cabaran kuasai kalkulus
Post on 29-Oct-2015
121 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM
TAJUK PEMBEZAAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
LIMA
NURUL EMAZAH BINTI RAMLI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2010
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat keluargaku
Ayah~ Ramli bin Musa
Mak~ Anisah binti Ismail
Along~ Nurul Ernie
Achik~ Nurul ‘Iffah Wadiah
Ateh~ Nurul Syamimi
Ade~Nurul Afina
Abang~ Ahmad Fathu Rahman
Adik~ Nurul Alleya Irdina
Terima kasih kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan.
Doa kalian sentiasa mengiringi kejayaan Angah.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahhim…
Segala puji bagi Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana
dilimpahi taufiq nur hidayah-Nya, penulisan ini berjaya disiapkan. Penulis ingin
mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah
pembimbing bagi projek ini, Prof. Madya Md. Nor Bakar di atas kesudian memberi
tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan menyumbang idea sepanjang projek ini disiapkan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia, pengetua, guru dan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam
projek ini. Alhamdulillah, Projek Sarjana Muda ini disiapkan juga akhirnya dengan
kerjasama anda semua. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan membalas segala jasa
baik anda.
v
ABSTRAK
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen
yang penting dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh itu, penguasaan kemahiran
berfikir ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pemikiran pelajar kepada lebih
bersifat kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif. Maka kajian ini dijalankan bertujuan
untuk mengenalpasti komponen-komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) yang telah diterapkan dalam tajuk Pembezaan serta penguasaannya
dalam kalangan pelajar. Terdapat tiga instrumen yang digunakan dalam kajian iaitu
instrumen Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) yang dijalankan dalam
aspek soalan latihan, set soal selidik yang diedarkan kepada 67 orang pelajar tingkatan
lima dan temubual yang dilakukan kepada 6 orang pelajar dalam kalangannya. Data
dianalisis menggunakan perisisan SPSS untuk mencari kekerapan, peratus dan nilai
purata. Hasil kajian mendapati komponen menilai paling kerap diterapkan dalam aspek
soalan latihan dalam tajuk Pembezaan. Manakala terdapat lima komponen yang tidak
langsung diterapkan iaitu menyusun mengikut keutamaan, membuat inferens, meramal,
membuat hipotesis dan mengitlak. Kajian juga mendapati pelajar paling menguasai
komponen mengumpul dan mengelas manakala pelajar paling tidak menguasai
komponen mereka cipta. Secara keseluruhannya didapati penguasaan KBKK pelajar
dalam tajuk Pembezaan berada pada tahap lemah. Bagi meningkatkan tahap penguasaan
pelajar terhadap KBKK, satu contoh rancangan pengajaran bagi tajuk Pembezaan
dikemukakan sebagai panduan kepada guru Matematik Tambahan.
vi
ABSTRACT
Critical and Creative Thinking Skill (CCTS) is an important element in our
educational system. Hence the mastery in Critical and Creative Thinking is expected to
enhance student’s abilities to be more innovative, imaginative and creative. Therefore,
this study was conducted to identify CCTS’s components that had been infused in
Differentiation topic and it mastery levels among students. The research instruments
used in this study are Content Analysis of Thinking Skill Stella (CATSS) in question and
exercises aspect, questionnaires that had been distributed to 67 form five students and
the interview towards 6 students among them. Raw data were analyzed using SPSS
software to obtain frequencies, percentages and means. The result shows that the
evaluating component is most often used in Differentiation topic. While there are five
components that were never used such as prioritizing, making inferences, predicting,
