borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file1. tesis adalah hakmilik universiti teknologi...
Post on 07-Mar-2019
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya MOHD ZULHILMI BIN AB KADIR
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2007
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
♦
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
TAHAP KEBERKESANAN USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN
OLEH ANGGOTA-ANGGOTA BENGKEL POLIS MARIN
CAWANGAN SELATAN,JOHOR DALAM MENINGKATAN
KEMAHIRAN MEMBAIKI ENJIN KAPAL
(HURUF BESAR)
PROF DR MUHAMMAD RASHID BIN
RAJUDDIN
Nama Penyelia
PEJABAT FELDA BUKIT ROKAN,
73200 GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)”
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penyelia : PROF. DR MUHAMMAD RASHID BIN RAJUDDIN
Tarikh : 30 APRIL 2008
TAHAP KEBERKESANAN USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH
ANGGOTA-ANGGOTA BENGKEL POLIS MARIN CAWANGAN SELATAN
DALAM MENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBAIKI ENJIN KAPAL
MOHD ZULHILMI BIN AB KADIR
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penulis : MOHD ZULHILMI BIN AB KADIR
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Kepada ayahandaku Ab Kadir Bin Ab Razak Ab Kadir Bin Ab Razak Ab Kadir Bin Ab Razak Ab Kadir Bin Ab Razak yang dikasihi dan bondaku Rosliza Rosliza Rosliza Rosliza
Binti Abdul Latiff Binti Abdul Latiff Binti Abdul Latiff Binti Abdul Latiff yang sangat dicintai, segala nasihat dan dorongan yang
diberikan takkan dapatku lupakan. Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku
dalam menghadapi arus kehidupan sehingga kini.
Buat abangku Mohd Fizal IzwanMohd Fizal IzwanMohd Fizal IzwanMohd Fizal Izwan, dan dan dan dan adik-adikku Mohd Syahir dan Siti Mohd Syahir dan Siti Mohd Syahir dan Siti Mohd Syahir dan Siti MunirahMunirahMunirahMunirah yang dirindui selalu.
Sesungguhnya ilmu itu ibarat air yang mengalir, Jika ilmu tiada didada,
Ibarat mengharungi lautan yang tiada penghujungnya.
Ilmu juga ibarat bagai cahaya yang menerangi kegelapan hati, Jika tiada ilmu,
Maka binasalah hati.
Dengan itu ingatlah, Tuntutlah ilmu ibarat kita akan meninggalkan dunia ini esok hari,
Demi kepentingan diri dan anak cucu kita nanti.
Untuk rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan
kita di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah
kejayaan kita bersama.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan
tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Prof. Dr
Muhammad Rashid bin Rajudin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan
nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan
yang setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya
akan tetap dikenang hingga akhir hayat.
Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh sektor-sektor kerajaan atau industri yang lain bagi
memastikan kaedah yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran atau
profesionalisme anggota atau pekerja mereka.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkenaan tahap keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan
oleh anggota-anggota bengkel polis marin cawangan selatan (Johor) dalam
meningkatkan kemahiran menbaiki enjin kapal. Antara usaha-usaha yang difokuskan
oleh penyelidik ialah kerberkesanan usaha pembacaan yang dilakukan, keberkesanan
usaha kaedah cuba jaya, keberkesanan usaha kursus atau seminar yang dihadiri dan
keberkesanan bantuan rakan dalam meningkatkan kemahiran mereka. Kajian ini
adalah berbentuk diskriptif yang menerangkan fenomena atau keadaan semasa
dengan kaedah soal selidik. Responden terdiri daripada anggota-anggota bengkel
Polis Marin Cawangan Selatan (Johor). Data-data yang telah dikumpul dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for
Windows Versi 12.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya tahap keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan oleh anggota-
anggota bengkel polis marin cawangan selatan dalam meningkatan kemahiran
menbaiki enjin kapal berada pada tahap yang tinggi kecuali kaedah cuba jaya yang
hanya berada pada tahap yang sederhana. Beberapa cadangan telah dibuat bagi
menambahkan lagi keberkesanan usaha-usaha dalam meningkatkan kemahiran
menbaiki enjin kapal mereka. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu
dalam kajian-kajian lanjutan dan juga membantu dalam mengetahui keberkesanan
usaha-usaha lain yang dilakukan dalam meningkatkan profesionalisme di alam
pekerjaan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.
vi
ABSTRACT
This research is conducted to survey the level of effectiveness efforts that has
been taken by the marine police officer at northern branch workshop to increase their
skills in repairing the boat engine. Among the effort focused by this research is
reading efforts, trial and error method, Course or seminar attended by marine police
officer and effectiveness of friend’s help to increase their skills. This research is in
descriptive form which explains the current situation using questionnaire method.
