borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · perpustakaan universiti teknologi malaysia dibenarkan...
Post on 15-Mar-2019
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM KEHADIRAN PELAJAR SEKOLAH SECARA
ATAS TALIAN BAGI MODUL PENJAGA
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya ZARIFA BINTI MOHD SIS
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 3 , JALAN DELIMA 2/4,
TAMAN DELIMA 1, 81100
JOHOR BAHRU, JOHOR.
ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN
MEGAT ZAKARIA
Nama Penyelia
Tarikh: 21 APRIL 2010 Tarikh: 21 APRIL 2010
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : ……………………………..
Nama Penyelia : EN. MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT ZAKARIA
Tarikh : 21 APRIL 2010
PEMBANGUNAN SISTEM KEHADIRAN PELAJAR SEKOLAH SECARA
ATAS TALIAN BAGI MODUL PENJAGA
ZARIFA BINTI MOHD SIS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………
Nama Penulis : ZARIFA BINTI MOHD. SIS
Tarikh : 21 APRIL 2010
iii
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
“Buat yang dikasihi dunia dan akhirat..”
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang-Nya penulis telah
dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam pengkhususan Sains Dan
Komputer Serta Pendidikan (Fizik) dengan jayanya. Juga selawat dan salam
buat Rasul junjungan, Muhammad S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Dengan ikhlasnya penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada En Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria selaku
penyelia projek di atas segala tunjuk ajar dan masa yang diluangkan sepanjang
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Jasamu dikenang selamanya.
Tidak lupa juga ibu dan ayah penulis, yang banyak menghulurkan sokongan,
dorongan, kasih sayang, doa, dan segala-galanya dari dulu hingga kini dan
selama-lamanya.
Akhir sekali penulis ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang telah membantu dalam
memberikan tunjuk ajar serta pandangan dalam menghasilkan projek ini secara
langsung atau tidak langsung. Segala jasa kalian moga diberkati oleh yang Maha
Berkuasa.
v
ABSTRAK
Pihak sekolah mengambil peranan dalam mencatatkan kehadiran pelajar ke
sekolah. Namun, rekod ini jarang diketahui oleh ibu bapa atau penjaga.Oleh itu,
tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk membangunkan satu sistem pemantauan
kehadiran pelajar sekolah secara atas talian bagi modul penjaga. Kumpulan sasaran
bagi pengguna sistem ini merupakan ibu bapa pelajar atau penjaga. Sistem ini
membolehkan ibu bapa atau penjaga menyemak rekod kehadiran anak mereka ke
sekolah. Selain itu, sistem ini juga membolehkan ibu bapa memuat naik sijil
ketidakhadiran pelajar ataupun memberi notis kepada pihak sekolah tentang
ketidakhadiran anak mereka. Struktur pangkalan data yang digunakan adalah Stuktur
Pangkalan Data Relational. Enjin penskriptan Active Server Pages(ASP) digunakan
bagi membina laman web dinamik ini dengan menggunakan Internet Information
Services (IIS) server . Perisian yang digunakan bagi membangun sistem atas talian
ini adalah Microsoft Office Access 2003 , Microsoft Office FrontPage 2003 ,
Macromedia Dreamweaver 8 dan Adobe Photoshop CS2. Diharapkan sistem ini
dapat memberikan manfaat khususnya terhadap ibu bapa dan penjaga dalam
memantau kehadiran anak mereka ke sekolah.
vi
ABSTRACT
The school takes part in recording their student’s school attendance.
However, the records are rarely known by parents or guardians. Hence, the purpose
of this project is to develop an online student attendance monitoring system for
guardians. The target users for this system are parents or guardians of students. The
system allows parents or guardians to check the record of attendance of their children
to school. In addition, this system allows parents to upload certificate or to give
notice of student absences to school about their child's absences. The Relational
Database Structure is the structure that has been used for the database. The Active
Server Pages (ASP) scripting engine has been used to build this dynamic website
with Internet Information Services(IIS) server. The softwares used to develop this
online system are Microsoft Office Access 2003, Microsoft Office FrontPage 2003,
Adobe Dreamweaver 8 and Adobe Photoshop CS2. It is hoped that this online
system may provide benefits to parents or guardians in monitoring the presence of
their children to school.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH x
SENARAI SINGKATAN xi
I PENGENALAN PROJEK
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Matlamat 4
1.4 Objektif 5
1.5 Skop 5
1.6 Kepentingan Projek 6
1.6.1 Ibu Bapa dan Penjaga 6
1.6.2 Guru dan Pihak Sekolah 7
1.7 Definisi 7
1.8 Penutup 9
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
viii
2.2 Sistem Pengurusan Kehadiran Sekolah Secara 11
Manual
2.2.1 Penambahbaikan Sistem Pengurusan 14
Sekolah
2.3 Gejala Ponteng Sekolah 15
2.4 Peranan Ibu Bapa dalam Pengawasan Anak 17
2.5 Memperbaiki Hubungan Guru Dan Ibu Bapa 18
2.6 Pengenalan Kepada Sistem 19
2.6.1 Sistem Pangkalan Data 19
2.6.1.1 Kelebihan Pangkalan Data 20
2.6.2 Struktur Pangkalan Data Relational 21
III REKA BENTUK SISTEM
3.1 Pengenalan 22
3.2 Pemilihan Bahasa Penghantar 22
3.3 Pemilihan Perisian 23
3.3.1 Microsoft Office Access 23
3.3.2 Microsoft Office FrontPage 24
3.3.3 Macromedia Dreamweaver 24
3.3.4 Pelayar Web 25
3.3.5 Adobe Photoshop CS2 25
3.4 Active Server Pages 25
3.4.1 Structured Query Language (SQL) 27
3.4.2 ActiveX Data Objects (ADO) 27
3.5 Internet Information Services (IIS) 29
3.6 Perkakasan 29
3.7 Carta alir Pembangunan Sistem 31
IV PEMBANGUNAN SISTEM WEB
4.1 Pengenalan 32
4.2 Pengurusan Fail dan Penyebaran Sistem Web 32
4.3 Perbincagan Persembahan Sistem Web 33
4.3.1 Login Pengguna 33
ix
4.3.2 Halaman Utama 34
4.3.3 Kemaskini Akaun 36
4.3.4 Kemaskini Profail Penjaga 37
4.3.5 Laporan Kehadiran 38
4.3.6 Muat Naik Surat 40
4.3.7 Surat Kenyataan Tidak Hadir 41
4.3.8 Hubungi Kami 42
V KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Masalah dan Kekangan Semasa Pembangunan 44
5.2.1 Masa 44
5.2.2 Kelancaran Sistem 45
5.2.3 Pengetahuan dan Kepakaran 45
5.3 Kekuatan Sistem 45
5.3.1 Mesra Pengguna 46
5.3.2 Tujuan Asal Pembangunan Sistem 46
5.3.3 Perhubungan 46
5.3.4 Maklum Balas 47
5.3.5 Satu Akaun Bagi Setiap Penjaga 47
5.3.6 Kemaskini Maklumat Penjaga 47
5.3.7 Takwim Sekolah 48
5.4 Kelemahan Sistem 48
5.5 Cadangan 48
5.5.1 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran 48
Dalam Pembangunan
5.5.2 Pengujian dan Penilaian Formal Terhadap 49
Sistem
5.5.3 Aplikasi Paparan Semula Surat 49
5.5.4 Memperluaskan Penyebaran Sistem 49
5.6 Penutup 50
RUJUKAN 51
x
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Carta Aliran Hukuman dan Tindakan Terhadap 12
Pelajar Ponteng Sekolah Berturut dan
Tidak Berturut
3.1 Arahan Komponen ADO 27
3.2 Carta Alir Mengakses Pangkalan Data 28
3.3 Carta Alir Pembangunan Sistem Kehadiran 31
4.1 Paparan Login Pengguna 33
4.2 Paparan Pengesahan Pengguna 34
4.3 Paparan Halaman Utama 34
4.4 Sambungan Paparan Halaman Utama 35
4.5 Paparan Kemaskini Akaun 36
4.6 Paparan Kemaskini Profail Penjaga 37
4.7 Sambungan Paparan Kemaskini Profail Penjaga 37
4.8 Paparan Laporan Kehadiran 38
4.9 Sambungan paparan Laporan Kehadiran 39
4.10 Paparan Muat Naik Surat 40
4.11 Paparan penerimaan fail setelah dimuat naik 40
4.12 Paparan Surat Kenyataan Tidak Hadir 41
4.13 Paparan Penerimaan Surat Kenyataan 41
4.14 Paparan Hubungi Kami 42
xi
SENARAI SINGKATAN
ADO - ActiveX Data Objects
ASP - Active Server Pages
CD ROM - Compact Disk Read-Only Memory
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IIS - Internet Information Services
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
OS - Sistem Operasi
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
RMK6 - Rancangan Malaysia Keenam
RRPP - Pancangan Rangka Pembangunan Negara
SSDM - Sistem Salahlaku Disiplin Murid
STUDM - Sistem Tadbir Urus Disiplin Murid
SQL - Bahasa Pertanyaan Berstruktur
BAB I
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di
mana ia mula menampakkan pengaruhnya yang tersendiri di dalam kehidupan
manusia. Teknologi yang wujud ini berupaya untuk menjadi sebuah perantara bagi
penyebaran maklumat seperti pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan
sebagainya (Ho Lip Wah, 2006).
