dasar luar & kepentingannya
Post on 18-Oct-2015
171 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
1/24
1HNS2013 KENEGARAAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ....................................................................................................................................2
2.0 FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA ..........................................................................4
2.1 Struktur Ekonomi Negara .............................................................................................................4
2.2 Kepentingan Nasional ...................................................................................................................5
2.3 Kedudukan Geografi ....................................................................................................................5
2.4 Faktor Dasar Berkecuali ................................................................................................................6
3.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA .....................................................................7
4.0 PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA .....................................................................................................8
5.0 HUBUNGAN DUA HALA (DIPLOMASI DUA HALA) ......................................................................... 10
5.1 Singapura ...................................................................................................................................11
5.2 Jepun ..........................................................................................................................................12
6.0 DASAR LUAR 2012 ..........................................................................................................................14
6.1 Tuan Rumah Apec 2020 ............................................................................................................. 14
6.2 Deklarasi Kazan ..........................................................................................................................14
6.3 Nam Dan Isu Palestin ................................................................................................................. 15
7.0 KEPENTINGAN DASAR LUAR ......................................................................................................... 16
7.1 Analisis Penglibatan Malaysia Di Arena Antarabangsa ............................................................ 16
7.1.1 Bidang Ekonomi .................................................................................................................. 16
7.1.2 Bidang Politik ......................................................................................................................16
7.1.3 Bidang Isu Alam Sekitar ...................................................................................................... 16
7.2 Komanwel ..................................................................................................................................17
7.3 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ............................................................................... 17
7.4 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ......................................................................... 18
7.5 Negara-Negara Selatan...............................................................................................................19
7.6 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ........................................................................................ 19
7.7 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) ....................................................................... 20
7.8 Malaysia, Filipina Dan Indonesia (Maphilindo) ........................................................................ 20
7.9 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ................................................................... 21
8.0 KESIMPULAN ..................................................................................................................................23
9.0 RUJUKAN ........................................................................................................................................24
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
2/24
2HNS2013 KENEGARAAN
1.0 PENGENALAN
Dasar luar Negara dapat dimaksudkan sebagai matlamat, garis panduan untuk menentukan
hala tuju, tindakan, strategi yang diambil oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan
dengan negara lain. Matlamat utamanya ialah untuk memastikan sesebuah negara mencapai
kemakmuran, keamanaan dan kesetabilan serta kepentingan Negara dalam suasana hubungan
antarabangsa yang sentiasa berubah-ubah. Selain itu juga, tujuan lain dasar luar adalah untuk
menjalin hubungan baik dengan negara-negara luar bagi mempertahankan kemerdekaan,
membentuk keamanan dan kemakmuran dalam Negara.
Kementerian Luar Negeri kita mentaarifkan dasar luar sebagai matlamat, rancangan
dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan
sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya
mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi
keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan
dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara
yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung
antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dankeselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun
khususnya dalam bidang perdagangan.
Dasar luar sesebuah negara lazimnya akan mencerminkan pencapaian dan juga
kejayaan pentadbiran negara itu sendiri. Namun demikian ia turut dipengaruhi oleh bentuk
dan orientasi dasar luar yang dijalankan oleh seseorang pemimpin di sesebuah negara. Dasar
luar memainkan peranan yang penting bagi sesebuah negara, bukan sahaja kerana ia dapat
menjamin kepentingan negara, malah ia juga dapat menghalang ancaman pihak luar dari
mengancam keselamatan negara. Selain itu, ia juga dapat mencerminkan sikap atau pendirian
sesebuah negara itu dalam hubungannya dengan negara yang lain. Ia adalah kesinambungan
kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan,
keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara.
Dasar ini dibentuk untuk memelihara dan mempertahankan kepentingan politik,
keselamatan dan ekonomi serta kepentingan utama yang lain. Dasar ini didorong ke arah
menggalakkan kewujudan persekitaran serantau dan antarabangsa yang harmoni yang akan
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
3/24
3HNS2013 KENEGARAAN
memberikan ruang kepada Malaysia untuk mencapai matlamat negara tanpa gangguan
daripada ancaman luar. Ia juga menggalakkan toleransi dan kerjasama dengan semua negara
yang membentuk struktur dalam komuniti antarabangsa. Semenjak merdeka hingga kini,
Malaysia masih meneruskan dasar luar negara yang bebas, berprinsip dan pragmatik yang
berlandaskan nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesamaan. Ia juga dibina atas rasa
hormat terhadap kebebasan, kedaulatan, keutuhan wilayah dan sikap tidak mencampuri
urusan negara lain, penyelesaian masalah secara aman, kewujudan bersama secara harmoni
dan hubungan yang saling memanfaatkan.
