belanjawan pbt
Post on 12-Jun-2015
3.723 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PDG 183
KURSUS PEGAWAI-KURSUS PEGAWAI-PEGAWAI PIHAKPEGAWAI PIHAK
BERKUASA TEMPATANBERKUASA TEMPATAN SELANGORSELANGOR
SIRI 9/2009SIRI 9/2009
1
MOHD FAHMY BIN TUMUT
PEGAWAI PENILAIAN (W41)
MAJLIS PERBANDARAN
SEPANG
PDG 183
SOALAN TUGASAN
Setiap tahun semua PBT di negara ini menyediakan Anggaran Belanjawan untuk menentukan hasil yang boleh dikutip dan perbelanjaan yang dijangkakan untuk tahun kehadapan.
Belanjawan amat penting kepada PBT untuk menetapkan strategi-strategi dan pelan-pelan tindakan dan perlaksanaan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dan memperkukuhkan kewangan PBT itu sendiri.
Oleh itu sila jelaskan bagaimana Anggaran Belanjawan ini membantu PBT dalam meningkatkan Tahap Pengurusan Kewangan PBT.
ISI KANDUNGAN
2
PDG 183
1.0 Pendahuluan 1.0 Pendahuluan 44
1.1 Definisi1.1 Definisi 44
1.2 Pengurusan Kewangan PBT 1.2 Pengurusan Kewangan PBT 77
2.0 Kepentingan Belanjawan Dalam Pengurusan Kewangan 2.0 Kepentingan Belanjawan Dalam Pengurusan Kewangan 1515
3.0 Pemantauan Hasil Dan Belanja 3.0 Pemantauan Hasil Dan Belanja 1717
4.0 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi PBT4.0 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi PBT 1818
5.0 Kesimpulan5.0 Kesimpulan 1919
6.0 Lampiran-Lampiran6.0 Lampiran-Lampiran 2020
1.0 PENDAHULUAN
Setiap PBT di Malaysia mengurus kewangan berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan,Akta Kerajaan Tempatan 1976
yang khususnya di bahagian VI (akaun dan audit),Akta Acara
3
PDG 183
Kewangan 1957,Arahan Perbendaharaan dan juga lain-lain pekeliling kewangan
yang berkaitan.
Kesemua PBT di Malaysia menggunakan asas perakaunan akruan. Setiap PBT juga
perlu menyediakan anggaran belanjawan setiap tahun dan perlu diluluskan Pihak
Berkuasa Negeri. Kaedah penyedian belanjawan adalah berasaskan sistem
belanjawan diubahsuai (MBS).Komponen yang terdapat dalam sebuah belanjawan
adalah hasil dan belanja.Belanjawan ini merupakan alat bagi sesebuah PBT
merancang pengurusan kewangannya untuk tempoh setahun.
1.1Definisi
Hasil
Definisi di dalam Kamus Dewan Edisi ketiga bermaksud bayaran yang
dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang yang dibawa masuk ke
dalam negeri,tanah,perniagaan dan lain-lain seperti cukai dan pajak.
Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976,seksyen 39 (punca kuasa PBT
mendapatkan hasil):-
a) semua cukai,kadar,sewa,bayaran lesen,diu, dan lain-lain wang atau caj
yang kena dibayar kepada PBT itu menurut peruntukan-peruntukan akta
ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
b) semua caj keuntungan yang terbit daripada apa-apa
perdagangan,perkhidmatan atau pengusaha yang dijalankan oleh PBT itu
dibawah kuasa-kuasa yang terletak hak padanya;
c) semua bunga atas apa-apa wang yang dilaburkan oleh PBT itu dan
semua pendapatan yang terbit daripada harta tak alih PBT itu;dan
d) Semua hasil yang terakru kepada PBT tempatan itu daripada Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Ngeri atau mana-mana badan
berkanun,lain-lain PBT atau daripada mana-mana punca lain sebagai
pemberian,sumbangan,endowen atau lain-lain.
4
PDG 183
Belanja
Seksyen 57 Akta Kerajaan Tempatan menyebut,Tiada sesuatu PBT bole
melakukan apa-apa perbelanjaan yang tidak dimasukan dalam anggaran-
anggaran yang diluluskan kecuali dengan izin Pihak Berkuasa Negeri.
Sehubungan dengan itu dari perspektif kerajaanbelanja boleh ditakrif sebagai
:-.
