buletin integriti siri 1/2017 ntegriti i erti sebuah ... filekepentingan organisasi dan hak orang...
Post on 25-Oct-2019
9 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SERPIHAN KENANGAN
BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2017
Terbitan: Unit Integriti
ERTI SEBUAH KECANTIKAN
Transformasi Negara PEMACU
Integriti i
• Datin Zakiah Syerina Balqis binti Taha
• Abdul Majid bin Abdul Rahim
• Mohd Rafee bin Mohamad
• Wan Muhamad bin Wan Junoh
• Nor Azimah binti Nun
• Nursyarinatul Shima binti Safiai
• Shawalrizal bin Ahmad Zailan
P E N Y E L A R A S / P E N G A R A N G
SIDANG
REDAKSI P E N A S I H A T
Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2 dan 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
T E R B I T A N
Nazli Rasyid bin Haji Sulong
03 - 8884 7999
03 - 8884 7922
wmuhamad.wjunoh@moe.gov.my
http://www.moe.gov.my
2
S U M B A N G A N K A R Y A
• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel, berita, cerpen,
sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.
• Hantarkan karya anda ke kpm.ui@moe.gov.my.
• Karya yang terpilih akan menerima sumbangan cenderahati daripada penganjur.
3
Saya mengucapkan
syabas dan tahniah kepada
sidang redaksi dan semua
yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak
langsung dalam menjayakan
penerbitan buletin ini.
Semoga segala usaha murni
ini mendapat keberkatan
daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Objektif penerbitan buletin ini adalah
untuk melestarikan perkhidmatan awam
yang berintegriti selaras dengan hasrat
murni Kementerian untuk melahirkan
warga kerja KPM yang berintegriti dan
berkeperibadian unggul.
Tahun 2017 merupakan tahun
penyampaian perkhidmatan kepada
rakyat oleh kerajaan. Saya yakin dan
percaya betapa sesungguhnya warga
KPM pasti memasang azam dan janji
sama ada secara khusus mahu pun
secara umum untuk berusaha dengan
lebih gigih serta sentiasa
meningkatkan tahap profesionalisme
dalam perkhidmatan dengan lebih
efisien.
Integriti perlu dilihat dan dihayati
dalam konteks yang lebih luas. Integriti
bukan sahaja bermakna kita perlu
menjauhkan diri dari amalan-amalan
rasuah, penyelewengan dan salah guna
kuasa tetapi konsep integriti juga
membawa maksud nilai-nilai amanah,
boleh dipercayai, jujur, taat dan
mempunyai sifat-sifat keperibadian
yang teguh. Integriti juga bererti
sentiasa menghargai serta memelihara
kepentingan organisasi dan hak orang
awam. Malahan, kepentingan
organisasi, perkhidmatan serta negara
hendaklah mengatasi kepentingan diri
sendiri.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Alhamdulillah, bersyukur
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNya, saya diberikan ruang dan
peluang untuk menyampaikan sedikit
amanat dalam penerbitan Buletin
Integriti Siri 1 Tahun 2017 bertemakan
“Pendidikan Asas Integriti”.
Warga berintegriti adalah
aspirasi negara. Oleh itu, saya
menyeru kepada seluruh warga
KPM agar bersama-sama
m e m b u d a y a k a n
i n t e g r i t i d a l a m
k e h i d u p a n
s e h a r i a n demi kejayaan
di dunia dan akhirat kelak.
Oleh: Mohd Rafee bin Mohamad
Menerusi “Haluan Kerja Pendidikan
Merealisasikan Agenda Transformasi Negara”
nukilan Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud,
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
“Pendidik Berintegriti” merujuk kepada
pasukan pendidik yang mempunyai
nilai-nilai keutuhan dalam diri yang
tinggi bagi mencapai hasrat sistem
pendidikan kebangsaan. “Transformasi
Negara” pula merujuk kepada aspirasi
„Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan‟, dan merealisasikan
Program Transformasi Kerajaan
(GTP) merangkumi komponen yang
dinyatakan dalam Bidang
Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) dan Bidang Ekonomi
Negara (NKEA).