Menurut Lew Hee Men, (2005), Dasar Luar bermaksud berbaik-baik dengan semua
negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia. Menurut beliau juga, dasar luar dibahagikan
kepada dua bentuk, iaitu Hubungan Bilateral (hubungan secara terus dengan negaranegara
tertentu, dan Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan).
Azizi Ahma pula memberikan definisi dasar luar sebagai polisi menjalani perhubungan
antarabangsa dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh pembuat
dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia merupakan strategi
atau tindakan menghapus, mengurang, mengekal atau memperluaskan kerjasama antara
negara.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
4/24
4HNS2013 KENEGARAAN
2.0 FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA
Dasar luar negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sebagai contoh faktor sejarah, faktor
politik, faktor ekonomi dan sebagainya.
2.1 Struktur Ekonomi Negara
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin
hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.
Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama
bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan
negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Setalah mencapai kemerdekaan,
Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa
langkah telah diambil bagi menggalakan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat
meningkatkan ekonomi negara disamping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun
1980an, melalui dasar Pandang ke Timar, pelaburan asing juga digalakan dari negara-negara
di Timar, pelaburan asing juga dari negara-negara di Timar terutama Jepun dan Korea. Pada
masa yang sama, Malayisa menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang
membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran
Malaysia di camping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Negara kita kaya dengan
bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit dan sebagainya. Keadaan ini
menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan perdagangan untuk memasarkan barangan
dan hasil negara kita. Maka kita haruslah mengkaji aspek dasar luar negara yang diamalkan
tidak membawa keburukan kepada rakan perdagangan yang sedia ada, di sebaliknya dapat
menarik ramai lagi rakan perdagangan. Ekonomi negara kita adalah agak kukuh dgn sumber-
sumber yang banyak sepreti minyak, bijih timah, getah dan barangan pembuatan. Keadaan
ekonomi yang kukuh ini menyebabkan Malaysia memerlukan rakan dagangan yang kukuh
untuk memasarkan dagangan dari negara kita. Malaysia juga memerlukan pelancong untuk
datang ke Malaysia.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
5/24
5HNS2013 KENEGARAAN
2.2 Kepentingan Nasional
Dari sudut keselamatan, Malaysia sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam hubungan
luarnya dengan memastikan negara ini tidak mengadakan hubungan dengan negara-negara
blok komunis seperti Soviet Union dan China. Ini adalah untuk menunjukkan sokongan
Malaysia kepada negara Barat yang pada masa itu telah bersetuju untuk menjaga keselamatan
penduduk di negara ini daripada ancaman komunis. Dari sudut ekonomi pula, Malaysia kaya
dengan sumber pertanian dan galian, oleh yang demikian Malaysia mengadakan hubungan
baik dengan semua negara termasuk negara-negara komunis dan negara-negara Eropah
Timur.3 Ini adalah untuk memastikan negara ini dapat menjalinkan hubungan perdagangan
dengan negara tersebut bagi meningkatkan kegiatan ekonomi yang semakin pesat
membangun. Dasar luar yang dapat mengekalkan hubungan baik dengan semua negara
diperlukan. Malaysia perlu mengelakkan sebarang ancaman dari negara-negara luar sebagai
contoh ancaman dadah dan kekacauan politik serantau.
2.3 Kedudukan Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan
hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama papal-kapal perdagangan di dunia. Dengan ini,
keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan Malaysia. Negara kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia.
Kedudukannya ini di pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur
Tengah membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan
negara kita mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa
berusaha memastikan kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan
kawasan ini satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali. Malaysia juga merupakan sebuah
negara yang berada dalam kedudukan strategik dan terletak di persimpangan dua jalan yang
penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang merupakan laluan utama perdagangan.
