestasi semakin meningkat dan lebih banyak kejayaan akan digapai di
masa hadapan. Sudah menjadi hasrat kerajaan agar ibu bapa dapat bekerjasama
dengan PIBG untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar sama ada dalam bidang
akademik mahupun sahsiah (Utusan Malaysia, 14 Januari 2012). Sehubungan
dengan itu, isu sokongan daripada ibu bapa merupakan isu utama dalam PIBG
yang amat sukar diselesaikan yang mana hanya segelintir ibu bapa yang sedia
memberikan sumbangan dari segi tenaga dan wang ringgit.
Isu yang berkaitan murid-murid adalah isu yang utama di sekolah-sekolah
yang mana isu ini sentiasa berterusan tahun demi tahun. Dalam mengekalkan
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah), isu ini dipandang serius dan cuba
diminimumkan bagi menaikkan pencapaian akademik dan meningkatkan prestasi
sekolah. Isu pertama berkaitan disiplin murid ialah sikap murid terhadap
pembelajaran. Sikap-sikap negatif murid-murid seperti sikap malas belajar, kerja
bertangguh, tidak melaksanakan kerja rumah yang diberikan guru, malas membaca
buku dan kurang membuat latihan tambahan perlu diatasi segera oleh pihak
sekolah. Hal ini kerana, pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah
berkait rapat dengan pencapaian akademik dan prestasi sekolah terutama yang
berkaitan peperiksaan awam yang mempunyai pemberatan 70% bagi Gred Purata
Sekolah (GPS) dalam pengiraan skor komposit sekolah, yang mana juga
dipengaruhi oleh sikap negatif murid-murid seperti yang telah dinyatakan
(Kementerian pendidikan Malaysia, 2010). Menurut Mohd Najib (2010), disiplin
yang tidak teratur dan tidak terkawal tidak akan mendatangkan satu output
pendidikan yang cemerlang. Oleh yang demikian, sejauh mana usaha dilakukan
oleh sekolah bagi memastikan isu ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan
pencapaian akademik sekolah.
Dalam pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah), isu yang kedua
berkaitan murid ialah murid-murid yang berbeza yang menduduki peperiksaan
awam setiap tahun. Oleh itu, sudah pasti pencapaian akademik berbeza dan
bergantung sepenuhnya kepada kemampuan murid menjawab soalan yang
9
dikemukakan dengan betul dan tepat. Dengan itu, cabaran yang amat besar bagi
sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah). Hal ini kerana 70%
penilaian dalam Tawaran Baru (Bai’ah) adalah berdasarkan peperiksaan awam
seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Usaha-usaha gigih oleh pihak sekolah
dalam memberikan latihan dan bimbingan yang berterusan serta mengatasi setiap
kelemahan yang ada pada murid mampu mengekalkan Anugerah Tawaran Baru
(Bai’ah). Tetapi bagaimanakah pelaksanaan-pelaksanaan yang dilakukan oleh
pihak sekolah dalam mengatasi isu ini dan seterusnya mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah)?
Isu yang ketiga ialah isu sahsiah murid. Dalam penilaian Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah), kemenjadian murid merupakan antara kriteria yang
penting yang dinilai oleh jemaah nazir. Oleh yang demikian, sahsiah murid yang
baik dan cemerlang perlu seiring dengan pencapaian yang cemerlang. Generasi
baru yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah mestilah cemerlang dari segi akademik
dengan sahsiah yang terpuji sebagai aset negara dan modal insan yang seimbang.
Penerapan nilai-nilai murni yang berkesan akan menghasilkan generasi yang
berpendirian teguh dan mengambil agama sebagai panduan hidup dan ini
menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara. Di sini perlu dilihat bagaimana
sekolah menjalankan fungsinya sebagai institusi pendidikan yang mendidik dan
melahirkan insan yang kamil sebagai generasi masa hadapan.
Penyertaan staf sokongan sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru
dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan murid. Sehubungan dengan itu,
sanggupkah staf sokongan secara sukarela memainkan peranan dalam
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) sekolah? Di samping itu, staf
sokongan juga mendapat ganjaran berupa wang dalam Bayaran Insentif Tawaran
Baru (BITB) Anugerah Tawaran Baru sekiranya sekolah berjaya mendapat
pengiktirafan ini. Oleh yang demikian, staf sokongan juga perlu melibatkan diri
secara langsung dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang
diterima oleh sekolah.
