buku panduan praktikum kpli sek ren jun 2010. bhg 2
Post on 06-Apr-2018
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
1/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 1
1. KONSEP
Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar
bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan
antara agensi-agensi KPM.
2. OBJEKTIF
Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:
a) Menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran.
b) Mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran danpembelajaran.
c) Mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.
d) Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
berpasangan dan individu.
e) Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran.
f) Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan;
g) Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaanportfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.
h) Mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam
proses pengajaran pembelajaran.
i) Menguasai kemahiran fasilitator dan
j) Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum.
3. PROSEDUR PELAKSANAAN
3.1 Syarat
Pelajar dikehendaki menyempurnakan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi awal
semester. (Rujuk Jadual 1: Pelaksanaan Amalan Profesional)
3.2 Penempatan
a) Penempatan pelajar dibuat secara permuafakatan antara IPG
Kampus Keningau dan sekolah dengan persetujuan Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN).b) Pelajar ditempatkan di sekolah rendah.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
2/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 2
Pelaksanaan Amalan Profesional
Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum
Semester 1 2
Program PBS Praktikum
Tempoh 2 minggu 12 mingguSubjek mata pelajaran major mata pelajaran major dan minor
Jadual 1 : Pelaksanaan Amalan Profesional
3.3 Tempoh
Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam
struktur kursus (Rujuk Jadual 1: Pelaksanaan Amalan Profesional).
3.4 Bilangan Waktu Mengajar
a) Minimum 8 waktu mengajar seminggu
b) Maksimum 12 waktu mengajar seminggu
(subjek major minimum 6 waktu, maksimum 8 waktu dan
subjek minor minimum 2 waktu, maksimum 4 waktu).
c) Pelajar major prasekolah dikehendaki mengajar 2 hari pengajaran
sepenuhnya dalam seminggu.
d) Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major, pelajar wajib mengajar
mata pelajaran minor.
e) Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua
kali semasa Praktikum 1.
3.5 Bilangan Penyeliaan
a) Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.
b) Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
c) Penyeliaan bersama antara pensyarah dan guru pembimbing perlu
dijalankan dalam tempoh dua minggu sebelum tamat praktikum.
d) Jadual 2 ialah panduan agihan penyeliaan praktikum untuk
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Penyeliaan perlulah
melibatkan juga pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
PraktikumMata
pelajaranPra penyeliaan
Dan Bimbingan IPGSekolah
Penyeliaanbersama
Jumlah
Praktikum(12 minggu) Major
1 Pra penyeliaandan 2 bimbingan
4 1 8
Minor - 2 3 1 6
Jadual 2: Agihan Penyeliaan
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
3/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 3
3.6 Panduan Prapenyeliaan Dan Penyeliaan Praktikum(Senarai semak untuk Pensyarah Pembimbing / Guru Pembimbing)
Nama Pelajar :............................................... Kursus : KPLI SR/ KPLI(KDC) Opsyen : ..........................................................
Sekolah :............................................... Guru Pembimbing :...............................................................................................
TINDAKAN TINDAKAN1. PRAPENYELIAAN (LAWATAN SOSIAL)
