buku peraturan pelajar - alqurraofficial.com€¦ · demi menjaga nama baik pelajar, maq serta...
Post on 24-Sep-2020
2 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BUKU PERATURAN
PELAJAR
MADRASAH AL-QURRA’
LOT 404, MUKIM TABOH NANING,
78000 ALOR GAJAH, ,MELAKA
MENJANA GENERASI HUFFAZ
MADRASAH AL-QURRA’
1
ISI KANDUNGAN
UCAPAN PENGERUSI EKSEKUTIF .......................................................................................... 2
BAHAGIAN A ............................................................................................................................... 3
1.0 PERATURAN-PERATURAN AM ................................................................................. 3
BAHAGIAN B – DISIPLIN PELAJAR ......................................................................................... 4
1.0 KEHADIRAN .................................................................................................................. 4
2.0 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN PELAJAR .................................... 4
3.0 URUSAN PENAMATAN PENGAJIAN ........................................................................ 5
4.0 KEBERSIHAN................................................................................................................. 5
5.0 PERKARA-PERKARA YANG DILARANG ................................................................. 6
6.0 ETIKA PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI ....................................................... 6
BAHAGIAN C – KEMUDAHAN DI MAQ .................................................................................. 8
1.0 PENGGUNAAN BANGUNAN, KAWASAN DAN PERALATAN ............................. 8
2.0 KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER ..................................................................... 9
3.0 KEMUDAHAN KOKORIKULUM ................................................................................ 9
BAHAGIAN D – PELAWAT/TETAMU .................................................................................... 10
BAHAGIAN E – KESELAMATAN PELAJAR .......................................................................... 10
BAHAGIAN F – HUBUNGAN ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN ............. 10
BAHAGIAN G – HUKUMAN DAN TINDAKAN TATATERTIB ........................................... 10
LAMPIRAN .................................................................................................................................. 12
A – JADUAL HARIAN DAN PEMBELAJARAN .................................................................. 12
B – SAHSIAH RUPA DIRI ...................................................................................................... 18
C – KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MAQ ............................................................................ 19
D – DOKUMEN BERKAITAN TINDAKAN TATATERTIB ................................................ 20
MADRASAH AL-QURRA’
2
UCAPAN PENGERUSI EKSEKUTIF
MADRASAH AL-QURRA’
Assalamulaikum w.b.t
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke Hadrat Allah SWT yang telah
memanjangkan usia, mengurniakan kesempurnaan akal, menganugerahkan
kesihatan jasad, memberi keupayaan sehingga dapat menubuhkan dan
membangunkan Madrasah Al-Qurra’ (MAQ) sehingga kehari ini.
Adalah amat penting, aspek peraturan dan displin dititik beratkan sejak awal proses
latihan di MAQ. Diharapkan agar dengan adaya Buku Peraturan MAQ ini, ianya
akan menjadi panduan kepada para pelajar untuk mengikuti program-progam dengan lebih efektif dan efisien.
Sebagai pelajar MAQ, adalah amat penting bagi pelajar-pelajar untuk dapat membina sahsiah dan keterampilan bagi
menyediakan diri untuk menempuh arus gobalisasi masa kini. Jadikan MAQ sebagai pemagkin atau batu loncatan
bagi para pelajar untuk lebih maju, berdaya saing dan progresif.
Buatlah yang terbaik, dengan penuh kerelaan dan keikhlasan hati agar segala hasrat dari pihak kerajaan, Ibubapa,
MAQ serta para pelajar sendiri akan dapat dicapai dengan jayanya.
Sekian
Yang Benar
PROF. MADYA HAJI MUSA BIN AHMAD
Pengerusi Eksekutif
Madrasah Al-Qurra’
MADRASAH AL-QURRA’
3
MADRASAH AL-QURRA’
BUKU PERATURAN PELAJAR
BAHAGIAN A
1.0 PERATURAN-PERATURAN AM
1.1 Pelajar dikehendaki sentiasa berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar kawasan MAQ
demi menjaga nama baik pelajar, MAQ serta agensi-agensi yang mempunyai hubungan secara
langsung dengan MAQ.
1.2 Pelajar dikehendaki sentiasa berada didalam kawasan MAQ kecuali mendapat kebenaran daripada
pihak pentadbiran MAQ.
1.3 Atas faktor-faktor keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai melebihi RM 10
semasa berada di dalam kawasan MAQ.
