borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pdf fileborang pengesahan status tesis judul :...
Post on 11-Feb-2018
223 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR TAHUN EMPATFAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DALAM MENGUASAIKEMAHIRAN GENERIK
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya NURUL HIDAYAH BINTI TUKIJAN(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap :
NO 11, JALAN ANGGERIK 3, TAMANJOHOR JAYA, 81100 JOHOR BAHRU,JOHOR DARUL TADZIM
Tarikh : _29/04/09________________
_____________________________________(TANDATANGAN PENYELIA)
EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT
Nama Penyelia
Tarikh : ___29/04/09_________________
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”
Tandatangan : ….………………………………
Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT
Tarikh : 29 APRIL 2009
AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI
KEJURUTERAAN ELEKTRIK DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN
GENERIK
NURUL HIDAYAH BINTI TUKIJAN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : NURUL HIDAYAH BINTI TUKIJAN
Tarikh : 29 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku serta ibu mertuaku,
Tukijan bin Santery,Tarmi binti Hj.Tulos,
Rosnah binti Baharom,
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan
jua dan buat allahyarham bapa mertuaku semoga rohnya dicucuri rahmat.
Buat kekanda-kekanda dan anak-anak saudaraku,
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan kekanda semua tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha
mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan adikmu ini.
Buat suamiku yang tercinta,
Mohd. Farzaily bin Hajazi,
Tiada kata seindah bicara yang mampu ayang ucapkan atas segala pengorbanan dan
kesabaran abang selama ini. Hanya ucapan terima kasih dan ayang amat
mencintaimu.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya buat kita
semua.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada
Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En.
Mahyuddin bin Arsat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta
bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pendapat dan berkongsi
pengetahuan dalam menjayakan projek ini. Segala pengalaman dan pengetahuan
yang dikongsi bersama akan diingati untuk meneruskan projek-projek akan datang.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung atau secara langsung kerana sudi memberikan
pandangan, nasihat dan idea dalam menyiapkan kajian ini. Semoga segala bantuan
yang diberikan akan dirahmati oleh Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti amalan yang
dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai
kemahiran generik. Tiga aspek kemahiran generik yang dikaji ialah kemahiran
berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja
berpasukan. Seramai 201 orang pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Elektrik
terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah menggunakan
borang soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Set soal selidik ini
mengandungi 29 item yang dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences versi 11.5. Kajian rintis telah dijalankan di
kalangan 10 orang pelajar tahun tiga dan dua di Fakulti Kejuruteraan elektrik dan
darjah kebolehpercayaan bagi instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah α =
0.80. Analisis data dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan min.
Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan dan keterlibatan pelajar dalam
menerapkan amalan kemahiran generik yang dikaji adalah rendah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify practice among fourth’s year
student Faculty of Engineering Electrical in mastered generic skills. Three generic
skill aspect looked into was communicative skills, problem solving skills and team
working skills. There were 201 fourth year mainstream students who are taking the
course in Faculty of Engineering Electrical at University Technology Malaysia
were contributed to the research. These sets of questionnaires contain 29 item and
the data were analyzed by using Statistical Package for the Social Science’s
software version 11.5. A pilot survey was conducted to test the reliability of the
questionnaires among 10 third year students in Faculty of Engineering Electrical.