(Pensyarah Pembimbing mesti berjumpa denganPengurus Sekolah sebelum membuat prapenyeliaan,bimbingan dan penilaian)Bincang dengan Guru Pelatih tentang perkara berikut:A. Buku Rekod Mengajar:
Butiran Peribadi
Jadual WaktuSukatan Pelajaran/Huraian Sukatan
Bilangan waktu mengajar mengikut opsyen
Rancangan kerja semester/mingguan
Persediaan Mengajar Harian (RPH)Amalan Refleksi
Senarai nama murid/Keputusan ujian bulanan*Pensyarah/Guru Pembimbing perlu menyemak Buku Rekod
Pengajaran pelatih, persediaan rancangan kerjasemester/mingguan, harian, amalan refleksi, Portfolio, Jurnal,rekod keputusan ujian bulanan.B. Portfolio Praktikum:
Kandungan folioSurat-surat berkenaan praktikum
Dokumen berkenaan sekolah
Surat/dokumen sebagai bukti penglibatan dalamKokurikulum (guru pelatih sebagai pembantu)
Bahan bantu mengajar/belajar
Lain-lain yang berkenaanC. Penulisan Jurnal
Kandungan jurnal
Peristiwa penting yang releven
Kematangan dalam penulisan jurnal(Refleksi/penambahbaikan)
D. Kehadiran Praktikum (LAM-PT12-11)
Ketua kumpulan pelatih sesebuah sekolah mengisiBorang Kehadiran(serah kepada Penyelaras/Supr setiapbulan sebelum 5hb berikutnya)
E. Kebajikan Pelatih
Keselamatan
Tempat tinggal semasa praktikumJarak rumah sewa ke sekolah
Pengangkutan
Lain-lain yang berkenaanF. Berbincang dengan:
Pengurus sekolah/Guru Pembimbing tentang peranan dan
tanggungjawab guru pelatih sepanjang praktikum.Peruntukan masa mengajar serta tugas-tugas yangdiberikan oleh pihak sekolah.Memaklumkan kepada Pengurus Sekolah/GuruPembimbing Ketua Pelatih serta peranannya di sekolahtersebut.Laporan sahsiah guru pelatih sepanjang praktikum olehpihak sekolah (Isi BORANG LAPORAN PEMANTAUANPRAKTIKUM-LAM-PT12-09)
2. PENYELIAAN PRAKTIKUM
Mengamalkan Pencerapan Klinikal dalam penyeliaanpraktikum (perbincangan sebelum pemerhatian danperbincangan selepas pemerhatian)
Melaksanakan penyeliaan berpandukan Jadual KerjaPraktikum yang disediakan.
Membimbing guru pelatih merancang pengajaran danpembelajaran dengan mengambil kira penulisan objektif,pemeringkatan isi pelajaran, pemilihan strategi danaktiviti pengajaran, amalan refleksi, dan sebagainya.
Membimbing guru pelatih memperkembangkankemahiranmengajar (set induksi, kemahiranmenerang, pengurusan kelas, teknik menyoal,pengurusan masa, peneguhan, variasi ransangan,penggunaan papan tulis, pengayaan dan pemulihan,
dsb.)Menyemak catatan refleksi, jurnal, dan penyediaanportfolio.
Bimbingan ke arah perkembangan sahsiah guru yangbaik/berkesan.
3. BORANG-BORANG PRAKTIKUM
Borang PR1- untuk bimbingan penyeliaan(major/minor)praktikum (satu salinan untuk pelatih)Borang PR 1/P Penyelarasan- untuk merumus markahpraktikum FASA 1 KPLI/KPLI (Penilaian bersama gurupembimbing)Borang PR2- untuk merumuskan markah praktikumFASA 2 KPLI/KDPM ( Penilaian bersama gurupembimbing )
Borang Laporan Pemantauan Praktikum ( LAM-PT12-09: Diisi oleh Panel Pemantau/PP/GP/Pengurus Sekolah )Borang PR2 dan Borang Pemantauan LAM-PT12-09juga digunakan untuk RENTASAN
4. RENTASAN
Isi Borang Pencalonan Cemerlang/Pinggiran danserahkan kepada Penyelaras ( Ruj. 2 di bawah )mengikut jadual penyeliaan yang disediakan
Pencalonan cemerlang dibuat sebulan lebih awal danhanya setelah pelatih menerima bimbingan menyeluruhdan telah menunjukkan pencapaian di tahap 5 (PR1)dalam BANYAK aspek.
Serah semua borang Penilaian (IKUT JADUAL) kepada Penyelaras Praktikum KPLI-SR: En.Jais Siarus
Penyelaras Praktikum KPLI jQAF : En. M.Rosli Ismail Penyelaras Praktikum KEMAS :En.Suriani M.Sukindar
Laporkan perkembangan pelatih di bawah seliaandengan mengisi BORANG PEMANTAUAN PRAKTIKUM(LAMPT12-09)
5. REKOD
Simpan SATU salinan Borang PR1, PR 1/P, dan PR2untuk rujukan (rekod anda).
Catatan: Tindakan : Segera / Pemerhatian
.....................................................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................................................
