buletingpl - fama
Post on 10-Feb-2016
245 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Selamat Datang
Datang
www.facebook.com/peraturan3P
Klik Like...Apa tunggu lagi jumpa anda di sana...
ishakabbas@fama.gov.my
Format lain:
Sidang EditorPEnASihAt
Tn Haji Ishak Abbas
KEtuA Editor KAnAn
En.Sobri Abd Hamid
KEtuA Editor
En. Mohd Nawawi Harun
Editor / KolumniS Nor Azhar Abdul Hamid
lAPorAn AKtiviti
Ahmad Faizan Sharom
Pn Siti Mariam Abd Ghani
CovEr Foto
John Kenny
Boleh didapati dalam bentuk PDF di www.fama.gov.my.
Bangunan FAMA PointLot 17304, Jalan Persiaran 1Bandar Baru Selayang68100 Batu Caves SelangorTel: 03-61262020Fax: 603-61370802
Info Bahagian
Sumbangan artikel atau komen: buletingpl@gmail.com
Komentar
Syukur kehadrat ilahi dengan limpah nikmatNya
buletin ini dapat dihasilkan dengan jayanya.
Saya berterima kasih kepada Sidang Editor yang
bertungkus lumus menyiapkan buletin GPL ini.
GPL atau dengan maksud Grading, Packaging and
Labelling (Peraturan 3P) digunakan sebagai tajuk
Buletin untuk Bahagian Regulatori. Isu pertama
ini sempena sambutan MAHA INTERNATIONAL
2012. Selain itu, buletin ini juga memaparkan aktiviti,
artikel serta laporan terkini Bahagian Regulatori.
Semoga buletin ini akan mendekatkan kita lagi
dalam menjayakan visi dan misi FAMA.
Walaupun buletin ini akan diterbitkan Empat Bulan
sekali, namun saya percaya ianya dapat memberikan
maklumat dan informasi yang tepat dan terkini untuk
orang ramai dan warga kerja FAMA khususnya.
Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dan tahniah diucapkan kepada Sidang Editor dan
seluruh warga kerja Bahagian Regulatori.
Selamat Membaca...
Tn Haji Ishak AbbasPengarah KananBahagian Regulatori.
Sekapur Sirih
Isu 12012
Bulletin GPL1
APa Kata KP
Tahniah kepada Bahagian Regulatori kerana berjaya menerbitkan Buletin GPL yang julung-julung kalinya sempena MAHA INTERNATIONAL 2012. Sesungguhnya dengan penerbitan Buletin GPL ini, maka masyarakat dapat memperolehi maklumat yang terkini mengenai aktiviti Bahagian Regulatori FAMA
Bahagian Regulatori merupakan sayap penting FAMA dalam mencapai hala tuju FAMA ke arah pemasaran pertanian berkualiti dan mematuhi Malaysian Standard.
Perlu tahu
Dunia kini semakin mencabar dengan teknologi terkini. Lantaran itu, FAMA harus bergerak seiring dengan perkembangan tersebut.
Penggabungan teknologi dalam pertanian moden telah mengubah landskap penggubal dasar terhadap pemasaran pertanian negara. Manakala trend di negara maju menunjukkan peningkatan tahap keprihatinan pengguna terhadap makanan sihat seperti segar, selamat, bernilai tinggi dan sedia untuk dimakan.
GPL(Peraturan 3P) atau Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan secara rasmi telah diwartakan pada 18 Ogos 2008. FAMA dipertanggungjawabkan dibawah Akta 141 untuk menetapkan standard kepada kualiti fizikal sesuatu keluaran dengan menggunapakai Malaysian Standard (MS) mengikut Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549)
Jaminan Kualiti
Bagi memastikan kualiti pertanian terjamin, GPL (Peraturan 3P) ini telah mengikut penggredan yang diamalkan negara maju seperti piawaian CODEX Alimentarius Commission, Hazzard Analysis And Critical Control Point (HACCP) dan Global Good Agriculture Practise (GLOBALGAP).
