cara tanam bawang merah
Post on 14-Dec-2015
34 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Cara Tanam Bawang Merah
4Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakanMalaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masaksambal dan lainlain lagi.
PengenalanTaksonomi Bawang Merah
Keluarga: Alliaceae
Genus: Allium
Spesis: cepa
Nama saintifik: Allium cepa cv. aggregatum
Pembiakan: biji benih ataupun bebawang
Keperluan cahaya matahari: 100%
Fungsi di kebun:
1. Sebagai tanaman penghalau. Daunnya yang berbau dapat menghindar daripada serangga perosakdatang ke tanaman lain.
2. Dapat bawang dan bawang lagi, tentunya!
Kenapa pekebun komersial tak tanam bawang untuk bebawang? Sebab hasil bebawang tak untungdengan kos pengeluaran yang tinggi. Bawang tak besar seperti yang dikehendaki kerana bawangperlukan cahaya matahari 13 jam. Malaysia hanya menerima di antara 68 jam pancaran cahaya
An error occurred.
Unable to execute JavaScript.
matahari menyebabkan bawang berbunga awal manakala bawang memerlukan lebih daripada itu.
Namun begitu, buat penggemar tanam sendiri, tak mengapa kerana kita mahukan daun bawang untukmasakan. Bebawang itu perkara kedua.
Amalan Kultura / Perladangan
Penanaman bawang merah
Penggunaan yang paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan kebunkebun kecil adalahdengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji benih adalah lambat dan peratuspercambahannya juga< 40% kerana iklim khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual bijibenih bawang.
Penyediaan bebawang:
Bebawang yang dibeli dari pasar
Potong 1/3 untuk percambahan bawang cepat
Bagi penanaman skala besar, adalah dinasihatkan agar bebawang yang telah dipotong direndamdahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang.
Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya. Mengikut
pengalaman saya, dalam masa 23 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnyadipotong betul.
Kambus biar sekadar cukup menutupi lapisan tipis atas bawang
Jarak Penanaman
Jarak penaman yang sesuai adalah 20 cm (antara baris) x 10 cm (antara pokok).
Jarak antara baris (20 cm) x Jarak antara bawang (10 cm) dalam 1m x 1m batas
Boleh selangselikan barisan bawang dengan barisan sayur lain seperti kangkung, bayam, kubis,ataupun sawi. Ini bagi bawang boleh bertindak sebagai tanaman penghalau.
Pembajaan
Sepanjang tempoh penanaman bawang, kita perlulah membajanya sebanyak 2 kali iaitu semasapenanaman dan beberapa minggu selepas penanaman.
Bagi pembajaan bawang, nilai NPK yang disyorkan adalah tiada (tidak dijumpai dalam websiteJabatan Pertanian). Jadi saya ambil nilai yang disyorkan bagi sayur berdaun iaitu:
N 150 kg/ha P 150 kg/ha K 150 kg/ha
Untuk pembajan pertama, kita gunakan 100 kg N/ha,Baja: NPK hijau (15:15:15) Kiraan untuk 1 batas (1 m²),15 kg N ada dalam 100 kg NPK hijauMaka kalau 100 kg N ada dalam y kg NPK hijau.Pengiraan,15/100 = 100/yy = 666.67 kgMaka 666.67 kg NPK hijau mengandungi 100 kg N.Untuk 1 batas (1 m²),1 ha = 10,000 m²1 kg = 1,000 g666.67 kg NPK hijau / 10,000 m² = 67.0 g/m²Jadi pembajaan untuk kali pertama ialah 67 g/m²atau 5 g/bawang.
Untuk kali kedua pula pada minggu ke5 selepas pembajaan pertama sebanyak 50 kg N/ha,
Jadi pembajaan kali ke2 ialah 34 g/m² atau 2 g/bawang.
Penaburan baja perlulah di sekitar barisan antara bebawang. Buat beberapa alur parit di tepi bawangdan taburkan baja. Pastikan tidak terkena bawang kerana baja boleh melecurkan bawang danakarnya nanti. Kambus alur kemudiannya agar dapat mengurangkan larut lesap baja.
Baju ditabur dengan teknik alur parit.
Daun bawang boleh dituai 2 minggu selepas penanaman apabila sudah panjang. Enak jika dibuatbersama cucur.
Penjagaan
Pengairan
Siram 2 kali sehari – 1x waktu pagi, 1x waktu petang.
Cantas kuntum bunga bawang
Bawang memerlukan pancaran cahaya matahari melebihi 13 jam untuk menghasilkan biji benihberkualiti. Di Malaysia hanya ada 12 jam pancaran matahari. Jadi tak lah sesuai untuk menanambawang untuk penghasilan biji benih. Lebih kepada sebagai tanaman penghalau serangga.
Kuntum bunga bawang perlu dicantas atau cubit segera sebaik sahaja ia muncul agar dapatmenghasilkan bebawang yang besar. Jika tak dibuang akan mengakibatkan segala nutrientdisalurkan kepada bunga menyebabkan bebawang mengecut.
Selalunya bunga bawang akan muncul selepas 21 hari percambahan. Jadi boleh lah bersedia untukpotong bunga bawang ketika itu. Antara petunjuk daun tersebut adalah daun bunga bawang adalahdaun lebih panjang daripada yang lain dan ia keras. Boleh potong sebelum ia jadi kumtum bunga.
Buang kuntum bunga bawang kerana ia membazirkan nutrien bawang sahaja.
Kawalan Perosak dan Penyakit
Bawang merah sukar diserang perosak kerana baunya yang tak disukai serangga. Sangat sesuaidijadikan tanaman penghalau (repellent crop).
Penyakit seperti bebawang lembik akibat serangan fungus. Elakkan tanam bawang di tanah yangmenyimpan air (tanah gambut) ataupun pada musim hujan.
Rendam dengan thiram 10 minit sebelum tanam pada batas.Penuaian
Bawang boleh dituai setelah hampir semua daunnya rebah (3545 hari selepas bawang bercambah).Seeloknya tuai 23 hari tak hujan bagi memastikan bebawang benarbenar kering dan mudahdisimpan nanti. Jika cuaca lembab boleh menyebab bebawang diserang fungus nanti.
Daun bawang rebah tanda sudah masanya menuai
Hasil tuaian bawang
Cara tuaian: tarik bebawang dari tanah dan potong daun yang mati itu.
top related