dan profesionalisme pegawai psikologi · pdf file-kemahiran menulis laporan sesi berdasarkan...
Post on 01-Feb-2018
260 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pada 16 Januari 2015, Pusat Kerjaya & Kaunseling (PKK) telah mengadakan program Koferensi Kes
Kaunseling/ Perkongsian Ilmu Bil 1/ 2015 bertempat di Bilik Seminar PKK. Tajuk-tajuk pengisian yang
disampaikan pada program ini ialah Penulisan Laporan Kes Kaunseling (Etika & Perundangan), Penggunaan
Release of Information (ROI) dan Penyeragaman Laporan Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya. Antara
aktiviti yang dijalankan adalah ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK). Pengisian program disampaikan
oleh Tuan Haji Mohamed Soder Rahmad (Ketua Pusat, PKK) dan Cik Hajah Fozilah Abdul Hamid (Timbalan
Ketua Kaunseling, PKK). Peserta yang terlibat adalah seramai 15 orang pegawai psikologi UiTM Shah Alam.
SYABAS & TAHNIAH !!!
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493
Minda 2015
Kaunseling
BIL 1 (JANUARI)
KONFERENSI KES KAUNSELING/ PERKONGSIAN ILMU BIL1/ 2015
INFOMARSI KONFERENSI KES KAUNSELING/ PERKONGSIAN ILMU BIL 1/ 2015
# Objektif umum -membincangkan kes-kes kaunseling secara pro-fessional, Mendapatkan maklumat dan pandangan daripada pakar, Meningkatkan tahap pengetahuan dan profesionalisme Pegawai Psikologi #Objektif Khusus -kemahiran menulis laporan sesi berdasarkan etika dan perundangan, Pendedahan mengenai Release of Information (ROI), Meningkatkan pengetahuan mengenai pelaporan perkhidmatan Kerjaya dan Kaunseling.
TAKWIM PELAKSANAAN KONFERENSI KES KAUNSELING/PERKONGSIAN ILMU TAHUN 2015
BIL PERKARA PENCERAMAH/PEMBENTANG TARIKH & MASA TEMPAT
1 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 1/2015 Tajuk 1: Taklimat Penulisan Laporan Sesi Kaunseling (Etika dan
Perundangan) dan Penggunaan Release of Information (ROI) Tajuk 2:Penyeragaman Pelaporan Bulanan : Perkhidmatan
Kaunseling dan Kerjaya
Tn Hj Mohamed Soder Rahmad
(Ketua Pusat PKK) Hjh Fozilah Abd Hamid (Timbalan Ketua Kaunseling)
16/1/2015 8.00am – 5.00pm
Bilik Seminar, PKK
2 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 2/2015 Tajuk : Modul Kaunseling Syarie
Dr. Abdul Ghaffar bin Surip
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Insan, JAKIM
12/2/2015 8.00am – 1.00pm
Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia
(JAKIM) 3 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 3/2015
Tajuk : Art Therapy & Healing Processs During Disaster Pn Wan Noraini Wan Yusoff Pn Rokiah Mahmood Pn Salwani Ibrahim
3/4/2015 (Rabu) 8.00am – 12.00pm
Bilik Seminar, PKK
4 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 4/2015 Tajuk 1 : Trauma & Krisis Tajuk 2 : Hypnotherapy
En Norhisham Ya’cob Pn Nur Farahzawanah Ali
Cik Norrazila Razuan Pn Nurulaini Muhiyuddin
2/7/2015 8.00am – 12.00pm
Bilik Seminar, PKK
5 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 5/2015 Tajuk : Self Care
Tn Hj Hairol Kamal Hj Abd Rahman
Ketua Unit Psikologi & Kaunseling
Hospital Rehabilitasi Cheras
5/8/2015 8.00am – 12.00pm
Bilik Seminar, PKK
6 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 6/2015 Tajuk : Pendekatan Art Therapy dalam Kaunseling
Prof Madya Mohd Makzan Bin Musa Pensyarah
Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, UUM
2 - 4/11/2015
(Isnin - Rabu) Universiti Utara
Malaysia, (UUM)
Sintok
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493
“Mencuci tangan berulang-ulang kerana anda merasa tidak bersih atau kotor”
“Menyusun baju di almari berulang-ulang kerana anda masih berasa tidak kemas”
“Mengira duit berkali-kali sehingga 10 kali kerana anda berasa takut salah kira”
“Sudah mengunci pintu kereta/rumah tetapi berasa belum dikunci”
Pernahkan anda mengalami situasi diatas? Jika ada, anda berkemungkinan menghadapi masalah
OCD. Apa itu OCD?? Obsessive Compulsive Disorder atau juga dikenali sebagai OCD
merupakan penyakit berkaitan dengan masalah mental. Mengikut DSM IV (2000) OCD
merupakan penyakit yang disebabkan oleh kewujudan pemikiran yang menghasilkan
kebimbangan (Obsessive) sehingga menyebabkan tindakbalas yang berulang-ulang
(Compulsive) bagi tujuan mengurangkan kebimbangan tersebut.
