ciri-ciri sekolah dan murid bestari
Post on 07-Apr-2018
359 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
1/22
17
Soalan Tugasan
Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan
pengajaran dan pembelajaran sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman
maklumat. Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat
kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka Sekolah Bestari
di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik
daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan
tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan
dua perkara penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta
kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
1. Sediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Pakej tersebut hendaklah
disediakan dalam bentuk unit portfolio.
2. a) Berdasarkan pakej aktiviti yang telah disediakan diatas, anda dikehendaki
menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian yang lengkap untuk
dilaksanakan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran selama satu jam di
dalam bilik darjah. Pendekatan perlu dilaksanakan dengan mengintegrasikan
pengajaran dan pembelajaran elemen-elemen bestari dalam ruangan prosedur.
b) Bagi melaksanakan prjek ini, anda dikehendaki :
I. menyediakan nota ringkas sekurang-kurangnya merujuk :
a. ciri-ciri sekolah bestari dan pelajar bestari
b. prosedur dan pengendalian Pembelajaran Bestari
c. merancang, membina dan mentadbir pakej aktiviti p&p
Bestari
d. merancang dan menyediakan Rancangan PembelajaranHarian gaya Pembelajaran Model Bestari.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
2/22
18
Soalan Tugasan 2.
Soalan A : Ciri-ciri Sekolah Bestari dan Pelajar Bestari
Sekolah Bestari
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), Pembestarian Sekolah ialah satu
proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi
era teknologi maklumat melalui:
a) Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah;
b) Keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran; dan
c) Pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan
berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.
Ciri-Ciri Sekolah Bestari
Ciri-Ciri Sekolah Bestari secara umum:
Pembelajaran Kendiri Berasaskan ICT
Sistem Pengurusan Sekolah Berbantukan ICT
Persekitaran yang Kondusif bagi Pembelajaran
Pentadbir dan Guru yang Profesional
Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pentaksiran yang Berterusan bagi Menyokong Pengajaran dan Pembelajaran
Penglibatan serta Sokongan Tinggi daripada Ibu Bapa dan Komuniti
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
3/22
19
Sekolah bestari merupakan penaja serta peneraju kepada perubahan kesemua aspek
pendidikan seperti cara pengurusan sekolah, organisasi bilik darjah, penggunaan masa,
pengukuran pencapaian, tugasan pelajar, tanggungjawab, hubungan sekolah dengan
masyarakat setempat dan persekitaran. Sekolah bestari akan menampilkan ciri-ciri
yang membezakannya daripada sekolah-sekolah sedia ada. Antaranya ialah:
Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk
berkongsi maklumat melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik.
Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan luas ke sekolah
lain, organisasi daerah, negara serta dunia.
Sekolah bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar
dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.
Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan untuk
berkongsi maklumat melalui telekonferensing, pengkalan data dan mel elektrik.
Sekolah bestari akan dihubungkan melalui jaringan kawasan luas ke sekolah
lain, organisasi daerah, negara serta dunia.
Sekolah bestari juga akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar
dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
4/22
20
Contoh Ciri-ciri Sekolah Bestari.
Peralatan sekolah contohnya :
Mempunyai 37 buah komputer (PC).
Menyediakan 2 buah notebook.
Mempunyai 4 buah laser printer.
Mempunyai 2 buah LCD Projector Screen.
Penggunaan kamera digital, tape drive, CD writer, scanner, CD-ROM Server dan
Communication Server.
Ciri-ciri
sekolah
Bestari
Peralatan
Sekolah
Sistem
Pengurusan
Kawalan dan
Keselamatan
Pengoperasian
komputer
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
5/22
21
Sistem pengurusan sekolah bestari, contohnya :
merupakan satu aplikasi pengurusan sekolah yang serba lengkap termasuklah
P&P sebagai salah satu komponen penting di dalamnya.
Sistem pengurusan sekolah yang dahulunya menggunakan pen, kertas dansistem fail, kini telah beransur-ansur bertukar kepada penggunaan data-data
dalam komputer.
