borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · padang permainan ragbi dan bolasepak ... 2.2 teori...
Post on 29-Aug-2019
19 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2006/2007
Saya, MASRIZAL BIN NARIS (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tenis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT TERHAD TIDAK TERHAD
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap 14, Kampung Parit Terus, DR MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR 83400 Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Tarikh : 25 OKTOBER 2007 Tarikh : 30 OKTOBER 2007
REKACIPTA INSTRUMEN MESIN PENGGELEK GARISAN BERTEKNOLOGI PANCUTAN BAGI PADANG PERMAINAN RAGBI DAN BOLASEPAK
√
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
Nama Penyelia
i
REKACIPTA INSTRUMEN MESIN PENGGELEK GARISAN BERTEKNOLOGI
PANCUTAN BAGI PADANG PERMAINAN RABGI DAN BOLASEPAK
MASRIZAL BIN NARIS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2007
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : Dr Mohad Anizu bin Mohd Nor
Tarikh : 30 Oktober 2007
iii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : MASRIZAL BIN NARIS
Tarikh : 25 OKTOBER, 2007
iv
DEDIKASI
Buat Emak, Abah dan Keluarga Tersayang
Masinam bt Jaidi Naris bin Mat Kiram
Maslina bt Naris Mas Adila bt Naris Mashidayu bt Naris
Muhammad Firdaus b. Naris Mastura bt Naris
Para Pensyarah yang banyak Membantu Terutamanya kepada Dr Mohad Anizu bin Mohd Nor
dan Puan Halijah bt Ibrahim
Rakan-rakan seperjuangan
Serta tiga Insan Teristimewa
Siti Haslinda bt Ahmad Muhammad Iskandar Zulqarnain b. Masrizal
Siti Mirza Izzati bt Masrizal
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…………………….
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah melimpahkan kurniaNya dapat
penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir
kursus sebelum menerima segulung ijazah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah
Sains Sukan, Fakulti Pendidikanm Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat
pensyarah pembimbing Dr Mohad Anizu bin Mohd Nor di atas bimbingan dan tunjuk
ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada En Rahim dari Fakulti Mekanikal
yang memberikan pertolongan dalam menyiapkan instrumen kajian. Selain itu, kepada
pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti Teknologi Malaysia yang memberikan kerjaama
dan komitmen kepada penyelidik terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan
kemasukan 2003/2004. Semoga segala yang kita lalui akan mematangkan kita untuk
menghadapi hari mendatang. Terima kasih atas pertolongan dan bantuan kalian.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dan isteri serta anak-anak
tersayang yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada penyelidik.
Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada kalian.
Sekian terima kasih.
vi
ABSTRAK
Membuat garisan padang adalah suatu yang penting untuk membuat kawasan
permainan bolasepak dan ragbi. Di dalam membuat garisan padang individu perlu
mengurangkan kesilapan untuk memastikan garisan padang lurus. Skor diukur pada
jarak 0m, 20m, 30m, 50m dan 70m. Kajian ini bertujuan untuk mereka cipta instrumen
yang baru, berteknologi pancutan dan mudah alih untuk memudahkan membuat garisan
padang. Kebolehpercayaan instrumen diuji ke atas 10 orang subjek terdiri daripada 2
orang staf UTM dan 8 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Sains
Sukan ). Instrumen baru ini direka bentuk dengan teknologi pancutan menggunakan
kuasa bateri 12v . Prosedur ujian dijalankan dengan merentangkan tali lurus sepanjang
80 meter. Kemudian subjek membuat garisan padang, skor dicatatkan selepas selesai
subjek membuat garisan. Keputusan kajian menunjukkan nilai-t- adalah 0.26 iaitu nilai-
t- ini lebih besar daripada nilai aras signifikan ditetapkan iaitu p<0.05. Bagi nilai
kebolehpercayaan (realibility) nilai Alpha r = 0.8189. Hasil kajian menunjukkan terdapat
kebolehpercayaan yang tinggi terhadap instrumen yang dibangunkan.
