borang pengesahan status tesis - fp.utm.my 2009 . ii “saya akui karya ini adalah hasil kerja saya...
Post on 15-May-2018
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN
MOODLE BERTAJUK GAS LAWS TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NOOR IZYAN BINTI SALLEH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
4, JLN KEMUNCAK 9
TMN NONG CHIK
80100 JOHOR BAHRU
JOHOR
Tarikh: 6 MEI 2009 Tarikh: 6 MEI 2009
PM. DR. SETH BIN SULAIMAN
Nama Penyelia
TIDAK TERHAD
SULIT
TERHAD
√ Disahkan oleh
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : ………………………………………………...
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN
Tarikh : 6 MEI 2009
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE
BERTAJUK ‘GAS LAWS’ TINGKATAN EMPAT
NOOR IZYAN BINTI SALLEH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………………...
Nama Penulis : NOOR IZYAN BINTI SALLEH
Tarikh : 6 MEI 2009
iii
Buat Ayah dan Mak,
Haji Salleh Bin Ahmad dan Hajah Zaila Binti Sulaiman
Doa restu kalian sentiasa dipohonkan.
Buat abang, kakak dan adik,
Kemesraan bersama kalian adalah yang terindah
dalam hidupku.
Untuk Zulfikri Bin Ahmad
Terima kasih atas sokongan dan doronganmu
selama ini..
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur
Alhamdulillah, kerana dengan izin dan rahmatnya projek ini dapat dibangunkan dan
disempurnakan pada masa yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih yang tulus ikhlas ditujukan
khas kepada Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman selaku pensyarah pembimbing atas
segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang proses Projek Sarjana Muda
ini dijalankan sehingga penulisannya dapat disiapkan.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan atas sokongan dan
kata-kata semangat sepanjang menyempurnakan projek pembangunan ini. Kerjasama
yang diberikan amatlah dihargai dan tidak akan dilupakan.
Seterusnya penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini. Semoga sumbangan
dan kerjasama yang telah diberikan akan diberkati oleh Allah SWT.
v
ABSTRAK
E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru malah telah mengalami
perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah
dilihat sebagai satu altenatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran secara individu yang akses kendiri.
Untuk mendapatkan pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran, projek ini
telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE kerana
dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya dapat menyokong teori konstruktivisme
sosial. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk Gas Laws memuatkan pelbagai jenis sumber
dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Sumber bahan pembelajaran yang disediakan mengikut hasil pembelajaran
adalah dalam bentuk Powerpoint dan video sementara bentuk aktiviti yang dimaksudkan
dalam istilah MOODLE ialah Quiz, Assignment, Choices, Journal, Chat dan Forum.
Aktiviti-aktiviti ini dapat membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat
maklum balas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan
grafik dan animasi. Diharapkan usaha ini mendapat perhatian para pendidik lain untuk
meneruskan projek ini agar MOODLE dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar dengan
penuh interaktif.
.
vi
ABSTRACT
E-learning is no longer considered as new since it has been rapidly spreading in
education. Web based learning is viewed as an effective means of delivering courses in
the process of teaching and learning as this medium can support individualized learning
which is self access. In the search for an effective approach to implement e-learning, this
project has employed a course management system by the name of MOODLE because
this system is favorable and the design is able to support constructivist theory. The web
portal entitled Gas Laws provide wide range of resources and activities based on KBSM.