Terbahagi kepada 9 bahagian :
i. Urus Tadbir Sekolah
ii. Pengurusan Sumber Pendidikan
iii. Pengurusan Sumber Manusia
iv. Pengurusan Kemudahan
v. Pengurusan Asrama
vi. Pengurusan Kewangan
vii. Pengurusan Teknologi
viii. Pengurusan Sumber Luar
ix. Pengurusan Hal Ehwal Murid
Kawalan & keselamatan contohnya :
Setiap pengguna BESTARI akan diberikan:
a) ID pengguna (username)
b) Kata laluan (password)
Dapat disahkan melalui proses log masuk.
Pengoperasian komputer yang ada di sekolah bestari, contohnya :
Setiap guru dan murid diberikan akaun sendiri dan boleh mengakses maklumat
semasa proses p&p berlangsung.
Mereka juga mempunyai folder sendiri, Drive I untuk staf dan drive J untuk murid.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
6/22
22
Ciri ciri Pelajar Bestari :
1. Terdapat dua gaya pembelajaran dalam pengajaran bertari iaitu :
o Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn iaitu meliputi aspek persekitaran,
emosi, sosiologi, fizikal dan juga psikologi
o Gaya Pembelajaran Deria ( VAK ) iaitu meliputi aspek Visual, Auditori dan
juga Kinestatik.
2. Kecergasan Pelbagai.
o Kecergasan Pelbagai terbahagi kepada lapan komponen iaitu Verbal
Linguistik, Logik Matematik, Visual Ruang, Kinestatik, Muzik,
Intrapersonal, Interpersonal dan Naturalis.
o Verbal linguistik : kebolehan menggunakan bahasa (kata-kata) secara
berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat,
meyakini orang lain serta bercakap.
o Logik matematik : kebolehan menggunakan nombor secara berkesan
dan bijak berhujah termasuklah memahami kolompok nombor asas prinsip
sebab-akibat serta kebolehan menjangka. Cekap menyelesaikan
masalah, suka meneroka dan menganalisis, mengemukakan soalan dan
jawapan logik, boleh menguji hipotesis serta berfikir secara heuristik.
Minat terhadap komputer dan media teknologi dan suka melakukan
eksperimen.
o Visual ruang : kemampuan mengamati dunia visual dan ruang serta
melahirkan pengamatan tersebut dalam bentuk imaginasi yang
diterjemahkan dalam bentuk lakaran grafik. Peka terhadap warna, garis,bentuk dan hubungkait yang terdapat antara unsur-unsur itu. Suka
membaca peta, melukis, carta, jadual, video, foto dan bahan-bahan
multimedia.
o Kinestatik : kemampuan menggunakan anggota badan untuk meluahkan
idea dan perasaan. Ada kemahiran fizikal seperti koordinasi,
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
7/22
23
keseimbangan dalam ketangkasan, kekuatan, keanjalan dan kelenturan
anggota badan. Suka bergerak, belajar secara hands-on terutama kraf
yang melakukan dengan tangan. Banyak menggunakan pergerakan
badan untuk berkomunikasi.
o Muzik : kemampuan untuk mendiskriminasikan ritma, kelangsingan dan
melodi dalam hasilan muzik. Mudah mengingat melodi dan suka
menyanyi. Suka instrumen muzik, kedai muzik dan konsert. Mudah belajar
dan ingat melalui lirik lagu dan suka belajar sambil mendengar muzik.
o Interpersonal : kemampuan mengamati dan memahami mood, kehendak
dan perasaan lain. Berkebolehan bertindak dengan bijak terhadap
petanda-petanda interpersonal seperti mimik muka, suara dan lenggok
badan. Mempunyai kemahiran bergaul dengan berkesan, memimpin dan
mengurus manusia, menjadi pendengar dan perunding yang baik serta
suka belajar dan bekerjasama dalam kumpulan.
o Intrapersonal : mempunyai kesedaran kendiri iaitu berupaya memberi
gambaran yang tepat tentang kekuatan dan kelemahan diri, emosi,
kehendak dan kemampuan mendisiplinkan diri. Suka bekerja secara
bersendirian dan mampu mengurus perasaan sendiri.
o
Naturalis : mempunyai kecenderungan terhadap alam sekitar, iaitu bolehmengenali pelbagai jenis haiwan, pokok dan tanaman. Memahami alam
semulajadi dan kaitan saintifik. Mengabil berat tentang kelakuan, ciri dan
keperluan binatang. Suka berkebun, menanam bunga dan hortikultur.
