cikgu rozali_ peranan kerajaan dalam memartabatkan bahasa melayu mengikut konteks...
Post on 31-Dec-2015
103 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…
cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 1/8
Saturday, 19 May 2012
PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKANBAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]
Abstrak
Bahasa Melayu telah memainkan peranannya sebagai bahasa yang unggul sebaik sahaja diangkat
menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di sekolah dan di pusat pengajian
tinggi selain menjadi bahasa perpaduan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di
sekolah setelah penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956
dan Laporan Rahman Talib 1960 yang bertujuan menjadikan bahasa itu sebagai bahasa pengantar
utama di sekolah kebangsaan dan menjadi teras perpaduan. Kertas kerja ini akan membincangkan
tentang peranan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu mengikut konteks pendidikan. Skop
kajian yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah tentang implimentasi bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan negara, halangan-halangan yang dihadapi pihak kerajaan dalam
memartabatkan bahasa Melayu serta peranan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Untuk merealisasikan hasrat murni tersebut, pendidikan merupakan
medium utama yang berperanan penting dalam memenuhi impian tersebut. Majunya sesebuah
negara itu bergantung kepada tahap keintelektualan rakyat serta sistem pendidikannya. Pendidikan
yang berkualiti memerlukan komitmen daripada semua pihak khususnya warga pendidik dan
golongan pelajar. Sebagai memenuhi impian tersebut bahasa Melayu selayaknya dijadikan wadah
utama selain bahasa-bahasa lain yang telah sedia ada di negara kita.
PENDAHULUAN
Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal di
negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang
pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus
pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat dunia kian ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di pelbagai universiti
luar mahupun dalam negara. Bahasa Melayu dikatakan merupakan antara enam bahasa di dunia
yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-lamanya
terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa
bertaraf dunia satu ketika dahulu seperti bahasa Inggeris sekarang. Walaupun keadaannya berbeza
sekarang, bahasa itu akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan negara.
Slogan ‘Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa’ adalah antara slogan yang dapat
menaikkan semangat patriotisme dan kemerdekaan daripada penjajah yang lebih mengutamakan
bahasa mereka. Slogan ini begitu dihayati oleh pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diangkat
semula sebagai bahasa intelektual, bahasa falsafah serta bahasa ilmu. Tiada bahasa lain yang dapat
membentuk ketamadunan sesuatu bangsa itu melainkan bahasa bangsa itu sendiri termasuk
ketamadunan bangsa Melayu oleh bahasa Melayu. Justeru, cabaran dan halangan yang terpaksa
dihadapi oleh bahasa Melayu hari ini haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh semua golongan
khususnya pihak kerajaan.
Definisi Konsep
Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara
berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu
dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras
bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004 :34), pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan
menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan
Kuala LumpurTime
PASTIKAN KEJAYAAN DALAMGENGGAMAN ANDA..!BAHASAMALAYSIA - SPM DAN PMR.
0Share More Next Blog» Create Blog Sign In
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…
cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 2/8
segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih
berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Awang
Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara
agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus
berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat
menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai kewujudannya. Manakala,
Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83) mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak
dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah, matlamat,dan
tujuan. Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-
individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Berdasarkan pendapat
tokoh bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa untuk memartabatkan bahasa Melayu, banyak
usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan. Perkembangan bahasa
Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu perancangan
itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan
dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika kedua-
dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan
Negara.