The respondents are Police Marine officer who are work in the workshop from
northern branch. The data collected is analyzed by using Statistical Package for
Social Science (SPSS) for windows version 12.0. The result obtain shows that the
basically all the efforts taken by these officers in increasing their skills in repairing
boat engine is at the high level except the trial and error method is at the average
level. The researcher has suggested several steps in order to increase the
effectiveness of the efforts taken to increase their skills in repairing the boat.
Hopefully the outcome from this research can help the post research and also help in
order to know other effectiveness efforts taken to increase professionalism in career
whether it is government or private sector.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
1
TAJUK
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Kajian
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiii
xiv
xv
1
5
9
10
11
11
12
viii
2
3
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Tahap
1.8.2 Keberkesanan
1.8.3 Usaha – Usaha
1.8.4 Anggota-Angota Bengkel Polis
Marin
1.8.5 Meningkatkan
1.8.6 Kemahiran Membaiki
1.8.7 Kapal
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran
Melalui Pembacaan
2.3 Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran
Melalui Kaedah Cuba jaya
2.4 Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran
Melalui Bantuan Rakan
2.5 Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran
Melalui Kursus Atau seminar
2.6 Kepentingan Dalam Meningkatkan
Kemahiran Dan Profesionalisme Dalam
Alam pekerjaan
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka bentuk Kajian
3.3 Populasi dan Responden Kajian
3.4 Tempat Kajian
12
12
13
13
13
13
13
14
15
16
17
19
21
22
26
27
27
27
ix
4
5
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Pungutan Data
3.8 Cara Analisis Data
3.9 Kajian Rintis
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Bahagian A ( Latar belakang
Responden )
4.2.1 Analisis Taburan Responden
Berdasarkan Jantina
4.2.2 Analisis Taburan Responden
Berdasarkan Bangsa
4.2.3 Analisis Taburan Responden
Berdasarkan Umur
4.2.4 Analisis Taburan Responden
Berdasarkan Status Perkahwinan
4.2.5 Analisis Taburan Responden
Berdasarkan Pengalaman
Bekerja
4.3 Analisis Bahagian B
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat
4.4 Keputusan Kajian
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
28
30
31
31
33
34
35
35
35
36
37
37
38
38
41
44
46
49
x
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan
5.3.1 Tahap Keberkesanan Pembacaan
Yang Dilakukan Oleh Anggota
Bengkel Polis Marin Cawangan
Selatan Dalam Meningkatkan
Kemahiran Membaiki Kapal
5.3.2 Tahap Keberkesanan Kaedah Cuba
Jaya Yang Dilakukan Oleh
Anggota Bengkel Polis Marin
Cawangan Selatan Dalam
Meningkatkan Kemahiran
Membaiki Kapal
5.3.3 Tahap Keberkesanan Seminar dan
Kursus Yang Dilakukan Oleh
Anggota Bengkel Polis Marin
Cawangan Selatan Dalam
Meningkatkan Kemahiran
Membaiki Kapal
5.3.4 Tahap Keberkesanan Bantuan dan
Bimbingan Rakan Yang Dilakukan
Oleh Anggota Bengkel Polis
Marin Cawangan Selatan Dalam
Meningkatkan Memahiran
Membaiki Kapal
5.4 Cadangan
5.4.1 Polis Marin Cawangan Selatan
5.5 Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
51
52
55
55
58
60
63
66
66
68
69
70
xi
LAMPIRAN
75
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
Perlaksanaan Kaedah Skala Likert
Ringkasan Kandungan Item
Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala
Tiga Mata
Kriteria Penilai Skor
Kriteria Menganalisis Data
Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Taburan Responden Berdasarkan Bangsa
Taburan Responden Berdasarkan Umur
Taburan Responden Berdasarkan Status
Perkahwinan
Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman
Bekerja
Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Bagi
Responden Untuk Melihat Tahap
Keberkesanan Pembacaan Anggota Bengkel
Polis Marin
Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Bagi
Responden Untuk Melihat Tahap
Keberkesanan Seminar Atau Kursus Yang
29
29
32
32
33
35
36
36
37
38
39
xii
4.8
4.9
4.10
Dihadiri Oleh Anggota Bengkel Polis Marin
Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Bagi
Responden Untuk Melihat Tahap
Keberkesanan Bantuan Atau Bimbingan
Antara RakanYang Dilakukan Oleh Anggota
Bengkel Polis Marin
Bilangan Kekerapan Dan Peratusan Bagi
Responden Untuk Melihat Tahap
Keberkesanan Kaedah Cuba Jaya Yang
Dilakukan Oleh Anggota Bengkel Polis
Marin
Peratusan keseluruhan Untuk Setiap
Persoalan Kajian
42
44
47
49
xiii
NO. RAJAH
5.1
5.2
5.3
SENARAI RAJAH
TAJUK
Faktor Yang Mendorong Keberkesanan
Meningkatkan Kemahiran Melalui
Pembacaan
Ciri -ciri yang boleh meningkatkan lagi
keberkesanan sesuatu seminar atau kursus
dalam meningkatkan kemahiran seseorang
individu
Ciri-ciri untuk memastikan sesuatu bimbingan
atau bantuan rakan itu berkesan dan berjaya
HALAMAN
56
61
64
xiv
SENARAI SINGKATAN
PDRM - Polis Diraja Malaysia
UNCLOS - United National Convention on Law of The Sea
ITU - International Convention on Telecommunicatio Union
STCW - International Convention on Standard Certification and
Watchkeeper for Seafarer
SOLAS 1973 - International Convention on Safety of Live at Sea 1973
SAC II - Superintendent Assistant Commissioner II
KDNK - Keluaran Dalam Kasar Negara
MTU - Motor Turbin Union
SPSS - Statistical Package Of Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
B
C
Borang Soal Selidik
Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
Pengesahan Abstrak
75
76
77
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pasukan Polis Marin ada salah satu pasukan yang terdapat di dalam Polis
Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan Polis Marin ditubuhkan khusus untuk
menguatkuasakan undang-undang maritim negara dan undang-undang maritim
antarabangsa di perairan Wilayah Malaysia.
Pasukan Polis Marin telah ditubuhkan pada bulan September 1947 di Pulau
Pinang dengan kekuatan 19 buah bot ronda dan keanggotaan seramai 90 orang. Di
awal penubuhannya, peranan Pasukan Polis Marin terhad kepada tugas mencegah
jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Melaka dan di Pelabuhan Pulau Pinang
serta sebagai Unit Logistik dan Pengangkutan bagi PDRM. Fungsi dan peranan
Pasukan Polis Marin telah dipertingkatkan dan kekuatan keanggotaan serta logistik
ditambah ekoran beberapa peristiwa penting yang berlaku di dalam negara yang
mempengaruhi perkembangan dan pembesaran Pasukan Polis Marin.
2
Sebagaimana yang dijelaskan lebih awal, Pasukan Polis Marin adalah salah
satu daripada beberapa cawangan atau unit didalam Polis Diraja Malaysia. Oleh itu
bidang kuasa Pasukan Polis Marin juga tertakluk kepada Akta Polis 1967. Fungsi ini
dinyatakan didalam Seksyen 3(3) Akta sebagaimana berikut :-
" Pasukan hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini,
diguna khidmat di dalam dan di seluruh Persekutuan (termasuk perairan
wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman,
mengekalkan keamanan dan keselamatan Persekutuan, mencegah dan
mengintip jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah dan
mengumpul risikan keselamatan ".
( Sumber : Perajurit, 2004)
Selain dari menguatkuasakan undang-undang negara, Pasukan Polis Marin
juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang
maritim antarabangsa sebagaimana berikut :-
1. Konvensyen Antarabangsa Mengenai Undang-Undang Laut (United
National Convention on Law of The Sea - UNCLOS).
2. Konvensyen Antarabangsa Mengenai Telekomunikasi (International
Convention on Telecommunication Union (ITU).