3. Kompetensi Kecerdasan Emosi ( EIC ).
Kecerdasan emosi ialah situasi apabila aspek kerohanian perlu diberi
keutamaan dalam kehidupan. Kecekapan emosi dikategorikan kepada dua iaitu kecekapan personal dan
kecekapan sosial.
Kecekapan personal :
o Kesedaran kendiri
Kesedaran emosi kendiri mengenali emosi dan kesannya
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
8/22
24
Ketepatan taksiran kendiri mengetahui kekuatan dan
kelemahan sendiri.
Keyakinan kendiri mempunyai keyakinan dan keupayaan
kendiri.
o Pengurusan pengawalan kendiri
Kawalan diri - menguruskan emosi yang tidak stabil tertekan
dengan desakan.
Kebolehpercayaan - mengekalkan piawai kejujuran dan
ketulusan serta keikhlasan hati
Kesungguhan menunaikan tanggungjawab dalam mencapai
prestasi diri.
Penyesuaian diri keanjalan dalam menangani perubahan dan
cabaran.
Inovasi kebolehan menjana idea-idea bernas dan makluamt
terkini serta kreatif.
o Motivasi
Dorongan pencapaian kesungguhan untuk mencapai
kecemerlangan
Komitmen
berusaha mencapai sasaran organisasi, sekolahatau pasukan
Inisiatif kesediaan untuk bertindak dan mencari peluang.
Optimis mempunyai kesabaran dalam mencapai matlamat
dan menempuhi halangan dan kekecewaan dengan tenang.
Kecekapan sosial :
o Empati
Memahami orang lain menyedari perasaan dan perspektif
orang lain serta berminat pada apa yang dilakukan oleh orang
lain.
Membangunkan orang lain menyedari keperluan
pembangunan orang lain
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
9/22
25
Berorentasikan orang lain mengenali, menyertai dan
memenuhi keperluan pelanggan
Kepelbagaian peluang menjaga peluang-peluang melalui
individu berlainan.
o Kemahiran sosial
Pengaruh kebolehan menggunakan teknik-teknik memujuk
yang berkesan
Komunikasi kebolehan mendengar dengan terbuka serta
menghantar mesej yang meyakinkan
Pengurusan konflik kebolehan berunding dan menyelesaikan
pergaduhan serta mengelakkan persengketaan
Kepimpinan kebolehan memberikan inspirasi atau semangat
dan panduan kepada individu dan kumpulan
Pemangkin perubahan kebolehan memulakan dan
menguruskan perubahan.
Soalan B : Gaya Pengajaran dan Pembelajaran Bestari
Gaya Pembebelajaran : Model Dunn & Dunn
Model Dunn & Dunn dicipta oleh Dr Rita Dunn dan Dr Kenneth Dunn. Model ini
mencadangkan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada
unsur-unsur seperti :
Persekitaran
Emosi
Sosiologi
Fizikal
Psikologi
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
10/22
26
Stimulus Unsur Ciri
Alam Sekitar
Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latarbelakang seperti muzik.
Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya
Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas
PolaSuka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal sepertiberbaring atau duduk di lantai.
Emosi
Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.Ketabahan Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek.
Tanggungjawab Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.
StrukturSuka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuksesuatu mata pelajaran atau perkara.
Sisiologi
Sendiri Suka belajar dengan sendiri
Pasangan Suka belajar secara pasangan.
Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya.
Pasukan Suka belajar dalam pasukan.
Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya.