1.4 Para pelajar yang meninggalkan pengajian dengan sebab-sebab yang tidak munasabah ataupun tidak
memenuhi syarat perjanjian akan dikenakan tindakan seperti yang dinyatakan dalam surat
perjanjian.
MADRASAH AL-QURRA’
4
BAHAGIAN B – DISIPLIN PELAJAR
1.0 KEHADIRAN
1.1 Pelajar WAJIB menghadiri kelas dan segala program rasmi yang telah ditetapkan oleh pengurusan
MAQ. Waktu kelas adalah seperti berikut:
Isnin Hingga Jumaat : 6.30 pagi hingga 5.00 petang
(**tertakluk kepada perubahan/pindaan)
Semua pelajar dikehendaki berada di dalam kelas 10 minit awal dari masa yang telah ditetapkan.
Jadual harian beserta jadual pembelajaran adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran A.
1.2 Setiap pelajar bertanggungjawab bagi menepati masa ketika menghadiri kelas serta program-
program rasmi kendalian MAQ.
1.3 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memohon cuti ketika mengikuti pengajian di MAQ ini, melainkan
atas factor-faktor kecemasan serta mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran MAQ.
1.4 Kehadiran ke kelas pengajian hendaklah MELEBIHI 80% dari jumalah keseluruhan untuk
melayakkan pelajar menduduki Ujian serta Peperiksaan. Pelajar yang mempunyai jumlah kehadiran
dibawah 60% akan diberi surat tunjuk sebab dan tidak akan dibenarkan menduduki ujian
peperiksaan sekiranya jumalah kehadiran kurang dari 80%.
1.5 Pelatih yang tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti sakit dari pegawai perubatan akan di ambil
tindakan seperti yang dinyatakan di Bahagian G.
1.6 Kelewatan lebih daripada 10 minit dari bermulanya waktu kelas dikira tidak hadir bagi kelas
berkenaan. Pelajar yang lewat 3 kali ke kelas di anggap tidak hadir 1 hari kelas manakala jika
didapati tidak hadir separuh dari kelas pada hari berkenaan dikira 1 hari tidak hadir.
2.0 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN PELAJAR
2.1 Semua pelajar wajib hadir semua “ujian bulanan/peperiksaan.
2.2 Pelajar yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun dikira melakukan kesalahan
berat.
2.3 Pelajar-pelajar mestilah menjauhkan diri dari sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam
peperiksaan/ujian.
2.4 Memalsukan “tandatangan atau memindah markah atau apa jua catatan guru”di dalam kad/buku
kemajuan adalah kesalahan berat.
MADRASAH AL-QURRA’
5
2.5 Pelajar hendaklah mematuhi setiap arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh guru Penyelaras
Peperiksaan dalam menjalankan peperiksaan.
3.0 URUSAN PENAMATAN PENGAJIAN
3.1 Pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 Juz Al-Quran serta pengajian di MAQ akan diberikan
surat/ sijil berhenti disamping sijil khatam Hafazan Al-Quran setelah menduduki
imtihan/shahadah pada masa yang telah ditetapkan.
3.2 Sijil Berhenti akan mula diproses setelah mendapat pengesahan oleh Pengetua/Timb.Pengetua
berdasarkan rekod:
a) Penamatan hafazan 30 Juz Al-Quran atau ;
b) Penamatan pengajian SLDN mengikut tahap.
c) Keputusan imtihan/peperiksaan akhir.
d) Prestasi hafazan.
e) Kesalahan disipin/tatatertib.
3.3 Sijil Berhenti akan dikeluarkan setelah pelajar selesai menjelaskan yuran pengajian yang masih
tertunggak.
3.4 Mana-mana ibubapa yang putuskan untuk menamatkan pengajian / memberhentkan anaki ketika
masih dalam proses pengajian, hendaklah mengemukakan surat Penamatan dengan memberikan
sebab yang munasabah.
3.5 Surat Permohonan Penamatan/Pemberhentian Pengajian daripada ibubapa hendaklah diserahkan
kepada Pengetua/Timb.Pengetua untuk dibincang di dalam mesyuarat pentadbiran MAQ.
3.6 Perbincangan mengenai isi kandunag surat permohonan penamatan pengajian akan diadakan
antara pihak ibuabapa dengan pihak pentadbir MAQ.
4.0 KEBERSIHAN
4.1 Pelajar perlu memastikan sentiasa menjaga kebersihan surau, wakaf, perpustakaan serta di dalam
tandas
4.2 pelajar hendaklah menjalankan tugas menjaga kebersihan seperti yang telah di tetapkan dalam
Jadual Bertugas Menjaga Kebersihan. Pelajar yang gagal menjalankan tugas akan di kenakan
tindakan.