Laporan Razak 1956
Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara
Malaysia sudah terjamin, dari segi penggunaan yang luas dan perakuan oleh rakyat Malaysia. Pada
tahun 1956 telah diperkenalkan Laporan Razak setelah kerajaan pada masa itu berjanji untuk
memberi satu sistem pelajaran yang sama untuk semua penduduk. Usul penting Laporan Razak
yang berkaitan secara langsung dengan pendidikan kebangsaan yang dapat memupuk perpaduan
rakyat dengan bahasa Melayu menjadi salah satu asasnya. Menurut Penyata Jawatankuasa
Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tujuan pendidikan kebangsaan ialah : “… menyatukan budak-budak
daripada semua bangsa di dalam negeri dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi
semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar,
walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat
dengan beransur.” (Perenggan 12 : Laporan Razak) Oleh itu, tujuan jawatankuasa ini adalah untuk
melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu. Untuk mencapai
matlamat perpaduan, Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama iaitu :-
“Sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan
bercorak kebangsaan.” ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984 : 7) Khusus tentang taraf bahasa
Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan, Laporan Razak mengusulkan
• “…...Bahasa Melayu mestilah diajar di dalam semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan
yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah”. (Perenggan 18)
• “……Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapat Sijil Rendah (Lower
Certificate) dan Sijil Pelajaran Kebangsaan (National Certificate of Education)…”. (Perenggan 22(b)
• “…..Dalam sekolah-sekolah menengah yang demikian ini (Sekolah Jenis Kebangsaan), kami
cadangkan bahawa bahasa Melayu dan Inggeris wajib diajar”. (Perenggan 71) Laporan Razak, yang
menjadi asas Ordinan Pelajaran, 1957 dianggap sebagai suatu perkembangan baru dalam sejarah
pendidikan Tanah Melayu. Namun demikian, sebagai satu kertas dasar bagi sistem pendidikan
kebangsaan, laporan tersebut walaupun pada asasnya menampakkan dasar kompromi dan
akomodasi dalam falsafahnya, tetapi telah gagal untuk memuaskan harapan penduduk negara ini.
Sejak mulanya laporan dikeluarkan dan hinggalah berlakunya rusuhan kaum dalam tahun 1969, ia
tidak mendapat sokongan yang cukup untuk menghalang berlakunya konflik perkauman
sebagaimana yang berlaku dalam tahun tersebut. Perbezaan pendapat yang timbul bukanlah ke atas
falsafah laporan tersebut ataupun struktur dan kandungan kurikulum yang dicadangkan, tetapi
tertumpu kepada cara-cara untuk mencapai matlamatnya. Mengikut Laporan Razak, dalam sistem
persekolahan wujud dua jenis sekolah, iaitu Sekolah Umum yang berbahasa pengantar bahasa
Melayu dan Sekolah Jenis Umum yang terdiri daripada sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan sekolah
Tamil. Semua sekolah mewajibkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh kerana
perbezaan itu tertumpu kepada peranan dan kedudukan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain
dalam sistem pendidikan, secara tidak langsung bahasa terus menjadi punca masalah pendidikan di
Tanah Melayu ketika itu. Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992 : 21) mengatakan
bahawa satu lagi kelemahan Laporan Razak ialah dalam konteks pembinaan negara, iaitu
pengekalan sekolah pelbagai aliran yang bebas menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan
hal ini tidak selaras dengan cita-cita kerajaan menjadikan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu)
untuk maksud perpaduan rakyat. Rasa tidak puas hati orang-orang Melayu pada amnya
menyebabkan kerajaan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu) ketika itu, yang telah mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 membentuk Jawatankuasa Penyemak Pelajaran pada tahun 1960
untuk meneliti kekurangan dalam Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957. Dengan
mengambil sempena nama pengerusinya Dato’ Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran
ketika itu, dikenal orang jawatankuasa tersebut sebagai Jawatankuasa Rahman Talib dan Laporan
Jawatankuasa Penyemak Pelajaran itu dikenal pula sebagai Laporan Rahman Talib.
