bmk sajak'_1
Post on 02-Apr-2018
357 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
1/37
1
1.0 PENGENALAN
Puisi ialah bentuk pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan
yang penuh imaginatif dari seseorang penulis atau penyair. Menurut sasterawan
Negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan
fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan
kecantikan bahasa. Definisi lain bagi puisi dimana puisi berasal daripada bahasa
Latin dari kata poeta, yang ertinya membangun, menyebabkan, menimbulkan,
menyair bentuk karangan yang terikat atau tidak terikat oleh rima, ritma dan jumlah
baris ditandai oleh bahasa yang padat.
Shahnon Ahmad (dalam Pradopo, 1993:6) mengumpulkan definisi puisi yang
pada umumnya dikemukakan oleh para penyair Inggeris seperti pendapat Samuel
Taylor Coleridge, beliau mengatakan puisi itu adalah kata-kata yang terindah dalam
susunan terindah. Penyair memilih kata-kata yang setepatnya dan disusun secara
sebaik-baiknya, misalnya seimbang, simetris, dan hubungan antara satu unsur
dengan unsur lain adalah sangat erat.
Selain itu, Carlyle pula mengatakan bahawa puisi merupakan pemikiran yang
bersifat muzikal. Penyair menciptakan puisi itu memikirkan bunyi-bunyi yang merduseperti muzik dalam puisinya, kata-kata disusun begitu rupa hingga yang menonjol
adalah rangkaian bunyinya yang merdu seperti muzik, iaitu dengan mempergunakan
orkestra bunyi. Dunton pula berpendapat bahawa sebenarnya puisi itu merupakan
pemikiran manusia secara konkrit dan artistik dalam bahasa emosional serta
berirama. Misalnya, dengan kiasan, dengan citra-citra, dan disusun secara artistik
(misalnya selaras, simetris, pemilihan kata-katanya tepat, dan sebagainya), dan
bahasanya penuh perasaan, serta berirama seperti muzik (pergantian bunyi kata-
katanya berturut-turut secara teratur).
Penyair Melayu juga mempunyai pendapat mereka sendiri tentang definisi
puisi seperti Mohd Taib Osman (1975) dalam Warisan Puisi Melayu menyatakan
bahawa puisi Melayu tradisional merupakan pancaran masyarakat Melayu lama
yang mempunyai maksud yang begitu mendalam walaupun penggunaan kata dan
perbendaharaannya agak terhad dan sering kali dianggap beku.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
2/37
2
Alwi Salim (1983) dalam Puisi Melayu menganggap dunia puisi Melayu
penuh dengan fantasi dan misteri. Ia merangkumi ke semua aspek kehidupan
masyarakat Melayu termasuklah adat istiadat, perundingan, perdukunan, hiburan
dan gurau senda. Pada masa yang sama, beliau turut mengaitkan puisi dengan
perkembangan dan liku-liku sejarah peradaban masayarakat.
Merujuk kepada definisi-definisi di atas memang terdapat perbezaan
pemikiran, namun tetap terdapat persamaan dari segi maksudnya. Sebagai contoh,
Shahnon Ahmad (dalam Pradopo, 1993:7) menyimpulkan bahawa pengertian puisi
di atas terdapat garis-garis besar tentang puisi itu sebenarnya. Unsur-unsur itu
berupa emosi, imaginasi, pemikiran, idea, nada, irama, kesan pancaindera, susunan
kata, kata kiasan, kepadatan, dan perasaan yang bercampur-baur. Puisi juga
terbahagi kepada puisi tradisional dan puisi moden. Puisi tradisional termasuklah
pantun, syair, gurindam, seloka manakala puisi moden pula adalah sajak.
Puisi mempunyai peranannya sendiri kepada masyarakat Melayu, antara
peranan puisi dalam masyarakat Melayu ialah sebagai saluran untuk menyampaikan
nasihat dan pengajaran. Di mana nasihat dan pengajaran itu wujud dalam pelbagai
bentuk puisi seperti pantun, syair, seloka, peribahasa berirama, nazam, talibun dan
teromba. Unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang diselitkan dalam puisi itu
biasanya bersifat lembut demi untuk menjaga hati individu dan pada masa yang
sama memberi kesedaran serta mendatangkan kesan yang mendalam kepada
masyarakat.
Selain itu, puisi berperanan sebagai alat komunikasi bagi masyarakat Melayu
dan ia ketara dalam kalangan rakyat jelata yang lebih cenderung kepada tradisi
lisan. Mereka sering menggunakan pantun sebagai puisi yang diungkap untuk
mengindahkan lagi ucapan secara berseloroh hinggalah majlis-majlis yang lebih
formal seperti pertunangan dan perkahwinan. Ia dapat dilihat dalam pantun orang
muda yang sering dikaitkan dengan pantun berkenalan dan pantun berkasih-
kasihan. Ia berfungsi sebagai wadah dalam memulakan bicara bagi mengenali
seseorang atau untuk menyatakan perasaan yang terpendam.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
3/37
3
Peranan lain puisi dalam masyarakat Melayu adalah untuk mempertahankan
sistem nilai masyarakat Melayu. Kepelbagaian adat yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu dapat menampilkan satu sistem nilai yang dapat membentuk
identiti mereka. Menyedari hakikat ini, warisan puisi memainkan peranan penting
dalam melahirkan serta memperkukuhkan sistem nilai masyarakat melayu
tradisional. Ia dapat dilihat menerusi karya-karya puisi yang dicipta dan bertemakan
adat dan etika serta aspek budi dan bahasa.
Justeru itu, warisan puisi dilihat memainkan peranan yang penting dengan
sentiasa mengingatkan generasi muda untuk mengamal nilai dan norma hidup yang
telah dibentuk oleh masyarakat tradisional dalam usaha membentuk jati diri yang
utuh. Ia jelas dalam peribahasa yang berbunyi orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa. Oleh yang demikian jelaslah bahawa puisi mempunyai
peranan yang sangat penting kepada masyarakat Melayu sebagai wacana untuk
menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk yang berangkap dan berlagu mengikut
jenis puisi.