MADRASAH AL-QURRA’
6
5.0 PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
5.1 Pelajar DILARANG membawa telefon bimbit semasa berada di dalam kawasan MAQ.
5.2 Pelajar DILARANG keluar dari kawasan MAQ melainkan mendapat kebenaran daripada pihak
pengurusan. Tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan di Bahagian G akan diambil sekiranya
pelajar didapati keluar tanpa kebenaran.
5.3 Pelajar DILARANG merokok di dalam kawasan MAQ, ini termasuk Surau, Tandas, Wakaf,
Perpustakaan, Asrama serta Dewan Makan. Pelajar yang didapati merokok di dalam kawasan MAQ
akan dikenakan tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan di Bahagian G.
5.4 Pelajar DILARANG melakukan segala bentuk pergaduhan kerana ianya adalah di anggap sebagai
kesalahan berat dan boleh diambil tindakan tatatertib termasuk penyingkiran dari MAQ.
5.5 Pelajar-pelajar adalah dilarang mengambil bahagian dalam “aktiviti-aktiviti politik”. Pelajar-
pelajar yang ingin menjadi “ahli atau menyertai aktiviti Badan Luar” hendaklah mendapat
kebenaran Pengetua.
5.6 Pelajar-pelajar juga DILARANG:
(a) menyertai sebarang bentuk aktiviti atau pertandingan yang menyalahi Hukum Islam.
(b) Membeli,menganjur atau bermain sebarang bentuk perjudian.
(c) Membawa bahan bacaan yang berunsur lucah,cinta dan yang berkaitan dengannya.
(d) Mencuri Memeras ugut. Membawa senjata merbahaya
(e) Menyalahgunaan dadah dan mengedar dadah.
(f) Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru.
(g) Menghadiri mana-mana kelas memandu dan membawa kenderaan
(h) Lain-lain yang tidak tercatat di atas yang menjadi kesalahan dalam Hukum-hukum Agama
Islam dan Undang-undang Awam.
6.0 ETIKA PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI
Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri kelas tambahan, kegiatan
kelab dan persatuan, kegiatan-kegiatan lain sekolah, menyertai rombongan anjuran madrasah dan sepanjang
masa peperiksaan. Pakaian Pengawas/ Majlis Perwakilan Pelajar MAQ mestilah sesuai dengan syarat yang
telah ditetapkan sekolah.
Etika pemakaian ketika waktu pembelajaran dan sebarang aktiviti luar madrasah adalah seperti Lampiran B.
MADRASAH AL-QURRA’
7
6.1 PELAJAR LELAKI
(a) Jubah bewarna putih, berbutang putih, berlengan panjang (tidak boleh dilipat), berpoket
satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat, dan berkolar.
(b) Berserban putih
(c) Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis
bellbottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu
lantai.
(d) Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai
dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.
(e) Dilarang berpakaian:
i. seluar jeans
ii. tudung pendek tidak menutupi paras dada
iii. baju ‘T’ yang mempunyai gambar berunsur keganasan
(f) Pakaian bagi aktiviti kokorikulum adalah :
i. Seluar trek panjang.
ii. Baju ‘T’.
iii. Berstokin dan berkasut.
6.2 PELAJAR PEREMPUAN
(a) Jubah (gelap) serta labuh melebihi buku lali. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat.
Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin. Jubah bercorak adalah tidak dibenarkan.
(b) Jubah berwarna biru gelap adalah pakaian rasmi ketika menghadiri kelas (tertakluk kepada
sebarang pindaan) manakala jubah berwarna hitam adalah untuk sebarang aktiviti luar
madrasah.
(b) Anak tudung berbentuk “bulat” dan bewarna “putih”.
(c) Tudung labuh putih bahagian hadapan sejengkal daripada pusat, menutupi bahagian siku
dan labuh bahagian belakang melebihi “paras punggung”.
(d) Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci, dipakai
dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.
(e) Semua jenis pakaian yang ketat adalah tidak dibenarkan
(f) Dilarang berpakaian:
i. baju ‘T’ berlengan pendek
ii. seluar jeans
MADRASAH AL-QURRA’
8
iii. tudung pendek tidak menutupi paras dada
iv. baju ‘T’ yang mempunyai gambar berunsur keganasan
(g) Pakaian bagi aktiviti kokorikulum adalah :
i. Seluar trek panjang.
ii. Baju ‘T’.
iii. Berstokin dan berkasut.