The resources are prepared based on learning objectives in Powerpoint and video type,
while the various activities under MOODLE terminologies are Quiz, Assignment,
Choices, Journal, Chat and Forum. From these activities, students have the opportunity to
interact with the course instructors as well as getting immediate feedback. The learning
environment is enhanced with graphic and animation. Hopefully this effort may give
attention among other educators to continue this project so that MOODLE can be used by
teachers and students interactively.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 7
1.5.1 Pelajar 7
viii
1.5.2 Guru 8
1.5.3 Sekolah 8
1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 8
1.6 Skop Dan Batasan Projek 9
1.7 Definisi Istilah 9
1.7.1 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 10
1.7.2 MOODLE 10
1.7.3 Pelajar Tingkatan Empat 10
1.7.4 Web Portal Pendidikan 11
1.7.5 Pengajaran 11
1.8 Penutup 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 12
2.2 E-Pembelajaran 13
2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran 14
2.3 Perisian Sumber Terbuka 15
2.4 Sistem Pengurusan Kursus MOODLE 17
2.5 Kerangka Keseluruhan MOODLE 17
2.5.1 Struktur Pembelajaran MOODLE 18
2.5.1.1 Mingguan (Weekly) 18
2.5.1.2 Topik (Topic) 18
2.5.1.3 Bebas (Free Form) 19
2.5.2 Modul Pembelajaran MOODLE 19
2.5.2.1 Modul Kuiz (Quiz) 19
2.5.2.2 Modul Tugasan (Assignments) 20
2.5.2.3 Modul Perbincangan (Chat) 20
2.5.2.4 Modul Forum 21
2.5.2.5 Modul Pilihan (Choice) 21
2.5.2.6 Modul Jurnal (Journal) 21
2.6 Teori dan Pembelajaran Yang Diaplikasikan Oleh
ix
MOODLE 22
2.6.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 22
2.6.2 Konstruktivisme Sosial 23
2.6.3 Pengajaran dan Pembelajaran Fizik
Secara Konstruktivisme Sosial 24
2.7 Miskonsepsi Dalam Pembelajaran Fizik 25
2.8 Model Reka Bentuk Pengajaran 27
2.8.1 Model ADDIE 27
2.8.2 Model ASSURE 29
2.9 Penutup 31
BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Model Reka Bentuk ADDIE 33
3.2.1 Analisis 34
3.2.1.1 Pengguna 34
3.2.1.2 Persekitaran Pembelajaran 35
3.2.1.3 Matlamat Pengajaran 35
3.2.2 Reka Bentuk 36
3.2.2.1 Pembentukan Objektif 36
3.2.2.2 Pembinaan Item Teori 38
3.2.2.3 Pemilihan Strategi Pengajaran 38
3.2.3 Pembangunan 39
3.2.3.1 Perisian Yang Digunakan 39
3.2.3.2 Pembangunan Bahan Sumber 40
3.2.3.3 Pembangunan Bahan Aktiviti 42
3.2.4 Pelaksanaan 43
3.2.5 Penilaian 43
3.2.5.1 Penilaian Formatif 43
3.2.5.2 Penilaian Sumatif 44
3.3 Penutup 45
x
BAB 4 BAHAN E-PEMBELAJARAN GAS LAWS
4.1 Pengenalan 46
4.2 Web Portal Gas Laws 47
4.3 Kandungan Web Portal Gas Laws 49
4.3.1 Menu Utama (Main Menu) 49
4.3.2 Paparan Hasil Pembelajaran 51
4.3.3 Bahan Sumber 52
4.3.3.1 Nota Pengajaran 53
4.3.3.2 Video 54
4.3.3.3 Maklumat Tambahan 55
4.3.4 Bahan Aktiviti 56
4.3.4.1 Modul Kuiz (Quiz) 56
4.3.4.2 Modul Tugasan (Assignment) 57
4.3.4.3 Modul Perbincangan (Chat) 58
4.3.4.4 Modul Forum 59
4.3.4.5 Modul Pilihan (Choice) 60
4.3.4.6 Modul Jurnal (Journal) 61
4.3.5 Penilaian 62
4.4 Penutup 64
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 66
5.3 Perbincangan 68
5.3.1 Keistimewaan Web Portal Gas Laws 68
5.3.2 Kebaikan Menggunakan Web Portal 69
5.3.3 Kelemahan Menggunakan Web Portal 70
5.3.4 Masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan
Projek 70
5.4 Cadangan Projek Lanjutan 71
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 28
2.2 Aliran kerja berdasarkan model ASSURE 29
3.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 34
3.2 Paparan memasukkan bahan sumber (Resource) 41
3.3 Paparan Link To A File or Website 41
3.4 Paparan memasukkan bahan aktiviti ke dalam MOODLE 42
4.1 Paparan pilihan mata pelajaran 47
4.2 Paparan pemilihan topik 48
4.3 Paparan daftar masuk dan membuka akaun baru 48
4.4 Paparan menu utama bahagian atas web portal Gas Laws 50
4.5 Paparan menu utama bahagian tengah web portal Gas Laws 50
4.6 Paparan menu utama bahagian bawah web portal Gas Laws 51
4.7 Paparan Learning Outcomes 52
4.8 Paparan Resource 53
4.9 Contoh paparan nota pengajaran 54
4.10 Contoh paparan video 55
4.11 Contoh paparan maklumat tambahan 55
4.12 Paparan bank soalan 57
4.13 Paparan modul kuiz (Quiz) 57
4.14 Paparan modul tugasan (Assignment) 58
4.15 Paparan modul perbincangan (Chat) 59
xiv
4.16 Paparan modul forum 59
4.17 Paparan modul pilihan (Choice) 60
4.17 Keputusan modul pilihan (Choice) 61