The alpha cronbach score was α = 0.80. The data then were analyzed for mean,
frequency, and percentage value. The result of the study showed that the
involvement student and practice student in mastered generic skill was at level low.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
viii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.6.1 Pihak Universiti 10
1.6.2 Pelajar 10
1.6.3 Industri 10
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11
1.8 Istilah Kajian 12
1.8.1 Kemahiran 12
1.8.2 Kemahiran Generik 12
1.9 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kepentingan Kemahiran Generik 15
2.3 Kemahiran-Kemahiran Generik 17
2.3.1 Kemahiran Berkomunikasi 17
2.3.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 18
2.3.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 20
2.3.4 Kemahiran Menggunakan Teknologi 21
2.3.5 Kemahiran Idea Dan Matematik 22
2.3.6 Kemahiran Pengurusan Maklumat 23
ix
2.3.7 Kemahiran Memahami Budaya 24
2.3.8 Kemahiran Merancang Dan Mengelola 25
2.4 Kajian-Kajian Lepas 26
2.5 Penutup 30
3 METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Populasi Kajian 33
3.4 Tempat Kajian 34
3.5 Sampel Kajian 34
3.6 Instrumen Kajian 35
3.6.1 Soal Selidik Bahagian A 35
3.6.2 Soal Selidik Bahagian B 35
3.7 Kajian Rintis 38
3.8 Keesahan Dan Kebolehpercayaan
Soal Selidik 39
3.9 Prosedur Mengumpul Data Kajian 40
3.10 Analisis Data 42
3.11 Penutup 44
x
4 DAPATAN KAJIAN 45
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Bahagian A 46
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2.2 Taburan Bangsa Responden 48
4.2.3 Taburan Kursus Responden 49
4.3 Bahagian B: Amalan Yang dilakukan Dalam
Menguasai Kemahiran Generik 50
4.3.1 Dapatan Kajian Persoalan 1 52
4.3.1.1 Analisa Data Persoalan Kajian 1 53
4.3.2 Dapatan Kajian Persoalan 2 55
4.3.2.1 Analisa Data Persoalan Kajian 2 57
4.3.3 Dapatan Kajian Persoalan 3 59
4.3.3.1 Analisa Data Persoalan Kajian 3 60
4.3.4 Dapatan Kajian Persoalan 4 62
4.3.4.1 Analisa Data Persoalan Kajian 4 64
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 66
4.5 Penutup 68
xi
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 69
5.1 Pendahuluan 69
5.2 Rumusan 70
5.2.1 Rumusan Keseluruhan Kajian 70
5.2.2 Rumusan Latar Belakang Responden 73
5.2.3 Rumusan Keseluruhan Bagi Setiap
Persoalan Kajian 73
5.3 Perbincangan Kajian 74
5.3.1 Sejauhmana Keterlibatan Pelajar
Dalam Menguasai Kemahiran
Generik 75
5.3.2 Mengenal Pasti Amalan Yang
Dilakukan Dalam Menguasai
Kemahiran Berkomunikasi 77
5.3.3 Mengenal Pasti Amalan Yang
Dilakukan Dalam Menguasai
Kemahiran MenyelesaikanMasalah 79
5.3.4 Mengenal Pasti Amalan Yang
Dilakukan Dalam Menguasai
Kemahiran Kerja Berpasukan 81
5.4 Cadangan Tindakan 82
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.5 Penutup 86
Bibliografi 87
Lampiran 91
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 37
3.2 Skala empat mata dan skor 38
3.3 Nilai Alpha Cronbach 39
3.4 Jadual skala empat mata kepada dua mata 43
4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 47
4.2 Taburan Peratusan Mengikut Bangsa 48
4.3 Taburan kursus 49
4.4 Analisa Dapatan Persoalan Kajian 1:
Sejauhmanakah keterlibatan pelajar dalam
menguasai kemahiran generik? 52
4.5 Analisa Dapatan Persoalan Kajian 2:
Apakah amalan yang dilakukan oleh pelajar
kejuruteraan elektrik dalam menguasai
kemahiran berkomunikasi? 55
4.6 Analisa Dapatan Persoalan Kajian 3 :
Apakah amalan yang dilakukan dalam menguasai
kemahiran menyelesaikan masalah? 58
4.7 Analisa Dapatan Persoalan Kajian 4 :
Apakah amalan yang dilakukan dalam menguasai
kemahiran kerja berpasukan? 61
4.8 Taburan Min Secara Keseluruhan Persoalan Kajian 64
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 41
3.2 Julat Nilai Mata Min 43
4.1 Histogram Purata Min bagi Persoalan Kajian 65
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
FKE Fakulti Kejuruteraan Elektrik
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
LPU Lembaga Pengarah Universiti
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
PSM Projek Sarjana Muda
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Packages For Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh Soal Selidik 89
B Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 95
C Pengesahan Soal Selidik 98
D Analisis data SPSS 103
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era globalisasi ini telah mengubah ekonomi negara daripada ekonomi yang
berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian dan kini ekonomi
berasaskan pengetahuan (Aniha Mat Soh, 2003). Dalam usaha menuju ke arah
globalisasi ini, negara perlu membuat pelbagai strategik untuk menghasilkan ekonomi
berdaya saing bermula daripada peringkat yang paling bawah iaitu menghasilkan asset
dalam bentuk sumber manusia yang dikenali asset tenaga pekerja berilmu. Menurut
Ibrahim (2002) dalam Azalya Ayob (2003), tenaga manusia dalam era globalisasi
bekerja dalam alam bersifat “flexitime” dan “self-paced”. Dalam keadaan demikian,
pekerja akan berdepan dengan perubahan mendadak dan berterusan seperti pertukaran
personel, perubahan produk dan penstrukturan semula organisasi.
