buletin bpl bil. 2/2017 bahagian pengurusan latihan ...latihan.moh.gov.my/uploads/portal2018/buletin...
Post on 17-Mar-2019
244 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
B P L
BULETIN ӏ Edisi. 2/2017
Disember 2017
1
KANDUNGAN
Simulasi Klinikal Pengajar ILKKM
Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA)……………………………..
Statistik Di Hujung Jari Anda…….
Sesi Retreat Sektor Pengurusan KKM
2017………………………………….
Komuniti Sihat Pembina Negara
I.S.O……………………………………
Majlis Konvokesyen ILKKM…….
2
4
5
7 8
10
9
Penyediaan Dokumen Akreditasi MQA Program Diploma
Pra Perkhidmatan: Melengkapkan Pendidikan Kesihatan
Malaysia Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1/2017
Pelan Strategik Penyusunan Semula Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia (ILKKM) di bawah Teras Strategik 2 yang memberi fokus kepada pembangunan pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan komprehensif di
ILKKM. Satu kemestian untuk KKM membangunkan pelan tindakan yang mendapat pengiktirafan dari pihak MQA.
BPL telah mensasarkan pelaksanaan akreditasi bagi 11 Program Pra Perkhidmatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi tahun 2018.
Kesemua kursus utama iaitu yang terdiri daripada Diploma in Nursing, Diploma in Medical & Health Science, Diploma in Physiotherapy, Diploma in Occupational Ther-apy, Diploma in Radiation Therapy, Diploma in Medical Imaging, Diploma in Medi-cal Laboratory Technology, Diploma in Environmental Health, Diploma in Dental Technology, Diploma in Dental Therapy, dan Diploma in Pharmacy dijangka akan
mendapat sijil MQA sebelum 2019.
Satu sesi Mesyuarat Penyediaan Dokumen Akreditasi Bagi Program Pra Perkhidmatan ILKKM Bil.1/2017 telah diadakan pada 7 hingga 9 November 2017
di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkongsian ilmu telah
disampaikan oleh YBhg. Assoc. Prof. Dr. Rasidah Binti Mohamed iaitu salah seorang panel MQA yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam membuat
penilaian terhadap institusi yang ingin mendapatkan akreditasi MQA.
Objektif mesyuarat penyediaan dokumen Akreditasi MQA Program Diploma Pra
Perkhidmatan ILKKM ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penyediaan dokumen mengikut kerangka MQF, kaedah-kaedah yang digunakan dalam
penyediaan dokumen MQA dan kriteria penilaian program yang diguna pakai oleh ahli panel. Mesyuarat penyediaan dokumen akreditasi MQA ini juga telah
melibatkan lima fasilitator mengikut program yang terdiri dari pegawai di BPL iaitu Dr. Elengovan Varutharaju, Dr. Alias Bin Mahmud, Puan Hafezah Binti Ujang, Encik
Norazlan Bin Abd Karim, dan Puan Rukiah Binti Osman.
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Sesi Taklimat Program Sarjana Perubatan
telah diadakan pada 16 – 17 Mei 2017, di
Dewan Jubli, Institut Penilaian Negara
(INSPEN) yang dihadiri oleh Timbalan
Setiausaha Bahagian Cawangan Operasi
Latihan (OL), Ketua Bidang dan Wakil
Universiti yang terlibat. Seramai 970 orang
peserta yang hadir daripada 1,001 calon yang
ditawarkan.
Simulasi Klinikal Kursus Pembangunan
Bagi Pengajar
ILKKM Tahun 2017
Bahagian Pengurusan Latihan telah telah menganjurkan Kursus Pembangunan Simulasi Klinikal pada 11 hingga 13 Oktober 2017 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah (SAS) dengan objektif pelaksanaan adalah:
i. Memahami dan mengaplikasi pendekatan pembelajaran yang menggabungkan pedagogi dengan teknologi bagi menyediakan pembelajaran “experiential” yang autentik;
ii. Memahami dan mengaplikasi pendekatan simulasi yang dapat membantu dalam pencapaian standard kompetensi yang ditentukan melalui gabungan taksonomi pembelajaran, memenuhi gaya pembelajaran, kemahiran pemikiran aras tinggi dan pembelajaran berpusatkan pelajar; dan
iii. Meningkatkan kepelbagaian dan kreativiti dalam pengajaran supaya proses penyampaian kepada pelajar adalah sejajar dengan keperluan hasil pembelajaran.