vii
ABSTRACT
Designing line marker is important for football and rugby. In designing it, one
has reduced mistake to get straight lines. Score is counted on 0m, 20m, 30m, 50m and
70m. This study intends to create a new instrument using technology and portable to
ease line making. This instrument was tested to 10 subjects which were 2 UTM staffs
and 8 students who were taking Bachelor Science and Education (Sports Science). This
new instrument was creating using electric technology with 12v batteries. Research was
done by doing a few procedures, which was started using straight rope lengthen 80
meters. Subjects were then drawn line marker and core was written after they have
finished. t-value for the test was 0.26 which was higher than significant level which
p<0.05 meanwhile. The reliability value was Alpha r =0.8189. The result shows that the
instrument developed has a high reliability level.
viii
BAB TAJUK MUKA SURAT Pengakuan Penyelia i
Judul ii
Pengakuan Penulis iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Isi Kandungan viii
Senarai Lampiran xi
Senarai Rajah xii
Senarai Jadual xiii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 10
1.7 Limitasi Kajian 10
1.8 Skop Kajian 11
1.9 Definisi Operasional 11
II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14
ix
2.2 Teori berkaitan dengan rekabentuk 14
2.3 Kajian yang berkaitan dengan
mesin penggelek 20
III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 26
3.2 Kaedah Penyelidikan 27
3.3 Populasi dan Persampelan 27
3.4 Instrumen Kajian 28
3.5 Prosedur Kajian 29
3.6 Rekabentuk Kajian 31
3.7 Pengumpulan Data 33
3.8 Penganalisisan Data 33
3.9 Kajian Rintis 33
IV REKABENTUK INSTRUMEN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Cadangan 35
4.3 Instrumen Kajian 37
4.4 Penutup 45
V PENGANALISAAN DATA 5.1 Pengenalan 46
5.2 Penganalisaan Deskriptif 46
5.3 Penganalisaan Inferensi 53
VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan 57
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Rekod Kesihatan dan Kecergasan Diri 65 B Borang Skor Ujian Individu Membuat Garisan 66 Bolasepak dan Ragbi C Surat Lantikan 67 D Surat Persetujuan 69
E Borang Skor Kajian Rintis 70
F Kos Perbelanjaan 71 G Table B Critical Values of t 72
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.2 Prototaip pam Fast Air Inflation 39
4.3 Model Instrumen Berteknologi Pancutan 41
4.4 Paparan Arahan Bagi Menggunakan Mesin 42
Penggelek Garisan Berteknologi Pancutan.
4.5 Pengiraan Skor Membuat Garisan Padang 44
80 meter Bagi Permainan Bolasepak dan Ragbi
5.1 Peratusan Subjek Mengikut Umur 49
5.2 Peratusan Subjek mengikut ketinggian 49
5.3 Perbandingan skor ( Kesalahan) bagi membuat 51
garisan padang ragbi dan bolasepak
menggunakan mesin lama dan mesin berteknologi
pancutan
5.4 Perbandingan Kesalahan yang dilakukan bagi 52
kesemua subjek
5.5 Rajah 5.5 Kawasan Penerimaan dan 56
Penolakan Hipotesis
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Spesifikasi pam Air Compressor 38
4.5 Pengiraan Skor Membuat Garisan Padang 44
80 meter Bagi Permainan Bolasepak dan
Ragbi
5.1 Taburan Min, Bilangan dan Sisihan Piawai 47
Subjek Mengikut Umur dan Ketinggian
5.2 Perbandingan skor (Kesalahan) yang diambil 50
oleh subjek dengan menggunakan mesin baru
dan mesin lama
5.3 Analisis Ujian – t Antara Kaedah Membuat 55
Garisan Menggunakan Mesin Terdahulu
Dengan Instrumen Berteknologi Pancutan
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kejayaan penganjuran sukan bertaraf dunia kini banyak bergantung kepada
kepesatan kemajuan teknologi yang dimiliki oleh setiap negara penganjur. Memiliki
teknologi yang terbaik untuk menganjurkan sesuatu penganjuran sukan akan
memudahkan sebuah negara penganjur merealisasikan impian penganjuran yang mereka
harapkan mengikut acuan mereka sendiri. Sukan global kebanyakannya dikaitkan
dengan kemajuan sains dalam sukan yang dapat membantu meningkatkan prestasi atlit
dan persembahan sukan. Kemajuan ini juga dapat membantu persediaan atlit dan
memudahkan urusan penganjuran suatu pertandingan sukan yang akan dianjurkan dalam
negeri.