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
4/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 4
4. JADUAL BIMBINGAN SILA RUJUK DILAMAN WEB
http//:www.ipks.edu.my
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
5/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 5
5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
a. Peranan dan Tanggungjawab Pelajar
a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.
b) Memahami, berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
c) Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing
untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab
masing-masing semasa praktikum.
d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-
guru dan staf sokongan di sekolah.
e) Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan
maklumat-maklumat lain kepada pensyarah major dan minor
sebelum prapenyeliaan.
f) Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan
IPG Kampus Keningau dan peraturan sekolahg) Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di
sepanjang tempoh praktikum.
h) Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari
persekolahan (yang disediakan oleh pihak sekolah).
i) Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran praktikum ke
Unit Praktikum pada minggu ke-1 setiap bulan.
j) Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
k) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku
persediaan mengajar.l) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap
mengikut format sebelum melaksanakan pengajaran.
m) Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa
merancang pengajaran.
n) Melaksanakan pengajaran secara berpasangan pada setiap minggu
dengan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
(Rujuk muka surat 11)
o) Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau
masalah yang kritikal semasa praktikum. Penulisan jurnal dibuat
berdasarkan tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu yang difokuskan (Rujuk muka surat 16 &
Lampiran 2)
p) Melibatkan diri dan membantu pengendalian satu komponen
kokurikulum (Rujuk muka surat 15 dan Lampiran 5a,5b)
Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio amalan
profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pada setiap
kali bimbingan / penyeliaan dijalankan. (Rujuk Lampiran 3)
Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali ke
IPG Kampus Keningau, selepas tamat praktikum.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
6/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 6
b. Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Pembimbing
a) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada
Pengarah IPG Kampus Keningau.
b) Menghadiri taklimat praktikum yang dikendalikan oleh Unit Praktikum
c) Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan
penyeliaan praktikum.
d) Merancang jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum.
e) Mengadakan perbincangan dengan pengurus sekolah dan guru
pembimbing secara berterusan untuk menjalinkan hubungan
profesional.
f) Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke
semasa kepada Unit Praktikum.
g) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi
pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio
praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan(Rujuk muka surat 13 dan Lampiran 2, 3).
h) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini
i) Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh
praktikum.
j) Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang
memerlukan perhatian dan tindakan Unit Praktikum dengan
menggunakan borang yang ditetapkan.
k) Menyemak dan mengesahkan buku persediaan mengajar pelajar
l) Memberi bimbingan berasaskan prinsip-prinsip pencerapan klinikal(Rujuk muka surat 16).
m) Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut
jadual penyeliaan yang telah dicadangkan.
n) Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan
penilaian kokurikulum (Rujuk muka surat 15 dan Lampiran 5a,5b)
o) Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam semua aspek
pelaksanaan.
p) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang
cemerlang.
q) Melengkapkan Borang Bimbingan Praktikum (PR1) dan
menyerahkan salinan asal kepada pelajar.
r) Pensyarah major dan elektif wajib membuat rumusan prestasi
praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing major atau
elektif dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum (PR2)
s) Menyerahkan Borang Penilaian Praktikum (PR2) yang lengkap dan
kemas kini kepada Ketua Unit Praktikum.
t) Borang yang tidak lengkap akan di kembalikan.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
7/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 7
c. Peranan dan Tanggungjawab Guru Pembimbing
a) Mendapatkan maklumat atau taklimat pengurusan praktikum oleh
pensyarah pembimbing mengikut sekolah masing-masing.
b) Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru
pembimbing (Rujuk muka surat 9).
c) Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah:
Jadual waktu
Sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru
Rancangan semester dan persediaan mengajar harian
Sumber dan proses pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran berpasangan
Amalan pemulihan dan pengayaan di dalam P & P
Teknik penyoalan
Pentaksiran dan penilaian murid
Pengurusan bilik darjah
Penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif
Pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian
kokurikulum)
Hal-hal lain yang berkaitan
d) Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajaran.
e) Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku
persediaan mengajar pelajar.
f) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi
pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio
praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan
(Rujuk muka surat 13 & Lampiran 2, 3).
g) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang
cemerlang.
h) Menyelia pengajaran berdasarkan prinsip pencerapan klinikal (Rujuk
muka surat 16) dengan menggunakan Borang Bimbingan PR1(Rujuk
Lampiran 1).
i) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini. j) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan
pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh praktikum.
k) Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum.
l) Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas (cemerlang, gagal,
masalah disiplin) pelajar kepada pihak IPG Kampus Keningau
dengan segera.
m) Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah
pembimbing dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum
PR2. Borang PR2 ini akan diperolehi semasa guru dan pensyarahmelaksanakan bimbingan bersama.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
8/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 8
d. Peranan dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah
a) Mendapatkan maklumat atau taklimat pengurusan praktikum oleh
pensyarah pembimbing mengikut sekolah masing-masing.
b) Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum di peringkat sekolah
c) Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang
berpengalaman dan sanggup membimbing pelajar sepanjang
tempoh praktikum
d) Memberi taklimat kepada pelajar tentang:
Sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan
budaya sekolah
Tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong
kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah,
guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan
Latar belakang murid dan masyarakat setempat
Tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah
Pengelolaan gerak kerja kokurikulum
Maklumat-maklumat lain yang berkaitan
e) Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar
f) Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.
g) Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG Kampus Keningau,
Sabah tentang pelajar yang:
Menunjukkan prestasi cemerlang
Tidak menjalankan tugas dengan memuaskan
Tidak hadir tanpa sebab.
Terlibat dengan kes-kes disiplin
Menghadapi masalah kesihatan atau kemalangan
h) Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar
i) Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang
Kehadiran Praktikum
j) Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar
secara berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja
penyeliaan yang disediakan
k) Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajarl) Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan
penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan
m) Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru dalam salah
satu komponen kokurikulum sama ada kelab/persatuan, unit
beruniform atau sukan/permainan
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
9/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 9
6. KEHADIRAN PRAKTIKUM
a) Pelajar diwajibkan hadir 100% semasa praktikum.
b) Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir praktikum hanya
dengan kebenaran Pengarah IPG Kampus Keningau tetapi tidak melebihi
30% daripada jumlah had praktikum ialah:
Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan
Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah
Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan Sijil Kematian
Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan
Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG Kampus
Keningau
7. GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR
7.1 Pendahuluan
Pementoran ialah satu program sokongan untuk peningkatan profesional
guru-guru. Pendedahan melalui program ini membolehkan guru mengukur
kemampuan refleksi secara praktik. Ini akan menjadikan mereka lebih
prihatin terhadap keperluan penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap
yang ada pada diri masing-masing. Pendekatan ini akan dapat membantu
peningkatan dalam proses pencerapan klinikal dan penilaian kendiri di
kalangan guru pembimbing dan pelajar. Oleh itu, guru pembimbingmerupakan kumpulan sokongan yang perlu membimbing pelajar menimba
ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing secara bersama.
7.2 Objektif
7.2.1 Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa
amalan profesional.
7.2.2 Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah
dan IPG Kampus Keningau.
7.3 Tanggungjawab Mentor
7.3.1 Rancangan Pembinaan Individu (Individual Development Plan)
Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru
pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan
mengukuhkan kecekapan pelajar.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
10/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 10
7.3.2 Mentoring dan Maklum Balas
Guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau
kemajuan dan prestasi pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan
refleksi yang lebih konsisten perlu diadakan bagi merenung dan
mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian
klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif
diambil kira dalam setiap perbincangan.
7.3.3 Penasihat Strategi Kerjaya
Guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang
berkaitan dengan peluang-peluang yang ada dalam organisasi dan
latar belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan untuk
meningkatkan potensi dan prestasi seseorang pelajar. Gurupembimbing dengan pengalaman yang luas tentang sejarah dan
budaya persekitaran sekolah merupakan individu yang paling layak
untuk membantu pelajar belajar mengenai kehidupan di sekolah
dan dalam bilik darjah.
7.3.4 Pembimbing dalam di Bilik Darjah
Mentor ini akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model,
pemberi penjelasan dan memberi "resipi" untuk membantu parapelajar. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih
praktikal dan sistematik pelajar akan belajar mengambil alih tugas
dan tanggungjawab guru bilik darjah. Mentoring akhirnya
menggerakkan pelajar ke arah suatu kefahaman yang lebih
mendalam mengenai cara mengajar supaya dapat dipastikan yang
pembelajaran telah berlaku di dalam bilik darjah. Cara ini mereka
akan dipandu ke arah perubahan, pertumbuhaan dan
perkembangan sebagai seorang guru.
