bangunan bersejarah 2009 1
Post on 30-May-2018
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
1/15
Saya amat bersyukur kerana dengan limpahan kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan
kerja kursus sejarah dengan sempurna dan dapat menghantar dalam masa yang telah
ditetapkan oleh cikgu sejarah saya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan abang saya
yang banyak menyokong, menbantu dalam segi kewangan dan juga telah mengizinkan saya
untuk mencari sumber maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Tanpa keizinan
mereka, tidak dapat lah saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Tidak lupa juga kepada guru sejarah saya, Puan Patricia Bujang yang banyak
membantu, memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalam menyelesaikan masalah yang
berlaku sepanjang menyiapkan tugasan ini. Beliau telah menerangkan saya bagaimana untuk
membuat tugasan ini mengikut kehendak tugasan yang diberi malah telah membantu saya
memperbetulkan ayat yang tergantung dalam tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang diberi oleh
beliau, saya tidak akan dapat menghasilkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna. Di
samping itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah
Luak, Encik Koh Chee Kiat yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga
selesai untuk di hantar.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada beberapa orang rakan baik saya
iaitu, Normimisharmieza dan Rozie Ashiekin yang sama-sama melakukan tugasan tentang
2
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
2/15
bangunan Sultan Abdul Samad di kelas 3KRK (Kelas Rancangan Khas) dan juga telah
banyak menyokong saya dan bersama-sama berkongsi susah senang saya sepanjang
melakukan kajian ini.
3
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
3/15
Saya telah dikehendaki untuk mengkaji tentang sebuah bangunan sejarah yang terdapat di
Malaysia. Oleh itu, saya telah memilih untuk mengkaji salah sebuah bangunan yang menjadi
kebanggaan kepada rakyat Malaysia iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad. Tujuan saya
menjalankan kajian ini ialah :
} Untuk mencari dan mengumpul sumber maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul
Samad dari sumber yang sahih. Ini memudahkan saya untuk membuat satu kajian
ilmiah dengan tatacara yang betul, tepat dan jelas.
} Saya dapat menguasai kemahiran dalam mencari, merekod, mengumpul dan
menyenaraikan maklumat yang dikaji.
} Saya juga dapat mengenali dan mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah
Bangunan Sultan Abdul Samad.
} Kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya terhadap salah satu bangunan
bersejarah yang terdapat di Malaysia ini serta memupuk perasaan bangga dan cinta
akan tanah air.
4
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
4/15
} Selain itu, saya dapat mengeratkan silaturahim antara saya dengan guru serta rakan
-rakan semasa melakukan tugasan ini.
5
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
5/15
Dalam mencari, merekod, mengumpul dan menyenaraikan maklumat yang saya kaji,
Saya telah menggunakan beberapa cara yang mudah untuk saya mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan bangunan Sultan Abdul Samad.
Antaranya ialah saya telah merujuk di dalam sebuah buku ilmiah dari buku siri
Negeri-negeri di Malaysia yang saya temui di Pustaka Miri iaitu Kuala Lumpur,Labuan
dan Putrajaya, terbitan dari Nur Ilmu Publications 2007. Melalui Teknologi Maklumat
pula, saya telah menjumpai beberapa laman web yang mempunyai maklumat tentang
kajian saya. Antaranya ialah wikipedia dan ensiklopedia. Kita boleh mendapatkan fakta-
fakta yang berguna dalam pelbagai bahasa.
6
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
6/15
7
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
7/15
Nama bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan Negeri Selangor
yang memerintah pada masa itu. Bangunan ini menjadi kebanggaan kepada semua rakyat
Malaysia. Ini dapat dilihat semasa sambutan hari kemerdekaan setiap tahun pada 31 ogos
sebagai lokasi perarakan dan juga menjadi salah sebuah tumpuan orang ramai untuk
menyambut tahun baru. Lokasinya juga amat strategik kerana terletak di tengah-tengah
bandaraya Kuala Lumpur.
