borang pengesahan status tesis · borang pengesahan status tesis♦ judul: kesan penggunaan bola...
Post on 06-Nov-2020
14 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KESAN PENGGUNAAN BOLA GETAH DAN BOLA PERTANDINGAN TERHADAP PRESTASI MENYANGGA BOLA TAMPAR DI KALANGAN ATLET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI. JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: HABIBALLAH BIN YUSOFF
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 891 KG TANJUNG KUALA, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN 16200 TUMPAT. KELANTAN DARUL NAIM Tarikh : 13 NOVEMBER 2008 Tarikh : 13 NOVEMBER 2008
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )
Tandatangan : ................................................................
Nama Penyelia : DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN
Tarikh : 13 NOVEMBER 2008
KESAN PENGGUNAAN BOLA GETAH DAN BOLA PERTANDINGAN
TERHADAP PRESTASI MENYANGGA BOLA TAMPAR DI KALANGAN
ATLET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI. JOHOR
HABIBALLAH BIN YUSOFF
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ................................................................
Nama Penyelidik : HABIBALLAH BIN YUSOFF
Tarikh : 13 NOVEMBER 2008
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur saya ke hadrat-Nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan
kecekalan untuk menyempurnakan kajian ini.
Buat ibu dan bapa yang dikasihi dan dihormati:
Yusoff bin Hussin
Allayarham Khadijah binti Mat Isa
Juga kepada insan yang banyak membantu dan prihatin pada diri ini:
Mohd Syazimee bin Che Hashim
Koh Boon Luck
Teman-teman seperjuangan dan seluruh warga SPS
Rakan pasukan bola tampar UTM yang dikasihi
Terima kasih di atas segala bantuan, dorongan, kesabaran dan sokongan yang
diberikan. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah pembimbing yang saya kasihi Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin
di atas segala bimbingan, nasihat, tunjuk ajar yang diberikan dengan penuh semangat
sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada teman istimewa, Redzuanna
Binti Tukimin yang banyak membantu dan peserta kajian yang memberikan
kerjasama dengan baik dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada
semua yang terlibat, segala jasa yang diberi amat dihargai.
Terima kasih semua
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelidik kesan penggunaan bola getah
dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar dikalangan atlet
UTM. Subjek terdiri daripada 12 orang (umur 19-25 ± 1.68) dan dipilih secara
rawak. Ujian dijalankan dengan melakukan tiga jenis aktiviti iaitu ujian ketepatan,
ujian kelajuan dan ujian tahap kesakitan. Alat Newtest Powertimer Testing System
digunakan untuk menguji tahap kelajuan bola dan Russel-Lange Volleyball Test
digunakan untuk menguji tahap ketepatan bola. Manakala tahap kesakitan pula diuji
dengan menggunakan kad skor Visual Analog Scale (VAS). Data yang diperoleh
dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science version 10 (SPSS).
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan
penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola
tampar dikalangan atlet dan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan pada aras p < 0.05 diterima. Secara kesimpulannya, tidak terdapat
perbezaan yang ketara terhadap prestasi lakuan menyangga menggunakan bola getah
dan bola pertandingan dikalangan atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Johor.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the effect of using rubber ball and
tournament ball in digging performance among volleyball players from Universiti
Teknologi Malaysia. The test was conducted on 12 subjects aged (19-25 ± 1.68) and
randomly selected. The test includes three activities which are accuracy test, speed
test and soreness level test. Newtest Powertimer Testing System was used for the
speed test, Russel-Lange Volleyball Test for the accuracy test and Visual Analog
Scale (VAS) for the soreness level test. The data collected was analyzed using the
Statistical Package for Social Science software version 10 (SPSS). The result from
this study shows that there were no significant differences effects of using rubber ball
n tournament ball in volleyball digging performance. The null hypothesis which
stated there is no significant difference at significant level p < 0.05 was accepted. In
conclusion, it shows that there were have no effect of using rubber ball and
tournament ball on the digging performance of volleyball players from Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasional 7