Kini, peningkatan dalam permintaan oleh majikan adalah terhadap pekerja
yang bertanggungjawab, pekerja yang dapat menangani tugasan mencabar, pekerja
yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan pekerja yang sensitif kepada
keadaan sekeliling. Oleh yang demikian, pekerja-pekerja dalam era globalisasi ini
2
perlu mempelajari nilai-nilai baru termasuklah tentang etika kerja, kepimpinan,
kompetensi dalam teknologi maklumat, hubungan interpersonal dan analitikal. Nilai-
nilai baru yang dinyatakan ini adalah antara elemen yang terkandung dalam kemahiran
generik yang juga dikenali kini sebagai kemahiran insaniah.
Kemahiran generik atau kemahiran insaniah ini adalah penting bagi ekonomi
yang berasaskan pengetahuan untuk menaikkan taraf ekonomi negara. Ini adalah kerana
dengan adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu akan dapat meningkatkan
kapasiti pengeluaran dan seterusnya melahirkan proses keluaran yang baru. Kemahiran-
yang diperlukan ini adalah seperti kemahiran generik contohnya kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran menyesuaikan diri dan keyakinan diri. Tahap kepentingan
kemahiran-kemahiran generik ini bergantung kepada jenis perindustrian. Menurut
Felstead (2002) dalam Mohd Safarin (2004), satu kajian di Britain telah menunjukkan
permintaan yang berbeza di kalangan industri mengenai kemahiran generik.
Dalam artikel Buletin P&P Versi Elektronik Edisi 1 Jun 2004 pula,
menyatakan kemahiran yang meliputi aspek teknikal dan generik merupakan asas
yang paling praktikal dan berkesan dalam reka bentuk, pembangunan dan
perlaksanaan kurikulum sesebuah program akademik. Kurikulum berasaskan
kemahiran-kemahiran ini juga lazimnya digunakan sebagai asas bagi proses
pengiktirafan dan akreditasi oleh badan professional dan juga Bahagian Jaminan
Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Begitu juga di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), setiap subjek yang diajar di UTM menerapkan kemahiran generik.
Secara umunya Universiti Teknologi Malaysia (2007), telah mengariskan beberapa
kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya. Antara
kemahiran tersebut adalah;
i. Kemahiran Berkomunikasi
ii. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
iii. Kemahiran Kerja Berpasukan
3
iv. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
v. Etika dan Moral Profesional
vi. Kemahiran Kepimpinan
vii. Kemahiran Keyakinan Diri
Setiap pelajar-pelajar yang menuntut di UTM secara tidak langsung telah cuba
menerapkan kemahiran-kemahiran generik ini berdasarkan kepada kemahiran yang
telah ditetapkan.
“ Para graduan mesti melengkapkan diri dengan menambah kemahiran seperti
kemahiran generik untuk bersaing di pasaran pekerjaan.”
( Pro-Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah,
petikan dari Skudai Post Online, Rabu 8 September 2004 p.1)
Berdasarkan ucapan Pro-Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan
Idris Shah, beliau berharap semua graduan lepasan UTM perlu melengkapkan diri
masing-masing dari segi kecemerlangan akademik, bernilai di pasaran kerja tempatan
dan antarabangsa, peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara, serba boleh,
berdaya maju dan cekap berkomunikasi untuk memenuhi kehendak majikan dewasa
ini. Hal ini kerana, para majikan kini amat menitikberatkan kemahiran generik atau
kemahiran insaniah semasa membuat pemilihan pengambilan pekerja mereka, untuk
memastikan pekerja mereka mampu memberi sepenuh perhatian dan komitmen
semasa di alam pekerjaan nanti (Hasnah Hussain, 2006).
Kelemahan dalam penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar universiti
telah menimbulkan isu pengangguran yang semakin ketara dewasa ini. Tahap
penguasaan mereka terhadap penguasaan elemen-elemen dalam kemahiran generik
masih lemah. Nur Hafizah (2007) juga menyatakan kebanyakan majikan pada masa ini
memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga
memerlukan kemahiran generik untuk meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat.
Oleh disebabkan itu, kebanyakan sesebuah industri atau syarikat menekankan elemen
4
kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam
kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya dalam pemilihan
pekerja. Ini menunjukkan penerapan kemahiran generik dalam diri seseorang yang
bakal menempuh alam pekerjaan sebagai seorang jurutera khususnya amat penting dan
mereka perlu menyiapkan diri dengan menguasai kemahiran-kemahiran generik yang
bermanfaat untuk dirinya.