Melihat kepada hakikat kepentingan peraturan ini maka justifikasi mengenai kenapa pentingnya peraturan ini adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Daya Saing Keluaran Tempatan,2. Meningkat Pendapatan Kumpulan Petani.3. Mencegah Akitviti Lambakan.4. Kebolehkesanan (Tracebility)
Kesedaran Pengguna
Kempen kesedaran kesihatan kepada pengguna perlu diteruskan sehingga penggunabenar-benar memahami kepentingan peraturan tersebut dalam kehidupan seharian terutama sewaktu memilih hasil pertanian segar supaya ianya terjamin selamat, berkualiti dan sedia untuk dimakan.
Perlaksanaan
Sekadar kempen tidak memadai, pihak FAMA sendiri juga perlu fokus mengamalkan GPL ini agar masyarakat dapat melihat keseriusan perlaksanaan GPL di peringkat agensi kerajaan itu sendiri.
Tahniah dan selamat membaca....
YBhg Datuk Ahmad bin IshakKetua Pengarah FAMA
Pendekatan Ketersediaan, Kebolehdapatan dan
Kemampuan menjadi teras utama kerangka kerja FAMA agar FAMA terus matang dan komited dalam pemasaran
pertanian Negara
Isu 1 2012
Bulletin GPL 2
MAHA merupakan satu pameran antarabangsa yang menghimpunkan
kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif Pertanian, Industri Asas Tani (IAT), Hortikultur dan Industri Pelancongan Tani. Pameran terbesar di rantau Asia ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. MAHA 2010 telah memecah rekod pencapaian jumlah pengunjung sebanyak 1.5 juta berbanding tahun sebelumnya. Nilai pungutan jualan pula mencecah RM 23 juta sepanjang program berlangsung selama 10 hari (26 Nov – 5 Dis 2010) di lokasi Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Melalui MAHA 2012, tarikan utama buahan segar pada kali ini ialah ROCK MELON dan APOLLO
Rock Melon atau nama Saintifik Cucumis melo L dari keluarga Cantaloupe dipercayai berasal berasal dari Lembah Panas Persia atau daerah Mediterania yang merupakan perbatasan antara Asia Barat dengan Eropah dan Afrika. Hidup dengan subur di benua Asia Tenggara. Negara pengeluaran utama Rock Melon ialah Costa Rica, Mexico, USA, Jepun, Australia, Taiwan dan Malaysia. Kawasan tanaman utama di Malaysia adalah di Selangor, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah.
Khasiat roCK mElon
Buah melon boleh dimanfaatkan sebagai makanan buah segar dengan kandungan vitamin A, B dan C yang cukup tinggi serta
mengandung protein, kalsium dan fosfor. Kandungan mineral pada buah melon mampu menghilangkan keasaman tubuh dan merupakan agen pelawas yang baik bagi menyembuhkan sembelit. Kandungan nutrisi buah melon adalah 15,00 mg kalsium; 25,00 mg fosfor; 0,5 mg besi; 34 mg Vitamin C; 640 mg I.U Vitamin A; dan 0,03 mg Vitamin B1. Kandungan karotenoid buah rock melon yang tinggi dapat
mencegah kanser dan menurunkan risiko serangan kanser paru-paru serta penyakit kanser-kanser yang lain.
Tidak cukup itu, buah melon juga mengandungi antikoagulan yang disebut dengan adenosine sehingga mampu menghentikan penggumpalan sel darah yang dapat menyebabkan terjadinya penyakit stroke atau jantung.
Buah melon juga mempunyai daya diuretik yang sangat baik sehingga mampu menyembuhkan penyakit ginjal. Jadi ada baiknya mengkonsumsi buah melon sehari sekali secara rutin pada pagi hari sebagai satu gaya hidup yang sihat.