Di antara Pengisian Kursus adalah sesi pengisian ceramah bertajuk Increase Realism and Fidelity in Simulation, Disaster Management. Selain itu, peserta kursus juga diberi pendedahan kaedah membuat Moulage. Peserta turut melaksanakan senario yang diberi dan melakukan aktiviti dalam kumpulan.
Sekitar Sesi Simulasi Klinikal
Sekitar Sesi Taklimat Sarjana Perubatan
2
Taklimat Program
Sarjana Perubatan
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Pada tahun ini BPL telah menerima kelulusan dua (2) program baharu untuk dilaksanakan bagi tahun 2018. Kelulusan telah diberikan setelah program-program tersebut dibentang di dalam Mesyuarat Lembaga Pendidikan, Kementerian. Program yang mendapat kelulusan adalah:
i. Diploma Lanjutan Epidemiologi dan Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit); dan ii. Sijil Pos Basik Penjagaan Dermatologi
Kelulusan ini adalah merupakan satu kejayaan BPL ke arah menghasilkan kuriklum berkualiti yang memberi impak terhadap kecemerlangan KKM pada masa akan datang.
Pro
gram
Bar
u Dua Program Diploma Lanjutan dan Pos Basik (Pengkhususan) di ILKKM, 2018
Sekitar Pembentangan Program Diploma Lanjutan Epidemiologi Dan Kawalan
Penyakit (Penyakit Berjangkit)
Law of Universal Attraction Kemahiran Merangsang Minda Membebaskan Gelombang Positif
Seramai 48 orang pengajar ILKKM yang terdiri
daripada pelbagai bidang telah menghadiri kursus
Law of Attraction yang disampaikan oleh penceramah
Attractive Learning and Consultancy iaitu Tuan
Zuhairi bin Mohd Nopiah. Melalui kursus ini para
pengajar mendapat pengetahuan dan kemahiran
tentang merangsang minda supaya membebaskan
gelombang positif untuk memberi lebih banyak
kejayaan dalam hidup. Kursus yang diadakan selama
tiga (3) hari ini diisi dengan aktiviti-aktiviti yang
memberikan kesan mendalam kepada pengajar
seperti Rahsia Kejayaan Diri & Organisasi, Magnet
Prestasi dan The Power of Attention.
3
Sekitar Sesi Bergambar bersama Penceramah
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
EKSA Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan
Malaysia (IPKKM) telah melakukan kunjungan
bagi sesi pengauditan Amalan Eksa di Zon
Latihan, BPL pada 2 Oktober 2017.
Objektif bagi lawatan tersebut adalah sebagai persediaan dan pemeriksaan berkala Amalan EKSA Zon Latihan, BPL yang berada di bawah IPKKM dan juga sebagai persiapan bagi pengauditan pensijilan semula oleh Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Amalan EKSA di Zon Latihan, BPL.
EKSA Ekosistem Kondusif Sektor Awam
BIL NAMA TEMPAT BERTUGAS
1. Dr. Tajul Iqmal Bin Tajul Arus
Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari
2. Puan Siti Zaileha Binti A Salam
Bahagian Pengurusan Maklumat
3. Puan Nur Azlina Binti Abdul Azizi
Bahagian Pemakanan
Senarai Juruaudit EKSA IPKKM
Sekitar audit EKSA IPKKM, 2017
93.8%
93.8%
93.8%
93.8%
93.8%
91.4%
86.1%
94.8%
93.9%
89.7%
96.4%
94.6%
100.0%
94.7%
92.0%
96.0%
88.6%
96.0%
92.0%
78.5%
WING 1
WING 2
WING 3
WING 4
WING 5
KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN RUANG TEMPAT KERJA / PEJABAT
TEMPAT UMUM KESELAMATAN PERSEKITARAN
Pengauditan EKSA DIY Bil. 2/2017 di BPL telah dijalankan pada 3 & 4 Julai 2017 dengan purata markah keseluruhan yang berjaya diperolehi adalah 92.5% di mana berlaku penurunan markah sebanyak 0.2%. Pengauditan EKSA (DIY) Bil. 3/2017 yang diadakan pada 19 & 20 September 2017 pula tidak mengambil kira format pemarkahan tetapi pengauditan dibuat berdasarkan pelan lantai mengikut wing. Seramai tiga (3) orang juruaudit baru telah dilantik bagi menggantikan juruaudit yang
telah bertukar keluar. Berikut adalah markah keputusan audit, senarai nama juruaudit
dalaman dan beberapa gambar aktiviti pengauditan EKSA.