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Izwanudin
(2006) telah menyatakan bahawa sukan merupakan salah satu cara untuk
memperkenalkan negara ke peringkat antarabangsa. Perkembangan bidang sains sukan
juga dapat merealisasikan impian bekas Perdana Menteri Malaysia itu untuk
memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa dan ini telah terbukti melalui
beberapa acara sukan seperti badminton, hoki dan skuasy. Perkembangan dalam bidang
sains sukan perlu digunakan dengan lebih efisyen agar dapat membantu pegawai dan
penyelia penganjuran sukan terutamanya dalam menyediakan tempat pertandingan.
Selain itu, perkembangan sains sukan telah banyak mengubah imej sukan Malaysia dari
2
segi peraturan, pakaian, alatan dan yang paling penting tempat pertandingan atau padang
permainan.
Teknologi sukan yang terbaru sangat diperlukan untuk memajukan sesuatu
sukan. Teknologi peralatan sukan sudah banyak dicipta untuk memudahkan latihan dan
pertandingan sesuatu sukan. Teknologi seperti tiang dan palang pasang siap dalam
bolasepak, penggunaan rumput sintetik yang boleh digulung juga telah digunakan dalam
pertandingan bolasepak, ragbi dan olahraga. Bola dengan mikrocip yang menentukan
kedudukan bola juga telah digunakan dan banyak lagi teknologi yang telah dicipta untuk
memajukan dan memudahkan urusan untuk meningkatkan mutu sukan itu sendiri.
Walaupun penciptaan ini sudah banyak dicipta dan digunakan oleh negara-negara maju,
tetapi penggunaannya di Malaysia masih di tahap minimum. Penggunaan rumput
sintetik atau tiruan adalah teknologi yang memakan perbelanjaan yang besar. Malah
stadium-stadium di Malaysia yang dimilki oleh kerajaan negeri masih tidak mampu
untuk menggunakannya. Teknologi lama dengan menggunakan rumput yang ditanam
secara tradisional masih digunakan.
Rumput-rumput yang ditanam di kebanyakkan padang di Malaysia
kebanyakannya di tanam di tanah yang dicampurkan pasir. Sistem perparitannya juga
masih tidak berapa berkesan sehinggakan terdapat perlawanan Liga Perdana terpaksa
ditangguhkan kerana padang terlalu becak dan berair. Penyediaan padang tidak akan
lengkap sekiranya tiada garisan-garisan tertentu sehingga ia membentuk padang
permainan. Pengkaji merasakan teknologi mesin penggelek yang digunakan di Malaysia
masih menggunakan teknologi lama dan mempunyai pelbagai masalah untuk
mengendalikannya. Teknologi baru untuk mesin penggelek perlu diterokai dan dicari
untuk meningkatkan penghasilan garisan bagi membentuk padang permainan.
3
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji adalah berkisar kepada teknologi
mesin penggelek. Mesin penggelek yang menggunakan teknologi yang lama adalah
terlalu berat kerana menggunakan bahan logam dari jenis besi yang berat sebagai bahan
asas pembinaannya. Semua komponen dalam mesin penggelek ini menggunakan besi
sebagai bahan utama. Ia termasuklah 3 gear yang berfungsi untuk membolehkan
minyak atau cat mengalir bagi membentuk garisan dan 2 roda yang berfungsi sebagai
tayar untuk memudahkan ia bergerak.
Minyak akan dikeluarkan dari dalam mesin mengelak hasil daripada kombinasi
daripada tiga gear yang saling mempunyai kaitan antara satu sama lain. Gear yang
berada di dalam mesin adalah gear yang akan membawa minyak dari dalam mesin .
Minyak seterusnya akan dipindahkan ke gear tengah yang berfungsi sebagai
penghubung antara gear depan dan belakang. Ia juga akan membawa minyak dari gear
hadapan ke gear belakang. Gear belakang pula akan menerima minyak daripada gear
tengah dan terus membentuk garisan apabila mesin penggelek ini di tolak ke hadapan
kerana roda belakang ini menyentuh tanah dan berpusing bersama dua lagi roda yang
berfungsi sebagai tayar mesin pengelek.
Apabila gear yang berada di tengah dikeluarkan, ia akan memutuskan
hubungan antara gear hadapan dengan gear belakang. Bila keadaan ini berlaku, gear
dibahagian belakang tidak akan dapat menghantar minyak ke gear belakang untuk
membuat garisan.