Isu cabaran mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) seterusnya
ialah isu persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah yang kondusif dan
10
bermaklumat dapat menarik minat murid untuk mendapatkan maklumat tambahan
yang lain dari apa yang diperolehi dalam bilik darjah. Ini dapat membantu murid
menambah pengetahuan dan belajar sambil berekreasi di kawasan sekolah serta
boleh membuatkan murid berasa seronok bila berada di sekolah. Menurut
Muhyiddin Yassin, kita mahu mencabar mereka untuk mewujudkan persekitaran
lebih kondusif kerana situasi yang begitu mampu menyokong proses pembelajaran
dan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah (Zinitulniza, 2012). Hal ini kerana,
terdapat tarikan yang positif oleh murid-murid terhadap sekolah dan akan
merasakan suatu kehilangan jika mereka tidak ke sekolah. Dengan ini, secara tidak
langsung pencapaian murid-murid akan meningkat dan dapat mengekalkan
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diterima.
Dalam memastikan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) ini kekal, pihak
sekolah perlu bekerja dengan lebih kuat agar dapat memastikan pencapaian dan
prestasi sekolah dapat dikekalkan atau wujudnya peningkatan prestasi. Menurut
Muhyidin Yassin, menerusi inisiatif ini, kita sebenarnya mencabar mereka untuk
memenuhi pelbagai kriteria ketat yang telah kita tetapkan (Zinitulniza, 2012).
Sesebuah sekolah berpeluang untuk menerima Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)
untuk tahun-tahun berikutnya tetapi perlu mengekalkan atau menaikkan Gred
Purata Sekolah (GPS), Skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) serta
beberapa kriteria lain seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM).
1.3 Pernyataan Masalah
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah satu anugerah yang berfokuskan
kepada kecemerlangan pencapaian sekolah sebagai asas dalam penilaian oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penilaiannya yang ketat dan
memberikan imbuhan yang lumayan membuatkan sekolah-sekolah berlumba-
lumba untuk mendapat anugerah ini bagi membuktikan yang sekolah yang terpilih
adalah yang terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Pengetua
dan guru besar juga bersaing secara sihat dalam memastikan sekolah yang diterajui
mendapat pencapaian dan prestasi yang cemerlang. Pencapaian ini amat
11
dibanggakan yang mana membuktikan pentadbiran sekolah cekap dan berkesan
selain imbuhan atau insentif untuk pengetua dan guru besar yang lumayan.
Walau bagaimanapun, pencapaian hari ini bukanlah satu penentuan yang
kekal bagi sesebuah organisasi pendidikan tanpa pelaksanaan sesuatu program
yang berkesan dan berterusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Antara isu yang timbul di peringkat sekolah dalam mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah) adalah isu ketidakcekapan guru dalam memastikan
kemenjadian dan peningkatan prestasi murid. Kurangnya kerjasama dan sokongan
daripada ibu bapa juga menyukarkan sekolah mengekalkan pencapaian dan prestasi
murid. Perbezaan pencapaian murid bergantung pada diri individu itu sendiri serta
pencapaian mereka dalam peperiksaan awam adalah faktor utama yang
menyumbang kepada skor Gred Purata Sekolah (GPS) yang dinilai dalam
penganugerahan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah). Kekurangan dalam kerjasama
dan sokongan oleh guru-guru dan staf-staf sokongan akan memberikan impak yang
negatif dan menimbulkan kesukaran dalam pelaksanaan program-program
kecemerlangan murid. Persekitaran sekolah yang tidak kondusif dan selesa bagi
murid-murid menyukarkan penerimaan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh
guru-guru.
Potensi dan kecekapan guru amat penting dalam kesinambungan
pencapaian dan prestasi cemerlang sekolah. Namun demikian, isu kekurangan ilmu
pengetahuan yang bersesuaian dengan kehendak semasa murid dan kurangnya
latihan kepada guru-guru akan mempengaruhi pencapaian murid. Sepatutnya guru-
guru dihantar menjalani kursus dalaman atau luaran bagi meningkatkan
pemahaman dan pengalaman bagi membangunkan potensi diri dan menyumbang
kepada pengekalan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah).
