contoh penggunaan frogvle di sekolah
Post on 21-Oct-2015
67 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SKTK merupakan sekolah luar bandar yang
mengendalikan persekolahan 2 sesi. Tahun 1, 2
& 3 berada pada sesi petang manakala Tahun 4,
5 & 6 berada pada sesi pagi. Pekerjaan keluarga
murid majoritinya adalah daripada tentera dan
peniaga pantai.
SKTK mendapat kemudahan ‘multi-seat computer’. Terdapat 5
buah CPU yang mana setiap satunya berkongsi sebanyak 8 buah
monitor manakala komputer guru menggunakan CPUnya sendiri.
Sebenarnya timbul juga masalah apabila menggunakan ‘multi-
seat computer’, contohnya ‘jangkitan gangguan’ apabila sebuah
monitor daripada CPU yang sama menghadapi masalah. Kadang-
kadang timbul juga masalah capaian, berkemungkinan daripada
lokasi sekolah yang berhadapan dengan pantai. Kekangan seperti
ini menjadikan peratusan login kurang memuaskan tambahan
pula untuk menampung jumlah murid yang ramai.
• Menguruskan laman sekolah dan ibu bapa.
• Menguruskan surat – menyurat.
• Menguruskan ID guru, murid dan ibu bapa.
• Pengurusan teknikal.
• Mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Frog VLE.
• Menyusun jadual PdP menggunakan Frog VLE.
• Membantu guru-guru dalam Frog VLE.
Membudayakan penggunaan
Frog VLE dalam PdP di sekolah.
Kolaborasi bersama program i -Think
Pencerapan guru melalui Frog VLE
e-Takwim melalui Frog VLE
Sebaran maklumat melalui Yes Mel
BACK
Gambar sewaktu admin mempromosikan Frog VLE
kepada murid-murid. Gambar atas merupakan
promosi untuk murid sesi pagi yang diadakan di
tapak perhimpunan. Manakala gambar bawah pula
merupakan promosi untuk murid sesi petang yang
diadakan di dalam dewan sekolah. Banner yang
dilihat ini adalah banner yang digantung pada
belon semasa aktiviti promosi dijalankan.
BACK
Oleh kerana kedua-dua admin berada
di sesi petang, maka penerangan
mengenai ID dan kata laluan terpaksa
dilakukan sebanyak 2 kali iaitu untuk
guru-guru kelas sesi pagi dan petang.
Admin telah menyediakan kesemua ID
dan kata laluan murid, ibu dan bapa
yang seterusnya diedarkan kepada
guru kelas. Admin juga telah
menyediakan surat edaran yang mana
kesemua maklumat murid, ibu dan
bapa disertakan di dalam surat itu.
Peranan guru kelas ialah mengisi
maklumat tersebut dan seterusnya
mengedarkan kepada murid mereka.
BACK
LDP dilakukan sebanyak 2 kali iaitu
untuk guru-guru sesi pagi dan
petang. LDP ini khas untuk aktiviti
membina dan mengemaskini laman
masing-masing. Selain itu guru-
guru juga didedahkan dengan cara
untuk menyediakan kalendar
individu dan juga tempahan bilik
atau peralatan pada kalendar
tempahan. Bagi murid-murid pula,
pendedahan ini akan dilakukan oleh
guru kelas masing-masing.
BACK
LDP ini dilakukan kepada Frog Buddy sahaja iaitu seramai 15 orang. Setiap Frog Buddy
ditugaskan untuk membantu 3 orang guru lain menyediakan bahan PdP menggunakan
Frog VLE. Hasil bahan PdP seterusnya akan dihantar kepada MOE Repository.
BACK
Berikut merupakan contoh
PdP yang dijalankan oleh
Pn. Hawa bagi subjek
Matematik Tahun 1.
BACK
Tapak bagi setiap Laman Kelas, Badan
Beruniform, Kelab/Persatuan serta
Sukan/Permainan telah disediakan
oleh admin. Setiap guru yang
ditugaskan adalah bertanggungjawab
untuk mengemaskini laman masing-
masing.
NEXT
Contoh Laman Kelas.
Sub-menu yang perlu dikemaskini oleh
guru ialah Profil Kelas, Jadual Waktu,
Jadual Tugas dan Gambar Aktiviti Kelas.
BACK
Contoh Laman Kokurikulum.
Laman ini terbahagi kepada Badan
Beruniform, Kelab & Persatuan serta
Sukan & Permainan. Sub-menu yang
perlu dikemaskini oleh guru ialah
Pengenalan, Carta Organisasi,
Objektif, Perancangan Tahunan,
Gambar Aktiviti dan Senarai Ahli.
BACK
Contoh laporan aktiviti undian
laman menggunakan Kaedah Poll.
Hasil dapatan boleh juga diambil
kira jika aktiviti pertandingan
laman dianjurkan.
BACK
Terdapat 29 soalan yang perlu dijawab
oleh murid dalam aplikasi ‘Learning
Style’. Murid akan mengetahui
kekuatan dan gaya pembelajaran
mereka sama ada mereka merupakan
murid berkecerdasan Visual, Auditori
atau Kinestetik. Guru juga boleh
memantau kecerdasan setiap murid
mereka di dalam laporan ‘Learning
Style’.
top related