Transformasi Negara PEMACU
Persoalannya, bagaimanakah yang dikatakan
pendidik berintegriti mampu menjadi pemacu
transformasi negara?
“Pendidik Menghayati dan
Mempamerkan Watak Profesional
Pemacu Transformasi Negara”.
Demi menjayakan hasrat pembentukan masyarakat
1Malaysia dalam sistem pendidikan negara, penerapan
asas jiwa murni, akhlak terpuji dan budi pekerti menjadi
kunci melahirkan pendidik berintegriti. Kod Etika
Keguruan menjadi amalan, Standard Guru Malaysia
pengukur pencapaian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjadi panduan, prestasi dan kualiti murid terus diberi
keutamaan. Kini, perlaksanaan NKRA menuntut
kecemerlangan dalam perkhidmatan, sikap kebertanggung
jawaban dan semangat mujahadah demi nusa dan bangsa.
4
“Pendidik Berintegriti, Murid
Berinovasi, Negara Ditransformasi”.
Demi merapatkan jurang pendidikan ke arah
transformasi negara yang kita jayakan, kawasan
pedalaman mendapat imbuhan, guru baru akan
ditugaskan, mengajar si asli dan si penan, yang dahagakan
ilmu pengetahuan. Ilmu perlu di ajar tanpa memilih watak,
walau siapa mereka, itu bukan persoalannya. Hakikatnya,
17 februari 2011 menjadi saksi, SK Ulu Lubai pedalaman
Limbang Sarawak menjadi bukti, hasil sentuhan pendidik
berintegriti, sekolah berprestasi tinggi kini dikecapi.
Semua ini memerlukan keutuhan akhlak dan nilai murni
yang terpasak kukuh dalam sanubari setiap insani
bergelar pendidik berintegriti. Pendidik menghayati dan
mempamerkan watak professional pemacu transformasi
negara.
Alaf baru menyaksikan gelombang perubahan hasil
daripada kemajuan sains, kecanggihan teknologi dan
ledakan ilmu demi melonjakkan kecemerlangan
pendidikan. Sebagai pendidik dan bakal pendidik, adakah
kita sedari kehadiran murid natif digital pada hari ini?
Menyedari kehadiran murid natif digital inilah, simposium
guru Malaysia dan Amerika Syarikat telah dilaksana,
khusus ke arah murid belajar dengan mengajar.
Hakikatnya, pendidik berintegriti pasti berusaha agar
murid natif digital yang ingin dilahirkan bukan sahaja
mampu memahami ilmu, malah mereka bentuk
pengetahuan baharu dan memodifikasi tingkah laku.
Menerusi program transformasi, kurikulum standard
sekolah rendah mula dihayati, program I-think kini
dilestari, memberi peluang murid melakukan eksplorasi,
dengan bimbingan pendidik berintegriti. Harus kita yakin
dan percaya, tanpa pendidik berintegriti, masyarakat
berinovasi hanya mimpi. Hakikatnya, pendidik berintegriti
terus bersemi, murid berinovasi, negara di transformasi.
“Pendidik berintegriti belajar
sepanjang hayat pemacu
transformasi negara”.
Tiada institusi perguruan, betapapun gemilang
namanya dan betapapun tinggi kualiti pendidikan
keguruannya, mampu membekalkan pengetahuan dan
kemahiran untuk digunakan oleh para pendidik sepanjang
kariernya. Justeru tertuntut di atas pundak pendidik dan
ketua pendidik untuk mengambil inisiatif mendalami
pengetahuan dan kemahiran baharu serta
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran tersebut
sepanjang hayat profesion mereka. Profesionalisme guru
tanggungjawab sepanjang hayat. Institusi pendidikan guru
institusi pendidikan sepanjang hayat. Kini, pendidik
memerlukan transformasi untuk meningkatkan kualiti
diri, bahasa asing dikuasai, mahir dengan ICT, peka dengan
segala situasi bukti pendidik berintegriti. Bahagian
Pendidikan Guru, Institut Aminudin Baki, dan Institut
Pendidikan Guru Malaysia duduk semeja menyusun
latihan dan aktiviti demi pendidik berintegriti. Maka,
sahutlah seruan, tingkatkan ilmu pengetahuan, sepanjang
hayat yang dihasratkan. Pendidik berpengetahuan
berminda kelas pertama pemacu transformasi negara.