Dengan bertambahnya ledakan perkembangan pesat arus teknologi, sektor
pendidikan juga menerima tempiasnya. Teknologi dalam bidang pendidikan ini dapat
dilihat sama ada dalam bidang pembelajaran atau pengurusan pendidikan. Dengan
peningkatan ini, pihak kementerian tampil dalam meringankan beban guru melalui
pelbagai sistem . Ini dapat dilihat melalui sistem e-sekolah . Sistem ini merangkumi
Sistem Maklumat Murid Berkomputer, Sistem Pengurusan Peperiksaan, Sistem
Merit Demerit, Sistem Pengurusan Kokurikulum, Sistem Pentaksiran Lisan
Berasaskan Sekolah dan Sistem Laporan Adab Belajar (Wikipedia, 2008).
Kementerian juga perlu tampil selangkah lagi dengan meletakkan sistem-sistem ni
secara atas talian bagi capaian yang lebih mudah dan efisyen.
2
Projek yang akan dibangunkan adalah Sistem Kehadiran Pelajar Sekolah
Secara Atas Talian Bagi Modul Penjaga. Ia merupakan sistem yang dibina khas
untuk kegunaan ibu bapa atau penjaga bagi melihat paparan rekod kehadiran pelajar
ke sekolah serta memberi maklum balas.
Selari dengan teknologi yang sedang bergerak rancak, satu perubahan
terhadap sistem kehadiran pelajar perlu diwujudkan memandangkan pengunaan
teknologi yang berleluasa dalam kerja seharian. Kemudahan yang dihasilkan dari
teknologi ini dapat membantu pelbagai pihak dalam menguruskan sesuatu kerja
dengan lebih mudah , sistematik dan lebih efisyen.
Sistem yang akan dibangunkan dapat membantu pelbagai pihak dalam
mengatasi pelbagai permasalahan khususnya kemasukkan dan penyimpanan data .
Di samping itu , ia juga dapat membantu ibu bapa memantau kehadiran anak mereka
ke sekolah. Ini dapat mewujudkan interaksi global antara guru dengan ibu bapa .
1.2 Latar Belakang Masalah
Gejala pelajar ponteng sekolah dewasa ini amat membimbangkan ramai
pihak. Anak-anak bangsa yang ponteng dan melarikan diri ketempat atau pusat yang
tidak sepatutnya memberi gambaran buruk terhadap masyarakat sekeliling, ibu bapa,
guru , sekolah dan pihak kementerian. Malah lebih mudarat lagi, pelajar-pelajar ini
melibatkan diri dalam aktiviti melepak, vandalisme, dadah, judi dan sebagainya.
Remaja yang berperanan sebagai bakal memimpin serta peneraju negara di masa
hadapan pastinya memberi tanda tanya kepada ramai pihak.
Acap kali di akhbar serta media melaporkan peningkatan kes ponteng para
pelajar dan kesannya kepada pelajar dan masyarakat sekitarnya. Terkini, di dalam
Surat Pengurusan Sistem Tadbir Urus Disiplin Murid (STUDM) Untuk Head Count
Kehadiran yang dikeluarkan pada 15 Januari 2010 oleh Pengarah Pelajaran Johor
ada menyatakan bahawa berdasarkan laporan Sistem Salahlaku Disiplin Murid
3
(SSDM) bagi tahun 2009 , bilangan pelajar ponteng di negeri Johor meningkat
berbanding tahun 2008.
Berdasarkan Laporan Dewan Rakyat , Parlimen Kesebelas, Penggal Keempat,
Mesyuarat Kedua , Bilangan 39 bertarikh 9 Julai 2007, Dato' Seri Tiong King Sing
menyatakan dalam mengupas isu disiplin pelajar bahawa:
“ Saya berikan contoh iaitu alamat ibu bapa, sekolah pun tiada. Bila hantar
surat yang mengatakan anak mereka ada masalah disiplin. Saya pernah
sendiri menangkap beberapa orang murid yang ponteng. Saya buka dia punya
beg. Surat semua ada di dalam beg. Ini bermakna dia tidak berikan kepada
ibu bapa. Sepatutnya ini surat mesti mahu hantar kepada ibu bapa, jangan
melalui anak ataupun melalui murid-murid tetapi kita sekarang masalahnya
melalui murid”
Tambahan pula Tuan Teng Boon Soon menambah isu ini dengan
mengatakan:
“ Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sedia maklum, dalam pendidikan anak-
anak kita, pendidikan sekolah dan pendidikan ibu bapa memainkan peranan
yang sama penting tetapi kita dapati ramai ibu bapa yang melalaikan
kewajipan mengasuh anak-anak mereka dan menyerahkan bulat-bulat kepada
pihak sekolah sahaja. Soalan saya, apakah strategi selain daripada yang telah
disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, apakah strategi dan
mekanisme yang sedia ada di Kementerian Pendidikan untuk mengabung
jalinkan usaha ibu bapa dan usaha pihak sekolah supaya mereka berganding
bahu untuk menjayakan pendidikan anak-anak mereka”
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memantau kehadiran anak
mereka ke sekolah dalam rangka mengelakkan gejala ponteng. Tidak adil dan tidak
wajar jika hal ini hanya dibiarkan untuk ditangani oleh pihak sekolah sahaja.
4
Namun begitu , tidak ada cara yang membolehkan ibu bapa mengetahui status
kehadiran anak mereka ke sekolah . Mereka juga tidak mengetahui statistik
kehadiran anak mereka. Mereka hanya dimaklumkan apabila anak mereka tidak
hadir bagi suatu tempoh yang panjang atau sehingga dikeluarkan surat amaran.
Ibu bapa juga sepatutnya diberi kemudahan untuk menyampaikan maklumat
ketidak-hadiran anak mereka ke sekolah secara bertulis dengan lebih cepat. Ini dapat
memudahkan pihak sekolah mengenalpasti pelajar mereka yang ponteng atau cuti
bersebab.
Oleh itu, satu sistem yang membolehkan ibu bapa atau penjaga memantau
kehadiran anak mereka ke sekolah perlu diwujudkan .
1.3 Matlamat
Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem kehadiran bagi
pelajar ke sekolah secara atas talian di mana sistem ini berupaya untuk membantu
pihak sekolah , guru dan ibu bapa menyimpan data kehadiran secara teratur selain
memudahkan ibu bapa mengesan kedatangan anak mereka ke sekolah dengan cara
yang lebih mudah, cepat dan efektif.
5
1.4 Objektif
Objektif yang ingin dicapai melalui pembangunan sistem ini adalah seperti
berikut:
i. Membangunkan satu sistem kehadiran pelajar ke sekolah secara atas
talian bagi modul ibu bapa / penjaga.
ii. Menghasilkan paparan yang membolehkan pengguna (ibu bapa / penjaga)
melihat status kehadiran pelajar ke sekolah dan statistik kehadiran.
iii. Menghasilkan ruangan muat naik surat dan pemberitahuan ketidakhadiran
pelajar.
1.5 Skop
Skop projek yang digariskan dalam membangunkan sistem ini adalah :
i. Sistem yang dihasilkan adalah bagi modul paparan ibu-bapa juga penjaga
sahaja.
ii. Sistem yang dibangunkan merangkumi paparan data kehadiran pelajar ke
sekolah melibatkan penjaga yang mempunyai hubungan dengan pelajar
sahaja.
iii. Sistem merupakan aplikasi atas talian.
6
1.6 Kepentingan Projek
Sistem yang akan dibangunkan merupakan sistem yang berasaskan laman
web yang memberikan kemudahan kepada beberapa pihak.
1.6.1 Ibu Bapa dan Penjaga
Sistem ini dapat membantu ibu bapa untuk memantau kedatangan anak
mereka ke sekolah. Kehadiran anak mereka dapat diketahui setelah guru
memasukkan data kehadiran pelajar ke sekolah.
Statistik kehadiran anak dapat dilihat oleh ibu bapa atau penjaga secara
keseluruhannya. Statistik ini adalah melalui bilangan tarikh hadir dan tidak hadir
pelajar.
Ibu bapa juga boleh memuat naik surat ketidakhadiran anak mereka dan juga
memberikan maklum balas kepada ketidakhadiran anak mereka. Dengan sistem ini,
ia dapat membantu ibu bapa dalam mengawasi kehadiran anak mereka dan justeru itu
ia dapat membantu mengelakkan gejala ponteng.