Bagi memastikan garisan yang dibina lurus, tali akan digunakan sebagai alat
bantu. Tali akan direntangkan panjang dari satu tempat ke satu tempat bergantung
kepada garisan yang hendak dibina. Kemudiannya tali akan digelek dengan meletakkan
gear belakang mesin penggelek di atasnya sebelum ditolak kehadapan sepanjang tali
yang telah direntang. Selepas itu tali akan dialihkan untuk membina garisan yang lain
Selepas selesai membuat semua garisan, tali akan digulung dan disimpan semula.
4
Pengkaji ingin membina mesin penggelek dengan menggunakan teknologi yang
baru. Mesin ini akan menggunakan teknologi pancutan sepenuhnya dalam proses
membuat garisan. Mesin ini adalah sesuai untuk garisan lurus sahaja kerana
kedudukan garisan yang dibina adalah di sebelah kanan mesin. Ia menggunakan sumber
tenaga daripada bateri yang berkuasa 12volt untuk memancutkan minyak atau cat. Ia
boleh digunakan selama 2 jam sebelum dicaj semula.
Selain itu pengkaji akan menggunakan bahan besi sebagai bahan utama bagi
membentuk kerangka utama. Mesin penggelek ini akan menggunakan 4 roda yang
menggunakan bahan getah untuk memudahkan operasi.
Selain itu, mesin ini juga akan menggunakan pencetak yang boleh laras bagi
membolehkan lebar garisan mengikut ukuran sebenar. Ia juga menggunakan hose yang
fleksibel dan mudah untuk dibawa dan digunakan.
Tali masih perlu digunakan sebagai alat untuk memastikan garisan yang dibina
lurus. Walaubagaimanapun, mesin penggelek ini tidak akan menggelek tali itu kerana
tali akan berada di tengah mesin. Sementara itu semburan bagi membuat garisan berada
di sebelah kanan. Tali akan dipindah untuk membuat garisan lain dan digulung semula
tanpa minyak yang melekat dan disimpan semula apabila semua kerja sudah selesai.
Daripada latarbelakang yang digambarkan di atas, maka penyelidik ingin merekacipta
mesin penggelek garisan dengan menggunakan teknologi pancutan.
1.3 Penyataan Masalah
Penyataan masalah kajian ini adalah untuk merekacipta instrumen mesin
penggelek garisan berteknologi pancutan bagi padang permainan ragbi dan bolasepak.
Penghasilan teknologi baru tempatan sangat penting kerana negara tidak boleh terlalu
bergantung kepada teknologi daripada negara luar. Wawasan 2020 adalah untuk
5
mencapai era pembangunan negara dan masyarakat yang memerlukan keseimbangan
pembangunan rohani dan jasmani. Rosli Yusof dalam Wong Ling Syu (2004)
menyatakan antara lain dalam wawasan 2020 negara ingin mewujudkan masyarakat
saintifik dan maju penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi .
Bagi mendapatkan teknologi rekaan negara, kita perlulah menambah
pengetahuan dalam bidang rekacipta. Menurut Kasim dan Muta’ali Othman dalam Tai
Chu Ping (2004), rekabentuk ditakrifkan sebagai penggunaan prisip saintifik, maklumat
teknikal dan imaginasi melibatkan 6 elemen iaitu mekanikal; elektrik; elektronik;
senireka; sains dan teknologi. Ia adalah hasil daripada rujukan pelbagai sumber dan
cetusan idea. Sumber-sumber untuk mendapatkan idea adalah melalui analogi dan
sumbangsaran.
Setiap sukan mempunyai peraturan yang tertentu dan mestilah dipatuhi oleh
setiap pemain atau atlet yang ingin menyertai pertandingan. Peraturan ini terbahagi
kepada dua iaitu pertama; merupakan peraturan permainan wajib mengikut badan
tertinggi bagi satu sukan atau permainan. Kedua; peraturan yang ditetapkan oleh
penganjur dan telah dipersetujui oleh setiap pasukan yang bertanding. Peraturan yang
pertama bagi setiap permainan adalah anatomi padang permainan. Setiap permainan
memerlukan padang permainan yang mengikut kawasan tertentu yang dipisahkan
dengan garisan di atas padang permainan.