“Pendidik cemerlang
pemacu transformasi”.
Apabila membincangkan
kecemerlangan guru dan profession
keguruan perlu menfokuskan 5 tunjang
utama yang menjadi tonggak kejayaan.
Kekuatan intelek, kepimpinan
berwibawa, kemurnian akhlak,
kesediaan untuk berubah serta
minat dan cinta terhadap
profession keguruan. Fenomena global
kini melanda, dunia yang dahulunya hanya
dianggap biasa, kini menuntut produktiviti
yang bernatijah. Inovasi memerlukan
kehadiran tenaga otak, ketajaman daya fikir,
kekuatan daya imaginasi dan kreativiti.
Lantas, berlaku pertembungan dengan
pendidikan, pembelajaran, sekolah dan bilik
darjah. Pendidik cemerlang pasti
mengadaptasi dan mencerna teknologi
membuktikan pendidikan terus kita dorong
agar kita melihat pada mata burung bukan
duduk di bawah tempurung. Hakikatnya,
sebagai pemacu transformasi, sekolah bestari
terus dilestari, anugerah inovasi kini
terpateri, penggunaan ICT berada dihujung
jari. Ke arah wawasan 2020, ayuh pendidik
berintegriti pemacu transformasi, bersatu
hati meningkatkan kecemerlangan diri.
Secara tuntasnya, tugas besar menanti
warga pendidik berintegriti untuk memacu
transformasi. Ayuh memasak tekad, menjadi
pendidik berintegriti, watak professional
dipateri, melahirkan murid berinovasi,
pendidikan sepanjang hayat dihayati, pendidik
cemerlang terus dilestari.
5
ERTI SEBUAH KECANTIKAN Kecantikan itu bukanlah pada memakai bongkah rantai emas
Mekap berjenama atau pakaian berfesyen dari butik dan
Dari luar negeri, yang pasti mahal harganya
Kecantikan juga bukan pada makan pil pelangsing diri
Pembedahan mengubah wajah, organ dan anggota badan
Dan kecantikan juga tak mungkin dimiliki andai tak mampu
Melahirkan jalur-jalur kebenaran dan keikhlasan dalam diri
Sekaligus menghindar hipokrasi
Kecantikan bisa bersemadi di sanubari seandainya diri
Dibaluti tingkah laku terpuji, akhlak yang mulia serta
Mewarnai seluruh aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi
Justeru… Kecantikan adalah ilmu pengetahuan, amalan dan cerminan
Wajah kemanusiaan seperti apa yang dilihat pada sisi luaran diri
Penghayatan semua sifat terpuji, keindahan pada diri seseorang insan
Maka barulah bisa dianggap dia memiliki kecantikan.
Sumber:
Pasentren Ma’ahad Al Zaytun,
Indramayu Indonesia
2001
6
Kecantikan itu bukanlah pada memakai bongkah rantai emas Mekap berjenama atau pakaian berfesyen dari butik dan Dari luar negeri, yang pasti mahal harganya
Kecantikan juga bukan pada makan pil pelangsing diri Pembedahan mengubah wajah, organ dan anggota badan Dan kecantikan juga tak mungkin dimiliki andai tak mampu Melahirkan jalur-jalur kebenaran dan keikhlasan dalam diri Sekaligus menghindar hipokrasi
Kecantikan bisa bersemadi di sanubari seandainya diri Dibaluti tingkah laku terpuji, akhlak yang mulia serta Mewarnai seluruh aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi
Justeru… Kecantikan adalah ilmu pengetahuan, amalan dan cerminan Wajah kemanusiaan seperti apa yang dilihat pada sisi luaran diri Penghayatan semua sifat terpuji, keindahan pada diri seseorang insan Maka barulah bisa dianggap dia memiliki kecantikan.