ROCK MELON
MAHA International 2012Eksklusif
malaysia : Anggaran Penggunaan Per Kapita isirumah Bagi Buah-buahan terpilih tahun 2004-2011 (Kilogram)
KomoditiTAHUN
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011Melon - Rock melon 0.12 0.12 0.13 0.13 0.13 0.14 0.14 0.14 Melon - Honey dew 0.35 0.36 0.37 0.38 0.39 0.40 0.41 0.41 Melon (Unspecified) 0.04 0.04 0.04 0.04 0.05 0.05 0.05 0.05 Sumber: FAMAKajian Penggunaan Isirumah FAMA/ACNielsen, 2003/04Dikemaskini pada 21.02.2011
Isu 12012
Bulletin GPL3
KEPENTINGAN GPLINGIN TAHU
Negara-negara maju di Eropah, Persatuan Peruncit dan Badan Regulatori Kerajaan bergabung menguatkuasakan Standard dan mengawal kualiti serta keselamatan hasil-hasil pertanian yang diimport ke negara mereka.
oleh Sobri Bin Abd hamid
• Keselamatan makanan & dayajejak “Traceability” Memastikan hak keselamatan pengguna terlindung dengan membolehkan sebarang masalah kesihatan dapat dikenali dan dikesan ke punca masalah (Traceability) seperti;
Dalam Isu wabak HUS / e.coli di utara Eropah, di mana seluruh eksport sayuran negara Sepanyol telah disekat kerana tidak berjaya menjejak semula pengeksport yang terlibat. Isu sisa sayur dan buah yang dibuang telah dikutip semula oleh warga asing dan dijual semula kepada pengusaha restoran & pengguna. Pemantauan baki sisa racun dalam pemantauan rantaian bekalan.
Pelabelan dapat mengenalpasti pengeluar yang bertanggungjawab ke atas hasil pertanian yang dipasarkan dan; Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi keselamatan Makanan seperti SALM, SOM, Global GAP, HACCP dan Malaysia’s Best. • Memastikan Kualiti Hasil Yang Dipasarkan Ada penanda aras dalam menentukan gred dan standard. Memudahkan perbandingan harga & kualiti.
Apa itu GPL?Maksud GPL
GPL (Grading, Packaging & Labelling Regulation)atau sinonimnya Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan untuk Keluaran Pertanian (Peraturan 3P). Ia adalah satu peraturan yang dibangunkan dari program bagi meningkatkan kualiti pertanian serta memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan di peringkat dalam negeri, di eksport atau di import.
Apakah tujuannya?
Tujuan peraturan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya saing serta berupaya mengekalkan pasaran sedia ada mahupun meluaskan akses pasaran di dalam dan luar negara sejajar dengan perubahan perdagangan dunia.
Eksklusif
Kepentingan kepada pengguna
Isu 1 2012
Bulletin GPL 4
info
Kandungan maksima Sisabaki racun (mrl)
yang tinggi adalah merbahaya untuk kesihatan
terutama yang terurai dalam kolam di kebun
sayur yang mengandungi kadar air tercemar
akibat pengumpulan baja toksik dan racun kimia
dari bahagian atas kebun sayur yang tidak dikawal.
Adakah Keluaran Pertanian
Kita Selamat untuk di makan?
Nor Azhar Abdul Hamid
Apakah asas pertimbangan kita apabila membeli produk segar untuk resepi masakan seharian?
Selain harga, sudah pastinya penggredan, pembungkusan dan jenama atau label juga menjadi kriteria utama kita dalam menilai sesuatu produk.
Peranan sesuatu produk segar yang mengikuti piawaian penggredan, pembungkusan dan pelabelan akan memberi impak yang besar dalam pemasaran produk.