making hypotheses and making genaralisations. The result also shows that students
master excellently in grouping and classifying while the least mastery in modifying
component. In general, the result of this research shows that the mastery level in CCTS
among students is at a very low level. In order to enhance the mastery level among
students towards CCTS, a lesson plan which incorporates the thinking skills is
introduced as a reference to Additional Mathematics’ teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN 1-11
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah/Operasi
1.7.1 Penguasaan 7
1.7.2 Kemahiran Berfikir 8
1.7.3 Mengumpul Dan Mengelas 8
viii
1.7.4 Menganalisis 8
1.7.5 Menilai 9
1.7.6 Membuat Kesimpulan 9
1.7.7 Menghubung Kaitkan 9
1.7.8 Mensintesis 9
1.7.9 Mengitlak 10
1.7.10 Membuat Gambaran Mental 10
1.7.11 Mereka Cipta 10
1.7.12 Membuat urutan 10
1.7.13 Menjana idea 11
1.7.14 Pelajar 11
1.8 Penutup 11
2 SOROTAN LITERATUR 12-29
2.0 Pendahuluan 12
2.1 Kerangka Kajian 13
2.2 Pendidikan Matematik Masa Kini 14
2.3 Matematik Tambahan, Kalkulus
Dan Pembezaan 16
2.4 Kesukaran Pelajar Dalam Bidang
Kalkulus Dan Pembezaan 17
2.5 Kepentingan Kalkulus Dan Pembezaan 20
2.6 Berfikir 21
2.7 Definisi Berfikir 21
2.8 Jenis-jenis Pemikiran 22
2.9 Model Kemahiran Berfikir 23
2.9.1 Model CoRT 1 Dan CoRT 4 24
2.9.2 Model KWHL 24
ix
2.9.2. Model R. Swarts Dan Sandra Parks 25
2.9.3 Model PILTS 26
2.9.4 Model Kemahiran Berfikir
Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK) 27
2.10 Kepentingan Kemahiran Berfikir 28
2.11 Penutup 29
3 METODOLOGI 30-47
3.0 Pendahuluan 30
3.1 Rekabentuk 30
3.2 Tempat/Lokasi Kajian 31
3.3 Sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 32
3.4.1 Instrumen Analisis Penggunaan
Komponen KB 33
3.4.2 Set Soal Selidik Ujian Bertulis 33
3.4.2.1 Bahagian A 33
3.4.2.2 Bahagian B 34
3.4.3 Petunjuk Kemahiran Berfikir Kritis 36
3.4.4 Petunjuk Kemahiran Berfikir Kreatif 38
3.4.5 Temu bual 40
3.5 Prosedur Kajian 42
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Analisis Data 44
3.7.1 Kuantitatif 44
3.7.2 Kualitatif 45
3.8 Jangkamasa 46
x
3.9 Penutup 47
4 ANALISIS DATA 48-82
4.0 Pendahuluan 48
4.1 Analisis Data 48
4.1.1 Analisis Buku Teks 48
4.1.1.1 Komponen Kemahiran
Berfikir Kritis dan Kreatif 49
4.1.1.2 Komponen Kemahiran
Berfikir Kritis 54
4.1.1.3 Komponen Kemahiran
Berfikir Kreatif 55
4.1.2 Kajian Rintis 56
4.1.3 Analisis Penguasaan
Kemahiran Berfikir 58
4.1.3.1 Latar Belakang Responden 58
4.1.3.2 Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Keseluruhan Item 59
4.1.3.3 Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 1 62
4.1.3.4 Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 2 64
4.1.3.5 Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 3 65
4.1.3.6 Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 4 66
4.1.3.7 Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 5 67
4.1.3.8 Tahap Penguasaan KBKK
xi
Untuk Item 6 68
4.1.3.9 Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 7 70
4.1.3.10Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 8 72
4.1.3.11Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 9 73
4.1.3.12Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 10 74
4.1.3.13Tahap Penguasaan KBKK
Untuk Item 11 75
4.1.3.14Purata Markah Pencapaian 76
4.14 Analisis Temu bual 78
4.2 Penutup 82
5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 83-87
5.0 Pendahuluan 83
5.1 Rumusan 83
5.2 Implikasi Kajian 85
5.3 Cadangan 85
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 86
5.5 Penutup 87
RUJUKAN 88-95
LAMPIRAN 96-131
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan sampel yang digunakan dalam kajian 32
3.2 Taburan item soal selidik mengikut objektif huraian
Sukatan pelajaran 34
3.3 Taburan item soal selidik mengikut KBKK 35
3.4 Petunjuk KB kritis yang terlibat dalam kajian 36
3.5 Petunjuk KB kreatif yang terlibat dalam kajian 38
3.6 Taburan item temu bual mengikut aspek 41
3.7 Jadual spesifikasi tahap penguasaan pelajar dalam