D
I
Y
Carta Perbandingan Pencapaian Audit DIY EKSA Mengikut Wing
Pengauditan
EKSA
4
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Peserta yang tertua melapor diri bagi
program Diploma Lanjutan & Kursus
Pengkhususan adalah berumur
49 tahun.
Statistik Di Hujung Jari Anda
Sumber : Latihan Pra Perkhidmatan & Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Ke Alam Perkerjaan
DIPLOMA LANJUTAN & KURSUS
PENGKHUSUSAN
4,244
“It is never late to earn a degree, masters or
doctorate. Learning has no age limit.”
~ Lailah Gifty Akita
PENCAPAIAN NISBAH PARAMEDIK KEPADA PENDUDUK MALAYSIA
MAC 177
1,510
18
34
MEI
339
2,166
PENGAMBILAN
SEPT
#TahukahAnda?
Selangkah
GRADUAN
2,806 Jumlah graduan sesi Julai 2017
JURURAWAT
102,564 1: 309
PEMBANTU PERUBATAN
15,602 1: 2,029
Sumber : Health Facts 2017
PEMBANTU FARMASI
5,672 -
Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran (PPKI) KENALI
TUGAS ANDA
1 Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.
Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
2
3 Mengawasi kebersihan alam sekitar.
4
Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Ke-rajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.
Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.
5
5,335
Jumlah PPKI pada tahun 2017
Pengambilan pelatih pra perkhidmatan bagi sesi
ambilan Januari dan Julai adalah seperti berikut;
PRA PERKHIDMATAN
Januari Julai
1,966
2,047
JUMLAH PENGAMBILAN
BAGI 2017
4,013
pelatih
5
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Sekitar Kursus Pengurusan Kewangan 2017 Zon Selatan
Pada 24-26 Mei 2017, bertempat di ILKKM Johor Bahru, satu Kursus Pengurusan Kewangan 2017 Zon Selatan telah berlangsung bagi tujuan memantapkan kefahaman dalam mengendalikan tugas-tugas berkaitan perakaunan dan perolehan bagi pegawai kewangan terutama pegawai baru daripada 12 buah ILKKM Zon Selatan dan tengah. Selain itu, kursus turut mensasarkan agenda memupuk integriti dan akauntabiliti di kalangan kakitangan yang menjalankan tugas-tugas berkaitan disamping mengurangkan teguran-teguran audit ke atas pelaksanaan Pengurusan Kewangan. Kumpulan sasaran adalah pegawai yang menjalankan tugas-tugas kewangan di ibu pejabat dan kolej-kolej iaitu Pegawai Penyedia, Peraku I dan Peraku II. Kesinambungan itu, satu lagi kursus dengan objektif dan kumpulan sasaran yang sama telah diadakan pada 24-26 Ogos 2017, bertempat di ILKKM Kota Kinabalu bagi menghimpunkan wakil pengurusan kewangan dari tujuh (7) buah ILKKM mewakili Zon Sabah dan Sarawak.
Pengurusan Kewangan Zon Selatan, Sabah dan Sarawak
Sekitar Kursus Pengurusan Kewangan 2017 Zon Sabah & Sarawak
6
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
K.I.K KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
Pemeriksaan Dokumen dan Viva Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK) KKM Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 telah
diadakan pada 9 Julai hingga 13 Ogos 2017 mengikut lima
(5) zon yang telah ditetapkan seperti berikut:-
Zon Sabah di Sabah pada 9 hingga 13 Ogos 2017;
Zon Tengah di Kuala Lumpur pada 15 hingga 16 Julai
2017;
Zon Selatan di Johor pada 22 hingga 23 Julai 2017;
Zon Utara di Pulau Pinang pada 5 hingga 6 Ogos 2017;
dan
Zon Timur di Terengganu pada 12 hingga 13 Ogos 2017.
Majlis penutup telah diadakan pada Majlis Perhimpunan
Bulanan Kementerian Kesihatan Malaysia Bulan November
2017.
Sesi Retreat Sektor Pengurusan KKM 2017 telah diadakan
pada 4 hingga 6 Ogos 2017 di Pusat Kecemerlangan
Kejuruteraan & Teknologi JKR, Alor Gajah, Melaka. BPL telah
diberi tanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras sesi
makan malam, persembahan kumpulan dan cenderahati
serta hadiah kepada semua peserta sempena program
tersebut. Bagi tujuan ini, beberapa pegawai dari Unit
Khidmat Pengurusan (P), Unit Perancangan Tenaga Manusia
dan Korporat (PTK) dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
(LDP 1) telah dilantik menjadi urus setia bagi melaksanakan
tugas tersebut. Bagi memeriahkan acara, pelatih-pelatih dari
ILKKM (Kejururawatan) Melaka dan ILKKM Seremban turut
dijemput bagi membuat persembahan pada majlis makan
malam tersebut.