Setiap padang permainan ragbi yang menjadi padang permainan ragbi dan
padang bolasepak mempunyai garisan tertentu yang dibuat menggunakan mesin
penggelek garisan, tali dan pita ukur. Mesin pengelek ini akan diletakkan minyak hitam
atau cat putih mengikut kemampuan penganjur pertandingan. Tali plastik yang
digunakan biasanya hanya boleh sekali atau satu sesi sahaja digunakan kerana tali ini
akan digelek bersama dengan garisan sebagai panduan untuk memastikan garisan yang
hendak dibuat lurus. Walaupun tali itu masih boleh digunakan sekiranya
diselenggarakan dengan baik, namun ia akhirnya akan mereput kerana tindak balas
kimia daripada minyak yang menyaluti seluruh bahagian tali.
6
Selain daripada itu tali yang digelek bersama dengan minyak akan menegang dan
mengendur bergantung kepada keadaan tanah di padang permainan. Jika tanah atau
rumput itu mempunyai lubang, tali akan menegang menyebabkan ia mudah putus dan
garisan lurus yang ingin dibentuk akan menjadi bengkang bengkok. Ia sangat tidak
menepati kepentingan garisan iaitu untuk menetapkan kawasan tertentu mengikut
keluasan tertentu bagi memudahkan permainan dijalankan. Jika garisan yang dibuat
bengkang bengkok penetapan kawasan dan keluasan yang diperlukan bagi satu kawasan
akan berubah menyebabkan pasukan-pasukan yang bertanding merendahkan kredebiliti
penganjur pertandingan kerana tidak berjaya membuat garisan dan menyediakan
kawasan permainan yang sempurna.
Selain itu penggunaan mesin penggelek yang lama akan menyebabkan kesukaran
seorang jawatankuasa penganjur mengukur dengan tepat. Ini disebabkan ia tidak dibuat
bersama pita ukur di tepinya. Ia hanya digunakan untuk mengukur satu-satu garisan
sebelum ditanda dengan sesuatu sebelum tali plastik direntang antara dua tanda yang
telah dibuat. Akibatnya ukuran yang dibuat tidak lurus mengikut ukuran sebenarnya.
Walaupun pita ukur masih menentukan ukuran yang sepatutnya dengan meletakkan di
sepanjang tali yang merentanginya dua tanda yang telah dibuat. Pita ukur itu akan
mengalami kerosakan kerana ia dilanggar oleh roda pada mesin penggelek.
Selain daripada itu, penggunaan mesin penggelek yang lama juga memerlukan
pegawai teknikal yang melaksanakan tugas membuat garisan terpaksa berjalan sedikit
terkangkang kerana terpaksa mengelak minyak yang membentuk garisan bersama tali.
Jika pegawai-pegawai teknikal ini hendak berjalan lurus mereka terpaksa memijak tali
dan garisan yang terbentuk yang akhirnya akan mengotorkan kasut mereka.
Tali yang berfungsi untuk memastikan garisan yang hendak dibentuk lurus juga
akan mengalami pereputan yang lebih cepat kerana bercampur bahan kimia yang
terdapat dalam minyak atau cat. Tali ini juga akan menyukarkan pegawai-pegawai ini
untuk menyimpan kerana terpaksa mengulung semula tali yang telah bercampur dengan
7
minyak. Faktor ini akan mengusutkan tali sehingga menyukarkan pegawai-pegawai ini
untuk menggunakan semula tali itu untuk menyiapkan tugas mereka.
Padang ragbi dan bolasepak di Malaysia adalah padang yang tidak rata, berlopak,
berpasir dan bercampur dengan rumput-rumput kering yang dibiarkan selepas dipotong.
Penyelenggaran padang ini menelan kos yang sangat tinggi. Faktor-faktor ini akan lebih
menyukarkan pegawai-pegawai teknikal membuat garisan padang untuk permainan
ragbi dan bolasepak.
Penggunaan mesin penggelek yang lama menggunakan tiga gear akan
membawa semua pasir, rumput kering sekali dengan minyak melalui gear belakang ke
gear tengah dan seterusnya menyekat gear tengah dari berputar seperti biasa. Akibatnya
pegawai teknikal ini terpaksa membersihkan gear itu daripada pasir dan rumput yang
menyekat pengaliran minyak. Sebahagian daripada pasir dan rumput ini akan masuk ke
tempat simpanan minyak sehingga menyebabkan ia bercampur dengan minyak. Minyak
yang bercampur dengan pasir dan rumput akan menyekat gear hadapan tidak bergerak
sehingga semua minyak yang telah bercampur dengan pasir dan rumput itu dibersihkan.