Ibu bapa atau penjaga juga berupaya untuk memberitahu pihak sekolah
dengan lebih pantas berkenaan ketidakhadiran anak mereka ke sekolah . Dengan ini
akan wujud interaksi antara ibu bapa dan sekolah dalam mewujudkan perhubungan
dua hala yang lebih baik .
7
1.6.2 Guru dan Pihak Sekolah
Sistem ini juga memudahkan guru untuk mengesan ketidak hadiran pelajar
yang melebihi tempoh untuk dikeluarkan surat amaran. Head-count kehadiran juga
dapat dikira terus tanpa perlu perkiraan manual. Kelebihan yang diperoleh dari
sistem ini adalah melalui penyimpanan data kehadiran ke sekolah yang lebih
memudahkan pihak sekolah dan guru dengan cara yang lebih teratur dan sistematik.
Guru juga dapat membina perhubungan yang baik dengan ibu bapa melalui
maklum balas yang diterima. Penyimpanan data ketidak-hadiran pelajar juga boleh
dilakukan dengan lebih efisyen. Ini adalah melalui surat yang dimuat turun atau notis
ketidakhadiran yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga.
Secara keseluruhannya, sistem yang akan dibangunkan merupakan suatu
alternatif bagi pihak sekolah dan juga ibu bapa dalam merekodkan kehadiran pelajar
dan juga mengawasi kedatangan pelajar ke sekolah.
1.7 Definisi
i. Pembangunan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pembangunan bermaksud
perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan,
perkembangan, perkembangan, dan sebagainya). Selain itu ia membawa
maksud usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan
mengembangkan). Dari segi pembangunan sistem ini, penulis ingin
membangunkan suatu sistem aplikasi atas talian yang dapat membantu ibu
bapa dalam memantau kehadiran anak mereka.
8
ii. Internet
Menurut Kamus Dwibahasa Edisi Kedua (2002), Internet adalah
sistem komputer yang mengizinkan berjuta-juta pengguna di dunia untuk
bertukar tukar maklumat. Menurut Hofstetter (2003) pula, Internet merupakan
penyambungan global bagi lebih daripada 109 million buah komputer yang
menggunakan protokol Internet untuk berkomunikasi.
iii. Sistem
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sistem bermaksud
cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan. Sistem di dalam
pembangunan ini merupakan gabungan aturan pengurusan data dengan
perisian komputer yang mampu memproses data secara bermakna.
iv. Ponteng
Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang
munasabah . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ponteng didefinisikan
sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah ini
tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada
keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes seperti sakit, kemalangan
dan sebagainya.
9
1.8 Penutup
Sekolah merupakan suatu institusi pendidikan yang berupaya untuk
membangunkan insan yang bakal memimpin negara. Dengan pembangunan era
teknologi, sekolah juga tidak harus ketinggalan . Pembangunan sistem yang bakal
diwujudkan membolehkan interaksi yang berkesan antara guru-guru , ibu bapa dan
antara ibu bapa dan pelajar. Ia juga diharap membantu pengurusan yang lebih efektif
dan efisyen.
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Pada masa kini, pengunaan ICT dalam pengurusan organisasi semakin
berkembang maju. Ini dapat dilihat melalui pengenalan sistem pengurusan seperti
e-perdagangan, e-pembelajaran yang meletakkan teknologi dan pendidikan setapak
maju kehadapan. Pengunaan teknologi berupaya untuk memudahkan kerja
pengurusan dan pentadbiran bagi sesebuah organisasi dalam mengurangkan bebanan
kerja.
Justeru itu, bagi memantapkan pengurusan kehadiran pelajar ke sekolah , satu
pembangunan sistem atas talian bakal diwujudkan bagi memenuhi kehendak
pengurusan pendidikan dan juga sebagai pemudah cara dan mengurangkan bebanan
kerja guru dan sebagai tatapan informasi kepada komuniti.
Bab ini akan mengungkap permasalahan dalam sistem kehadiran pelajar ke
sekolah secara manual (tradisional) dengan lebih lanjut serta menjelaskan secara
mendalam keperluan sistem ini dalam komuniti persekolahan. Bab ini juga akan
menerangkan secara ringkas pemilihan sistem serta yang berkaitan dengannya bagi
membangunkan sistem atas talian ini.
11
2.2 Sistem Pengurusan Kehadiran Sekolah Secara Manual
Sistem kehadiran pelajar sekolah pada kebanyakkan sekolah adalah secara
manual dengan penandaan pada buku kehadiran pelajar. Guru akan menanda dan
penyemakan secara individu akan dilakukan. Statistik kehadiran harian dan bulanan
kelas juga akan dilakukan secara sendirian oleh guru itu sendiri .
Berdasarkan peraturan kehadiran SMK Bandar Mas,Kota Tinggi (Unit ICT,
2010) melalui laman web mereka, tindakan bakal dikenakan kepada pelajar yang
ponteng. Garis panduan tindakan displin pelajar ponteng adalah seperti rajah berikut:
12
Carta Aliran Hukuman dan Tindakan TerhadapPelajar Ponteng Sekolah Berturut dan Tidak
Berturut
Tidak Hadir
Khidmat kaunselor
Tidak Hadir Hadir
Khidmat kaunselor
Rajah 2.1 : Carta Aliran Hukuman dan Tindakan Terhadap Pelajar Ponteng Sekolah
Berturut dan Tidak Berturut
Carta Aliran Hukuman dan Tindakan Terhadap Pelajar Ponteng Sekolah Berturut dan
Tidak Berturut
Tidak Hadir
Hadir
Khidmat kaunselor
Tidak Hadir Hadir
Khidmat kaunselor
Tidak Hadir Hadir
Khidmat kaunselor
Guru Kelas mengenalpasti pelajar ponteng ponteng pada akhir waktu
pertama
Guru mengemukakan senarai nama pelajar terlibat
GPK HEM kenalpasti pelajar ponteng
1.SURAT AMARAN PERTAMA
3 hari tidak hadir berturut / 10 hari tidak berturut
2.SURAT AMARAN KEDUA
Hari ke 10 tidak hadir berturut/ hari ke 20 tidak berturut
3. SURAT AMARAN TERAKHIR
Hari ke 17 tidak hadir berturut/hari ke 40 tidak berturut
4. SURAT BUANG SEKOLAH
31 hari tidak hadir berturut/ 60 tidak berturut
13
Disini, guru perlu prihatin dengan kedatangan pelajar dan menepati penuh
peraturan yang disediakan. Justeru, adalah menjadi satu kerja tambahan bagi
mengeluarkan surat hasil perkiraan tarikh pelajar ponteng. Ibu bapa juga hanya
termaklum dengan kehadiran anak mereka setelah sekian lama anak mereka ponteng
ke sekolah.
Segala sistem pengurusan kehadiran ini melibatkan pentadbiran pihak
sekolah. Menurut Dwyer ( 1984), pentadbiran dikaitkan dengan tugas mengekalkan
perjalanan sebuah organisasi supaya ia dapat berjalan dengan teratur, kemas dan
tidak kelam kabut. Pihak sekolah seharusnya dibekalkan dengan cara untuk
memudahkan proses menguruskan rekod kedatangan pelajar ke sekolah.
Hussien Mahmod (2008) pula menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa
tugas-tugas pentadbiran ini bercorak rutin, responsif dan kearah menyelesaikan
masalah yang terbit sama ada dari dalam sekolah atau luar sekolah. Di antara tugas-
tugas ini termasuklah mengumpul maklumat, menyimpan rekod, membuat anggaran
belanjawan , menjadualkan tugas-tugas staf serta menempatkan mereka berdasarkan
tugas-tugas tertentu , serta membuat kerja-kerja pengkeranian dan sebagainya. Jelas
Hussien Mahmod (2008) lagi, pengetua seperti ini tidak melakukan sebarang
perubahan di sekolah dari segi fizikal mahupun kurikulum.
Sistem menanda kehadiran yang merupakan suatu rutin harian guru
memerlukan disiplin kerja yang tinggi. Leithwood dan Montgomery (1986)
menyatakan bahawa disiplin kerja adalah salah satu alat untuk mencapai matlamat
sekolah. Ia memerlukan masa dan keefektifan suatu kerja dan kerja yang mudah
adalah lebih mudah bagi objektif itu tercapai. Dengan itu, suatu sistem yang dapat
memudahkan kerja para guru berupaya untuk mencapai matlamat serta objektif
sekolah.
Masalah yang membabitkan kehadiran pelajar dari segi pengurusan adalah
dalam merekod surat akuan cuti bagi guru dan pihak sekolah serta pemberitahuan
ketidak-hadiran pelajar oleh ibubapa atau penjaga. Selain itu , ibu bapa atau penjaga
14
tiada cara mudah untuk mereka mengetahui kehadiran anak mereka ke sekolah. Ibu
bapa seharusnya diberitahu dengan lebih awal seandainya anak mereka tidak hadir ke
sekolah.