Sektor Pengurusan
KKM 2017 SESI RETREAT
Aktiviti Pemeriksaan Dokumen dan Viva
7
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Bengkel berkaitan pengurusan emosi dan stress untuk penjawat awam di
BPL dan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Makanan diadakan
berdasarkan saranan dari Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan. Bengkel tersebut telah berlangsung pada 23 hingga 25
Oktober 2017 di ILKKM Port Dickson (Kejururawatan). Seramai 61 orang
peserta telah terlibat di dalam bengkel ini yang merangkumi peserta
daripada BPL, BKKM dan ILKKM. Melalui bengkel ini, para peserta
didedahkan dengan relaxation techniques yang mudah dan praktikal bagi
menangani stress di pejabat atau dirumah. Secara keseluruhannya para
peserta bengkel memberikan maklumbalas yang amat baik dan
menyatakan bengkel seumpamanya perlu diteruskan pada masa akan
datang.
Pengurusan Emosi Kursus bagi anggota BPL, BKKM dan ILKKM
Sesi bergambar pada hari
akhir kursus
Program KOSPEN adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua warga BPL tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya amalan hidup sihat bagi memastikan kesihatan setiap individu sentiasa dalam keadaan baik. Aktiviti Pemeriksaan Kesihatan ini diteruskan dengan ujian saringan ’PAP Smear’ bagi warga wanita BPL yang diadakan di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Penjawat Awam Wanita Puspanitapuri (PPKWP) dengan Seramai 17 orang telah terlibat dalam membuat ujian saringan ini. Selain aktiviti Pemeriksaan Kesihatan dan Program Derma Darah,
Unit Nazir selaku Sekretariat KOSPEN BPL telah menganjurkan
Program Kesihatan Wanita dan Kesihatan Mental bagi warga BPL
yang telah diadakan pada 15 November 2017. Program ini juga
telah dibuka penyertaan kepada kakitangan wanita di Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Jumlah keseluruhan
penyertaan program ini adalah seramai 32 orang termasuk 4
orang kakitangan BKKM.
KOSPEN Komuniti Sihat Pembina Negara
8
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Dasar Kualiti Bahagian Pengurusan Latihan akan mengembeling semua keupayaan dan potensi sumbernya untuk :
“Komited bagi melahirkan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu yang mencukupi dan berkualiti dari segi pengetahuan dan kemahiran serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan”
Ia akan dicapai melalui komitmen setiap anggota kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dari segi Pengetahuan dan kemahiran serta sentiasa berusaha menigkatkan kualiti perkhidmatan.
I.S.O
Apa itu ISO? ISO merujuk kepada “International Organization for Standardization” berasaskan dokumentasi. Piawai ISO diperlukan untuk menghasilkan keseragaman dan kesetaraan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan, selamat, bersih dan berkualiti. Tujuan pelaksanaan ISO bagi memenuhi kehendak pelanggan dan memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan adalah berasaskan kepada Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).
An International
Organization for
Standardization
OBJEKTIF KUALITI
Menghasilkan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) mengikut keperluan perkhidmatan ber-
dasarkan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia
Memastikan semua pengajar 100% menyediakan pelan mengajar mengikut format yang ditetapkan dan melaksanakannya
Memastikan semua pengajar mengikuti sekurang-
kurangnya (7) hari berkursus dalam setahun
Memastikan sekurang-kurangnya 95% peatih lulus peperiksaan di akhir setiap semesta mengikut indikator QAP
Mengadakan pemantauan dan penilaian ke atas pelaksanaan latihan sekurang-kurangnya (2) kali setahun
Memastikan 100% peruntukan kewangan dibelanjakan mengikut perancangan yang ditetapkan
Menjalankan kajian kepuasan pelanggan sekali
setahun
Memastikan tidak kurang 60% responden pelatih menilai perkhidmatan ILKKM pada wajaran
memuaskan dan ke atas
Memastikan tidak kurang 60% responden dalaman pelatih menilai perkhidmatan ILKKM pada wajaran memuaskan dan ke atas dalam kajian kepuasan pelanggan
6
BPL telah menerima kunjungan audit dari pasukan audit SIRIM
QAS International bagi persijilan semula MS ISO 9001 : 2008
dan peralihan ke MS ISO 9001 : 2015. Pasukan tersebut telah
memulakan sesi audit bermula 26 hingga 30 November 2017
di BPL dan beberapa ILKKM terpilih di seluruh negara termasuk
Sabah dan Sarawak. Hasil dari audit tersebut membawa
kepada beberapa penemuan Non-Compliance Report (NCR)
dan Opportunity for Improvement (OFI) dan BPL telah
melaksanakan penambaikan atas teguran audit tersebut.