8
Rajah 1 : Bangunan Sultan Abdul Samad
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
8/15
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
9/15
Bangunan Sultan Abdul Samad telah mula dibina pada tahun 1894 dan siap dibina
pada tahun 1897. Pembinaan ini mengambil masa selama 3 tahun untuk siap sepenuhnya.
Pada permulaan bangunan ini dibina, bangunan ini dikenali sebagai The New
Government Offices dan kemudiannya menjadi Faderal Secretariat. Sebelum
negara Malaysia merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah pusat
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-General dan Pejabat Besar
Pos. Setelah diisytiharkan Malaysia mendapat kemerdekaan, bangunan itu menjadi Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan
Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagiannya
ialah Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun
1978.
Pada asalnya, bangunan ini disebut sebagai bangunan sahaja. Semasa pemerintahan
Sultan Abdul Samad pada tahun 1897, bangunan ini telah dikenali sebagai Bangunan Sultan
Abdul Samad. Pembinaan ini merupakan kejayaan dari program Bangunan Tersergam di
bawah pengendalian W.E Maxwell dan C.E Spooner sebagai perancang dan arkitek
Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Pada anggaran awal, kos pembinaan awal
bangunan ini ialah $152,000 tetapi jumlah sebenarnya ialah $152,824. Bangunan ini
merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.
Kedudukan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad terletak pada satu tapak diantara
Sungai Kelang dan Sungai Gombak . Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter
persegi dan di bahagian belakang bangunan itu terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali
sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Tambahan juga, bangunan ini terletak berhampiran
dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang menjadikan lokasi
bangunan itu amat strategik.
10
Rajah 2 : Sultan
Abdul Samad
(1857- 1898)
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
10/15
Selain itu, Tujuan pembinaan awal bangunan ini adalah sebagai Bangunan kerajaan
Baru untuk menempatkan semua jabatan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu di
bawah satu Bangunan Pembahagian.
11
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
11/15
Rajah 3 : Peta Bangunan Sultan Abdul Samad
12
Ban unan Sultan Abdul
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
12/15
Keistimewaan Bangunan Sultan
Abdul Samad
Reka bentuk pelan
bangunan ini dibuat oleh arkitek dari
British yang bernama A.C
Norman, yang bekerjadi Jabatan
Kerja Raya di Kuala Lumpur pada masa itu. Jika dilihat dengan mata kasar, reka bentuk
Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik sekali. Ini kerana bangunan ini dibina
bercirikan seni bina Moorish dan Moghul yang bercirikan Islam.
Pada asalnya, Norman telah mengemukakan reka bentuk sebuah bangunan yang
berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Seorang arkitek muda iaitu Bidwell telah
bertanggungjawap untuk mengadaptasikan seni bina Islam iaitu Mahometan style sebagai
harapan reka bentuk bangunan tersebut di atas pelan asal Norman diterima oleh Spooner yang
tidak berapa puas hati dengan reka bentuk yang dikemukakan oleh A.C Norman.
Ciri-ciri utama yang terdapat pada Bangunan Sultan Abdul Samad adalah tiga buah
kubah, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Pada asalnya, ketiga-tiga
kubah tersebut diperbuat daripada kayu dan batu bata yang diwarnakan hitam. Sekarang,
Ketiga-tiga kubah ini telah diperbuat semula dengan bersalutkan tembaga. Kubah ini terletak
di atas menara jam besar dan diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun.
Kubah tengah agak luar biasa kerana terdapat dua ciri tradisional kubah dan kios yang
digabungkan.
13
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
13/15
-
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
14/15
Rajah 5 : Pelan Reka Bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad
15
Pelan Tingkat Bawah Pelan Tingkat 1
Pelan Tingkat Bawah Pelan Tingkat 1
http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web%20v2/images/bsultanabdsamad/pelan/tingkat1.jpghttp://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web%20v2/images/bsultanabdsamad/pelan/tingkat_bawah.jpghttp://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web%20v2/images/bsultanabdsamad/pelan/tingkat1.jpghttp://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web%20v2/images/bsultanabdsamad/pelan/tingkat_bawah.jpg -
8/14/2019 Bangunan Bersejarah 2009 1
15/15
Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu
laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi
pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.
16
top related