3. Konvensyen Antarabangsa Mengenai Standard Latihan dan Persijilan
untuk Pelaut (International Convention on Standard Certification and
Watchkeeper for Seafarer - STCW).
4. Konvensyen Antarabangsa Mengenai Keselamatan Nyawa di Laut
(International Convention on Safety of Live at Sea 1973 - SOLAS 1973)
Pasukan Polis Marin diketuai oleh Komander Pasukan Polis Marin
berpangkat SAC II beribu pejabat di Bukit Aman. Beliau bertanggungjawab kepada
Ketua Polis Negara atas perkara-perkara pentadbiran, logistik dan operasi. Beliau
dibantu oleh 2 orang Timbalan Komander Pasukan Polis Marin iaitu Pentadbiran /
Gerakan dan Teknikal.
3
Cawangan Marin terbahagi kepada 5 bahagian yang setiap satunya diketuai
oleh seorang pegawai berpangkat Superintendan meliputi seluruh kawasan laut
Malaysia. Bahagian-bahagiannya adalah cawangan selatan, cawangan timur,
cawangan utara, cawangan Sarawak dan cawangan Sabah. Polis Marin Cawangan
Selatan kawasan perairannya terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Bagi Polis Marin Cawangan Selatan ini ibu pejabatnya terletak di Tampoi, Johor.
Polis Marin cawangan selatan yang beribu pejabat di Tampoi Johor ini
terbahagi kepada dua iaitu Bahagian Gerakan / Operasi dan satu lagi adalah
Bahagian Teknikal. Kedua-dua bahagian ini memainkan peranan yang penting.
Bahagian Gerakan / Operasi bertanggungjawab kepada Komander Pasukan
Polis Marin terhadap perkara berkaitan operasi. Antaranya tugas-tugas dalam kapal /
bot peronda Polis Marin dalam mengawal keselamatan perairan negara. Manakala
bahagian satu lagi adalah Bahagian Teknikal bertanggungjawab kepada Komander
Pasukan Polis Marin terhadap perkara-perkara berkaitan hal-hal teknikal dari aspek
dasar pembaikan bot peronda dan kelengkapan.
Secara umumnya Bahagian Teknikal Polis Marin ini diletakkan di bengkel
Polis Marin. Bengkel Polis Marin ini mempunyai beberapa bahagian dan mempunyai
tanggungjawabnya yang tersendiri. Bahagian-bahagian yang terdapat di dalam
bengkel Polis Marin adalah Bahagian Elektrikal, Bahagian Kimpalan dan Mesin
Larik, Bahagian Pam Minyak, Bahagian Bot Peronda, Bahagian Kapal Sederhana
dan Bahagian Kapal Berkuasa Tinggi.
Setiap bahagian dalam bengkel Polis Marin ini diketuai oleh seorang ketua
yang berpangkat Sarjan Major. Selain menjadi ketua, Sarjan Major ini merupakan
individu yang pakar bagi bahagian berkenaan. Setiap bahagian terdiri daripada 6
hingga 9 orang ahli yang berpangkat Sarjan, Lans Kopral dan Kopral. Setiap
4
bahagian ini mempunyai bidang tugasnya yang tersendiri seperti yang terdapat di
bawah :-
i) Bahagian Elektrikal
Bertanggungjawab membaiki bahagian elekrikal bot atau kapal milik Polis
Marin termasuk sistem penyaman udara.
ii) Bahagian Kimpalan dan Mesin Larik
Bertanggungjawab membaiki dan melakukan kimpalan pada bahagian
kapal yang perlu diselenggara atau yang telah rosak.
iii) Bahagian Pam Minyak
Bertanggungjawab mengisi minyak bot-bot atau kapal-kapal Pihak Polis
Marin dan juga harus memastikan bekalan minyak mencukupi.
iv) Bahagian Bot Ronda
Bertanggungjawab membaiki enjin bot-bot peronda Pihak Polis Marin
sahaja.
v) Bahagian Kapal Berkuasa Sederhana
Bertanggungjawab membaiki enjin kapal berkuasa sederhana milik Polis
Marin.
vi) Kapal Berkuasa Besar
Bertanggungjawab membaiki enjin kapal berkuasa tinggi milik Polis Marin.