Laporan Rahman Talib 1960
Join this sitew ith Google Friend Connect
Members (129) More »
Already a member? Sign in
Followers
Bilangan Pelawat
5 0 1 0 2 8
Terus beri komitmen bangunkanekonomi menjelang 2020
Wajib sokong usaha banteras jenayah
Penswastaan perkhidmatan sokongantingkatkan kualiti
Peruntuk insentif usahawan wanita
Semua exco pertahan jawatan
Utusan Online : Tajuk Utama
Berita Harian: MukaDepan
Time for reflection
Indonesian drug mule arrested afterhotel room raid
Stay alert and be wise, women told
Najib: Efforts to create a morebalanced economy crucial
Dr M: Emphasis on English a seriousmatter, look into it
The Star Online: Topnews
Kalimullah denied article was referringto Matthias Chang
Education Ministry disburse RM100allowance to 5.5 mil students
PM reveals 13 ETP projects worthRM5.85 billion
No age limit for 'winnable candidate',says Najib
ETP turns one LIVE
NST Online: Topnews
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…
cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 3/8
Usaha-usaha ke arah perpaduan ini diteruskan lagi setelah ditubuhkan pula Laporan Rahman Talib
yang bertujuan untuk mengkaji semua syor Laporan Razak. Syor-syor Laporan Rahman Talib
akhirnya diluluskan sebagai rang undang-undang oleh parlimen sebagai Akta Parlimen No. 43 tahun
1961 (Akta Pelajaran 1961).“Penyata Razak dan Rahman Talib telah menjadi watershed (batu asas)
dalam matlamat perpaduan kaum di Malaysia”. Cadangan kedua-dua penyata ini adalah agar pada
akhirnya nanti wujud hanya satu bahasa pengantar di sekolah, iaitu bahasa Melayu. Jika Laporan
Razak mengasaskan idealisme menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada
suatu waktu yang ditetapkan, selaras dengan penekanan terhadap kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan negara (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152), maka Laporan
Rahman Talib menggariskan langkah untuk merealisasikan idealisme tersebut. Antara usulnya yang
berkaitan dengan hal tersebut termasuklah :
• Menukar bahasa pengantar Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan bahasa Melayu.
• Peperiksaan umum peringkat sekolah menengah dijalankan dalam bahasa rasmi negara sahaja,
iaitu bahasa Melayu. Usul-usul Laporan Rahman Talib diperundangkan melalui Akta Pendidikan 1961
yang menjadi kerangka rujukan bagi pelaksanaan sistem pendidikan negara sehingga digantikan
dengan Akta Pendidikan 1996. Antara tindakan lanjut daripada usul Laporan Rahman Talib yang
berhubung dengan soal dasar tersebut termasuklah: Peperiksaan naik tingkatan bagi sekolah
menengah Cina dimansuhkan pada tahun 1961 dan Peperiksaan Akhir Sekolah Menengah Cina
dimansuhkan juga pada tahun 1963.
• Setiap calon diwajibkan lulus dalam Bahasa Kebangsaan bagi peperiksaan masuk sekolah
menengah.
• Kelulusan dalam Bahasa Kebangsaan wajib bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun
1962.
• Langkah-langkah dilaksanakan untuk menambah bilangan guru terlatih sekolah menengah
kebangsaan dan guru khas Bahasa Kebangsaan untuk sekolah menengah jenis kebangsaan.
• Pembukaan sekolah menengah kebangsaan dipesatkan di seluruh negara. Dapat dirumuskan
daripada perbincangkan di atas bahawa dalam sistem pendidikan sesudah kemerdekaan, sudah mula
terbina falsafah yang mendasari pendidikan bahasa Melayu di negara ini, iaitu “Bahasa Melayu
sebagai asas perpaduan rakyat berbilang keturunan, atau konsep yang lebih luas lagi bahasa Melayu
sebagai salah satu asas pembinaan negara”. Dengan perkataan lain, di sisi faktor-faktor lain seperti
kebudayaan, ekonomi, politik, undang-undang, dan sebagainya, faktor bahasa kebangsaan menjadi
faktor penting dalam rangka pembinaan sebuah negara baru.