2.0 DEFINISI SAJAK
Sajak berasal daripada perkataan Arab saj yang bermaksud karangan puisi. Sajak
tergolong dalam puisi moden. Puisi Melayu moden ini berbentuk bebas dan tidak
terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan
sebagainya. Menurut H.B. Jassin, "sajak adalah pengucapan dengan perasaan yang
di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan". Maksudnya, sajak adalah suara
hati penyairnya. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan
mainan kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran
yang dapat menjadi renungan masyarakat. Kata Muhammad Haji Salleh pula, "sajak
adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan
penyair dan tradisinya". Ini menjelaskan bahawa bahasa sajak itu indah dan merdu
(apabila dideklamasikan). Seperti H.B. Jassin, Muhammad Haji Salleh tetap
mempertahankan bahawa sajak yang baik adalah sajak yang indah bahasanya dan
dapat memancarkan kebijaksanaan (tidak kosong atau bombastik).
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
4/37
4
3.0 PENDAPAT PENGKAJI BAHASA
Banyak pendapat pengkaji bahasa tentang sajak dalam puisi moden yang
memberi gambaran tentang keindahan dalam bahasa melayu. Antaranya ialah
pendapat Baha Zain menegaskan bahawa "sajak tidak berbicara segalanya dan
tidak kepada semua". Maknanya, penyair (sebagai manusia yang sensitif) hanya
akan menangkap sebahagian daripada fragmen kehidupan manusia ke atas kertas
(menjadi sajak). Sajak pula tentunya tidak diminati semua orang atau lebih tepat lagi
tidak difahami semua orang. Inilah yang dimaksudkan oleh Baha Zain dengan
ungkapan sajak ditulis (dicipta) tidak kepada semua (orang). Malah, apabila kita
mentafsir sesebuah sajak, kita mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk mentafsir
sajak itu mengikut kefahaman kita sendiri (asalkan ada logik sasteranya). Ini sesuai
pula dengan sifat bahasa sajak itu sendiri yang konotatif dan ambiguiti.
Selain itu Samuel Taylor Coleridge beranggapan "Kata-kata terbaik dalam
susunan yang terbaik" merupakan definisi sajak yang cukup popular. Proses penting
dalam penciptaan sajak adalah diksi (pemilihan kata). Daripada sejumlah kata yang
banyak (kaya) itu, penyair hanya memilih yang terbaik (yang paling tepat dan cantik
untuk mewakili perasaannya).
Misalnya seorang penyair harus memilih sama ada untuk menggunakan
perkataan angin, bayu, ribut, atau taufan. Konsep waktu dapat dipadankan dengan
sejumlah kata lain seperti musim, ketika, detik, masa, tahun, dekad, kurun, abad,
dan sebagainya. Penyair juga memilih sama ada hendak menggunakan perkataan
nelayan atau warga laut, atau samudera atau segara. Inilah kekayaan bahasa yang
perlu dijaring dengan teliti oleh penyair. Kata yang terbaik (terpilih) itu tidak akan
berfungsi sekiranya tidak disusun dengan baik pula. Di sinilah letaknya taraf
kepenyairan seseorang penulis. Susunan terbaik inilah sebenarnya yang melahirkan
keindahan pada bahasa sajak itu.
Kesimpulannya H.B. Jassin, Muhammad Haji Salleh, Baha Zain dan Samuel
Taylor Coleridge mempunyai sikap yang sama dalam menanggapi makna sajak.
Mereka tetap mempertahankan bahawa sajak yang baik ialah sajak yang indah
bahasanya dan sarat pula pemikirannya (falsafahnya).
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
5/37
5
4.0 BENTUK SAJAK
Sajak ialah hasil kreatif berangkap moden yang dapat dilihat bentuknya.
Panjangnya kira-kira satu muka surat dengan pecahan-pecahan baris dan bait yang
tersusun. Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan lihat dari kaca mata
luaran atau fizikalnya sebelum jauh menyelami kandungan sajak itu. Bentuk
merangkumi jumlah rangkap, baris dan nama baris dalam setiap rangkap sajak,
jumlah sukukata, rima dan bentuk sama ada bebas atau terikat.
Sajak Bebas
Terikat
Rima
Suku Kata
Baris
Rangkap
BENTUKBENTUKSAJAK
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
6/37
6
4.1 Rangkap
Ada beberapa istilah lain yang digunakan selain daripada rangkap. Rangkap
disebut juga sebagai bait dan stanza. Sesebuah sajak boleh mempunyai rangkap
paling minimum satu rangkap dan boleh mencapai rangkap yang banyak terpulang
kepada kreativiti penulis. Contohnya sajak Pusara karya Surra ada tiga (3) rangkap.
Lihat contoh sajak Pusara karya Surra seperti berikut:-
Di kaca jernih
seorang tua bertafakur
atas tikar di sisi batu nisan yang reput
dedaun bertaburan menutup lantai tanah
Anak-anak turut menatapi Yasin
jejarinya rancak mengutip dedaun
tanah kering disimbah air
bunga-bunga segar bertaburan di atasnya
semua bersalaman bertemu tapak tangan
Pusara yang gelap diterangi bulan
perginya menghadap Ilahi
dengan reda keluarga melepaskannya
pusara kian using tak sedetik hilang dari
ingatan
kunjungan tak pernah berhenti
walau hujan menenggelami bumi
4.2 BARIS
Kita memahami bentuk sajak daripada baris-baris dalam sesuatu rangkap. Kita
dapat mengenalpasti jumlah baris dalam rangkap-rangkap yang ditulis. Baris-baris
itu memperlihatkan bentuk sebenar sajak.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
7/37
7
Jumlah baris dalam rangkap-rangkap boleh berbeza dalam sesebuah sajak. Baris
dalam sajak terbahagi kepada tiga iaitu:
4.2.1 Monoton
Iaitu satu baris serangkap. Contohnya dalam sajak Ramadan karya Effy,
iaitu:-
Rangkap 7
Alhamdullilah
4.2.2 Distikon
Iaitu bentuk sajak yang mengandungi dua baris dalam satu rangkap.
Contohnya dalam sajakAzamku karya Lelawati Binti Yusof, iaitu:-
Rangkap 2
Bangun! Bangun! Bangunlah segera
ingat pesan bonda.
4.2.3 Terzina
Iaitu merujuk kepada sajak yang mengandungi tiga baris serangkap.
Contohnya dalam sajak Bapakkarya Buhari, iaitu:-
Rangkap 5
Semoga kau beroleh ketenangan
menjadi insan kesayangan
Tuhan Yang Maha Esa
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
8/37
8
4.2.4 Quatrain
Iaitu sajak yang mengandungi empat baris dalam satu rangkap.