Di negara-negara maju, pengguna kini mula bijak mendapatkan produk yang bercirikan “selamat, berkualiti, bernilai tinggi dan siap sedia untuk dimakan”. Sebagai pengguna kita perlu bijak menilai kategori produk segar yang memenuhi
pasaraya dan juga pasar-pasar harian disekitar tempat tinggal kita. Adakah kita fikir ianya selamat dari segi kelangsungannya dengan penggunaan racun tanpa kita menyedari ianya merbahaya pada kesihatan manusia.
Residu racun makhluk perosak (MRL) adalah merupakan lebihan daripada kuantiti/kadar/kekuatan atau kepekatan yang ditentukan bagi sesuatu racun makhluk perosak dalam makanan.
Kementerian Kesihatan bertanggungjawab terhadap residu racun makhluk perosak dalam makanan dan dikawal melalui Peraturan Makanan 1985 yang telah dikuatkuasakan pada 1 hb. April, 1987.
Walaupun statistik daripada Jabatan Pertanian, tahun 2011, menunjukkan bahawa 7% daripada sayur-sayuran tanah rendah dan tanah tinggi yang diambil sampel antara Januari hingga Disember 2011 mempunyai paras sisa racun kulat EBDC (Ethylenebis dithiocarbamate) yang melebihi MRL. namun usaha mengurangkanya masih diteruskan.
nampak segar tetapi hati-hati dari segi kandungan racun
“7% daripada sayur-sayuran tanah rendah dan tanah tinggi yang diambil sampel antara Januari hingga disember 2011 mempunyai paras sisa racun kulat EBdC yang melebihi mrl”
Artikel
Perkhidmatan pengembangan (extension services) perlu dipertingkatkan untuk mendidik para penanam sayur mengenai pengurusan racun serangga dan cara lain yang selamat dalam proses pengeluaran mereka.
Selain itu, petani perlu menghentikan segera penggunaan racun serangga yang diharamkan (banned pesticides) untuk sayur-sayuran. Adalah lebih baik, pihak berkuasa yang releven boleh mempromosikan pertanian perladangan organik dengan memberi lebih banyak pendedahan kepada pekebun sayur tentang amalan pertanian baik (Good Agricultural Practices - GAP).
Menyedari hakikat ini pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut sama memainkan peranan yang penting dalam memastikan sayur dan buahan-buahan segar terjamin dan berkualiti melalui perlaksanaan GPL.
Sebagai seorang pengguna anda perlu bijak dan tidak mudah membeli sayuran yang tercemar. Usaha menyakinkan pengguna perlu diteruskan dan secara tidak langsung dapat memberi tekanan kepada pengeluar sayur supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam penggunaan racun serangga dalam aktiviti mereka.
Pengguna perlu berubah dan sentiasa membuat pilihan makanan yang “Selamat, berkualiti dan bernilai tinggi” dan melalui pelabelan yang diwajibkan kepada penjual untuk mempamerkannya melalui perlaksanaan GPL.
Penyelesaian
Isu 12012
Bulletin GPL5
Kategori
Para pengeluar berlumba-lumba menarik
perhatian pengguna dan ada suatu perkara
yang tidak boleh mereka atau kita sendiri
abaikan, iaitu tanggungjawab sosial terha-
dap alam sekitar terutama pengguna bahan
mesra alam
Pembungkusan Bestari
Pembungkusan yang berkesan mampu menarik pengguna untuk membeli barangan segar walaupun ianya sedikit
mahal. Apatah lagi jika ianya dilabel dan digred mengikut piawaian Malaysian Standard (MS) mahupun piawaian antarabangsa. Peranan pembungkusan yang menarik dan penjenamaan yang sesuai akan memberi impak yang besar
terhadap pemasaran produk. Pun begitu, tanggungsosial terhadap alam sekitar amat penting terutama dalam menggunapakai bahan pembungkusan yang mesra alam.