7.3.5 Sponsoringdan Pengantaraan
Guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu
menyusun tugasan membina secara berterusan dan
mempromosikan tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang
saling menyokong memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua
pihak. Pelajar perlu mendapatkan bimbingan, nasihat, bersikap
terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan guru
pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan
maklumat secara profesional.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
11/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 11
7.4 Prinsip Bimbingan
7.4.1 Mendengar lebih daripada bercakap.
7.4.2 Mencelah hanya apabila perlu.
7.4.3 Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya
penyelesaian masalah)
7.4.4 Komitmen kepada perkembangan berterusan.
7.4.5 Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.
7.4.6 Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.
7.4.7 Bersifat menyokong dan bukan menyerah.
7.4.8 Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang,
kerajinan dll).
8. PENGAJARAN BERPASANGAN
8.1 Konsep
Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang
pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan
memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran
semasa amatan profesional.
8.2 Objektif Melalui pengajaran berpasangan pelajar dapat:
8.2.1 Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal
berasaskan ungkapan "two heads are better than one".
8.2.2 Berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran dan
pembelajaran, cara-cara meningkatkan pembelajaran murid dan
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka.
8.2.3 Berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar.
8.2.4 Mengkaji kelemahan pengajaran dan pembelajaran mereka dan
berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya.
8.2.5 Memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran
memerhati serta menilai.
8.2.6 Meningkatkan kreativiti.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
12/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 12
8.3 Garis Panduan
8.3.1 Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri yang berikut:
I. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:
a) Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan
mengajar.
b) Kemahiran mengajar
c) Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar
serta mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang
berlainan
II. Proses pembelajaran berlaku melalui:
a) perbincangan
b) pemerhatian dan
c) maklum balas
III. Jenis-jenis interaksi:
a) "Tandem": proses dalam aktiviti pengajaran berpasangan
iaitu dua orang pelajar bersama-sama merancang dan
mengajar sesuatu petajaran.
b) 'Berpasukan": proses interaksi datam aktiviti pengajaran
berpasangan iaitu dua orang pelajar bersama-sama
merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan.
c) "Individu": proses interaksi dalam aktiviti pengajaranberpasangan iaitu dua orang pelajar berbincang bersama
tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan.
8.3.2 Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan sekurang-
kurangnya 2 kali pada setiap peringkat praktikum.
8.3.3 Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada
pertimbangan pihak Unit Praktikum.
8.3.4 Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberikan gred.
8.3.5 Pelajar perlu mengisi rekod pengajaran berpasangan (Rujuk
Lampiran 4a, 4b)
8.4 Perkara-perkara Yang Diberi Perhatian Dalam Pengajaran
Berpasangan
8.4.1 Pensyarah perlu menyedarkan pelajar bahawa percanggahan idea
perlu diatasi secara profesional.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
13/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 13
8.4.2 Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana
pengajaran berpasangan akan dijalankan.
8.4.3 Guru pembimbing/pensyarah pembimbing memastikan pengajaran
berpasangan dijalankan.
8.4.4 Pelajar diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.
9. PENULISAN JURNAL MINGGUAN
9.1 Konsep
Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu
peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekananoleh pelajar sendiri berkaitan dengan pengalaman semasa menjalani
praktikum di sekolah atau semasa melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal
bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya
sebagai alas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan
sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka masa
yang ditetapkan sendiri.
9.2 Objektif
Pelajar dapat:
9.2.1 Menyimpan catatan reflektif penglibatannya di sekolah semasa
praktikum untuk dijadikan renungan
9.2.2 menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah
dijalankannya
9.2.3 menjadikannya sebagai asas/panduan untuk tindakan susulan bagi
menyelesaikan masalah yang difokuskan dan seterusnya
meningkatkan lagi keberkesanannya melalui penambahbaikan,
kreativiti dan inovasi secara berterusan
9.2.4 meningkatkan kepekaannya terhadap tugas sebenar guru
profesional yang sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid.
9.2.5 menjadikan hasil penulisan/dapatan jurnal sebagai bahan
perbincangan dengan pensyarah penyelia/guru pembimbing bagi
meningkatkan tahap profesionatisme keguruannya
9.2.6 meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi
menjana pemikiran kritis dan analitikal
9.2.7 meningkatkan kemahiran profesionalismenya
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
14/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 14
9.3 Garis Panduan
9.3.1 Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang
praktikum (Rujuk Lampiran 2).