Sumber:
Dwilogi, Terbitan 2014
Oleh: Taha bin Kadir
KUNING ,MERAH, HIJAU. Bukan sekadar warna-warna yang ada pada sebatang lampu isyarat. Namun warna-
warna ini pernah menyaksikan jutaan nyawa manusia terkorban dek kegagalan mematuhi peraturan. Menurut Majlis
Keselamatan Jalan Raya, 90% kemalangan berlaku berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak
berhemah iaitu tidak berilmu, berdisiplin dan berakhlak. Sama ada pemandu kereta, bas, lori, penunggang motosikal
mahupun pejalan kaki, perlu sentiasa berintegriti, agar kemalangan dapat dihindari. Persoalannya, apakah medium
terbaik untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah sekaligus menjamin keselamatan bersama?
“Pendidikan Diutamakan, Kesedaran Dipugarkan”
Sikap berhemah pengguna jalan raya perlulah disulami dengan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Di negara
Jerman, mendapatkan lesen memandu bukanlah suatu perkara yang mudah. Ujian yang sangat sukar, praktikal
memandu di laluan mencabar dan penerapan teori secara pintar sehingga pemandu mereka diiktiraf sebagai
pemandu paling berhemah di dunia. Berbeza dengan kita, tahap kesedaran masih membimbangkan. Meskipun
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah diterapkan, pelbagai iklan dipaparkan, pelbagai papan tanda dipacakkan.
“Pandu Cermat Jiwa Selamat”, “Ingatlah Orang Yang Tersayang” dan “Pandu Laju Maut Menunggu.” Namun seperti
mencurahkan air ke daun keladi, merempit masih dijadikan tradisi, lumba haram makin menjadi-jadi, telefon bimbit
dijadikan teman sejati, nyawa orang lain menjadi galang ganti. Natijahnya, kerajaan telah berusaha, institusi
pendidikan telah diwahana, sikap pemandu masih di takuk lama.
7
“Kerajaan Prihatin, Memperkasa Disiplin”
Tahukah anda, negara-negara Skandinavia seperti Norway dan Sweden merupakan antara negara yang paling
rendah kadar kemalangannya. Sistem pengangkutan awam yang sistematik, jalan raya yang terbaik ditambah dengan
sikap pemandu yang cerdik adalah garapan ideal kepada kejayaan yang epik. Di negara kita, kerajaan mendahulukan
keselamatan jalan raya melalui pelbagai cara. Lebuhraya dibina, pengangkutan awam diperkasa, dan pelbagai kempen
dilaksana. Malah, undang-undang ketat juga dikuatkuasa dengan peranan JPJ dan PDRM yang bertugas pada setiap
masa. Namun, kita masih menghuni kelompok 25 buah negara yang paling berbahaya jalan rayanya di dunia. Setiap
hari, 18 orang maut dek kerana bersikap seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
Tuntasnya, kerajaan sudah berusaha, memperkasa disiplin paksi utama, pengguna jalan raya masih alpa.
“Keluarga Dominan, Memulih Kebejatan”
Syawal saban kali menjelma, hakikat yang amat pedih untuk kita terima, kemalangan maut kian berganda, ada
yang tidak sempat bersalaman di pagi raya, ada yang kempunan memakai baju baru pelbagai warna dan ada yang
meratap tangis pemergian insan tercinta. Justeru, peranan keluarga amat dituntut untuk memulihkan masalah yang
melanda. Amalan nasihat-menasihati perlulah sebati, budaya tegur-menegur perlulah dilentur dan sikap ambil berat
perlulah diperkuat, agar keselamatan bersama terus terpelihara.
Oleh: Mohd Fazlan bin Ismail
Guru SK St Joseph JB, Johor
8
Oleh: Muhammad Hanif bin Mohd Saleh
Guru SK Kg. Pasir JB, Johor
Setiap negara mempunyai model pendidikan
mengikut acuan masing-masing. Dunia pendidikan hari
ini telah mengalami banyak perubahan, namun adakah
perubahan yang dilakukan itu benar-benar bersesuaian
dengan keperluan abad ke 21 yang serba mencabar ini?