(Sumber : Polis Marin Cawangan Selatan, 2007)
5
1.2 Latarbelakang Masalah
Dunia maritim telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada
pertumbuhan ekonomi tanah air kita sejak dari 500 tahun lalu. Tanpa dunia maritim,
tanah air kita akan kekal dalam arus keasingan dari dunia luar sama ada dari segi
perdagangan ataupun hubungan antarabangsa. Sejarah telah membuktikan
perkembangan kekuasaan tanah air sejak di zaman keagungan empayar Kesultanan
Melayu Melaka hanya boleh dijayakan dengan melalui laut. Perdagangan melalui
laut telah menjadi salah satu kejayaan utama empayar tersebut. Penguasaan laut oleh
Kerajaan Melayu Melaka telah meletakkannya sebagai pusat perdagangan utama di
nusantara di waktu tersebut sehingga dikenali sebagai ‘Venice Asia’.
Kesemuanya itu kini hanya tinggal di dalam lipatan sejarah. Namun
perdagangan laut masih tetap merupakan kaedah pengangkutan barangan eksport dan
import Negara yang utama sehingga kini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
Institut Maritim.
Menurut Iskandar Sazlan (2001), didapati sektor maritim telah menyumbang
kira-kira 13% jumlah keluaran negara dalam tahun 1990. Dalam pada itu, kerajaan
Malaysia telah menggalakkan industri berasaskan pembuatan dan eksport yang telah
berkembang dengan pesatnya dari 13.1% dalam tahun 1970 kepada 34% menjelang
tahun 1996.
Sektor perlombongan petroleum dan gas merupakan antara sektor yang utama
negara. Setiap titik minyak negara diperolehi dari kegiatan penggerudian minyak di
luar pesisir pantai negara dan bukannya di kawasan daratan. Begitu juga dengan gas
yang kini merupakan salah satu eksport utama negara. Sektor ini telah menyumbang
sebanyak 7 - 8% KDNK negara dan setiap kenaikan harga 1% di pasaran akan
membawa kepada peningkatan 0.08% KDNK. Stok simpanan minyak mentah
dianggarkan sekitar 3.6 billion tong dalam tahun 1999.
6
Pernyataan di atas menunjukkan kepentingan lautan kepada negara dalam
mengejar Wawasan 2020. Namun ianya hanya boleh dicapai jika perairan negara
berada di dalam keadaan yang terkawal dan teratur dari sebarang ancaman atau unsur
yang berupaya menjejaskan keharmonian perairan negara. Negara memerlukan
mekanisme penguatkuasaan maritim yang mantap agar ianya selari dengan
perkembangan semasa di dalam persekitaran kegiatan ekonomi maritim.
Tidak dapat dinafikan sama sekali dunia maritim telah memberikan
sumbangan yang tidak terhingga kepada pertumbuhan dan kesejahteraan negara sejak
sekian lama lagi. Sehubungan itu adalah penting sekali untuk kita terus menguasai
perairan negara ini dari sebarang unsur atau kegiatan yang berupaya menjejaskan
kedamaian perairan negara. Isu seperti pencemaran marin, kegiatan menangkap ikan
secara haram dan tidak terkawal, penyeludupan, rompakan di laut dan lain-lain lagi
telah menjejaskan kedamaian dan keselamatan perairan negara serta para
penggunanya. Masalah yang paling kerap kita dengar adalah masalah kemasukan
pendatang haram atau asing.
Menurut Muhammad Salleh ( 2001) Faktor ekonomi merupakan faktor utama
yang meyumbang kepada berlakunya proses migrasi ini. Kedudukan ekonomi yang
mantap dan kukuh menyebabkan wujudnya banyak sektor-sektor pertanian,
pembinaan dan perkilangan, sekaligus membuka peluang kepada rakyat sesebuah
negara termasuk juga golongan pendatang yang datang khususnya untuk mencari
rezeki di negara orang.
Selain itu, pelbagai lagi faktor yang lain mendorong kepada kemasukan
pendatang-pendatan tanpa izin ini ke Malaysia. Menurut Kalam Hamidi (2007)
kemasukan pendatang asing disebabkan keadaan politik yang aman, ekonomi,
pengaruh pendatang yang pulang mewah dan ada pihak yang sanggup membiayai
perjalanan dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa perlunya penguatkuaasan
undang-undang yang rapi oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah ini.
