cerpen hadiah
Post on 18-Jan-2017
8.800 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Cerpen ‘Hadiah’
SinopsisRingkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam
sesebuah novel atau cereka.
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru tidak lama lagi. Setiap murid menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar miskin dan tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.
• Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya.
Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan.
• Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia akhirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Zaleha.
TemaPersoalan utama yang hendak
disampaikan oleh penulis dalam sesebuah karya.
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang
akhirnya memperoleh kejayaan.
PersoalanIdea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh
penulis dalam karya mereka.
Persoalan menghargai jasa guru. Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
• Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.
• Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya.
• Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.
Plot
Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah cerita yang terjadi atas SEBAB dan AKIBAT.
Permulaan cerita
Perkembangan cerita
Klimaks/kemuncak cerita
Peleraian cerita/ penyelesaian masalah
i. Permulaan ceritaSekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.
ii. Perkembangan ceritaAzizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha.
iii. Klimaks/kemuncak cerita
Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha.
iv. Peleraian
Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.
Watak dan perwatakanManusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau
pelakon cereka yang dicipta oleh seseorang pengarang.
Watak Azizahi. Seorang murid yang miskin.ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.iii.Seorang yang terlalu merendah
diri.
Watak cikgu Zalehai. Cikgu kepada Azizahii. Seorang guru yang berdedikasi
Azizah Cikgu Zaleha
• Watak emaki. Emak kepada Azizahii. Seorang yang cacat pada sebelah
kakinyaiii. mengambil upah menganyam tikar
mengkuang
• Watak ayahi. Ayah kepada Azizahii. Bekerja sebagai penarik beca
Latar“ Setting” atau tempat yang
menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana sesuatu
peristiwa itu berlaku.
Terbahagi kepada tiga iaitu : latar masa, latar tempat dan
latar masyarakat.
Latar masai. Waktu pagi - ketika Azizah bertanyakan ayahnya
mengenai duit ketika bersarapan.ii. Waktu petang – ketika Azizah menganyam tudung saji
untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha.iii. Semasa sambutan Hari Guru – Cikgu Zaleha dikerumuni
ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikannya hadiah.
• Latar tempati. Kelas iii. Di padang sekolahii. Rumah Azizah iv. Bilik guru
• Latar masyarakati. Masyarakat pelajar - siapa pelajar?ii. Masyarakat miskin - siapa miskin?iii. Masyarakat guru - siapa guru?
Gaya bahasa Keindahan bahasa yang digunakan
dalam karya
Sinkope (penyingkatan bunyi/singkatan perkataan)
i. Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja”.
ii. “Zah nak buat apa duit banyak
itu?”.
Nilai dan pengajaranNilai. Perbuatan positif yang boleh
diteladani oleh pembaca.Pengajaran. Mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman.
Nilai. Nilai kasih sayang.
Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaiannya dalam mata pelajaran.
Nilai kerajinan. Azizah pulang tengah hari itu dengan
tekad dan semangat baru untuk membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.
Pengajaran.i. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan
hidup.ii. Kita mestilah rajin dalam melakukan
sesuatu kerja.iii. Kita perlulah menanam sifat kasih sayang
dengan guru
top related