Penganugerahan persijilan semula MS ISO 9001 : 2015 oleh
SIRIM QAS International dijangkakan diperoleh dalam suku
pertama Tahun 2018.
9
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Majlis Konvokesyen ILKKM Zon Semenanjung, Sabah dan Sarawak
10
Majlis Konvokesyen ILKKM Zon Sabah telah diadakan
pada 3 Oktober 2017 bertempat di Universiti
Malaysia Sabah (UMS) yang melibatkan seramai
1,225 orang pelatih daripada tiga (3) buah ILKKM di
Negeri Sabah. Majlis gemilang tersebut adalah bagi
meraikan graduan dari ILKKM Kota Kinabalu, ILKKM
Tawau (Kejururawatan) dan ILKKM Sandakan yang
dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu, bapa,
penjaga serta kenalan pelatih sepanjang ia berlang-
sung.
Sekitar Majlis Konvokesyen ILKKM Tahun 2017
Majlis Konvokesyen ILKKM tahun 2017 telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan pada 21-23 Oktober 2017. Majlis yang diadakan di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak telah melibatkan seramai 7,041 orang graduan daripada 26 buah ILKKM di Semenanjung Malaysia.
Majlis Konvokesyen ILKKM tahun 2017 bagi Zon
Sarawak pula telah berlangsung di Universiti
Malaysia Sarawak pada 10 Oktober 2017 dengan
penglibatan seramai 993 orang graduan dari empat
(4) buah ILKKM yang terdapat di Negeri Sarawak.
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
11
Sehingga Disember 2017, seramai lima (5) orang warga BPL telah menamatkan karier dengan persaraan Wajib dan Pilihan. Selamat bersara di ucapkan dan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa kepada BPL & ILLKM
Pn Sharipah bt. Wahit
Pengajar Jururawat
bersara pilihan mulai 15.1.2017
Mohmad Puad bin Ma'on
Pengajar Pen. Peg. Kes. Persekitaran
bersara wajib 17.4.2017
Abdul Ghani bin Samat
Pengajar Pembantu Perubatan
bersara atas sebab kesihatan
mulai 28.4.2017
Nadarajah A/L Chelliah
Pengajar Pembantu Perubatan
bersara wajib mulai 24.5.2017
Pn. Fatimah bt. Nayan
Pengajar Juruteknologi Pergigian
bersara wajib mulai 3.8.2017
Buletin BPL Bil. 2/2017
Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, No. 26 Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel : 03-8885 0600 ӏ Faks : 03-8885 0748/ 747/ 746
B P L
Untuk sebarang teguran dan hebahan, hubungi kami: Unit Perancangan Tenaga Manusia dan Korporat Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 6, Menara Prisma No. 26 Persiaran Perdana 62675 Putrajaya WP Putrajaya Telefon : 03 – 8885 0600 Faksimili : 03 - 88850747 Website : www.latihan.moh.gov.my
Ketua Editor : Rozana Zahrol, KPSU PTK
Editor :
Barshah Abu Bakar Johaibe Bujang
Grafik :
Mastika Muhammad Nurfaizatul Ashikin Mokhtar Mohd Hadzrik Nor Osman
Norazwana Ibrahim Fatin R.Azmee
Penaung
Dr. Zainal Abidin Sait Setiausaha Bahagian | Bahagian
Pengurusan Latihan | KKM
Penasihat En. Mohamad Yatim bin
Nawawi Timb. Setiausaha Bahagian |
Cawangan Perancangan Tenaga Manusia dan Dasar Latihan |
Bahagian Pengurusan Latihan | KKM
KOMITMEN Melakukan tanggungjawab dengan relahati/ ikhlas Merancang dan berfikir dahulu sebelum bertindak Berusaha gigih tanpa di arah Mengambil tindakan sebelum diberitahu/ diarahkan Memberi penjelasan atas sesuatu tindakan yang dilakukan atau perkara yang berlaku Memberi tunjuk ajar dan bimbingan Menunjuk kesungguhan dalam melaksanakan tugasan
Budaya Korporat Program Penerapan dan Pengukuhan
Mutiara Kata
“Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan
keupayaan yang ada pada diri kita”
-Urusetia JK Kerja Budaya Korporat, IPKKM-
12
top related