Bahkan, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya
berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan
yang diproses serta kaya dengan sumber galian seperti minyak. Oleh itu Malaysia
melaksanakan Dasar Luar kerana ingin memelihara kepentingan ekonomi negara ini. Namun
begitu, persekitaran perairan Asia Tenggara juga amat strategik untuk kegiatan perlanunan
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
6/24
6HNS2013 KENEGARAAN
memandangkan terdapat banyak pulau-pulau dan perairan cetak di kawasan tersebut. Kapal-
kapal perdagangan yang melalui perairan yang dimaksudkan sering dirompak oleh lanun.
Sekiranya perkara ini dibiarkan, ia akan menjejaskan kegiatan perdagangan di negara ini, dan
ini amat membimbangkan negara. Disebabkan itu, Malaysia cuba menjalinkan hubungan baik
dengan negara-negara serantau supaya kerjasama dapat dilakukan agar kegiatan perlanunan
dapat diselesaikan bersama.
2.4 Faktor Dasar Berkecuali
Dasar berkecuali juga merupakan salah satu faktor yang dijadikan pertimbangan oleh
Malaysia dalam melaksanakan Dasar Luarnya. Dalam hal ini, Malaysia cuba menetapkan
pendiriannya untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negara lain dan
sebaliknya.5 Antara usaha yang dilaksanakan oleh Malaysia melalui dasar ini ialah
mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace Freedom and
Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan negara ASEAN yang lain. Ini dilakukan bagi
memastikan Malaysia dan negara serantau bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa besar
yang lain.
Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu:
Mengadakan hubungan yg baik dgn semua negara tanpa mengira ideologi. Menjadi anggota dan menyokong segala usaha Pergerakan Negara-negara Berkecuali
(NAM).
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
7/24
7HNS2013 KENEGARAAN
3.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA
Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan
nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri
Luar Negeri, Dato Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar
negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan
Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan
kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur
tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya
adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial
di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan
kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara
membangun dapat dipertahankan di peringkat antarabangsa.
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam membentuk dasar luar
sesebuah negara:
1. Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana-mana negara dalammembuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-
kuasa besar yang lain.
2. Dasar luar juga boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan seperti yang diamalkanoleh sesetengah Negara yang mengambil pendirian menyisihkan negara itu daripada
pergolakan yang berlaku di luar.
3. Dasar luar juga boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besaryang mempunyai persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan dan ideologi
yang diamalkan. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era Perang Dingin antara
Rusia yang mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang mengamalkan
faham demokrasi/kapitalis. Negara- negara yang menganuti ideologi komunis akan
memihak kepada komunis dan sebaliknya, negara yang mengamalkan
demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
8/24
8HNS2013 KENEGARAAN
4.0 PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
Salah satu prinsip Malaysia ialah menyelesaikan masalah menerusi rundingan. Malaysia
mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia
menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan
negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui
perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara
kekerasan dan paksaan.Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara
aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya
menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu,
Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara
mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara
tidak langsung perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran
Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.
Dasar luar Malaysia adalah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain,
terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Dalam hal ini, Malaysia mendokong prinsip
penyelesaian sengketa dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational). Prinsip ini
terbukti dengan pendirian Malaysia untuk menjadi negara berkecuali dan tidak terikat dengan
mana mana negara lain dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara
negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Sebagai contoh menyertai Pergerakan Negara
Negara Berkecuali atauNon-Alligned Movment (NAM) pada tahun 1970.
Malaysia sentiasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara serta
terhindar daripada penindasan. Berdasarkan prinsip ini, Malaysia amat berpegang teguh
dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem
antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni
serta terhindar daripada penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif
dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh
semangat dalam agensi agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Sebagai contoh,
Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo, Afrika (Zaire) pada tahun 1960 bagi
menamatkan perang saudara di sana2. Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde
baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara- Negara 77 untuk mencapai
keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju sahaja.
Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah
menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
9/24
9HNS2013 KENEGARAAN
peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku
Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah
memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai
salah satu asas hubungan luarnya.
Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin
berbeza mengikut personaliti setiap Perdana Menteri Malaysia. Mengikut kajian yang dibuat
oleh penyelidik-penyelidik di negara ini menunjukkan bahawa dasar luar negara Malaysia
sejak 1957 memperlihatkan perkembangan yang stabil dan mempunyai ciri perubahan ketara
mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
10/24
10HNS2013 KENEGARAAN
5.0 HUBUNGAN DUA HALA (DIPLOMASI DUA HALA)
Hubungan dua hala (bilateral relations) atau dikenali juga sebagai diplomasi dua hala
(bilateral diplomacy) ialah hubungan atau diplomasi yang dilakukan secara dua hala atau
antara dua buah negara sahaja. Ia merupakan jenis hubungan atau diplomasi yang paling lama
dilaksanakan sejak adanya konsep negara-bangsa dan interaksi antara negara-negara ini.
Diplomasi jenis ini dikatakan lebih efektif dan telus kerana hanya dua negara yang terlibat
membincangkan isu yang hanya ada kena mengena di antara kedua-duanya. Ia juga dikatakan
lebih efektif kerana kurangnya kerenah dan halangan yang boleh membantutkan usaha-usaha
ke arah persepakatan dan kerjasama. Diplomasi jenis ini lebih mudah diuruskan kerana ianya
melibatkan dua buah negara sahaja dan segala permasalahan dapat diselesaikan secara
perundingan atau perbincangan bersama sekiranya kedua-dua negara berada dalam situasi
hubungan yang baik. Namun begitu, diplomasi dua hala ini sukar dilaksanakan dalam situasi
tegang, iaitu ketika wujudnya ketidaksefahaman di antara keduadua negara. Oleh itu, mereka
memerlukan pihak ketiga atau pihak luar untuk menjadi mediator (pemudahcara) bagi
membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.
Penubuhan suruhanjaya bersama antara Malaysia dengan Brunei, Indonesia, Filipina,Thailand, Laos dan Vietnam juga menyediakan rangka yang berguna untuk mewujudkan
kerjasama dua hala yang lebih luas dalam semua bidang yang memanfaatkan kedua-dua
pihak. Walaupun tumpuan utama Malaysia dengan negara luar lebih tertumpu kepada negara
ASEAN, hubungannya dengan negara dan rantau lain tidak kurang pentingnya. Perwakilan
Diplomatik negara yang pertama telah ditubuhkan di London, Washington, Canberra, New
York, New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Seterusnya, menjelang tahun 1963, Malaysia telah
menubuhkan 14 buah Perwakilan Diplomatik di luar negari. Bilangannya terus bertambah
menjadi 21 pada tahun 1966. Pada hari ini, Malaysia mempunyai 105 perwakilan diplomatik
di serata dunia. Bukti membanggakan yang menunjukkan sejauh mana hubungan dua hala
Malaysia berkembang dalam tempoh beberapa tahun seiring dengan kemajuan negara.
Dalam hal ini, Malaysia meletakkan kepentingan yang sama kepada hubungan dengan
negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain dan akan terus memantapkan
dan mempertingkatkan hubungan kukuh yang sedia ada dengan rantau tersebut. Hubungan
dua hala dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain akan
diteruskan tanpa mengetepikan rakan ekonomi kita yang lama di Eropah dan Amerika. Jepun,
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
11/24
11HNS2013 KENEGARAAN
Kesatuan Eropah, AS, Australia dan Republik Korea akan terus menjadi rakan dagang
Malaysia yang utama dan juga sumber pelaburan dan teknologi.
Satu-satunya pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysia turut prihatin
tentang ketegangan dan konfl ik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konfl ik Palestin
Israel yang terus menemui jalan buntu. Sebagai menunjukkan keprihatinannya, Malaysia
hanya akan menimbangkan untuk memulakan hubungan dengan Israel apabila perjanjian
damai yang menyeluruh antara Israel dengan rakyat Palestin berjaya dimuktamadkan. Begitu
juga, Malaysia tidak berhasrat untuk mengurangkan hubungan yang telah lama terjalin dengan
Barat. Tidak ada percanggahan antara kritikan wajar yang dibuat oleh Malaysia terhadap
negara Barat dalam isu tertentu dengan penerimaan negara Barat sebagai pasaran untuk
produk dan sumber pelaburan di negara kita. Peluasan negara Eropah bukanlah satu-satunya
tumpuan Malaysia dalam meningkatkan hubungan, tetapi juga hubungan ASEAN dengan
negara sahabatnya di Eropah melalui ASEM atau hubungan ASEAN yang serupa dengan
benua Amerika melalui APEC.