Dasar Pelajaran Kebangsaan
Langkah utama yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan selepas negara mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957 ialah membetulkan dan menyusun semula sistem pendidikan yang diwarisi daripada
penjajah Inggeris dengan mengadakan dasar-dasar pendidikan yang diperkukuhkan oleh
perlembagaan dan undang-undang. Cadangan-cadangan dasar yang dikemukakan oleh Laporan
Razak 1956 telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, sementara cadangan-cadangan dasar
daripada kedua-dua Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran 1961. Kedua-dua laporan tersebut menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan. Penegasan yang terpenting dalam proklamasi Dasar Pelajaran
Kebangsaan adalah suatu sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa
Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat persekolahan dan dalam
semua institusi pendidikan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Dasar Pelajaran Kebangsaan
telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu, dan
bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima
seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah
disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan
rakyat Malaysia dan hari ini bahasa Melayu dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-
bahasa moden yang lain di dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia, dan
bahasa-bahasa lain.
Akta Bahasa Kebangsaan 1967
Antara langkah pertama pengisian kemerdekaan ialah mengikut bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Pengiktirafan ini termaktub di dalam Perlembangaan Persekutuan melalui Perkara 152:-
• Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah dalam bentuk yang ditentukan oleh
Parlimen melalui undang-undang.
• Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka dan selepas
daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen bahasa Inggeris boleh digunakan dalam
kedua-dua Dewan Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan bagi semua maksud rasmi yang lain.
• Dalam perkara ini “maksud rasmi” bererti apa jua maksud kerajaan sama ada Persekutuan atau
Negeri dan termasuklah apa jua maksud pihak berkuasa awam. Dari aspek kedudukan bahasa
kebangsaan dalam sistem pendidikan negara, kita harus lihat kepada Akta Pendidikan 1996 yang di
dalam seksyen 17(1) dikatakan bahawa “Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama di
semua institusi pendidikan di dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di sekolah jenis
Deruman Mesin, Simen, Batu &Kehidupan
Allah Bersama Orang Yang Sabar
Perlihatkanlah Kesan Nikmat Itu!
Mengapa Mesti Bersangka Baik?
Wanita Pertama Menghuni Syurga
iLuvislam.com : Islam Itu Indah
Bank Soalan PMR
Tutor PMR
PMR Skor Minda
Pautan Pelajar PMR
Tutor SPM
Bank Soalan Online
SPM Skor Minda
Komsas SPM
Pautan Pelajar SPM
Kamus ONLINE
Takwim Peperikasaan 2013
Kalender Persekolahan 2013
Akhbar Tempatan
Senarai Pautan
► 2013 (57)
▼ 2012 (125)
► December (1)
► October (8)
► September (13)
► August (10)
► July (14)
► June (30)
▼ May (32)
BAHASA MELAYU DALAMERA TEKNOLOGIMAKLUMAT DAPATM...
KEBANJIRAN WARGAASINGMENDATANGKANKEBURUKAN.
KESALAHAN BAHASADALAM KALANGANMASYARAKATMAJMUK-...
Blog Archive
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…
cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 4/8
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 dan mana-mana institusi pendidikan yang
dikeculikan oleh Menteri daripada seksyen ini.”
Halangan-Halangan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu Dalam Bidang Pendidikan Pengaruh
Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan
Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan negara
atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa Melayu dalam
agenda pembangunan negara yang baru itu makin tidak diambil kira lagi. Rakyat Malaysia khususnya
orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang
maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia
mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957 yang diperakukan
oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di
sekolah. Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar Melayu
dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah bahasa Inggeris itu
merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan pelajar
dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Tiada tindakan mahupun usaha untuk
memantapkan bahasa Melayu. Cabaran paling serius terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada pihak swasta untuk menubuhkan
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996
menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utamanya, akta yang sama memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk
membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Di mana
letaknya kedaulatan Bahasa Melayu?.
Ketidakmampuan Menguasai Bahasa Melayu Dengan Baik Dan Sikap Negatif
Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah kurangnya
tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Abdul Hamid
Mahmood (1993 : 21) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan jika guru-guru yang
mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Menurut kajian beliau, ramai guru masih menggunakan dialek setempat semasa mengajar mata
pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard. Budaya berbahasa yang
sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga pengajar tersebut. Ini
menyebabkan golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru.Hal ini demikian
menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu tidak dapat mempelajari bahasa Melayu
dengan betul. Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di bilik darjah masih ada hingga
hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar dianggap sebagai orang Melayu adalah orang Melayu.