Sistem pendidikan di negara lain secara tidak langsung
telah menjadi perbandingan di kalangan masyarakat
kita, kini sehinggakan ada yang sanggup berpindah ke
luar negara semata-mata tidak berpuas hati dengan
sistem sekolah di sini.
Naskhah „Bukan Salah Cikgu‟ cuba
mengemukakan beberapa bahagian penting dengan isu-
isu yang berkaitan dalam sistem pendidikan di dalam
dan luar negara. Buku setebal 160 muka surat ini ditulis
dengan santai oleh Azmira Amran selaku pemegang
Ijazah Sarjana Pendidikan & Globalisasi di Universiti
Oulu, Finland. Buku ini juga adalah bedasarkan kajian
serta pengalaman penulis yang pernah berkhidmat
menjadi guru di Malaysia dan pelajar di Finland.
Buku ini bukan bertujuan memburukkan sistem
pendidikan yang sedang kita diami, tetapi ia lebih
kepada satu pandangan semula ke mana arah
pendidikan kita pada hari ini. Antara topik menarik
yang dibincangkan dalam naskhah ini adalah seperti,
tujuan pendidikan di Malaysia, isu-isu pendidikan di
Malaysia, huraian tentang PISA, dan sistem pendidikan
di Finland secara ringkas.
Di dalam bahagian tujuan sistem pendidikan,
penulis ada membentangkan semula Falsafah
Pendidikan Negara dengan memberi beberapa
pandangan yang kritikal tentang Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2025. Contohnya berkenaan isu akses
peluang dan kesamarataan pendidikan demi
merapatkan jurang antara murid di pedalaman dan
bandar. Antara punca utama yang tidak boleh dinafikan
ialah penggunaan sistem gred dan ranking yang secara
tidak langsung telah menjarakkan lagi jurang akses
pendidikan antara murid bandar dan luar bandar.
ULASAN BUKU BUKAN SALAH CIKGU:
9
“Sekolah di Malaysia
seharusnya tidak diranking.
Setiap sekolah harus
mempunyai standard yang
tinggi dan memberi
pendidikan berkualiti
kepada setiap murid.
Bukannya siapa yang kaya
akan mendapat pendidikan
berkualiti dan sesiapa yang
tidak kaya, harus ke
sekolah tidak berkualiti.”
Antara masalah utama yang mengekang kita
untuk menjadi lebih maju ialah kita diikat dengan
gred. Setiap perkara akan digred. Secara tidak
langsung ini telah menyebabkan setiap perkara yang
dilaksanakan semata-mata untuk mengejar gred dan
bukan atas dasar ingin menghidupkan suasana
pembelajaran secara berterusan.
Isu lain yang dikemukakan dalam buku ini juga
termasuk seperti middle managers yang terlalu
ramai di dalam sistem pendidikan kita. Middle
managers yang sepatutnya bertujuan membantu
telah menghantui para guru di sekolah sebagai
kumpulan atau jemaah yang cuma ingin mencari
salah. Namun dalam hal ini, disisipkan juga peranan
middle managers yang berperanan sebagai
pembimbing dan bukan sekadar mencari salah dan
guru juga sepatutnya memberi kerjasama dalam sesi
perbincangan demi memantapkan sesi pembelajaran
di dalam kelas.
Apa yang lebih menarik tentang buku ini ialah
disamping menjadi kritis di dalam sistem pendidikan
sedia ada, penulis juga berkongsi model yang baik
untuk dijadikan panduan seperti model pendidikan
negara Finland. Antara beberapa perkongsian
menarik dalam sistem pendidikan Finland seperti
pembelajaran bukan peperiksaan, dan pendidikan
percuma dimulakan seawal usia sebulan di dalam
kandungan (pada ibu bapa) sehingga bayi tersebut
melanjut pelajaran ke peringkat PhD. Selain itu,
Finland juga mengamalkan sistem pembelajaran
secara menyeluruh dengan mengambil kira pendapat
ibu bapa, komuniti dan pelajar dalam memantapkan
sistem persekolahan mereka.
