chegu abbas- undang-undang bola tampar
Post on 01-Jun-2015
19.150 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
UNDANG-UNDANG PERATURAN BOLA TAMPAR
PERATURAN ASAS BOLA TAMPAR
Semasa permainan, satu pihak terdiri daripada 6 orang pemain dan tidak boleh kurang.
Permainan ini dikawal oleh 2 orang referi
Hanya ketua pasukan yang bermain dibenarkan berhubung dengan referi semasa perlawanan
Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi.
Memijak garis servis semasa membuat servis adalah salah
Pemain boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badanya.
Pemain dibenarkan bermain dengan menggunakan sebelah tangan dan juga menanduk bola
Pemain barisan belakang tidak dibenarkan merejam bola semasa berada dalam kawasan serangan.
Pasukan boleh meminta 2 kali rehat dan 6 pertukaran dalam setiap set
Permainan setiap set tamat apabila satu pihak berjaya memperoleh mata ke-25.
Jika skor sampai 24-sama, permainan set itu akan tamat jika satu pihak itu mendapat kelebihan 2 mata daripada lawannya , (26-24) atau satu pasukan itu mendapat mata ke-27, (27-25)
UNDANG-UNDANG PASUKAN
1.0 Pendaftaran- Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12
orang pemain, seorang jurulatih, seorang penolong jurulatih, dan seorang doktor perubatan.
- Pendaftaran pemain-pemain adalah wajib.- Pemain-pemain yang telah direkodkan tidak
boleh ditukar.
2.0 Kapten- Hanya kapten dibenarkan bercakap dengan
referi diatas sebarang bentuk keraguan.- Kapten boleh menandai borang skor.
3.0 Jurulatih- Jurulatih boleh menandai borang skor.- Jurulatih boleh memberi arahan kepada
pemain-pemain dan ahli-ahli yang duduk di atas bangku sewaktu perlawanan berlansung.
3.0 Peserta
- Pemain yang tidak bermain harus duduk di atas bangku atau berada di kawasan memanaskan badan.
4.0 Susunan Giliran- Enam pemain setiap pasukan mesti berada
dalam gelanggang- 3 pemain di sepanjang jaring (Pemain
depan).- 3 pemain lagi pemain belakang.
234
5 6 1
jaring
zon servis
- Apabila servis dilakukan,pemain-pemain dibenarkan bergerak bebas di gelanggang sendiri dan zon bebas.
- Pasukan yang mendapat hak servis,pemain-pemainnya harus berputar satu posisi mengikut arah jam.
1.0 Penentuan Perlawanan- Membuat lambungan syiling berdasarkan:
= servis pertama
= pemilihan gelanggang
UNDANG-UNDANG PERSEDIAAN PERMAINAN
2.0 Sesi memanaskan badan- 3 minit untuk setiap pasukan- 5 minit jika sesi memanaskan badan
dijalankan serentak oleh kedua-dua pasukan.
3.0 kelewatan
- Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberikan Kemenangan percuma dengan kiraan
25 – 0, 25 - 0.
4.0 Pasukan tidak lengkap- Pasukan yang mempunyai kurang daripada 6
pemain dianggap tidak lengkap dan tidak dibenarkan bermain dalam set atau perlawanan.
- Pasukan lawan akan diberi poin atau poin dan set untuk memenangi perlawanan tersebut.
UNDANG-UNDANG BERMAIN
1.0 Bola - Bola Dalam : bola yang menyentuh lantai
gelanggang bermain termasuk garisan sempadannya.
- Bola Keluar : Sebahagian bola yang menyentuh lantai
adalah di luar garisan sempadan gelanggang.
: Ia menyentuh sesuatu bahan di luar gelanggang, siling, atau orang di luar gelanggang.
: Ia menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luar antena.
- Sesuatu pasukan tidak dibenarkan memukul bola 4 kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan kecuali menyandang.
- Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan larang.- Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan
terbantu.- Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola
berturutan kecuali menyandang.
2.0 Jaring- Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola atau
pihak lawannya dalam ruang lawan.- Pemain tidak boleh masuk ruang lawan.- pemain tidak dibenarkan menyentuh jaring.
UNDANG-UNDANG PENGGANTIAN PEMAIN
- Bilangan pengggantian maksimum yang dibenarkan bagi sesuatu pasukan bagi satu set adalah 6.
- Satu atau lebih pemain boleh digantikan pada masa yang sama.
- Pemain pengganti boleh masuk bermain hanya satu kali dalam 1 set, dan hanya boleh diganti semula oleh pemain yang sama.
- Pemain yang telah diganti hanya boleh masuk semula dengan mengambil posisi asalnya.
- Pemain yang cedera, atau tidak layak bermain perlu diganti melalui penggantian sah.
Semua undang-undang permainan di bawahMAVA dan Persekutuan Bola Tampar
Antarabangsa hendaklah diikuti
top related