Sebilangan daripada mereka adalah orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di rumah. Bahasa
Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka. Bagi kebanyakan
pelajar sebegini, bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka terpaksa
mempelajarinya. Menurut Sufean Hussin (1996 : 50) mengatakan bahawa di sekolah murid-murid
akan diajarkan aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana ia
amat penting untuk melahirkan murid yang pintar berbahasa selain dapat menggunakan tatabahasa
dengan betul. Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di sekolah adalah untuk membolehkan murid-
murid dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan
menganalisis kedudukannya. Selain itu, ia juga dapat membantu murid-murid bertutur dengan lancar,
terang dan mudah difahami oleh orang lain serta murid dapat menggunakan frasa dengan jelas dan
tepat. Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Guru-guru perlu
melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Guru-guru tidak boleh dengan
sewenang-wenangnya mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid tanpa membuat sebarang
rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Ini bersesuaian dengan zaman sekarang
di mana murid-murid perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan
peperiksaan.
Pengaruh Bahasa Slanga
Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini sebenarnya
berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Dari mana datangnya kekacauan bahasa ini juga mendapat
jawapan yang samar. Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan
oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya
difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam
berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan
mengikut identiti mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan
pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini,
banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa
slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga
adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat
berubah. Bahasa ini sering 154 digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan
melepak, atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan profesional untuk menghindarkan
daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan
cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan
pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para
pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan
hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk
KELAB BADMINTONSMKP PRESINT9[1]KEJOHANANTERTUT...
PENGALAMAN DI BUKITBROGA,SEMENYIH.
PERANAN MEDIA MASSADALAMMEMPERKASAKANBAHASA DAN...
BUDAYA DAN BAHASAMELAYU:PERANCANGANKORPUS UNTUK...
MAMPUKAH BAHASAMELAYU MENGHADAPICABARAN ABAD KE-...
BAHASA MELAYU DANPEMERKASAANNYA-Armalik b Mohd Al...
PERANAN BAHASAKEBANGSAANSEBAGAI LAMBANGJATI DIR...
BAHASA DAN BUDAYAMELAYU DALAMKONTEKS GAGASANSAT...
PERHATIAN KEPADAPELAJAR 3P,3U,3I[SMKPP9[1]-KERJA...
KONSEP BUDI DALAMBUDAYA MELAYU DANKAITANNYA DENG...
BAHASA MELAYU DALAMDUNIA GLOBALISASI-Mohd Salleh ...
PERANAN KERAJAANDALAMMEMARTABATKANBAHASA MELAYU...
BENGKEL TEKNIKMENJAWAB BMKERTAS II PMR
PEMERKASAAN BAHASAMELAYU CABARANDALAMPELAKSANAA...
BAHASA MELAYUBAHASA PERPADUAN-Nasira Mamood [dise...
LATTIHAN TATABAHASATINGKATAN 3-PMR
CONTOH USUL BAHASALAPARLIMEN-
LATIHAN BM KERTAS 2 -TINGKATAN 4
PEMBENTUKAN BANGSAMELALUI BAHASA DANBUDAYA MELAY...
KEPENTINGAN LARASBAHASA TERHADAPMASYARAKAT - Mo...
BAHASA MELAYU DANPERPADUAN BANGSA-Zainurin Zahari...
CABARAN BAHASAMELAYU SEBAGAI
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…
cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 5/8
memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang
akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara.
Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Rujukan
Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-
buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan
buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat
menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan
tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini
didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah
menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif
untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.