Contohnya dalam sajak Rintihan Sepikarya AZ, iaitu:-
Rangkap 3
Kuhembuskan nafasku
untuk menenangkan fikiran
untuk meredakan tangisan
berlalu dalam kesepian
4.2.5 Quint
Iaitu sajak yang mengandungi lima baris bagi setiap rangkap.
Contohnya dalam sajak Alhamdulillah karya Masra, iaitu:-
Jikalah alif itu syahadatku
Lam itu sembahyangku
Haa itu puasaku
Mim itu zakatku
Dall itu hajiku.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
9/37
9
4.2.6 Sekstet
Iaitu sajak yang mengandungi enam baris bagi setiap rangkap.
Contohnya dalam sajakAkan Kau Ampunkan Dosaku? karya Masra,
Rangkap 2
Alhamdulillah
andainya sudah sampailah seru-Mu
seperti suratan takdir yang ditentukan
di situ tiada lagi soal jawab
di situ tiada lagi tawar-menawar
melainkan reda.
4.3 SUKU KATA
Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, kajian juga perlu dibuat pada
jumlah sukukatanya. Ini dikaitkan dengan jumlah sukukata yang terdapat pada
pantun dan syair. Dalam pantun dan syair terdapat lapan hingga dua belas
sukukata. Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah sukukata tetapi ada juga
terpengaruh dengan jumlah sukukata pantun dan syair. Jumlah sukukata juga dilihat
pada jumlah sukukata yang paling panjang dan pendek. Contohnya dapat dilihat
dalam sajak Suratkarya Lelawati Binti Yusof, iaitu:-
Da/lam ku ber/sa/jak 6 sukukata.
a/ku me/nya/pu wa/jah i/bu/ku 10 sukukata.
ki/ni da/ku per/gi ja/uh 8 sukukata.
ke/ra/na me/nun/tut il/mu yang a/da 11 sukukata.
di ga/ri/san la/ut yang me/man/car 10 sukukata.
i/tu/lah ga/ri/san ha/ti/ku jua 10 sukukata.
ke/ra/na ha/ti/ku me/nge/nang i/bu yang ja/uh. 14 sukukata.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
10/37
10
Be/ta/pa si/al/nya ha/ti/ku - 9 sukukata.
ha/nya sa/jak yang ku/tu/lis i/ni 10 sukukata
em/pat su/rat ker/tas bi/ru 8 sukukata.
te/ri/ma/lah su/rat/ku i/ni 9 sukukata.
da/ri a/nak/mu wa/hai i/bu 9 sukukata.
ki/ni a/pa da/ya ku a/ku ja/uh 11 sukukata.
ja/uh di se/be/rang la/ut/an 9 sukukata.
ha/nya ku/i/ring/i de/ngan do/a a/gar i/bu 14 sukukata.
ba/ha/gi/a se/la/lu. -7 sukukata.
Jumlah sukukata yang paling panjang ialah empat belas (14) sukukata yang
terdapat pada rangkap 1 baris 7 (Ke/ra/na ha/ti/ku me/nge/nang i/bu yang ja/uh) dan
rangkap 2 baris 8 (Ha/nya ku/i/ring/i de/ngan do/a a/gar i/bu). Manakala jumlah
sukukata yang paling pendek ialah enam (6) sukukata yang terdapat pada rangkap 1
baris 1 (Da/lam ku ber/sa/jak).
4.4 RIMA
Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau
bertentangan yang terdapat pada baris-baris sajak atau puisi bagi rangkap atau bait-
bait tertentu.
4.4.1 Rima Awal
Rima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi lama atau
moden. Rima ini bersamaan dengan istilah ANAFORA.
Contoh :
Jika engkau angin duka
Jika engkau merpati putih
Jika engkau laut terbuka
Jika engkau awan-gemawan berarak mesra
Jika engkau kali mengalir beriring ke kuala
Jika engkau bunga mentari di taman indah
Di luar diri engkau adalah musuh
Mimpi jahat anak manusia
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
11/37
11
4.4.2 Rima akhir atau hujung
Rima akhir ialah hujung baris setiap rangkap itu mempunyai bunyi
yang sama atau tidak. Lihat contoh di bawah yang dipetik dari sajak
Mengenangmu Dalam Kerinduan karya Sabaruddin SD, antara rangkapnya
ialah:-
Resah lamunanku a.
memapah kerinduan b.
mengubati kelukaan b.
yang amat berat di hati ini c.
kisah aku dan dirinyad.
cinta insan dua dunia. d.
4.5 BENTUK TERIKAT ATAU BEBAS
Terikat merujuk kepada sajak yang terpengaruh dengan ciri-ciri yang ada pada
puisi lama iaitu pantun dan syair dari segi rima, baris, sukukata dan sebagainya.
4.5.1 Terikat Kepada Pantun
Terikat kepada pantun dikatakan sajak yang dipengaruhi oleh semua
atau sebahagian daripada ciri-ciri yang terdapat dalam pantun. Dalam pantun
terdapat empat baris serangkap dengan rima akhir a/b/a/b. Ia juga disebut
pantun empat kerat dan pantun enam baris disebut pantun enam kerat
dengan rima akhir a/b/c/a/b/c.
Setiap baris pantun mengandungi kira-kira empat hingga dua belas
sukukata. Contohnya dapat dilihat dalam sajak Senja Di Desa karya Masman,
antara rangkapnya, iaitu:-
Wajah senja berkilau-kilauan a.
sungai Jengal beralun tenang b.
lumba-berlumba bergalah sampan a.
riang petani berdayung pulang b.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
12/37
12
4.5.2 Terikat Kepada Syair
Merujuk kepada sajak yang dipengaruhi sebahagian atau sepenuhnya
ciri-ciri syair. Syair juga mengandungi empat baris setiap rangkap dengan
rima akhirnya sama iaitu a/a/a/a.
Setiap baris mengandungi empat hingga dua belas sukukata. Lihat
contoh yang dipetik iaitu sajak Bersujudkarya Surra, antara rangkapnya:-
Sejadah itu milik ku a.
Sejadah itu teman ku a.
Sejadah itu saksi ku a.
Sejadah itu pengubat rindu ku a.