7
Sehubungan itu pelbagai usaha telah dijalankan oleh Pasukan Polis Marin
untuk mengekang kejadian ini daripada berlaku. Antaranya mengunakan teknologi
terkini seperti penggunaan radar tercanggih bagi menghalang kemasukkan pendatang
asing. Menurut Hashim (1998) radar yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad tidak lama lagi itu bukan saja mampu mengawal
kemasukan pendatang tanpa izin melalui laut dari Langkawi ke Tanjong Piai di Johor
malah turut mengesan aktiviti dan pergerakan kapal dan bot yang melalui Selat
Melaka.
Menurut Iskandar Sazlan (2001) buat masa ini sebanyak 124 buah kapal
ronda bersaiz 10 meter dan ke bawah di miliki oleh Pasukan Polis Marin. Manakala
kapal bersaiz 10-20 meter pula ialah sebanyak 48 buah dan 32 buah bersaiz 21-30
meter dan 15 buah lagi bersaiz 31 meter ke atas. Oleh itu, jumlah kesemuanya ialah
219 buah kapal ronda dan jumlah anggota sokongan ialah 2,473 orang. Terdapat
perancangan untuk membeli 15 buah bot laju bersaiz 11 meter bagi memantapkan
rondaan dan tugasan seharian Pasukan Polis Marin ini terutamanya di sekitar
perairan Selat Melaka dan Sabah yang cetek .
Polis Marin juga akan menggunakan peruntukan sebanyak RM345 juta untuk
melengkapkan pasukan itu dengan peralatan moden seperti bot peronda tempur bagi
mengawal perairan negara khususnya bagi mengekang kejadian rompakan laut.
Berita Harian (2006). Disini dapat kita lihat, pertambahan penggunaan teknologi
yang maju digunakan oleh pihak polis marin dalam menangani isu pendatang asing
ini.
Pertambahan teknologi ini juga akan mengantikan peralatan atau kapal marin
yang sedia ada ini. Menurut Ghazali, mencadangkan kepada Kerajaan supaya
menggantikan bot-bot peronda Polis Marin dengan bot-bot baru yang lebih laju yang
lengkap dengan peralatan dan senjata moden.
8
Menurut Abdul Rahman Ahmad (2006), peruntukkan dalam RMK-9 ini akan
digunakan untuk membeli bot peronda dan keperluan logistik lain seperti jet ski dan
enjin ganti bagi memantapkan lagi kecekapan pasukan ketika mengawal perairan.
Disini bermulalah kepentingan meningkatkan kemahiran dikalangan anggota
bengkel Polis Marin agar kemahiran mereka dapat digunakan seiring dengan
teknologi semasa. Menurut Musa Hasan (2006) Beliau berkata, PDRM mempunyai
pelbagai perancangan dalam memberi lebih latihan kemahiran, ilmu pengetahuan
serta pendedahan kepada pegawai dan anggotanya.
Sehubungan dengan itu PDRM telah menjalankan beberapa usaha bagi
meningkatkan kemahiran dikalangan anggota Bengkel Polis Marin Cawangan
Selatan. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran
anggota-anggota bengkel ini adalah dengan melalui kursus yang dianjurkan oleh
PDRM. Antara kursus-kursus tersebut adalah :-
i) Kursus rombak pulih enjin-enjin model MTU
ii) Kursus penyelenggaraan enjin volvo penta
iii) Kursus lanjutan kimpalan
iv) Kursus Second engineer offcer
v) Kursus engineer officer
vi) Kusus chief engineer officer
vii) Kursus pengurusan kejuruteraan
(Sumber : Polis Marin Cawangan Selatan, 2007)
Selain daripada kursus untuk peningkatan kemahiran membaiki kapal pihak
PDRM juga ada menekankan tanggungjawab membantu rakan sekerja sebagai satu
pasukan. Antaranya melalui kursus pembimbing rakan sekerja dan kursus
keselamatan dan tanggungjawab sosial. Matlamat utama kursus ini tidak lain dan
9
tidak bukan adalah untuk menerapkan sikap kerjasama antara rakan sekerja dalam
melakukan tugas di dalam bengkel.