Kajian ini akan melibatkan rekacipta mesin penggelek dengan teknologi
pancutan yang perlu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh
pegawai teknikal semasa menyediakan garisan-garisan tertentu bagi membentuk padang
permainan ragbi dan bolasepak.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang akan dijalankan mempunyai objektif seperti yang berikut:
1.4.1 Menghasilkan instrumen penggelek garisan yang menggunakan teknologi
pancutan manual.
1.4.2 Menguji kebolehpercayaan mesin penggelek garisan yang menggunakan
teknologi pancutan manual dengan membuat garisan padang
permainan ragbi dan bolasepak.
1.4.3 Menambahkan hasil rekacipta yang berkaitan dengan sukan di Malaysia.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah untuk menghasilkan instrumen penggelek garisan yang
bercorak penggunaan pancutan manual. Alat pengukuran sedia ada adalah berbentuk
geseran di bahagian tengah penggelek dengan roda digunakan untuk proses menggelek.
Penggunaan tali sebagai penanda apabila pelaksana menggunakan mesin dan
menggeleknya bersama untuk menentukan ketepatan garisan tidak efisyen. Selepas
pelaksana melakukan gelekkan di padang, tali akan digulung semula atau dibuang dari
garisan yang dibina. Bagi mengetahui tahap pencapaian yang dibuat, pengguna terpaksa
berpandukan tanda yang telah dibuat dan tali yang digelek bersama mesin. Melalui
kaedah sedia ada berkemungkinan alat mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Instrumen yang akan dihasilkan ini diharap dapat membantu pengguna serta jurulatih
untuk menggelek garisan dengan lebih mudah dan tepat.
9
Garisan sangat penting untuk membezakan satu-satu kawasan dalam permainan
ragbi dan bolasepak. Menurut Fortin (2000), jumlah maksimum garisan yang perlu
dibuat untuk membentuk padang ragbi adalah sepanjang 874 meter. Garisan-garisan ini
pula dinamakan dengan nama tertentu bagi membezakan kepentingannya. Sebagai
contoh garisan tepi padang dinamakan touchlin’ dimana garisan ini menentukan samada
bola itu telah keluar permainan atau tidak. Ia juga dijadikan sempadan untuk pemain
ragbi untuk membuat trow-in dimana pemain hooker akan membuat lontaran ke dalam.
Sekiranya garisan ini tidak wujud, penentuan samada bola itu telah keluar permainan
tidak dapat ditentukan.
Jumlah garisan yang perlu di bina untuk permainan bolasepak adalah sepanjang
517.3 meter termasuk bulatan tengah, penjuru dan penalty area (FIFA 2006).
Kelebaran bagi setiap garisan yang dibina adalah 12cm. Garisan-garisan membentuk
kawasan tertentu seperti kawasan penalti. Apabila pemain penyerang dijatuhkan atau
berlaku kesalahan oleh pemain pertahanan, sepakan penalti akan diberikan kepada
pasukan penyerang. Sekiranya garisan tidak dibina dengan ukuran yang betul ia akan
menyebabkan pengadil memberi hukuman yang salah ke atas mana-mana pemain dan
pasukan itu.
Pembinaan instrumen ini diharap dapat memudahkan para guru dan para
jurulatih dan atlet terutamanya dari segi penyediaan padang. Ini kerana mesin penggelek
dengan teknologi pancutan mudah dan cepat dijalankan di samping kawalan dan
pemerhatian daripada para pengguna. Akhir sekali, diharap alatan ini dapat memberikan
kemudahan yang maksimum kepada atlet, guru serta jurulatih dalam menyediakan
padang ragbi atau apa sahaja garisan padang yang perlu dibuat di padang untuk tujuan
latihan atau pertandingan dengan lebih jitu dan mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi.
10
1.6 Persoalan Kajian
Di dalam kajian, kaedah kaji selidik dijalankan ke atas instrumen mesin
penggelek yang menggunakan teknologi pancutan manual bagi mendapatkan maklum
balas daripada pengguna tentang perkara seperti di bawah :
1.6.1 Adakah mesin penggelek dengan teknologi pancutan akan menambah
keberkesanan dan keupayaan semasa membuat garisan bagi padang ragbi dan
bolasepak.
1.6.2 Bagaimanakah kebolehpercayaan instrumen ujian mesin penggelek yang
dihasilkan.
top related