4.5.3 Bebas
Merujuk kepada sajak yang berbentuk bebas iaitu bentuk ini tidak terikat
dengan puisi lama seperti pantun dan syair. Contohnya dalam sajak Ibuku
karya Effy, antara rangkapnya:-
Pengorbanan ibu bermula sejak awal lagi a.
sejak kelahiranku b.
hidup Ibu setiap malam c.
menjagaku tanpa penat lelah d.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
13/37
13
5.0 CIRI-CIRI SAJAK
5.1 TEMA
Tema dalam sesebuah puisi adalah pokok persoalan yang menjadi teras atau
hal sesebuah sajak yang dibincangkan iaitu mesej utama yang hendak disampaikan
untuk menjadi pegangan atau teladan hidup pembacanya. Setiap pembaca akan
dapat merumuskan tema sajak yang dinikmatinya berpandu kepada keseluruhan isi
sajak itu.
Ciri-cirisajak
gayabahasa
nada
bentuk
unsur bunyi
pengajaran
tema/persoalan
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
14/37
14
Dan tidak hairan, andainya terdapat tafsiran-tafsiran yang berbeza antara
seorang pembaca dengan pembaca yang lain. Ada beberapa cara untuk mengetahui
apakah temanya sesebuah sajak yang dibaca atau dikaji itu, antaranya:
a. Dapatkanlah apa yang dikemukakan oleh penyair menerusi sajaknya itu.
b. Tema memang rapat sekali hubungannya dengan tujuan atau aspirasi
penyair, kerana pada setiap penyair apabila ia menghasilkan sajaknya,
tentulah tersimpan di dalam hatinya tujuan-tujuan penciptaan sajaknya itu. Ia
tidak hanya menulis kosong tanpa tujuan tertentu. Ada motif dan sikap
penyair yang terselit di dalam karya itu. Tujuan dan sikap penyair itu
sebenarnya mempengaruhi tema terutamanya dalam sudut pemilihan tema itu
sendiri. Tegasnya, kajian tentang motif dan sikap penyairnya juga dapat
membantu pemikirnya yang tersirat di dalam sesebuah sajak itu.
c. Cara si penyair menggubah sajaknya dari awal rangkap ke akhir rangkap
boleh menentukan pencarian tema di dalam sesebuah sajak itu.
d. Sesebuah sajak tercipta melalui beberapa pemilihan kata atau diksi bagi
tujuan memperjelas sifat dan kepentingan sesebuah tema. Dari itu, para
pelajar perlulah memberikan beberapa tumpuan tertentu terhadap diksi-diksi
itu.
e. Pada tajuk juga kadang-kadang boleh menyerlahkan tema sajak itu.
5.2 PERSOALAN
Bagi seseorang penyair, sebelum ia menciptakan sajak-sajaknya, ada
sesuatu yang difikirkannya yang dikirakan mengusik hati nuraninya. Sama ada apa
yang dilihatnya ketika itu, telah lalu dan akan datang, tentang masalah yang
dikiranya perlu dikongsi bersama-sama dengan pembaca atau penikmat sajaknya
itu, supaya bertindak sesuatu demi membuat sesuatu peleraian. Tanpa persoalan
yang khusus, tidak mungkin sesebuah sajak itu akan diciptakan oleh penyairnya.
Maksud lain bagi persoalan ialah perkara sampingan yang hendak disampaikan
dalam sesebuah sajak. Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasihsayang, kemarahan, atau kekecewaan.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
15/37
15
Sesebuah sajak mungkin mempunyai satu atau beberapa persoalan yang
diketengahkan oleh penulisnya.Biasanya satu rangkap mengandungi satu
persoalan. Jika sajak itu mempunyai lima rangkap,tidak mustahil ia mengandungi
lima persoalan. Dan kadang-kala terdapat persoalan yang sama berulang. Untuk
mendapatkan persoalan, kita perlu memberikan maksud keseluruhan sajak dari
rangkap ke rangkap.
5.3 GAYA BAHASA
Keindahan dan puitisnya sesebuah sajak terpancar pada pemilihan kata-kata
(diksi). Aspek bahasa bagi sesebuah sajak sebenarnya bukanlah semudah yangselalu dilakukan oleh semua orang. Gaya bahasa tersebut termasuklah gaya
pengulangan (repitasi) yang meliputi asonansi, aliterasi, anafora dan epifora. Gaya
bahasa perbandingan pula merangkumi simile, hiperbola, metafora, dan eufemisme.
Selainnya merupakan kata-kata simbolik, singkatan, personafikasi, paradoks, asing
dan sebagainya.
5.3.1 Asonansi
Ia juga di sebut sebagai runtun vokal. Ia merupakan pengulangan
bunyi atau huruf vokal ( a,e,i,o,u ) dalam sesuatu baris sajak sebanyak dua
kali atau lebih secara berterusan. Pengulangan vokal yang sama dalam satu-
satu baris sajak hingga beberapa kali meninggalkan kesan yang indah.
Misalnya dalam sajak Pak Tua iaitu hasil karya A.Rahim Hamid (Antologi
Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 1 baris 6 :Pak tua
Wajahmu telah
menghilang
Di titian musim yang
panjang
Pada waktu yang
menyepi begini
Wajahmu yang tua
Terbayang di
persadaian masih
Pada perahumu yang
hampir reputDi sana rindukan
terpaut
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
16/37
16
5.3.2 Aliterasi
Ia juga dikenali sebagai perwakanti dan rumpun kosanan. Selain itu,
aliterasi merupakan pengulangan bunyi dan huruf konsonan dalam satu baris
sajak sebanyak dua kali atau lebih. Misalnya dalam sajak Daun iaitu hasil
karya Aminah Haji Momin (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 1
baris 3 :-
5.3.3 Anafora
Anafora adalah pengulangan kata-kata pada pada setiap awal baris
dalam satu-satu rangkap sajak khususnya secara berikutan. Misalnya dalam
sajak Menara Gading hasil karya Adi Dharma (Antologi Sajak Cermin Diri)
dalam rangkap 2 :-
5.3.4 Epifora
Ia merupakan pengulangan perkataan atau frasa di hujung baris dalam
satu rangkap sajak secara berturutan sebanyak dua kali atau lebih. Misalnya
dalam sajak Sulunghasil karya Adi Dharma dalam rangkap 3 :-
Daunmu
Hijaumu menyegarkan
Kuningmu kemusnahan
La umu kehancuran
Tiada teman
Tiada idaman
Tiada pedoman
Bukan dagang merempat
Tapi bertempat
Kesulunganmu
Jadi pemimpin adik-
adikmu
Yang kehausan ilmu
Dengan aliran baratnya
Kay tetap berdiri
dengan aliranmu
Ketimuran yang tulen
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
17/37
17
5.3.5 Simile
Simile membawa maksud sebagai tamsil atau kiasan yang
memprlihatkan perbandingan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang
sama. Panduan yang mudah mengenai simile dalam sesuatu baris sajak
apabila wujudnya perkataan bagai, sebagai, serupa, sama, laksana, macam,
semacam, seperti, umpama, bak, ibarat dan sebagainya bagi menyambung
hubungan persamaan antara dua objek tersebut. Misalnya dalam sajak
Tentang Cinta hasil karya Adi Kelana (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam
rangkap 2 :-
5.3.6 Metafora
Metafora merupakan kiasan bagaimana frasa di atur dengan hasrat
memberi makna satu perkara lain. Ia semacam penggunaan simbol tetapi
kedudukan simbol dalam sesebuah sajak adalah lebih menunjukkan
penampilan satu objek dan keadaan yang lebih luas memberi makna yanglain juga. Misalnya dalam sajak Orang Tua Dengan Hujan hasil karya Adi
Kelana (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap rangkap 5 baris 3 :-
5.3.7 Personafikasi
Personafikasi juga dinamakan sebagai pengorangan dalam istilah
sastera. Ia bermaksud memberi kiasan kepada sifat-sifat manusia sama ada
dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk kepada objek-objek
mati atau kepada binatang, idea banda-benda abstrak.