2.2.1 Penambahbaikan Sistem Pengurusan Sekolah
Menurut Hussien Mahmood (2008) dalam Rancangan Malaysia Keenam
(RMK6) berhasrat untuk meningkatkan mutu dan dan kecemerlangan pendidikan
melalui tiga matlamat utamanya iaitu meningkatkan keberkesanan pengurusan
pendidikan, meningkatkan mutu dan kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan
lagi peluang mendapatkan pendidikan yang bermutu. Jelas salah satu matlamat
adalah bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pendidikan. Dalam melakukan
perubahan di dalam suatu sistem pengurusan, jika berlaku perubahan sikap, tabiat
dan mengubah cara yang dijalankan oleh sesetengah institusi, maka satu era
percubaan dan pertemuan akan dapat diwujudkan. Dengan cara ini, sebuah institusi
pendidkan boleh maju kerana berlaku proses peningkatan pembelajaran yang lebih
baik hasil penemuan dan sikap inovatif perlu serta mengelakkan daripada
terbelenggu dengan cara atau tindakan yang menjadi amalan .
Disebutkan lagi dalam strategi Rangka Rancangan Pembangunan Pendidikan
(RRPP) 2001-2010 iaitu :
KPM juga akan berusaha meningkatkan pengurusan dan penyenggaraan
perkakasan ICT pada semua peringkat institusi dan meningkatkan kerjasama
dua hala antara institusi pendidikan di KPM dengan masyarakat setempat dan
pihak swasta untuk pembangunan ICT dalam pendidikan.
Berdasarkan Rangka Rancangan Pembangunan Pendidikan (RRPP) 2001-
2010 ini, dapat dilihat bahawa kerajaan sangat dedikasi dalam meningkatkan
pembangunan ICT di dalam pendidikan , tidak terkecuali pengurusan dalam bidang
15
pendidikan. Usaha mereka bukan hanya setakat di dalam komuniti pendidikan sahaja
tetapi meluas kepada masyarakat setempat dan juga organisasi luar.
Melalui penulisan Hussien Mahmod (2008), berdasarkan laporan ia
mendapati sesebuah sekolah mengambil masa selama tiga tahun menjalankan
penambahbaikan sekolah secara berterusan sebelum sekolah itu mencapai tahap
plateau, dan mengambil masa empat atau lima tahun untuk berjaya meningkatkan
keberkesanannya. Walaupun penambahbaikkan terhadap sesebuah sekolah
mnngambil masa yang panjang, namun, ia berupaya untuk memudahkan sesuatu
kerja dan memberi kebaikan kepada semua pihak, khususnya pentadbiran, guru,
pelajar dan ibu bapa.
Terbaru , Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan surat bertarikh 5 Januari
2010 yang memperkenalkan ‘Sistem Head Count Kehadiran Murid ‘. Guru digesa
supaya melaporkan head count kehadiran di setiap sekolah ke PPD atau JPNJ. Pihak
sekolah akan memasukkan tarikh, bilangan pelajar dan bilangan pelajar tidak hadir
secara atas talian. Secara kasar, melalui sistem ini didapati bahawa langkah awal
sistem ini dibangunkan menunjukkan keprihatinan pihak jabatan pelajaran dalam
meningkatkan prestasi akademik dan mengurangkan kegala negatif. Namun, pihak
jabatan juga harus mengambil inisiatif untuk memanjangkan sistem pembangunan
yang dibina bukan sahaja untuk pengetahuan pihak jabatan sendiri, malah kepada ibu
bapa atau penjaga pelajar .
2.3 Gejala Ponteng Sekolah
Kelancaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap disiplin
pelajar di sekolah berkenaan. Disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan
juga imej sesebuah sekolah. Dalam kes disiplin persekitaran sekolah termasuklah
merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah, ponteng kelas, mencuri dan
sebagainya.
16
Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995 (5 Sept. 1995) telah
menjelaskan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang
tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar dan jika pelajar dibiarkan ponteng
sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi tabiat dan amalan, ianya boleh
membawa kesan negatif seperti ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu tindakan yang
sewajar perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah.
Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia
menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar
berlakunya fenomena ini. Perangkaan terkini bilangan pelajar yang terlibat dengan
gejala ponteng sekolah ialah seramai 34,628 orang (Sahrunizam,2004). Meskipun
angka tersebut dianggap kecil berbanding lebih 4 juta bilangan pelajar keseluruhan,
ia tidak boleh dipandang sebelah mata dan dianggap remeh terutama oleh pihak yang
terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan iaitu ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) serta masyarakat keseluruhan.
Permasalahan ponteng ini dapat dilihat melalui Kementerian Pelajaran yang
mengemukakan cadangan supaya Akta Polis , Akta Kanak-kanak dan Peraturan-
peraturan Pusat Hiburan dipinda bagi member kuasa lebih luas kepada pihak polis
dan sekolah dalam mengambil tindakan ke atas pelajar ponteng (Azman,2005).
Masalah ponteng ini juga dapat dilihat pada Oktober 2004 di Setiu apabila
lima puluh peratus pelajar sebuah sekolah ponteng. Tambahan, sebanyak tujuh puluh
enam pelajar dinegeri itu dibuang sekolah sepanjang sembilan bulan pertama tahun
tersebut.
Kerajaan juga telah mengambil langkah tegas dengan mengeluarkan
pekeliling kepada pihak sekolah supaya mengadakan program yang menarik minat
pelajar untuk hadir ke sekolah selepas menghadapi pendidikan (Azman,2005).
Walaupun kerajaan khususnya pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan program yang boleh menarik minat pelajar, namun kes ponteng ini
masih berleluasa.
17
Kekhuatiran bagi masalah ini adalah tatkala gejala ponteng ini disusuli
dengan salah laku disiplin yang lain seperti vandalisme, dadah dan sebagainya. Kes-
kes seperti ini haruslah dielakkan daripada merebak bermula dari institusi
kekeluargaan .
2.4 Peranan Ibu Bapa dalam Pengawasan Anak.
Dalam menangani masalah ponteng, ibu bapa memainkan peranan penting
dalam dalam mengawasi anak mereka ke sekolah.
Kerajaan menegaskan supaya ibu bapa memantau anak mereka.Menurut
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu
menyatakan bahawa tidak adik bagi ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada
guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapalah yang menetukan sama ada anak-
anak terdidik nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan
dengan segala gejala negatif di luar rumah. (Mingguan Malaysia,2006)
Menurutnya lagi dalam Berita Minggu (17 Oktober 2008) , banyak insiden
ponteng yang dikenal pasti kementeriannya mendapati ibu bapa gagal memastikan
anak mereka ke sekolah atau langsung tidak mengetahui di mana anak mereka
berada. Isu disiplin dan ponteng tidak wajar diserahkan kepada guru dan pihak
sekolah sahaja, ibu bapa turut mempunyai peranan.
Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan anak-
anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan juga pada ketiga yang sama selamat
sampai ke sekolah.
Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar anaknya
tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan kompleks membeli belah
jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi pelajar di luar bandar.
18
Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak mereka, kerap berhubung
dengan pihak sekolah, sering bertanyakan rakan anak-anak atau pemandu bas serta
juga perlu selalu melihat apa yang terkandung dalam beg sekolah anak-anak.
Apa yang terkandung di dalam beg sekolah boleh memberi jawapan sama ada
anak ke sekolah atau tidak pada hari berkenaan. Bukti anak ke sekolah boleh dilihat
menerusi buku latihan atau nota yang tentunya mempunyai tarikh sementera dalil
menunjukkan pelajar melencong ke tempat lain ialah adanya 'seragam simpanan'
dalam beg mereka.
Dengan wujudnya sistem kehadiran atas talian ini, ibu bapa berupaya untuk
menyemak kehadiran anak mereka ke sekolah dan terus memaklumkan kepada guru
sebarang pemberitahuan dan permasalahan. Surat menyurat juga boleh dilakukan
terus dengan cara yang sistematik dan tersusun dan mudah dicapai .
2.5 Memperbaiki Hubungan Guru Dan Ibu Bapa
Komunikasi antara guru dan ibu bapa adalah penting bagi meningkatkan
produktiviti anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka. Berger(1983) menyatakan
bahawa:
“It is generally agreed that education in the local public schools can be
achieved best when parents, the community and the schools all work
together.”
Jelasnya, pendidikan di sekolah berkesan apabila ibu bapa, masyarakat
sekeliling dan sekolah bekerjasama. Bebanan guru dan sekolah tidak seharusnya
dilepaskan begitu sahaja. Ibu bapa dan masyarakat seharusnya bekerjasama dalam
memastikan pembangunan pelajar yang sihat. Aktiviti pertukaran maklumat antara
guru dan ibu bapa dapat dapat memperbaiki serta mengeratkan hubungan dan dapat
mengelakkan komunikasi yang terganggu. Hari terbuka yang dilakukan di sekolah-
19
sekolah dapat memperbaiki hubungan ini, namun ia tidak mencukupi. Pertukaran
serta perkongsian maklumat yang lebih kerap perlu dilakukan. Dengan
pemberitahuan melalui capaian mudah atas talian, guru dan ibu bapa dapat
memperbaiki hubungan ini demi kepentingan pelajar.