Komponen KB 45
3.8 Jangka masa pelaksanaan kajian 46
4.1 Instrumen analisis penggunaan KB bagi setiap sub-topik 50
4.2 Jadual analisis kajian rintis 57
4.3 Latar belakang responden 58
4.4 Peratus tahap penguasaan KBKK
untuk keseluruhan item 60
4.18 Markah pencapaian responden dalam
set soal selidik ujian bertulis 77
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kerangka kajian 13
2.2 Model Kemahiran Berfikir 27
3.1 Prosedur-prosedur kajian 42
4.1 Bilangan komponen KB yang diterapkan
dalam soalan latihan 51
4.2 Peratus kekerapan komponen KB yang diterapkan
dalam soalan latihan mengikut kritis dan kreatif 52
4.3 Peratus kekerapan komponen KB kritis
yang diterapkan dalam soalan latihan 54
4.4 Peratus kekerapan komponen KB kreatif
yang diterapkan dalam soalan latihan 55
4.5 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk
Keseluruhan Item 61
4.6 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 1 62
4.7 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 2 64
4.8 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 3 65
4.9 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 4 66
4.10 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 5 67
4.11 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 6 68
4.12 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 7 70
4.13 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 8 72
4.14 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 9 73
4.15 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 10 74
4.16 Peratus tahap penguasaan KBKK untuk Item 11 75
4.17 Peratus tahap penguasaan dari aspek
markah pencapaian 77
xiv
SENARAI SINGKATAN
AK - Analisis Kandungan
CATSS - Content Analysis of Thinking Skills Stella
F - Kemahiran Berfikir Kreatif
KB - Kemahiran Berfikir
KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
P - Pengkaji
PMR - Penilaian Menengah Rendah
R - Responden
S - Kemahiran Berfikir Kritis
SPM - Siil Pelajaran Malaysia
xv
LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Instrumen analisis penggunaan KBKK 96
B Rancangan pengajaran 105
C Set soalan ujian bertulis 110
D Skema jawapan 116
E Surat Kebenaran Kementerian 126
F Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 127
G Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 128
H Pengesahan Kajian Rintis 129
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara
mencapai kejayaan. John Dewey (1977) dalam Sabri Ahamad et all (2006) menjelaskan
bahawa pendidikan ialah satu proses pertumbuhan atau perkembangan yang merupakan
daya usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada
pada seseorang individu. Pendidikan dan pengetahuan mempunyai impak yang besar
dalam kehidupan seseorang manusia serta menjadi kayu ukur kepada kekuatan dan
pertahanan sesebuah negara. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada
masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan
(Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2009).
Pembangunan negara juga bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan. Rakyat
mestilah berintelek, berpengetahuan tinggi dan sentiasa berfikir bagi menjamin
perkembangan negara ke arah menjadi sebuah negara maju. Asas pembentukan intelek
adalah kemahiran berfikir yang meliputi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Unsur ini mampu mengembangkan daya pemikiran agar kita mampu membuat huraian,
menganalisa, menaakul, merumus dan seterusnya menghasilkan idea-idea yang baru dan
bernas (Nazlina, 2006). Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga diberi
penekanan dalam matlamat dan objektif pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Tahap penggunaan kemahiran ini mampu mendorang seseorang
untuk menguji kebenaran keputusan yang dibuat dan mengelakkan penyelesaian masalah
yang salah. Unsur-unsurnya perlu disepadukan dalam semua matapelajaran agar pelajar
2
dapat meningkatkan daya intelek mereka selari dengan pembentukan jasmani, emosi,
rohani dan sahsiah mereka (Som dan Mohd Dahalan, 2003).