9.3.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa,
masalah, pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami
semasa praktikum.
9.3.3 Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci,
mengandungi pandangan, cadangan dan tindakan susulan.
9.3.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (Literature
review) supaya setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang
dijalankan lebih objektif dan berkesan.
9.3.5 Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-
cadangan mengatasi masalah yang telah difokuskan.
9.3.6 Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi
mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.
9.3.7 Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar
sebagai guru profesional.
9.3.8 Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemas kini
sepanjang masa praktikum untuk disemak oleh pembimbing.
9.4 Perkara-perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Jurnal
9.4.1 Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing
untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja
dicatatkan.
9.4.2 Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah
penyelia dan guru pembimbing.
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
15/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 15
10. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Borang Rancangan dan Laporan Kokurikulum di Sekolah (Rujuk Lampiran 5a,5b)
10.1 Sukan dan Permainan
(i) Melibatkan diri dalam pengajaran dan persiapan pasukan.
(ii) Membantu Guru Penasihat melatih kumpulan/pasukan dalam
pertandingan.
(iii) Membantu Guru Penasihat dalam satu pertandingan yang dirancang
seperti pertandingan antara kelas, sekolah atau karnival.
(iv) Pelajar dikehendaki membuat laporan aktiviti kokurikulum yang
dikendalikan dalam portfolio sepanjang amalan profesional.
10.2 Unit Beruniform
(i) Melibatkan diri dalam satu unit beruniform yang diikuti oleh pelajar
semasa di IPG Kampus Keningau, Sabah.
(ii) Membantu guru penasihat dalam latihan atau perjumpaan
kokurikulum unit beruniform di sekolah.
(iii) Membantu guru penasihat merancang dalam menjayakan
perkhemahan/ kursus/latihan/lawatan/projek.
(iv) Membantu penubuhan atau kegiatan yang akan dibuat oleh pihak
sekolah (jika perlu).
(v) Menyelesaikan kerja atau tugasan mengikut kurikulum unit beruniform
yang diikuti di IPG Kampus Keningau (jika belum selesai)
(vi) Pelajar dikehendaki membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan
dalam portfolio sepanjang amalan profesional.
10.3 Aktiviti-aktiviti Tambahan
Sekiranya pelajar disahkan melibatkan diri dengan cemerlang dalam
aktiviti-aktiviti tambahan kokurikulum di peringkat sekolah/ daerah/ negeri
dalam bidang persatuan/ sukan/ permainan/ unit beruniform seperti di
bawah, pelajar berkenaan boleh diberi penilaian pada Tahap 5.
(i) Merentasi desa
(ii) Jogathon
(iii) Hari Terbuka/Hari Ibu Bapa
(iv) Pasar Ria
(v) Sukaneka dan sebagainya(vi) Lain-lain aktiviti
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
16/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 16
11. PENCERAPAN KLINIKAL
11.1 Konsep
Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi
prapemerhatian, pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan
data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti
untuk meningkatkan mutu pengajaran.
11.2 Objektif
Pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan pelajar bersama-sama
berusaha:
(i) memperbaiki kelemahan pengajaran/pembelajaran,
(ii) memperkembangkan potensi dan kemahiran
11.3 Lingkaran Pencerapan Klinikal
A. SIDANG PRAPEMERHATIAN
Menjalinkan perhubungan Menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran
Meramalkan hasil pembelajaran
Menentukan fokus pemerhatian
D. SIDANG PASCAPEMERHATIAN
Berbincang berdasarkan data Mengenal pasti strategi
seterusnya Membuat kesimpulan
C. ANALISIS
Mengkategorikan data
Menentukan strategi sidang
pasca pemerhatian
Memikirkan soalan yang akan
dikemukakan kepada pelajar
B. PEMERHATIAN
Memerhati pengajaran guru
Membuat catatan Membuat huraian
E. ANALISIS SIDANG PASCAPEMERHATIAN
Membuat refleksi danmenganalisis sidang pascapemerhatian
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
17/26
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
18/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 18
Lampiran 1
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
19/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 19
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU.KENINGAU. SABAH.