Justeru itu, pelbagai usaha untuk menerapkan kemahiran generik di kalangan
pelajar UTM telah giat diusahakan seiring dengan matlamatnya yang sebenar untuk
melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing tinggi. Pengerusi Lembaga
Pengarah Universiti (LPU) juga turut memberi penekanan serta menyokong setiap
program yang berkaitan dengan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar
UTM. Ini bermakna usaha dalam menerapkan kemahiran generik memerlukan
kerjasama dari semua pihak sebagai pemangkin kepada langkah dalam melahirkan
graduan yang cemerlang dan berkualiti.
1.2 Latar Belakang Masalah
Isu ribuan graduan gagal memperoleh pekerjaan membelenggu semua pihak
dan dibincangkan sama ada di peringkat Kementerian, Universiti malah ianya juga
merupakan suatu isu yang sering mendapat perhatian pihak media dan juga
masyarakat umum. Masalah pengangguran di kalangan graduan-graduan bukanlah
perkara baru, ianya membabitkan lulusan Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) dan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) baik dari dalam mahupun luar negara
(Suriani binti Muda, 2008).
5
Persoalannya, mengapakah hal ini masih lagi berlaku pada ketika ini semasa
negara sedang pesat membangun dan amat memerlukan tenaga mahir dan terpelajar
untuk memenuhi kehendak industrinya? Menurut Tengku Mahaleel (2002), antara
punca graduan tempatan gagal dalam temuduga di dalam kebanyakkan syarikat adalah
kerana mereka gagal menyakinkan penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada
diri masing-masing. Selain daripada itu, kegagalan tersebut juga dikatakan atas sebab
calon-calon berkenaan tidak mampu mengeluarkan pemikiran bernas mengenai
pelbagai isu walaupun antara mereka ramai yang mempunyai kelulusan akademik
yang cemerlang. Hal ini kerana kurangnya penguasaan dalam memantapkan diri
dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang merupakan aspek terpenting untuk
majikan mencari pekerja yang berketrampilan dan bijak mengurus atau menyelesaikan
sesuatu masalah.
Kemahiran berkomunikasi juga merupakan kemahiran generik yang paling
penting kepada seseorang graduan dalam menarik perhatian majikan terutama semasa
temuduga dilakukan. Menurut Yg. Bhg. Datuk Naib Canselor UTM Datuk Prof. IR.
Dr. Mohd Zulkifli telah menekankan mengenai pentingnya setiap graduan UTM
menguasai kemahiran generik. antara kemahiran generik yang amat diberi penekanan
oleh majikan adalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berpasukan,
kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya. Kelemahan graduan dalam
menguasai kemahiran berkomunikasi menjadi salah satu punca kegagalan graduan
memperoleh pekerjaan yang baik.
Keadaan seperti yang dinyatakan ini telah memberikan impak yang besar
terhadap keupayaan institusi pengajian/latihan tinggi tempatan dan jika keadaan ini
berlarutan sudah tentu akan menyumbang kepada pembaziran sumber tenaga kerja
negara. Seterusnya akan menjadi satu lagi beban negara sekiranya keadaan ini melarat
menjadi masalah pertambahan pengangguran di kalangan rakyat tempatan.
6
Menurut Hasliza (2002) pula, faktor graduan tidak mendapat tempat di pasaran
kerja adalah kerana tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skills atau kemahiran
generik. Bakal majikan kurang yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama
pada aspek keperibadian, keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kurang
kemahiran menggunakan kemudahan ICT, lemah berbahasa Inggeris dan sebagainya.
Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran generik ini merupakan ciri-ciri
yang amat perlu dikuasai dan difahami oleh setiap graduan yang dikeluarkan oleh IPT.
Disebabkan masalah ini penerapan kemahiran generik amat diperlukan bagi
membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam
dunia pekerjaan kelak.
Hasil kajian dari beberapa negara maju juga telah menunjukkan betapa
pentingnya kemahiran generik pada seseorang pekerja dari perspektif majikan.