Perkembangan negara yang sedang pesat membangun sekarang mendorong
kerajaan menyemak semula serta mengubahsuai kurikulum supaya sejajar dengan
kehendak semasa. Kurikulum adalah rancangan operasi yang menghuraikan idea
matematik yang harus diberikan kepada pelajar dan bagaimana pelajar memperoleh dan
menggunakan idea tersebut (Romberg, 1975). Kurikulum Matematik sekolah di
Malaysia sentiasa mengalami perubahan sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Negara. Sehubungan dengan itu, penyemakan semula kurikulum dilakukan dengan
tujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada
alaf 21(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Untuk mencapai hasrat Wawasan 2020
dan Wawasan Pendidikan, adalah penting semua peringkat sistem pendidikan kita
mendidik dan menghasilkan rakyat yang berpengetahuan, berketrampilan, dan boleh
berfikir secara kritis dan kreatif, serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dengan cekap dan bijak. Oleh itu, institusi pengajian tinggi memainkan
peranan yang penting dari segi memastikan adanya kesinambungan program
peningkatan kemahiran berfikir yang sedang diusahakan di sekolah rendah dan
menengah kita (Hanafi, 1995). Pelbagai kajian tentang pemikiran serta kemahiran
berfikir telah dilakukan oleh para cendikiawan untuk memperkasakan minda ke arah
berfikir secara berintelek tinggi. Ini jelas menunjukkan kepentingan berfikir dalam
kehidupan seseorang demi memastikan pembangunan negara.
1.1 Latar Belakang Masalah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan
daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Menurut Mohd Fathi (2004)
3
salah satu objektif KBSM adalah menjurus kepada perkembangan intelek serta
pemikiran yang rasional. Penggubalan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM)
kepada KBSM merupakan salah satu cara untuk mencapai atau merealisasikan kehendak
negara terutamanya dalam kemajuan negara seperti dalam bidang sains dan teknologi.
Misalnya kurikulum matematik sekolah di Malaysia mengalami beberapa perubahan
yang signifikan. Kurikulum ini telah melalui tiga peringkat iaitu matematik tradisi,
matematik moden dan matematik seperti dalam KBSM yang ada sekarang. Sebelum ini
dikenali sebagai KLSM (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). KBSM juga menekankan
kepada penerapan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam setiap
mata pelajaran yang diperkenalkan seperti Matematik Tambahan. Kepelbagaian aliran
juga diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi kemajuan negara dalam
pelbagai aspek seperti dengan memperkenalkan aliran sains tulen, aliran teknik dan
vokasional dan aliran sastera pada peringkat sekolah menengah. Sehubungan dengan
itu, pelajar yang berada dalam aliran sains tulen di seluruh sekolah di Malaysia
diwajibkan mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan tetapi ia hanyalah subjek
elektif kepada pelajar lain.
Pelajar akan menjadi seorang pemikir yang baik melalui penerapan kemahiran
berfikir semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru adalah individu yang
berperanan penting dalam merancang aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar mereka boleh menjana minda pelajar untuk terus berfikir. Guru
perlulah mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam setiap
soalan-soalan yang dikemukakan dan menerapkan teknik-teknik menggunakan
kemahiran berfikir. Maka pelajar akan terus berfikir dalam menjawab semua soalan
bukan sekadar mengingati langkah-langkah untuk memperolehi jawapan tanpa
mengetahui dan memahami soalan tersebut. Menurut Fattima Zahara (2007) kefahaman
dan kemahiran matematik tidak hanya terhad kepada kebolehan menjalankan algorithma
seperti operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi sebagaimana yang terkandung
dalam tradisi tetapi juga peringkat kefahaman yang jauh lebih tinggi. Pelajar pada masa
kini juga membudayakan budaya menghafal lebih berbanding budaya memahami
sesuatu kandungan pelajaran itu sendiri. Dengan menghafal, pelajar sememangnya
4
dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik tetapi pelajar telah mengabaikan suatu
aspek penting iaitu melatih minda untuk berfikir sedangkan untuk mencapai kemajuan
dalam diri sendiri (Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli dalam Fattima Zahara,
2007) memerlukan pemikiran yang beraras tinggi yang dapat dipupuk melalui
pendidikan KBKK. Sehubungan dengan itu, penyebatian dan penyepaduan unsur-unsur
KBKK dalam semua aktiviti adalah perlu agar pelajar dapat meningkatkan daya intelek
mereka seiring dengan perkembangan sahsiah pelajar.