SENARAI SEMAK PENULISAN JURNAL
Nama Pelajar : ________________________________________________
Kursus/Opsyen : ________________________________________________
Nama Sekolah : ________________________________________________
Tarikh : ________________________________________________
Bil Perkara Status* Catatan
1 Jurnal ditulis setiap minggu
2 Masalah** yang dijadikan focus relevan
3 Focus dianalisis secara terperinci4 Punca/sebab berlakunya masalah dikenal pasti
5 Kemungkinan lain penyebab masalah dikenal pasti
6 Kelemahan yang menimbulkan masalah dikenal pasti
7 Kekuatan untuk menyelesaikan masalah dikenal pasti
8 Kesan/akibat masalah yang menjadi focus diramalkan
9 Cadangan penyelesaian masalah kritis/kreatif
10 Cadangan penyelesaian masalah sesuai/relevan
11 Tempoh penyelesaian masalah dikenal pasti
12 Ada pelan tindakan penyelesaian masalah
13 Ada bukti rujukan pembacaan, internet dan lain-lain
14 Tempoh penambahbaikan sesuai
15 Cadangan penambahbaikan berkesan
16 Refleksi: menilai tindakan penyelesaian masalah
17 Refleksi: menyatakan halangan (jika ada)
* Cetakan betul ( / ) jika ada dan salah ( x ) jika ada
** Juga berupa isu atau peristiwa
Disemak oleh:
Pensyarah Pembimbing Guru Pembimbing
Nama: Nama:
Lampiran 2
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
20/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU.KENINGAU. SABAH.
SENARAI SEMAK PORTFOLIO PRAKTIKUM
(Diisikan oleh pensyarah pembimbing setiap kali penyeliaan)
Nama Pelajar : __________________________________________________
Kursus & Major : __________________________________________________
Bil ButiranSemakan
Catatan1 2
01 Biodata Guru Pelatih
02
Maklumat Sekolah
a. Sejarah, Organisasi (staf & Guru) Sekolahb. Logo, Lagu Sekolahc. Pelan, Gambar Persekitaran Sekolah
d. dan lain-lain yang berkaitan03
Pernyataan Profesional
a. Harapan pelajar terhadap praktikum ini
04
Hasil Kerja Harian (hasilan pelatih sendiri)
a. Catatan, lakaran, draf awal dan lain-lainb. Koleksi bahan bantu belajarc. Koleksi moduld. Koleksi perisian (digital,video,audio)e. Pengurusan Grafik
05
Bukti/Dokumen (yang menunjukkan prosespelaksanaan sesuatu tugas)a. Surat lantikan/arahan/penghargaanb. Proses kolaborasi/bimbinganc. Senarai semak/soal selidikd. Laporan pencapaian/prestasi
06
Pengajaran Berpasangan
a. Rekod Pengajaran Berpasanganb. Maklum Balas Pengajaran Berpasagan
07
Penilaian Pengajaran dan Pembelajarana. Formatif (bersifat diagnostik)b. Sumatifc. Panduan member markah (PMM)
08
Salinan Borang(disahkan oleh GB)
a. Kehadiran praktikum setiap bulanb. Penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing
09
Penglibatan dalam kokurikuluma. Rancangan Aktiviti Kokurikulumb. Laporan Aktiviti Kokurikulum
10Lain-lain (jika ada,catatkan)a.b.
Catatkan tarikh penyemakan dilakukan dan tandakan betul/ada pada butiran berkenaan
Disemak oleh:
Pensyarah Pembimbing Guru Pembimbing
Nama: Nama:
Lampiran 3
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
21/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 21
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU,KENINGAU, SABAH.
REKOD PENGAJARAN BERPASANGAN
Nama Pelajar : __________________________________________
Kursus dan Ambilan : __________________________________________
Nama Pasangan Praktikum : __________________________________________
Nama Guru Pembimbing : __________________________________________
MguTarikh& hari
MasaMata pelajaran &
kelas (tahun)Tandatangan
pasanganCatatan
(guru pembimbing)
M 1
M 2
M 3
M 4
M 5
M 6
M 7
M 8
M 9
M 10
M 11
M 12
Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disahkan oleh pensyarah pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Salinan: 1. Protfolio praktikum (kedua-dua pasangan guru pelatih)
2. Ketua Unit Praktikum.
Lampiran 4a
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
22/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 22
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU,KENINGAU. SABAH.