4.18 Paparan modul jurnal (Journal) 62
4.19 Contoh paparan penilaian 63
4.20 Contoh paparan graf penilaian 63
xv
SENARAI SINGKATAN
HTML - HyperText Markup Language
ICT - Information Communication Technology
IT - Information Technology
JPEG - Joint Photographic Experts Group
MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment
OSS - Open Source Software
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PHP - Hypertext Preprocessor
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
A Lima contoh soalan dengan skema jawapan 76
B Arahan penggunaan web portal Gas Laws 79
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam usaha mencapai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020, Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam
bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi keperluan tersebut, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melahirkan anak
bangsa Malaysia yang dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan dan berkebolehan
menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik dengan
memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan pendidikan negara bagi menambah
baikkan infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti
pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam pada itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam era masa kini bukan
hanya berfokuskan kepada penggunaan buku teks, penggunaan kapur tulis dan papan
hitam sahaja malah lebih banyak menggunakan komputer. Hal ini disebabkan
pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks semata-mata akan menyebabkan
timbulnya suasana yang hambar dan membosankan di kalangan pelajar. Sehubungan
dengan itu, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari untuk meningkatkan penggunaan
pembelajaran berbantukan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Rentetan itu, penggunaan ICT seperti e-pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Fizik amat digalakkan untuk meningkatkan kefahaman
dan menguji daya imaginasi pelajar dengan lebih efektif. Pernyataan ini disokong oleh
Azwan Ahmad et. al (2005) yang menyatakan bahawa pengajaran berbantukan ICT
seperti melalui penerokaan sumber mata pelajaran dengan melayari laman web boleh
membantu meningkatkan minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik selain meningkatkan kefahaman mereka.
Menurut Mohd Koharudin, (2004) e-pembelajaran ialah latihan yang dikendalikan
menerusi internet dan juga ditafsirkan sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran
yang menngunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk
menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Menurut Susan Codone
(2001) pula, “E-learning is sometimes classified as synchronous or asynchronous.
Synchronous simply means that two or more events occur at the same time, while
asynchronous means that two or more events occur not at the same time.”
“Levels of sophistication of online learning vary. A basic online learning
program includes the text and graphics of the course, exercises, testing,
and record keeping, such as test scores and bookmarks. A sophisticated
online learning program includes animations, simulations, audio and
video sequences, peer and expert discussion groups, online mentoring,
links to material on a corporate intranet or the Web, and communications
with corporate education records. In this report, the term online learning
is used synonymously with Web-based learning or Internet-based
learning.”
(Learnframe, 2001)
Daripada pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa e-pembelajaran banyak
memberi faedah kepada pelajar, guru serta mereka yang terlibat dalam bidang
pendidikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Tidak dapat dinafikan bahawa senario pendidikan pada zaman kini amat
memerlukan guru-guru yang kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih efektif terutamanya bagi guru-guru mata pelajaran Fizik (Azwan Ahmad et.
al, 2005). Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran menyebabkan pelajar berasa bosan,
jemu dan tidak berminat untuk belajar. Tambahan pula kaedah pengajaran guru yang
banyak berorientasikan kepada keperluan peperiksaan dan menghabiskan sukatan
pelajaran menyebabkan pelajar mengabaikan matlamat pembelajaran yang sebenar
dengan hanya mementingkan pembelajaran untuk peperiksaan semata-mata.