Bagaikan bangau-bangau
Mencintai
Sungai kerana ikannya
Seorang tua
Yang kini
Setengah mati
Kedinginan
Meneruskan jalannya
Dalam hujan abadi
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
18/37
18
Misalnya dalam sajak Tentera Pulang Dari Medan Perang hasil karya
A.S. Isma (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 1 :-
5.3.8 Paradoks
Paradoks merupakan frasa dalam baris-baris asajk yang
menggambarkan ciri-ciri berlawanan khususnya dari segi maksud. Ia juga
terdapat unsur pertentangan dari aspek keadaan atau situasi. Perlawanan
dari segi maksud biasa wujud daripada dua patah perkataan yang sengaja
dipilih dalam satu baris sajak seperti malam siang, desa kota, ibu bapa, rebah
bangun dan sebagainya. Sebagai contoh dalam sajak Ayahku hasil karya
Abdullah Idris (Antologi Sajak Cermin Diri) dalam rangkap 3 :-
5.3.9 Simbolik
Simbol biasanya merujuk kepada kata-kata yang dipilih memberi erti
sebaliknya dan lambang. Simbol yang biasa atau universal amat mudah
difahami berbanding degan simbol yang dinamik atau yang sengaja di cipta
baharu oleh penyajak. Sebagai contoh dalam sajak Di Pasir Pantai hasil
karya Bergelimpangan hasil karya Firdaus H.N (Antologi Sajak Cermin Diri)
dalam rangkap 2 :-
Derap sepatu tentera
Pulang dari medan perang
Kini waktu tua telah datang menyendiri
Dengan nadi dan sendi yang lesu ini
Selama perjalanan bertahun-tahun
Jerih payah yang dilalui
Siang membebani
Dan malam menuntuti
Sang suria kian benderang
Manusia, kenderaan lalu-lalang
Tiada hiraukannya
Mereka masih dengkur selesa
Beralasakan kertas suratkhabar cuma
Betis yang telanjang, melidi
Sehelai sepinggang yang sudah usang
Perutnya kempis
Kutang bajunya entah di mana
Persis bangkai bernyawa.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
19/37
19
5.4 NADA
Nada kuat hubungannya dengan sesuatu mesej yang ingin disampaikan
dalam sajak. Ia dikaitkan dengan sikap atau semangat penyajak ketika
mengungkapkan isi dalam sajaknya. Antara nada yang terdapat dalam sajak ialah:-
5.4.1 Protes
Protes merupakan satu nada yang keras terdapat dalam isi sajak dan
menampilkan penentangan terhadap sesuatu yang berlaku sama ada secara
terang atau berselindung. Ia memperlihatkan bagaimana ungkapan-ungkapan
yang tidak bersetuju dengan sesuatu peristiwa yang berlaku sama ada yang
terdapat dalam diri, pengalaman atau pemerhatian penyajak. Contoh dapatdilihat dalam sajak Keranda 152karya Usman Awang, iaitu:-
Panas dadaku membakar baju
kita arak keranda 152
ke tanah perkuburan parlimen
Sepuluh tahun nafas ini terhenti
hari ini jangan lagi menyanyi
sebentar lagi malam akan tiba
tiap pintu dan jendela sudah dijaga
bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak melayu
namamu telah diseru
jawablah sebelum lidah jadi bisu.
5.4.2 Kecewa dan Hampa
Nada kecewa biasanya terdapat dalam sajak-sajak yang
memperlihatkan perasaan putus asa, hilang harapan, kehilangan seseorang
atau gagal dalam mencapai cita-cita.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
20/37
20
Contohnya dapat dilihat dalam sajak Melirik Mimpikarya Masni HA, iaitu:-
Sejenak fikiranku terganggu
hadirmu tidak kuharapkan
sekuntum senyuman tidak kuendahkan
sebagai ruang kepiluan
dari kejauhan aku kelukaan
tiada daya untuk menembus kembali
saat-saat yang memilukan
Dari sajak di atas jelas memperlihatkan nada kecewa kerana
kehilangan orang yang disayangi. Dia menunggu orang yang disayanginya
tetapi hampa kerana orang yang ditunggu tidak juga muncul sehingga dia
putus harapan kepada orang yang disayanginya.
5.4.3 Semangat dan Harapan
Sajak yang bersemangat merupakan sajak yang menggambarkan cita-
cita yang kuat untuk mempertahankan fenomena atau situasi sosial yangberlaku. Contoh dapat dilihat dalam sajak Demi Cita karya Norhidayah bt
Adnan, iaitu:-
Berjalan di lorong gelap pekat
Tiada sedikit walau cahaya bulan
Tiada kerdipan walau sebutir bintang
Demi malam yang menanti tirai siang
Aku tetap melangkah walau terpaksa merangkak
Lorong itu sempit bukan kepalang
Kanan kiri penuh ranjau dan duri
Derap tapak ku pedih ngilu
Hingga terkadang aku tersungkur
Rebah menahan kesakitan
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
21/37
21
Demi cita seteguh gunung
Demi harapan melangit tinggi
Biarlah sakit merobek upaya
Biarlah rebah walau seribu kali
Tidak sekali aku menyembah
pada erti sebuah putus asa
tidak sekali aku menyerah sebelum berjuang
kerna aku pasti kejayaan akan termilik
kemenangan akan terjulang
itu janji sang Pencipta pada insan
yang mengerah daya tanpa alpa kepadaNYA.