5.1 Singapura
Hubungan Malaysia-Singapura merupakan satu hubungan yang unik di mana ianya
sangat sukar untuk mencari persamaan dalam kajian hubungan dua hala antara dua buah
negara. Pelbagai istilah seperti Siam Twin (kembar siam), Sibling Rivalry (persaingan adik-
beradik) atau Family Quarrel (perkelahian keluarga) telah digunakan untuk mengambarkan
hubungan dua buah negara ini, di mana ianya penuh dengan isu-isu yang sensitif yang
menyebabkan hubungan dua buah negara ini menjadi renggang. Walaupun hubungan ini
penuh dengan konflik tetapi dalam masa yang sama ianya saling bergantungan antara satu
sama lain, terutamanya dalam aspek ekonomi. Hubungan Malaysia- Singapura merupakan
hubungan antara dua buah negara yang berdaulat dan dianggap istimewa, simbiotik dan saling
bergantungan disebabkan oleh faktor-faktor seperti geografi , sejarah, ideologi, ekonomi,
kebudayaan dan etnik (Rusdi Omar, 2005).
Dalam era Dato Seri Najib Tun Razak, Malaysia telah melaksanakan beberapa
inisiatif atau pendekatan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara, antaranya
dengan mengadakan kerjasama ekonomi antara syarikat-syarikat swasta kedua-dua negara dan
juga kerjasama syarikat-syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kedua-dua negara. Baru-
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
12/24
12HNS2013 KENEGARAAN
baru ini, Najib dan Lee Hsein Loong telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama pelaburan
di Iskandar Malaysia dan juga mengadakan kerjasama pelaburan di Singapura dalam
memajukan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di negara tersebut. Ini secara tidak
langsung akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara. Sekiranya projek
kerjasama ini berjaya dilaksanakan, ianya akan meningkatkan dan menambah eratkan lagi
hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Bagi memperkukuh dan mempereratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan
Singapura yang telah terjalin sekian lama, penekanan perlu ditumpukan kepada lawatan
secara rasmi atau tidak rasmi yang melibatkan semua peringkat masyarakat, sama ada di
peringkat Perdana Menteri, Menteri, pegawai-pegawai kanan Kerajaan dan sebagainya. Di
samping itu, kedua-dua negara juga perlu mempertingkatkan hubungan ekonomi dan
perdagangan antara mereka bagi mengembangkan ekonomi keduadua negara tersebut.
Pelaburan kedua-dua negara perlu dipertingkatkan sama ada dengan meningkatkan pelaburan
Singapura di Malaysia atau pelaburan Malaysia di Singapura.
Seterusnya, kedua-dua pemimpin negara ini perlu menggalakkan interaksi antara
masyarakat kedua-dua negara bagi mengetahui scenario semasa kedua-dua negara. Dengan
adanya pendekatan seperti ini, masyarakat kedua-dua negara lebih memahami permasalahan
yang yang berlaku dan seterusnya dapat memperkukuhkan semangat persaudaraan, kerjasama
dan dapat menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua mereka. Secara keseluruhannya,
hubungan Malaysia-Singapura semakin bertambah erat dan kukuh semasa era Dato Seri
Najib kerana beliau melihat negara jiran, Singapura sebagai sebuah negara trading patner
yang penting kepada Malaysia. Di samping itu, beliau melihat Singapura boleh membantu
meningkatkan ekonomi Malaysia terutama ekonomi di Johor dengan membuat pelaburan
dalam bidang-bidang yang tertentu, terutama di kawasan Iskandar Malaysia. Beliau melihat
bahawa konsep prosper thy neighbours sangat penting dalam kita menjalinkan hubungan
dua hala ini.
5.2 Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bukanlah suatu perkara yang baru dalam sejarah. Berdasarkan
penulisan-penulisan sejarah, hubungan Malaysia-Jepun telah terjalin sejak beberapa abad
yang lalu dan kini ianya lebih dominan dalam aspek hubungan perdagangan dan ekonomi
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
13/24
13HNS2013 KENEGARAAN
serta hubungan politik dan social (Rusdi Omar, 2003). Sejarah hubungan bilateral Malaysia-
Jepun yang lebih moden bermula apabila Perdana Menteri Jepun, Kishi Nobusuke melawat
negara ini pada tahun 1957, iaitu selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada tahun 1958, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan balas ke Jepun.