Seperti yang telah sedia maklum, Finland pada hari ini merupakan antara negara yang berada pada tahap
terbaik dunia di dalam bidang pendidikan. Namun begitu, kita tidak perlu untuk terburu-buru meniru ataupun
berpindah terlebih dahulu. Demikian apa yang berlaku di Finland juga bukanlah terjadi dalam masa yang singkat.
Telah banyak perkara dikorbankan demi memastikan sistem pendidikan mereka untuk menjadi yang terbaik di
dunia, seperti kadar cukai yang tinggi dan bajet tahunan yang besar diperuntukkan demi memastikan mereka dapat
menawarkan sistem yang baik. Hal ini juga antara faktor utama penyebab Finland dapat menawarkan pendidikan
percuma pada rakyatnya.
Secara kesimpulannya, buku ini wajar dibaca oleh semua golongan untuk memahami dan mendekati sistem
pendidikan. Disamping itu, penting bagi setiap komponen masyarakat untuk mendalami semula peranan masing-
masing selaku ibu bapa, guru, masyarakat dan kementerian. Setiap komponen ini perlu sedar bahawa dengan
memainkan peranan yang baik sistem pendidikan yang ideal dapat dibentuk. Sistem pendidikan yang baik akan
melahirkan generasi yang bijak, sementara generasi yang bijak akan melahirkan pemimpin yang berkualiti.
JASAMU BAGAI BUIH DI LAUTAN
RENTASI OMBAK PERJALANAN
BERTATIH TEMPUHI LIKU KEHIDUPAN
KAUASUH KAMI PENUH KESABARAN
RESTUMU BAGAI PAYUNG MAHKOTA
NAUNGI LANGKAH SEJAHTERA
BERJUANG MENGEJAR MERCU CITA JAYA
KAUBELAI KAMI HINGGA PINTU SYURGA
KINI ENGKAU DIMAMAH USIA
LAYARI SISA HIDUP SUNYI SENJA
TIADA KHABAR MEMBALUT DERITA
YANG TINGGAL PENANTIAN HAMPA
LEMBUT JEMARIMU MENGHAYUN BUAIAN
MENITI JAMBATAN DUGAAN
NAMUN KERINGATMU KIAN DILUPAKAN
MENJADI SERPIHAN KENANGAN
LINANGAN AIR MATAMU KASIH
MERUNTUN ALPA DIRI INI
KUBERJANJI HINGGA AKHIR HAYAT NANTI
PENGORBANANMU GURINDAM DI HATI
SERPIHAN KENANGAN Oleh: (i) Mohd. Farik Madun, Guru SJK (C) Chi Wen, Labuan
(ii) Lucy Gawis, Pensyarah IPGK Gaya, Sabah
10
Majlis Perutusan Tahun Baharu KPM 2017 dan
ANUGERAH TOKOH TELADAN INTEGRITI KPM 2016
10 Januari 2017
Dewan Plenari, PICC, Putrajaya
11
Dr. Habibah binti Abdul Rahim
Tokoh Teladan Integriti KPM 2016
Kategori Pengurusan dan Profesional
Zadurah binti Md Zain
Tokoh Teladan Integriti KPM 2016
Kategori Kumpulan Sokongan
P R O G R A M W A C A N A I N T E G R I T I S I R I 1 / 2 0 1 7
7 Februari 2017
Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12,
Kompleks E, Putrajaya
12
Tuan Wan Jaapar bin Wan Ahmad Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI
Bengkel Penambahbaikan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah
KPM 2.0 Tahun 2017
15 - 17 Februari 2017
PLGDP Zon Timur Seri Tualang, Temerloh Pahang
13
Majlis Perhimpunan Bulanan KPM dan
I K R A R B E B A S R A S U A H K P M
15 Mac 2017
Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, Putrajaya
14
15
16
top related