Berger(1983) juga meringkaskan cara-cara untuk memperbaiki hubungan
untuk memantapkan pendidikan . Antaranya :
i. Komunikasi yang baik.
ii. Memperbanyakkan perbincangan.
iii. Menjemput sukarela.
iv. Merancang hari pertemuan
Secara ideanya , antara elemen utama dalam mencapai keberkesanan
hubungan antara guru, sekolah dan komuniti antaranya termasuklah dengan
mewujudkan perbincangan antara guru dan ibu bapa, lawatan ke sekolah dan
melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.
2.6 Pengenalan Kepada Sistem
2.6.1 Sistem Pangkalan Data
Kehadiran teknologi maklumat membantu penyusunan data dan maklumat
yang dahulunya disimpan dalam almari kabinet . Masalah yang akan timbul tanpa
teknologi maklumat adalah apabila jumlah fail atau rekod bertambah banyak , proses
penyusunan dan penyimpanan semakin sukar dikendalikan. Oleh itu , pangkalan data
berfungsi mengurus serta mengendalikan data-data di dalam sesebuah sistem
pengurusan maklumat (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir,2001)
Pangkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan
untuk mengurus angka-angka dan fakta-fakta. Maklumat tersebut dihubungkaitkan
dengan sesuatu perkara atau tujuan (BPG,2001). Antara perisian sistem pangkalan
20
data yang utama ialah dBase, File Maker Pro, Fox Pro, Oracle SQL, Microsoft
Access dan sebagainya.
Untuk menjadikan data didalam sesebuah pengkalan data bermakna,
pangkalan data haruslah tepat, lengkap dan teratur dimana data boleh dipanggil
kembali dalam format yang diperlukan (Harrington, 1998). Di sini, amatlah perlu
bagi sesebuah pangkalan data itu direka dengan tepat dan tersusun bagi
mengelakkan masalah akibat reka bentuk pangkalan data yang lemah.
2.6.1.1 Kelebihan Pangkalan Data
Sistem pangkalan data mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan
penyimpanan data secara manual(tradisional).
i. Kebolehan untuk mencapai sesuatu data dan maklumat yang dikehendaki
dengan lebih tepat dan pantas.
ii. Meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data,
pengintegrasian dan perkonsian data dan mengurangkan penyelenggaraan
program.
iii. Boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna
seperti dalam susunan abjad atau kriteria lain dengan cepat dan pantas.
iv. Boleh menyenaraikan data mengikut keperluan pengguna,
misalnya dari segi susunan abjad atau kriteria lain seperti tarikh,
tempat dll. Data ini boleh dilhat pada skrin komputer ataupun
dicetak.
v. Boleh dikemaskini dengan mudah.
21
vi. Boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interaktiviti
yang tinggi menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi CD ROM,
internet dan lain-lain.
2.6.2 Stuktur Pangkalan Data Relational
Dalam menyediakan pangkalan data, struktur pangkalan data harus
diwujudkan. Antara struktur yang ada popular wujud ialah Flat File Database,
Relational Database, Hierarchical Database, Network Database dan Object-
Oriented Database.
Walaupun terdapat pelbagai cara untuk menguruskan data dalam pangkalan
data, pangkalan data relational adalah yang paling efektif (Microsoft Corporation,
2010).
Relational Database merujuk kepada satu sistem pangkalan data yang
dibangunkan hasil gabungan pelbagai rangkaian (Harrington,1998). Menurut
Harrington (1998) lagi , dalam set teori mathematik , relation adalah definisi
gabungan jadual (table) antara lajur (column) dan baris (row). Di sini, perkataan
jadual digunakan sinonim dengan relation.
Menurut Jamaluddin & Zaidatun (2001), pangkalan data dibayangkan sebagai
sebuah almari , manakala setiap laci di dalam almari tersebut mewakili jadual, dan
setiap laci menyimpan maklumat yang berbeza. Bagi menghubungkan setiap laci,
satu set maklumat sepadan perlu berada di dalam laci tersebut.
BAB III
REKABENTUK SISTEM WEB
3.1 Pengenalan
Rekabentuk sistem secara atas talian akan diterangkan secara mendalam
menerusi bab ini. Antara yang bakal dikupas dalam bab ini adalah bahasa
penghantar, sistem perisian, perkakasan dan carta alir pembangunan sistem. Segala
aspek yang berkaitan dengan sistem perlu dirancang dan dilakukan secara teliti dan
terperinci. Ini bertujuan untuk mendapat jaminan kualiti yang baik dan efektif serta
memudahkan perancangan bagi membangunkan sistem .
3.2 Pemilihan Bahasa Penghantar
Bahasa penghantar yang akan digunakan dalam sistem kehadiran atas talian
ini ialah Bahasa Melayu . Ini adalah bersesuaian dengan sistem pengurusan sekolah
dan juga merupakan bahasa utama di Malaysia. Pengunaan bahasa melayu sebagai
bahasa penghantar dalam medium pembangunan atas talian ini juga memudahkan
pengguna lain.
23
Namun begitu, sistem ini tidak terikat sepenuhnya dalam bahasa malayu.
Terdapat juga bahasa inggeris yang digunapakai secara meluas di dalam laman
sesawang. Misalnya, istilah email , login dan beberapa istilah yang lebih mudah
difahami daripada ubah alih bahasa.
3.3 Pemilihan Perisian
Subtopik ini akan menerangkan dengan lanjut perisian-perisian yang
digunakan bagi membangunkan sistem kehadiran atas talian ini.
3.3.1 Microsoft Office Access
Microsoft Office Access ialah sebuah perisian pangkalan data secara
elektronik yang berkuasa dalam membantu menyusunatur maklumat mengikut
keperluan melalui pangkalan-pangkalan data. Access adalah satu perisian pangkalan
data yang bersifat RDBMS (Relational Database Management Sistem). Access dapat
menyimpan dan mencapai data/maklumat berdasarkan perhubungan atau perkaitan
yang ditakrif oleh pengguna (BPG,2001).
Pangkalan-pangkalan data ini memudahkan lagi pembentukkan sistem
berkomputer di mana data-data akan disimpan sebagai rekod ke dalam sebuah atau
beberapa jadual (table). Dan hasil-hasil darinya akan membantu meningkatkan mutu
kerja dan produktiviti dimana kerja–kerja boleh dilakukan dengan lebih efektif dan
efisyen.
Microsoft Access mudah diintegrasikan dalam perisian lain yang sering kali
diguna pakai di sekolah seperti Micrososft Word, Microsoft Excel dan sebagainya. Ia
juga boleh digunakan oleh pengguna dari pelbagai aras kemahiran sehingga pada
yang berkemahiran tinggi. Ini sesuai bagi golongan guru .
24
Microsoft Access juga mempunyai keupayaan mengimport dan mengeksport
data dalam berbagai format yang lazim digunakan untuk menyimpan data. Selain itu,
ia memudahkan penyediaan laporan kerana data-data boleh dihubungkan dengan
program Windows yang lain.
Walaubagaimanapun, Microsoft Access merupakan perisian pangkalan data
dalam kategori desktop database pakej yang juga perisian sistem pangkalan data
berskala kecil (Jamaluddin & Zaidatun, 2001).
3.3.2 Microsoft Office FrontPage
Microsoft FrontPage adalah perisian membina serta menguruskan tapak web
(Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail ,2002). Ia merupakan penyunting laman web
yang direka khas untuk membina dokumen yang dipaparkan dalam Internet.
Microsoft FrontPage ini berupaya untuk mengedit aturcara dengan lebih mesra
pengguna.
3.3.3 Macromedia Dreamweaver
Dreamweaver merupakan sebuah editor WYSIWYG (What you see is what
you get), yang bermakna seseorang boleh membuka Dreamweaver, menaip,
menyimpan sebagai HTML dan menatap dalam pelayar web (Zak Rulvalcaba, 2003)
Editor ini berfungsi sebagai menyediakan paparan atas talian .Selain itu, ia
juga berfungsi bagi menghasilkan laman web interaktif menerusi kemudahan yang
disediakan dengan lebih mudah dan pantas berbanding dengan menggunakan kaedah
pengunaan bahasa skrip.
25
3.3.4 Pelayar Web
Mozilla Firefox 1.0 atau Internet Explorer 6.0 dan keatas merupakan aplikasi
sesawang bagi membolehkan pengguna melihat paparan semasa dan sebelum dimuat
naik ke atas talian. Pelayar web ini juga adalah untuk membolehkan pembangun
melihat perjalanan sistem melalui http://localhost .