Pada zaman Tunku, Malaysia telah mengadakan beberapa perjanjian ekonomi dengan negara
matahari terbit tersebut. Perjanjian Perdagangan Jepun-Persekutuann Tanah Melayu
merupakan perjanjian ekonomi pertama di antara kedua-dua negara dan selepas itu, kita terus
mengadakan lagi beberapa perjanjian ekonomi dengan Jepun yang bertujuan untuk menjalin
kerjasama dan membangunkan ekonomi negara ini.
Hubungan ekonomi Malaysia-Jepun diteruskan pada zaman pentadbiran Tun Razak
apabila Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) Jepun disalurkan ke Malaysia untuk membiayai
sebahagian besar projek pembangunan di Malaysia. Di bawah pentadbiran Tun Razak,
Malaysia mula menerima pinjaman kewangan ketiga dari Jepun yang disalurkan untuk
membiayai projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua. Seterusnya, hubungan ini
diperkukuhkan pada zaman pentadbiran Tun Hussein Onn di mana wujudnya Malaysia-Japan
Economic Association (MAJECA) dan Japan-Malaysia Economic Association ( JAMECA)
bagi memperkukuhkan lagi jalinan hubungan ekonomi kedua-dua negara.
Dalam era pemerintahan Tun Mahathir, hubungan Malaysia-Jepun mula mengorak
langkah ke arah satu hubungan yang erat dan kukuh. Beliau telah memperkenalkan Dasar
Pandang ke Timur (DPT), iaitu satu dasar luar Malaysia yang berkiblatkan kepada negara-
negara Asia Timur, terutamanya dengan negara Jepun. Pelbagai dasar dibuat dalam usaha
bagi menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara
maju yang disegani. Keadaan ini mendorong Malaysia menjadikan negara Jepun sebagai
sebuah negara yang perlu dicontohi.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
14/24
14HNS2013 KENEGARAAN
6.0 DASAR LUAR 2012
6.1 Tuan Rumah Apec 2020
Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik (Apec) 2020, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mengikut turutan, Malaysia dijadual menganjurkan acara itu pada 2020, iaitu tahun yang
bertuah dan penting bagi negara ini.Perkara ini dalam perancangan dan Malaysia akan
menjadi tuan rumah acara itu, katan Perdana Menteri kita ketika memberi taklimat kepada
wartawan Malaysia mengenai hasil Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC ke-20.
Datuk Seri Najib Razak menyertai 20 ketua-ketua ekonomi lain dalam Mesyuarat
Pemimpin-Pemimpin APEC 2012 bagi membincangkan perkembangan di rantau Asia Pasifik
dan hala tuju masa depan bersama Perdana Menteri kita mengadakan mesyuarat dua hala
dengan presiden negara tuan rumah, Russia, Vladimir Putin. Beliau juga bertemu dengan tiga
ketua ekonomi lain, iaitu Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key, Perdana Menteri
Thailand, Yingluck Shinawatra dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard. Beliau juga
bertemu dengan Setiausaha Negara AS Hillary Clinton, Presiden Filipina Benigno Aquino
dan Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda.
6.2 Deklarasi Kazan
Deklarasi Kazan ialah pelan hala tuju bagi menentukan langkah-langkah yang perlu
diambil untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan mengukuhkan pengedarannya dalam
persekitaran perdagangan bebas dan menangani isu-isu seperti manipulasi harga makanan
manakala pada masa yang sama menggalakkan faktor-faktor pengeluaran makanan.