5.4.4 Simpati
Sajak yang bernada simpati ialah sikap penyajak dan seolah-olah
mengajak pembaca sama-sama prihatin terhadap kejadian menimpa orang
lain seperti hal kemiskinan, putus asa, hal yang menyedihkan, melarat dan
sebagainya. contohnya dapat dilihat dalam sajak Fakirkarya Norhidayah btAdnan, iaitu:-
Di anjung yang kian mereput
Berdiri seorang fakir tua
Pada kulitnya yang berkedut seribu
Merenung menembusi sang anai-anai
yang rakus meratah kayu usang
Fakir tua itu masih di situ
Masih menghitung sisa usia
Meredah zaman berganti zaman
Masih jua berteman fakir tak berharta
Jelas penyesalan pada setiap garis kedutan
Jelas kesepian pada sirna mata itu
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
22/37
22
Harta baginya cumalah sebuah senyuman
Kekayaan baginya hanyalah gelak tawa
Semuanya hilang ditelan tsunami
Yang tinggal hanya kenangan
Yang ada hanya gambaran
Tinggallah si fakir tua yang miskin tak berharta.
5.4.5 Sinis
Sinis ialah sajak yang mengandungi nada yang berunsur sindiran
terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Ditujukan kepada sesuatu pihak dan
ini menggambarkan ketidapuasan hati penyajak teradap sesuatu itu. Contoh
dapat dilihat dalam sajak Orang Kita karya Surda, iaitu:-
Orang kita bila kaya
senang dan berkedudukan
merasa bangga akan dirinya
hingga lupa asal usulnya
hingga sekerat tanah dari bumi.
Orang kita bila miskin
susah dan tak punya apa-apa
merasa dirinya tak berguna
bernasib malang dan pembawa bala
tapi kekadang juga ia lupa
semua itu perit kehidupan
cubaan menguji keimanan
5.5 UNSUR BUNYI
Unsur bunyi memainkan peranan penting untuk memberi kesan dalam
keindahan sesebuah sajak. Dengan adanya unsure bunyi ini pendengar dapat
memahami maksud sesebuah sajak dan dapat mempengaruhi emosi pendengar.
Antara aspek-aspek dalam unsur bunyi adalah seperti asonansi, aliterasi dan rima.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
23/37
23
5.5.1 Asonansi
Asonansi dapat didefinisikan sebagai perulangan bunyi vokal yang
sama pada perkataan yang berturutan dalam baris-baris sajak. Pengulangan
bunyi vokal a,e,i,o,u ini berulang sekurang-kurangnya 3 kali dalam satu baris.
Contohnya,
Panas usah membakar dada ( 7 kali pengulangan vocal a )
5.5.2 Aliterasi
Perulangan bunyi konsonan yang sama pada perkataan yang
berturutan dalam baris-baris sajak. Perulangan ini sekurang-kurangnya tiga
kali dalam baris puisi atau sajak. Contohnya,
Setiap saat bersama selamanya. ( 4 kali pengulangan konsonan s )
5.5.3 Rima
Rima adalah pengulangan bunyi yang berselang, baik dalam larik sajak
mahu pun pada akhir larik sajak. Rima merupakan salah satu unsur penting
dalam puisi. Melalui rima inilah, keindahan suatu puisi tercipta. Rima tidak
selalu berada di akhir baris dalam satu bait. Rima juga dapat ditemukan
dalam satu baris. Rima terdiri daripada beberapa jenis iaitu:
5.5.3.1 Rima Akhir
Rima akhir adalah persamaan bunyi pada akhir baris. Rima
akhir ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
Rima Contoh
1. Rima silang ( a,b,a,b ) Angin pulang menyejuk bumi
Menepuk teluk menghempas emas
ari ke gunung memuncak sunyi
erayun-ayun di atas alas
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
24/37
24
2. Rima terus ( a,a,a,a ) Di lereng gunung lembah menghijau
Air terjun menghimbau-himbau
Meraih beta pelipur risau
Turut hasrat hendak menjangkau
3. Rima pasang ( a-a-b-b ) Indonesia tanah airku
tanah tumpah darahku
di sanalah aku digusur
dari tanah leluhur
4. Rima patah ( a-a-a-b/a-b-a-a/a-a-b-a ) Selalu kau teringat padaku?
Seperti aku tak pernah lupa padamu?
Tak sepatah keluar dari mulutmuTapi setitik air mata tercurah
5. Rima peluk ( a-b-b-a ) Di lengkung cahaya berhias bintang
Cahaya bulan di ombak menitik
Embun berdikit turun merintik
Engkau menantikan ikan datang
5.5.3.2 Rima Datar
Rima datar adalah persamaan bunyi pada tiap-tiap larik sajak.
Rima datar terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Rima Contoh
1. Rima asonansi-pengulangan bunyi
vokal
burung perkutut di ladang berumput
neba berkawan menelani kerikil
kami segan memasang pulut
memikat burung begitu mungil
2. Rima aliterasi -pengulangan bunyi
konsonan
Kaulah kandil kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
25/37
25
5.6 PENGAJARAN
Pengajaran merupakan antara unsur penting dalam penulisan sesebuah
sajak. Pengajaran ialah peringatan, pedoman, perutusan, amanat, dan mesej yang
ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca atau penonton.
Pengajaran juga adalah nasihat atau bimbingan yang boleh diambil dalam sesebuah
sajak. Pengajaran ini mestilah berkaitan dengan sesebuah sajak yang disampaikan.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat atau secara langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat
jawapan seperti Kita hendaklah, Kita seharusnya, manakala jika nilai negatif,
mulakan ayat dengan Kita jangan, Kita tidak boleh. Dalam menulis nilai pengajaran
ini haruslah diikuti dengan contoh dalam teks.