viii
2 KAJIAN LITERATUR 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS) 11
2.3 Centre Of Gravity (Pusat Graviti) 12
2.4 Senaman 13
2.5 Latihan Mental 14
2.6 Penutup 15
3 METODOLOGI KAJIAN 16
3.1 Pengenalan 16
3.2 Rekabentuk Kajian 17
3.3 Lokasi 17
3.4 Subjek 17
3.5 Instrumen Kajian 18
3.6 Prosedur Kajian 18
3.6.1 Prosedur Ujian 19
3.7 Analisis Data 22
4 PENGANALISAAN DATA 23
4.1 Pengenalan 23
4.2 Penganalisaan Diskriptif 24
4.3 Penganalisaan Inferensi 35
4.4 Penutup 42
ix
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 43
5.1 Pengenalan 43
5.2 Ringkasan Kajian 44
5.3 Perbincangan 44
5.4 Masalah Penyelidik 48
5.5 Kesimpulan 50
5.6 Cadangan 51
5.7 Kajian Rintis 53
5.8 Penutup 53
RUJUKAN 54
Lampiran A - L 58 – 72
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Subjek Mengikut Umur 24
4.2 Taburan Subjek Mengikut Peringkat Tertinggi Yang
Pernah Diwakili Dalam Permainan Bola Tampar 25
4.3 Taburan Subjek Mengikut Pengalaman
Bermain Bola Tampar 26
4.4 Taburan Subjek Mengikut Status Pemain 27
4.5 Perbandingan Ketepatan Menyangga Diantara
Bola Getah Dan Bola Pertandingan 36
4.6 Perbandingan Kelajuan Menyangga Diantara
Bola Getah Dan Bola Pertandingan 37
4.7 Perbandingan Palpation 1 (5cm) Diantara
Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan
Selepas Lakuan Menyangga Pada Jarak 8 Meter 38
4.8 Perbandingan Palpation 2 (9cm) Diantara
Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan
Selepas Lakuan Menyangga Pada Jarak 8 Meter 39
xi
4.9 Perbandingan Palpation 3 (13cm) Diantara
Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan
Selepas Lakuan Menyangga Pada Jarak 8 Meter 40
4.10 Perbandingan Palpation 4 (19cm) Diantara
Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan
Selepas Lakuan Menyangga Pada Jarak 8 Meter 41
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Lakuan Menyangga 8
4.1 Peratusan Subjek Mengikut Umur 25
4.2 Peratusan Subjek Mengikut Peringkat Tertinggi Yang
Pernah Diwakili Dalam Permainan Bola Tampar 26
4.3 Peratusan Subjek Mengikut Pengalaman
Bermain Bola Tampar 27
4.4 Peratusan Subjek Mengikut Status Pemain 28
4.5 Perbandingan Ujian Ketepatan Menyangga
Bagi Setiap Subjek 28
4.6 Perbandingan Ujian Kelajuan Menyangga
Bagi Setiap Subjek 29
4.6.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola
Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian
Kelajuan Bola 29
4.7 Perbandingan Tahap Kesakitan Setiap Subjek Bagi
Palpation 1 (5cm) Selepas Lakuan Menyangga
Pada Jarak 8 Meter 30
xiii
4.7.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola
Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian
Tahap Kesakitan (Palpation 1) Selepas Lakuan
Menyangga Pada Jarak 8 Meter 31
4.8 Perbandingan Tahap Kesakitan Setiap Subjek Bagi
Palpation 2 (9cm) Selepas Lakuan Menyangga
Pada Jarak 8 Meter 31
4.8.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola
Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian
Tahap Kesakitan (Palpation 2) Selepas Lakuan
Menyangga Pada Jarak 8 Meter 32
4.9 Perbandingan Tahap Kesakitan Setiap Subjek Bagi
Palpation 3 (13cm) Selepas Lakuan Menyangga
Pada Jarak 8 Meter 32
4.9.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola
Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian
Tahap Kesakitan (Palpation 3) Selepas Lakuan
Menyangga Pada Jarak 8 Meter 33
4.10 Perbandingan Tahap Kesakitan Setiap Subjek Bagi
Palpation 4 (19cm) Selepas Lakuan Menyangga
Pada Jarak 8 Meter 34
4.10.1 Sisihan Piawai Diantara Penggunaan Bola
Getah (1) Dan Bola Pertandingan (2) Untuk Ujian
Tahap Kesakitan (Palpation 4) Selepas Lakuan
Menyangga Pada Jarak 8 Meter 35
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Jadual prosedur pengujian PSM II 58
B Kedudukan alat pengujian 59
C Russel-Lange Volleyball Test 60
D Mengukur tahap kesakitan menggunakan
formula Visual Analog Scale (VAS) 61
E Alat Newtest Powertimer Testing System 62
F Aktiviti mengukur kelajuan bola 63
G Aktiviti mengukur ketepatan bola 64
H Aktiviti menyangga pada jarak 8 meter 65
I Surat perlantikan subjek 66
J Surat lepasan tanggungjawab 67
K1 Borang Ujian Kemahiran Bola Tampar 68
K2 Borang Ujian Kemahiran Bola Tampar 69
xv
K3 Borang Ujian Kemahiran Bola Tampar 70
K4 Borang Ujian Kemahiran Bola Tampar 71
L Bola Tampar 72
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Permainan bola tampar diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1985
oleh Willam G.Morgan. Ia dicipta berasaskan gabungan dua permainan iaitu tenis
dan bola keranjang. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan jaring tenis dan
bola keranjang sebagai bolanya. Nama asal permainan ini ialah ‘Mintonette’.