“WANG YANG DIBELANJAKAN SELARAS DENGAN SEMUA
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG TELAH
DITETAPKAN”
Belanjawan
5
PDG 183
Dalam seksyen 55(1),Akta Kerajaan Tempatan 1976.menyebut PBT
hendaklah tidak lewat daripada 10hb setiap tahun meluluskan anggaran-
anggaran lengkap mengenai hasil dan perbelanjaan PBT itu bagi tahun
kewangan yang berikutnya selepas sahaja daripadanya.
Oleh itu dari perspektif sektor kerajaan belanjawan boleh disimpulkan sebagai :-
”SATU PERNYATAAN HASIL DAN PERBELANJAAN BAGI MASA
HADAPAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT PERANCANGAN DAN
PENGURUSAN SUMBER-SUMBER EKONOMI UNTUK MEMENUHI
KEPERLUAN RAKYAT”
1.2Pengurusan Kewangan PBT
Seperti yang telah diterangkan dalam para 1.0 di atas belanjawan adalah satu
alat bagi pengurusan kewangan di sesebuah PBT.
belanjawan
hasil belanja
6
PDG 183
Belanjawan merupakan instrumen perancangan projek-projek dan aktiviti-aktiviti
tahunan sesebuah PBT berdasarkan hasil yang dijangkakan dikutip.Konsep
belanjawan PBT yang diamalkan di Malaysia adalah belanjawan berimbang.
Hasil dan belanja hendaklah seimbang jumlahnya.Justifikasi konsep ini adalah
untuk bagi sumber yang ada diuruskan secara efisyen. Belanjawan ini juga tidak
boleh lari daripada sasaran kerja tahunan (SKT) PBT. Contohnya belanjawan
yang telah diluluskan untuk Majlis Perbandaran Sepang adalah sebanyak RM
62,799,477.00 (belanjawan berimbang) seperti di lampiran.
Semua perbelanjaan yang hendak dibelanjakan oleh PBT hendaklah diluluskan
di dalam belanjawan dan Datuk Bandar atau YDP PBT bertanggungjawab
sebagai Pegawai Pengawal bagi keseluruhan belanjawan.Manakala Ketua
Jabatan merupakan Pegawai Pengawal bagi belanjawan jabatanya.Semua
peruntukan,perbelanjaan,tanggungan dan baki peruntukan direkodkan dalam
buku vot.Buku vot ini bertujuan untuk mengawal perbelanjaan bagi sesuatu
aktiviti agar perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan
belanjawan.
Sistem Belanjawan PBT
7
BELANJAWAN PBT
Hasil Belanja
CukaiHasil Bukan
Cukai
Terimaan Bukan
Hasil
Pembangunan Mengurus
PDG 183
Bagi menyediakan anggaran belanjawan ini.Perbendaharaan Malaysia telah
mengarahkan semua agensi kerajaan telah menggunakan Sistem Belanjawan
Diubahsuai (MBS).
Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS).
8
PDG 183
Sistem Belanjawan Diubahsuai (Modified Budgeting System - MBS)
adalah satu sistem pengurusan yang menitikberatkan perhubungan
antara input, output dan impak. MBS juga membantu dan
melengkapkan (complement) pelaksanaan Kaedah-kaedah Pentadbiran
Awam lain seperti Produktiviti, Pengurusan Kualiti
Menyeluruh, Sistem Saraan Baru dan Piagam Pelanggan.
Pengukuran Produktiviti di peringkat organisasi merupakan
pengukuran output Program dan Aktiviti. Output Program dan Aktiviti
ini dikenalpasti dalam Perjanjian Program yang disediakan untuk
pelaksanaan
MBS. Maklumat output yang dikenalpasti digunakan bagi mengukur
pencapaian sesuatu Aktiviti. Maklumat output disediakan dalam
bentuk kuantiti, kualiti, ketepatan masa dan kos unit.
MBS seperti juga Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
menitikberatkan perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan. Sistem
Saraan Baru memerlukan penentuan Sasaran Kerja Tahunan untuk
setiap pegawai
dan ini boleh ditentukan daripada spesifikasi output Aktiviti dalam
Perjanjian Program. Pelanggan dan keluaran ataupun perkhidmatan
yang dimaksudkan untuk Piagam Pelanggan mempunyai persamaan
dengan pelanggan
dan output yang dikenalpasti dalam Perjanjian Program.