6.0 KOLEKSI SAJAK
6.1 Fakir
Di anjung yang kian mereput
Berdiri seorang fakir tua
Pada kulitnya yang berkedut seribu
Merenung menembusi sang anai-anai
yang rakus meratah kayu usang
Fakir tua itu masih di situ
Masih menghitung sisa usia
Meredah zaman berganti zaman
Masih jua berteman fakir tak berharta
Jelas penyesalan pada setiap garis kedutan
Jelas kesepian pada sirna mata itu
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
26/37
26
Harta baginya cumalah sebuah senyuman
Kekayaan baginya hanyalah gelak tawa
Semuanya hilang ditelan tsunami
Yang tinggal hanya kenangan
Yang ada hanya gambaran
Tinggallah si fakir tua yang miskin tak berharta.
6.2 Demi cita
berjalan di lorong gelap pekat
tiada sedikit walau cahaya bulan
tiada kerdipan walau sebutir bintang
demi malam yang menanti tirai siang
aku tetap melangkah walau terpaksa merangkak
lorong itu sempit bukan kepalang
kanan kiri penuh ranjau duri
derap tapak ku pedih ngilu
hingga terkadang aku tersungkur
rebah menahan kesakitan
demi cita seteguh gunung
demi harapan melangit tinggi
biarlah sakit merobek upaya
biarlah rebah walau seribu kali
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
27/37
27
tidak sekalu aku tersungkur pada erti
sebuah putus asa
tidak sekali aku menyerah sebelum berjuang
kerna aku PASTI kejayaan akan termilik
kemenangan akan terjulang
itulah janji sang Pencipta buat insan yang
menyerah daya tanpa Alpa kepadaNYA
6.3 Penyesalan
panas memerit kulit,
habuk berterbangan dalam buaian angin petang
bunyi bising suara kota memekik-mekik
menjadi lagu nyanyian saban hari
sesusok tubuh hitam berdaki tenang dalam khayalannya
cengkung ulas mata terperosok ke dalam
beralaskan sekeping kotak nipis
perut itu kempis
terlentang berbaring sambil mengayam mimpi
mimpi yang tak mungkin terrealiti
pada betis yang bertelanjang
jelas kudis yang membusuk
tubuh itu tak pernah hampa dan mengalah
untuk meneruskan sisa hidup di kota
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
28/37
28
jiwa itu lapar menagih sesuap belas kasih
sekadar menghilangkan rasa pedih
bersama beredarnya senja jingga
dia membawa lembaran baru
tertulis cacatan sebuah penyesalan
penyesalan seorang penagih.
6.4 Ayah
Ayah,
sayang mu bukan pada pengucapan...
kasih mu bukan pada keseriusan....
faham kami bahawa cinta mu tiada ukuran walau
dikira tiada bilangan...
Kau memberi pada perbuatan...Kau
mengasihi pada keihklasan.
Cintamu terang bersinar dalam ketegasan mendidik kami erti
kekuatan.
Jika nakal gelagat anak-anakmu...marah pasti mengundang egomu
namun apinya amarah itu tidak pernah membara mengatasi paras kemanusiaanmu..
Ayah,
ketegasan mu benteng hidup kami dari pancaroba kerakusan dunia
engkaulah hero, engkaulah wira
dengan segala kekuatan dan tenaga
melindungi zuriat mu seadanya kudratmu...
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
29/37
29
semoga engkau bahagia di dunia
dan beroleh keberkatan sepanjang melalui sisa-sisa usiamu..
doa kami mengiringi mu dengan harapan
mendapat restu darimu.
6.5 Ibu
Ibu
dalam selautan kasih....
tak kan ku terbalas walau setitik ikhlasmu
pada segunung rindumu tak mungkin terdaki walau sejengkal rindu ku
betapa utuh setia mu mendidik putera puteri mu
penat jerih hanya berbekal tulang empat kerat....
membantu ayah menyara kami sekalian anak-anak mu....
marah mu bukan kerana letih...teguran mu bukan kerana benci...
tanpa sangsi semua hanya kerana kasih sejati tidak berbelah bagi
Ibu
hanya Allah yang tahu betapa hati ini sayang pada mu....
kerana aku tahu sayang mu terlalu agung tak kan terjangkau oleh ku
Ibu
Dalam lelah mu mengendong sekeping hati
Menyusuri titian waktu berdetik 9 bulan 9 hari
Kau lemah, sakit mu bukan kepalang
Demi anak mu ibu, demi jasad itu,
Kau rela berjuang sebelum pulang
Mengalir air mata itu tidak sehebat mengalirnya darah mu
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
30/37
30
Namun ibu, kau masih mampu tersenyum
Senyum dalam pedih, perit dan ngilu
Kata mu biarlah sakit itu membunuh
Kerana tangisan anak mu kala itu
penawar segala-galanya
6.6 Aku milik Dia
Pekat dinihari semakin mendekat
Sepi itu menelan lagu unggas malam
Lena dikelopak sepasang mata,
Minda tidak terpadam,
Menikam-nikam persoalan
Yang makin menghimpit tanpa jawapan,
Dingin pagi kian mencengkam tulang belulang
Namun aku masih di situ
Berselimut persoalan
Milik siapa diriku?
Apakah aku milik Adam dan Hawa yang menanti dibilahan hari-hari
Apakah aku milik sekeping kertas yang dibakar
Untuk menikmati sebatang rokok
Jejaka suci indah rupanya
Secebis janggut menambah lagi tampannya
Apakah aku milik kekasih hati?
Dalam gelisah tanpa jawapan
Di sudut kamar berteman nion malap
Tiba-tiba hadir sebutir bintang nur cahaya
Pandangan ku menjadi terang
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
31/37
31
Jasad ku seolah terawang-awang
Sungguh!
Jawapan itu ada pada DIA
Maha suci sang Pencipta
Jasad ini milik tujuh kaki di bawah tanah
Dan temannya adalah ulat-ulat dan lahad
Dan sebenarnya aku milik Dia
Dia yang meniupkan roh itu
Dia yang menggerakkan yang kaku
Betapa aku kerdil
Dan benarlah aku Milik Dia
6.7 Suatu Malam
Pandanglah teman renungkan bersama
Manusia dinilai dari iman dan amalnya..
Minta petunjuk moga tak dipersia
Selagi pintu taubat masih terbuka
Isikan dada dengan ilmu agama....
Takkan merana dan rasa sengsara...
Kerana pasti kembali padaNya....
Kejauhan remang rembulan,
dedaun mengusik jendela,
mengapa lena tiada menyapaku,
sedang malam bertandang sudah,
dan embun menyiram tanah.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
32/37
32
haruman bunga segar mengharum,
di halaman kelawar berlegar,
mengapa bukan aku itu?
marilah malam,
temanilah sepiku,
saujana alamku terbentang
mengapa...........?
tiada yang sudi bertamu ,
halaman ku kosong terbiar,
dan haruskah aku bermusafir diri,
mencari dalam remang malam..........