6.3 KEKEMASAN DAN PENAMPILAN DIRI
(a) Pelajar DILARANG berambut panjang. Istilah berambut panjang adalah seperti berikut:
Di Belakang – Rambut panjang jatuh melebihi garisan dibawah cuping kedua telinga
Di Hadapan – Rambut panjang menutupi garisan tengah dahi
Di Sisi – Rambut melebihi daripada 6 inci panjang
(b) Pelajar yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya dengan kemas.
(c) Semua pelajar TIDAK DIBENARKAN mewarnakan rambut.
(d) Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.
(e) Bagi pelajar perempuan, dilarang memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang,
rantai leher dan rantai kaki. Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
(f) Pelajar dilarang memakai contact lens dan tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun
glass) atau kacamata berbentuk luar biasa. Pelajar yang memakai cermin mata kerana
kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo
grey.
BAHAGIAN C – KEMUDAHAN DI MAQ
1.0 PENGGUNAAN BANGUNAN, KAWASAN DAN PERALATAN
(a) Penggunaan bagunan, kawasan serta peratan MAQ pada masa cuti atau bagi orang luar hendaklah
mendapat kebenaran bertulis daripada pengerusi MAQ atau pihak pentadbiran. Permohonan
hendaklah menggunakan borang khas yang telah disediakan oleh pihak pengurusan MAQ.
(b) Bagunan: Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menulis, melukis, menggaris, menconteng atau
mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali
dengan kebenaran.
(c) Surau dan wakaf: Beradab sopan, tidak berbuat bising, tidak melakukan sesuatu perbuatan yang
tidak sopan dan sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan rak Al-Quran, rehal dan sejadah.
MADRASAH AL-QURRA’
9
Mengisi masa lapang dengan membaca Al-Quran, mengulangkaji dan mendalami isi kandungan Al-
Quran.
(d) Segala kemudahan yang disediakan di MAQ (Lampiran C) hendaklah digunakan dengan penuh
tanggungjawab, cermat dan selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air serta
bahan-bahan yang digunakan. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua suis lampu, kipas dan
alatan-alatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan permis berkenaan.
(e) Pelajar hendaklah menjaga dan memelihara semua kemudahan yang terdapat di MAQ supaya
kepentingan pelajar lain juga terpelihara. Segala kerosakan yang dilakukan oleh pelajar akan
dituntut ganti rugi.
2.0 KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER
MAQ menyediakan kemudahan makmal komputer bagi meningkatkan kemahiran ICT pelajar. Pelajar perlu
memohon kebenaran dari pihak pengurusan MAQ dengan menigisi borang yang disediakan serta
bertanggungjawab memastikan keadaan peralatan serta makmal komputer adalah didalam keadaan baik
semasa meninggalkan makmal. Ini demi memastikan keadaan makmal sentiasa berada dalam keadaan
kondusif.
Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, pelajar perlu melaporkannya kepada pihak pengurusan agar tindakan
segera dapat diambil.
3.0 KEMUDAHAN KOKORIKULUM
Pihak MAQ menyediakan beberapa kemudahan bagi aktiviti kokorikulum pelajar seperti meja ping-pong,
gelanggangbadminton serta gelanggang futsal (Lampiran C). Adalah menjadi tanggungjawab pelajar bagi
memastikan kumudahan yang disediakan sentiasa berada didalam keadaan baik.
Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, pelajar perlu melaporkannya kepada pihak pengurusan agar tindakan
segera dapat diambil. Sekiranya pelajar didapati merosakan kemudahan yang disediakan dengan sengaja,
tindakan tatatertib akan diambil.
MADRASAH AL-QURRA’
10
BAHAGIAN D – PELAWAT/TETAMU
(a) Semua pelawat atau tetamu dikehendaki mendapat kelulusan melawat dengan membuat temu janji
terlebih dahulu dari pihak pengurusan MAQ sebelum dibenarkan masuk ke kawasan MAQ. Pelawat
atau tetamu TIDAK DIBENARKAN merokok atau membawa barangan terlarang masuk ke
kawasan MAQ.
(b) Keizinan Pengetua / Timb.pengetua / Guru berkenaan adalah juga wajib jika
pelawat/ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa pelajar berkenaan keluar kerana sesuatu
hal/bab yang sangat mustahak.