MBS ini dilaksanakan melalui prinsip Let Manager Manage yang
menurunkan kuasa Pegawai Pengawal kepada Ketua Jabatan untuk
merangka program-program dan aktiviti-aktiviti berdasarkan Perjanjian
Program.Walaubagaimanapun penurunkan kuasa ini mestilah
mematuhi prinsip akauntabiliti.Perjanjian program perlu dipersetujui
oleh Pegawai Pengawal untuk didokumenkan di dalam
9
PDG 183
belanjawan.Pada kebiasanya Ketua Jabatan akan merangka program-
program dan aktiviti-aktiviti berdasarkan ruang lingkup Teras dan
Strategi Belanjawan yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh
Pegawai Pengawal.Contohnya Teras dan Strategi Belanjawan Majlis
Perbandaran Sepang di dalam Belanjawan 2009 dan 2010 adalah :-
MEMPELBAGAIKAN PUNCA PENDAPATAN MAJLIS
MENERUSKAN PERBELANJAAN BERHEMAH (PRUDENT SPENDING)
MEMPERKUKUHKAN BACK TO BASICS
MENINGKATKAN KEBOLEHCAPAIAN (ACCESSIBILITY) PELANGGAN
KEPADA SISTEM PENYAMPAIAN DELIVERY SYSTEM.
MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
MEMPERKUKUHKAN PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN
KEBAJIKAN.
Strategi belanjawan Majlis Perbandaran Sepang seperti di
lampiran__
Konsep value for money dengan peruntukan yang seminimum
mungkin supaya dapat menghasilkan output semaksima mungkin
seterusnya menghasilkan impak faedah yang besar untuk dinikmati
pelanggan PBT.Walaubagaimanapun perancangan dan kajian yang
teliti perlu dibuat bagi mengetahui kehendak pelanggan dan aspek
pengurusan dan penyelenggaraan supaya sesuatu aktiviti atau projek
yang hendak dilaksanakan PBT mencapai impak dan kesan yang
dirancangkan. Contohnya pembinaan taman permainan oleh
PBT,impak boleh diukur dengan melihat kadar penggunaan taman
permainan tersebut oleh kanak-kanak.Jika sesuatu projek digelar
projek “gajah putih” bermakna sesuatu projek tersebut telah gagal dari
segi impaknya.
10
PDG 183
Konsep MBS ini boleh digambar seperti di dalam gambarajah di bawah
:-
Input OutputImpak
terhadap pelanggan
11
PDG 183
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Setiap PBT tertakluk pada Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menerangkan
secara jelas berhubung penyediaan anggaran kewangan seperti di dalam :-
Seskyen 55(1) : PBT hendaklah tidak lewat daripada 10hb November
setiap tahun meluluskan anggaran-anggaran lengkap mengenai hasil dan
perbelanjaan PBT itu bagi tahun kewangan yang berikutbselepas sahaja
daripadanya.
Seksyen 55(5) : Selepas belanjawan itu diluluskan oleh PBT
itu,belanjawan hendaklah dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak
lewat daripada 20hb November dan hendaklah ditimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Negeri tidak lewat daripada 31hb Disember dalam tahun itu dan
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengurangkan atau menolak apa-apa
butiran perbelanjaan yang terdapat di dalamnya itu
Seksyen 55(6) : Ringkasan Belanjawan itu sebagaimana yang diluluskan
oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah disiarkan di dalam Warta dan PBT
adalah terikat olehnya.
Seksyen 57 : Tiada sesuatu PBT boleh melakukan apa-apa perbelanjaan
yang tidak dimasukan dalam anggran-anggaran yang diluluskan kecuali
dengan izin Pihak Berkuasa Negeri.
Pada kebiasanya belanjawan diluluskan semasa Mesyuarat Khas Belanjawan
yang bersidang khusus untuk membincang dan menimbang dan meluluskan
belanjawan,
Secara ringkasnya Pihak Berkuasa Negeri mengawal perbelanjaan tahunan
setiap PBT dalam melaksanakan projek-projek dan aktiviti-aktivitinya
12
PDG 183
tahunannya termasuklah Kadar (%) cukai taksiran untuk satu-satu tahun
kewangan itu.
Carta Alir Ringkas Penyediaan Belanjawan Majlis Perbandaran Sepang.