Namun tingkahlaku OCD tidak banyak disedari oleh penghidapnya kerana ianya bukan
berdasarkan kepada satu pemikiran dan tingkahlaku tetapi mempunyai banyak ragam yang
berbeza-beza. Menurut Sturgis dan Meyes (1981) menyatakan OCD boleh dipecahkan kepada
tiga iaitu pemikiran yang berkaitan ingin mencederakan diri sendiri atau orang lain, pemikiran
yang berhubung dengan pencemaran dan ragu-ragu yang berulang-ulang.
Pemikiran ingin mencederakan diri sendiri atau orang lain boleh dilihat melalui kes-kes ibu yang
baru bersalin. Ini kerana bagi ibu yang bersalin sulung ada kecenderungan mengalami masalah kecelaruan pemikiran untuk
mencederakan anak mereka sendiri terutamanya ketika anak mereka sedang menangis (Button & Reivich, 1974). Perkara ini
menimbulkan rasa gelisah dan ingin mencederakan bayi mereka sendiri.
Pemikiran yang berhubung dengan pencemaran pula berkait rapat dengan individu yang berfikir secara keterlaluan tentang pencemaran
dan kekotoran. Penghidap OCD akan menukarkan pemikiran tersebut kepada tingkah laku. Misalnya apabila mereka duduk di atas
kerusi di tempat awam seperti stesen bas atau dalam dewan, penghidap OCD akan merasa tidak selesa kerana mereka berasa seolah-
olah seluar mereka kotor (Hodgson & Rachman, 1972). Hal yang sama juga akan berlaku jika penghidap OCD tersentuh atau terpegang
sesuatu benda, ini akan menyebabkan mereka mencuci tangan mereka berkali-kali kerana mereka beranggapan benda yang disentuh
atau dipegang itu adalah sangat kotor. Pemikiran ragu-ragu yang berulang-ulang pula akan menyebabkan penghidapnya merasa ragu-
ragu dengan segala tingkah lakunya yang lepas. Contoh yang mudah untuk dilihat ialah seseorang penghidap OCD jenis ini akan
memastikan pintu kereta mereka ditutup dengan betul dan akan menyebabkan mereka memeriksa pintu kereta berkali-kali dalam sehari.
Hal ini menyebabkan perubahan kepada emosi, pemikiran dan tingkah laku kepada penghidapnya.
Kesimpulannya, pengetahuan tentang masalah mental seperti OCD ini amat penting kerana ia akan mendidik masyarakat tentang
adanya penyakit-penyakit seperti ini yang akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Dengan pengetahuan yang ada diharapkan dapat membantu
masyarakat memahami bagaimana penyakit ini memberi kesan kepada kehidupan seseorang dan membolehkan masyarakat
mencegahnya dari peringkat awal lagi.
AKAN DATANG ( OCD- RAWATAN DAN PENCEGAHAN)
Rosdi Ali
Pegawai Psikologi
Pusat Kerjaya & Kaunseling
Bahagian HEP, UiTM Shah Alam
Rujukan :
#American Pyshiatric Association (2000). Diagnostic and Statistical Manual of
Mental Disorder (4th), Text Revision. Washington D.C.
#Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli (2007). Psikologi Abnormal (Cetakan kedua 2010).
Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
#Azizi Yahaya & Tan Soo Yin (2007). Kesihatan Mental (Cetakan ketiga 2011). Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
#James N. Butcher, Susan Mineka & Jill M. Hooley (2013). Abnormal Psychology (15th Edition). USA. Pearson Education.
#Maarof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2004). Psikologi (Edisi Kedua). Kuala Lumpur. Mc Graw Hill Malaysia Sdn Bhd.
#Puvaneswari Candiah (1981). Buku Panduan Kejururawatan Psikiatri (Cetakan Kedua 1996). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) – Kenali OCD Dan Jenis-Jenisnya
Untuk Maklumat Terkini, Sila
Layari Laman Web Kami :
www.jobshop.uitm.edu.my
Atau Kami di
www.facebook.com/PKKUiTM
top related