Pelbagai cara Boleh belajar dengan mana-mana cara tersebut di atas.
Fizikal
Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak.
Makan Suka atau tidak suka makan minum semasa belajar.
Waktu Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.
Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
11/22
27
Psikologi
Global atauAnalitik
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikuturutan dan membuat analisis.
Otak kiri atauOtak kanan
Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian,bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis;pelajar yang lebih memproses maklumat diotak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis,melukis, membuat gerakandan mencipta sesuatu,
Impulsif atauReflektif
Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikirsebelum bertindak.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
12/22
28
Tiga ciri yang dipilih berdasarkan Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Persekitaran : Melibatkan persekitaran samada dari aspek bunyi,
pencahayaan, tempat serta situasi dan sebagainya.
Sosiologi : Melibatkan keselesaan / kesesuaian pelajar untuk belajar
secara sendirian, berpasangan, berkumpulan atau dampingan guru.
Psikologi : Melibatkan keupayaan berfikir seseorang murid / kemahiran
kognitif, contohnya dalam membuat analisis, pengiraan, pemahaman serta
proses sainstifik
Strategi pembelajaran bestari yang dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri model
Dunn & Dunn.
CIRI : SOSIOLOGI
STRATEGI : STRATEGI KOLABORATIF
HURAIAN :
Pelajar menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial serta nilai murni. Hal ini
membolehkan pelajar dapat berinteraksi dan bekerjasama untuk melaksanakantugas.
Strategi ini juga membantu murid meningkatkan ciri-ciri interpersonal iaitu
mempunyai kemahiran bergaul dengan berkesan, memimpin dan mengurus
serta menjadi pendengar dan perunding yang baik.
Strategi ini merupakan satu proses menghasilkan sesuatu tugasan besar secara
kerjasama / kolektif dengan pihak berlainan ATAU melakukan tugasan kecil yang
berlainan tetapi mempunyai hasrat dan matlamat yang sama.
Interaksi antara ahli digalakkan bagi melaksanakan tugasan sacara bersama-
sama melalui perkongsian bahan, kemahiran dan tolong menolong.
Contoh aktiviti seperti permainan berpasukan, kuiz berkumpulan, sumbang
saran dan sebagainya.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
13/22
29
CIRI : PERSEKITARAN
STRATEGI : STRATEGI KONTEKS LUAR
HURAIAN :
Strategi ini melibatkan interaksi dengan pelbagai pihak tidak kira di dalam dan
luar kelas.
Ia memastikan pelajar disediakan peluang yang secukupnya untuk menjadikan
pembelajaran melalui pengalaman dan interaksi yang mereka alami adalah
bermakna.
Pembelajaran berasaskan aktiviti iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk
mengalami dan meneroka untuk mendapatkan pengetahuan baru.
Contoh aktiviti seperti bengkel, kajian luar, lawatan sambil belajar, mengadakan
projek dan sebagainya.
CIRI : PSIKOLOGI
STRATEGI : STRATEGI METAKOGNITIF
HURAIAN :
Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai
proses berfikir. Apabila kesedaran ini wujud, pelajar dapat mengawal fikiranyadengan merancang, dan menilai apa yang dipelajari.
Strategi ini melibatkan kesedaran apa yang diketahui dan tidak diketahui oleh
seseorang pelajar, dan disusuli dengan aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis untuk mengaplikasikan
pengetahuanya bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh aktiviti termasuklah penyoalan, refleksi dan lain-lain.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
14/22
30
Gaya Pembelajaran : VAK (visual, auditori, kinestatik)
Ciri ciri pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran VAK (visual, auditori,
kinestatik)
GayaPembelajaran
Ciri pelajarAktiviti pengajaran dan
pembelajaranVisual Mudah mengingat maklumat yang
disampaikan dalam bentuk visualseperti gambar dan rajah
Mudah mengikuti arahan bertulis.