Satu bilion daripada tujuh bilion penduduk dunia sekarang berdepan isu kekurangan
makanan, dan ketika penduduk pada 2050 dijangka meningkat kepada 9.3 bilion, jaminan
makanan menjadi satu isu kritikal yang boleh membawa impak kepada masa depan. Perlu ada
galakan bagi pengeluaran dan langkah-langkah untuk memastikan petani yang mengeluarkan
makanan mendapat keuntungan seimbang daripada pengeluaran mereka.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
15/24
15HNS2013 KENEGARAAN
Kaedah-kaedah dikenal pasti untuk mengedarkan makanan dengan cekap sambil
menambah pengurangan pembaziran dan penyediaan tempat penyimpanan dan logistik yang
lebih baik demi memastikan peningkatan keuntungan bagi petani dan nelayan. Dengan
keuntungan yang lebih baik, akan ada lebih banyak pengeluaran makanan. Selain itu,
manipulasi harga makanan perlu ditangani. Inovasi juga diberi tumpuan pada mesyuarat itu
walaupun masa agak terhad. Ini merupakan bahagian penting kerana ia akan menjana sumber
pendapatan baharu bagi ekonomi.
6.3 Nam Dan Isu Palestin
Pada 28 Ogos 2012, sempena Mesyuarat Persediaan Menteri Sidang Kemuncak NAM
ke-16, YB Dato Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia telah menghadiri
Mesyuarat Peringkat Menteri Jawatankuasa NAM mengenai Palestin. Mesyuarat itu dihadiri
oleh Algeria, Bangladesh, Colombia, Cuba, Mesir, India, Indonesia, Malaysia, Palestin,
Senegal, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Zambia. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan
oleh Menteri Luar Negeri Iran.Semasa mesyuarat itu, YB Dato Sri Anifah Aman telah sekalilagi menyuarakan sokongan Malaysia untuk memperjuangkan kemerdekaan Palestine dari
penindasan rejim Israel. Beliau juga mengkritik tindakan Israel menyekat cadanganmengadakan Mesyuarat Luar Biasa Peringkat Menteri Jawatankuasa NAM mengenai Palestin
di Ramallah, Palestin dari 5-6 Ogos 2012.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
16/24
16HNS2013 KENEGARAAN
7.0 KEPENTINGAN DASAR LUAR
7.1 Analisis Penglibatan Malaysia Di Arena Antarabangsa
7.1.1 Bidang Ekonomi
Bidang ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga
kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota
blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling.
Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah
dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk
Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia
terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,
Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi
mencari pasaran baru.
7.1.2 Bidang Politik
Bidang politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di
dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani
Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA)
pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada
Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
7.1.3 Bidang Isu Alam Sekitar
Bidang isu alam sekitar merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam beberapa pertubuhan
antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti dalam Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan
dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
17/24
17HNS2013 KENEGARAAN
7.2 Komanwel
Pertubuhan ini telah dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada negara bekas
jajahan Britain yang telah merdeka. Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah negara maju
dan juga negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun
1965 dan beribu pejabat di London.
Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan di
kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang. Selepas mencapai
kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan
kedaulatan negara dalam bentuk meneykat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian
pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand juga menjanjikan
bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa
Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak faedah,
antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan di kalangan negara
anggota setiap dua tahun. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua
kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Mesyuarat CHOGM diMalaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Malaysia juga dengan
lantang bersuara menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak
asasi manusia. Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara
Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah
dihakis selepas Britainnmenjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan
Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam
bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
7.3 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua
apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua.
Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New York. Pada
awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
18/24
18HNS2013 KENEGARAAN
keanggotaanya meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada
tahun 1957, setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat
empat matlamat Piagam PBB. Pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua,
menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga, berkerjasama dalam
menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira
bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan
negara-negara anggota.
Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh
PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk
membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam
menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli
memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat
membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah
menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan
penyelidikan.
7.4 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin.
Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.
Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati
dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa
menyokong blok Barat atau blok komunis. Malaysia telah menganggotai pertubuhan ini pada
tahun 1970, iaitu selepas berlakunya pertukaran Dasar Luar Malaysia daripada dasar pro-
Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.
Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal
sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
19/24
19HNS2013 KENEGARAAN
dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia. Deklarasi Kuala Lumpur
menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan
tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
7.5 Negara-Negara Selatan
Negara-Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara-Negara Dunia Ketiga. Negara negara
ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonominya dan pernah dijajah
oleh kuasa Barat. Negara ini masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan
mentah. Pergantungan kepada negara-negara maju adalah kerana Negara-Negara Selatan tidak
mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap.
Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan
terhadap harga bahan mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman
yang diberikan. Oleh itu, matlamat kumpulan ini adalah untuk mengatasi harga eksport
bahan-bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara
anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju.