1) Hendaklah mempunyai ukuran yang boleh menampung dengan secukupnya kuantiti pertanian yang dibungkus;
2) Hendaklah memenuhi ciri-ciri kualiti, kebersihan dan ketahanan supaya dapat memberi perlindungan yang maksimum daripada apa-apa kerosakan kepadapertanian semasa pengendalian dan pengangkutannya.
3) Hendaklah diperbuat daripada bahan yang tidak menyebabkan kerosakan kepada bentuk dan menjejaskan kualiti keluaran pertanian.
PEmBunGKuSAn
BuAh YAnG mEnAriK dAYA
tAriKAn KEPAdA PEmBEli
“pembungkusan yang menarik dan penjenamaan yang sesuai akan memberi impak terhadap pemasaran produk.”
Artikel
1.Pembungkusan Runcit: Bekas makanan di dalam plastik atau polisterine2. Pembungkusan Borong: Menggunakan bakul plastik bertutup.3. Pembungkusan Import: Menggunakan kotak kayu, kertas atau plastik.4. Pembungkusan Eksport: Lazimnya menggunakan kotak kayu, kertas atau plastik.
Jenis Pembungkusan
CAntiK BilA diPErAGAKAn
Isu 1 2012
Bulletin GPL 6
Sesuatu label, samada ditandakan atau dilekatkan hendaklah:-a) Bersaiz tidak kurang
dari 11cm x 7cmb) Dilekat/ditanda
dengan kemas dan mudah dilihat
di permukaan atas atau sisi bungkusan.
(c) Label hendaklah mengandungi butir- butir berikut:-(i) Nama dan alamat
perniagaan pengimport, pengeksport, ejen, pengeluar atau pengedar mengikut mana yang berkenaan, keluran pertanian.(ii) Nama biasa keluaran pertanian.(iii) Standard gred keluaran pertanian.(iv) Saiz keluaran pertanian.(v) Negara asal keluaran pertanian.(vi) Berat bungkusan keluaran pertanian.(vii)Pernyataan “Produce of Malaysia” bagi keluaran dieksport
Bahasa(a) Saiz huruf tidak kecil daripada 20 poin(b) Dalam Bahasa Kebangsaan untuk pasaran tempatan dan boleh diterjemahan bahasa- bahasa lain.(c) Dalam Bahasa Inggeris untuk dieksport dan boleh diterjemahan bahasa-bahasa lain.(d) Dalam Bahasa Kebangsaan untuk diimport
Program Simulasi Pematuhan GPl secara Berkala di Pasaraya
oleh Ahmad Faizan Shaharom
Penguatkuasa baru-baru ini telah memantau dan menilai dilaksanakan bagi menilai pemakaian GPL terhadap komoditi halia, bawang dan kentang di peringkat peruncitan (Pasaraya) dan pemborongan.
Hasil dari tinjauan itu didapati masih ada pihak yang belum sepenuhnya mematuhi pemakaian GPL dipasaraya tertentu.
Selain itu terdapat perbezaan berat bersih pembungkusan tidak sama seperti yang diistiharkan pada label pembungkusan bagi komoditi bawang dan halia
Pemeriksaan
Pemeriksaan dilakukan bermula di Giant, Tesco, Econsave dan Jayajusco
ulasan
Pada umumnya tahap pematuhan GPL di peringkat runcit (pasaraya) menunjukkan ada peningkatan dan pihak pasaraya mula memperketatkan syarat pemakaian label terhadap pembekal-pembekal mereka, terutamanya barangan import
PerhatianMana-mana orang yang melanggar peraturan
ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, denda tidak melebihi Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan dibawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah dihukum di bawah seksyen 25 Akta 141 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965.