Melalui pengajaran secara tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan
guru. Guru dianggap sebagai sumber utama dalam menyalurkan ilmu pengetahuan
kepada pelajarnya. Skop pengajaran pula hanya bergantung pada buku teks dan
pengetahuan pelajar terbatas setakat dalam kandungan buku teks sahaja. Selain itu, sikap
pelajar yang malu untuk bertanya menyebabkan pelajar kurang memahami isi pelajaran
yang diajar. Tambahan pula, bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas menyebabkan
perhatian guru kepada setiap pelajar amatlah terbatas.
Hal ini berbeza dengan pembelajaran secara e-pembelajaran melalui web portal.
Nor Azmawati (2007) menyatakan bahawa pembelajaran melalui web portal ini adalah
berpusatkan pelajar dan pembelajaran adalah lebih kepada pendekatan konstruktivisme.
Melalui web portal sebagai bahan pembelajaran akan melatih para pelajar supaya lebih
aktif dalam pembelajarannya. Pelajar juga dapat pengalaman hands on dalam
mengendalikan web portal tersebut. Selain itu, pelajar perlu bersedia dan membuat
perancangan untuk mencari bahan atau maklumat berkaitan dengan pembelajaran atas
daya usaha dan inisiatif mereka sendiri. Di samping itu juga, melalui e-pembelajaran,
pelajar bebas memilih masa, kandungan serta tidak perlu berasa malu untuk mengulangi
tajuk pembelajaran yang sama sehingga pemahaman dapat dicapai.
“Aplikasi e-pembelajaran membolehkan pelajar berkomunikasi secara
terus dengan pengajar atau sesama mereka melalui e-mail, buletin dan
perbincangan / forum yang disediakan dalam e-pembelajaran. Pelajar
boleh mengemukakan soalan mengenai tajuk atau topik yang kurang
difahami. Pengajar pula boleh memberi panduan dan huraian tambahan
bagi membantu pelajar memahami tajuk atau topik yang sedang dipelajari
melalui aplikasi e-pembelajaran.”
(Muhammad Sukri et. al, 2006)
“Fizik adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim dan tenaga serta
hubungkait antara keduanya. Ilmu Fizik sentiasa bercambah dan berkembang dengan
begitu pesat sekali. Aplikasi konsep dan prinsip Fizik dalam pelbagai aktiviti kehidupan
telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup kita khususnya
dalam bidang sains dan teknologi ini” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).
Menurut Saniah et. al, (2000) pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah
laku yang agak kekal, akibat daripada perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan
semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh
kesan sementara seperti dadah dan penyakit. Ini menunjukkan bahawa sekiranya
pengajaran dapat mempengaruhi pelajar sehingga tingkah lakunya mengalami perubahan,
maka dapat disimpulkan bahawa pembelajaran telah berlaku. Dengan itu, proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fizik perlulah dilaksanakan dengan lebih
efektif agar pembelajaran yang berlaku memberi kesan kepada pelajar untuk jangka masa
yang panjang dan bukan hanya untuk cemerlang dalam peperiksaan.
Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran secara berpandukan buku teks sahaja
tidak mampu memberi kesan jangka masa panjang kepada pelajar. Ini kerana
pembelajaran berpandukan buku teks semata-mata tidak dapat menerangkan dengan jelas
tentang konsep dan prinsip Fizik dalam kehidupan seharian pelajar. Hal ini terjadi kerana
konsep dan prinsip Fizik yang dinyatakan dalam buku teks sering disampaikan oleh guru
dalam bentuk abstrak dan tidak dikaitkan dengan fenomena dalam kehidupan seharian
pelajar. Oleh itu, penggunaan e-pembelajaran melalui web portal Fizik amat perlu bagi
menerangkan dengan lebih jelas tentang aplikasi konsep Fizik. Ini kerana melalui web
portal yang disediakan ini diisi dengan bahan bantu pengajaran untuk guru dan bahan
sokongan pembelajaran pelajar yang jelas tentang konsep Fizik yang dipelajari. Justeru
itu, pelajar tidak mengalami kesulitan dalam mengaplikasi konsep yang telah dipelajari
dalam kehidupan seharian. (Nor Nazifa, 2007)
Di samping itu juga, ada sesetengah pelajar yang agak lambat untuk memahami
penerangan guru di sekolah dan latihan yang diberi sering tidak mencukupi untuk
ulangkaji di rumah. Ini menyebabkan mereka mengambil keputusan ke kelas tuisyen
untuk menambah aktiviti pembelajaran mereka. Justeru itu, ibu bapa terpaksa
mengeluarkan wang yang lebih untuk membiayai kelas tuisyen anak mereka. Maka web
portal ini merupakan alternatif kepada permasalahan tersebut. Melalui e-pembelajaran,
pelajar boleh mengulangkaji pelajaran di rumah serta memudahkan guru dalam mendapat
bahan pengajaran dan meringankan tugas yang dipikul oleh mereka (Nor Azmawati,
2007).
Dalam sukatan pelajaran Fizik Tingkatan Empat, topik Heat merupakan bab
keempat yang bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip yang berkaitan
dengan tenaga haba serta kegunaannya dalam kehidupan seharian. Kandungan dalam
topik ini adalah sifat termometri (thermal equilibrium), konsep muatan haba (specific
heat capacity), konsep haba pendam (specific latent heat) dan hukum gas (gas laws).
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Dalam topik Gas Laws pula, pelajar akan
mempelajari tentang tentang sifat elemen-elemen gas iaitu isipadu, suhu dan tekanan
berdasarkan teori kinetik gas. Selain itu, para pelajar akan mempelajari tentang hukum-
hukum gas. Di akhir pembelajaran ini, diharapkan pelajar dapat memahami tentang sifat
dan hubungan elemen-elemen gas serta mengaitkannya dengan hukum-hukum gas iaitu
hukum Boyle, hukum Charles dan hukum tekanan. Pelajar sukar untuk mengaitkan teori
kinetik gas dengan hukum-hukum gas. Ini menyebabkan mereka sukar mengaplikasi
konsep-konsep tersebut dalam kehidupan seharian.
Rentetan itu, e-pembelajaran amatlah perlu bagi menerangkan konsep-konsep
dalam topik Gas Laws yang abstrak dengan lebih jelas melalui video atau simulasi yang
dimuatkan dalam web portal ini. Selain itu juga, pelajar dapat mengulangkaji pelajaran
mereka di rumah tanpa mengira waktu selain dapat meningkatkan kefahaman mereka.
Menurut Nor Azmawati (2007), e-pembelajaran dapat mewujudkan proses
konstruktivisme serta pembelajaran kolaboratif dalam diri pelajar di mana mereka yang
menentukan sendiri pembelajaran mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Fizik merupakan mata pelajaran yang memerlukan pelajar
memahami konsepnya melalui pengalaman. Topik Gas Laws dalam sukatan mata
pelajaran Fizik Tingkatan Empat merupakan pembelajaran tentang pergerakan molekul
dalam gas dan konsep hukum gas. Pelajar didapati tidak mampu menguasai topik ini
dengan baik. Adakah pelajar tidak memahami konsep hukum gas ini dengan jelas?
Adakah pelajar tidak mendapat pengalaman melihat fenomena pergerakan molekul yang
berlaku? Oleh itu dengan menggunakan bahan e-pembelajaran bertajuk Gas Laws yang
akan dibangunkan ini, diharap dapat membantu pelajar lebih memahami konsep hukum
gas selain dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran bagi guru.
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek ini ialah:
i) Membangunkan bahan e-pembelajaran berasaskan MOODLE bertajuk
Gas Laws bagi Tingkatan Empat.
ii) Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan e-pembelajaran
bertajuk Gas Laws untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran untuk
guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar.
top related