6.8 Terima Kasih Sahabat
Kala badai menghentam..
Menghitamkan langit duniaku..
Udara yang kuhirup terasa sesak..
Kaki tak sanggup lagi menapak..
Namun hari ini..
Kau datang ucap doa tulus..
Senyum pemberi semangat..
Menghalau mendung yang menutupi mentari..
Warna-warninya menghiasi langit yang perlahan membiru..
Pagiku pun kembali berseri
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
33/37
33
Terima kasih Sahabat..
Kulihat lagi pelangi di ujung cakerawala..
Bersamamu ku yakin kan ku gapai nya..
6.9 TANAH PUSAKA
Masih Lagi Aku Ingat
Di Bawah Sinar Mentari Membahang
Ku Lihat Sesusuk Tubuh Membanting Tulang
Membajak Tanah
Untuk Mencari Nafkah
Buat Putera Puteri Tersayang
Masih Lagi Aku Ingat
Belantara Yang Dulunya Tebal Kini Menjadi Lapang
Teguh Hatinya Meneroka Rimba
Biar Lelah Dan Perih Jerih
Biar Kulitnya Dimamah Sinar Mentari
Namun Hatinya Tak Pernah Gentar
Doa Dan Tawakal Sentiasa Di Hati
Tiga Puluh Tahun Sudah Berlalu
Penat Lelahnya Kini Terbayar
Tersenyum Dia Hatinya Gembira
Putera Puterinya Sudah Berjaya
Hasil Usaha Petani Tua
Kini Waris Membangun Tanah Pusaka
Menyambung Impian Dan Harapan Petani Tua
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
34/37
34
6.10 SAHABAT
Sahabat,
Teringat Daku Akan Memori Lalu
Hadirmu Di Sisi Bagaikan Cahaya
Terangi Hidupku Di Kala Gelita
Hiburkan Hati Di Saat Gundah
Sahabat,
Teringat Daku Saat Pertama Kita Bertemu
Pabila Kau Hulurkan Salam
Ku Sambut Dengan Mesra
Sehari Kukenalimu Bagai Bertahun
Sahabat,
Nasihatmu Sungguh Bermakna Bagiku
Mengajarkan Aku Erti Kehidupan
Susah Payah Kita Hadapi Bersama
Itulah Asam Garam Dalam Kehidupan
Sinaran Matamu Kilauan Permata
Menyinar Menerangi Alam Sementar
Kau Kirimkan Bahagia
Namun Tak Ku Sangka
Semua Ini Sementara Saja
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
35/37
35
Sahabat
Kehadiranmu Membawa Makna
Tapi Mengapa Hanya Seketika
Haruskah Ku Meratapi Di Dalam Sepi
Aku Diusung Rindu
Ingatan Tulus Suci Kita Bersamamu
Sejahteralah Kau Di Sana
7.0 KESIMPULAN
Warisan puisi Melayu tradisional merupakan satu cabang utama dalam
kesusasteraan Melayu. Ia dikatakan lahir hasil daripada sistem rasa masyarakat
Melayu tradisional yang banyak menggunakan tradisi lisan dalam kehidupan
mereka. Penyusunan kata, pemilihan perkataan yang sesuai, tepat dan indah serta
penggunaan tema yang disesuaikan dengan situasi telah melahirkan warisan puisi
tradisional yang telah pun bertapak di negara kita sebelum kedatangan pengaruhIslam lagi.Fungsi puisi pelbagai dan sering dijadikan perantaraan antara interaksi
minda dengannaluri manusia pada sebelah pihak dengan interaksi antara minda dan
alam semesta ciptaanTuhan. Malahan ada yang beranggapan puisi itu bertujuan
untuk membersihkan kerohanian kita melalui rasa simpati atau keinsafan. Manakala
puisi yang bersifat humor pula dikatakanuntuk membetulkan manusia ke arah jalan
yang lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua bersetuju puisi itu
bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran agar manusiasedar tentang hidup yang
kompleks dan hubang kait antara manusia dengan alam dan penciptaanNya.Dalam
membincangkan kesinambungan puisi dalam masyarakat kini ia dilihat masihterus
berkembang tetapi ruang lingkupan semakin terhad. Budaya ini hanya dapat dilihat
dimajlis-majlis tertentu sahaja dan hanya dipraktikkan oleh segelintir masyarakat.
Selain itu,kita juga bersifat selective dalam penghayatan terhadap warisan puisi di
mana bentuk-bentuk puisi seperti syair, pantun, peribahasa serta sajak masih terus
berkembang tetapi pada masayang sama kita telah mengenepikan bentuk-bentuk
puisi lain seperti mantera, gurindam,nazam, maszawi, rubai mahupun ghazal.
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
36/37
-
7/27/2019 BMK SAJAK'_1
37/37
Kami juga menghadapi cabaran untuk membuat koleksi dengan mencipta
sendiri sajak untuk memenuhi kehendak soalan. Dengan kurangnya pengalaman
dalam bidang penulisan sajak, perkara ini menjadi satu kekurangan bagi kami.
Tetapi dengan bantuan rakan dan bimbingan daripada pensyarah serta setelah
merujuk contoh-contoh sajak di internet dan buku, kami berjaya menghasilkan sajak
ciptaan kami sendiri. Hal ini merupakan perkara yang sangat membanggakan kami.
Perkara yang banyak kami pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah
bekerja secara berkumpulan dengan bantuan rakan-rakan lain dan pensyarah
pembimbing. Di samping itu, kami juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan
maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik. Melalui cara inilah kita dapat
mengurangkan budaya plagiat yang sentiasa menyelubungi setiap guru pelatih di IPG ini.
Pendedahan dalam menghasilkan tugasan ini membolehkan kami sebagai
guru pelatih mengenali dan mempelajari keindahan dan seni dalam Bahasa Melayu.
Keupayaan mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa melalui pelbagai
aktiviti seni bahasa dapat memantapkan lagi kemahiran berbahasa dalam kalangan
guru-guru pelatih. Sekali gus membantu para pelajar menggunakan unsur seni dan
budaya Melayu dalam komunikasi lisan dan penulisan Bahasa Melayu.
top related