Antara projek yang dirancang termasuklah kerjasama dalam bidang sains dan
teknologi serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi
Selatan atau South Investment, Trade and Technology Data Exchange Center (SITTDEC) di
Kuala Lumpur, penubuhan Sistem Kewangan Perdagangan Global atau Global System of
Trade Preference (GSTP) dan juga penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan
pembiayaan perdagangan.
7.6 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ditubuhkan pada tahun 1971 daripada idea
Tunku Abdul Rahman. Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan
tiga buah negara lagi sebagai pemerhati. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk
mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara dalam satu
nada bagi kepentingan umat Islam. Matlamatnya juga adalah untuk mengekalkan perdamaian
dalam segala persengketaan antara negara Islam serta bersama-sama memastikan tempat-
tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
20/24
20HNS2013 KENEGARAAN
Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah medapat faedah berupa pinjaman
daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk
kepentingan rakyat. OIC juga telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan
UIAM. Selain itu, Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain
kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
7.7 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA)
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara negara jiran agar dapat membendung
pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan
ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman
komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
ASA juga dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di
Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan
Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan
persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.
7.8 Malaysia, Filipina Dan Indonesia (Maphilindo)
MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan
Indonesia. Tujuan utama penubuhnnya adalah untuk meningkatkan perhubungan
persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-
Indonesia.
Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah
disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia
sebagai satu neokolonalisme atau penjajahan bentuk baru. Tentangan Filipina pula adalah
kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara
mereka.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
21/24
21HNS2013 KENEGARAAN
7.9 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negaranegara jiran
tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan
MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan
termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan
Persatuan Negara-Negara Asia Teenager atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara
matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan,
meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan
dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan
serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah
negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya
bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-
negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua
New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan
Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara. Kerjasama antara negara anggota ASEAN
semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi memastikan perjalanannya yang lancar, strukturpentadbiran ASEAN dibentuk.
Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan
November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang
dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara-negara
ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace,
Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk
mengekalkan keamanan dan kstabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol
dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa
besar.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
Idea ini yang telah dikemukakan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamaddinamakan Perundingan
Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea
ini telah ditentang oleh negaranegara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
22/24
22HNS2013 KENEGARAAN
tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui
konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan
antara negara ASEAN dengan negara-negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri-
Menteri Luar negara-negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama
yang ingin diwujudkan.
Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan
Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah
kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk
Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
23/24
23HNS2013 KENEGARAAN
8.0 KESIMPULAN
Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia
telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Ketokohan para pemimpin Malaysia jelas
terbayang melalui dasar luar yang diamalkan. Dasar luar yang dinamik ini perlu agar
Malaysia juga harus mampu menangani cabaran ini dengan mengadakan perubahan yang
pesat dan pantas di dalam negeri melalui dasar negara yang inovatif agar terus dapat bersaing
pada peringkat antarabangsa. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik
menyumbang kepada pembentukan dan hala-tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan
negara-negara lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang
perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang
semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah
menjaga kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan jiran. Pengwujudan kedamaian dan
keharmonian boleh diteliti sejak zaman pucuk pimpinan politik negara pertama iaitu Tunku
Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, telah mengamalkan dasar anti-
Komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-
negara Komanwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali, neutral dan
keamanan bersama.
-
5/28/2018 Dasar Luar & Kepentingannya
24/24
24HNS2013 KENEGARAAN
9.0 RUJUKAN
Perubahan Pendidikan di Malaysia: Satu Cabaran.(Ibrahim Saad1990, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka)
Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan di Malaysia.(Mohd. Salleh Lebar1996,
Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.)
Pendidikan di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan.(Robiah Sidin1994, Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.)
Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005. Faridah Jaafar. 2007. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Isu Palestin: Latar Belakang Dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000.
Mohsen M. Saleh. 2001. Kuala Lumpur: Fajar Ulung.
Sodhy, P. (2007). Malaysia-US Relations, dalam Baginda, A.R. (ed).Malaysias Foreign
Policy Continuity and Change. Malaysia: Marshall Cavendish Editions.
Laman sesawang Kementerian Luar Negeri Malaysia. http://www.kln.gov.my
top related