BAHAGIAN E – KESELAMATAN PELAJAR
Semua pelajar hendaklah melaporkan kepada warden atau pihak pengurusan MAQ jika terdapat sebarang
kecederaan atau masalah kesihatan semasa berada di kawasan MAQ sebelum dirujuk kepada Pegawai
Perubatan.
BAHAGIAN F – HUBUNGAN ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
Bersopan adalah amalan kita di timur, batas pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu dititik beratkan.
Adalah DILARANG sama sekali bagi pelajar lelaki dan perempuan bukan muhrim berdua-duaan di tempat
yang mendatangkan syak wasangka.
BAHAGIAN G – HUKUMAN DAN TINDAKAN TATATERTIB
Seorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan disiplin boleh dikenakan mana-mana satu
daripada hukuman tatatertib yang berikut atau kesemua tindakan diambil sekaligus.
Pelajar yang tidak hadir tanpa sebarang kebenaran atau kelulusan pihak pentadbiran MAQ semasa kelas
dijalankan sebagaimana jadual waktu yang telah ditetapkan adalah ditafsirkan telah melakukan kesalahan
tatatertib.Satu tindakan tatatertib akan diambil kepada pelajar yang tidak menghadiri kelas sebagaimana yang
telah ditetapkan dibawah:
i. Pelajar yang mempunyai peratus kehadiran kurang dari 80%dari jumlah kehadiran keseluruhan akan
ditahan dari menduduki Ujian dan Peperiksaan.
MADRASAH AL-QURRA’
11
ii. Pelajar yang telah dikenal pasti tidak hadir akan diberi satu surat tunjuk sebab (Lampiran D) yang
perlu dikembalikan kepada pihak pentadbiran dalam masa 24 jam dari masa surat dikeluarkan.
(IbuBapa/ Penjaga akan diberi salinan).
iii. Jika pelajar gagal menggembalikan surat tunjuk sebab dalam tempoh yang ditetapkan atau sekiranya
pihak pengurusan tidak berpuas hati dengan alas an yang telah diberikan tindakan seterusnya akan
diambil:
a) Pelajar akan diberi surat amaran pertama (Lampiran D)
b) Selepas menerima amaran pertama, jika didapati pelajar tidak hadir 1 kali berikutnya, surat
amaran kedua akan dikeluarkan (Lampiran D)
c) Selepas amaran kedua dikeluarkan, jika pelajar didapati mengulangi kesalahan yang sama,
pelajar adalah layak digantung dari program selama 14 hari.
iv. Setelah tindakan penggantungan dilaksanakan, tindakan penyingkiran akan dilakukan terhadap
pelajar yang masih melakukan kesalahan yang sama.
Sekiranya pelajar didapati melakukan kesalahan disiplin seperti merokok, keluar dari kawasan MAQ tanpa
kebenaran, membawa barangan larangan, bergaduh atau mencederakan pelajar lain, atau mana-mana keslahan
disiplin, tindakan berikut akan diambil:
a) Pelajar akan diberi surat amaran pertama
b) Selepas menerima amaran pertama, jika didapati pelajar melakukan mana-mana kesalahan
disiplin 1 kali berikutnya, surat amaran kedua akan dikeluarkan
c) Selepas amaran kedua dikeluarkan, jika pelajar didapati mengulangi kesalahan yang sama,
pelajar adalah layak digantung dari program selama 14 hari.
d) Setelah tindakan penggantungan dilaksanakan, tindakan penyingkiran akan
dilakukan terhadap pelajar yang masih melakukan kesalahan yang sama.
MADRASAH AL-QURRA’
12
LAMPIRAN
A – JADUAL HARIAN DAN PEMBELAJARAN
MADRASAH AL-QURRA’
13
MADRASAH AL-QURRA’
14
MADRASAH AL-QURRA’
15
MADRASAH AL-QURRA’
16
MADRASAH AL-QURRA’
17
MADRASAH AL-QURRA’
18
B – SAHSIAH RUPA DIRI
*Pemakaian niqab adalah tidak diwajibkan (bukan uniform rasmi sekolah).
MADRASAH AL-QURRA’
19
C – KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MAQ
MADRASAH AL-QURRA’
20
D – DOKUMEN BERKAITAN TINDAKAN TATATERTIB
1) SURAT AKUJANJI
MADRASAH AL-QURRA’
21
2) BORANG SALAHLAKU DISIPLIN
MADRASAH AL-QURRA’
22
3) SURAT PEMBERITAHUAN TINDAKAN TATATERTIB KEPADA
IBUBAPA/PENJAGA
top related