BORANG MAKLUMBALAS PENGAJARAN BERPASANGAN
Catatan:
Sila fokuskan pemerhatian anda terhadap satu atau dua aspek/kemahiransahaja dalam setiap sesi pengajaran berpasangan.
Sila rujuk aspek-aspek tersebut dalam Borang Bimbingan PR1
Kekuatan/kelemahan(Perancangan / pelaksanaan sesi pengajaran pembelajaran)___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Kekuatan/kelemahan(Perancangan/pelaksanaan sesi pengajaran pembelajaran)___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Cadangan mengatasi kelemahan/kekurangan(hasil perbincangan)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Disemak oleh guru pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disahkan oleh pensyarah pembimbing
Tandatangan :
Nama :Tarikh :
Lampiran 4b
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
23/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 23
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU,
KENINGAU, SABAH.
RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM
(Sukan / Unit Beruniform / Persatuan)
Nama Pelajar Institut :...........................................................................................Kursus dan Ambilan :...........................................................................................
Jenis Kokurikulum :...........................................................................................
Guru Penasihat Kokum :...........................................................................................
Minggu(Tarikh)
Tajuk / AktivitiTempat /Catatan
M 1 Menyediakan Rancangan Aktiviti Kokurikulum Bilik Guru
M 2
M 3
M 4
M 5
M 6
M 7
M 8
M 9
M 10
M 11
M 12
Disemak oleh pihak sekolah
Tandatangan :
Nama :Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :Tarikh :
Lampiran 5a
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
24/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 24
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU,KENINGAU. SABAH.
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
MINGGUKE- .........
Nama Pelajar : __________________________________________________
Jenis Persatuan/Sukan/Unit Beruniform : __________________________________
Tarikh : __________________ Masa : ____________________________
Tempat : _______________________________________________________
Nama Guru Penasihat GERKO : _______________________________________
Bilangan Pelajar : __________________________________________________
Aktiviti/aspek kemahiran yang dijalankan yang merangkumi kepimpinan,kepengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Aspek yang dibimbing oleh Guru Penasihat/ Pensyarah Pembimbing/ GuruPembimbing:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Refleksi:____________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________ __________________________________Tandatangan pelajar Tandatangan guru/ pensyarah pembimbing
Lampiran 5b
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
25/26
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 25
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU,KENINGAU, SABAH.
RANCANGAN PROJEK / AKTIVITI / PERANAN LAIN
Rujuk Aspek H dalam Borang Penilaian Prestasi PR 2 : Peranan-peranan Lain
Semasa Praktikum (Bimbingan, Pengurusan & Pentadbiran)
Nama Pelajar : ____________________________________________
Kursus dan Ambilan : ____________________________________________
Nama Sekolah : ____________________________________________
MguTarikhMasa
Projek / Aktiviti / Peranan LainCatatan /Tempat
M 1 Menyediakan Rancangan Projek / Aktiviti Bilik Guru
M 2
M 3
M 4
M 5
M 6
M 7
M 8
M 9
M 10
M 11
M 12
Disemak oleh pihak sekolah
Tandatangan :
Nama :Tarikh :
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :Tarikh :
Lampiran 6a
-
8/2/2019 Buku Panduan Praktikum KPLI Sek Ren Jun 2010. Bhg 2
26/26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU,KENINGAU, SABAH.
LAPORAN PROJEK / AKTIVITI / PERANAN LAIN
(Aspek H dalam Borang PR 2 : Bimbingan, Pengurusan & Pentadbiran)
Laporan Ke - ..............
Nama Pelajar:________________________________________________________
Kursus dan Ambilan : __________________________________________________
Tarikh :__________ Masa:__________ Tempat:_____________________________
Projek / Aktiviti / Peranan :______________________________________________
BAHAGIAN A : PERANAN YANG DIJALANKAN(Sila lampirkan dokumen sokongan seperti kertas kerja, minit mesyuarat, pelantindakan, gambar foto, surat perlantikan, laporan khas projek, surat penghargaan dll)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
BAHAGIAN B : CATATAN REFLEKSI(Diisi oleh pelajar selapas tamat / siap sesuatu projek / aktiviti)
______________________________________________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
BAHAGIAN C : KOMEN / ULASAN / CATATAN(Diisi oleh Guru Besar / Penolong Kanan / Guru Pembimbing)___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Disemak oleh pihak sekolah
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Lampiran 6b
top related