Kemudian, permainan ini telah diimprovisasikan oleh Alfred Halstead dan dipanggil
‘volleyball’ kerana cara permainan ini dimainkan melibatkan ‘volley’.
Tujuan asal permainan bola tampar adalah sebagai kegiatan riadah bagi
peniaga-peniaga yang mengalami tekanan perniagaan. Walau bagaimanapun, selepas
perang dunia kedua, permainan bola tampar telah menjadi permainan yang
dipertandingkan dan bukan sebagai permainan untuk kegiatan riadah semata-mata.
Mulai dari detik itulah, permainan bola tampar bertambah popular sehingga ke hari
ini.
2
Permainan bola tampar bertambah kepopularitiannya berasaskan kepada ciri-ciri
istimewanya, khususnya ia boleh dimainkan di dalam dan di luar dewan. Tambahan
pula, permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur,
jantina atau di mana-mana sahaja. Selain itu, permainan ini murah kosnya dan tidak
melibatkan sentuhan fizikal yang boleh memungkinkan mereka mengalami kecederaan
atau kemalangan akibat tindakan ganas atau permainan kotor seperti dalam permainan
bola sepak, bola keranjang, ice hockey dan sebagainya.
Tanggal 20 April 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) telah
ditubuhkan dengan rasminya dengan Paul Libaud sebagai Presiden pertamanya.
Sehingga ke saat ini, Presiden FIVB ialah Ruben Acosta. Berdasarkan kepada
perkembangan yang menggalakkan, permainan bola tampar dengan rasminya
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik ke-17 pada tahun 1964 di Tokyo, Jepun dengan
menawarkan pingat kepada pasukan lelaki dan wanita. Dalam pertandingan ini, pasukan
bola tampar lelaki Rusia telah muncul sebagai johan manakala pasukan wanita Jepun
pula membolot pingat emas bagi acara wanita.
Selepas itu, permainan bola tampar dipertandingkan di Sukan Olimpik hingga ke
hari ini. FIVB kini mempunyai sebanyak 210 buah negara yang menjadi anggotanya.
FIVB telah membahagikan lima zon bagi ahli-ahli gabungannya yang terdiri daripada
Afrika, Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Norceca (Amerika Utara, Kanada, Mexico
dan Kepulauan yang berdekatan).
Sejarah permainan bola tampar di Malaysia bermula pada tahun 1930an.
Permainan ini dimainkan oleh imigran-imigran dari Hong Kong dan China yang
menetap di bandar-bandar di samping turut dimainkan oleh guru-guru yang mengajar di
sekolah Tionghua. Pada masa itu, permainan bola tampar dimainkan secara riadah
sebagai mengisi masa lapang.
Namun, permainan ini bertambah popular apabila terdapat pasukan-pasukan bola
tampar dari universiti-universiti Hong Kong dan China yang membuat lawatan untuk
3
mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar seperti Selangor, Singapura dan
Pulau Pinang. Senario ini menghasilkan pula kepada perlawanan-perlawanan
persahabatan di kalangan negeri-negeri jiran di Semenanjung Tanah Melayu.