AKtiF: membuat pemantauan terhadap premis hypermarket
Aktiviti Cawangan Penguatkuasa
Contoh label dari pembekal pasaraya komoditi bawang
Jenis pembungkusan bawang yang tidak mematuhi GPL kerana tiada label
Fakta Label
Aktiviti
Isu 12012
Bulletin GPL7
Jom KitA “liKE” FACEBooK GPl
azharhamid@fama.gov.my
PositivismMelihat sesuatu perkara daripada
kacamata negatif pastinya akan berakhir dengan tindakan yang tidak memberi sebarang manfaat. Begitu juga dengan facebook yang sentiasa dihujani dengan
pelbagai unsur negatif jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Namun jika kita cukup bijak menggunakan Facebook, kita dapat menggunakannya bagi menjana pendapatan
dan ada juga menggunakan facebook bagi tujuan tarbiah atau tujuan keagamaan serta motivasi.
E-PembelajaranApa yang menarik, ada dikalangan
pengguna menggunakan Facebook untuk tujuan pembelajaran secara online. Pihak universiti juga menggalakkan pensyarah berinteraksi secara online facebook terutama dalam menyampaikan maklumat selain sesi kuliah yang disediakan oleh pihak universiti.
Kebaikan Facebook1. Belajar bersabar dengan kerenah insan.2. Belajar bersahabat dengan dunia yg tidak mengenali kita.3. Belajar berbaik sangka dengan pendapat- pendapat dibaca.4. Belajar menilai dengan apa yg kita pandang dari pelbagai gambar dan rupa.5. Belajar mengembara mencari iktibar dari paparan ilmunya.6. Belajar bersuara dengan kata-kata jiwa
Wajah Baru FACEBOOK GPL (Peraturan 3P)
Walk-in Seminar mAhA 2012
See us online!Sebarang pertanyaan dan juga sumbangan artikel boleh dihantar ke: buletingpl@gmail.com
Kolumnis
FACEBOOKFacebook bukan sesuatu yang asing buat rakyat Malaysia. Malahan Facebook berjaya menemukan jutaan manusia di seluruh pelusuk dunia.
Facebook GPL diberikan nafas baru dengan menggunakan format TIMELINE yang disediakan setelah setahun diwujudkan.
Facebook GPL atau Peraturan 3P adalah bagi mendedahkan masyarakat betapa pentingnya peraturan ini terhadap keselamatan
pengguna. Pengguna dapat mengetahui banyak maklumat tentang peraturan ini dan bagaimana ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Sehingga kini Facebook GPL telah berjaya mengumpul seramai 726 friends di kalangan rakyat Malaysia dan ini termasuk daripada negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
Dari masa ke semasa pelbagai maklumat akan ditambah ini termasuk video, borang, artikel, keratan akhbar, buletin GPL dan lain-
lian lagi yang bersesuaian .
(Fan Page. Official)
Laman Facebook GPL menggunakan alamat http://facebook.com/peraturan3P
(Add Friend Page)
http://facebook.com/GPL.FAMA
Jumlah Friends: 726 orang Sasaran 2012: 1000 orang
Sebanyak 30 kertas kerja akan dibentangkan pada MAHA International 2012 yang bermula pada 25-30 November 2012. di Dewan D Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor
Di antara kertas kerja yang menjadi tumpuan pada 29 November ialah Kertas Kerja 23 iaitu Pengeksportan
Durian Sejuk Beku oleh Pn.Nazipah binti Jamaludin (FAMA) (Sesi 9 - 10.30pg-12.30tgh) dan kertas kerja 25 iaitu Biosensor As A Quality Indicator in Food Packaging oleh Professor Dr.Ir. Edward E.E. Frietman (Amsterdam) (Sesi 10 - 3.00ptg-4.30ptg)
Antara intipati kertas kerja Prof Frietman ialah
pengggunaan teknologi biosensor terhadap industri pemakanan.
Melalui teknologi ini juga tahap residu sisa racun dapat dikenalpasti dan diuji dengan berkesan. Ini seterusnya dapat menjamin kualiti serta keselamatan makanan bersesuaian dengan Global Food Safety Initiative (GFSI) standards.
