bidalan

Post on 30-Jul-2015

93 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Bidalan merupakan ungkapan yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang telah melekat di mulut orang digunakan sebagai bandingan dan teladan.

1. BIAR BERKELAHI DAHULU, JANGAN BERKELAHI KEMUDIAN.ERTINYA: BERFIKIR BAIK-BAIK SUPAYA TIDAK MENYESAL.

Contoh: “Amirol kalau hendak berhenti sekolah biar berkelahi dahulu, jangan berkelahi kemudian,”nasihat ayahnya.

2. Biar mati anak, jangan mati adat.Ertinya: Adat resam harus dipertahankan dan tidak boleh dilanggar.Contoh: Hakim mahkamah itu telah menjatuhkan hukuman mati ke atas anaknya yang melakukan kesalahan jenayah yang berat. Beliau mempertahankan prinsip Biar mati anak, jangan mati adat.

3. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.Ertinya: Lelaki atau perempuan bukan seorang sahaja di dunia ini.

Contoh: Hazira sedar bahawa bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor tetapi dia tetap terkilan kerana dia terpaksa berpisah dengan buah hatinya itu.

4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum berbuat.Ertinya: Berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Contohnya: “Kamu tidak harus melakukan sesuatu dengan terburu-buru apatah lagi yang melibatkan masa depan. Ingatlah bahawa kamu harus berfikir sebelum berkata, berunding sebelum berbuat,” nasihat Amin.

5. Adat periuk berkerak, adat lesung berbedak.Ertinya: Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.

Contohnya: Lina tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan kerana baginya adat periuk berkerak, adat lesung berbedak.

top related