Tetapi adakah usaha-usaha ini berkesan dalam meningkatkan kemahiran
dikalangan anggota bengkel Polis marin ini. Sehubungan dengan itu perlunya satu
kajian bagi melihat tahap keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan oleh anggota
bengkel Polis Marin ini dalam meningkatkan kemahiran membaiki kapal mereka.
Hal ini adalah bagi memastikan para anggota bengkel polis marin ini
diberikan pendedahan yang terbaik dan berkesan supaya kemahiran yang baru
tersebut dapat digunakan selari dengan kemajuan teknologi.
1.3 Penyataan masalah
Dalam menuju matlamat wawasan 2020, kerajaan telah menggalakkan setiap
masyarakat di dalam negara ini meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
dalam bidang pekerjaan. Hal ini adalah membolehkan negara kita bersaing dan
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Disamping itu, ianya dapat
meningkatkan profesionalisme dalam bidang pekerjaan sama ada dalam sektor
swasta mahupun awam. Menurut Utusan Malaysia (29.8.2007) kerajaan
menyarankan kepada semua sektor pekerjaan sama ada sektor awam atau industri
agar bersedia dengan segala perubahan kemajuan dan teknologi agar mereka tidak
ketinggalan. Seruan itu telah disambut baik oleh Pihak Polis Marin.Di dalam
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota-anggota bengkel Polis Marin
Cawangan Selatan, pelbagai kaedah dan usaha telah dilakukan. Antaranya
Mengadakan kursus-kursus pembaikkan kapal dan pengurusan kejuruteraan. Selain
itu Pihak Polis Marin juga menggalakkan setiap anggotanya agar bekerja sama dalam
dalam menyelesaikan masalah membaiki kapal.Tetapi setiap usaha itu tidak
10
semestinya akan berhasil. Sehubungan dengan itu satu kajian haruslah dijalankan
bagi mengetahui sama ada kaedah atau usaha yang jalankan itu berkesan ataupun
tidak.
Oleh penyataan masalah yang menjadi tunjang kepada kajian ini ialah
Apakah tahap keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan oleh anggota-anggota
bengkel polis marin cawangan selatan dalam meningkatan kemahiran membaiki
enjin kapal ? Aspek-aspek yang dikaji adalah dari segi pembacaan, kaedah cuba
jaya, kursus atau seminar dan bantuan rakan.
1.4 Persoalan kajian
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :
1. Apakah tahap kerberkesanan pembacaan yang dilakukan oleh anggota
bengkel polis marin cawangan selatan dalam meningkatkan kemahiran
membaiki kapal ?
2. Apakah tahap keberkesanan kaedah cuba jaya yang dilakukan oleh
anggota-anggota bengkel polis marin cawangan selatan dalam
meningkatan kemahiran menbaiki kapal ?
3. Apakah tahap keberkesanan kursus atau seminar yang dihadiri oleh
anggota-anggota bengkel polis marin cawangan selatan dalam
meningkatan kemahiran menbaiki kapal ?
4. Apakah tahap keberkesanan bantuan rakan oleh anggota-anggota bengkel
polis marin cawangan selatan dalam meningkatan kemahiran menbaiki
kapal ?
11
1.5 Objektif kajian
Objektif kajian ini ialah untuk :
1. Mengetahui tahap kerberkesanan pembacaan yang dilakukan oleh anggota
bengkel polis marin cawangan selatan dalam meningkatkan kemahiran
membaiki kapal mereka.
2. Mengetahui tahap keberkesanan kaedah cuba jaya yang dilakukan oleh
anggota-anggota bengkel polis marin cawangan selatan dalam
meningkatan kemahiran membaiki kapal mereka.
3. Mengetahui tahap keberkesanan kursus atau seminar yang dihadiri oleh
anggota-anggota bengkel polis marin cawangan selatan dalam
meningkatan kemahiran menbaiki kapal mereka.
4. Mengetahui tahap keberkesanan bantuan rakan oleh anggota-anggota
bengkel polis marin cawangan selatan dalam meningkatan kemahiran
menbaiki kapal mereka.
1.6 Kepentingan kajian
Kepentingan kajian ini ialah untuk :
1. Mendedahkan kepada para pelajar betapa pentingnya prinsip
pembelajaran seumur hidup yang diterapkan oleh UTM diaplikasikan
dalam alam pekerjaan.
top related