Mudah menggambarkan maklumatdalam minda walaupun tanpa teks
Peka terhadap komunikasi non-verbal dapat membaca ekspresimuka dan postur
Mengingat sesuatu pembelajarandengan mencatat nota dan arahan
Kad imbasan Menyain
perbendaharaan katabaru dan menulissemula
Menggambarkan
maklumat yang dibacadan melakar dalambentuk lukisan, rajahatau grafik
Guna warna yangberbeza-beza untukmenandakan perkarapenting dalam nota
Kinestatik Belajar dengan baik melaluipengalaman dan mengambil
bahagian secara aktif melalui aktivitifizikal.
Mudah belajar melalui aktivitihands-on seperti dalam pendidikan
jasmani dan teater
Suka kerja lapangan
Menunjukkan kemahiran motorkoordinasi badan yang baik danmahir dalam sukan atau lakonanserta kerja tangan sepertimengubahsuai sesuatu dan seni
kraftangan.
Lakonan atau bahanmaujud untuk
menjelaskan maknaperbendaharaan kataatau teks yang dibaca
Melukiskan situasiberkomunikasi.
Melihat situasisebenar ataumelaksanakansimulasi mengikurkonteks sebenar.
Auditori Lebih mudah mengikuti danmengingati maklumat dengan caramendengar perbualan formal dantidak formal
Boleh mengingati maklumat melaluipembacaan kuat atau
Melaksanakan latihtubi.
Belajar melaluiberkomunikasidengan rakan sebayaatau orang lain dalam
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
15/22
31
menggerakkan bibir semasamembaca
Dapat mengukuhkan ingatandengan cara mendengar semularakaman, mengajar rakan dan
berbincang. Menunjukkan ketrampilan
berbahasa secara lisan dan bertulis
Ada bakat muzik dan sensitif padanada, ritma dan irama
Sensitif terhadap bunyi-bunyibahasa yang berbeza-beza danmudah mempelajari bahasa baru.
situasi
Mendengar programatau rancangan yangdisiarkan di radio atautelevisyen.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
16/22
32
Soalan-Soalan Tambahan Berdasarkan Aras.
Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan aras-aras dalam Taksonomi
Bloom. Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.
Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai
oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko. Domain
kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain
afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan
kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga
dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus
rekabentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuan
mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran kognitif merupakan
domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual
berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras
tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.
TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll
daripada pembelajaran yang lepas.
Nyatakan,
terangkan,
namakan, labelkan.
KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.
Pilih, terangkan,
tulis semula.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
17/22
33
Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang
baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.
selesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada
yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu,
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan,
susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberirasional atas alasan dalaman atau luaran,menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan,kritikan, buktikan.
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
18/22
34
Soalan aras pengetahuan
1. Siapakah orang luar yang mula-mula datang ke Sarawak? (aras rendah)
2. Siapakah James Brooke? (aras rendah)
3. Bagaimana James Brooke boleh terlibat dengan pentadbiran Sarawak? (aras
sederhana)
4. Siapa yang meminta bantuan James Brooke? (aras sederhana)
5. Mengapa bantuan diperlukan? (aras tinggi)
6. Apa yang berlaku selepas pemberontakan berjaya dihapuskan? (aras tinggi)
Soalan aras pemahaman
1. X ialah kawasan...
a. Pedalaman
b. Pantai barat
c. Pantai timur
d. Pesisiran pantai
(aras rendah)
2. Terangkan bagaimana James Brooke baleh campurtangan dalam
pentadbiran negeri Sarawak. (aras sederhana)
3. Tulis semula rentetan cerita kedatangan kuasa luar di Sarawak.
(aras tinggi)