3.3.5 Adobe Photoshop CS2
Dalam pembangunan sistem kehadiran atas talian ini, tidak banyak elemen
multimedia khususnya grafik yang perlu dimasukkan ke dalam web. Namun begitu,
untuk mengelakkan sistem atas talian yang membosankan, sedikit sahaja elemen
grafik dimasukkan ke dalam web. Perisian Adobe Photoshop CS2 digunapakai bagi
membina grafik-grafik dalam sistem ini.
3.4 Active Server Pages (ASP)
ASP ialah pembangunan aplikasi web yang dikeluarkan oleh Microsoft bagi
membolehkan pengaturcara membina laman web dinamik , aplikasi sesawang dan
juga servis sesawang (Wikipedia).
ASP ialah bahasa skrip sebelah pelayan web yang mengandungi atur cara
bagi memaparkan maklumat yang bersifat dinamik (Mohd Shahizan et al,2006). Oleh
sebab ASP merupakan pengaturcaraan sebelah pelayan, maka ASP dapat bekerja
pada semua pelayar web seperti Microsoft Internet Explorer, Netscape Navigator dan
Opera .
ASP boleh dihasilkan dengan menggunakan bahasa skrip seperti
VBScript,Jscript dan Javascript. Kod atau skrip ASP boleh dibina menggunakan
26
perisian Notepad atau dengan menggunakan sistem sokongan perisian lainnya seperti
Homesite, Microsoft Visual Indev, Adobe Dreamweaver CS3 dan sebagainya.
ASP merupakan pilihan yang dicadangkan memandangkan ianya lebih
mudah diuruskan dan dipelajari. ASP juga merupakan teknologi yang sewajarnya
diberi perhatian bagi mereka yang bekerja dalam sistem persekitaran Windows.
(Jamaluddin & Zaidatun, 2002).
Untuk membolehkan pembangunan skrip ASP ini, komputer perlulah
bertindak sebagai server atau sistem pelayan. Oleh itu , perisian Microsoft Internet
Informational Server (IIS) perlu digunakan .
Dalam membangunkan serta mengekalkan laman web yang dinamik dan
interaktif serta berupaya untuk mengakses pangkalan data bagi enjin perskriptan ASP
ini, pembangun juga perlu mempunyai asas dalam SQL (Structured Query
Language) dan ADO (ActiveX Data Objects).
27
3.4.1 Structured Query Language (SQL)
Satu bahasa yang dihasilkan dari pembangunan model data hubungan adalah
Bahasa Pertanyaan Berstruktur atau singkatannya SQL (Structured Query
Language). Berdasarkan Rahmat Hidayat (2007) , sebagai satu bahasa, SQL
mempunyai dua komponen iaitu:
i. Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language) untuk mentakrifkan
struktur pangkalan data. Create Table adalah bagi membuat jadual pangkalan
data yang baru, Alter Table bagi mengubah struktur jadual yang sudah ada ,
Drop Table berfungsi untuk menghapuskan jadual manakala Create membuat
indeks secara pencarian kunci dan Drop Index untuk menghapuskan indeks.
ii. Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation Language) adalah untuk
mencapai dan mengemaskini data. Select bagi mengekstrak bahagian-
bahagian data yang perlu ditampilkan, Update bagi menegemaskini dan
mengubah data , Delete, menghapuskan data dan Insert Info bagi meletakkan
data baru ke dalam jadual.
3.4.2 ActiveX Data Objects (ADO)
ADO atau ActiveX Data Objects dikenali juga sebagai Komponen Pelayan
ActiveX. Komponen pelayan Active X diperlukan bagi mencapai pangkalan data dan
juga program lain (Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail 2002). Komponen pelayan
ActiveX ini digunakan dalam laman ASP dengan menaip arahan seperti rajah di
bawah:
Set Conn = Server.CreateObject (“ADODB.Connection”)
Rajah 3.1: Arahan Komponen ADO
28
Arahan ini akan menyebabkan pelayan memanggil komponen pelayan
ActiveX.
ADO menyediakan tiga objek utama yang digunakan untuk berinteraksi
dengan pangkalan data iaitu The Connection object, The Recordset object dan The
Command object (Keith Morneau dan Jill Batistick,2001). The Connection object
menyediakan pembangun dengan antaramuka untuk sambung ke sumber data. The
Recordset object pula memberikan antara muka yang menghantar query
menggunakan SQL dan memberikan hasil query. Manakala The Command object
pula memberikan antaramuka untuk menghantar query dan menerima keputusan .
Langkah-langkah bagi mengakses pangkalan data dari muka ASP menurut
Refsnes Data adalah seperti carta alir di bawah:
Rajah 3.2 : Carta alir mengakses pangkalan data
Membuka sambungan pangkalan data
Membina ADO recordset
Membuka recordset
Mengekstrak data yang diperlukan dari recordset
Menutup recordset
Menutup sambungan
Membina sambungan ADO ke pangkalan data
29
3.5 Internet Information Services
Microsoft Internet Information Services merupakan satu set bagi
perkhidmatan berasaskan Internet untuk pelayan menggunakan Microsoft Windows.
Ariel G. Saputra (2009) menyatakan bahawa ASP idealnya berjalan di dalam mesin
dengan platform Microsoft, Internet Information Server (IIS) adalah web server
bawaan Microsoft Windows dan diedarkan pada aplikasi OS Windows, di dalam
web server inilah skrip ASP berfungsi dengan paling baik.
3.6 Perkakasan
Perkakasan merupakan komponen utama dalam membangunkan sistem selain
perisian. Ia terbahagi kepada dua iaitu perkakasan bagi pembangunan sistem dan
perkakasan bagi paparan sistem atas talian.
Perkakasan bagi pembangunan sistem:
Pemprosesan : Intel Pentium III Processor atau bersamaan +800 Mhz
Ingatan Utama : 256 MB Ram
Ruangan Storan : 30 GB
Resolusi : 1024 x 768
Peranti Input : Papan kekunci dan Tetikus
Akses Tambahan : Kemudahan Internet
30
Perkakasan bagi paparan atas talian:
Pemprosesan : 486 X 25 Mhz
Ingatan Utama : 8MB Ram
Ruangan Storan : 1.2 GB
Resolusi : 640 x 480
Peranti Input : Papan kekunci dan Tetikus
Akses Tambahan : Kemudahan Internet
31
3.7 Carta Alir Pembangunan Sistem
Menu
Edit Profail
Muat naik
surat
Notis
ketidakhadiran
Profail akaun
Papar Profail
Login
Papar Laporan
Profail penjaga
Edit Profail Papar Profail
Papar
Hubungi
Kami
Rajah 3.3 : Carta alir Pembangunan Sistem Kehadiran
Statistik
Papar Surat yang
telah muat naik
Papar terima notis
BAB IV
PEMBANGUNAN SISTEM WEB
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai pembangunan sistem kehadiran
secara atas talian yang berjaya dihasilkan oleh pembangun. Sistem ini telah dibina
menerusi beberapa peringkat pengubahsuaian dan pengaturcaraan yang rapi oleh
pembangun. Sistem atas talian ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar .
4.2 Pengurusan Fail dan Penyebaran Sistem Web
Pada peringkat awal fasa pembangunan sistem laman web ini, pengkaji telah
mengumpulkan data-data yang bersesuaian dengan sistem kehadiran untuk
dimasukkan ke dalam sistem pangkalan data . Pangkalan data ini dihasilkan daripada
perisian Microsoft Office Access 2007. Enjin penskriptan yang digunakan adalah
Active Server Pages (ASP). Setelah sistem berjaya dibangunkan , kini sistem
diletakkan pada atas talian. Sistem kehadiran ini dapat dilihat di alamat
http://jmp2.fp.utm.my/student/zarifa/default.asp
33
4.3 Perbincangan Persembahan Sistem Web
Subtopik bab ini akan membincangkan persembahan antaramuka yang
terdapat di dalam sistem pembangunan laman web ini. Antara antaramuka yang akan
dibincangkan ialah Login Pengguna, Halaman Utama,Kemaskini Akaun , Kemaskini
Profail Penjaga, Laporan Kedatangan, Muat Naik Surat, Surat Kenyataan Tidak
Hadir , dan Hubungi Kami.
4.3.1 Login Pengguna
Login Pengguna merupakan halaman pertama yang akan diakses oleh
pengguna. Terdapat dua login iaitu admin dan penjaga. Penjaga merupakan modul
utama bagi pembangunan sistem ini.
Rajah 4.1 : Paparan Login Pengguna
34
Rajah 4.2 : Paparan Pengesahan Pengguna
4.3.2 Halaman Utama
Selepas berjaya untuk memasuki sistem, pengguna akan ke paparan utama
laman.
Rajah 4.3 : Paparan Halaman Utama
35
Rajah 4.4 : Sambungan Paparan Halaman Utama
36
4.3.3 Kemaskini Akaun
Kemaskini akaun merupakan laman di mana pengguna (penjaga) boleh
menukar maklumat akaun seperti email dan juga katalaluan bagi tujuan keselamatan
data.