Hasil daripada keaktifan perlawanan persahabatan, ia telah merintis jalan kepada
tertubuhnya sebuah pasukan bola tampar di peringkat kebangsaan. Pada 9 Julai 1959,
dengan rasminya tertubuh Persatuan Bola Tampar Amatur Persekutuan Tanah Melayu
dengan nombor pendaftarannya “No.1002” (Pulau Pinang). Pada tahun 1962, kemajuan
bola tampar bergerak selangkah lagi apabila Persatuan Bola Tampar Amatur
Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa
(FIVB). Selepas pembentukan Malaysia, Persatuan Bola Tampar Amatur Persekutuan
Tanah Melayu bertukar menjadi Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia pada tahun
1965.
Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan mula dipertandingkan pada tahun 1960 di
Pulau Pinang dan ini diikuti oleh kejohanan di Perak pada tahun 1961, Selangor pada
tahun 1962 dan Pahang pada tahun 1963. Kejohanan pada masa itu menggunakan sistem
9 sebelah tetapi mulai tahun 1964, Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan yang diadakan
di Singapura buat pertama kalinya menggunakan sistem 6 sebelah selaras dengan sistem
yang diamalkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa. Kejohanan ini hanya
melibatkan pasukan lelaki sahaja tetapi dalam Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan
yang diadakan pada tahun 1966 di Bentong, Pahang Darul Makmur, pasukan wanita
turut dipertandingkan. Kejohanan Bola Tampar Remaja Kebangsaan mula diperkenalkan
pada tahun 1968 di Pulau Pinang.
Dalam arena bola tampar antarabangsa pula, negara kita mula mengambil
bahagian dalam Sukan Asia IV di Jakarta pada tahun 1962 dan selepas itu, negara kita
mula mengambil bahagian dalam pertandingan yang lebih banyak seperti Sukan SEAP
dan perlawanan-perlawanan serantau dan peringkat dunia.
4
Untuk perkembangan bola tampar di dalam negara, Kejohanan Bola Tampar
Bawah 12 Tahun Kebangsaan diadakan pada tahun 1990 dan Kejohanan Bola Tampar
Bawah 15 Tahun Kebangsaan pada tahun 1991 serta Kejohanan Bola Tampar Pantai
Kebangsaan pada tahun 1992. Kejohanan Liga Bola Tampar Malaysia dimulakan pada
tahun 1993.
Hari ini, Persatuan Bola Tampar Malaysia mempunyai 17 ahli gabungan yang
terdiri daripada 13 buah negeri, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, PDRM
dan Angkatan Tentera Malaysia.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kebanyakan sekolah pada hari ini masih menggunakan bola getah untuk setiap
kali sesi latihan. Manakala bola pertandingan (tournament) hanya diguna pakai semasa
hari pertandingan sahaja. Alasannya ialah semata-mata untuk menjimatkan kos. Ini
kerana bola getah adalah jauh lebih murah berbanding bola pertandingan. Sebiji bola
getah berharga sekitar RM30 hingga RM40 manakala bola pertandingan pula sekitar
RM80 hingga RM100. Permukaan bola getah sangat kasar, keras dan lebih berat.
Sebaliknya, bola pertandingan lebih berkualiti dengan permukaan kulit yang halus,
lembut dan ringan. Ini membuktikan perbezaan yang sangat ketara. Maka, tidak
hairanlah jika faktor-faktor ini dijadiakan alasan bagi sesetengah untuk mengurangkan
perbelanjaan.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Pelajar sentiasa dibekalkan dengan bola getah sepanjang menjalani sesi latihan.
Tetapi bola pertandingan pula hanya diguna pakai untuk setiap kali hari kejohanan
sahaja. Senario ini sebenarnya telah lama menjadi persoalan dan tanda tanya dalam diri
setiap pelajar dan pihak sekolah masih lagi tidak mampu memberi alasan yang kukuh
dalam menyelesaikan persoalan ini. Kesannya, pelajar sering merungut bahawa mereka
sentiasa mengalami ketidakselesaan pada bahagian tangan semasa melakukan aktiviti
menyangga dan secara tidak langsung turut mengganggu meningkatkan prestasi atlet itu
sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan ialah untuk melihat kesan penggunaan
bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar di kalangan
atlet.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah bertujuan :
i. Melihat perbandingan kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan
semasa sesi latihan.
ii. Mengenalpasti kesesuaian menggunakan bola getah dan bola pertandingan
dalam aktiviti menyangga.
iii. Mengetahui keberkesanan penggunaan bola getah dan bola pertandingan
dalam prestasi pemain bola tampar.
top related