X
Di bawah kekuasaan pemimpin tempatan
Ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah
Panjang
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
19/22
35
Soalan aras aplikasi
1. Antara kaum berikut, yang manakah tinggal di kawasan pedalaman?
I. Kelabit
II. Murut
III. Penan
IV. Bidayuh
A. I, II dan IV
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
(aras rendah)
2. Apakah yang akan berlaku sekiranya James Brooke tidak datang keSarawak ketika pemberontakan di Kuching berlaku? (aras sederhana)
3. Mengapakah kawasan pesisiran pantai dipilih sebagai kawasan
petempatan? (aras tinggi)
Soalan aras analisis
1. Antara berikut, yang manakah tugas penting seorang ketua rumah
panjang?A. Menyebar ajaran Islam kepada penghuni rumah
B. Mentadbir hal-ehwal suku kaum tertentu
C. Membangunkan ekonomi penghuni rumah panjang
D. Mengutip cukai dari setiap penghuni
(aras rendah)
2. Pentadbiran Kesultanan Brunei di Sarawak telah di bahagikan kepada
beberapa jajahan kerana
A. Kerja-kerja pentadbiran dapat dipermudahkan
B. Penduduk-penduduk tempatan berpeluang untuk mengambil
bahagian dalam pentadbiran tempatan
C. Corak pemerintahan ini akan dijadikan contoh kepada pemerintah-
pemerintah yang lain
D. Segala bentuk pemberontakan dapat dielakkan
(aras sederhana)
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
20/22
36
3. Apakah perbezaan diantara penduduk di kawasan pedalaman dan pesisir
pantai? (aras tinggi)
Soalan aras sintesis
1. Lengkapkan jadual di bawah :
Kaum utamaPentadbiran awalKuasa yang pernah menjajah
(aras rendah)
2. Pilih urutan peristiwa dengan betul.
(aras sederhana)
Sultan Brunei melantik James Brooke sebagai Gabenor (1841)
Meminta bantuan James Brooke
Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei
Sultan Brunei menghantar Pangeran Muda Hashim
Rakyat Sarawak memberontak
Pangeran berjanji menyerahkan Kuching kepada James Brooke
Pemberontakan Berjaya dihapuskan
Pangeran Muda Hashim mungkir janji
James Brooke pergi berjumpa dengan Sultan Brunei
Pangeran Indera Mahkota memerintah Sarawak
1
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
21/22
37
3. Pada pendapat anda, penyataan yang manakah menunjukkan sebab
Kesultanan brunei membahagikan kawasan Sarawak kepada beberapa
bahagian?
A. Memudahkan Sarawak ditadbir
B. Memonopoli hasil yang terdapat di kawasan jajahan
C. Membolehkan pembesar yang berjasa dipilih menjadi wakil
Kesultanan Brunei
D. Menjadikan empayar dan jajahan takluk Kesultanan Brunei menjadi
semakin luas dan kuat
(aras tinggi)
Soalan aras penilaian
1. Berikan pendapat anda, mengapa James Brooke hendak menguasaiSarawak. (aras rendah)
2. Apakah bukti Sarawak pernah dijajah oleh kuasa luar? (aras sederhana)
3. Pada pendapat kamu, jika James Brooke tidak menjajah Sarawak, adakah
Sarawak akan bergabung dengan Malaysia? (aras tinggi)
-
8/4/2019 Ciri-ciri Sekolah Dan Murid Bestari
22/22
38
Rujukan :
Aqilah (2009) Teori Taksonomi Bloom.
http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf .
Bahagian Teknologi Pendidikan (2009) Sejarah Sekolah Bestari. (atas talian)
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/sejarah_bestari
Modul 4: pengujian, pengukuran dan penilaian(2008)
http://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%204%204B.doc .
Mohamad fauzi yunus (1996) Pembinaan Soalan Dan Analisis itemhttp://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf .
Mohammad Solehin (2008) Sekolah Bestari Malaysia. (atas talian)
http://www.smkevii.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&
Itemid=100
Mok Soon Sang (2002) Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof (2008) Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Terbuka Malaysia.
http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdfhttp://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdfhttp://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/sejarah_bestarihttp://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/sejarah_bestarihttp://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%204%204B.dochttp://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%204%204B.dochttp://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdfhttp://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdfhttp://www.smkevii.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=100http://www.smkevii.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=100http://www.smkevii.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=100http://www.smkevii.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=100http://www.smkevii.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=100http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdfhttp://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%204%204B.dochttp://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/sejarah_bestarihttp://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf
top related