Statistik
Isu 1 2012
Bulletin GPL 8
First and foremost, many thanks and i would like to appreciate my employer, Federal Agriculutral Marketing
Authority (FAMA) for the full support and confident in me. The Harmonisation Meeting took place in Handcross, West Sussex, UK on the 12-14 of June 2102 and been organised by The Rural Payments Agency (RPA). RPA was established on 16 October 2001 as an Executive Agency of the Department for Environment, Food and Rural Affairs (Defra). RPA is responsible for the CAP payment functions formerly delivered by the Defra Paying Agency and the Intervention Board.
30 delegates from 22 countries including South Africa, Malaysia, Holland, Austria and Finland attended the Harmonisation meeting on marketing standards interpretation and enforcement. This meeting which is officialy recognized by European Commission (EC) and UNECE. On top of that, the Horticultural Marketing Inspectorate (HMI) will experience on how best to apply marketing standards throughout the EU and worldwide.
A practical lesson on how to handle the inspection of fresh fruits and vegetables been done in groups and delegates to be exposed about UK industry policies and regulations as well. The UK Banana import industry collaborated with HMI in order to formulate new import control procedures following Defra and EC policy review.
The objectives of the meeting were: 1)Harmonisation of interpretation and
application of marketing standards for fresh fruits and vegetables, using a hands-on” practical approach2)To provide a crossover of ideas between delegates from a wide range of inspectorates.3) To discuss specific issues on current proposals and changes to the standards to help facilitate a better understanding of the effect of the changes from a practical
point of view.4) To give delegates an insight into the UK fresh produce distribution.5) To establish useful contacts with other in spectorates.
Slaugham Manor is located in the heart
of the beautiful Sussex countryside
and provides the ideal environment for meetings, conferences
and away days.
Reported by: Siti Mariam Abd GhaniTranslated by: Nor Azhar Abdul Hamid
UK HARMONISATION MEETING Special report
Isu 12012
Bulletin GPL
(EU Regulation 543/2011)Fruit MarketingStandards Regulations – Apples Marketing Standards Regulations - BananasMarketing Standards Regulations - Citrus FruitMarketing Standards Regulations - Table GrapesMarketing Standards Regulations - Kiwi FruitMarketing Standards Regulations - Peaches & NectarinesMarketing Standards Regulations - PearsMarketing Standards Regulations - StrawberriesSalad Crops Marketing Standards Regulations - Lettuces & EndivesMarketing Standards Regulations - Sweet PeppersMarketing Standards Regulations - Tomatoes
EvERY DELEGATES FROM DIFFERENT COUNTRIES GIVE A FULL SUPPORT
FOR THE TRAINING SESSIONS
Reported by: Siti Mariam Abd GhaniTranslated by: Nor Azhar Abdul Hamid
04
03
05
The instucutor gave explaination about specific marketing standard. In the European Country, products covered by the Specific Marketing Standards cannot be sold for fresh consumption unless they meet those standards.
Those fresh horticultural products covered by the Specific Marketing Standards must meet the requirements and must be marketed throughout the marketing chain, in the following classes, as set out in the relevant SpecificMarketing Standard:
Extra Class - Superior quality Class I - Good quality produce Class II - Reasonable quality produce
One of the instructor gave some explanation about the checklist of the inspection
Delegates will learn how to identify any damaged of the fruits.
01 02
Delegates will learn how to identify of packer or dispatcher, Quality Class of the produce, and the variety (if required)
Isu 1 2012
Bulletin GPL
malaysia’s Best adalah simbol kualiti yang dikeluarkan oleh lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAmA) untuk produk pertanian yang menepati piawaian keselamatan dan kualiti yang tinggi. Setiap pekebun atau peladang di bawah program malaysia’s Best harus memiliki si j i l Skim Amalan ladang Baik malaysia (SAlm) atau Som, GAP dan GPl (Peraturan 3P).
top related