contoh-contoh karangan sekolah rendah_ fakta- faedah memanfaatkan perputakaan

Post on 15-Nov-2015

34 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

karangan fakta - faedah memanfaatkan perpustakaan

TRANSCRIPT

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Fakta: Faedah-faedah MemanfaatkanPerpustakaanMurid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang faedah-faedah yang

    diperolehi jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.

    ** ** ** ** **

    Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat banyak buku-buku yang boleh

    dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan membaca,

    pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran.

    Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke

    perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi.

    Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.

    Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan mengelapkan masa depan mereka.

    Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-

    peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh,

    menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih

    mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

    Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua

    buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa

    murid-murid.

    Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan yang

    disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan

    rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan.

top related