Peranan Kerajaan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Menurut Abdullah Hassan (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan oleh
pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah dengan melantik sebuah badan berkanun
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu badan berkanun
yang berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk
dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap
penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu, menerbitkan, menggalakkan dan menyelaraskan
penerbitan buku dan jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan pembinaan bahasa
Melayu, membakukan sistem ejaan dan sebutan, mencipta istilah saintifik yang sesuai dengan
bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan. Dengan adanya
Dewan Bahasa dan Pustaka sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan terutamanya
Kementerian Pelajaran untuk memantapkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.
Menaiktaraf Kelulusan Guru-Guru Bahasa Melayu
Pihak Kementerian Pelajaran seharusnya menyediakan lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran
bagi guru-guru yang belum mempunyai ijazah pertama. Hal ini sedemikian dapat membantu
perkembangan potensi diri guru-guru dan memperoleh ilmu yang lebih mendalam daripada tenaga
pengajar yang sememangnya mahir dalam bidang bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran juga
sewajarnya memberikan latihan dan kursus kepada guru-guru untuk memperdalam bahasa Melayu
supaya guru-guru tersebut dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka peroleh kepada para pelajar.
Penekanan dari segi menguasai teknik mengajar bahasa Melayu yang betul harus diberi perhatian.
Segala usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ini banyak bergantung kepada kepakaran
golongan pendidik dalam menurunkan ilmu yang betul kepada golongan pelajar. Umum sedia
maklum, tidak semua golongan pelajar berbangsa Melayu dan menuturkan bahasa Melayu dengan
betul. Kebanyakan pelajar datangnya daripada latar belakang yang berbeza-beza. Ismail Jusoh (2000:
48) dalam kajiannya mengatakan bahawa antara faktor umum yang melahirkan bahasa yang berbeza-
beza ialah umur, tempat, minat, status sosial, faktor ekonomi, jantina dan tahap pendidikan. Bahasa
yang dibawa oleh setiap pelajar mengikut kaum dan tempat asalnya. Masalah inilah yang
menyebabkan perkembangan bahasa Melayu itu terganggu. Berdasarkan maklumat di atas, jelas
menunjukkan bahawa kemantapan bahasa Melayu banyak bergantung dengan masyarakat
penuturnya terutamanya golongan pelajar yang mana golongan pelajar inilah yang menjadi titik tolak
kepada kejayaan pihak kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu di samping tenaga pengajar
yang komited dalam membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan impian kerajaan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Melaksanakan Transformasi Kurikulum Bahasa Melayu
Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran seharusnya
melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah dengan
memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui
pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni
bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum Bahasa
Melayu sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia
akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di
samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan
tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk
memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya
masyarakat Malaysia. Dengan keputusan ini, pihak kerajaan seharusnya menawarkan pendekatan
baru dalam pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pihak kerajaan
harus percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan Bahasa Melayu,
memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai
ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan.
Mengiktiraf Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi
Wan Hashim Wan Teh (2010) mengatakan bahawa, perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa utama negara telah tiba di kemuncaknya apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan sehingga ke universiti. Menurut beliau, ia menunjukkan
kesungguhan serta komitmen yang tinggi pihak kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu tinggi. Menurut Mohd Amin Arshad (2005 :13) mengatakan istilah bahasa Melayu tinggi
BAHASA ILMU DALAMKO...
BAHASA MELAYUSEBAGAI PAKSIPEMBENTUKANBANGSA MAL...
PEMERKASAAN BAHASAMELAYU SEBAGAIPEMBINA NEGARA B...
BAHASA 1 MALAYSIA -oleh Mohd Yusuf b HjSaud [di...
PENDIDIKAN BAHASAMELAYU PEMBENTUKNEGARA BANGSA-...
BAHASA DAN BUDAYAMELAYU SEBAGAIPEMANGKINKEJAYAA...
MALAYSIA:CABARANNYA KEPADABAHASA DAN BUDAYAMELA...
MEMARTABATKANBAHASA MELAYU ,oleh Masni Bujang [ ...