1.2 Pernyataan Masalah
Pembezaan merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran Matematik
Tambahan tingkatan empat. Pembezaan merupakan satu cabang Kalkulus yang
diperkenalkan kepada pelajar. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan kesukaran
tajuk ini untuk dikuasai oleh pelajar. Antara faktor yang menyumbang kepada
kesukaran pelajar untuk menguasai tajuk ini adalah kerana kurang atau tidak menguasai
sepenuhnya komponen kemahiran berfikir dengan baik.
Menurut Mohd Fauzi Said (2000) diperingkat sekolah rendah mahupun di
peringkat sekolah menengah, rungutan daripada guru-guru tentang kelemahan murid-
muridnya dalam Matematik memang sering kedengaran. Kelemahan murid-murid
didapati lebih ketara apabila menghadapi topik-topik yang lebih sukar, contohnya dalam
tajuk pembezaan. Mengikut Faridah (1996) kebanyakan pelajar lemah dalam tajuk
Pembezaan, walaupun mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.
Kesulitan lain yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran matematik ialah
kesulitan bahasa matematik. Menurut Orton (1983) dalam Wan Norliza Wan Bakar
(2004) pelajar kalkulus tidak berupaya untuk memahami kalkulus kerana mereka lemah
5
dalam konsep fungsi disiplin tersebut. Menurut Orton (1983) lagi, kajian yang
dijalankan olehnya mengenai kefahaman pelajar kalkulus tentang konsep pembezaan
dalam kadar perubahan menunjukkan mereka menganggapnya sebagai nombor nisbah.
Menurut White (1996) dalam Wan Norliza Wan Bakar (2004) pula, pelajar-pelajar
kalkulus hanya menggunakan simbol untuk dimanipulasikan dan bukan mencari
perkaitan antaranya.
Selain menghadapi kesukaran untuk memahami istilah matematik, pelajar
kalkulus juga menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah kalkulus kerana tidak
mempunyai kemahiran berfikir yang baik. Menurut Sabri Ahmad et all (2006) majoriti
pelajar di sekolah tidak dapat menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi
membantu mereka menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dengan yakin
dan berkesan dalam mata pelajaran lain dalam bidang sains tulen. Masalah ini dapat
diatasi dengan penerapan kemahiran berfikir dengan baik bermula dari pihak guru-guru
dan seterusnya disampaikan kepada pelajar-pelajar. Maka disini wujudlah
kesinambungan antara guru-guru dan pelajar-pelajar, di mana asas yang betul telah
diterapkan kepada guru untuk disalurkan kepada pelajar dalam melahirkan insan yang
berdaya intelektual yang tinggi pada masa hadapan. Saraswathi (2004), turut
mencadangkan kemahiran berfikir disebatikan dalam dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar-pelajar dapat berfikir apa yang mereka telah pelajari dan
seterusnya meminimumkan kesilapan berfikir.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Mengkaji komponen kemahiran berfikir yang paling kerap diterapkan
dalam tajuk Pembezaan dalam aspek soalan latihan.
6
1.3.2 Mengkaji tahap penguasaan pelajar menggunakan kemahiran berfikir
semasa menjawab soalan berkaitan tajuk Pembezaan.
1.3.3 Mencadangkan rancangan pengajaran (lesson plan) yang menerapkan
kemahiran berfikir bagi tajuk Pembezaan.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif di atas, pengkaji berharap dapat menjawab persoalan-
persoalan berikut:
1.4.1 Apakah komponen kemahiran berfikir yang paling kerap diterapkan
dalam tajuk Pembezaan dalam aspek soalan latihan?
1.4.2 Apakah tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan aspek kemahiran
berfikir semasa menjawab soalan bagi tajuk Pembezaan?
1.5 Kepentingan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk untuk mengetahui tahap penguasaan
pelajar dalam menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah. Selain
itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti komponen-komponen kemahiran
berfikir yang diterapkan dalam buku teks bagi tajuk Pembezaan dalam elektif mata
pelajaran Matematik Tambahan bagi tingkatan empat. Setelah mengenal pasti
komponen yang tidak dan kurang diterapkan dalam buku teks serta berdasarkan soal
selidik ke atas responden, pengkaji akan mengutarakan rancangan, satu modul ringkas
top related