13
PDG 183
Perincian Carta Alir
1
2
3
5
6
3a
4
7
8
14
PDG 183
1) Hantar cadangan anggaran hasil dan belanja (berdasarkan MBS) Jabatan
kepada urusetia.
2) Urusetia compile cadangan jabatan-jabatan dan menyediakan draf
belanjawan untuk dibentangkan di dalam sesi pembentangan belanjawan.
3) Pembentangan belanjawan oleh setiap ketua Jabatan
4) Pinda cadangan setelah pembentangan belanjawan
5) Urusetia compile pindaan cadangan selepas sesi pembentangan
belanjawan dan menyediakan draf belanjawan untuk dibentangkan di
dalam Mesyuarat Khas Belanjawan.
6) Pembentangan draf belanjawan di Mesyuarat Khas Belanjawan
7) Hantar kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan berdasarkan
Seksyen 55(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
8) Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan diwartakan seperti seksyen 55(5)
dan seksyen 55(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
15
PDG 183
2.0 KEPENTINGAN BELANJAWAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN
Seperti yang telah dibincangkan belanjawan
adalah merupakan satu alat dalam
pengurusan kewangan sesebuah PBT.Alat ini
berfungsi untuk mengawal 2 komponen
penting iaitu hasil dan belanja.2 komponen ini
saling perlu memerlukan dalam penyediaan belanjawan.Hasil adalah penting
bagi menampung operasi sesebuah PBT manakala belanja adalah penting
bagi PBT memberi perkhidmatan kepada pelangganya.Dalam penyediaan
belanjawan hasil akan menentukan teras dan strategi aktiviti dan program
dan seterusnya mencorakan belanja.Dalam erti kata lain hasil datang dahulu
barulah belanja.
Efisyen dan efektif sesebuah PBT bergantung kepada sejauh mana kawalan
Pegawai Pengawal terhadap 2 komponen tersebut.Sehubungan dengan itu
kepentingan belanjawan ini boleh dilihat daripada 2 sudut:-
Hasil dan;
Belanja
Hasil
Anggaran hasil yang munasabah berdasarkan situasi ekonomi dan
politik semasa adalah penting untuk merangka aktiviti dan program
tahunan sesebuah PBT.
Anggaran hasil ini merupakan siling bagi belanja yang akan
dikeluarkan untuk setiap program dan aktiviti tahunan PBT yang
dirangka.Dalam erti kata lain earned RM1,spend RM 1 iaiti nisbah 1:1.
Walaubagaimanapun PBT perlu mengurangkan pergantungan kepada
cukai taksiran.Pada dasarnya setiap kenaan cukai taksiran
memerlukan belanja dikeluarkan untuk perkhidmatan.
Membolehkan strategi jangka pendek dan jangka panjang dirangka
untuk kutipan tunggakan dan penerokaan hasil bukan cukai
16
PDG 183
baru.Contohnya kenaan sewaan tapak billboard bagi bagi tanah yang
diberikan Lesen Pendudukan Sementara kepada PBT.
Meningkatkan kesedaran disiplin kewangan PBT supaya tidak boros
kerana dapat mengetahui siling yang ada.
Sebagai alat pengurusan untuk membuat keputusan mengenai laporan
kutipan hasil.
Sebagai dokumen kawalan sumber.
Belanja
Kaedah MBS adalah penting bagi penyediaan cadangan belanja.Ini
adalah kerana konsep MBS mementingkan value for money bagi
menghasilkan output yang sama atau lebih dengan menggunakan
input yang lebih minimum.Ia juga mengambil kira impak faedah
kepada pelanggan PBT.Ini dapat mengelakan PBT melakukan
pembaziran memandangkan PBT kini mengalami kekangan
kewangan.
Pengawalan belanja dengan menyeluruh melalui buku vot.Dengan
adanya sistem berkomputer urusan kawalan perbelanjaan dapat
menjadi lebih tepat,mudah dan teratur.Contohnya Pesanan Tempatan
tidak dapat dicetak sekiranya belanja melebihi peruntukan yang telah
diluluskan belanjawan ataupun tanggungan melebihi peruntukan.
Meningkatkan akauntabiliti kerana Pengurus Program
bertanggungjawab terhadap program yang dicadangkan dengan
mengambil kira varians yang telah dipersetujui
PBT dapat menilai keberkesanan program dengan indakator yang
boleh diukur dan seterusnya mencerminkan prestasi PBT.