Rajah 4.5 : Paparan Kemaskini Akaun
37
4.3.4 Kemaskini Profail Penjaga
Segala butir penjaga akan dipaparkan di muka ini. Penjaga boleh
mengemaskini maklumat butir diri mereka terhadap sebarang perubahan.
Rajah 4.6 : Paparan Kemaskini Profail Penjaga
Rajah 4.7 : Sambungan Paparan Kemaskini Profail Penjaga
38
4.3.5 Laporan Kehadiran
Laporan bagi kehadiran pelajar akan dipaparkan dalam muka ini. Penjaga
dapat mengenalpasti kehadiran anak mereka dalam muka ini. Bagi penjaga yang
mempunyai anak yang belajar di sekolah lebih dari seorang, maka, laporan kesemua
bilangan anak akan dipaparkan dalam laman ini.
Rajah 4.8 : Paparan Laporan Kehadiran
39
Rajah 4.9 : Sambungan Paparan Laporan Kehadiran
40
4.3.6 Muat Naik Surat
Surat , sijil kesihatan dan segala dokumen ketidakhadiran pelajar boleh
dimuat naik dalam sistem ini.
Rajah 4.10 : Paparan Muat Naik Surat
Rajah 4.11 : Paparan Penerimaan Fail Setelah Dimuat Naik
41
4.3.7 Surat Kenyataan Tidak Hadir
Penjaga juga boleh menulis notis ketidakhadiran anak mereka ke sekolah.
Rajah 4.12: Paparan Surat Kenyataan Tidak Hadir
Rajah 4.13: Paparan Penerimaan Surat Kenyataan
42
4.3.8 Hubungi Kami
Hubungi kami merupakan bantuan bagi penjaga yang berhadapan dengan
masalah semasa mengakses laman web ini.
Rajah 4.14 : Paparan Hubungi Kami
BAB V
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Perkara utama yang dititikberatkan semasa membangunkan sistem ini ialah
bagi kemudahan ibu bapa untuk mengetahui status kehadiran anak mereka ke sekolah
serta memudahkan ibu bapa memaklumkan kepada pihak sekolah ketidakhadiran
anak mereka ke sekolah . Sistem ini juga adalah sebagai salah satu langkah untuk ibu
bapa mengawasi anak mereka serta mengatasi gejala ponteng di kalangan pelajar
sekolah. Di samping itu, ibu bapa juga dapat membina perhubungan baik dengan
guru demi kebaikan pelajar itu sendiri.
Sistem kehadiran atas talian ini dilihat berkebolehan dalam membantu
pengurusan pihak sekolah . Dari modul yang dibangunkan ini, ibu bapa dapat
membantu pihak sekolah dalam mengatasi gejala negatif yang berasal dari gejala
ponteng sekolah.
Dalam membangunkan sistem ini, pelbagai aspek diambil kira dari segi mesra
pengguna, literasi penjaga dalam aplikasi laman web serta kebolehan penjaga untuk
memeberi respon terhadap aplikasi atas talian. Namun begitu, usaha membangunkan
satu sistem yang menepati segala aspek yang digariskan dan bersesuaian dengan
kehendak dan citarasa pengguna bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat pelbagai
44
faktor yang menjadi kekangan dalam membangunkan sistem ini. Antara faktor
tersebut ialah kekangan dari aspek masa,teknikal, kepakaran dan sebagainya.
Oleh yang demikian, bab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut faktor-
faktor yang menjadi kekangan semasa membangunkan sistem in. Selain itu, bab ini
juga menyentuh kelebihan dan kekurangan sistem yang telah dibangunkan .
Cadangan untuk meningkatkan tahap kualiti sistem untuk pembangunan masa depan
juga dikupas di dalam bab ini .
5.2 Masalah dan Kekangan Semasa Pembangunan
Dalam menghasilkan sebuah sistem yang menepati kehendak pengguna
seperti mesra pengguna, efektif dan menarik, pelbagai aspek diambilkira.Namun,
terdapat juga halangan yang terpaksa dihadapi oleh pembangun semasa membina
sistem ini seperti kepakaran, masa dan kelancaran sistem.
5.2.1 Masa
Masa merupakan antara kekangan utama dalam perjalanan proses
pembangunan sistem ini. Hal ini sebenarnya berkaitan dengan kepakaran dalam
pengendalian pembangunan sistem ini.
Kebanyakkan masa diperuntukkan dalam mendapatkan maklumat dalam
membangunkan sistem ini, memahirkan diri dalam sistem-sistem bagi tujuan
pembangunan dan mencari kod-kod program yang sesuai .Disebabkan literasi
pengaturcaraan ASP yang kurang pada pembangun ,banyak masa digunakan dalam
kaedah cuba jaya bagi mendapatkan hasil atau paparan yang diperlukan.
45
5.2.2 Kelancaran Sistem
Dalam membangunkan sistem ini, pelbagai ilmu harus diperolehi .
Pembangun sistem ini harus mengetahui dengan lebih lanjut tentang pangkalan data
atau Microsoft Access yang rata-rata digunakan di sekolah, namun tiada dalam
silibus fakulti. Pembangun juga harus mendalami ilmu bahasa penskriptan ASP dan
mempelajarinya sendiri serta dibantu oleh penyelia. Selain itu,asas dalam
pengetahuan bahasa pengaturcaraan Javascript dan Virtual Basic amat diperlukan .
5.2.3 Pengetahuan dan Kepakaran
Kepakaran dan pengetahuan dalam membina sistem ini amat penting bagi
memastikan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi dan menepati segala aspek
yang dikehendaki. Justeru, pengetahuan dari segi teori sehingga aplikasi
amat diperlukan supaya aliran sistem tersusun dan sistematik.
Dalam membangunkan sistem ini, kaedah cuba dan jaya sering digunakan
dalam penghasilan sistem. Kurangnya kepakaran dalam pembinaan sistem ini
melambatkan proses pembangunan sistem kehadiran atas talian ini.
5.3 Kekuatan Sistem
Walaupun terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi semasa membina
sistem ini, namun terdapat juga kelebihan dan keistimewaan yang didapati
daripadanya.
46
5.3.1 Mesra Pengguna
Sistem atas talian ini merupakan satu sistem yang mesra pengguna. Tidak
banyak navigasi yang perlu diterokai oleh pengguna dan sindrom “sesat ” tidak
mungkin terjadi. Segala keperluan pengguna boleh diperolehi daripada pautan sisi
yang telah disediakan.
Dari antaramuka skrin, dapat dilihat bahawa sistem ini kemas dan tidak
berlaku pertindihan grafik yang banyak. Oleh itu, web ini tidak memerlukan masa
yang panjang untuk dipaparkan.
5.3.2 Tujuan Asal Pembangunan Sistem
Dari tujuan asal pembangunan sistem ini, kelebihan sistem ini adalah dari
tujuan asal oembangunan sistem itu sendiri. Dengan membangunnya sistem ini, ia
dapat membantu ibu bapa melihat status kehadiran anak mereka. Jika terdapat
sebarang masalah seperti kes ponteng atau penculikan dapat ditangani dengan segera.
Ibu bapa juga terlibat sama dalam pembangunan sahsiah pelajar dalam mengelakkan
gejala yang tidak sihat .
5.3.3 Perhubungan
Ibu bapa atau penjaga berupaya untuk mengemaskini data mereka jika
terdapat sebarang perubahan alamat, no telefon atau pekerjaan. Ini memudahkan
pihak sekolah berhubung dengan ibu bapa atau penjaga jika terdapat sebarang
masalah.
47
5.3.4 Maklum balas
Ibu bapa atau penjaga juga berupaya untuk memberi maklum balas keatas
ketidak hadiran pelajar ke sekolah secara terus-menerus, pantas dan mudah. Ini
dibenarkan melalui dua cara, sama ada memuatnaik surat seperti surat cuti sakit atau
surat kematian serta memberi notis ketidakhadiran anak mereka secara atas talian
kepada sekolah.
Melalui cara ini juga, kehilangan data dari penggunaan kertas dapat dielakkan
dan data lebih tersusun dan sistematik.
5.3.5 Satu Akaun bagi Setiap Penjaga
Kebiasaannya, seorang penjaga memerlukan satu akaun bagi setiap anak.
Bagi sistem ini, seorang penjaga hanya memerlukan satu akaun bagi sebilangan anak
mereka dalam sesebuah sekolah. Dengan ini, penjaga tidak perlu untuk login dan
sign out beberapa kali untuk mengakses kehadiran setiap anak mereka. Laporan
kehadiran anak mereka tersedia dalam satu laman.
5.3.6 Kemaskini Maklumat Penjaga
Pertukaran nombor untuk perhubungan, alamat malah pekerjaan didapati
amat sukar dikemaskini oleh penjaga dan ibu bapa. Hal ini bakal mendatangkan
masalah kepada pihak sekolah jika berhadapan dengan sebarang kecemasan. Oleh
itu, sistem ini membolehkan ibu bapa untuk mengemaskini data mereka sejurus
selepas perubahan data bagi makluman pihak sekolah.