Hubungan yang erat yang terjalin antara ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah
amat penting dalam memastikan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dapat
dikekalkan. Kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa amat ditagih oleh pihak
sekolah dalam membantu sekolah meningkatkan prestasi murid-murid. Penglibatan
ibu bapa dalam proses pembangunan murid-murid akan memberikan impak yang
sangat berkesan kepada murid-murid itu sendiri. Hubungan dua hala yang baik
12
antara pihak sekolah dan ibu bapa adalah perlu dalam menaikkan kecemerlangan
sekolah.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tindakan pihak sekolah dalam
mengekalkan kecemerlangan sekolah amnya dan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)
khususnya. Pihak pentadbir sekolah iaitu pengetua dan guru besar perlu mengambil
langkah yang berkesan dan perancangan yang teratur bagi mengatasi masalah-
masalah iaitu kekurangan dan kelemahan dalam meningkatkan kecemerlangan
sekolah. Pengetua dan guru besar serta warga sekolah perlu memainkan peranan
yang berkesan dalam memantapkan dan meningkatkan pencapaian cemerlang
sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini memfokuskan kepada peningkatan kecemerlangan sekolah.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti
tindakan guru besar atau pihak sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran
Baru (Bai’ah) di sekolah, objektif kajian adalah seperti berikut :
1. Mengenalpasti pelaksanaan dan tindakan guru besar dalam mengekalkan
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah).
2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru besar dalam
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah).
3. Mengenalpasti strategi pihak pengurusan sekolah untuk mengatasi masalah-
masalah yang dihadapi dalam mengekalkan Anugerah Tawaran Baru
(Bai’ah).
4. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diterima dalam
bidang pengurusan pentadbiran.
13
5. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diterima dalam
bidang pengurusan akademik.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian dijalankan adalah bagi menjawab persoalan kajian seperti berikut :
1. Apakah perkara-perkara yang dilaksanakan oleh guru besar dalam
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)?
2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru besar dalam
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah)?
3. Bagaimanakah strategi pihak pentadbir sekolah untuk mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi dalam mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah)?
4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam
meningkatkan kecemerlangan akademik bagi mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah) dalam bidang pengurusan pentadbiran?
5. Apakah masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam
meningkatkan kecemerlangan akademik bagi mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah) dalam bidang pengurusan akademik?
1.6 Kepentingan Kajian
Adanya kajian ini, kita dapat mengenalpasti bahawa cabaran utama dalam
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang telah diperolehi oleh pihak
sekolah berdasarkan kepada pencapaian dan prestasi sekolah sedia ada. Beberapa
kriteria yang ketat dinilai dalam penganugerahan Tawaran Baru (Bai’ah)
termasuklah penggunaan kombinasi Gred Purata Sekolah dan Skor Standard
14
Kualiti Pendidikan Malaysia yang perlu dikekalkan atau ditingkatkan nilai kepada
yang lebih baik. Dalam kenyataan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
yang menyatakan penilaian dibuat dengan berpandukan kepada peningkatan yang
berjaya direkodkan berbanding pencapaian pada tahun sebelumnya (Zinitulniza,
2012).
Kajian ini juga diharap dapat memberikan gambaran sebenar tentang
cabaran-cabaran utama sesebuah sekolah dalam mengekalkan Anugerah Tawaran
Baru (Bai’ah) yang diterima untuk masa hadapan. Selain itu, dapatan yang
diperolehi akan dapat membantu pelbagai pihak terutama Pejabat Pelajaran Daerah
yang berhasrat untuk meningkatkan pencapaian prestasi sekolah dan sebagai
pembimbing atau rujukan kepada sekolah yang berhasrat untuk mengapai
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah).
Kajian ini juga penting dalam bidang akademik kerana, dengan
menjalankan kajian ini dapat menambahkan lagi bahan ilmiah dalam pendidikan
dan dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk terus diperkembangkan lagi
melalui perspektif yang berlainan. Kajian mengenai Anugerah Tawaran Baru
(Bai’ah) ini perlu dijalankan dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan di
Malaysia sehingga bertaraf dunia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) (Termizi, 2012).
1.7 Tujuan Kajian
Cabaran Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) ini bertujuan untuk
mendedahkan masalah-masalah yang perlu diatasi oleh sekolah-sekolah dalam
melonjakkan pencapaian dan prestasi sekolah. Maka, tujuan kajian ini
dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tentang cabaran-cabaran utama sekolah
dalam meningkatkan prestasi sekolah dan menerima Anugerah Tawaran Baru
(Bai’ah) secara berterusan setiap tahun.