Viremen dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan Pegawai
Pengawal diberi kuasa untuk kelulusan viremen.
17
PDG 183
PBT dapat merancang perbelanjaan mengikut keutamaan dan
kepentingan berdasarkan impak fedah yang dibawa.Contohnya
dengan pengurangan aduan awam yang diterima dengan keutamaan
diberikan kepada dasar Back To Basics.
PBT dapat melakukan penjimatan dengan
memansuhkan/mengganti/mengecilkan dasar sediaada yang tidak lagi
relevan.
3.0 PEMANTAUAN HASIL DAN BELANJA
Selepas sesuatu belanjawan diluluskan pemantauan secara
berkala hendaklah dibuat terhadap 2 komponen hasil dan
belanja ini.Pada kebiasanya di Majlis Perbandaran Sepang
pemantauan dibuat di dalam agenda-agenda mesyuarat ;-
Mesyuarat Mingguan Pengurusan Kanan
Mesyuarat Mingguan Pengurusan Hasil
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Anggaran Dan Kewangan dan seterusnya
diperakukan di Mesyuarat Penuh Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA)
seperti yang diarahkan Perbendaharaan Malaysia
Laporan peratus (%) kutipan hasil dan perbelanjaan akan dibentangkan di dalam
mesyuarat-mesyuarat ini dan seterusnya maklumbalas dapat diberikan
berhubung dengan isu dan masalahdan trend-trend semasa dan seterusnya
keputusan dapat dibuat supaya ia selaras dengan belanjawan yang telah
diluluskan.
18
PDG 183
Laporan audit dalaman juga memainkan peranan dalam memastikan pengurusan kewangan
berjalan dengan lancar.
4.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI PBT
PBT merupakan sebuah organisasi yang
berautomoni dan self financing dan amat
memerlukan hasil yang cukup bagi
menampung operasinya untuk memberikan
khidmat pada pelangganya.
Walaubagaimanapun PBT terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran getir
dalam melaksanakan amanahnya kepada pelanggan-pelangganya iaitu :-
Hasil meningkat perlahan berbanding kos.Contohnya kenaikan kos
perkhidmatan pelupusan sisa pepejal akibat kenaikan kos
pengangkutan kerana terpaksa menghantar ke tapak pelupusan yang
lebih jauh manakala hasil cukai taksiran tidak meningkat.
Kehendak dan aspirasi pelanggan yang lebih tinggi dengan
mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik.
Cabaran memberikan khidmat perbandaran yang berkualiti dengan
sumber yang terhad.
Mengutip tunggakan hasil daripada penunggak tegar.
Kekurangan sumber manusia dengan skop tugas yang semakin
bertambah.
Masalah ekonomi global yang menyebabkan keutamaan membayar
cukai menurun.
Meningkatkan kesedaran tanggungjawab melunaskan cukai taksiran
kepada pemegang harta.
Masalah perbandaran yang makin kompleks walaupun agensi lain
yang bertanggungjawab. Contohnya masalah projek terbengkalai dan
masalah Indah Water.
19
PDG 183
5.0 KESIMPULAN
Jelaslah belanjawan adalah alat yang memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan tahap
pengurusan kewangan PBT.Belanjawan berfungsi
sebagai alat pengurusan yang dapat digunakan untuk
merangka strategi jangka pendek dan panjang,dapat
menjadikan petunjuk prestasi/menilai impak faedah
kepada pelanggan serta dapat mengawal perbelanjaan.
Tahap pengurusan kewangan yang baik dapat
dicerminkan kepada prestasi PBT dalam memberikan
perkhidmatan kepada pelangganya.
Kawalan terhadap belanjawan yang telah diluluskan adalah sama penting seperti
penyediaan belanjawan itu sendiri. Pemantauan hendaklah dijalankan supaya
komponen hasil dan belanja adalah selaras dengan belanjawan yang telah
dipersetujui
Walaubagaimanapun situasi kini amatlah berbeza berbanding dengan dahulu. Ini
adalah kerana perbandaran yang berkembang pesat menyebabkan masalah
perbandaran lebih kompleks dan disamping itu juga para pelanggan PBT
meletak kehendak yang lebih tinggi kepada PBT.
20
PDG 183
6.0 LAMPIRAN-LAMPIRAN
21
top related