Umpamanya di Britain terdapat peningkatan dalam keperluan kemahiran generik pada
setiap majikan iaitu dari 10% pada tahun 1986 kepada 17% pada tahun 2001 (Green,
2001). Kajian tersebut juga menyenaraikan faedah–faedah kemahiran generik pada
seseorang pekerja dari perpektif majikan seperti pekerja tersebut akan optimis,
autonomi pekerja meningkat, mempunyai kemahiran pelbagai, boleh bergerak dari
sektor ke sektor yang lain dan sebagainya.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak terkecuali dalam mengalami arus
perubahan ini. Perancangan dan pembangunan program penerapan kemahiran generik
di kalangan pelajar telah mula dirancang sejak beberapa tahun yang lalu. Pejabat
pengajaran dan pembelajaran menerusi UNIPEN khususnya telah diamanahkan oleh
pihak universiti untuk melaksanakan pelbagai program, bengkel, aktiviti dan
sebagainya bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai. Program pembinaan
atribut graduan UTM dan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar
merupakan antara program yang telah dijalankan bagi menyahut cabaran tersebut.
Berdasarkan program tersebut juga, UTM telah berjaya menyenaraikan atribut
graduan yang sewajarnya dicapai oleh pelajar UTM seperti kemahiran berkomunikasi,
7
bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, fleksibel dan mampu menyesuaikan
diri dan sebagainya.
Kepentingan kemahiran generik ini di kalangan pelajar tidak perlu
dipertikaikan kerana telah diketahui kelemahan dalam menguasainya akan
menyebabkan kewibawaan mahasiswa semakin menurun sekalipun setelah bergelar
graduan yang diakui keintelektualannya. Walaupun begitu, ini tidak boleh dijadikan
punca semata-mata disebabkan kegagalan graduan memperoleh pekerjaan yang setaraf
dengan kelulusan yang diperolehi. Hal ini mungkin disebabkan oleh penerapan
kemahiran generik yang dilakukan oleh pelajar tidak bertepatan atau bersesuaian
dengan kehendak industri ataupun pelajar sebenarnya tidak mengetahui penerapan
kemahiran generik yang sebenarnya diperlukan oleh majikan kini.
Memandangkan masalah yang dihadapi oleh para graduan kini telah
dikenalpasti penyebabnya berdasarkan pada isu-isu yang diutarakan. Oleh itu kajian
ini perlu dijalankan untuk mengetahui sejauhmana keterlibatan pelajar dalam
mengikuti aktiviti serta amalan-amalan yang dapat memberikan latihan sekaligus
menerapan kemahiran generik agar para pelajar dapat bersaing di pasaran kerja kelak
sebagai bakal jurutera yang berilmu pengetahuan serta berkualiti mengikut kehendak
majikan pada masa ini.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Berhubung dengan kemahiran generik ini, beberapa elemen telah dikenalpasti
amat bermanfaat dan bersesuaian dengan kerjaya sebagai jurutera seperti yang telah
diketengahkan oleh pengkaji tentang permintaan kemahiran generik mengikut industri.
Antara elemen kemahiran generik yang dikenalpasti bertepatan dengan kehendak
industri dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berkemahiran dalam teknologi
maklumat, komunikasi, fleksibiliti, bekerja di dalam kumpulan dan berfikiran kritis.
Namun di sini, timbul persoalan tentang amalan yang dilakukan oleh pelajar dalam
menguasai kemahiran generik seperti yang telah dinyatakan. Hal ini kerana,
kebanyakan pelajar tidak mengetahui melalui amalan yang dilakukan dengan
mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di kolej atau universiti sebenarnya mampu
menerapan elemen-elemen kemahiran generik yang bersesuaian dengan permintaan
dari industri walaupun terdapat sebilangan besar daripada pelajar ini telah
menunjukkan minat dan usaha untuk menerapkan kemahiran generik yang bermanfaat
kepada mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai
bagi mengetahui amalan yang dilakukan dalam menguasai kemahiran generik yang
oleh pelajar-pelajar tahun empat kejuruteraan elektrik UTM. Antaranya adalah :-
i. Mengenal pasti keterlibatan pelajar dalam menguasai kemahiran generik
9
ii. Mengenal pasti amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran Berkomunikasi.
iii. Mengenal pasti amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah.
iv. Mengenal pasti amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran kerja berpasukan.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif-objektif kajian yang disenaraikan, terbentuklah
beberapa persoalan kajian yang dikemukan untuk pengkaji mendapat jawapan
pernyataan masalah yang telah dinyatakan di atas. Antara persoalan yang ingin di
utarakan dalam kajian ini adalah :-
i. Sejauhmanakah keterlibatan pelajar dalam menguasai kemahiran generik?
ii. Apakah amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran berkomunikasi?
iii. Apakah amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah?
iv. Apakah amalan yang dilakukan oleh pelajar tahun empat Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dalam menguasai kemahiran kerja berpasukan?
top related