48
5.3.7 Takwim Sekolah
Bagi mewujudkan ibu bapa yang lebih prihatin terhadap aktiviti di sekolah,
menu utama laman ini dilengkapi dengan takwim sekolah. Takwim ini juga dapat
membantu ibu bapa menyelia jadual mereka contohnya seperti Mesyuarat PIBG,
ujian sekolah, peperiksaan sekolah, hari sukan dan sebagainya.
5.4 Kelemahan Sistem
Walaupun sistem ini mempunyai kelebihan, namun terdapat juga kelemahan
dalam sistem ini. Sistem atas talian yang baik haruslah dinilai oleh pihak sekolah,
guru serta ibu bapa. Namun sistem ini hanyalah berasakan laporan sahaja.
5.5 Cadangan
Dalam usaha membangunkan sistem yang lebih baik, berkualiti dan efisyen,
beberapa cadangan bakal diusulkan .
5.5.1 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran dalam Pembangunan
Untuk menghasilkan suatu sistem yang bermutu, penguasaan dan
kepakaran dalam perisian yang digunakan amat penting. Sebagai contoh, perisian
yang mesra pengguna memerlukan banyak aplikasi dan hanya orang yang
mempunyai kepakaran sahaja mampu menghasilkannya. Tambahan lagi, pembangun
juga perlu menguasai bahasa pengaturcaraaan dengan lebih mendalam. Dengan cara
itu, pembangun boleh mengenal pasti kelebihan dan kelemahan setiap bahasa
pengaturcaraan yang digunakan.
49
5.5.2 Pengujian dan Penilaian Formal Terhadap Sistem
Bagi memastikan suatu perisian itu dapat digunakan oleh pengguna dengan
efektif dan berkesan, pengujian dan penilaian perlu dilakukan bagi mengenal pasti
segala kebaikan dan kelemahan perisian dan seterusnya membolehkan pembangun
membaik pulih sistem kepada yang lebih mesra pengguna dan bermutu tinggi.
5.5.3 Aplikasi Paparan Semula Surat
Dalam meningkatkan kualiti sistem kehadiran ini, paparan semula surat dapat
memudahkan ibu bapa untuk merujuk kembali surat yang telah dihantar kepada
sekolah. Ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan sistem .
5.5.4 Memperluaskan Penyebaran Sistem
Seperti yang diketahui, masyarakat dunia menuju kearah sistem pengurusan
yang lebih sistematik, teratur serta mudah dicapai. Justeru, dengan memperluaskan
lagi sistem ini, ia berupaya membantu pentadbiran skolah, guru serta ibu bapa dalam
urusan pentadbiran dan juga membendung masalah sosial yang negatif.
Sejajar dengan usaha Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengenalpasti
kehadiran pelajar di setiap sekolah, dengan perluasan sistem ini, data yang lebih tepat
dan mudah dapat diperolehi. Bukan hanya pada bilangan pelajar, pihak jabatan juga
boleh mengenalpasti pelajar yang tidak hadir.
50
5.6 Penutup
Pembangunan sistem atas talian yang berkualiti memerlukan komitmen dan
kesungguhan yang tinggi dalam pelbagai aspek. Segala ilmu yang dipelajari telah
diaplikasikan dalam menghasilkan sistem ini. Justeru, diharap dengan adanya sistem
atas talian ini menjadi satu alternatif yang boleh membawa kepada kemajuan
pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Disamping itu juga, sistem ini juga diharap boleh memulihkan gejala negatif.
Ianya juga dapat membantu ibu bapa mengambil tahu aktiviti anak mereka di luar
rumah .
Perhubungan antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam mendidik
seorang pelajar.Maklum balas dan pertukaran pendapat antara guru dan ibu bapa
yang baik dan pantas dapat membantu proses perkembangan pelajar.
Akhir sekali, diharap pengguna berpuas hati dengan sistem yang telah
dibangunkan.
51
RUJUKAN
Ariel G. Saputra (2009).Classic ASP Tutorial Series. Bagian I. Pengenalan .
Akses pada Januari 23, 2010 dari: http://asp.web.id/asp-tutorial-
pengenalan.html
Azman Ismail (2005,24 Disember). Kementerian syor pinda Akta Polis tangani
pelajar ponteng. Utusan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru (2001).Modul 8: Pangkalan Data Bank Item. Akses
pada September 1, 2009 dari: http://www.tutor.com.my/tutor/bpg/
content.asp?sec=Modul&sub=tmkpnp&i=M8& p=e
Berger.E.H (1983). Beyond The Classroom. England:MOSBY . 39.
Dewan Rakyat Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Kedua, Bil.39
(2007, 9 Julai) dari: www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-09072007.pdf
Dwyer,D.C (1984).”The search for Instructional Leadership: Routines and Subtitles
in The Principal’s Roles”. Educational Leadership, 41(5).3-8.
Hal Ehwal Pelajar (2010) Kehadiran.Akses pada Oktober,5 2009 dari:
http://www.sripermata.edu.my/kehadiran.php
Hofstetter, F. T. (2003). Internet literacy. 3rd ed. New York: McGraw-Hill Higher
Education.
Ho Lip Wah (2006. Pengaruh Teknologi Maklumat Ke Atas Kehidupan Di Bandar.
Akses pada Oktober 5, 2009 dari :
http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information%20Technology.html
52
Hussien Mahmod (2008). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah :
Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Iskandar Ab Rashid , Zaitun Ismail (2002). Siri XP: Microsoft FrontPage 2002.
Kuala Lumpur: Venton.3.
Jabatan Pelajaran Johor (2010). Surat: Pengurusan Sistem Tadbir Urus Disiplin
Murid(STUDM )Untuk Head Count Kehadiran.
Jamaluddin Harun & ZaidatunTasir( 2001). Menguasai Perisian Pangkalan Data
Microsoft Access XP Siri 1. Kuala Lumpur: Venton.
Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir( 2002) Menguasai Perisian Pangkalan Data
Microsoft Access XP Siri 2. Kuala Lumpur: Venton.
Kamus Dewan (1996). Edisi ke-3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dwibahasa (2002).Edisi Ke-2.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keith Morneau dan Jill Batistick (2001). Active Server Pages . Cambridge :
Thomson Learning .165.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995
(5 Sept. 1995.) Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia . Ringkasan Rancangan Pembangunan
Pendidikan 2001-2010. Akses pada Ogos, 17 dari:
http://www.digitalibrary.my/ dmdocuments/malaysiakini/746_Ringkasan%
20Pembang unan%20 Pendidi kan%202001-2010.pdf.
53
Leithwood, K.A dan Montgomery,D.J (1986). Improving Principal Effectiveness:
The Principal Profile.Toronto : OISE Press
Lima puluh peratus pelajar sebuah sekolah ponteng.(2004, 15 Oktober ).
Utusan Malaysia.
Microsoft Corporation (2010). Relational Database Components . Akses pada
Februari 7, 2010 dari: http://msdn.microsoft.com/en-us/ library/
aa174501%28SQL.80%29.aspx
Mohd Shahizan, Suraya, Syed Norris dan Lizawati (2006). Pembangunan Aplikasi
Web Menggunakan ASP Active Server Pages. Skudai: Penerbit UTM.
Open Universiti Malaysia. Unit 1:Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL) . Akses pada
September 6,2009 dari : http://fatekma.uthm.edu.my/zamri/ TutorialIT/
DatabaseImplementation/Bab%201.pdf
Pantau anak-anak untuk elak ponteng. (2006,23 April). Mingguan Malaysia.
Rahmat Hidayat (2007). Pengenalan SQL. Akses pada Ogos 20, 2009 dari :
http://rahmat.polinpdg.ac.id/content/view/62/64/
Refsnes Data. ADO Introduction . Akses pada Ogos 13, dari:
http://www.w3schools.com/ado/ado_intro.asp
Rulvalcaba.Z (2003). Macromedia Dreamweaver 4 : Panduan 10 minit. Kuala
Lumpur: Federal Publications.
Sahrunizam Abdul Talib (2004). Mengesan Ciri- ciri Pelajar Ponteng Sekolah.
Akses pada Ogos 17, 2009 dari: http://www.mypendidik.net/portal/
modules.php?name=News&file=article&sid=4
54
Suasana pembelajaran punca ponteng sekolah (2004,17 Oktober). Berita Minggu.
Unit ICT (2010). Kempen Membasmi Ponteng Dan Salah Laku. Akses pada
Januari 2, 2010 dari : http://www.smkbandarmas.edu.my/ basmi_ponteng.htm
Wikipedia. Active Server Pages. Akses pada September 1, 2009 dari:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Active_Server_Pages
Wikipedia,2008. E-sekolah. Akses pada September 15, 2009 dari:
http://ms.wikipedia.org/wiki/E-Sekolah
top related