► April (11)
► March (2)
► January (4)
► 2011 (55)
Home
Kenali Saya
Laman Utama
USAHATANGGAKEJAYAAN.
Follow byEmail
Email address...Submit
Latar Belakang
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…
cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 6/8
itu memang mendukung pengertian sosial yang tertentu yang dapat dibezakan dengan bahasa
rendah. Di kalangan budayawan, budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan
teknologi. Dengan kata lain, bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan sebagai
pengantar ilmu, bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, bahasa baku dan bahasa standart.
Sehubungan dengan hal itu, amat wajarlah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat
Malaysia kini diiktiraf sebagai bahasa ilmu tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa
pembentuk budaya. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa
Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan. tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan
laras bahasa. Menurut pakar bahasa, Nik Safiah Karim, pemantapan sistem bahasa sebagai
persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu,
teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun
proses ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan. Kemajuan pendidikan dalam Bahasa
Melayu telah berlaku dengan pesatnya apabila kerajaan menubuhkan sekolah menengah berbahasa
pengantar Melayu dan terlaksananya Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). Usaha memperkasa
Bahasa Melayu di IPT adalah menggunakannya dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat
cintakannya. Rumusannya, bahasa Melayu akan dapat bangun kembali, mengambil tempatnya yang
asal apabila mendapat sokongan dan dukungan terhadap pengguna bahasanya terutama dalam
konteks penggunaan di IPT.
PENUTUP
Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah hinggalah ke peringkat
pengajian tinggi. Walaupun banyak masalah serta cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu
perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan seharusnya memandang serius setiap isu yang
berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bidang pendidikan. Hal ini kerana
warga pendidikan yang sebenarnya akan membawa wadah perjuangan sama ada bahasa Melayu
akan berkembang atau terus terkubur. Sejajar dengan hal itu, generasi muda terutama pelajar
sekolah harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah. Usahlah
dibebankan mereka dengan bahasa yang lain untuk mempelajari ilmu pengetahuan moden. Kuasailah
bahasa Melayu terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua. Dengan cara ini, Malaysia
akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang
tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan
yang kurang kepercayaan dan keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa
dan maju bahasa majulah bangsa.
BIBLIOGRAFI
Abd. Hamid Mahmood (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printed (M).
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ani Awang dan Zumurni Hamzah. Ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu.
Http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 14.2.2010.
Awang Sariyan (2006). Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut
Pengayaan Khazanah Ilmu. Dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ismail Jusoh (2000). Bahasa dan Masyarakat. Dlm Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Kamarudin Hj. Kachar (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Teks
Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Amin Arshad ( 2005). Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor.
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992). Pembinaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia – Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Http://www.utusan.com.my/utusan info.asp.- Martabatkan Bahasa Melayu Pada Zaman Globalisasi.
Diakses pada 14.2.2010.
Http://www.malaysiakini.com/news/108063-PPSMI Dimansuhkan
Tempat Bertugas:
Sekolah Menengah Kebangsaan{J}Hwa Lian,Mentakab,Pahang[ 1993-
2007]
Sekolah Menengah KebangsaanPutrajaya Precint 9 (1) ,Putrajaya.
[2008- ]
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Kepujian[USM]
Diploma Pendidikan [UPSI[
Sarjana Pendidikan(UPM)
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…
cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 7/8
Newer Post Older PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Posted by Cikgu Rozali Rajab at 15:34
Labels: KAJIAN ILMIAH
Mulai 2012. Diakses pada 14.2.2010.
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as: Google Account
Publish Preview
3 comments:
AINI KIFLI 5 October 2012 08:13
Terima kasih, penulisan ilmiah ini sangat berguna kepada saya. Mohon izin
menggunakannya.
Reply
htarng chong 15 March 2013 13:18
macam mana pihak kerajaan dapat melestarikan Bahasa Melayu pada papan kenyataan?
Reply
.ANA. 9 July 2013 18:09
Reply
This comment has been removed by the author.
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…
cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 8/8
Awesome Inc. template. Powered by Blogger.
top related