15
1.8 Batasan Kajian
Kajian Cabaran Tawaran Baru (Bai’ah) ini satu inisiatif baru dalam sistem
pendidikan di Malaysia bagi menggalakkan sekolah-sekolah terus meningkatkan
kecemerlangan dari pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan
satu keperluan untuk melihat dan menilai cabaran-cabaran utama di sekolah.
Kajian ini dilakukan kepada lima buah sekolah rendah daerah Muar yang telah
berjaya mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) selama tiga tahun berturut-
turut iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Kajian ini juga tidak mengambil kira
jenis sekolah sama ada SK, SJKC dan SJKT. Namun demikian, sekolah yang
terlibat hanya sekolah kebangsaan sahaja yang berjaya mengekalkan Anugerah
Tawaran Baru (Bai’ah) buat kali ketiga berturut-turut.
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Tawaran Baru (Bai’ah)
Tawaran Baru (Bai’ah) merupakan suatu inisiatif di bawah NKRA
pendidikan, bagi memberi ganjaran kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan
kepada Prestasi Pencapaian (Performance Based Assessment). Pengetua dan Guru
Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi
sasaran yang ditetapkan akan diberikan imbuhan yang menarik. Bagi Pengetua dan
Guru Besar yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka dikehendaki
mengikuti Program Pembangunan Prestasi yang releven dengan keperluan masing-
masing yang akan dikendalikan oleh pihak Institut Aminuddin Baki (Jemaah Nazir
Jaminan Kualiti, 2010).
1.9.2 Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB)
Insentif berbentuk kewangan yang diberikan warga sekolah yang berjaya
mendapat Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) yang menepati syarat dan kriteria yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ganjaran kewangan yang
16
disediakan untuk pengetua dan guru besar ialah RM7500, 5% guru-guru cemerlang
layak menerima RM1800, guru-guru lain akan menerima RM900 setiap orang
(Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011a) dan Kumpulan
Sokongan Bukan Guru adalah sebanyak RM500.00 (Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011b) yang memenuhi syarat-syarat yang
dinyatakan dalam Pekeliling tersebut.
1.9.3 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan
NKRA pendidikan melibatkan pendidikan yang berkualiti dan
berkemampuan, antara empat sub NKRA telah dikenal pasti iaitu 1) Prasekolah, 2)
LINUS, 3) Sekolah Berprestasi Tinggi dan 4) Tawaran Baru kepada
Pengetua/Guru Besar (Norliza,2010).
1.9.4 Kepimpinan
Kepimpinan dapat ditafsirkan sebagai kemampuan pemimpin untuk
mempengaruhi dan membantu pengikut supaya terlibat dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas berlandaskan matlamat dalam organisasi (Lokman Tahir,
2012).
1.10 Kesimpulan
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) adalah berdasarkan kepada
kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid yang dinilai melalui instrumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 dan Nilai Gred Purata
Sekolah (GPS) yang berasaskan keputusan peperiksaan awam Malaysia. Dalam
mengekalkan Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah), beberapa perkara
dipertimbangkan dan dikaji berdasarkan kepada pencapaian oleh sekolah-sekolah
yang berkenaan. Tahap kecemerlangan sekolah diukur berdasarkan skor-skor
tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi
17
mencapai sasaran tersebut, segala permasalahan yang berlaku di sekolah perlu
segera ditangani bagi memastikan prestasi sekolah berada di tahap yang tinggi.
Pengetua dan guru besar juga mesti melaksanakan tugas dengan berkesan dengan
gaya kepimpinan yang sesuai dengan situasi sekolah yang dipimpinnya. Guru-guru
juga perlu meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan tugas agar lebih efektif
dan memberikan impak yang besar kepada anak-anak didik di sekolah. Dengan ini,
Anugerah Tawaran Baru (Bai’ah) dapat dikekalkan.
Sekolah yang cemerlang ialah sekolah cemerlang dari semua aspek iaitu
dari kepimpinan pengetua dan guru besar, kemantapan guru-guru dan kemenjadian
murid yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah. Selain itu, kerjasama dan
sokongan yang kuat daripada PIBG, meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah.
top related